Saturday, February 27, 2021

5441) MMA ANGGAP TAK MUNASABAH, PPIM MINTA KAJI KADAR - BERITA HARIAN - 27/02/2021


Artikel oleh: Harian Metro 

MMA ANGGAP TAK MUNASABAH, PPIM MINTA KAJI KADAR

5440) KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH - HARIAN METRO - 27/02/2021

 


Kuala Lumpur: Kadar kompaun maksimum RM10,000 bagi individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) pencegahan dan kawalan pandemik Covid-19 disifatkan sebagai tidak munasabah.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Profesor Datuk Dr Subramaniam Muniandy berkata, beliau memahami kadar itu dinaikkan bagi memastikan kepatuhan terhadap SOP, tetapi penetapannya perlu dilakukan dengan mengambil kira purata pendapatan rakyat di negara ini.

"MMA sendiri pernah mencadangkan kadar kompaun RM1,000 itu dinaikkan sehingga maksimum RM3,000 memandangkan masih ada yang degil dan tidak mematuhi SOP.

"Tetapi kadar maksimum baru ditetapkan kerajaan terlalu tinggi dan pastinya akan membebankan orang ramai terutamanya dalam situasi ekonomi kini," katanya ketika dihubungi BH di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meminta kerajaan mengkaji semula kadar maksimum kompaun itu selain menggunakan pendekatan bersifat mendidik bagi menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan mematuhi SOP bagi kawalan Covid-19.

Katanya, banyak undang-undang digariskan pihak berkuasa sebelum ini berubah-ubah sehingga menimbulkan tekanan kepada masyarakat terutamanya dalam keadaan kini.

"Undang-undang yang ingin dilaksanakan kerajaan perlulah melalui proses pemikiran dan kajian, bukan proses mengkaji dengan 'mulut' saja.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang menyifatkan penetapan kadar kompaun maksimum RM10,000 itu sebagai carrot and stick approach atau pendekatan melalui ganjaran dan hukuman bagi mendidik masyarakat mengenai pematuhan SOP.

Katanya, daripada segi perundangan, apa yang dilakukan kerajaan tidak salah, tetapi penguatkuasaannya perlu meliputi semua lapisan masyarakat tanpa ada yang diberi keistimewaan.

"Kompaun berkenaan dinaikkan berdasarkan perkembangan semasa yang mana masih ada kalangan orang awam yang sengaja tidak patuh SOP.

"Nasihat saya, sentiasa peka dalam pematuhan SOP dan rasanya ia bukan sesuatu yang sukar tambahan lagi selepas lebih setahun penularan Covid-19 berlaku di seluruh dunia.

"Cuma daripada segi implementasi undang-undang ini, ia perlulah meliputi semua. Ramai yang bising kerana pelaksanaan undang-undang sebegini ada masanya bersifat dua darjat," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

KOMPAUN RM10K TAK MUNASABAH


5439) KERAJAAN PERLU TUBUH PUSAT SALURAN MAKLUMAT COVID-19 - SINAR HARIAN - 27/02/2021

 


Artikel oleh: Sinar Harian

KERAJAAN PERLU TUBUH PUSAT SALURAN MAKLUMAT COVID-19

Friday, February 26, 2021

5438) PERSATUAN PENGGUNA SARAN KERAJAAN TUBUH PUSAT SALURAN MAKLUMAT COVID-19 - SINAR HARIAN - 26/02/2021

 


SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan kerajaan menubuhkan satu pusat saluran maklumat berhubung Covid-19.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pusat saluran maklumat itu perlu mengeluarkan soalan lazim (FAQ) dan mesra kepada pengguna.

“Sekarang ini defisit kepercayaan rakyat cukup dahsyat. Tidak puas hati itu, tidak puas hati ini. Mungkin dia tak puas hati pasal dia tidak mendapat maklumat.

“Hari ini kita lihat keputusan juga flip flop. Keputusan buka kedai kejap sehingga jam 8 malam, kejap sehingga jam 10 malam. Perkara seperti ini perlu ada saluran yang boleh dijawab, jadi ia akan menjadi senang,” katanya ketika menjadi panelis Wacana Sinar Harian Siri ke-234 bertajuk ‘Vaksin Covid-19: Bersediakah Rakyat Malaysia Tampil Sukarela?' yang disiarkan secara langsung di semua platform digital Sinar Harian pada Khamis.

