Wednesday, June 28, 2023

PENGGUNA KHUATIR KANDUNGAN 'ETHYLENE OXIDE' DALAM COVID-19 TEST KIT - BULETIN TV3 - 26/06/2023

 

KUALA LUMPUR: Tahap keselamatan penggunaan bahan ujian saringan COVID-19 yang mengandungi Ethylene Oxide masih menjadi tanda tanya sesetengah pihak.

Mana tidaknya, bahan itu turut dikenali sebagai kandungan beracun yang dipercayai boleh merosakkan DNA dan menyumbang kepada penyakit berbahaya antaranya kanser, leukimia, kesukaran bernafas, sawan serta sakit termasuk sakit kepala.

Perkara itu mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas kerap menerima aduan daripada orang ramai mengenai penggunaan bahan terbabit ketika melakukan ujian saringan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya memandang serius perkara itu kerana ramai pengadu tampil membawa kotak ujian saringan COVID-19 yang terpampang mempunyai kandungan bahan berkenaan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan

“Penjelasan lebih terperinci daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kepada orang ramai perlu diberikan terutama mengenai tatacara atau panduan penggunaan bahan terbabit dengan cara yang betul dan selamat.

“Banyak kajian telah dilakukan dan terbukti bahan berkenaan berisiko mengancam nyawa dan amat membahayakan pekerja terutama dalam industri kimia.

“Malah, orang ramai atau pesakit juga terdedah kepada bahaya sekiranya berlaku kecuaian atau ketidakmahiran kakitangan perubatan ketika melakukan prosedur penggunaan bahan terbabit,” katanya kepada Buletin TV3.

Sementara itu, Pakar Perubatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun ketika dihubungi berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana ethylene oxide yang digunakan dalam peralatan perubatan ujian saringan COVID 19, adalah satu jumlah kimia yang tidak merbahaya kepada sistem badan

Pakar Perubatan Awam, Dr Hanafiah Bashirun

“Ianya berbeza kerana ethylene oxide memberi kesan sampingan sekiranya ia ditelan atau dimakan.. kalau kita letak dalam makanan dan dimakan  dalam jumlah yang banyak dan kuantiti yang tinggi ia akan memberi kesan kepada badan.

“Tetapi jika ia digunakan sebagai alat perubatan, setakat melakukan ujian saringan untuk covid 19 diletakkan di dalam hidung atau diletakkan dalam sample air liur..ianya tidak memudaratkan kerana kita tidak telan atau tidak makan ethylene oxide tersebut,” katanya.


Artikel oleh: Buletin TV3

PENGGUNA KHUATIR KANDUNGAN 'ETHYLENE OXIDE' DALAM COVID-19 TEST KIT

https://www.buletintv3.my/nasional/pengguna-khuatir-kandungan-ethylene-oxide-dalam-covid-19-test-kit/

Monday, June 26, 2023

ELAK HASIL NEGARA DIROMPAK, PPIM GESA KERAJAAN SEGERAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL - SAMUDERA.MY - 25/06/2023

 

PETALING JAYA, 25 Jun 2023 – Kerajaan digesa untuk menyegerakan pelaksanaan subsidi petrol bagi mengelakkan hasil negara dirompak secara terbuka, menurut Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan.

Gesaan ini adalah susulan daripada insiden dua individu dipercayai warga Singapura didakwa mengisi minyak ke dalam tong di sebuah stesen minyak di Johor, baru-baru ini.

“Bukan sahaja tidak ada tindakan dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, di mana maruah kita sebagai sebuah negara?”

“Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita?” soalnya.

Dalam masa yang sama, beliau turut mempersoalkan adakah tindakan warga asing tersebut dibenarkan serta apakah tindakan bagi memastikan kumpulan warga asing itu tidak menyeludup petrol bersubsidi ke luar negara.

Minggu lalu, tular sebuah video yang memaparkan dua orang lelaki dipercayai warga Singapura yang berang apabila ditegur rakyat tempatan yang juga seorang penghantar makanan kerana mengisi minyak ke dalam tong.

Artikel oleh: Samudera.my

ELAK HASIL NEGARA DIROMPAK, PPIM GESA KERAJAAN SEGERAKAN PROGRAM SUBSIDI PETROL

https://www.samudera.my/elak-hasil-negara-dirompak-ppim-gesa-kerajaan-segerakan-program-subsidi-petrol/

PENGGUNA KHUATIR KANDUNGAN 'ETHYLENE OXIDE' DALAM COVID-19 TEST KIT - BULETIN TV9 - 25/06/2023

 

#BeritaAnda #BuletinTV9 #JanjiHappy 

Tahap keselamatan penggunaan bahan ujian saringan COVID-19 yang mengandungi Ethylene Oxide masih menjadi tanda tanya sesetengah pihak. 

Sumber: Buletin TV9

PENGGUNA KHUATIR KANDUNGAN 'ETHYLENE OXIDE' DALAM COVID-19 TEST KIT

https://www.youtube.com/watch?v=yA7BhIuNft0

Friday, June 23, 2023

PPIM PERSOAL KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA PASTIKAN PETROL SUBSIDI TIDAK DIGUNA KENDERAAN ASING - MALAYSIA GAZETTE - 23/06/2023

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoalkan keberkesanan pihak berkuasa memastikan petrol bersubsidi tidak digunakan oleh kenderaan negara jiran, sekali gus membuka ruang penyeludupan.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, setiap hari pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri-negeri berhampiran sempadan negara.

