Saturday, October 30, 2021

6009) “BENDA APA YANG HITAM DAN BERPELUH?” TOKWAN TAK RETI JIMAT ELEKTRIK! - TV.PPIM - 29/10/2021

 

“Benda Apa Yang Hitam Dan Berpeluh?”

Aduh Tokwan! Semua nak salahkan cucu.

Nasiblah si cucu pun faham perangai tokwan dia, siap boleh main teka-teki lagi tu. Huhu!

Tokwan ni bakhil betul, semua benda pun nak kedekut. 😪
Tapi, siapa yang tak reti berjimat sebenarnya?

Kalau nak tahu, tonton video ini untuk tahu apa kesudahan Tokwan dengan cucunya.
.
.
.
Jangan biarkan bil elektrik anda melambung tinggi! Untuk lebih banyak tips penjimatan tenaga elektrik, layari:

http://www.st.gov.my

#TNB#Kazar#JimatLetrik


Sumber: TV.PPIM

“BENDA APA YANG HITAM DAN BERPELUH?” TOKWAN TAK RETI JIMAT ELEKTRIK!

https://www.youtube.com/watch?v=Gfx782lFCf8

Friday, October 29, 2021

6008) JANGAN SEKADAR RETORIK, PASTIKAN NAMA ARAK TIMAH DITUKAR - PPIM - MAJORITI - 29/10/2021

 

KERAJAAN perlu bertegas dengan memastikan syarikat pengeluar arak jenama Timah benar-benar serius untuk menukar label jenama dan imej pada arak keluaran mereka, dan bukannya hanya cakap-cakap retorik sekadar menenangkan keadaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana status Malaysia sebagai negara Islam akan terus diperlekeh jika tiada penegasan dalam isu terbabit.

"Isu nak tukar nama ni perlu serius dan dibuat betul-betul. Kena ada satu bentuk penegasan daripada pihak kementerian dan agensi penguatkuasaan.

“Kalau negara mahu terus dihormati, kerajaan perlu bertegas dalam perkara ini supaya yang orang bukan Islam akan hormat kepada kita apabila berada di negara ini," katanya kepada Majoriti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu pertukaran nama arak jenama Timah selepas wakil syarikat berkenaan bersetuju berbuat demikian dalam pertemuan mereka dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna baru-baru ini.

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan pada Khamis berkata, syarikat berkenaan memohon tempoh selama satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mengenai penukaran nama dan imej pada label produk berkenaan.

Sementara itu, dalam nada kecewa, Nadzim berkata, dari sudut pandang yang lebih luas, kerajaan perlu lebih peka dan responsif dalam isu-isu sedemikian demi menjaga sensitiviti umat Islam.

"Mungkin ada beberapa lagi jenama-jenama produk haram menggunakan nama bercirikan kemelayuan di pasaran, yang kita terlepas pandang, jadi kena sensitif.

"Kalau bukan nama produk pun, ada lagi banyak benda lain yang kerajaan perlu peka contohnya amalan riba dan sebagainya. Ini pun umat Islam janganlah tutup sebelah mata," katanya.

Kontroversi arak berjenama Timah tercetus sejak minggu lalu selepas pemilihan nama itu hebat diperdebatkan di media cetak dan elektronik, malah ia turut menjadi topik hangat dibahaskan di Dewan Rakyat.


Artikel oleh: Majoriti

JANGAN SEKADAR RETORIK, PASTIKAN NAMA ARAK TIMAH DITUKAR - PPIM

https://majoriti.com.my/berita/2021/10/29/jangan-sekadar-retorik-pastikan-nama-arak-timah-ditukar--ppim?fbclid=IwAR39vCPONfNIvUJ3qLRoL5SYPV2TcoHRAg3csanqG6mW1vcuFvY68qmVLVw

6007) MAHKAMAH BENARKAN SEMAKAN KEHAKIMAN KES BEKAS SARJAN ENGGAN VAKSIN - MALAYSIA KINI - 28/10/2021

 

Seorang bekas sarjan hari ini mendapat kebenaran mahkamah untuk meneruskan cabaran undang-undang terhadap pemecatannya kerana menolak vaksinasi Covid-19.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini memberi kebenaran kepada Wan Ramli Wan Seman untuk meneruskan semakan kehakimannya terhadap Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan empat yang lain.

Peguam kanan persekutuan Ahmad Hanir Hambaly mengesahkan bahawa hakim Ahmad Kamal Md Shahid pagi ini memberi kebenaran berikutan tiada bantahan yang dibangkitkan oleh Jabatan Peguam Negara (AGC).

Ahmad Hanir dari AGC, yang mewakili kerajaan, salah seorang daripada lima responden dalam perkara itu.

"Kebenaran diberikan kerana AGC tidak ada bantahan," kata Ahmad Hanir, sambil menambah bahawa mahkamah telah menetapkan 11 Nov untuk pengurusan kes semakan kehakiman.

Dengan kebenaran yang diberikan hari ini, mahkamah kemudiannya akan menetapkan tarikh untuk mendengar hujahan daripada pihak mengenai merit semakan kehakiman yang sepatutnya.