Wacana itu turut menampilkan Pakar Perunding Pediatrik Hospital Pakar Damansara, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Pakar Ekonomi, Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram dan Pengarah Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Dr Khebir Verasahib sebagai panelis, manakala Edlynna Hanie Hamid bertindak sebagai moderator.

Mengulas lanjut, Nadzim menjelaskan bahawa banyak pertanyaan daripada orang ramai yang datang kepada PPIM berhubung isu Covid-19.

“Banyak pertanyaan yang datang kepada kita, kita pun tidak boleh nak jawab. Bila duduk di kerusi pengguna ini timbul pelbagai pertanyaan.

“Bila ini timbul, kita sendiri telah bertanya kepada KKM tapi malangnya tiga kali kita tanya iaitu menerusi awam dan dua kali surat secara rasmi tapi tidak dijawab,” katanya.

Beliau pada masa sama turut melahirkan kehairanannya mengapa mereka sebagai badan bukan kerajaan (NGO) tidak dilayan.

“Dua bulan lepas ada surat balas meminta kita tengok kepada laman sesawang.

“Kita tidak pandai dan perlu dibantu untuk memberi jawapan. Pasal orang tanya soalan macam-macam,” katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

PERSATUAN PENGGUNA SARAN KERAJAAN TUBUH PUSAT SALURAN MAKLUMAT COVID-19

5437) AKTIVITI | LIVE WACANA SINAR KE-234: VAKSIN COVID-19 - PPIM - 25/02/2021

 
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi sebagai ahli panel dalam Live Wacana Sinar Harian Siri ke-234 anjuran Sinar Harian di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam. 

Wacana pada kali ini bertajuk "Vaksin Covid-19: Bersediakah Rakyat Malaysia Tampil Sukarela?'.


5436) SAYA BUKAN ANTI VAKSIN, CUMA MAHUKAN JAWAPAN - SINAR HARIAN - 25/02/2021


SHORT WACANA SINAR 234, 25 FEBRUARI 2021
Berikut merupakan petikan Wacana Sinar Siri234 bertajuk 'Vaksin Covid-19: Bersediakah rakyat Malaysia tampil sukarela?' bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan. UNTUK VIDEO PENUH SILA LAYARI: https://bit.ly/3uzx2uy #SinarHarian #WacanaSinar #SinarUntukMalaysia

Artikel oleh: Sinar Harian

SAYA BUKAN ANTI VAKSIN, CUMA MAHUKAN JAWAPAN

5435) [LIVE] VAKSIN COVID-19: BERSEDIAKAH RAKYAT MALAYSIA TAMPIL SUKARELA? - SINAR HARIAN - 25/02/2021

 


Setelah lebih setahun negara 'berperang' bermati-matian dengan pandemik COVID-19, akhirnya sinar harapan menjelma dengan ketibaan vaksin Pfizer-BioNTech, Ahad lalu. Sebahagian besar rakyat Malaysia tidak sabar untuk divaksin, namun ada juga sebilangan yang masih ragu-ragu. Apakah yang masih membelenggu pemikiran mereka? Persoalan ini bakal dirungkai barisan panel hebat dalam Wacana Siri 234 SEKARANG di semua platform media sosial kami.


Artikel oleh: Sinar Harian

[LIVE] VAKSIN COVID-19: BERSEDIAKAH RAKYAT MALAYSIA TAMPIL SUKARELA?

Wednesday, February 24, 2021

5434) AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA TIMBALAN PENGARAH JSJK - PPIM - 24/02/2021

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri perjumpaan bersama Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), Datuk Mohd Kamarudin Md Din di Menara KPJ, Kuala Lumpur.

Perjumpaan membincangkan mengenai aduan jenayah komersil yang diterima oleh PPIM. 

Tuesday, February 23, 2021

5433) GILA! SUAMI PUKUL ANAK BINI SEPARUH MATI SEBAB... - TV.PPIM - 23/02/2021

 



PKP punya angkara, ramai yang sanggup buat benda gila! 
 