Malah menurut beliau, lebih mengejutkan kes terbaru yang melibatkan seorang penghantar barangan dan makanan dikenakan tindakan gantung tugas kerana merakam dan menularkan perbuatan biadab warga asing yang cuba mengisi minyak petrol bersubsidi ke dalam tong.

“Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita?” soalnya menerusi kenyataan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan segera laksanakan program subsidi petrol yang berkesan bagi memastikan tiada hasil negara yang dirompak secara terbuka.

“Bukan sahaja tidak ada tindakan langsung dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, malah warganegara yang setia mempertahankan hak negara dipersalahkan dan digantung kerja sehingga menjejas pendapatannya, di mana maruah kita sebagai sebuah negara?” katanya.

Sebelum ini tular di media sosial, video yang memaparkan seorang lelaki penghantar makanan dan barangan menegur dua lelaki dipercayai warga asing mengisi petrol bersubsidi RON95 ke dalam tong.

Tindakan lelaki berkenaan kemudian mencetus pertengkaran mulut antara mereka dan di dalam video tersebut seorang daripada lelaki itu mengeluarkan besi dipercayai untuk mengugut pengadu.

Polis bagaimanapun berkata, kejadian itu satu salah faham kerana warga asing tersebut mengisi minyak untuk kenderaan jenis Go-Kart.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PPIM PERSOAL KEBERKESANAN PIHAK BERKUASA PASTIKAN PETROL SUBSIDI TIDAK DIGUNA KENDERAAN ASING

SEGERAKAN SUBSIDI PETROL ELAK KETIRISAN - PPIM - KOSMO - 23/06/2023

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan untuk segera laksanakan program subsidi petrol bagi memastikan tiada hasil negara dirompak secara terbuka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata, setiap hari ada sahaja pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri-negeri berhampiran sempadan.

Katanya, gesaan tersebut dibuat berhubung kejadian dua individu warga Singapura yang didakwa mengisi minyak petrol ke dalam tong di sebuah stesen minyak baru-baru ini.

“Bukan sahaja tidak ada tindakan langsung dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, dimana maruah kita sebagai sebuah negara?,” soalnya menerusi satu kenyataan akhbar hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim turut mempersoal keberkesanan pihak berkuasa yang terlibat.

“Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita?,” katanya.

Berhubung kejadian tular tersebut, Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, hasil siasatan lanjut mendapati terdapat salah faham yang berlaku dan individu warga Singapura tersebut mendakwa mahu mengisi minyak ke dalam tong untuk kegunaan go-kart.

“Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu,” katanya.

Selain itu, Nadzim pada masa sama mempersoalkan samada tindakan warga Singapura terbabit dibenarkan dan bagaimana untuk memastikan kumpulan warga asing ini tidak menyeludup petrol bersubsidi keluar negara. – KOSMO! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo

SEGERAKAN SUBSIDI PETROL ELAK KETIRISAN - PPIM

https://www.kosmo.com.my/2023/06/23/segerakan-subsidi-petrol-elak-ketirisan-ppim/

PPIM GESA KERAJAAN SEGERA LAKSANA PROGRAM SUBSIDI PETROL BERSASAR UNTUK ELAK KETIRISAN - DAGANGNEWS - 23/06/2023

 

KUALA LUMPUR 23 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan segera melaksanakan program subsidi petrol bersasar bagi memastikan tiada hasil negara yang 'dirompak' secara terbuka. 

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, setiap hari pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri-negeri berhampiran sempadan negara. 

Katanya, lebih mengejutkan kes terbaru yang melibatkan seorang penghantar barang dan makanan digantung tugas kerana merakam dan menularkan perbuatan biadab warga asing yang cuba mengisi minyak petrol bersubsidi ke dalam tong. 

"Bukan sahaja tidak ada tindakan langsung dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, malah warganegara yang setia mempertahankan hak negara dipersalahkan dan digantung kerja sehingga menjejas pendapatannya, di mana maruah kita sebagai sebuah negara? 

"Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita," katanya dalam kenyataan media di sini. 

Sebelum ini tular di media sosial, video yang memaparkan seorang lelaki penghantar makanan dan barangan menegur dua lelaki dipercayai warga asing mengisi petrol bersubsidi R0N95 ke dalam tong. 

Namun, tindakan lelaki itu telah mencetus pertengkaran mulut antara mereka dan di dalam video tersebut salah seorang daripada lelaki itu mengeluarkan besi dipercayai untuk mengugut pengadu. 

Datuk Nadzim Johan


Pihak polis bagaimanapun berkata kejadian itu satu salah faham kerana warga asing tersebut mengisi minyak untuk kenderaan jenis go-kart. 

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat AriffIn berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box pada jam 8.37 malam, 16 Jun 2023. 

Nadzim mempersoalkan sama ada itu dibenarkan dan bagaimana untuk memastikan warga asing tidak menyeludup petrol bersubsidi itu keluar negara. - DagangNews.com

Artikel oleh: DagangNews

PPIM GESA KERAJAAN SEGERA LAKSANA PROGRAM SUBSIDI PETROL BERSASAR UNTUK ELAK KETIRISAN

SEGERAKAN SUBSIDI PETROL ELAK KETIRISAN - KENYATAAN MEDIA PPIM - 23/06/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan segera laksanakan program subsidi petrol bagi memastikan tiada hasil negara yang dirompak secara terbuka.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata setiap hari pengguna melaporkan kes kenderaan negara jiran mengisi petrol bersubsidi di negeri-negeri berhampiran sempadan negara.

