Tuesday, January 31, 2023

BANTU GOLONGAN MUFLIS SEBELUM 2017 - HARIAN METRO - 31/01/2023

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memandang serius nasib mereka yang disahkan muflis sebelum 2017.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia kerana hak individu terbabit seolah-olah dinafikan berikutan langkah penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 pada tahun berkenaan.

Menurutnya, lebih membimbangkan apabila individu disahkan muflis juga terdiri daripada golongan belia dan warga emas yang sudah berusia 75 tahun.

"Mereka yang disahkan muflis selepas 2017 menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 pada tahun itu.

"Sebagai contoh, peruntukan Seksyen 33C yang memberi pelepasan automatik selepas tiga tahun muflis dan lapan pindan lain dalam akta pada tahun berkenaan.

"Bagaimanapun mereka yang muflis sebelum 2017 perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum layak memohon bebas muflis.

"Seharusnya golongan belia yang muflis diberi peluang kedua untuk bebas (muflis) manakala warga emas pula perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka," katanya pada sidang media di pejabat PPIM, di sini, hari ini.

Nadzim berharap pelantikan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pengarah Insolvensi yang baharu, M Bakri Abd Majid dapat membantu individu dibelenggu muflis.

"PPIM menyambut baik dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka yang muflis."Kami percaya dengan kebijaksanaan Datuk Seri Azalina kerana beliau individu yang bertanggungjawab menambah baik Akta Insolvensi 1967 pada 2017.

"Sebelum ini, mereka yang muflis seolah-olah tidak mempunyai masa depan dan akan terus berada dalam keadaan tidak diberikan pengupayaan untuk bangkit semula.

"PPIM berharap pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi perhatian serius terhadap segala perkara yang diutarakan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

BANTU GOLONGAN MUFLIS SEBELUM 2017

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/931135/bantu-golongan-muflis-sebelum-2017

'FIX PROBLEM AFFECTING THOSE DECLARED BANKRUPT PRIOR TO 2017' - NEW STRAITS TIMES - 31/01/2023

 

KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) has urged the government and Insolvency Department to address the issue of those who were declared bankrupt prior to 2017.

PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said the amendments to the Insolvency Act 1967 in 2017 appeared to have sidelined their rights.

He said this is all the more worrying as those declared bankrupt had also included youths as well as those up to 75-years-old.

He said those declared bankrupt after 2017 had benefited from the amendments to the Act, such as Section 33C which releases a person from bankruptcy after three years.

"However, those who were bankrupt before 2017 have to endure 15 years of case management at the Insolvency Department before they can be freed from bankruptcy.

"By rights, younger people should be given a second chance (at being bankrupt-free) while the elderly should be given an automatic release due to their age and health," he said at a press conference at PPIM's office today.

Nadzim hoped that Minister in the Prime Minister's Department (Law and Institutional Reform) Datuk Seri Azalina Othman Said and the Insolvency Department can address the issue.

"We are confident that the minister can address this as she was responsible for fine-tuning the Insolvency Act 1967 in 2017.

"Before this, those declared bankrupt had no future and did not have any means to restart their lives.

"We hope that the unity government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim can give serious attention to resolving this," he said.


Article by: New Straits Times

'FIX PROBLEM AFFECTING THOSE DECLARED BANKRUPT PRIOR TO 2017'

https://www.nst.com.my/news/nation/2023/01/875257/fix-problem-affecting-those-declared-bankrupt-prior-2017

TAMBAH BAIK AKTA INSOLVENSI - UTUSAN MALAYSIA - 31/01/2023

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menambah baik pindaan Akta Insolvensi 1967 pada 2017 untuk membela nasib golongan yang dihukum bankrap.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, setakat November tahun lalu, seramai 270,234 orang diisytihar bankrap dan mereka seolah-olah tidak mempunyai masa depan kerana terus berada dalam keadaan tidak berupaya untuk bangkit semula.

Katanya, kerajaan perlu memberikan dinamisme dalam undang-undang bankrap supaya boleh ditadbir urus dengan lebih baik bagi membolehkan golongan itu lebih produktif.