Ada suami yang hilang kerja dan yang kena potong gaji. Bila dah tertekan, isteri dan anak juga yang akan jadi mangsa dera si suami. Lagi-lagi bila ada yang berhutang dengan ahlong. 
 
Jangan kerana terpikat dengan habuan duit segera, anda sanggup terjebak dengan pinjaman haram yang akan menyeksa anda dan keluarga! 
 
Nak bebas daripada ahlong? Hubungi SATRIA sekarang! 

SATRIA adalah panel yang dilantik oleh PPIM untuk menguruskan kes-kes melibatkan penindasan ahlong. SATRIA juga berpengalaman lebih 10 tahun menguruskan kes-kes ahlong melibatkan nilai ribuan hingga jutaan ringgit. 

Apa yang SATRIA buat? 
✅ Matikan bunga.
✅ Berunding untuk kurangkan jumlah hutang.
✅ Susun balik jadual pembayaran.

Kembalikan ketenangan dalam hidup anda. Hubungi SATRIA di talian:  

Whatsapp:
 
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618
 
Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari:

Artikel oleh: TV.PPIM

GILA! SUAMI PUKUL ANAK BINI SEPARUH MATI SEBAB…

https://www.youtube.com/watch?v=4IgtI1cS_bM

Monday, February 22, 2021

5432) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (HAL EHWAL AGAMA) - PPIM - 22/02/2021

Kunjungan hormat PPIM ke atas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri di Putrajaya.

Kunjungan membincangkan isu hal ehwal pengguna dan golongan asnaf.

Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dato' Wan Mohamad Dato' Sheikh Abdul Aziz, Timbalan Pengerusi PPIM, Dato' Dr. Noorazman Idris dan Pengerusi Masjid Abu Ubaidah Al Jarrah, Tuan Haji Ishak.

5431) ROYALE PARATHA KURMA - BERITA ALHIJRAH - 20/02/2021

 


5430) FAHAM, SEDAR ISU ELAK DIRI DITIPU - KOSMO - 21/02/2021

 

Artikel oleh: Kosmo

FAHAM, SEDAR ISU ELAK DIRI DITIPU

5429) AKTIVITI | PROGRAM PELANCARAN ROYALE PARATHA KURMA, FATIHAH FROZEN - PPIM - 20/02/2021

Program Pelancaran Produk Baharu Fatihah Frozen Food Sdn Bhd, Royale Paratha Kurma di Kompleks Industri Makanan MARA (KIMAR), Kuala Lumpur. Program dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Turut Hadir Pengarah Urusan Fatihah Frozen Food, Pn Hajah Fatihah Anis Ibrahim dan Setiausaha Agung PPIM, Dato' Dr. Ma'amor Osman.


Saturday, February 20, 2021

5428) I-SINAR: PPIM NASIHAT ORANG RAMAI HATI-HATI, ELAK JADI MANGSA SCAMMER - MALAYSIA POST - 20/02/2021

 

PENCARUM Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengeluarkan caruman menerusi i-Sinar dinasihatkan berhati-hati dan memastikan kewangan digunakan sebaik mungkin bagi mengelak menjadi mangsa ‘scammer’ dan skim cepat kaya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata dalam keadaan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19, rakyat perlu merancang perbelanjaan terutama mereka yang kehilangan pekerjaan.

Katanya, jika ingin membuat pelaburan untuk mendapat wang tambahan, mereka perlu bijak dalam mencari syarikat yang sah serta diiktiraf, jangan sewenang-wenangnya percaya dengan panggilan telefon.

“Duit yang kita nak keluarkan, paling utama individu itu kena tentukan apa yang dia nak buat, kena tulis (buat senarai) sebab manusia ini bila berjalan di ‘mall’, nampak barang berkenan, beli.. tak ada perancangan.

“Duit itu makin lama makin sikit. Susah hati, mula fikir macam mana nak tambah, lagi-lagi dengan keadaan sekarang ini.

“Jadi, situasi ini akan menyebabkan orang yang tiada perancangan terjerat dengan ‘scammer’ atau skim cepat kaya.

“Justeru, apabila dapat panggilan dari seseorang yang kata boleh buat keuntungan banyak, (mereka jadi buta hati) dan buat pelaburan tanpa menyelidik dahulu sama ada syarikat itu sahih ataupun tidak… jadi kita kena merancang dan selidik supaya duit itu tidak terlepas (kepada penipu),” katanya kepada Malaysiapost.

