Thursday, July 30, 2020

5159) AKTIVITI | PROGRAM PERSIJILAN PROFESIONAL ASAS PEKERJAAN - PPIM - 29/07/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyampaikan taklimat di Program Pensijilan Profesional Asas Pekerjaan anjuran Insan Development Academy di Hotel Maluri, Kuala Lumpur.


Wednesday, July 29, 2020

5158) AKTIVITI | MAJLIS PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH SENTUL - PPIM - 29/07/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi hari ini menghadiri Majlis Perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul.

Majlis disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara, YDH DIG Dato' Pahlawan Mazlan Mansor.


6157) LEMAH! MELAYU MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI! - TV.PPIM - 29/07/2020


“Dalam Islam kita tak boleh lemah, kita kena ada kekuatan kena ada kesungguhan..” Kelemahan hanya menjemput penindasan! Berjaya nak, berkorban tak nak. Mana ada kejayaan yang boleh dicapai tanpa pengorbanan. Kalau bangsa lain boleh berkorban untuk kebaikan antara mereka sendiri, tak kan kita tak boleh? Apa yang membuatkan kita lemah? Pengorbanan apa yang kita perlukan? Dengarkan perkongsian dari Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan dalam membincangkan isu ini. Jom daftar sebagai Ahli & Melabur dalam Koperasi Pembanguan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) layari: www.koppim.com.my Whatsapp: https://infokoppim.wasap.my #PPIM #advokasiPPIM #TOQQI #KoPPIM #BMF

Artikel oleh: TV.PPIM

LEMAH! MELAYU MENGEMIS DI NEGARA SENDIRI!

https://www.youtube.com/watch?v=DOT6oGU0sLA

6156) PELUANG MENJADI PEMILIK PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 29/07/2020


SABTU lalu, iaitu pada 25 Julai, ialah hari menarik buat warga Masjid Tanah, Melaka. Pada hari itu telah berlangsung program Ayuh Bangkit, sebuah program motivasi bisnes yang dikendalikan oleh Coach Fadzil Hashim, seorang usahawan Melayu. Program yang bertempat di M Mall, sebuah bangunan Mara yang telah empat tahun kosong itu dihadiri oleh golongan usahawan Muslim.

Pendaftaran untuk 250 peserta yang ditempah secara dalam talian telah penuh menyebabkan mereka yang ingin walk-in terpaksa pulang berputih mata.

Di bandar yang kecil itu pun terdapat ramai usahawan Melayu. Mereka bukan sahaja usahawan yang menjual, malah ada yang mengedar dan mengeluarkan pelbagai produk. Malah, di setiap bandar di Malaysia sudah terdapat ratusan ribu usahawan Melayu yang menceburi bidang perniagaan.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin hadir untuk merasmikan program itu. Turut bersama ialah Exco Melaka, Datuk Wira Ar Ismail Othman serta Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM), Datuk Nadzim Johan.

Program Ayuh Bangkit itu amat signifikan dari pelbagai segi. Untuk usahawan daerah itu, sebuah medan perniagaan baharu telah dibentang luas di depan mata. Bangunan M Mall tempat berlangsungnya program bakal dibuka sebagai Malakat Mall, sebuah pasar raya Muslim sepenuhnya pada Disember 2020.

Ia akan mempamerkan produk keluaran usahawan Muslim. Apabila disebut keluaran usahawan Muslim atau orang Melayu, kita akan terpandang pelbagai kerepek, kek, tudung dan jubah. Tidak begitu.

Malakat Mall yang dipersembahkan kepada khalayak masyarakat Muslim ialah sebuah pasar raya yang moden. Pasar rayanya mempunyai imej setanding dengan pasar raya yang moden. Selain pasar, terdapat kedai pakaian, peralatan sukan, DIY, alat tulis serta restoran yang dikendalikan oleh cef-cef yang ada bintang.