Lebih mengejutkan kes terbaru yang melibatkan seorang penghantar barangan dan makanan dikenakan tindakan gantung tugas kerana merakam dan menularkan perbuatan biadab warga asing yang cuba mengisi minyak petrol bersubsidi ke dalam tong.

"Bukan sahaja tidak ada tindakan langsung dari Kerajaan Malaysia terhadap pelaku, malah warganegara yang setia mempertahankan hak negara dipersalahkan dan digantung kerja sehingga menjejas pendapatannya, dimana maruah kita sebagai sebuah negara?" tegas Nadzim.

Nadzim turut mempersoal keberkesanan pihak berkuasa yang terlibat.

"Adakah pihak berwajib kita sudah tidak ada rasa sayang dan cintakan negara lagi? Bersusah payah barisan hadapan negara menjaga keamanan negara, warga asing boleh suka-suka merompak harta kita?" katanya.

Sebelum ini tular di media sosial, video yang memaparkan seorang lelaki penghantar makanan dan barangan menegur dua lelaki dipercayai warga asing mengisi petrol bersubsidi RON95 ke dalam tong.

Namun, tindakan lelaki itu telah mencetus pertengkaran mulut antara mereka dan di dalam video tersebut seorang daripada lelaki itu mengeluarkan besi dipercayai untuk mengugut pengadu.

Polis bagaimanapun berkata kejadian itu satu salah faham kerana warga asing tersebut mengisi minyak untuk kenderaan jenis Go-Kart.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah stesen minyak Sunway Box di sini pada jam 8.37 malam,16 Jun lalu.

Nadzim mempersoalkan samada itu dibenarkan dan bagaimana untuk memastikan warga asing tidak menyeludup petrol bersubsidi itu keluar negara.

Thursday, June 22, 2023

KONTRAK VAKSIN: PPIM PERSOAL MENGAPA AHLI PARLIMEN KELU LIDAH PERJUANG KEPENTINGAN RAKYAT - DAGANG NEWS - 20/06/2023


KUALA LUMPUR 20 Jun - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal mengapa ahli-ahli parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara. 

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM melihat tindakan ahli parlimen yang memilih untuk membisu dan tidak mempersoalkan banyak perkara di dalam sidang Parlimen amat membimbangkan. 

"Apa fungsi mereka sebagai ahli parlimen sebenarnya jika bukan untuk membawa suara rakyat, mengapa mereka (ahli parlimen) tidak menggunakan semua hak yang ada pada mereka untuk membahaskan atau bertanya di dewan perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perincian kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya. 

Tambah Nadzim, rakyat mahukan perkara itu didedahkan sepenuhnya kerana perkara itu membabitkan wang rakyat berbilion ringgit dan kesihatan serta nyawa rakyat. 

"Saya bersetuju dengan Pakar Perlembagaan, Prof Datuk Shad Saleem Faruqi yang menyatakan tindakan menyembunyikan dokumen bawah NDA daripada Parlimen merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi, kerana perlembagaan memberikan keistimewaan kepada dua dewan Parlimen. 

"Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka risaukan, sudah menjadi tugas mereka membawa suara rakyat dan beri penjelasan, bukan menyembunyikan perkara sebesar ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Nadzim Johan

Nadzim berkata rakyat memilih Ahli Parlimen yang ada kini untuk bekerja untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi perhiasan di dewan Parlimen semata-mata. 

"Mereka mempunyai hak untuk menuntut pendedahan penuh perjanjian vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan, mengapa diam sahaja tidak menegakkan hak itu sedangkan rakyat sentiasa bertanya mengenai perkara itu," katanya. 

Menurut Nadzim, antara perkara yang amat merisaukan rakyat ialah bagaimana bekas Ketua Pengarah Kesihatan yang diangkat sebagai wira negara menentang COVID-19 dengan sengaja sembunyikan fakta mengenai 1239 AEFI & AESI daripada rakyat. 

Semalam, Shad memberitahu media Ahli Parlimen berhak menuntut pendedahan perjanjian tersebut.
Prof Datuk Shad Saleem Faruqi

"Salah satu keistimewaan Parlimen yang terkenal ialah Parlimen boleh menghukum sesiapa sahaja kerana menghina dewan. Terdapat preseden kes seperti ini di Australia. 

"Kontrak antara pembekal vaksin COVID-19 dan kerajaan hari ini adalah kontrak antara mereka berdua. 

"Penegasan bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) memerlukan perjanjian itu dirahsiakan daripada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai asas perlembagaan dan merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA)," kata Shad. 

"NDA tidak boleh menghalang PAC, polis, ketua juruaudit negara dan ahli parlimen daripada menuntut maklumat kerana mereka melaksanakan tugas mereka di bawah undang-undang. 

"Malah, OSA tidak terpakai di Parlimen kerana ahli parlimen yang menggunakan kebebasan bersuara semasa prosiding benar-benar kebal daripada semua undang-undang, kecuali Akta Hasutan," kata Shad. - DagangNews.com

Artikel oleh: DagangNews

KONTRAK VAKSIN: PPIM PERSOAL MENGAPA AHLI PARLIMEN KELU LIDAH PERJUANG KEPENTINGAN RAKYAT


RAKYAT ADA HAK TUNTUT PENDEDAHAN PENUH PERJANJIAN VAKSIN - TOQQI - SAMUDERA.MY - 22/06/2023

 

KUALA LUMPUR, 20 Jun 2023 – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal mengapa Ahli-Ahli Parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM melihat tindakan Ahli Parlimen yang memilih untuk membisu dan tidak mempersoalkan banyak perkara di dalam sidang Parlimen amat membimbangkan.