Pada 27 Sept, Wan Ramly , yang pernah berkhidmat dengan batalion ke-24 Rejimen Askar Diraja di Kem Rasah, Negeri Sembilan, memfailkan semakan kehakiman.

Wan Ramli menamakan Leftenan-Kolonel Sharull Hesham Md Yasin; Leftenan Mohamad Azammunir Mohd Ashri; Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM), Jeneral Zamrose Mohd Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Wan Ramli menamakan Leftenan-Kolonel Sharull Hesham Md Yasin; Leftenan Mohamad Azammunir Mohd Ashri; Panglima TDM, Jeneral Zamrose Mohd Zain, TDM dan kerajaan sebagai responden.

Sharull adalah pegawai memerintah Kem Rasah sementara Azammunir didakwa merupakan pegawai yang menandatangani surat pemberhentian itu.

Kedua-dua mereka dianggap berada di bawah pengawasan, kawalan, arahan dan undang-undang serta pentadbiran dasar dari tiga responden yang lain.

Wan Ramli, 39, memohon pengisytiharan bahawa surat pelepasan bertarikh 4 Ogos tahun ini, serta pelepasan awalnya dari perkhidmatan, adalah terbatal, tidak sah dan tidak berkuat kuasa.

Dia juga ingin mendapatkan arahan tentang sifat writ certiorari untuk membatalkan surat pelepasan, kos, dan apa-apa relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Menurut kertas kausa, Wan Ramli mendakwa pada 3 Julai, dia menerima arahan daripada kerani syarikat (tentera) di klinik Kem Rasah untuk mengambil vaksin Covid-19. Bagaimanapun, dia menggunakan hak perlembagaannya untuk tidak diberi vaksin.

Dia ketika itu mendakwa bahawa dia kemudiannya disoal siasat pada 5, 6 dan 9 Julai, di mana dia didakwa "ditekan dan dimarahi oleh beberapa pegawai kerana enggan diberi vaksin".

Wan Ramli mendakwa pada 10 Julai lalu, dia dibicarakan oleh Sharull dan didakwa mengikut empat peruntukan Akta Angkatan Tentera 1972 iaitu kerana mengingkari arahan untuk disuntik; menggunakan bahasa ugutan atau tidak subordinat kepada pegawai atasan; ingkar kepada perintah tetap; dan tingkah laku yang menjejaskan ketenteraman dan disiplin yang baik.

Dia mendakwa Sharull menafikan permintaannya untuk dibicarakan di mahkamah tentera, dan didakwa merampas mata pencariannya yang dilindungi di bawah Perkara 5(1) Perlembagaan Persekutuan.

Wan Ramli berpendapat bahawa dia hanya mengatakan "Saya masih tidak setuju untuk diberi vaksin", yang menurutnya tidak mengancam atau merupakan bahasa yang tidak wajar.

Dia juga berkata bahawa dia memiliki hak untuk menolak vaksinasi.

Bekas sarjan itu mendakwa bahawa pada 3 Ogos, dia diberitahu bahawa pemberhentiannya berkuat kuasa mulai 26 Ogos tahun ini, yang jauh lebih awal daripada pemberhentian sepatutnya, pada 20 Januari 2023.

Dia berhujah bahawa pelepasan itu tidak sah kerana, antara sebab lain, tindakan responden adalah tidak seimbang dalam semua keadaan kes, bersifat diskriminasi yang menyalahi undang-undang, menindas, tidak rasional dan/atau tidak munasabah, dan mengambil kira pertimbangan yang tidak relevan.

Wan Ramli juga mendakwa bahawa dia kehilangan hak pencen, dan seterusnya berhujah bahawa kehilangan mata pencariannya sama dengan kehilangan hak perlembagaan untuk memiliki harta.


Artikel oleh: Malaysia Kini

MAHKAMAH BENARKAN SEMAKAN KEHAKIMAN KES BEKAS SARJAN ENGGAN VAKSIN

https://www.malaysiakini.com/news/597034

Thursday, October 28, 2021

6006) PROGRAM JERAYAWARA PEMBANGUNAN KOMUNITI DAN KEMAKMURAN WAWASAN BERSAMA 2021 - PPIM - 28/10/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program Jerayawara Pembangunan Komuniti dan Kemakmuran Wawasan Bersama 2021 anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKM WPKL) di Rumah Prihatin@Grand Seasons KL, Kuala Lumpur.

Program bertujuan menghargai penglibatan dalam memberikan sumbangan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

6005) NI NASIHAT TOQQI UNTUK ANAK MUDA! - TV.PPIM - 28/10/2021

 

Meh Toqqi Nak Nasihat Sikit!

Simple, tapi kalau amalkan dalam hidup confirm jadi orang berjaya. Biasanya nasihat-nasihat 'otai' ni kena dengan kehidupan kita. 