Inilah salah satu kebangkitan imej syarikat Melayu yang cuba ditonjolkan oleh Pengasas Malakat Mall, Coach Fadzil. Kita sudah ada banyak juga rangkaian kedai runcit seperti Az-Zain, Lesong Mart, Pasar Raya Ikhwan dan Elewsmart. Terdapat juga pasar raya besar seperti Mydin. Namun, orang Melayu belum ada pasar raya yang mengisi pelbagai jenis perniagaan di kompleksnya seperti Malakat Mall.

Semangat untuk mengubah kedudukan bisnes orang Melayu ini tercetus setelah Coach Fadzil menganjurkan beberapa siri latihan susulan Ayuh Bangkit kepada usahawan. Beliau melihat potensi pelbagai bisnes orang Melayu tetapi berdiri rapuh kerana mereka tidak mempunyai pasar raya.

Kerana ingin merealisasikan kesimpulannya, beliau memperoleh sebuah pasar raya yang kosong di Cyberjaya dan dijelmakan menjadi Malakat Mall. Menyedari bahawa membuka pasar raya memerlukan dana yang besar, maka kerjasama dengan PPIM diperoleh melalui keahlian KoPPIM.

Dalam tempoh 10 bulan koperasi itu diaktifkan, ia berjaya mengumpul lebih 25,000 ahli dengan dana yang kini sudah mencapai belasan juta. Walaupun ada yang berkata, apa yang koperasi boleh buat, mereka harus melihat betapa beberapa buah koperasi di Amerika Syarikat yang di antaranya CHS dan Coop Group yang telah mencapai status berjaya dalam Fortune 500.

Semoga Malakat Mall akan berkembang pesat hingga menjadi simbol kebanggaan orang Melayu. Bangga kita bukan setakat menumpang bangga, malah bangga kerana kita juga menjadi tuan punya pasar raya itu melalui saham sebagai ahli KoPPIM.

Sambutan terhadap Malakat Mall yang pertama di Cyberjaya begitu memberangsangkan. Petanda bahawa Malakat Mall kedua di Melaka mendapat sambutan amat cerah kerana kini ia menjadi bualan hangat di daerah itu.


Artikel oleh: Sinar Harian

PELUANG MENJADI PEMILIK PASAR RAYA


6155) PPIM MEMERLUKAN BANTUAN ANDA - TV.PPIM - 28/07/2020


“Berhenti Butakan Mata dan Pekakkan Telinga..” Kalau dulu pantang dijentik, kita bangkit mempertahankan bangsa Kalau dulu pantang dihina, kita bersatu mempertahankan maruah. Sekarang? Lihat apa yang berlaku di sekeliling kita, anak muda kita diracuni dengan ideologi dan pengaruh barat, anak bangsa dikotori dengan hiburan lagha yang merosakkan jiwa Pemikiran masyarakat kita dirosakkan oleh agenda Kapitalis. Jika bukan sebab sakit hati dan sedih maruah dipijak buta-buta tidak akan ada PPIM berdiri mempertahankan hak pengguna. Asalkan ianya demi maruah dan agama, saranan dan suara anda akan kami lontarkan demi memperjuangkan hak kita. Bantu kami untuk terus terus berjuang dan bersuara demi kita semua! Sumbangan bulanan dari anda adalah amat kami harapkan. Sumbangan anda dapat membantu: ✅ Penyelesaian Kes & Aduan Penganiayaan Serta Penipuan. ✅ Bantuan Kepada Mangsa Ditindas. ✅ Program Kesedaran Masyarakat. ✅ Sumbangan Bantuan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan. ✅ Pendidikan Pengguna. ✅ Sebahagian Kos Operasi PPIM. Semoga sumbangan dan pengorbanan anda mampu membantu golongan yang di dalam kesusahan dan Allah memberkati segala urusan dan wang ringgit yang anda sumbangan. “Perjuangan Bersama Demi Pengguna” Saluran sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM . atau menyumbang terus ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). . Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM Whatsapp:https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline:013-2262 444 #PPIM #TABUNGPERJUANGANPPIM #TPPIM #Toqqi #kitajagakita #perjuangankitabersama