“Apa fungsi mereka sebagai Ahli Parlimen sebenarnya jika bukan untuk membawa suara rakyat, mengapa mereka (Ahli Parlimen) tidak menggunakan semua hak yang ada pada mereka untuk membahaskan atau bertanya di Dewan perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perincian kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan (KKM),” katanya.

Tambah Nadzim, rakyat mahukan perkara itu didedahkan sepenuhnya kerana perkara itu membabitkan wang rakyat berbilion ringgit dan kesihatan serta nyawa rakyat.

“Saya bersetuju dengan Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi yang menyatakan tindakan menyembunyikan dokumen bawah NDA daripada Parlimen merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi, kerana Perlembagaan memberikan keistimewaan kepada dua dewan Parlimen.”

“Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka risaukan, sudah menjadi tugas mereka membawa suara rakyat dan beri penjelasan, bukan menyembunyikan perkara sebesar ini,” katanya.

Nadzim berkata rakyat memilih Ahli Parlimen yang ada kini untuk bekerja untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi perhiasan di Dewan Parlimen semata-mata.

“Mereka mempunyai hak untuk menuntut pendedahan penuh perjanjian vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan, mengapa diam sahaja tidak menegakkan hak itu sedangkan rakyat sentiasa bertanya mengenai perkara itu,” katanya.

Menurut Nadzim, antara perkara yang amat merisaukan rakyat ialah bagaimana bekas Ketua Pengarah Kesihatan yang diangkat sebagai wira negara menentang COVID-19 dengan sengaja sembunyikan fakta mengenai 1239 AEFI & AESI daripada rakyat.

“Sedarkah Ahli Yang Berhormat itu semua, tindakan mereka itu menjadikan borang informed consent yang ditandatangani rakyat tak sah, Tan Sri Noor Hisham, YB Khairy Jamaluddin bekas Ahli Parlimen Rembau ketika itu, dan bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih merupakan Ahli Parlimen Pagoh wajib dipertanggungjawabkan ke atas perkara ini,” tegasnya.

Semalam, Shad memberitahu media Ahli Parlimen berhak menuntut pendedahan perjanjian tersebut.

“Salah satu keistimewaan Parlimen yang terkenal ialah Parlimen boleh menghukum sesiapa sahaja kerana menghina dewan. Terdapat preseden kes seperti ini di Australia.”

“Kontrak antara pembekal vaksin COVID-19 dan Kerajaan hari ini adalah kontrak antara mereka berdua.”

“Penegasan bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) memerlukan perjanjian itu dirahsiakan daripada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai asas Perlembagaan dan merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA),” kata Shad.

“NDA tidak boleh menghalang PAC, polis, ketua juruaudit negara dan Ahli Parlimen daripada menuntut maklumat kerana mereka melaksanakan tugas mereka di bawah undang-undang.”

“Malah, OSA tidak terpakai di Parlimen kerana Ahli Parlimen yang menggunakan kebebasan bersuara semasa prosiding benar-benar kebal daripada semua undang-undang, kecuali Akta Hasutan,” kata Shad.

Artikel oleh: Samudera.my

RAKYAT ADA HAK TUNTUT PENDEDAHAN PENUH PERJANJIAN VAKSIN - TOQQI

https://www.samudera.my/rakyat-ada-hak-tuntut-pendedahan-penuh-perjanjian-vaksin-toqqi/

Wednesday, June 21, 2023

PPIM BIDAS WAKIL RAKYAT 'KELU LIDAH' DI PARLIMEN - MALAYSIA KINI - 20/06/2023

 

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tampil mempersoal sikap ahli-ahli Parlimen yang didakwanya "kelu lidah" dan tidak menggunakan hak sepenuhnya untuk bersuara di Parlimen.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata situasi itu sebagai amat membimbangkan.

"Apa fungsi mereka sebagai ahli parlimen sebenarnya jika bukan untuk membawa suara rakyat?

"Mengapa mereka (ahli parlimen) tidak menggunakan semua hak yang ada pada mereka untuk membahaskan atau bertanya perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perincian kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Nadzim merujuk kenyataan pakar perlembangaan Shad Saleem Faruqi menuntut kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan KKM didedahkan.

Menurut Free Malaysia Today hari ini, Shad Saleem berkata ahli parlimen berhak menuntut kontrak itu didedahkan sepenuhnya walaupun ia dibuat dengan perjanjian kerahsiaan (NDA).

Dia berkata penegasan berkenaan perjanjian itu dirahsiakan daripada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tiada asas perlembagaan dan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi.

“Malah Akta Rahsia Rasmi tidak terpakai di Parlimen kerana Ahli Parlimen yang menggunakan kebebasan bersuara semasa prosiding kebal sepenuhnya daripada semua undang-undang, kecuali Akta Hasutan,” kata Shad seperti dipetik. 

Sebelum ini Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad membangkitkan mengenai keperluan untuk mendedahkan kos sebenar berkaitan kontrak vaksin.

