Showing posts with label THE MERDEKA TIMES. Show all posts
Showing posts with label THE MERDEKA TIMES. Show all posts

Friday, August 29, 2025

TANAH RIZAB MELAYU PERAK 'BOCOR' KE TANGAN BUKAN BUMIPUTERA, PPIM DESAK POLIS BERTINDAK - THE MERDEKA TIMES - 29/08/2025

 

  • Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, siasatan awal mendapati tanah milik sebuah agensi kerajaan di dua kawasan di Perak telah dipindahkan dalam bentuk saham kepada dua syarikat bukan Bumiputera.
  • “Lebih mengejutkan, sebahagian besar tanah itu sudah mendapat kebenaran pecah lot untuk tujuan perumahan dan dijual kepada bukan Melayu. Penukaran ini berlaku melalui pemindahan saham syarikat kerana tanah dimiliki syarikat. Jadi sesiapa sahaja boleh membeli tanah itu, termasuk bukan warganegara, walaupun ia berstatus TRM,” katanya.
  • PPIM sudah membuat laporan polis berhubung isu berkenaan dan menuntut siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti sama ada wujud unsur penipuan, pemalsuan dokumen atau salah guna kuasa.

Saturday, June 29, 2024

ISU TANAH KAMPUNG SG BARU: BERI PAMPASAN TIDAK MUNASABAH LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PEGUAM - THE MERDEKA TIMES - 28/06/2024

  • Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer berkata sekiranya ia berlaku, pemilik hartanah itu mempunyai hak untuk mencabar dan menyatakan pengambilan tanah mereka perlu diketepikan dan tidak sah.
  • “So kalau kita lihat Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan secara ringkas menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
  • “Dan Fasal 13(2) berkata tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai so bagi saya apabila tiada pampasan memadai pengambilan tanah itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan,” katanya hari ini dalam satu klip video sidang media bertajuk “Pampasan Terlalu Rendah, PPIM gesa nilai semula harga tanah Penduduk Kg Sungai Baru”.
  • Ia diadakan susulan PPIM menerima aduan dan keluhan lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan nilai pampasan ditawarkan kepada mereka sebelum ini, disifatkan terlalu rendah berbanding nilai sebenar.

KUALA LUMPUR — Seorang peguam berpandangan adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan sekiranya pampasan diterima pemilik hartanah Kampung Sungai Baru di sini tidak mencapai nilai munasabah atau tidak memadai.

Peguam Panel Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Shahrin Satheer berkata sekiranya ia berlaku, pemilik hartanah itu mempunyai hak untuk mencabar dan menyatakan pengambilan tanah mereka perlu diketepikan dan tidak sah. 

So kalau kita lihat Fasal 13(1) Perlembagaan Persekutuan secara ringkas menyatakan tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 

“Dan Fasal 13(2) berkata tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan ataupun penggunaan harta dengan paksa tanpa pampasan yang memadai so bagi saya apabila tiada pampasan memadai pengambilan tanah itu adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan.

“Tapi pada masa sama kita juga ada pengecualian di bawah Fasal 13 Perlembagaan Persekutuan di mana kuasa diberikan kepada kerajaan untuk mengambil tanah kita dengan beberapa syarat.

“Iaitu syarat pampasan munasabah diberikan dan kalau kita lihat kesan Seksyen 340 (Kanun Tanah Negara 1965) dan Perlembagaan Persekutuan tadi apa yang kita boleh faham dari sini ialah tiada siapa boleh dipaksa untuk jual tanah mereka di bawah nilai harga pasaran,” katanya hari ini dalam satu klip video sidang media bertajuk “Pampasan Terlalu Rendah, PPIM gesa nilai semula harga tanah Penduduk Kg Sungai Baru”.

Sidang media itu diadakan susulan PPIM menerima aduan dan keluhan lebih 100 pemilik hartanah di Kampung Sungai Baru yang tidak bersetuju dengan nilai pampasan ditawarkan kepada mereka sebelum ini dan disifatkan terlalu rendah berbanding nilai sebenar.

Media sebelum ini melaporkan mereka menggesa kerajaan mempertimbang semula nilai pampasan kepada pemilik hartanah Kampung Sungai Baru berbanding apa ditawarkan kerajaan terdahulu melalui undang-undang di bawah Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960.

Susulan itu, Muhammad Shahrin menuntut kerajaan meminda semula Seksyen 3 Akta Pengambilan (APT) Tanah 1960 supaya ia lebih khusus tentang bagaimanakah kerajaan boleh mengambil tanah memandangkan ketika ini maksudnya dilihat sangat meluas.

“Seksyen 3 ini dia punya maksud sangat luas bagi saya perkara ini perlu diubah sebab apa yang berlaku sekarang kita lihat ia telah disalah gunakan sebab sekarang ini kita ada dua nilai penilaian yang berbeza yang sangat ketara ada kerajaan mengatakan 450 per sekaki, swasta pula menyatakan 1,500 ke atas.

“Dan bagi saya yang paling logik adalah 1,500 sekaki dan ke atas sebab saya sendiri dah turun ke sana dan kita melihat Kg Sungai Baru dia sangat dekat dengan KLCC, sebelah dengan Saloma Bridge boleh nampak AKLEH atas sana so bagi saya kita tahulah untuk 450 per sekaki ini tak logik,” katanya. — The Merdeka Times

Artikel oleh: The Merdeka Times

ISU TANAH KAMPUNG SG BARU: BERI PAMPASAN TIDAK MUNASABAH LANGGAR PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN - PEGUAM

https://themerdekatimes.com/news/2024/06/isu-tanah-kampung-sg-baru-beri-pampasan-tidak-munasabah-langgar-perlembagaan-persekutuan-peguam/

Thursday, May 9, 2024

ASTRAZENECA TARIK BALIK VAKSIN COVID-19, MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN PERATURAN KESIHATAN ANTARABANGSA 2005 - PPIM - THE MERDEKA TIMES - 0//8/05/2024

 

  • Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Othman.
  • Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.
  • “Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.
  • “Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
  • Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

KUALA LUMPUR – Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Johan.

Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

“Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan, termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

Nadzim berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

“Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata adalah mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia, namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia.

“Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu.