Ikutlah nasihat daripada orang tua macam Toqqi, 
Jangan lupa like & share video ini kalau anda rasa video ni bermanfaat untuk semua!
---
Anda ingin mendapatkan tips, info dan aktiviti terkini PPIM,

Jom sertai kami di telegram

atau anda boleh klik link di bawah untuk akses ke semua media sosial PPIM

“Perjuangan Demi Pengguna”
Perjuangan PPIM takkan pernah tamat. Suara-suara pengguna Islam dan Malaysia akan terus jadi keutamaan PPIM.

#PPIM #TabungperjuanganPPIM #kitajagakita #Toqqi
#PerjuanganBersamaDemiPengguna

Wednesday, October 27, 2021

6004) NAK BUAT BISNES TAPI BOD*H! STUDENT PINJAM AHLONG! - TV.PPIM - 27/10/2021

 

Nak buat bisnes? Boleh, tapi jangan sekali-kali meminjam! Kalau tak ada duit nak buat bisnes, mulakan dengan jadi dropship pun tak apa. Janji pendapatan anda halal biarpun sedikit! Jangan sesekali guna duit haram daripada ahlong kalau anda nak buat bisnes sendiri! Nanti menyesal tak sudah sampai bila-bila. --- Anda mangsa AHLONG? Jangan TANGGUH dan jangan TAKUT! Hubungi SATRIA sekarang untuk hidup bebas ancaman ahlong! SATRIA adalah panel yang dilantik oleh PPIM untuk menguruskan kes-kes melibatkan penindasan ahlong. SATRIA juga berpengalaman lebih 10 tahun menguruskan kes-kes ahlong melibatkan nilai ribuan hingga jutaan ringgit. Hubungi SATRIA sekarang: Whatsapp: https://StopAhlong.wasap.my https://NoToAhlong.wasap.my 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi melaporkan aduan & menetapkan temu janji, layari: http://ahlong.ppim.org.my/ Ayuh bersama jauhi ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan dan keluarga anda atau mangsa Ahlong yang anda kenal.


Sumber: TV.PPIM

NAK BUAT BISNES TAPI BODOH! STUDENT PINJAM AHLONG!

6003) SCAM KURIER PALSU! DUIT HABIS MELAYANG! - TV.PPIM - 26/10/2021

 

Scam COD 'Kurier' Palsu! Duit Habis Melayang! 😭😭😭 Dah makin ramai kena tipu dengan scam COD oleh kurier palsu ni! Doktor, pensyarah, cikgu, datuk datin, semua pun dah terkena, sebab modus operandi diorang ni memang macam real. Orang datang hantar parcel kata COD dan kita perlu bayar dulu. Tahu-tahu dah kena scam 🤦🏻‍♂️ Pernah terjadi dekat korang tak? Kalau korang masih selamat dari situasi ni harap korang dapat berjaga-jagalah dengan sekeliling kalau taknak duit melayang!


Sumber: TV.PPIM

SCAM KURIER PALSU! DUIT HABIS MELAYANG!

https://www.youtube.com/watch?v=cf2-2viYTxY

Tuesday, October 26, 2021

6002) ARAK: KERAJAAN TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN? - MALAYSIA DATELINE - 22/10/2021

 

Sepatutnya isu yang berlegar sejak minggu lalu itu ditangani dan dipandang serius oleh pihak kerajaan. Walaupun ia bukan soal politik, tetapi ia melibatkan soal sensitiviti yang serius.

Sebagaimana diketahui, kerajaan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia’ ini yang majoritinya dibarisi oleh Melayu Islam, hendaklah bersikap tegas berkaitan isu-isu yang menyentuh tentang agama dan kaum. Bukan sahaja bangsa India, Cina dan lain-lainnya, tetapi agamaIslam dan bangsa Melayu juga hendaklah dipedulikan.

Dalam isu yang tular, pihak kerajaan seakan tidak sigap dan tegas dengan apa yang digusarkan rakyat, terutamanya yang berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Lagi menyakitkan, apabila ada Menteri yang mengatakan, kerajaan tidak boleh dipersalahkan dengan pengeluaran arak baru jenama tempatan itu. Sedangkan dalam segala hal sebelum ini, ketika menjadi parti yang tidak berkuasa, banyak sungguh mereka menuding itu ini, menyalahkan pihak kerajaan (pada waktu itu) walaupun ia bukanlah melibatkan kerajaan pun.

Lain dengan isu penjualan arak keluaran tempatan, jenama Timah yang diluluskan nama dan operasi penjualannya pada 5 Jun 2020 telah dilancarkan di media sosial pada 7 Oktober lalu.

Isu ini perlu dipandang serius kerana melibatkan soal sensitiviti agama dan kaum khususnya Melayu Islam. Apalah yang perlu dibanggakan hasil keluaran tempatan seperti ini jika ia sesuatu yang haram dan merosakkan bagi mereka yang beragama Islam.

Sangat bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang membidas tindakan itu kerana menyifatkan penggunaan nama berkenaan menyinggung perasaan umat Islam sambil menggesa penjualannya diharamkan.