Nadzim berkata, orang ramai juga diingatkan jangan sesekali terperangkap dan mudah percaya dengan propaganda keuntungan dari ‘scammer’ atau syarikat skim cepat kaya, kerana pengakhirannya diri sendiri akan merana dan papa kedana.

Beliau berkata, kini i-Sinar sudah boleh dikeluarkan tanpa syarat, maka ‘scammer’ dan syarikat skim cepat kaya akan memulakan strategi mereka.

atanya, ramai yang sudah terpedaya dengan penipuan itu, justeru jangan ambil mudah kerana kemungkinan diri sendiri menjadi mangsa seterusnya jika tidak waspada.

“Mereka (scammer dan syarikat skim cepat kaya) perhati saja ni (pencarum i-sinar), kita kena berhati-hati agar kita tidak mudah diperdaya dan digula-gulakan dengan keuntungan (wang yang mereka tawarkan).

“Kes-kes penipuan scammer terlalu banyak maka perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu transaksi. Orang sekarang dengar keuntungan, lupa diri… dan banyak sangat orang sebegitu, akhirnya terkena,” katanya.atanya, ramai yang sudah terpedaya dengan penipuan itu, justeru jangan ambil mudah kerana kemungkinan diri sendiri menjadi mangsa seterusnya jika tidak waspada.

“Mereka (scammer dan syarikat skim cepat kaya) perhati saja ni (pencarum i-sinar), kita kena berhati-hati agar kita tidak mudah diperdaya dan digula-gulakan dengan keuntungan (wang yang mereka tawarkan).

“Kes-kes penipuan scammer terlalu banyak maka perlu berhati-hati dalam melakukan sesuatu transaksi. Orang sekarang dengar keuntungan, lupa diri… dan banyak sangat orang sebegitu, akhirnya terkena,” katanya.


Artikel oleh: Malaysia Post

I-SINAR: PPIM NASIHAT ORANG RAMAI HATI-HATI, ELAK JADI MANGSA SCAMMER

https://malaysiapost.com.my/2021/02/20/i-sinar-ppim-nasihat-orang-ramai-hati-hati-elak-jadi-mangsa-scammer/

5427) PKP RAKYAT MARHAEN - DUGAAN HILANG KERJA - TV.PPIM - 20/02/2021

 


Dugaan Pandemik- Yang hilang Pekerjaan Dicaci? PKP bermula lagi?? Macam-macam dilema yang dihadapi rakyat kita ketika tempoh PKP. Ada yang diberhentikan kerja, ada juga terpaksa work from home. Yang paling menyedihkan, bila terpaksa berjauhan dengan keluarga kita sendiri. Hikmah untuk kita sama-sama mensyukuri nikmat walau dilanda bencana. Hargailah keluarga walau ketika berjauhan. Hubungan jarak jauh sebenarnya lebih mengeratkan! Jom saksikan dilema Zarul yang sudah lama menganggur kemudian, dia telah menerima tawaran kerja. Tapi, apa yang tak seronok bila dia terpaksa bekerja dari rumah (work from home) pada hari pertama kerjanya! --------------------------------------------------------------------- Mari pakat ramai-ramai beralih ke Sumbangan.com, portal saham akhirat anda. Amalan sedekah kini dimudahkan di Sumbangan.com. Klik-klik saja, dah siap sumbang! Di Sumbangan.com, anda tak perlu risau dan takut sebab: ✅ Mudah, Telus, Sistematik ✅ Bebas Eksploitasi & Manipulasi ✅ Menyediakan Laporan Harian Sumbangan Mari sama-sama berkongsi rezeki di Sumbangan.com. Mulakan sedekah online pertama anda di Sumbangan.com: Klik : sumbangan.com

Artikel oleh: TV.PPIM

PKP RAKYAT MARHAEN - DUGAAN HILANG KERJA


5426) BATAL DISKUSI VAKSIN SAAT AKHIR, AMZAD BERKUNJUNG KE PPIM SAMBUNG PERBINCANGAN - ASTRO AWANI - 18/02/2021

 


KUALA LUMPUR: Diskusi mengenai vaksin COVID-19 yang dijadualkan pada Rabu malam membabitkan Timbalan Menteri Sains dan Teknologi (MOSTI), Datuk Ahmad Amzad Hashim bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) secara langsung Facebook menjadi sedikit hangat apabila Amzad terpaksa membatalkanya pada saat akhir.