Dia juga menuntut PAC menyiasat kos sebenar vaksin Covid-19 Pharmaniaga Berhad yang dibeli oleh Putrajaya.

“Saya tahu bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) adalah sesuatu yang mesti kita patuhi tetapi saya fikir, untuk PAC, ia harus didedahkan," katanya di Dewan Rakyat pada 12 Jun lalu.


Sementara itu Nadzim berkata rakyat mahukan perkara itu didedahkan sepenuhnya kerana ia membabitkan dana berbilion ringgit dan kesihatan rakyat.

"Saya bersetuju dengan Shad Saleem yang menyatakan tindakan menyembunyikan dokumen bawah NDA daripada Parlimen merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi, kerana perlembagaan memberikan keistimewaan kepada dua dewan (Dewan Rakyat dan Dewan Negara).

"Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka risaukan? Sudah menjadi tugas mereka membawa suara rakyat dan beri penjelasan, bukan menyembunyikan perkara sebesar ini," katanya lagi.

Artikel oleh: Malaysia Kini

PPIM BIDAS WAKIL RAKYAT 'KELU LIDAH' DI PARLIMEN

https://www.malaysiakini.com/news/669339

MENGAPA AHLI PARLIMEN KELU LIDAH PERJUANG KEPENTINGAN RAKYAT? - KENYATAAN MEDIA PPIM - 20/06/2023

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mempersoal mengapa ahli-ahli parlimen yang berkhidmat untuk rakyat amat kelu lidah mereka dan tidak menggunakan hak sepenuhnya di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM melihat tindakan ahli parlimen yang memilih untuk membisu dan tidak mempersoalkan banyak perkara di dalam sidang Parlimen amat membimbangkan.

"Apa fungsi mereka sebagai ahli parlimen sebenarnya jika bukan untuk membawa suara rakyat, mengapa mereka (ahli parlimen) tidak menggunakan semua hak yang ada pada mereka untuk membahaskan atau bertanya di dewan perkara yang melibatkan kepentingan rakyat seperti perincian kontrak vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.

Tambah Nadzim, rakyat mahukan perkara itu didedahkan sepenuhnya kerana perkara itu membabitkan wang rakyat berbilion ringgit dan kesihatan serta nyawa rakyat.

"Saya bersetuju dengan Pakar Perlembagaan, Shad Saleem Faruqi yang menyatakan tindakan menyembunyikan dokumen bawah NDA daripada Parlimen merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi, kerana perlembagaan memberikan keistimewaan kepada dua dewan Parlimen,"

"Apa yang mereka takutkan, apa yang mereka risaukan, sudah menjadi tugas mereka membawa suara rakyat dan beri penjelasan, bukan menyembunyikan perkara sebesar ini," katanya.

Nadzim berkata rakyat memilih Ahli Parlimen yang ada kini untuk bekerja untuk rakyat dan bukan sekadar menjadi perhiasan di dewan Parlimen semata-mata.

"Mereka mempunyai hak untuk menuntut pendedahan penuh perjanjian vaksin antara Pharmaniaga dan Kementerian Kesihatan, mengapa diam sahaja tidak menegakkan hak itu sedangkan rakyat sentiasa bertanya mengenai perkara itu," katanya.

Menurut Nadzim, antara perkara yang amat merisaukan rakyat ialah bagaimana bekas Ketua Pengarah Kesihatan yang diangkat sebagai wira negara menentang Covid-19 dengan sengaja sembunyikan fakta mengenai 1239 AEFI & AESI daripada rakyat.

"Sedarkah Ahli Yang Berhormat itu semua, tindakan mereka itu menjadikan borang informed consent yang ditanda tangani rakyat tak sah, Tan Sri Noor Hisham, YB Khairy Jamaluddin bekas ahli parlimen Rembau ketika itu, dan Bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang masih merupakan ahli Parlimen Pagoh wajib dipertanggungjawabkan ke atas perkara ini," tegasnya.

Semalam, Shad memberitahu media Ahli Parlimen berhak menuntut pendedahan perjanjian tersebut.

“Salah satu keistimewaan Parlimen yang terkenal ialah Parlimen boleh menghukum sesiapa sahaja kerana menghina dewan. Terdapat preseden kes seperti ini di Australia.

“Kontrak antara pembekal vaksin Covid-19 dan kerajaan hari ini adalah kontrak antara mereka berdua.

“Penegasan bahawa perjanjian tanpa pendedahan (NDA) memerlukan perjanjian itu dirahsiakan daripada Parlimen dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) tidak mempunyai asas perlembagaan dan merupakan penyalahgunaan Akta Rahsia Rasmi (OSA),” kata Shad.

“NDA tidak boleh menghalang PAC, polis, ketua juruaudit negara dan ahli parlimen daripada menuntut maklumat kerana mereka melaksanakan tugas mereka di bawah undang-undang.

“Malah, OSA tidak terpakai di Parlimen kerana ahli parlimen yang menggunakan kebebasan bersuara semasa prosiding benar-benar kebal daripada semua undang-undang, kecuali Akta Hasutan,” kata Shad.

SUHAKAM PERLU PATUH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, TOLAK ACUAN BARAT - NGO - WARTA RAKYAT - 19/06/2023

 

SURUHANJAYA Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) menimbulkan kegusaran selepas dilihat ‘mesra’ agenda liberal yang mampu mengelirukan masyarakat umum terutamanya orang Islam.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam terdiri daripada PEMBELA, PPMM, MACSA yang turut mewakili 100 organisasi lain menzahirkan kerisauan apabila SUHAKAM lebih terlibat dalam advokasi Hak Asasi Manusia (HAM).