Dr Zaharuddin Abd Rahman menerusi kenyataannya berkata, arak terbaru dikeluarkan dengan nama Timah perlukan tindakan segera pihak berkuasa kalau boleh menghalang pengeluaran dengan nama dan gambar seolah-olah orang berkopiah itu.

“Walaupun bukan, tapi boleh misleading, khususnya di musim ada minuman tanpa alkohol yang guna botol ala-ala botol arak, malah ada juga syarikat yang keluarkan tanpa alkohol…”

Tambahnya, apa rasionalnya mereka menggunakan nama-nama ala imej Melayu? Biasanya arak nama Perancis, Inggeris dan lain-lain.

“Letak la nama Speedy sempena nama pemilik gambar itu dan ambil gambar Captain Speedy tanpa penutup kepala tu, ada banyak boleh dijumpai. Kenapa ambil yang Captain Speedy bertutup kepala?” soalnya.

Macam ada niat kurang bagus oleh pengeluar. Normalisasi arak?

“Ini bukan isu politik kepartian, ini isu kita kena tegas dengan percubaan menghampirkan masyarakat kita dengan apa saja melibatkan arak kerana semua yang terlibat dengan arak menanggung dosa serta arak tidak membawa kecuali mudarat sahaja,” tegas Dr Zaharuddin.

Katanya lagi, tidak perlu sangka baik dalam hal arak, ia perlu segara halang (jika ada kuasa) bagi sadd al-zara'i (menyekat kerosakan). Jika ia keluaran luar negara, barulah boleh kita beralasan kerana di luar kuasa sepenuhnya.

Berikutan itu, baru-baru ini, Mufti Pulau Pinang, Dato’ Dr Wan Salim Mohd Noor telah mencadangkan agar arak itu ditukar nama kepada ‘Captain Speedy’ yang merujuk kepada gambar lelaki berjanggut dan slogan ‘1871 – The Legend of Captain Speedy’.

“Kerajaan perlu menyekat penggunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah itu, berikutan ia tidak sesuai digunakan dan sememangnya boleh mengelirukan umat Islam. Tidak kira apa pun makna di sebalik imej serta nama Timah itu, ini tidak sepatutnya dibiarkan!” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Tegas beliau lagi, kerajaan perlu lebih tegas dan ada kesungguhan untuk membanteras isu ini dengan mengawal pengeluaran dan penjualan arak ini kerana ia akan memberi implikasi buruk selain mengelirukan pengguna khususnya anak muda beragama Islam.

Walaupun kononnya syarikat pengeluar arak tersebut telah menyatakan jenama Timah itu merujuk kepada bijih timah yang banyak di negara ini suatu ketika dulu, namun kenyataan itu perlu dibidas dengan serius dan tegas.

Seperti mana umat Islam selalu diingatkan agar peka dengan keadaan bangsa dan agama lain, sama ada dengan penggunaan bahasa atau perilaku, sewajarnya bangsa dan agama lain juga wajiblah berbuat demikian.

Sinonimnya, Timah adalah nama kepada orang Melayu dan Islam. Maka, hormatilah dan jangan sewenang dan semudahnya menggunakan untuk sesuatu yang tidak baik apalagi yang diharamkan seperti jenama arak ini.

Kerajaan tidak peka sentimen Melayu Islam?

Ada juga yang mengatakan, arak itu bukan hasil produk daripada kerajaan, arak itu sudahnlama wujud, arak itu diluluskan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri, arak itu untuk bukan Muslim, kenapa nak kalut?

Ternyata rakyat dapat melihat bahawa mereka mahu melepas tangan sahaja terhadap isu yang serius dan penting ini. Jawapan yang dilontarkan itu tidak sedikit pun memujuk reda perasaan bangsa Melayu dan umat Islam di negara ini.

Bahkan ia sedikit pun tidak menyelesaikan masalah penjualan arak yang semakin berkembang sehingga imej Malaysia sebagai negara Islam tercemar dengan adanya arak produk tempatan yang dibawa ke peringkat antarabangsa, hingga memenangi anugerah arak terbaik 2020 dan 2021.

Tertarik dengan komentar Muhamad Nur Ismail menerusi Facebooknya, yang menggambarkan bahawa banyak isu yang bukan ‘produk’ kerajaan digunakan untuk menyalahkan kerajaan terdahulu (PH) termasuk isu arak yang sudah dijual kepada bukan Muslim sejak zaman Barisan Nasional (BN) lagi.

Tapi katanya, sentimen agama dan isu-isu itulah yang dimainkan supaya mereka dilihat seolah-olah mereka sahajalah pejuang Islam, manakala yang lain dianggap liberal dan barua DAP.

“Sekarang, Allah pulangkan balik satu persatu isu-isu yang dimainkan ke atas muka hangpa, supaya rakyat sedar, depalah yang duk lagakan orang Melayu dengan bukan Melayu, orang bukan Muslim dengan Muslim, sentimen kaum dan agama dimainkan selama 22 bulan,” luahnya.

Dalam pada itu menurutnya, rakyat khususnya umat Islam Malaysia ingin melihat apa perbezaan dan pendekatan kerajaan sekarang dalam menangani isu berkenaan.