“Golongan belia dan warga emas yang bankrap menerima kesan teruk sehingga ada yang kini masih berstatus bankrap walaupun berumur 75 tahun.

"Berbanding golongan bankrap yang dijatuhi hukuman selepas Oktober 2017, mereka menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi seperti peruntukan Seksyen 33C iaitu Pelepasan Automatik selepas tiga tahun bankrap dan lapan pindaan lain dalam pindaan itu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Nadzim berkata, golongan bankrap sebelum pindaan itu dibuat biasanya perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum layak memohon bebas bankrap.

Kata beliau, sepatutnya golongan bankrap khususnya belia diberi peluang kedua, manakala golongan warga emas perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka.

“Oleh itu, antara cadangan penambahbaikan adalah kerajaan perlu menguatkuasakan Seksyen 33C tanpa melihat tahun hukuman dijatuhkan dan meluaskan pembebasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Seksyen 33A kepada semua golongan bankrap yang memohon.

“Ini kerana kira-kira satu atau tiga orang sahaja daripada 100 orang yang memohon mendapat kelulusan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kontraktor Jentera Mekanikal dan Elektrikal Melayu Malaysia (Baru), Datuk Seri Mohd. Effandie Ahmad yang turut hadir berkata, kebanyakan golongan bankrap bukan tidak mampu membayar hutang, tetapi tidak mempunyai masa yang mencukupi berikutan pelbagai halangan seperti pandemik Covid-19.

“Semasa pandemik, ramai orang bankrap kerana bank tidak membenarkan penstrukturan semula dengan memanjangkan tempoh hutang dan mengurangkan bayaran bulanan.

“Bank sepatutnya menunjukkan belas ihsan dengan penstrukturan semula hutang kerana bank tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun, sebab masih mendapat faedah daripada hutang,” katanya.

Tambahnya, tekanan yang dialami golongan bankrap itu menyebabkan pelbagai kesan seumur hidup, malah ada yang bunuh diri dan perpecahan rumah tangga.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

TAMBAH BAIK AKTA INSOLVENSI

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/tambah-baik-akta-insolvensi/

KENAPA TIDAK DIHAPUSKAN BANKRAP SEBELUM 2017? - KENYATAAN MEDIA PPIM - 31/01/2023

KUALA LUMPUR, 31 Januari, 2023 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius nasib mereka yang dihukum bankrap sebelum tahun 2017 yang seolah-olah dinafikan hak mereka berikutan langkah penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi pada tahun 2017.

PPIM menyambut baik dan mengucapkan terima kasih diatas keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka yang telah dibankrapkan. Sebelum ini, mereka yang bankrap seolah-olah tidak mempunyai masa depan dan terus akan berada dalam keadaan tidak diberikan pengupayaan untuk bangkit semula.

Mengambil kesempatan di atas pelantikan Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) yang baharu iaitu Tuan M. Bakri bin Abd Majid dan pelantikan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato' Sri Azalina Othman Said, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ingin membuat gesaan agar “Isu Kebankrapan” diberi perhatian sewajarnya.

Khususnya golongan belia dan warga emas yang bankrap sehingga ada yang kini masih bankrap walaupun berumur 75 tahun. Berbanding golongan bankrap yang dijatuhi hukuman bankrap selepas Oktober 2017 – mereka ini menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi pada tahun 2017. Sebagai contoh peruntukan Seksyen 33C – Pelepasan Automatik selepas 3 tahun bankrap dan 8 pindaan lain dalam akta pada tahun 2017 tersebut.

Namun golongan yang bankrap sebelum tahun 2017 biasanya perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia – sebelum mereka layak memohon bebas bankrap.

Oleh itu, PPIM menggesa agar KPI dan YB Dato' Sri Azalina Othman Said dapat melakukan sesuatu terhadap golongan bankrap ini.

PPIM berharap pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan pimpinan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim dapat memberi perhatian serius terhadap segala perkara yang diutarakan di atas.