Menurut Wakil NGO Islam Lukman Sheriff, meskipun berpegang kepada konsep Hak Asasi Manusia (HAM), SUHAKAM terlebih dahulu perlu memastikan sesebuah ‘hak asasi’ tidak membelakangi Perlembagaan negara.

“Pada setiap masa HAM mestilah berlandaskan Perlembagaan sepertimana termaktub dalam Akta SUHAKAM. Ini berbeza dengan pendekatan SUHAKAM sebelum ini yang dilihat oleh masyarakat seperti mengiktiraf HAM acuan Barat secara bulat-bulat kerana menganggap semua yang diformulasikan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sebagai sesuatu yang bersifat “universal”.

“Kami menolak cadangan meratifikasikan secara pukal konvensyen-konvensyen yang tidak mengambil kira peruntukan Perlembagaan Malaysia seperti ICERD dan kajian untuk mengiktiraf jantina ketiga yang dipelopori SUHAKAM sebelum ini.

“SUHAKAM mestilah pada setiap waktu berpaksikan kepada Akta SUHAKAM dan Perlembagaan,” katanya dalam sidang media, hari ini.

SUHAKAM juga perlu ‘bebas’ daripada dana luar agar dilindungi daripada kepentingan kuasa asing mempergunakan SUHAKAM bagi manfaat dan agenda mereka.

“Kami melihat kemelut dalam SUHAKAM turut berpunca dari dana European Union (EU). Tuduh menuduh dan pertikaian timbul akibat pihak tertentu mahu mengawal dana tersebut.

“Kami mengambil maklum bahawa penerimaan dana asing ini berlaku dari dahulu lagi,” jelasnya.

Tegas NGO-NGO Islam ini, adalah lebih baik dana tersebut dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan SUHAKAM.

“Adalah lebih baik bagi kami dana tersebut dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan SUHAKAM.

“Selain itu butir penerimaan dana asing oleh SUHAKAM sebelum ini dan siapa yang mendapat manfaat dari dana tersebut patut diumumkan secara terbuka,” tegas beliau, lapor SatuBerita.

Kumpulan NGO itu turut berharap SUHAKAM terus kekal menjadi lebih inklusif dengan melibatkan suara orang Islam dalam advokasi hak asasi manusia yang akan datang.

Artikel oleh: Warta Rakyat

SUHAKAM PERLU PATUH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN, TOLAK ACUAN BARAT - NGO

https://wartarakyat.com.my/index.php/2023/06/19/suhakam-perlu-patuh-perlembagaan-persekutuan-tolak-acuan-barat-ngo/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=suhakam-perlu-patuh-perlembagaan-persekutuan-tolak-acuan-barat-ngo

SUHAKAM PERLU PULANG SEMULA DANA DARIPADA EU - MALAYSIA TRIBUNE - 19/06/2023

 

KUALA LUMPUR – Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) mendesak supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memulangkan semula dana yang diperoleh daripada Kesatuan Eropah (EU).

Menurut Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias, gesaan itu adalah susulan daripada dakwaan yang mengatakan ada pihak tertentu mahu mengawal dana tersebut.

“Kami ingin menegaskan bahawa Seksyen 19 Akta Suhakam melarang sama sekali Suhakam menerima apa-apa dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran.

“Akta ini diadakan bagi melindungi Suhakam dari kepentingan kuasa asing yang mempergunakan Suhakam bagi manfaat mereka.

“Lebih baik dana tersebut dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan Suhakam,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Yang hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan serta wakil daripada Pembela Islam (PEMBELA) serta Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM).

Mengulas lanjut Lukman berkata, butir penerimaan dana asing oleh Suhakam sebelum ini dan siapa yang mendapat manfaat dari dana tersebut juga perlu diumumkan secara terbuka.

Tambahnya lagi, beliau turut memuji pengurusan baharu Suhakam kerana dilihat lebih terbuka dalam menjalankan libat urus khususnya bersama CSO Islam yang sebelum ini seperti dipinggirkan.

Tahun lalu, media melaporkan Delegasi EU ke Malaysia bersama Suhakam telah menandatangani kontrak untuk melaksanakan projek hak asasi manusia selama tiga tahun dengan anggaran geran berjumlah Euro 500,000 (RM2.31 juta).

Artikel oleh: Malaysia Tribune

SUHAKAM PERLU PULANG SEMULA DANA DARIPADA EU


PENERIMAAN DANA ASING EU PUNCA KEMELUT SUHAKAM - THE MERDEKA TIMES - 19/06/2023

 

  • Kemelut yang melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing dari Kesatuan Eropah (EU).
  • Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff berkata penerimaan dana asing itu menyebabkan berlaku konflik dalam suruhanjaya tersebut kerana wujud pihak yang ingin mengawal dana diterima.
  • Seksyen 19 Akta SUHAKAM melarang suruhanjaya itu daripada menerima sebarang dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran.
  • Beliau berkata dana tersebut perlu dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan SUHAKAM.
KUALA LUMPUR – Kemelut melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)  didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing dari Kesatuan Eropah (EU).

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat  (MACSA), Lukman Sheriff berkata penerimaan dana asing itu menyebabkan berlaku konflik dalam suruhanjaya tersebut kerana wujud pihak yang ingin mengawal dana diterima.