“Kalau tak mampu nak robohkan kilang arak yang dah lama wujud sejak zaman Umno perintah, paling kurang, berilah arahan menteri berkaitan supaya produk dan jenama arak yang bernama Timah dan label lelaki yang seakan berkopiah dan berjambang (apa pun alasan tersurat dan tersirat) yang ada pada botol arak itu ditarik balik lesen penjualan, barulah ada beza. Setakat desak dan menggesa, baik jadi pembangkang balik,” tegasnya lagi.

Terus perjuangkan

Kerana ini sesuatu yang serius, sebagai rakyat yang peduli dan peka, kita perlu menggesa pihak kerajaan supaya menangani isu ini sehingga nama dan gambar pada botol itu ditukar.

Pihak kerajaan hendaklah bertegas dalam isu ini, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga. Bertindaklah dengan sesungguhnya sebagaimana sering dikatakan pihak tertentu ‘Islam Terancam’ dengan berkuasanya DAP.

Tetapi dalam kerajaan kini yang majoritinya adalah daripada parti-parti Melayu Islam, maka segeralah lakukan sesuatu demi menjaga maruah agama Islam dan bangsa Melayu.


Artikel oleh: Malaysia Dateline

ARAK: KERAJAAN TIDAK BOLEH DIPERSALAHKAN?

https://malaysiadateline.com/arak-kerajaan-tidak-boleh-dipersalahkan/

6001) AKTIVITI | SESI RAKAMAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA ASNB - PPIM - 26/10/2021

Sesi rakaman Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) bagi program Sembang-Sembang ASNB @ RTM.

Monday, October 25, 2021

6000) ARAK 'TIMAH': STATUS NEGARA ISLAM MALAYSIA DIPERLEKEH - ISMAWEB - 23/10/2021

 

BANGI, 16 Rabiulawal 1443H, Sabtu – Status negara Islam akan diperlekehkan sekiranya kerajaan tidak bertegas dalam menangani isu arak yang menggunakan jenama ‘Timah’.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ini semua hanya akan memberi implikasi buruk selain mengelirukan keadaan sekali gus menjejaskan pentadbiran negara.

“Sudah tiba masanya, perlu kesungguhan dan ketegasan untuk membanteras isu ini termasuk mengawal pengeluaran dan penjualan arak di negara ini

“Kalau kita mahu terus dihormati, kita perlu bertegas tangani perkara ini supaya yang orang bukan Islam akan hormat kepada kita apabila berada di negara ini,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah yang mahu kerajaan menghentikan pemberian lesen perniagaan arak.

Prof Ridhuan Tee berkata, adalah sangat tidak wajar bagi sebuah negara Islam menjadi pengeluar minuman keras, penternakan babi mahupun pusat judi terbesar di Asia.

Mengulas lanjut, Nadzim menegaskan dalam menangani masalah ini perlukan kesepakatan dan perbincangan bersama pengusaha terbabit.

“Mungkin kita perlu jelaskan dan hadkan apa yang boleh dilakukan dalam perniagaan melibatkan arak di negara kita memandangkan ini pentadbiran negara Islam.

“Seharusnya pengusaha juga perlu tahu batas-batas dalam menjaga sensitiviti masyarakat Islam di negara ini dan tahu ketetapan mereka berada di negara Islam,” katanya.

Beliau turut tidak menafikan pengeluaran arak berlaku secara berleluasa di negara ini adalah disebabkan oleh kelemahan penguatkuasaan.

“Walau apa pun alasan, kerajaan tidak perlu buang masa dan perlu menyekat pengunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah itu berikutan boleh mengelirukan umat Islam,” katanya lagi.

 

Artikel oleh: Ismaweb

ARAK 'TIMAH': STATUS NEGARA ISLAM MALAYSIA DIPERLEKEH

https://ismaweb.net/2021/10/23/arak-timah-status-negara-islam-malaysia-diperlekeh/

5999) AKTIVITI | SELAMAT PAGI MALAYSIA: "AGENDA PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA TERUS JADI TUMPUAN" - PPIM - 25/10/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersiaran di rancangan Selamat Pagi Malaysia, RTM TV1 yang membincangkan topik "Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera Terus Jadi Tumpuan".


5998) KEMPEN PPIM KIBAR PANJI HITAM DAPAT REAKSI POSITIF WARAGANET - UTUSAN MALAYSIA - 23/10/2021

 

PUTRAJAYA: Walaupun tiada publisiti, usaha Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengajak umat Islam  mengibarkan Panji Hitam mula mendapat reaksi positif warganet.

Inisiatif berkenaan terbukti apabila hantaran pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terkenal itu menerima reaksi luar biasa dengan meraih lebih 4,000 tanda suka dalam masa enam jam.

Bendera tradisi yang pernah dikibarkan oleh Rasulullah SAW ketika hayat baginda itu dikenali sebagai Ar-Rayah dan Al-Liwa yang tertera dua kalimah syahadah dalam seni khat Thuluth.