Kami juga percaya kepada kebijaksaan YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), YB Dato' Sri Azalina Othman Said kerana Yang Berhormat adalah orang yang bertanggungjawab menambahbaik Akta Insolvensi 1967 pada tahun 2017. Saya yakin YB Dato' Sri Azalina Othman Said bersama KPI Tuan M. Bakri bin Abd Majid boleh memperbaiki Akta Insolvensi 1967 menjadi lebih baik.

Seharusnya golongan belia yang bankrap diberi peluang kedua untuk bebas bankrap. Manakala golongan warga emas pula perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka.

Dunia dilaporkan akan mengalami kemelesatan ekonomi bermula tahun 2023 ini. Dengan terlaksananya Agenda CPTPP nanti, maka ekonomi Malaysia akan dijajah oleh kuasa gergasi ekonomi luar. Lebih ramai peniaga dan usahawan Malaysia akan gulung tikar.

Kami percaya langkah ini akan dapat membantu hasrat Kerajaan Perpaduan dalam melahirkan gagasan masyarakat Madani yang diimpikan. Oleh itu, sebaiknya Akta Insolvensi 1967 (Akta 360) ini menjadi pelindung kepada bakal-bakal individu bankrap. Wallahu a'lam.

KENAPA TIDAK HAPUSKAN BANKRAP SEBELUM 2017? - SIDANG MEDIA PPIM - 31/01/2023

Dunia dilaporkan akan mengalami kemelesetan ekonomi bermula tahun 2023. Walaupun data kebankrapan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia menunjukkan penurunan kadar kes kebankrapan pada tahun 2022 berbanding 2021, namun dikhuatiri kadar ini meningkat mendadak.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima aduan dan keluhan dari rakyat termasuk golongan belia mengenai isu ini. Dalam keadaan ekonomi yang belum stabil dan rakyat rata-rata sedang memulihkan ekonomi masing2 adalah tidak wajar sebarang penekanan diberi membabitkan ekonomi rakyat.

Sehubungan dengan itu, satu sidang media telah diadakan berhubung isu ini di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Monday, January 30, 2023

BENARKAH HARGA BAHAN MENTAH MAKANAN TURUN? | MHI - TV3MALAYSIA - 30/01/2023

 

Topik: Benarkah Harga Bahan Mentah Makanan Turun? 

Malaysia Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik berkenaan hal ehwal semasa, kesihatan serta isu-isu viral untuk menjana pemikiran masyarakat.


Sumber: TV3 Malaysia

BENARKAH HARGA BAHAN MENTAH MAKANAN TURUN? | MHI

https://www.youtube.com/watch?v=-MwpyUnkcWA

AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI TETAMU VIP MAJLIS ANUGERAH WORLD MUSLIMPRENEUR 2023 - PPIM - 28/01/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Majlis Anugerah World Muslimpreneur 2023 anjuran IKON Malaysia dan World Muslimpreneur di St Regis Hotel, Kuala Lumpur.

KEWANGAN ISLAM ADA UNSUR MENINDAS - UTUSAN MALAYSIA - 30/01/2023

 

PETALING JAYA: Produk sistem kewangan Islam di negara ini didakwa tidak langsung melambangkan Islam kerana tiada aspek ‘kemanusiaan’ seperti dituntut agama apabila terus menindas peminjam dengan pelbagai cara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia amat mendukacitakan apabila sistem kewangan Islam yang sepatutnya tiada unsur penindasan tidak diamalkan.

“Saya sudah bersuara mengenai perkara ini termasuk kepada Bank Negara Malaysia (BNM), kita kena ubah arah tuju sistem perbankan negara. Daripada purely commercial kepada kemanusiaan.

“Tetapi kemanusian itu tiada, kat mana (dalam sistem) pun kita tak tahu. Orang tak bayar RM5 pun mereka jadikan masalah besar, kita lihat kembali mengenai perkara tersebut di manakah Islamnya?” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu akhbar ini mendedahkan, kaedah pembiayaan kewangan Islam di negara ini yang dikatakan tidak terdedah risiko kenaikan kadar hutang didakwa belum mematuhi konsep maqasid al-syariah sepenuhnya kerana masih tertakluk kepada peraturan tertentu berpaksikan faedah dan riba.