“…siapa akan bertanggungjawab ke atas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan,” kata Nadzim. – The Merdeka Times

Artikel oleh: The Merdeka Times

ASTRAZENECA TARIK BALIK VAKSIN COVID-19, MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN PERATURAN KESIHATAN ANTARABANGSA 2005 - PPIM

https://themerdekatimes.com/news/2024/05/astrazeneca-tarik-balik-vaksin-covid-19-malaysia-perlu-tolak-pindaan-peraturan-kesihatan-antarabangsa-2005-ppim/

Wednesday, January 31, 2024

BANTU KEPENTINGAN ISLAM DULU, PPIM BANTAH LZS LANTIK FARMASI BUKAN MUSLIM PANEL PERUBATAN ASNAF - THE MERDEKA TIMES - 31/01/2024

 

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik farmasi bukan Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf yang membabitkan penggunaan duit zakat, kecuali dalam keadaan tertentu.
  • Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kecuali sesebuah kawasan itu tiada farmasi Muslim atau berlaku keperluan ‘darurat’.
  • Katanya, LZS sepatutnya melihat kepada kepentingan membangunkan ekonomi Islam sejajar hasrat menjaga kepentingan kelompok asnaf Muslim kerana ia membabitkan duit zakat.
  • “Saya nak tanya (ada daerah di Selangor lebih separuh farmasi panel adalah bukan Muslim) siapa yang buat keputusan itu, Tan Sri Aziz ke (Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) ataupun panel-panel di bawah ini?
  • “Saya protes perbuatan ini, tak ada sebab (bagi kepada bukan Muslim), tak ada sebab, kecuali dah tak ada (farmasi Muslim). Kita ini kena bantu peniaga Islam dulu,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini.
  • Beliau mengulas laporan pendedahan TMT semalam memetik kenyataan sumber industri farmasi berhubung isu LZS yang didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu.
  • “Benda-benda berkaitan amalan agama ini, harus diberi keutamaan kepada orang Islam sendiri…Tapi, saya tengok badan-badan agama sekarang ini, dia kurang sensitif,” kata Nadzim.

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) membantah tindakan Lembaga Zakat Selangor (LZS) melantik farmasi bukan Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf membabitkan penggunaan duit zakat, kecuali dalam keadaan tertentu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku kecuali sesebuah kawasan itu tiada farmasi Muslim atau berlaku keperluan ‘darurat’.

Katanya, LZS sepatutnya melihat kepada kepentingan membangunkan ekonomi Islam sejajar menjaga kepentingan kelompok asnaf Muslim kerana ia membabitkan duit zakat.

“Saya nak tanya (ada daerah di Selangor lebih separuh farmasi panel adalah bukan Muslim) siapa yang buat keputusan itu, Tan Sri Aziz ke (Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof) ataupun panel-panel di bawah ini?

“Saya protes perbuatan ini, tak ada sebab (bagi kepada bukan Muslim), tak ada sebab, kecuali dah tak ada (farmasi Muslim). Kita ini kena bantu peniaga Islam dulu,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times (TMT) di sini.

Beliau mengulas laporan pendedahan TMT semalam memetik kenyataan sumber industri farmasi berhubung isu LZS yang didakwa tidak mengutamakan farmasi Muslim sebagai farmasi panel bagi program bantuan perubatan asnaf di negeri itu.

Mengulas lanjut, Nadzim yang lebih dikenali sebagai Tok Ki menyifatkan segelintir badan agama hari ini dilihat kurang sensitif dalam perkara melibatkan kepentingan umat Islam, termasuk isu pelantikan farmasi panel itu.

Katanya, masyarakat Islam perlu melihat bagaimana kaum dan penganut agama lain yang lebih prihatin menguruskan urusan mereka berbanding kelompok Muslim yang disifatkan mengambil mudah dalam urusan berkaitan kepentingan umat Islam.

“Benda-benda berkaitan amalan agama ini, harus diberi keutamaan kepada orang Islam sendiri…Tapi, saya tengok badan-badan agama sekarang ini, dia kurang sensitif.

“Dia buat (keputusan) pada dia (benda itu) mungkin tidak salah tapi pada saya dia (orang Islam) patut diberi priority (keutamaan) pasal orang bukan Islam biasanya tidak priority orang Islam dalam apa jua usaha dia seperti beli barang ke, beri kemudahan ke.

“Jadi zakat pun perlu sensitif lah, pasal saya tengok nampak banyak juga benefit yang patut diberi pada orang Islam yang dapat pada orang lain (bukan Muslim) jadi, kita beranggapan ini diberi priority,” kata Nadzim.

Nadzim berkata farmasi Muslim perlu diberi keutamaan dan dibantu terlebih dahulu sebelum persoalan berkaitan, termasuklah isu harga lebih murah dibangkitkan.“Kita bukan nak cakap soal murah ja, kita nak bantu farmasi Islam kalau tidak, baik beli dekat Israel ja terus,” kata Nadzim sinis. — The Merdeka Times

Artikel oleh: The Merdeka Times

BANTU KEPENTINGAN ISLAM DULU, PPIM BANTAH LZS LANTIK FARMASI BUKAN MUSLIM PANEL PERUBATAN ASNAF

https://themerdekatimes.com/news/2024/01/bantu-kepentingan-umat-islam-dulu-ppim-bantah-lzs-lantik-farmasi-bukan-muslim-panel-perubatan-asnaf/

Wednesday, August 30, 2023

NGO, ORANG AWAM SENTUH ISU 3R JUGA PERLU DISIASAT - THE MERDEKA TIMES - 29/08/2023

 

  • Siasatan dijalankan terhadap pihak yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi raja (3R) yang boleh menggugat keharmonian negara perlu dilakukan bukan hanya membabitkan ahli politik, tetapi juga pihak lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.
  • Langkah itu bagi membuktikan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara adil dan bebas tanpa memihak kepada sesiapa, pangkat atau status.
  • Nadzim berkata, pihak berkuasa juga harus menjelaskan had bagi setiap rakyat Malaysia dalam menyuarakan pendapat mengenai isu 3R.
  • Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengetahui sama ada orang awam dan NGO yang mempertahankan bangsa dan agamanya dikatakan menyentuh isu 3R atau hanya dalam kes tertentu saja.
  • “Adakah itu juga dikategorikan sebagai isu 3R kerana tindakan segelintir ahli politik dan NGO bukan Islam yang menyentuh isu pengajian 40 hadis itu turut mengganggu keharmonian kami sebagai rakyat yang mahu hidup aman di negara ini,” katanya.
KUALA LUMPUR: Siasatan yang dijalankan terhadap pihak yang menyentuh isu kaum, agama dan institusi raja (3R) yang boleh menggugat keharmonian negara perlu dilakukan bukan hanya membabitkan ahli politik, tetapi juga pihak lain termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam.

Langkah itu bagi membuktikan penguatkuasaan undang-undang dilakukan secara adil dan bebas tanpa memihak kepada sesiapa, pangkat atau status.