Katanya, penerimaan dana asing itu berlaku sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Seksyen 19 Akta SUHAKAM melarang suruhanjaya itu daripada menerima sebarang dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran. 

“Akta ini diadakan bagi melindungi SUHAKAM dari kepentingan kuasa asing yang cuba untuk mempergunakan SUHAKAM bagi manfaat mereka.

“Adalah lebih baik bagi kami, dana tersebut dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan SUHAKAM,” katanya pada sidang media gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini.

Beliau berkata butiran penerimaan dana asing oleh SUHAKAM sebelum ini dan siapa yang mendapat manfaat dari dana itu juga perlu diumumkan secara terbuka.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sebelum ini dilaporkan berkata, “Konsep hak asasi manusia ikut acuan tempatan adalah malapetaka”.

Ia susulan kenyataan Profesor Datuk Rahmat Mohamad selepas pelantikan pakar undang-undang Malaysia yang juga profesor undang-undang dari UiTM itu, sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Artikel oleh: The Merdeka Times

PENERIMAAN DANA ASING EU PUNCA KEMELUT SUHAKAM

HUMANITY CHARITY RIDE 2023 PPIM DENGAN KERJASAMA KELAB KINGZ MG - AATV NEWS - 19/06/2023

 

#funride #ppim #Toqqi

Humanity Charity Ride 2023.Memenuhi Impian Adik Farrel yang menghidap kanser Tahap 4 untuk menaiki motorsikal Harley Davidson dengan kerjasama PPIM & Kelab Kingz MG.

Sumber: AA TV News

HUMANITY CHARITY RIDE 2023 PPIM DENGAN KERJASAMA KELAB KINGZ MG

https://www.youtube.com/watch?v=GX2GR4f9RFs

NGO ISLAM: SUHAKAM KINI LEBIH INKLUSIF, TAK MACAM DULU - MALAYSIA KINI - 19/06/2023


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini mempertahankan barisan pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang baru.

Jurucakapnya, Lukman Sheriff Alias daripada Malaysian Alliance of Civil Society Organisations berkata, Suhakam diserang beberapa pihak yang mahu mengawal suruhanjaya itu bagi mencapai agenda mereka sendiri.

Mereka juga mendakwa kemelut yang berlaku dalam Suhakam sebelum ini disebabkan oleh pembiayaan asing yang diterima daripada Kesatuan Eropah.

"Kenyataan demi kenyataan dikeluarkan untuk memberi gambaran yang salah dan mengelirukan kepada umum. Kami ingin membetulkan beberapa gambaran salah yang dibangkitkan daripada amatan kami.

"Pertamanya, kami ingin menyatakan bahawa Suhakam kini lebih inklusif berbanding dahulu. Sesi libat urus Suhakam kini bukan sahaja dengan CSO-CSO kiri yang membawa aspirasi liberal tetapi telah terbuka dan menyantuni CSO-CSO Islam yang terlibat dalam advokasi Hak Asasi Manusia (HAM)," ujarnya dalam sidang media petang ini.

Antara NGO Islam yang menyokong kepimpinan baru Suhakam ialah Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Persatuan Peguam Muslim Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam (PPIM).

Sidang media itu diadakan beberapa hari selepas Suhakam dan pengerusinya Rahmat Mohamad mendapat kecaman berhubung saman yang difailkan terhadap timbalan setiausaha suruhanjaya itu, Shahizad Sulaiman bulan lepas.

Suhakam juga baru-baru ini juga diselar oleh beberapa NGO kerana didakwa "senyap".

Lukman berkata, sejak barisan Pesuruhjaya Suhakam yang baru bagi penggal 2022-2025 dilantik, pihaknya telah berjaya mengadakan beberapa sesi libat urus bersama Suhakam.

“Sebagai contoh MACSA telah bekerjasama dengan SUHAKAM dan Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dalam bengkel literasi HAM pada awal tahun ini. Peguam MACSA juga telah dijemput mewakili SUHAKAM dalam "watching brief kes-kes mahkamah mewakili Suhakam dan dijemput menghadiri kursus serta seminar mengenai proses semakan berkala sejagat (Universal Periodic Review atau UPR).

"Ini jauh berbeza dari dahulu di mana CSO Islam tidak dilayan dan disisihkan," ujarnya.

Katanya, pendekatan Suhakam sebelum ini dilihat seperti mengiktiraf HAM acuan Barat secara bulat-bulat dengan menganggap semua yang diformulasikan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai sesuatu yang bersifat "universal".

Menurut Lukman, perebutan kuasa dalam Suhakam disebabkan isu kira-kira RM2 juta bantuan kewangan yang diterima daripada EU, di mana pihak tertentu didakwa mahu mengawal cara dana itu digunakan.

Kumpulan itu juga menggesa Suhakam memulangkan dana itu kepada EU untuk mengekalkan sikap berkecuali dan tidak berat sebelah mereka.

Tambahnya, pengerusi bersama MACSA Dr Rafidah Hanim Mokhtar berkata, beberapa kajian yang dijalankan mendapati dana asing yang disalurkan melalui Suhakam tidak bebas dan didakwa bercampur dengan nilai Barat.