Malah turut dikatakan, ia hanya bersifat indah khabar daripada rupa apabila terus ‘memeras ugut’ peminjam dengan mengenakan faedah terlalu tinggi dan tidak munasabah walaupun ia merupakan produk sistem kewangan Islam.

Sehubungan itu, Nadzim menggesa kerajaan campur tangan bagi melihat kembali sistem tersebut, supaya unsur-unsur yang menindas rakyat dapat diketepikan dan hanya berpegang teguh kepada sistem Islam.

“Kerajaan kena lihat balik perkara ini supaya tidak berlaku penindasan, di dalam Islam pun tidak boleh ada perkara sedemikian tetapi lain pula sekarang ni apabila penindasan seolah-olah menjadi asas,” katanya.

Sementara itu, Pakar Ekonomi, Prof. Madya Dr. Abu Sofian Yaacob berpendapat, sistem kewangan Islam yang menjadi kebanggaan negara pada satu ketika dahulu kini tidak jauh bezanya dengan sistem konvensional.

Katanya, perkara itu semakin disedari oleh orang ramai disebabkan impak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pasca Covid-19, apabila pendapatan peminjam mula merosot serta terjejas.

“Cara pengendalian sistem kewangan Islam tidak jauh beza dengan konvensional, jadi kita kena lihat perincian itu semula. Sepatutnya perbankan Islam lebih kepada empati terhadap peminjam terutamanya Muslim.

“Bukan mereka tak boleh buat keuntungan, tetapi sepatutnya membantu orang Islam dalam memudahkan pembayaran, menggalakkan untuk memiliki aset. Ini bagi memastikan ekonomi Muslim berkembang.

“Sedangkan orang bukan Islam pun suka dengan sistem kewangan Islam ni tetapi kena lihat balik ‘pengamalan’ itu balik secara terperinci supaya kita dapat kendalikan mengikut syariah yang betul,” jelasnya. 

Artikel oleh: Utusan Malaysia

KEWANGAN ISLAM ADA UNSUR MENINDAS

https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/kewangan-islam-ada-unsur-menindas/

Saturday, January 28, 2023

CPTPP: 'KENAPA DITANDATANGANI SECARA DIAM-DIAM? - AKTIVIS PPIM - SAMUDERA.MY - 27/01/2023

 

KUALA LUMPUR, 27 Januari 2023 – Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Encik Izham Nayan mempersoalkan mengapakah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) ditandatangani secara diam-diam oleh Kerajaan, sedangkan ianya perlu diketahui oleh umum.

Tambah beliau, ini adalah kerana isu CPTPP ini adalah isu melibatkan semua pihak. 

Encik Izham Nayan mengutarakan persoalan tersebut ketika ditemubual oleh wartawan samudera.my. ketika penyerahan memorandum membantah ratifikasi CPTPP.

Beliau juga berkata,“Seandainya kita bangun atau kita tidur, tetap perjanjian ini akan berjalan dan kena pada semua orang.”

Justeru, beliau dengan lantang membantah perjanjian CPTPP dengan berkata “Jangan jual negara kerana negara kita adalah negara yang berdaulat.

”Dalam pada itu, Felo Kanan, Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM), Ahmad Yazid Othman yang turut sama hadir ke penyerahan memorandum berkata, jangan dengan meratifikasi CPTPP ini nanti akan menjadi bukti dan tanda kecuaian dalam memperjuangkan dasar yang akan membela agama, bangsa dan tanah air negara.


Artikel oleh: Samudera.my

CPTPP: 'KENAPA DITANDATANGANI SECARA DIAM-DIAM? - AKTIVIS PPIM

https://www.samudera.my/cptpp-kenapa-ditandatangani-secara-diam-diam-aktivitis-ppim/

AKTIVITI | PROGRAM CABARAN BUKIT UHUD PIALA PPIM & PEMANAH TRADISIONAL NEGARA - PPIM - 28/08/2023

Sekitar program Pertandingan Cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah di Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Bukit Sentosa, Rawang.