Ia menyerupai bendera rasmi kerajaan Arab Saudi dengan tulisan warna putih dan berlatarkan hijau yang digunakan sejak tahun 1744, namun tanpa ada imej pedang di bahagian bawah.

Sebaliknya, PPIM menerusi hantaran dalam akaun sosial rasminya memaparkan tertera ayat berbahasa Melayu di bahagian bawah kalimah lafaz itu sebagai ‘Panji Hitam dari Ufuk Timur’.

Ini disusuli ayat ‘Demi Kedaulatan Agama, Bangsa & Tanah Air’ dengan imej Ketua Aktivis NGO berkenaan, Datuk Nadzim Johan atau mesra disapa Toqqi memegang bendera tersebut.

“Usah malu kibar bendera Panji Hitam sebagai tanda sebuah penyatuan ummah! Ayuh kita terus bersatu demi kedaulatan agama, bangsa dan tanah air tercinta!” kata hantaran tersebut,” kata persatuan itu. 

Juga disebut sebagai Ar-Rayah Al-Uqab atau Panji Helang, ia bagaimanapun jauh berbeza daripada bendera digunakan kumpulan militan Daesh atau pun rangkaiannya di seluruh dunia.

PPIM menambah, bendera yang diperbuat daripada material kain lembut jenis pongee itu ditawar NGO tersebut dengan berukuran lebar 60 sentimeter dan panjang 120 sentimeter.

Difahamkan, kempen pengibaran panji Nabi Muhammad SAW itu susulan pelbagai isu panas kebelakangan ini menyentuh sensitiviti umat Islam dan mencabar kesucian agama tersebut.

Terbaharu, penjualan minuman keras dengan jenama berbaur Islam iaitu Timah dan Omar oleh syarikat arak bukan Islam tempatan yang didakwa sebagai cara bentuk penghinaan tersirat. 

“Molek juga digantung di rumah masing-masing tanda kita mencintai perjuangan Rasulullah SAW,” tulis netizen bernama Mohd. Nordin Shari dalam ruangan komen di laman sosial PPIM.

“Boleh kibar, tetapi perlu diiringi akhlak yang baik, bukan tunjuk angkuh, nanti bawa pula fitnah kepada agama,” ulas seorang lagi warganet tempatan dengan nama samarannya Lee Duan.

“Saya mencadangkan supaya dibuat saiz bendera kecil macam bendera mini Jalur Gemilang dan boleh dipasangkan di cermin kereta,” kata pengguna media sosial bernama Hasrol Barsir.

“Alhamdulillah, jika semakin ramai yang mengibarkan kelak, maka ia lebih menzahirkan syiar Islam kerana ini bendera Rasulullah SAW dan bendera kita umat Islam,” luah Abu Hafiz.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

KEMPEN PPIM KIBAR PANJI HITAM DAPAT REAKSI POSITIF WARAGANET

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/10/kempen-ppim-kibar-panji-hitam-dapat-reaksi-positif-warganet/

Wednesday, October 20, 2021

5995) FLIP FLOP UNTUK ANTIVAKSIN - SINAR HARIAN - 20/10/2021




Artikel oleh: Sinar Harian

FLIP FLOP UNTUK ANTIVAKSIN

5994) PROGRAM MINYAK PERCUMA INISIATIF YAS, PPIM BANTU RAKYAT - GETARAN - 20/10/2021

 

KUALA LUMPUR - Wabak COVID-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu mengakibatkan segenap lapisan masyarakat merasai tempiasnya.

Walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibuka selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai lagi yang tertekan akibat kehilangan pendapatan kesan pandemik COVID-19.

Menyedari beban ditanggung rakyat, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan Program Minyak Petrol Percuma bertempat di Petronas Jalan Jelatek, semalam.

Afdlin Shauki Aksan
Afdlin Shauki Aksan

Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, program itu merupakan inisiatif amat bermakna kepada rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Menurut beliau, pihaknya amat memahami kesan pandemik itu ke atas orang ramai khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebelum ini, kita telah melaksanakan banyak program memberi makanan dan bantuan untuk mereka yang tidak boleh keluar daripada rumah sebelum ini disebabkan sekatan pergerakan.

“Jadi, bila kelonggaran diberikan dan orang ramai sudah mula keluar rumah, kita mengambil pendekatan mengadakan program ini untuk membantu dan meringankan beban mereka yang keluar untuk mencari rezeki,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini, semalam.

Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak.
Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak.

Menerusi program itu, Afdlin mengesahkan pihaknya telah memperuntukkan isian minyak penuh secara percuma untuk 300 motosikal tanpa mengira kapasiti enjin.

Jelasnya, kerjasama dengan PPIM ini juga banyak membantu meringankan golongan yang berdepan dengan kekangan kewangan.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM3,000 dan jumlah itu merupakan dana yang telah kita terima daripada orang awam.

“Stesen minyak adalah tempat terbaik bagi kami mengadakan program tersebut selepas orang ramai telah dibenarkan keluar. Oleh kerana itu, kita laksanakan program tersebut di sini,” katanya.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Afdlin turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang sudi turun padang, sekali gus bekerjasama dalam membantu komuniti memerlukan.