Artikel oleh: MalaysiaKini

NGO ISLAM: SUHAKAM KINI LEBIH INKLUSIF, TAK MACAM DULU

https://www.malaysiakini.com/news/669234

SUHAKAM DIGESA HENTI TERIMA DANA ASING - BERITA HARIAN - 19/06/2023


KUALA LUMPUR: Gabungan Organisasi Masyarakat Sivil (CSO) menggesa Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) untuk berhenti menerima dana asing bagi mengelakkan ia dikawal oleh sesetengah pihak berkepentingan.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat (MACSA), Lukman Sheriff Alias, berkata apabila tiada dana asing diterima oleh SUHAKAM, secara tidak langsung konsep hak asasi manusia itu lebih menyeluruh dan bertepatan dengan nilai budaya negara ini.

Beliau berkata, adalah wajar SUHAKAM memulangkan semula dana asing yang diterima daripada Kesatuan Eropah (EU) tahun lalu, bagi memastikan suruhanjaya berkenaan bebas dan mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

"Seksyen 19 Akta SUHAKAM juga melarang sama sekali menerima apa-apa dana asing kecuali untuk tujuan pendidikan dan kesedaran.

"Ini bagi melindungi kepentingan SUHAKAM daripada kuasa-kuasa asing yang mempergunakan badan itu untuk manfaat mereka.

"Justeru adalah lebih baik juga semua dana itu dipulangkan walaupun untuk tujuan pendidikan dan kesedaran memandangkan nilai yang ada dalam dana itu tidak menjurus kepada budaya dan Perlembagaan negara," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Lukman Sheriff berkata, SUHAKAM difahamkan sudah menerima tiga kali dana asing dan pada Disember 2022, organisasi itu dikatakan menerima RM2.3 juta termasuk daripada EU.

Beliau berkata, SUHAKAM juga perlu mengambil kira deklarasi hak asasi manusia yang disepakati oleh negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) seperti Pengisytiharan Hak Asasi Manusia di Kaherah (CDHRI), Deklasi Hak Asasi Manusia Asean (ADHR) dan konvensyen antarabangsa yang diratifikasi negara ini.

"Ini kerana pada setiap masa, hak asasi manusia di negara ini perlulah berlandaskan Perlembagaan seperti termaktub dalam Akta SUHAKAM, bukanlah mengikut acuan barat di mana semua yang diformulasi oleh Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) itu bersifat universal.

"Justeru kami juga menolak cadangan meratifikasikan secara pukal konvensyen atau deklarasi yang tidak mengambil kira peruntukan Perlembagaan seperti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan kajian untuk mengiktiraf gender ketiga," katanya.

Beliau berkata, sejak barisan Pesuruhjaya SUHAKAM penggal 2022-2025 dilantik, ada pihak yang kurang senang dengan konsep yang dilaksanakan memandangkan sebelum ini banyak mengikut nilai barat.

"Justeru kami mahu usaha bersepadu untuk menjatuhkan SUHAKAM oleh pihak lain dihentikan segera supaya badan ini terus inklusif membabitkan semua CSO Islam.

"Paling penting sekarang ialah SUHAKAM kekal berpegang kepada hak asasi manusia yang berlandaskan acuan Perlembagaan negara," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

SUHAKAM DIGESA HENTI TERIMA DANA ASING

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/06/1116436/suhakam-digesa-henti-terima-dana-asing

CSOS URGE SUHAKAM TO RETURN FUNDS IT RECEIVED FROM EU - SINAR DAILY - 19/06/2023

 

KUALA LUMPUR - Civil society organisations (CSO) have urged for the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) to return the funds it received from the European Union (EU).

Malaysian Alliance of Civil Society Organisations in the Universal Periodic Review Process (Macsa) chairman Lukman Sheriff Alias said action needed to be taken to ensure the independence of the commission and that it abided by the Federal Constitution.

He said Section 19 of the Suhakam Act provides that the commission shall not receive any foreign funds except for the purpose of providing education or promoting awareness.

“Generally, foreign funds received for geopolitical interests are masked as human rights purposes.

“That is why we are worried and we think that foreign funds (received) should not even be used for education or promoting awareness.

“This is because usually such funds come with (geopolitics-related) conditions which they are forced to follow and it is clear that it is not the same practice here in Malaysia,” he said in a press conference, here, today.

Among the CSOs present were Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) and Malaysia Muslim Lawyers' Association (PPMM).

Masca co-chairman professor Dr Rafidah Hanim Mokhtar and PPIM activist Datuk Nadzim Johan were also present during the press conference.

Last year, it was reported that the EU delegation in Malaysia and Suhakam signed a contract to implement a three-year project on human rights with an estimated grant worth 500,000 Euros (RM2.31 million).

The signatories were EU Ambassador to Malaysia Michalis Rokas and Suhakam chairman Professor Datuk Dr Rahmat Mohamad.

Commenting further, Lukman said he was of the view that details of the funds received by Suhakam should be made public.

This, he said was to ensure transparency and to make sure that the commission was not “controlled” by certain parties.

Meanwhile, Lukman also lauded the Suhakam new leadership line-up due to its inclusiveness compared to the previous line-up.

He said this was proven through the successful engagement session with the commission’s new line-up.

“The difference could be seen. Previously, when the Muslim CSOs hold engagement sessions, they would not be entertained,” he said.

He hoped that Suhakam will remain inclusive by letting all CSOs be involved in protecting human rights.

Article by: Sinar Daily

CSOS URGE SUHAKAM TO RETURN FUNDS IT RECEIVED FROM EU

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...