LAGI NGO DESAK BOIKOT PRODUK DARI SWEDEN - SINAR HARIAN - 26/01/2023

 

Artikel oleh: Sinar Harian

LAGI NGO DESAK BOIKOT PRODUK DARI SWEDEN

PPIM GESA PENGGUNA BOIKOT PRODUK SWEDEN - SAMUDERA.MY - 26/01/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pengguna di negara ini bertindak atas kebiadaban ahli politik Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan Kedutaan Turkiye di Stockholm. 

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata tindakan itu harus dipandang oleh umat Islam di Malaysia.

PPIM mengutuk tindakan tersebut dengan mendesak Kedutaan Sweden di negara ini membuat penyataan maaf secara terbuka dan kerajaan negara itu mengambil tindakan terhadap Paludan.

“Kebebasan bersuara harus ada hadnya, jika kerajaan Sweden enggan bertindak melalui kedutaannya di sini, kami akan melakukan protes di hadapan bangunan kedutaan sehingga mereka sedar perbuatan itu adalah melampau,” katanya.

Nadzim mengajak pengguna Islam negara ini mula memboikot produk dari negara Sweden bagi ‘mengajar’ mereka. 

Antaranya adalah IKEA, H&M, Ericsson dan Electrolux.PPIM akan mengeluarkan poster produk dari Sweden untuk rujukan pengguna Islam di negara ini.


Artikel oleh: Samudera.my

PPIM GESA PENGGUNA BOIKOT PRODUK SWEDEN

https://www.samudera.my/ppim-gesa-pengguna-boikot-produk-sweden/

DUNIA GERUN KEHEBATAN PEMANAH MELAYU - MEDIA VARIASI - 26/01/2023

 

KUALA LUMPUR: Ramai yang tidak tahu bahawa dunia kini amat mengagumi pemanah tradisional dari Malaysia yang memiliki kehandalan luar biasa dalam sukan ini.

Rasa kagum itu hadir apabila melihat penyertaan pemanah Melayu di pentas antarabangsa memecah rekod dimonopoli Hungary yang sekian lama mengungguli kejohanan HDH-IAA World Historical Traditional Archery, itu sejak dua dekad lalu. 

Lebih manis lagi, ada pertandingan itu dianjurkan di Turkiye, Hungary, Macau, Thailand, pemanah Melayu lengkap bertanjak mahupun peserta wanita tidak pulang dengan tangan kosong tetapi pasti bersama gangsa, perak ataupun emas kerana diketahui datang untuk menang.

Kekuatan mereka hanya bersandarkan mata hati, bersama akal dan jasad menjadikan pemanah lebih yakin dan tenang memegang busur dan melepaskan anak panah tepat pada sasaran.

Malangnya, meskipun berjaya menempa nama di mata dunia sejak lapan tahun lalu, tetapi pasukan di bawah Pemanah Tradisional Malaysia (TAAM) ini seperti dianaktirikan di mata kerajaan tanpa tahu punca.

Membawa pulang pelbagai pingat dan plak berprestij dunia seolah-olah tidak mampu ‘menambat’ perhatian kerajaan untuk diiktiraf di bawah Majlis Sukan Negara (MSN) serta Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Pengasas Pusat Latihan Memanah Berkuda Percuma, Darul Jariyah, Jalijah Awang Kenit, berkata, sukan memanah tradisional sudah bertapak lama dalam negara, tetapi anehnya kurang diberi perhatian oleh pihak berkaitan berbanding di luar negara.Katanya, pemanah yang berjaya selama ini bertungkus lumus mencari dana sendiri melalui perniagaan sendiri, yang sudi menghulurkan bantuan, selain membantu satu sama lain malah ada yang sanggup menggadaikan barang peribadi.

“Mereka bukan setakat juara kampung tetapi hebat di mata dunia, ada pelapis baharu tempatan pun boleh mengalahkan juara dunia.“Cuma… kalau ada agensi korporat yang nampak kami (TAAM), bantulah kami dari segi tajaan kewangan dan sukan memanah tradisional kita.