“Kita sangat berterima kasih kepada PPIM kerana bersama-sama menjalankan program ini dan mereka juga sentiasa memberi sokongan, malah melahirkan keinginan untuk terus bekerjasama dengan YAS.

“Terima kasih juga kepada Toqqi (Nadzim) kerana turut hadir ke program tersebut. Toqqi memang seorang yang hebat. Dalam keadaan hujan pun dia sanggup bersama memeriahkan program itu semalam,” katanya.


Artikel oleh: Getaran

PROGRAM MINYAK PERCUMA INISIATIF YAS, PPIM BANTU RAKYAT

https://www.getaran.my/artikel/semasa/13339/program-minyak-percuma-inisiatif-yas-ppim-bantu-rakyat

5993) PROGRAM MINYAK PETROL PERCUMA PPIM DAN YAYASAN AFDLIN SHAUKI - MALAYSIA GAZETTE - 19/10/2021

 

Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Dato Afdlin Shauki beramah mesra dengan salah seorang penunggang motorsikal pada Program Minyak Petrol Percuma di Stesen Minyak Petronas Jalan Jalatek, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 OKTOBER 2021.

Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Dato Afdlin Shauki mengisi minyak dengan salah seorang penunggang motorsikal pada Program Minyak Petrol Percuma di Stesen Minyak Petronas Jalan Jalatek, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 OKTOBER 2021.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PROGRAM MINYAK PETROL PERCUMA PPIM DAN YAYASAN AFDLIN SHAUKI

5992) AKTIVITI | PROGRAM INFAQ REZEKI MINYAK PETROL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL - PPIM - 19/10/2021

Program Infaq Rezeki minyak petrol percuma sempena sambutan Maulidur Rasul bersama PPIM dan Yayasan Afdlin Shauki (YAS), semalam.

Turut serta, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Dato Afdlin Shauki.

5991) ARAK TIMAH 'SIGNAL' ORANG ISLAM HARUS BERSATU - PPIM - GETARAN - 19/10/2021

 

KUALA LUMPUR - Tindakan sebuah syarikat tempatan menjenamakan arak dengan nama Timah adalah petunjuk bahawa umat Islam di negara ini harus bersama agar sensitiviti agama itu tidak dicabar pada masa akan datang.

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, permuafakatan umat Islam perlu dikukuhkan bagi menghalang pihak tidak bertanggungjawab sewenang-wenangnya menggunakan perwatakan atau nama yang berkait dengan Islam.

“Kalau kita nak dihormati, kita perlu lakukan perkara-perkara yang orang bukan Islam akan hormat kepada kita.

“Jadi, umat Islam harus ambil kesempatan ini untuk ubah, sedarkan dan mantapkan amalan kita di samping mewujudkan kerjasama yang baik.

“Kalau kita ada kerjasama terbaik, InsyaAllah, orang akan sokong kita. Ini tidak, sesama kita umat Islam pun nak bergaduh.

“Pada masa sama, kerajaan juga perlu mengambil perhatian khususnya Jabatan Agama Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” katanya kepada Getaran ketika ditemui di stesen PETRONAS Jalan Jelated di sini hari ini.

Beliau menyatakan demikian selepas merasmikan Program Minyak Petrol Percuma bersama PPIM dengan kerjasama Yayasan Afdlin Shauki (YAS).

Mengulas lanjut Nadzim berkata, perkara seumpama itu jika tidak diambil serius, akan menyebabkan status Islam sebagai agama rasmi negara mudah diperlekehkan.

Turut hadir ialah pelawak dan pengarah terkenal, Datuk Afdlin Shauki serta pelakon, Ako Mustapha.

Dalam pada itu, Afdlin selaku pengasas YAS ketika mengulas perkara tersebut berkata, sensitiviti sesama kaum perlu dijaga sebaiknya oleh semua pihak.

Menurut beliau, elemen penting itu harus diberikan perhatian agar semua pihak saling memahami serta menghayati sensitiviti agama secara kolektif.

“Pada pendapat saya, sebagai seorang umat Islam, arak tidak sepatutnya diuar-uarkan kepada umum.

“Untuk bangsa lain itu terpulang kepada mereka namun bila ada libatkan bunyi-bunyi orang Melayu, mungkin mereka akan rasa (menyentuh) berkenaan sensitiviti agama.

“Kita bukannya nak halang bangsa lain kerana itu adalah hak mereka namun kita semua perlu menjaga sensitiviti antara agama dan juga kaum,” katanya.

Terdahulu, pengeluaran wiski tersebut telah dikecam hebat oleh majoriti umat Islam di negara ini, selaras dengan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

Ia turut menerima bantahan PAS, iaitu antara parti yang membentuk gabungan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Minuman tersebut bukan sekadar menggunakan nama yang sinonim dengan masyarakat Islam tempatan, bahkan turut mengguna pakai imej seorang lelaki berkopiah dan berjanggut.