Susulan itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata tindakan diambil pihak berkuasa menyiasat Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dipercayai mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan dalam ceramahnya di markas parti itu di Bakri, Muar pada minggu lalu, wajar dilakukan.

Beliau berkata, sebagai pemimpin parti yang lama dalam arena politik, Abdul Hadi sepatutnya lebih peka dengan sensitiviti kaum, agama dan isu membabitkan institusi raja.

“Kita menyokong siasatan dibuat terhadap Abdul Hadi untuk dijadikan pengajaran kerana tindakannya menggunakan isu 3R dalam ceramah seperti ini tidak boleh dijadikan amalan.

“Bagaimanapun, kita berharap siasatan terhadap pihak lain yang turut menyentuh isu 3R ini turut dijalankan kerana perkara itu bukan hanya dilakukan ahli politik, malah NGO dan orang awam juga,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini.

Abdul Hadi dalam ceramah Perdana Perikatan Nasional (PN) Johor di Bakri, dipercayai menyentuh bidang kuasa Lembaga Pengampunan dan mendakwa cara negara ini memberikan pengampunan kepada seseorang pesalah tidak sesuai mengikut ajaran Islam.

Semalam, polis mengesahkan menyiasat kenyataan Abdul Hadi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Bukit Aman, jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum hingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata siasatan dijalankan polis susulan kenyataan Abdul Hadi dalam ceramah di Markas PAS, Bakri, Muar, Johor, pada Sabtu lalu, didapati mempunyai unsur 3R kerana mempertikaikan kuasa Lembaga Pengampunan yang mempunyai kaitan dengan institusi raja.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya membuka kertas siasatan berhubung kenyataan dalam ceramah Ahli Parlimen Marang itu, malah sudah menghubungi Abdul Hadi untuk proses rakaman percakapan bagi melengkapkan siasatan.

Nadzim berkata, pihak berkuasa juga harus menjelaskan had bagi setiap rakyat Malaysia dalam menyuarakan pendapat mengenai isu 3R.

Beliau berkata, langkah itu perlu bagi mengetahui sama ada orang awam dan NGO yang mempertahankan bangsa dan agamanya dikatakan menyentuh isu 3R atau hanya dalam kes tertentu saja.

“Jika tidak boleh sebut langsung, apa pula peranan NGO yang berasaskan agama Islam atau bukan Islam, bukankah NGO seperti kami sering menyentuh isu agama dan bangsa, jadi adakah itu satu kesalahan.

“Kita akui undang-undang yang ada memang baik untuk menjamin keharmonian negara, namun kami berharap tidak timbul masalah berat sebelah atau hanya menyasarkan golongan tertentu apabila banyak pihak membuat kenyataan menyentuh sensitiviti agama dan bangsa.

“Contohnya isu pengajian 40 hadis di sekolah agama baru-baru ini apabila banyak pihak membuat ulasan termasuk mengugut mahu mengambil tindakan mahkamah jika kerajaan meneruskan program itu sedangkan mereka bukan beragama Islam dan tiada kaitan dengan isu berkenaan.

“Adakah itu juga dikategorikan sebagai isu 3R kerana tindakan segelintir ahli politik dan NGO bukan Islam yang menyentuh isu pengajian 40 hadis itu turut mengganggu keharmonian kami sebagai rakyat yang mahu hidup aman di negara ini,” katanya.

Sumber: Berita Harian


Artikel oleh: The Merdeka Times

NGO, ORANG AWAM SENTUH ISU 3R JUGA PERLU DISIASAT

Wednesday, June 21, 2023

PENERIMAAN DANA ASING EU PUNCA KEMELUT SUHAKAM - THE MERDEKA TIMES - 19/06/2023

 

  • Kemelut yang melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing dari Kesatuan Eropah (EU).
  • Pengerusi MACSA, Lukman Sheriff berkata penerimaan dana asing itu menyebabkan berlaku konflik dalam suruhanjaya tersebut kerana wujud pihak yang ingin mengawal dana diterima.
  • Seksyen 19 Akta SUHAKAM melarang suruhanjaya itu daripada menerima sebarang dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran.
  • Beliau berkata dana tersebut perlu dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan SUHAKAM.
KUALA LUMPUR – Kemelut melanda Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM)  didakwa berpunca daripada penerimaan dana asing dari Kesatuan Eropah (EU).

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Masyarakat Sivil Malaysia bagi Proses Semakan Berkala Sejagat  (MACSA), Lukman Sheriff berkata penerimaan dana asing itu menyebabkan berlaku konflik dalam suruhanjaya tersebut kerana wujud pihak yang ingin mengawal dana diterima.

Katanya, penerimaan dana asing itu berlaku sejak dahulu lagi.

Bagaimanapun, beliau menegaskan Seksyen 19 Akta SUHAKAM melarang suruhanjaya itu daripada menerima sebarang dana asing kecuali bagi tujuan pendidikan dan kesedaran. 

“Akta ini diadakan bagi melindungi SUHAKAM dari kepentingan kuasa asing yang cuba untuk mempergunakan SUHAKAM bagi manfaat mereka.

“Adalah lebih baik bagi kami, dana tersebut dipulangkan walaupun bagi tujuan pendidikan dan kesedaran demi menjamin kebebasan SUHAKAM,” katanya pada sidang media gabungan NGO Islam berkenaan isu SUHAKAM di rumah Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini.

Beliau berkata butiran penerimaan dana asing oleh SUHAKAM sebelum ini dan siapa yang mendapat manfaat dari dana itu juga perlu diumumkan secara terbuka.

Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto sebelum ini dilaporkan berkata, “Konsep hak asasi manusia ikut acuan tempatan adalah malapetaka”.

Ia susulan kenyataan Profesor Datuk Rahmat Mohamad selepas pelantikan pakar undang-undang Malaysia yang juga profesor undang-undang dari UiTM itu, sebagai pengerusi baharu Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM).