“Apa sahaja agensi yang sudi beri tajaan, boleh menaikkan lagi semangat mereka, mengadakan pertandingan lebih kerap, dan melahirkan pelapis lebih hebat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media penganjuran Pertandingan Cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM di Pusat Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Bukit Beruntung, yang dijadualkan pada 28 Januari ini.

Turut hadir, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Mejar Bersekutu (PA) Zamri Mohd Zaman Khan serta barisan pemanah tradisional TAAM.Jalijah turut mendedahkan beberapa senarai pemanah tradisional yang pernah bergelar juara dunia dan meningkat naik di peringkat antarabangsa dan tempatan.

Mohd Saharuddin Hassan, pemegang Juara HDH-IAA World Historical Archery Championship 2022, kelompok pemanah tradisional lapan terbaik dunia, pemegang pingat perak World Nomad Games di Iznik, Bursa di Turkiye.Muhammad Mustaqqim Rosman, pemegang pingat emas Kejohanan Pemilihan ke Islamic Solidarity Game di Konya, Turkiye; pingat emas di Festival Pemanah Dannok Thailand 2023, dan pingat gangsa di Pateh Laga 2, Malang Indonesia 2022.

Muhammad Zarul Shafiq Zahar, pemegang pingat gangsa Festival Pemanah Dannok Thailand 2023, pingat emas Festival Memanah Tradisional Sepang 2022, dan emas Liga Memanah Selangor 2022.

Said Hawa Mohd Salleh, pemegang pingat perak di Macau 2018, pingat perak berkumpulan World Nomad Games Iznik, Bursa di Turkiye 2022, pingat emas Liga Memanah Tradisional Kebangsaan 2022, pingat emas jemputan Bintulu.

Ahmad Zulqarnain Murad, pemegang emas berkumpulan International Traditional Archery Festival 2018, emas berkumpulan ke Islamic Solidarity Game di Konya, Turkiye; perak di Dannok Archery Festival 2023.


Artikel oleh: Media Variasi

DUNIA GERUN KEHEBATAN PEMANAH MELAYU

https://mediavariasi.com/2023/01/dunia-gerun-kehebatan-pemanah-melayu/

ISU BAKAR AL-QURAN: KEMBALIKAN KEADILAN ISLAM, BOIKOT IKEA - PPIM - MEDIA VARIASI - 26/01/2023

 

KUALA LUMPUR: Universiti Birmingham menempatkan dua lembaran naskah al-Quran terawal berusia 1,378 yang ditemui pada 2015 bertarikh antara tahun 568M dan tahun 645M, menjadikannya antara naskhah al-Quran tertua setakat ini.

Hasil ujian analisis radiokarbon yang dilakukan di Universiti Oxford mencadangkan manuskrip berkenaan ditulis kurang 20 tahun selepas Nabi Muhammad SAW wafat.

Penemuan berharga ini memberi makna yang besar dalam sejarah Ketamadunan Islam di dunia kerana ia manuskrip asli yang diyakini tidak diubah.

Ia dikatakan wujud tidak lama selepas diwahyukan kepada Nabi Muhammad antara 610 hingga 632 Masihi, di mana dipercayai penulisnya masih hidup era berkenaan.

Begitulah kebesaran Tuhan yang memelihara naskah asli berkenaan agar generasi baharu mengkaji sejarahnya, asal kejadian dan hikmah daripadanya, namun ia mustahil berlaku jika naskah itu tidak dipelihara atau dibakar.

Malaysia baru-baru ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom, Sweden.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau dikenali Toqqi turut menyeru rakyat agar memboikot produk dari Sweden sebagai satu isyarat kepada negara itu bahawa tindakan mereka adalah satu jenayah yang tidak boleh dikompromi.

“Kembalikan keadilan untuk Islam, perlu protes dan bangkit boikot produk Sweden seperti IKEA, tak makan meat ball pun tak mati.

“Perbuatan (bakar al-Quran) telah merosakkan hubungan, jadi kita harus sokong kebaikan dan menentang amalan budaya yang tidak baik.

“Kita tidak nampak orang Malaysia bakar kitab mana-mana agama pun, tak semestinya kita bercerita pasal al-Quran.