Artikel oleh: TV.PPIM

PPIM MEMERLUKAN BANTUAN ANDA

6154) PPIM MEMERLUKAN BANTUAN ANDA! - TV.PPIM - 28/07/2020


“Berhenti Butakan Mata dan Pekakkan Telinga..” Kalau dulu pantang dijentik, kita bangkit mempertahankan bangsa Kalau dulu pantang dihina, kita bersatu mempertahankan maruah. Sekarang? Lihat apa yang berlaku di sekeliling kita, anak muda kita diracuni dengan ideologi dan pengaruh barat, anak bangsa dikotori dengan hiburan lagha yang merosakkan jiwa Pemikiran masyarakat kita dirosakkan oleh agenda Kapitalis. Jika bukan sebab sakit hati dan sedih maruah dipijak buta-buta tidak akan ada PPIM berdiri mempertahankan hak pengguna. Asalkan ianya demi maruah dan agama, saranan dan suara anda akan kami lontarkan demi memperjuangkan hak kita. Bantu kami untuk terus terus berjuang dan bersuara demi kita semua! Sumbangan bulanan dari anda adalah amat kami harapkan. Sumbangan anda dapat membantu: ✅ Penyelesaian Kes & Aduan Penganiayaan Serta Penipuan. ✅ Bantuan Kepada Mangsa Ditindas. ✅ Program Kesedaran Masyarakat. ✅ Sumbangan Bantuan Kepada Golongan Kurang Berkemampuan. ✅ Pendidikan Pengguna. ✅ Sebahagian Kos Operasi PPIM. Semoga sumbangan dan pengorbanan anda mampu membantu golongan yang di dalam kesusahan dan Allah memberkati segala urusan dan wang ringgit yang anda sumbangan. “Perjuangan Bersama Demi Pengguna” Saluran sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM . atau menyumbang terus ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). . Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM Whatsapp:https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline:013-2262 444 #PPIM #TABUNGPERJUANGANPPIM #TPPIM #Toqqi #kitajagakita #perjuangankitabersama


Artikel oleh:TV.PPIM

PPIM MEMERLUKAN BANTUAN ANDA!

Monday, July 27, 2020

6153) KoPPIM SASAR SEJUTA AHLI MENJELANG AKHIR TAHUN INI - BERNAMA - 25/07/2020


ALOR GAJAH, 25 Julai -- Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) menyasarkan sejuta keahlian menjelang akhir tahun ini bagi menyokong ekonomi usahawan Islam dan melahirkan lebih ramai usahawan bumiputera pada masa depan.
Ketua Pegawai Eksekutif KoPPIM Mohd Fadzil Hashim berkata setakat ini, keahlian KoPPIM berjumlah kira-kira 24,000 orang dalam tempoh kurang enam bulan inisiatif itu diperkenal dan kempen secara besar-besaran sedang dilaksana bagi menarik lebih ramai penyertaan.
"Sasaran utama KoPPIM ialah untuk menyatukan sejuta ahli yang mencarum secara konsisten sebanyak RM100 sebulan bagi membolehkan KoPPIM mempunyai dana yang akan dilaburkan untuk memperkasa ekonomi umat Islam melalui pelaburan strategik.
"Ahli KoPPIM dijangka menerima pendapatan minimum RM5,000 sebulan manakala dividen antara lapan hingga 15 peratus, dan ia bukan sesuatu yang kita janjikan tetapi berdasarkan pengiraan yang telah dilakukan," katanya kepada pemberita selepas Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.
Majlis itu dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Mas Ermieyati Shamsudin.
Mengulas lanjut, Mohd Fadzil yang juga Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Malakat Mall berkata antara pelaburan yang dilakukan ialah pembukaan 100 pusat beli-belah Malakat Mall secara berperingkat di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Beliau berkata sebanyak 100,000 usahawan bumiputera juga dijangka terlibat dalam pengoperasian pusat beli-belah itu dalam tempoh tersebut dan cawangan kedua Malakat Mall di Masjid Tanah akan dibuka pada November depan selepas Cyberjaya pada Mac lepas.
"Kita juga mendapat tawaran membuka cawangan Malakat Mall di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Johor dan ia akan dipertimbang dan diteliti secara berperingkat.
“Keutamaan akan diberi kepada jenama produk atau makanan tempatan yang diusahakan usahawan bumiputera," katanya.
Malakat Mall merupakan pusat beli-belah yang menghimpunkan 100 peratus usahawan Muslim untuk berniaga di bawah satu bumbung sekali gus memberi peluang kepada pengguna Muslim menyatukan kuasa pembelian mereka secara berpusat.
Model perniagaan Malakat Mall mengguna pakai konsep pemilikan bersama melibatkan usahawan, koperasi dan komuniti yang akan memberi manfaat secara bersama.