Artikel oleh: The Merdeka Times

PENERIMAAN DANA ASING EU PUNCA KEMELUT SUHAKAM

Wednesday, April 19, 2023

PPIM TIDAK SETUJU UMUR PENGELUARAN KWSP DIKAJI SEMULA KEPADA 60 TAHUN, UMUR PERSARAAN - THE MERDEKA TIMES - 17/04/2023

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.
  • Ketika ini, pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada usia 55 tahun ketika timbul cadangan supaya perkara itu dikaji semula mengikut umur persaraan semasa iaitu 60 tahun atau umur persaraan baharu.
  • “Tidak setujulah…orang nak mati kena tunggu dia mati dulu ke? Tak bolehlah…kita bila dalam keadaan terdesak, emergency dalam keadaan hidup dan mati dia kena beri pertimbangan lain juga. Jadi jangan sama ratakan masalah orang”. – Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
  • Mengulas isu sama, Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawi yang juga lebih cenderung untuk tidak bersama MEF berpandangan syarat pengeluaran KWSP sedia ada sudah cukup ketat.
  • “Dia sebenarnya membantu KWSP supaya tabungan KWSP semakin banyak walhal yang sedia ada ini pun dah cukup okey. Tiada keperluan untuk menghalang rakyat keluarkan KWSP sekiranya berlaku event-event yang sudah ada sekarang ini,” katanya.

KUALA LUMPUR — Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) tidak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) yang meminta syarat pengeluaran KWSP dikaji semula mengikut umur persaraan.

Ketika ini, pengeluaran penuh caruman KWSP boleh dilakukan pada usia 55 tahun ketika timbul cadangan supaya perkara itu dikaji semula mengikut umur persaraan semasa iaitu 60 tahun atau umur persaraan baharu.

Terdapat pihak mencadangkan supaya umur persaraan semasa dinaikkan kepada 65 tahun.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata cadangan sedemikian tidak wajar dilakukan kerana ia melibatkan soal hidup dan mati seseorang individu.

Katanya, ia juga bagi mengelakkan cadangan seumpama itu tersasar dari matlamat asal sebagaimana berlaku sebelum ini.

“Tidak setujulah…orang nak mati kena tunggu dia mati dulu ke? Tak bolehlah…kita bila dalam keadaan terdesak, emergency dalam keadaan hidup dan mati dia kena beri pertimbangan lain juga.

“Jadi jangan sama ratakan masalah orang,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times hari ini.

Beliau menyarankan kaedah tapisan khas dibuat di mana hanya individu mempunyai justifikasi mendesak dibenarkan membuat pengeluaran supaya tidak berlaku salah sasaran.

Ini berikutan sebelum ini sesiapa sahaja dibenarkan untuk mengeluarkan EPF sehingga individu yang tiada masalah juga dapat menikmatinya.

“Kalau duit itu tidak boleh diberi dia kena bagi pilihan lain contohnya minta duit kepada baitulmal, masjid ke,” katanya.

Mengulas isu sama, Perunding Kewangan, Afyan Mat Rawi yang juga lebih cenderung untuk tidak bersama MEF berpandangan syarat pengeluaran KWSP sedia ada sudah cukup ketat.

“Jadi cadangan itu bagi saya…saya banyak ke arah tidak setuju ikutkan sebabnya ia tidak membantu rakyat.

“Dia sebenarnya membantu KWSP supaya tabungan KWSP semakin banyak walhal yang sedia ada ini pun dah cukup okey. Tiada keperluan untuk menghalang rakyat keluarkan KWSP sekiranya berlaku event-event yang sudah ada sekarang ini,” katanya.

Afyan mencadangkan KWSP untuk lebih proaktif dengan melaburkan wang sedia ada bagi mendapatkan pulangan lebih tinggi selepas prestasi dividen KWSP yang dilihat semakin berkurangan dari tahun ke tahun.

Katanya, Kerajaan juga disarankan untuk memberi fokus kepada dua perkara dalam usaha memulihkan ekonomi antaranya menyediakan langkah bagi meningkatkan pendapatan rakyat serta mengenakan polisi mengawal kenaikan harga barangan agar tidak terlalu melambung.

Beliau juga mengingatkan masyarakat untuk tidak terlalu mengharapkan bantuan kerajaan selain mempertingkatkan ilmu literasi kewangan mereka untuk bertahan hidup dalam situasi menekan.

Artikel oleh: The Merdeka Times 

PPIM TIDAK SETUJU UMUR PENGELUARAN KWSP DIKAJI SEMULA KEPADA 60 TAHUN, UMUR PERSARAAN

https://themerdekatimes.com/news/2023/04/ppim-tidak-setuju-umur-pengeluaran-kwsp-dikaji-semula-kepada-60-tahun-umur-persaraan/

Friday, March 31, 2023

PPIM GESA KDN, JAKIM SIASAT CETI HARAM HINA ISLAM - THE MERDEKA TIMES - 30/03/2023

 

  • Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along menghina agama Islam.
  • Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk siasat perkara itu secara serius.
  • “Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.
  • “Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,” katanya.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa segera menyiasat tindakan ceti haram atau along yang menghina agama Islam.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, mohon Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk siasat perkara itu secara serius.

“Saya tidak lihat ada keperluan untuk menghina agama Islam.

“Kata-kata yang digunakan itu sehingga saya sendiri tidak sanggup untuk membacanya. Kita tidak boleh berdiam diri apabila dimaki dan dicerca.

“Perkara ini boleh menjadi ancaman kepada keharmonian negara kerana mereka memaki orang Melayu dan juga orang Islam,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Penyelidikan Latihan PPIM, Izham Nayan dan Ketua Operasi Unit Kebajikan PPIM, Siti Khadijah Hassan Berseri.

Selain itu, Nadzim juga menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan ceti haram atau along yang semakin aktif beroperasi secara dalam talian.

Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu lebih peka terhadap isu ini kerana ianya membabitkan keselamatan dan juga data peribadi pengguna.

“Pengguna akan meminjam wang menggunakan aplikasi yang dimuat turun. Apabila mereka menggunakan aplikasi ini maklumat peribadi yang terkandung dalam telefon pintar mereka boleh diakses oleh along.

“Menteri yang berkenaan perlu melihat isu ini dengan lebih mendalam, kes membabitkan along ini memang biasa tetapi kegiatan atas talian ini luar biasa. Apabila data daripada telefon pintar pengguna dapat diakses, along dapat melakukan apa sahaja yang mereka mahukan,” katanya.

Nadzim juga berkata, terdapat segelintir along itu tidak mempunyai perasaan takut kepada pihak polis, malah mencabar supaya laporan polis dilakukan terhadapnya.

“Perkara ini terjadi setiap hari dan juga sudah lama berlaku. Saya harapkan akan ada satu perubahan. Oleh sebab itu, saya mohon pihak polis dan MCMC tubuhkan jawatankuasa khas untuk menangani masalah ini.