Artikel oleh: Getaran

ARAK TIMAH 'SIGNAL' ORANG ISLAM HARUS BERSATU - PPIM

https://www.getaran.my/artikel/semasa/13315/arak-timah-signal-orang-islam-harus-bersatu-ppim

5990) ARAK CAP TIMAH: KERAJAAN PERLU SEKAT PENGGUNAAN NAMA - HARIAN METRO - 18/10/2021

Kuala Lumpur: Kelemahan penguatkuasaan menjadi punca isu penjualan arak yang mengelirukan umat Islam semakin berleluasa.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu menyekat pengunaan nama Timah serta imej lelaki berkopiah itu berikutan ia tidak sesuai digunakan dan sememangnya boleh mengelirukan umat Islam.

"Tidak kira apapun makna disebalik imej serta nama Timah itu, ini tidak sepatutnya dibiarkan.

"Kerajaan perlu lebih tegas dan ada kesungguhan untuk membanteras isu ini dengan mengawal pengeluaran dan penjualan arak ini kerana akan memberi implikasi buruk selain mengelirukan pengguna khususnya anak muda beragama Islam," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Beliau mengulas isu penjualan arak keluaran tempatan, jenama Timah yang dilancarkan di media sosial, 7 Oktober lalu.

Mengulas lanjut katanya, penjualan arak itu jika dibiarkan akan mengelirukan pengguna khususnya umat Islam.

"Ia akan menjadikan masyarakat tidak sensitif kerana tiada kawalan dan penjualan ini seolah-olah dibenarkan.

"Jadi, pengguna juga perlu bijak membuat pilihan dan membuat semakan terlebih dulu dengan pihak bertauliah tentang setiap apa yang ingin dibeli di pasaran," katanya.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dilaporkan berkata, pihaknya sudah membuat laporan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk siasatan lanjut.

Sementara itu, menurut perkongsian di media sosial, tiada sebarang teori konspirasi membabitkan Whisky Timah kerana imej lelaki berjanggut panjang itu dipercayai bernama Tristram Charles Sawyer Speedy atau lebih dikenali sebagai Captain Speedy.

Berdasarkan laman sukarelawan Museum Negara (https://museumvolunteersjmm.com/2020/11/05/captain-speedy/), Captain Speedy yang bukan Muslim dan tiada darah Melayu itu pernah berkhidmat di Straits Settlement dan ditugaskan untuk membawa keamanan di kawasan perlombongan Timah di Larut sekitar Taiping selepas Perjanjian Pangkor mengakhiri Perang Larut.

Sebagai Pembantu Residen di Larut, beliau bekerjasama dengan pembesar Melayu seperti Orang Kaya Mantari Ngah Ibrahim.

Sementara itu, pengeluar produk arak berkenaan di laman rasmi Facebook mereka 15 Oktober lalu menjelaskan kekeliruan yang timbul dan pemilihan nama dan imej berkenaan berkait rapat dengan sejarah arak pada zaman British memerintah Tanah Melayu.

"Kami tidak berniat mencetuskan kontroversi. Lelaki pada label botol arak kami itu ialah Captain Speedy yang pernah memperkenalkan budaya wiski ketika itu.

"Oleh kerana beliau berkait rapat dengan sejarah perlombongan bijih timah, kami menggunakan nama Timah. Jadi, Timah dimaksudnya ialah (arak) untuk dinikmati orang bukan Islam berdasarkan pembelian alkohol had usia yang dibenarkan," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

ARAK CAP TIMAH: KERAJAAN PERLU SEKAT PENGGUNAAN NAMA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/10/767593/arak-cap-timah-kerajaan-perlu-sekat-penggunaan-nama

Monday, October 18, 2021

5989) NAK BUAT APA KALAU BOLEH JUMPA NABI MUHAMMAD DEPAN-DEPAN? - TV.PPIM - 15/10/2021

 

Apa Yang Anda Akan Buat Kalau Jumpa Nabi Muhammad?

1500 tahun yang lepas, ada seorang insan istimewa yang kenal kita. Yang selalu mendoakan kita. Nabi Muhammad SAW.

Tapi, kita ni sebagai umat baginda kenal ke dengan Nabi Muhammad?

Jom tengok sama ada orang Islam kita ni kenal atau tak dengan kekasih Allah Nabi Muhammad SAW ni.

Jom berselawat ke atas baginda setiap hari!

Bantu kami kembalikan hak dan maruah! https://sumbangan.ppim.org.my/
dan LIKE page https://www.facebook.com/ppim.official
.
Sumbangan daripada anda akan membantu kami terus berjuang mempertahankan mereka yang ditindas dan dianiayai.
.
Hubungi kami untuk maklumat lanjut di talian 013-2262 444 atau 019-359 1000 dan dapatkan pelbagai info kami di laman web PPIM: https://www.ppim.org.my/


Artikel oleh: TV.PPIM

NAK BUAT APA KALAU BOLEH JUMPA NABI MUHAMMAD DEPAN-DEPAN?

https://www.youtube.com/watch?v=q5ErUDZHi5s

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...