“Kita bercerita mengenai membudayakan sesuatu yang elok tetapi perbuatan berkenaan adalah keji, hina dan tidak boleh diterima,” katanya selepas sidang media.

Beliau berkata demikian pada sidang media penganjuran Pertandingan Cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM di Pusat Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah, Bukit Beruntung, yang dijadualkan pada 28 Januari ini.

Turut hadir wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) Wilayah Persekutuan, Mejar Bersekutu (PA) Zamri Mohd Zaman Khan serta barisan pemanah tradisional TAAM.

Tambahnya lagi, Duta Sweden di Malaysia dan Duta Malaysia di Sweden perlu bersama menjelaskan kepada kedutaan masing-masing untuk mengambil tindakan yang wajar.

“Jika tidak dihentikan, perbuatan ini akan diulang tayang oleh generasi lain pula, jadi isu keadilan tidak akan dapat sampai bila-bila,” katanya.

Artikel oleh: Media Variasi

ISU BAKAR AL-QURAN: KEMBALIKAN KEADILAN ISLAM, BOIKOT IKEA - PPIM

Thursday, January 26, 2023

PPIM DAN YPNM GESA UMAT ISLAM MALAYSIA BOIKOT PRODUK SWEDEN IKEA DAN H&M - SIN CHEW DAILY - 25/01/2023

 

(Petaling Jaya, ke-25) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Pengguna Kebangsaan Malaysia (YPNM) menggesa umat Islam di negara kita berhenti membeli dan menggunakan produk buatan Sweden mulai hari ini, termasuk IKEA (IKEA), jenama Pakaian seperti H&M, Ericsson dan Electrolux. 

Persatuan itu hari ini bertindak balas terhadap tindakan provokatif ahli politik sayap kanan Denmark-Sweden, Paludan yang membakar al-Quran di Stockholm, menyeru semua pengguna Islam di negara kita supaya berhenti menggunakan produk dari negara itu. 

Tuntut permohonan maaf secara terbuka daripada kedutaan Sweden  

PPIM mengeluarkan kenyataan hari ini meminta wakil kedutaan Sweden di Malaysia mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. 

"Kebebasan bersuara perlu ada had. Jika mereka berkeras untuk tidak meminta maaf, kami akan menyeru rakyat untuk berdemonstrasi di hadapan kedutaan Sweden di Malaysia sehingga mereka menyedari kesilapan mereka." 

Selain itu, Yayasan Pengguna Nasional Malaysia juga menyeru semua jabatan pelaburan kerajaan untuk melupuskan saham dan kepentingan semua syarikat multinasional Sweden. 

"Islam mengajar umatnya supaya menghormati agama dan kepercayaan lain, tetapi ini tidak bermakna jika agama kita dihina, kita rakyat hanya akan memilih untuk berdiam diri." 


Artikel oleh: Sin Chew Daily 

PPIM DAN YPNM GESA UMAT ISLAM MALAYSIA BOIKOT PRODUK SWEDEN IKEA DAN H&M

https://www.sinchew.com.my/?p=4426409

YPNM GESA KERAJAAN LUPUS KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT SWEDEN - SINAR HARIAN - 25/01/2023

 

SHAH ALAM - Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) menggesa mana-mana sayap pelaburan kerajaan melupuskan semua saham dan kepentingan dalam syarikat-syarikat multinasional dari Sweden. 

YPNM dalam kenyataan berkata, langkah itu bertujuan bagi menentang tindakan Islamofobik politikus ekstrem sayap kanan Denmark-Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di hadapan kedutaan Turkiye, Stockholm pada Sabtu. 

Menurut kenyataan tersebut, seluruh umat Islam juga digesa menilai keadaan mereka sendiri, memperkukuhkan ukhuwah mereka serta membina semula kekuatan melalui ketakwaan, penguasaan ilmu dan teknologi. 

“Sebagai langkah membidas tindakan ini, YPNM menggesa setiap rakyat khususnya yang beragama Islam melahirkan semangat patriotik mereka dan memberhentikan pembelian mana-mana barangan dan perkhidmatan dari Sweden.