“Takkanlah kita mahu biarkan pengguna meminjam sebanyak RM150 tetapi perlu membayar semua sebanyak RM5,000. Sesuatu tindakan dilakukan, apa lagi yang kita tunggu. Saya yakin perkara ini boleh diselesaikan,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Artikel oleh: The Merdeka Times

PPIM GESA KDN, JAKIM SIASAT CETI HARAM HINA ISLAM

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/ppim-gesa-kdn-jakim-siasat-ceti-haram-hina-islam/

Wednesday, March 15, 2023

PPIM BIDAS NGO GESA SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN - THE MERDEKA TIMES - 15/03/2023

 

  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu tunduk kepada desakan oleh kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang negara.
  • Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA adalah sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara.
  • Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta SOSMA.
  • “Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Negara Malaysia negara berperlembagaan dan berpegang teguh kepada kedaulatan undang-undang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail tidak perlu tunduk kepada desakan oleh kumpulan mementingkan agenda songsang yang mengenepikan undang-undang negara.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) atau SOSMA adalah sah di sisi undang-undang dan Perlembagaan negara.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Nadzim Johan@toqqi membidas kenyataan beberapa pihak yang mendesak Saifuddin meletakkan jawatan kerana berpegang kepada prinsip undang-undang negara termasuk Akta SOSMA.

“Kita adalah rakyat Malaysia dan wajib patuh kepada undang-undang negara dan mempertahankan kedaulatan negara, jika kita tidak menegakkan undang-undang negara apa lagi yang kita ada,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata adalah menjadi prinsip PPIM menyokong sesiapa sahaja atau mana-mana pihak yang tegar mempertahankan undang-undang negara.

“Tidak ada salahnya beliau menyatakan Akta SOSMA masih diperlukan dalam negara, hanya pengkhianat dan mereka yang menderhaka kepada Sultan dan pemerintah negara ini sahaja yang menentang undang-undang sedia ada,” katanya.

Tambah Nadzim, jika mana-mana pihak mahukan perubahan dalam undang-undang negara, mereka harus melalui proses yang betul.

“Bukan cara kita paksa atau desak menteri letak jawatan, jika nak perubahan, gunakan saluran yang betul, apa guna desak menteri letak jawatan kerana beliau menjalankan tugas,” katanya.

Nadzim berkata terdapat banyak kaedah lain dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.

“Antaranya Akta Kehadiran Wajib Pesalah-Pesalah 1954 atau bon kelakuan baik dan sebagainya. Bukan semua perlu dipenjara tetapi apa pun, gunakan saluran yang betul untuk lakukan perubahan, bukan mendesak sebegini,” katanya.

Sebelum ini media melaporkan Saifuddin menegaskan undang-undang itu diperlukan negara.

Kumpulan hak asasi Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) dilaporkan menggesa Saifuddin digugurkan daripada portfolio Keselamatan Dalam Negeri, kerana mendakwa jawatan itu perlu digalas seseorang yang menghormati hak asasi manusia dan mahu menegakkan keadilan.

“Mendukung Perlembagaan negara dan mengangkat undang-undang sedia ada adalah satu perkara yang terpuji. Kami sokong tindakan Saifuddin,” kata Toqqi.

Sumber: Samudera


Artikel oleh: The Merdeka Times

PPIM BIDAS NGO GESA SAIFUDDIN NASUTION LETAK JAWATAN

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/ppim-bidas-ngo-gesa-saifuddin-nasution-letak-jawatan/

Thursday, March 2, 2023

ISU FILEM 'MENTEGA TERBANG': PROVOKASI TERHADAP ISLAM, AMBIL TINDAKAN TEGAS - PPIM - THE MERDEKA TIMES - 02/03/2023

 

  • Filem terbabit (Mentega Terbang) tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini. – Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan
  • JAKIM perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk ambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.
  • “Hentikan amalan berselindung di sebalik ‘tiada kuasa’, maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau”.
  • “Semua pihak termasuk, SKMM dan NGO Islam perlu ambil tindakan agar semua yang terbabit ditangkap dan diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

“Hentikan amalan berselindung di sebalik ‘tiada kuasa’, maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau,” katanya melalui kenyataan hari ini. 


Artikel oleh: The Merdeka Times

ISU FILEM 'MENTEGA TERBANG': PROVOKASI TERHADAP ISLAM, AMBIL TINDAKAN TEGAS - PPIM

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/isu-filem-mentega-terbang-provokasi-terhadap-islam-ambil-tindakan-tegas-ppim/

Saturday, September 17, 2022

GULA-GULA 'SOFT CANDY WITH JAM' TIDAK HALAL - THE MERDEKA TIMES - 14/09/2022

 

  • Tular di media sosial mengenai dakwaan sebuah produk ‘Soft Candy With Jam’ mengandungi kandungan ‘Pork Gelatine’ pada label pembungkusan produk walaupun ada logo halal. 
  • JAKIM tampil membuat kenyataan dan mendakwa bahawa logo produk terbabit tidak mendapat pengiktirafan JAKIM.
  • Penggunaan logo halal terbabit adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. 
  • “Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi,” – JAKIM.

KUALA LUMPUR –  Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan status halal produk ‘Soft Candy With Jam’ yang didakwa mempunyai kandungan ramuan tidak halal iaitu pork Gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk walaupun tertera logo halal di bungkusan itu. 

Bagi menjawab persoalan ramai mengenai status halal produk terbabit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil membuat kenyataan bagi membuat penjelasan berkenaan produk itu. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM, produk itu telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal terbabit adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. 

“Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

“Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi,” katanya menurut kenyataan di Facebook.

Pihak JAKIM juga menasihatkan sekiranya pengguna menjumpai produk tersebut di pasaran, adalah dinasihatkan untuk mengemukakan aduan lengkap dan salurkannya kepada pihak berkuasa atau JAKIM. 

Dalam pada itu,  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa orang ramai untuk terus berhati-hati apabila melihat logo halal. 

“Sebagai pengguna haruslah kita berhati-hati biarpun ada produk menunjukkan logo halal, ini kerana ada golongan yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf JAKIM, oleh itu boleh jadi ada unsur-unsur keraguan tentang halal haram produk yang menggunakan logo halal yang tidak sah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. 

Sumber: Facebook Jakim & PPIM 


Artikel oleh: The Merdeka Times

GULA-GULA 'SOFT CANDY WITH JAM' TIDAK HALAL

https://themerdekatimes.com/news/2022/09/gula-gula-soft-candy-with-jam-tidak-halal/

Monday, September 5, 2022

PENJAWAT AWAM GRED 48 PATUT NAIK GAJI LEBIH, BUKAN SAMA KGT - AHLI PARLIMEN PKR SETIAWANGSA - THE MERDEKA TIMES - 01/09/2022

 

  • Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan (KGT) sama bagi semua kakitangan awam.
  • Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelompok B40 yang lebih terjejas akibat tekanan ekonomi.
  • Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi bin Nik Ahmad berkata saranan memberikan penumpuan kepada golongan yang lebih terjejas itu juga berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara yang terhad.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sepatutnya memberikan kenaikan gaji yang lebih bagi penjawat awam gred 48 ke bawah dan bukannya memberi kenaikan gaji tahunan (KGT) sama bagi semua kakitangan awam di negara ini.