Pembatalan yang disebabkan urusan tidak dapat dielakkan itu mencetuskan pelbagai tomahan dan tidak kurang yang menyifatkan beliau sengaja tidak hadir kerana mengelak daripada menjawab isu berkenaan.

Amzad yang menyedari timbulnya perasaan tidak senang di kalangan penonton atas kegagalan hadir itu pada Khamis mengunjungi kediaman Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan atau Tokki untuk meneruskan sesi perbincangan lanjut.

"Tengah hari tadi saya berkunjung ke PPIM, Kuala Lumpur bertemu pemimpin-pemimpin PPIM untuk membincangkan isu-isu berkaitan umat Islam termasuk vaksin COVID-19, Sugarbook dan daging halal.

"Isu vaksin COVID-19 dibincangkan agak panjang tadi. Ramai aktivis yang turut ada tadi," katanya kepada Astro AWANI.

Jelasnya, pertemuan tersebut berlangsung dalam suasana muhibbah dan digunakan beliau sebagai ruang untuk memberi penjelasan berkenaan vaksin dan isu-isu semasa yang membabitkan kepentingan umat Islam di negara ini.

"Saya suka untuk menerima segala pandangan dan memberikan penjelasan... yang alhamdulillah tidaklah sukar untuk saya.

"Kebanyakannya soalan yang sudah biasa saya jelaskan di pelbagai media," tambahnya.
PPIM dan beberapa NGO Islam lain sebelum ini lantang mengkritik isu pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan dan mendakwa wujudnya kegusaran berkaitan status kesucian selain keselamatan penggunaan vaksin tersebut.

Ia mencetuskan polemik yang kurang senang di kalangan NGO terbabit dan pihak kerajaan tatkala Malaysia akan menerima vaksin berkenaan dalam tempoh terdekat.

"PPIM berhasrat supaya penjelasan kerajaan dapat disampaikan kepada orang ramai melalui komunikasi berkesan.

"Saya mengajak PPIM untuk berkongsi hasrat agar mengutamakan pendekatan ilmu dalam menangani jurang kefahaman," jelas Amzad.

Kerajaan katanya boleh memberikan jawapan secara berfakta untuk persoalan yang dibangkitkan selain bersedia meneliti segala kritikan dan pandangan bertentangan yang berasaskan fakta.

"Saya dan YB Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI dalam pertemuan sebelum ini dengan PPIM telah menyatakan boleh mengaturkan perbincangan ilmiah dalam sebarang isu yang berbangkit.

"Malaysia mempunyai ramai tenaga pakar termasuk di pelbagai agensi di bawah MOSTI, KKM atau universiti tempatan yang boleh membantu," jelasnya lagi.

Malaysia dijangka akan menerima vaksin Pfizer-BioNTech lebih awal iaitu pada 21 Februari ini membabitkan 300,000 dos bagi penghantaran pertama.

Sebelum ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan bagi fasa pertama adakan dimulakan pada 26 Februari.


Artikel oleh: Astro Awani

BATAL DISKUSI VAKSIN SAAT AKHIR, AMZAD BERKUNJUNG KE PPIM SAMBUNG PERBINCANGAN

Friday, February 19, 2021

5425) KELDAI AKAUN | MANGSA DIHUKUM, SINDIKET MASIH BEBAS? - ASTRO AWANI - 18/02/2021

 


Laporan khas siri kedua sindiket keldai akaun rela atau paksa kali ini mengupas bagaimana Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman memerangi jenayah atas talian itu. Menurut Pengarahnya, Datuk Zainuddin Yaacob, modes operandi sindiket juga berubah-ubah untuk mengelak dikesan pihak berkuasa.


Artikel oleh: Astro Awani

KELDAI AKAUN | MANGSA DIHUKUM, SINDIKET MASIH BEBAS?