“Cuma dengan ini sahaja umat Islam dapat menggerunkan pihak musuh dan tidak mencetuskan provokasi-provokasi sebegini,” katanya dalam kenyataan pada Rabu. 

Pada Sabtu, Rasmus telah membakar senaskhah al-Quran di Stockholm, Sweden di khalayak umum. 

Tambah kenyataan itu, tindakan Rasmus menunjukkan kebiadaban melampau terhadap kitab suci al-Quran dan agama Islam. “Selain dari membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia tindakan tersebut bakal mencetus keadaan huru-hara agama yang tidak akan berkesudahan. 

“Agama Islam mengajar umatnya menghormati agama dan kepercayaan lain dan ini tidak bermakna umatnya hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh jika agama mereka dihina sebegini rupa,” ujarnya. 


Artikel oleh: Sinar Harian

YPNM GESA KERAJAAN LUPUS KEPENTINGAN DALAM SYARIKAT SWEDEN

https://www.sinarharian.com.my/article/242147/berita/nasional/ypnm-gesa-kerajaan-lupus-kepentingan-dalam-syarikat-sweden

PROGRAM CABARAN BUKIT UHUD PPIM & PEMANAH TRADISIONAL NEGARA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/01/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sentiasa berusaha untuk meningkatkan sukan tradisional khususnya untuk umat Islam di negara ini.

Dalam arus serba moden kini sukan tradisional semakin ditinggalkan. Menyedari hakikat ini, PPIM bersama Pusat Kebajikan Darul Jariyah dan barisan atlet sukan tradisional Malaysia akan menganjurkan pertandingan cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM pada 28 Januari 2023 bersamaan hari Sabtu bertempat di Pertubuhan Kebajikan Darul Jariyah.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan dan memperkenalkan atlet - atlet Malaysia yang merupakan sharp shooter berbangsa Melayu, beragama Islam dan juga rakyat tempatan berkebolehan luar biasa dalam sukan memanah tradisonal yang kurang diketahui umum.

Sebagai penghargaan pada atlet-atlet Malaysia yang sudah lebih lapan tahun bergerak sendiri membawa nama Malaysia ke persada dunia, PPIM memperkenalkan piala PPIM.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata Atlet yang diperkenalkan kali ini sudah banyak kali memegang tangga tertinggi Kejuaraan Dunia dalam sukan memanah tradisional.

"Untuk menyemarakkan lagi semangat pemanah bantu pemanah, PPIM akan berusaha untuk mendapatkan dana untuk pemilihan pertandingan terdekat di Luar Negara," katanya.

Anjuran program ini juga adalah untuk membantu pengumpulan sumbangan Darul Jariyah yang bukan sahaja menjadi pusat latihan memanah berkuda percuma yang pertama di Malaysia, ianya juga merupakan pengumpulan sumbangan untuk bantuan pusat jagaan anak - anak yatim, pusat tahiz juga untuk fakir miskin.




PROGRAM CABARAN BUKIT UHUD PPIM & PEMANAH TRADISIONAL NEGARA - SIDANG MEDIA PPIM - 26/01/2023

Dalam arus serba moden kini sukan tradisional semakin ditinggalkan.

Menyedari hakikat ini, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pusat Kebajikan Darul Jariyah bakal menganjurkan pertandingan cabaran Bukit Uhud bagi merebut Piala PPIM.

Program bakal diadakan di Darul Jariyah Bukit Beruntung pada hari Sabtu bersamaan 28 Januari 2023 bertempat di Darul Jariyyah, Bukit Beruntung.

Tujuan utama program ini diadakan adalah bagi mengumpulkan atlet Malaysia yang merupakan sharp shooter berbangsa Melayu, beragama Islam dan juga rakyat tempatan berkebolehan luar biasa dalam sukan memanah tradisonal yang kurang diketahui umum.

Program ini diharap akan memberi penghargaan pada atlet-atlet Malaysia yang sudah lebih lapan tahun bergerak sendiri membawa nama Malaysia ke persada dunia. 

Justeru itu, satu sidang media telah diadakan bagi hebahan program tersebut di Pejabat PPIM, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.











PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...