Ini kerana majoriti penjawat awam gred 48 ke bawah tergolong dalam kelompok B40 yang lebih terjejas akibat tekanan ekonomi membabitkan kenaikan kos barangan asas, kenaikan inflasi dan harga minyak.

Ahli Parlimen Setiawangsa dari PKR, Nik Nazmi bin Nik Ahmad berkata saranan memberikan penumpuan kepada golongan yang lebih terjejas itu juga berdasarkan kemampuan dan kedudukan kewangan negara yang terhad.

“Saya tak kata mereka yang gred 48 atau gred 52 hidup senang lenang. Golongan M40 juga terasa sekarang bila harga barang naik. Cuma saya setuju dalam keadaan kewangan negara yang agak terhad, apalah salahnya kalau kita naikkan lebih (gaji) untuk golongan gred 48 ke bawah. 

“Dan kita tangguhkan dahulu untuk kenaikan gaji kakitangan kerajaan untuk gred 48 ke atas,” katanya kepada media selepas kempen tanaman pokok anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) di Kebun Bandar Sungai Bonus, Lorong Gurney di sini semalam. 

Beliau ditanya wartawan mengenai keputusan kerajaan menaikkan bayaran gaji tahunan (KGT) yang membabitkan penjawat awam di semua gred.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 30 Ogos lalu mengumumkan bayaran KGT tambahan khas sebanyak RM100 kepada 1.28 juta penjawat awam gred 11 hingga 56 membabitkan peruntukan RM1.5 bilion.

Nik Nazmi berkata penjawat awam gred 48 ke bawah lebih memerlukan berbanding pegawai gred atasan.

“Kalau dah sampai gred JUSA dan sebagainya. Dia ada simpanan. Mungkin akan pergi ke luar negara bercuti dan sebagainya. Jadi duit itu akan mengalir ke luar atau tidak berputar dalam ekonomi negara. 

“Tapi kalau orang susah, duit dia dapat hampir semua akan dibelanjakan untuk keperluan keluarga dan sebagainya,” katanya.

Sementara itu, mengulas usaha kerajaan dalam menurunkan harga barangan, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, lebih banyak tindakan perlu dilakukan kerajaan, khususnya ketika musim perayaan di mana berlakunya peningkatan harga barangan. – The Merdeka Times


Artikel oleh: The Merdeka Times

PENJAWAT AWAM GRED 48 PATUT NAIK GAJI LEBIH, BUKAN SAMA KGT - AHLI PARLIMEN PKR SETIAWANGSA

https://themerdekatimes.com/blog/2022/09/penjawat-awam-gred-48-patut-naik-gaji-lebih-bukan-sama-kgt-ahli-parlimen-pkr-setiawangsa/

F TEAM - DULU BERJUANG DEMI NEGARA, KINI UNTUK KEBAJIKAN AHLI - THE MERDEKA TIMES - 02/09/2022

 

  • Lanjutan siaran The Merdeka Times sebelum ini dengan tajuk, ““F TEAM, wira negara yang dilupakan?”
  • Kini F TEAM terus berjuang menuntut kebajikan ahli-ahlinya.
  • Satu perjumpaan F TEAM dengan Datuk Nadzim Johan – PPIM diadakan pada Khamis.
  • Diketua Mantan Pegawai Turus F TEAM Datuk Abdullah Abdul Hamid.
  • Tujuan pertemuan bagi menaikkan isu kebajikan ahli-ahli F TEAM.
  • Tetapi tidak membelakangkan pucuk pimpinan PDRM cuma berusaha perjuangkan kebajikan ahli F TEAM dengan segala jalan yang ada.

KUALA LUMPUR – Persoalan yang disiarkan The Merdeka Times sebelum ini dalam artikel “F TEAM, wira negara yang dilupakan?”, masih belum terjawab. Kini F TEAM terus berjuang menuntut kebajikan ahli-ahlinya.

F TEAM adalah satu-satunya pasukan elit Cawangan Khas yang ditubuhkan khas bagi menentang dan mengakhiri era keganasan komunis di Malaysia. F TEAM hanyalah sebuah pasukan kecil di mana bilangan keanggotaannya tidak melebihi 50 orang dalam satu-satu masa.

Keahlian pasukan elit F TEAM ini dianggotai bekas tentera, komando 69, Pasukan Polis Hutan (PPH) dan bekas pengganas komunis yang ditangkap dan menyerah diri. Kepakaran setiap ahli dalam F TEAM digembleng untuk mencapai misi utama iaitu menangkap hidup-hidup pengganas komunis dan mendapatkan risikan terkini.

Pada Khamis, pegawai dan anggota F TEAM yang diketuai Pesara Polis ACP Datuk Haji Abdullah Abdul Hamid (Mantan Pegawai Turus F TEAM & Mantan Pegawai Turus E1M), SM/D Haji Mohd Yusof Omar, SI/D Haji Hussein Saion, Konst./D Idros Said dan Sjn./D Haji Iesa Atan mengadakan pertemuan dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.

Ia bagi menjelaskan tentang jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan ahli F TEAM sepanjang penugasan sejak ditubuhkan pada 1971 hingga dibubarkan pada 1995. Sekaligus membincangkan tentang usaha untuk menuntut kebajikan bagi keseluruhan 165 orang ahli  F TEAM.

Ketika ditanya Datuk Nadzim Johan tentang jumlah penangkapan pengganas komunis yang dibuat F TEAM, Datuk Haji Abdullah menjawab, “Seramai 48 orang pengganas komunis telah ditembak mati. Manakala 1,700 orang pengganas termasuk Kumpulan Bawah Tanah Komunis berjaya ditangkap hidup-hidup. Ini suatu kejayaan yang membanggakan dan hebat bagi F TEAM.”

Kemudian Abdullah menjelaskan bahawa kedatangan mereka ke PPIM bukanlah untuk membelakangi pihak PDRM. Tetapi mereka berusaha untuk mendapatkan kebajikan bagi ahli F TEAM dengan segala cara yang termampu.

Mereka juga sedang berusaha untuk memohon kebajikan melalui saluran dalaman PDRM, namun memang perkara tersebut akan memakan masa. Oleh itu mereka memohon kepakaran dan bantuan PPIM bagi menaikkan isu ini agar diberi perhatian sewajarnya oleh pihak atasan kerajaan.