5424) LAPORAN KHAS | SINDIKET KELDAI AKAUN: RELA ATAU PAKSA? - ASTRO AWANI - 17/02/2021

 


Meminjam wang menerusi dalam talian semata mata untuk mengubah nasib keluarga akhirnya bertukar menjadi detik hitam bagi pasangan suami isteri dari Johor apabila menjadi mangsa keldai akaun. Bukan hanya ditipu, akaunnya juga digunakan oleh sindiket untuk menipu 13 mangsa lain membabitkan transaksi lebih RM170,000.


Artikel oleh: Astro Awani

LAPORAN KHAS | SINDIKET KELDAI AKAUN: RELA ATAU PAKSA?


5423) PPIM BERAMAL MEMBANTU ASNAF DI SELISING - UTUSAN MALAYSIA - 17/02/2021

 


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kelab Gempur Rimba Extrem (KGRX) tampil membantu penduduk Selising, Pasir Puteh yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan musibah banjir baru-baru ini.

Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri berkata, misi bantuan kemanusiaan itu mendapat kerjasama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selising, Tuan Saripudin Tuan Ismail dan berjaya menyantuni 400 penduduk di beberapa kampung. Turut disantuni dan menerima sumbangan itu ialah para petugas barisan hadapan Covid-19.

"Sumbanagan dalam bentuk bakul makan, peralatan elektrik, kasut sekolah, telekung dan al-Quran dengan peruntukan RM50,000 itu diharapkan mampu meringankan bebanan penerima," katanya. 

Antara penaja utama termasuklah Insyirah Group, Gerbang Sumbangan Sdn. Bhd., Rela Daerah Gombak, Persatuan Usahawan Wanita dan Keusahawanan Agro (WeAgro), Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Icon Production Sdn. Bhd. & Satria Intelligence Agency Sdn. Bhd.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

PPIM BERAMAL MEMBANTU ASNAF DI SELISING

5422) MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19 - DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM - 18/02/2021

Tengahari tadi saya berkunjung ke PPIM, Kuala Lumpur bertemu pemimpin pemimpin PPIM untuk membincangkan isu-isu berkaitan ummat Islam termasuk Vaksin Covid-19, Sugarbook dan daging halal.

Antara yang hadir yang sempat saya kenali adalah Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Muspha Ahmad Merican, Pengerusi Lembaga Dasar @ Penasihat Kebangsaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dr. Abdul Kadir, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin, Dr Nurul Huda (aktivis isu vaksin) dan Dr (Ustaz) Norazman Mohd Shamsudin (aktivis isu vaksin).

Isu vaksin Covid-19 dibincangkan agak panjang tadi.
Saya suka untuk menerima segala pandangan dan memberikan penjelasan yang alhamdulillah tidak lah sukar untuk saya.
Kebanyakannya soalan yang sudah biasa saya jelaskan dipelbagai media.
PPIM berhasrat supaya penjelasan kerajaan dapat disampaikan kepada orang ramai melalui komunikasi berkesan.
Itu sedang kita usahakan melalui program penerangan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid19.
Saya mengajak PPIM untuk berkongsi hasrat agar mengutamakan pendekatan ilmu dalam menangani jurang kefahaman. Kerajaan boleh memberikan jawapan secara berfakta untuk persoalan yang dibangkitkan. Dan kerajaan juga bersedia meneliti segala kritikan dan pandangan bertentangan yang berasaskan fakta.
Saya dan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI dalam pertemuan sebelum ini dengan PPIM telah menyatakan boleh mengaturkan perbincangan ilmiah dalam sebarang isu yang berbangkit. Malaysia mempunyai ramai tenaga pakar termasuk dipelbagai agensi dibawah MOSTI, KKM atau universiti tempatan yang boleh membantu.
Saya tak sangka bertemu pensyarah tamadun Islam saya semasa di UKM tahun 1991, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin (83 tahun). "Alhamdulillah, Prof sihat lagi.."
Sebelum beredar saya menyerahkan cetakan buku Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan dan Bayan Siri 7 Vaksin Covid19 dan Permasalahannya.


Artikel oleh: FB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19

5421) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN MENTERI MOSTI KE PPIM - PPIM - 19/02/2021

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) semalam menerima kunjungan hormat dari Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Hj. Ahmad Amzad Hashim di Pusat Aktiviti PPIM Kuala Lumpur. Kunjungan disambut oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...