Artikel oleh: Bernama 
KoPPIM SASAR SEJUTA AHLI MENJELANG AKHIR TAHUN INI

6152) MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA - SINAR HARIAN - 25/07/2020


MELAKA - Malakat Mall akan memperluaskan jenama itu dengan menyasarkan 100 pasar raya mesra Muslim dalam tempoh 10 tahun bagi menyediakan peluang perniagaan kepada lebih 100,000 usahawan di bawah satu bumbung.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fadzil Hashim berkata, sasaran itu juga dapat memberi peluang pekerjaan berpendapatan tinggi kepada satu juta rakyat beragama Islam di negara ini.

Menurutnya, angka itu tidak mustahil dicapai sekiranya umat Islam di negara ini bersatu dan menyokong perjuangan dengan melabur secara konsisten dalam Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM).

"Melalui fasa pertama kebangkitan ekonomi Islam membolehkan kita mengambil alih 30 peratus syer pasaran dalam sektor runcit bernilai RM30 bilion malah nilai berganda pula mencecah RM110 bilion," katanya ketika Program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di Malakat Mall, Masjid Tanah di sini hari ini.

Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.

Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Bangunan Malakat Mall Masjid Tanah yang dijangka mula beroperasi sepenuhnya November depan.
Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Exco Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Ismail Othman.

Jelasnya, lokasi itu dijangka mula beroperasi sepenuhnya hujung November depan dengan menyediakan 50 ruang jualan berkeluasan 3,716 meter persegi.

"Ia sama seperti Cyberjaya yang merupakan konsep pemilikan bersama komuniti iaitu usahawan, koperasi dan komuniti sendiri.

"Jadi kita mengajak khususnya pengguna Islam untuk menjadi ahli koperasi (KoPPIM)," katanya.


Artikel oleh: Sinar Harian

MALAKAT MALL SASAR 100 PASAR RAYA

6151) MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT - MALAKAT TRIBUNE - 25/07/2020


MASJUD TANAH - Pembukaan pusat beli belah BMF pertama di Malaysia iaitu Malakat Mall di Masjid Tanah, Melaka pada November ini dijangka dapat membuat lebih banyak peluang perniagaan kepada penduduk setempat.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, pada masa sama, penduduk sekitar juga bakal memperoleh manfaat apabila berpeluang memperoleh purata pendapatan lebih tinggi sesuai dengan kos hidup semasa.

Beliau berkata, selain itu, mereka jumpa mampu menjana pendapatan secara pasif melalui dividen yang diperoleh apabila menyertai Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) .

"Tidak mustahil jika satu hari nanti produk tempatan di Masjid Tanah khususnya akan berada di rak-rak bukan sahaja di pusat beli belah Malakat Mall Masjid Tanah.