Mengulas hal itu, Nadzim berkata, “F TEAM ini ialah satu aset kerajaan yang bernilai. Takkan lah aset kita nak buang begitu sahaja. Saya yakin pucuk pimpinan kerajaan terutama Perdana Menteri akan melihat hal ini sewajarnya jika isu kebajikan F TEAM kita bangkitkan kepadanya.”

Ketika ditanya masalah dan kesusahan yang dihadapi F TEAM, SM/D Haji Mohd Yusof berkata, “Banyak hal kebajikan tidak diberi perhatian. Contoh kes staff tanpa pencen. Mereka menjadi ahli F TEAM dengan perjawatan tanpa pencen sebab keperluan tugas dan kerahsiaan. Ketika itu memang diperlukan perjawatan sebegitu. Maknanya waktu dia bekerja dengan F TEAM dulu, dia dibayar gaji dan kebajikan seperti ‘Guarantee Letter’ (GL) dia dapat. Tapi bila tamat keje umur 55 tahun, mereka tidak dibayar gaji dan tiada pencen. Mereka ini juga tidak layak mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan hanya kerana tiada kad pesara.”

Tambahnya lagi, “Ada pula kes anggota F TEAM kita cedera di mata sewaktu dalam perkhidmatan. Kemudian matanya menjadi buta. Jadi dia dinasihatkan pencen awal sebab buta dan ada laporan ‘medical board’. Ketika itu pencen dia dapat hanya RM380 sebulan. Dia mempunyai dua orang  anak. Cukupkah dengan RM380 tersebut ?.”

Jadi mereka berharap pihak kerajaan pusat khususnya Perdana Menteri dan kerajaan negeri serta pucuk pimpinan PDRM melihat kebajikan F TEAM ini dengan lebih serius. Mungkin masing-masing sibuk dengan tugas harian, tapi hargai lah mereka  yang bertarung nyawa membanteras pengganas komunis suatu ketika dulu.

F TEAM memohon diberikan rawatan kesihatan percuma di semua hospital kerajaan untuk semua ahli F TEAM yang masih hidup di usia emas ini. Hanya sekeping ‘kad pesara’ atau sekeping surat pengesahan ‘Guarantee Letter’ (GL) daripada kerajaan membolehkan mereka menerima rawatan percuma di hospital kerajaan.

Ahli F TEAM yang masih hidup ketika ini lebih kurang 115 orang. Dianggarkan seramai 30 orang ahli F TEAM tidak berpencen dan tidak boleh mendapat rawatan percuma di hospital kerajaan.

Sjn/D. Haji Iesa berkata, “Jika ahli sukan bertanding di mana-mana dan mendapat pingat emas untuk negara, mudah sahaja mereka menerima hadiah seperti wang saguhati berpuluh ribu ringgit dan mendapat tanah kurniaan kerajaan negeri.”

“Tapi kami yang membanteras komunis dan bergadai nyawa demi negara, tiada yang mendapat kurniaan tanah atau wang saguhati. Cuma Alhamdulillah ada yang mendapat pingat dengan elaun bulanan. Tetapi ada juga yang mendapat pingat ‘besi’ sahaja tanpa apa-apa bayaran elaun bulanan bersama pingat tersebut,” kata Haji Iesa.

Pada akhir perbincangan tersebut, Datuk Nadzim Johan menyatakan akan membawa hal ini ke pihak atasan agar hal-hal kebajikan F TEAM diberi perhatian semua pihak. Cuma diharapkan tiada pihak yang salah faham tentang tujuan baik F TEAM hadir ke PPIM.

Ini adalah bagi memperjuangkan hak kebajikan ahli F TEAM tidak kira bangsa, tidak kira status perjawatan dan sebagainya. Semuanya perlu mendapat kebajikan yang sewajarnya. Namun begitu, bukan niat mereka membelakangi pucuk pimpinan PDRM, cuma mereka berusaha dengan segala jalan yang ada.

Bak kata bidalan, “Umpama menarik rambut dalam tepung. Rambut tidak putus. Tepung tidak berselerak.” Begitulah yang diharapkan hasil perbincangan tersebut. Agar matlamat perjuangan menuntut kebajikan F TEAM tercapai. Namun tidak merosakkan hubungan baik antara ahli F TEAM dengan pucuk pimpinan atasan.

Pernah berlangsung satu Majlis Makan Malam ‘Pasukan F Jasamu Dikenang’ di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Kuala Lumpur, Jalan Semarak yang diadakan pada 6 Disember 2016, yang turut dihadiri bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor; Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Puzi Harun dan Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1(M) Bukit Aman, Datuk Mohd Sofian Md Makinuddin.

Pada majlis itu memang telah dinyatakan Timbalan Ketua Polis Negara (ketika itu), Tan Sri Noor Rashid Ibrahim tentang hal kebajikan ini. Menurut Noor Rashid, pihaknya akan mengesyorkan kepada kerajaan untuk mewujudkan insentif khas berbentuk bantuan kewangan, penjagaan kebajikan dan penganugerahan pingat penghargaan kepada 161 (bilangan ahli F TEAM ketika itu) pegawai dan anggota serta kakitangan awam yang pernah berkhidmat dalam pasukan F sejak ditubuhkan pada 1971.


Artikel oleh: The Merdeka Times

F TEAM - DULU BERJUANG DEMI NEGARA, KINI UNTUK KEBAJIKAN AHLI

https://themerdekatimes.com/blog/2022/09/f-team-dulu-berjuang-demi-negara-kini-untuk-kebajikan-ahli/

Monday, August 29, 2022

"ISU DAGING IMPORT TIDAK HALAL, JAKIM BELUM BERI PENYELESAIAN," - GABUNGAN NGO - THE MERDEKA TIMES - 25/08/2022

 

  • Tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.
  • “Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?” – Presiden Perkemas.
  • Berikutan itu, gabungan NGO gesa JAKIM tubuhkan jawatankuasa khas tangani keraguan status halal daging import.
  • “Saya bersedia membantu sebagai pemantau JAKIM serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.” – Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
  • “Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun. Justeru dengan pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang.”

KUALA LUMPUR – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menubuhkan jawatankuasa khas dalam usaha menangani keraguan status halal daging import.

Desakan itu dibuat enam NGO Islam iaitu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas); Pertubuhan Produk Ummah Malaysia; Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku serta Sahabat 99.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, isu itu sudah diperjuangkan pihaknya sejak dua dekad lalu, namun masih tiada penyelesaian dan menyatakan kesediaannya untuk membantu sebagai pemantau Jakim serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.