"Tetapi juga di semua cawangan Malakat Mall seluruh Malaysia dan juga pasaran global," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Ayuh Bangkit Masjid Tanah di sini hari ini.

Mas Ernieyati menyampaikan ucapan dalam program Ayuh Bangkit di Malakat Mall Masjid Tanah di sini hari ini.
  
Yang hadir sama, Pengerusi KoPPIM, Datuk Ndzim Johan dan Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim.

Mengulas lanjut, Mas Ernieyati turut berharap dengan pembukaan pusat beli belah BMF itu dapat  menggerakkan ekonomi bumiputera Islam dan KoPPIM secara tidak langsung.

Sementara itu, beliau turut mengucapkan tahniah kepada Mohd. Fadzil atau lebih dikenali sebagai Coach Fadzil dan seluruh pasukan Malakat Mall yang membawa pusat beli belah itu ke Masjid Tanah.-MT


Artikel oleh: Malakat Tribune

MALAKAT MALL MASJID TANAH MAMPU PACU EKONOMI SETEMPAT

https://www.malakattribunenews.com/2020/07/malakat-mall-masjid-tanah-mampu-pacu-ekonomi-setempat/

Saturday, July 25, 2020

6150) AKTIVITI | PROGRAM AYUH BANGKIT MALAKAT MALL MASJID TANAH - PPIM - 25/07/2020

Ketua Aktivis PPIM yang juga Pengerusi KoPPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program Ayuh Bangkit Masjid Tanah anjuran Malakat Mall di Malakat Mall Masjid Tanah, Melaka.


Majlis dirasmikan Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.






6149) PENINGKATAN CAJ KE RM5 MUNASABAH - UTUSAN MALAYSIA - 24/07/2020


KUALA LUMPUR: Nilai RM1 caj pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan disifatkan terlalu rendah hingga boleh dianggap sebagai percuma.

Cadangan supaya caj itu di-tingkatkan bagi membolehkan kerajaan mengumpul dana mencukupi untuk membaik pulih dan menyelenggara hospital yang daif dianggap munasabah oleh beberapa persatuan pengguna.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, bayaran rendah sebegitu menyebabkan sesetengah pesakit tidak menghargai perkhidmatan yang diberikan.

Katanya, pihak PPIM pernah menerima aduan tentang ubat-ubatan yang dibuang dan dibazirkan oleh pesakit mungkin kerana diperoleh dengan harga yang sangat murah.

“RM1 ini macam tak ada (harga) langsung. Dan ia buat orang tidak hargai (perkhidmatan), ada yang buang dan tak makan ubat.

“Bagi yang tak ada duit, kita boleh minta mereka buat permohonan, isikan butiran dan kalau memang tak ada duit kita bagi percuma pun tak apa. Yang ada duit ini, kita boleh naikkan caj tapi jangan mahal sangat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin akhbar ini mela­porkan terdapat sekurang-ku­rangnya 46 hospital daif di seluruh negara yang perlu dibaik pulih.

Perkara tersebut disahkan bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad yang turut bersetuju dengan cadangan menaikkan caj pesakit luar dari RM1 kepada RM5 untuk menampung kos baik pulih hospital-hospital tersebut.

Sementara itu, Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Prof. Datuk Dr. Marimuthu Nadason berkata, kenaikan caj tersebut adalah munasabah namun kerajaan perlu memastikan hasil kutipan caj tersebut digunakan untuk menaik taraf fasiliti kesihatan.

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PENINGKATAN CAJ KE RM5 MUNASABAH

https://www.utusan.com.my/nasional/2020/07/peningkatan-caj-ke-rm5-munasabah/

6148) NAK DERMA SELIDIK DULU - HARIAN METRO -25/07/2020


TIDAK salah berkongsi rezeki tetapi mereka yang menderma itu perlu bertanggungjawab bagi memastikan wang sumbangannya disalurkan kepada tempat sepatutnya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket penipuan menggunakan konsep kutipan derma untuk keperluan rumah anak yatim bukan perkara baharu.

"Memang sindiket ini kita kerap dengar. Jadi kita minta mana-mana jabatan agama negeri bertanggungjawab turun padang banteras kegiatan ini.

"Kepada orang ramai, memang kita alu-alukan menderma tetapi penderma kena beringat dengan selidik atau rujuk pihak tertentu terlebih dulu mengenai latar belakang pusat atau individu yang hendak mereka dermakan.

"Walaupun banyak duit, kita tetap bertanggungjawab memastikan sumbangan itu sampai kepada penerima layak dan jangan buka peluang menggalakkan sindiket ini berleluasa," katanya kepada Harian Metro.

Harian Metro semalam mendedahkan kejadian malang menimpa warga emas yang kerugian lebih RM500,000 selepas menderma di rumah anak yatim yang tidak wujud sejak tiga tahun lalu.

Warga emas berusia 72 tahun itu mendakwa ditipu dua wanita selepas mendapati empat rumah anak yatim yang kononnya terletak di Tanah Merah, Kelantan; Simpang Empat, Pulau Pinang dan Ipoh, Perak tidak wujud ketika membuat lawatan pada awal bulan ini.

Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menjelaskan hukum makan harta milik anak yatim adalah haram dan dilaknat Allah.

"Ini satu penipuan yang tidak seharusnya berlaku kerana harta anak yatim adalah harta yang perlu dijaga dan jika orang lain makan hukumnya adalah haram.

"Sindiket seumpama ini patut disekat dan orang ramai diingatkan supaya berhati-hati sebelum menderma," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

NAK DERMA SELIDIK DULU

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/07/603452/selidik-dulu-sebelum-derma-elak-ditipu

Friday, July 24, 2020

6147) MASALAH TAKKAN SELESAI TANPA TINDAKAN! TERJERAT AHLONG? - TV.PPIM - 23/07/2020


Bayarlah banyak mana pun, jangan katakan hutang, bunga pun tak boleh nak habis bayar! Pinjam sikit bayarnya banyak. Adil ke untuk anda? . Dengan pengalaman lebih 10 tahun berurusan dengan Ahlong, kami akan membantu dan membela nasib anda dari mereka yang menganiaya. . Anda Terjerat AHLONG? Jangan Tangguh! . Whatsapp: https://StopAhlong.wasap.my https://NoToAhlong.wasap.my . 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: http://ahlong.ppim.org.my/ . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. . #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #nasihatdarippim #JanganPinjamAhlong

Artikel oleh: TV.PPIM

MASALAH TAKKAN SELESAI TANPA TINDAKAN! TERJERAT AHLONG?

6146) MASALAH TAKKAN SELESAI TANPA TINDAKAN! TERJERAT AHLONG? - TV.PPIM - 23/07/2020


“Takkan hari-hari nak rugi!”
.
Tak penat ke hari-hari kene kejar Ahlong? Setiap kali gaji masuk kene bagi Ahlong! Sampai bila?!
.
Kalau anda serius nak bebas hutang Ahlong, 
Kalau anda serius nak bebas dari gangguan ahlong,
Datang sahaja pada kami dan insyaAllah dengan SERTA MERTA kami dapat menghentikan bunga pinjaman anda!
.
Dengan pengalaman lebih 10 tahun tiada keraguan berurusan dengan kami. 
Jangan Tangguh!
.
Whatsapp:
https://StopAhlong.wasap.my
https://NoToAhlong.wasap.my
.
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618
.
Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari:
http://ahlong.ppim.org.my/
.
Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.
.
#BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #nasihatdarippim #JanganPinjamAhlong

Artikel oleh: TV.PPIM

MASALAH TAKKAN SELESAI TANPA TINDAKAN! TERJERAT AHLONG?

https://www.youtube.com/watch?v=TfupbkEiSxA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...