“Kita bersedia menghantar NGO ke sana (Australia) bagi melaksanakan tugas-tugas pemantauan. Ini kerana banyak keraguan yang perlu diperjelaskan termasuk hasil Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang dikatakan masih tidak melakukan pemeriksaan di rumah sembelihan berkenaan.

“Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun.

“Justeru dengan adanya pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PPIM di sini, pada Khamis.

Media tempatan pada 14 Mei lalu melaporkan, loji sembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung kelulusan sebagai pembekal selepas didapati melanggar protokol sembelihan halal.

Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu diberi surat tunjuk sebab kerana tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, gabungan NGO berkenaan akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan itu.

Sementara itu, Presiden Perkemas, Faizan Mohd Nor memaklumkan masalah berkenaan masih berlarutan walaupun pendedahan telah dibuat oleh seorang bekas pekerja di rumah sembelihan terbabit lebih tiga bulan yang lalu.

Katanya, sehingga kini tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim hanya mengeluarkan kenyataan menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.

“Jakim juga wajib menjelaskan mengapa mengambil masa walaupun perkara ini sudah berlarutan bertahun-tahun dengan bukti yang sangat jelas.

“Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?” soalnya.


Artikel oleh: THE MERDEKA TIMES

"ISU DAGING IMPORT TIDAK HALAL, JAKIM BELUM BERI PENYELESAIAN," - GABUNGAN NGO

https://themerdekatimes.com/blog/2022/08/isu-daging-import-tidak-halal-jakim-belum-beri-penyelesaian-gabungan-ngo/

Thursday, August 25, 2022

WANG AKAUN AMANAH BERNILAI RM2.1 JUTA HILANG, DIPEROLEH SEMULA DALAM TEMPOH 3 JAM - PPIM - THE MERDEKA TIMES - 23/08/2022

 

Saat ini pelbagai kisah terkait isu kehilangan wang dalam akaun bank menjadi tular di media massa.

Terbaharu wakil The Merdeka Times (TMT), Mohd Zaki bin Ab Latif telah menemubual Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan melalui telefon di pejabatnya. Ia berkaitan isu kehilangan wang yang semakin tular pada masa kini.

Datuk Nadzim Johan atau mesranya dipanggil Toqqi menceritakan kisah yang diberitahu kepadanya oleh mangsa yang juga kenalan rapatnya. Kehilangan wang di Malaysia yang kini menjadi tular bukan isu baharu berlaku pada masa kini. Ianya telah berlaku berbulan-bulan bahkan mungkin bertahun telah terjadi. Cuma baru kini isu ini diberi perhatian semua pihak.

TMT : Boleh Toqqi ceritakan kisah berkaitan kehilangan wang dalam jumlah sangat besar yang toqqi ketahui setakat ini?

TOQQI : Kisah yang nak diceritakan ini terjadi kepada mangsa yang juga merupakan kenalan rapat saya. Jadi ceritanya sahih dan benar la seperti yang diceritakan kepada saya. Kisahnya, mangsa ni simpan duit dalam satu akaun amanah. Bukan bank. Tapi akaun amanah sama juga sistem komputernya macam sistem bank. Yang bagusnya mangsa ni bijak. Dia selalu kemaskini penyata wang dalam akaun amanah itu. Jadi pada bulan Januari, mangsa cuba menyemak baki wang dalam akaun itu. Kemudian dia dapati wangnya telah hilang sebanyak RM2.1 juta. Terkejut dengan kejadian itu, mangsa terus menghubungi pejabat akaun amanah tersebut. Semakan melalui telefon dengan pegawai berkaitan mengesahkan bahawa tiada wang sebanyak RM2.1 juta dalam akaun mangsa.

TMT : Duitnya disahkan tiada. Kemudian ?

TOQQI : Mangsa ni pun tak puas hatilah. Dah semak dengan telefon dia orang kata tiada duit tu. Jadi mangsa pun pergi ke pejabat akaun amanah dan berjumpa pegawai berkaitan secara berdepan. Jawapannya tetap sama. Duit RM2.1 juta memang tiada dalam akaun amanah mangsa.

Mangsa beritahu kepada pegawai tersebut bahawa dia ada simpan penyata akaun yang menunjukkan bukti baki terakhir dalam akaun amanahnya pada bulan Januari 2022 adalah sebanyak RM2.1 juta. Mangsa beri masa 12 jam kepada pihak tersebut untuk kembalikan duitnya. Jika tidak, tindakan undang-undang akan diambil.

Dengar kata ada bukti, pegawai itu pun mohon diberikan masa untuk selesaikan kes. Kurang 3 jam kemudian, duit RM2.1 juta yang hilang tu dah ada balik dalam akaun amanah mangsa.

Persoalannya sekarang, macam mana duit yang hilang sebanyak RM2.1 juta itu boleh dikembalikan dalam masa singkat? Kalau dah kata hilang, dalam sistem komputer tunjuk tiada duit tersebut, jadi kenapa ada balik duit tu dalam sistem komputer?

TMT : Mangsa ada buat aduan kepada PPIM ?

TOQQI : Tak sempat. Dah selesai kurang 12 jam. Tapi persoalannya sekarang, macam mana duit tu boleh hilang ?

TMT : Sewaktu pihak akaun amanah tersebut memulangkan semula wang sebanyak RM2.1 itu kepada mangsa, apakah alasan yang diberikan oleh pihak mereka ?

TOQQI : Mereka kata ‘Technical Glitch’. Masalah pada sistem teknikal mereka. Tapi kita masih menunggu jawapan rasmi daripada mereka bagi menjelaskan hal sebenar berkaitan kes ini. Bagaimana ia boleh berlaku? Sebab apa? Itu kita nak tahu.

TMT : Adakah apa-apa bukti yang boleh ditunjukkan berkaitan kes ini?

TOQQI : Buat masa ini, saya bagi peluang kepada pihak tersebut untuk mereka menjawab semua persoalan. Jadi sebab tu saya tak dedahkan apa-apa bukti. Tapi tunggulah nanti macam mana kot kita nak dedahkan.


Artikel oleh: The Merdeka Times

WANG AKAUN AMANAH BERNILAI RM2.1 JUTA HILANG, DIPEROLEH SEMULA DALAM TEMPOH 3 JAM - PPIM

https://themerdekatimes.com/news/2022/08/wang-akaun-amanah-bernilai-rm2-1-juta-hilang-diperoleh-semula-dalam-tempoh-3-jam-ppim/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL