Showing posts with label GULA-GULA. Show all posts
Showing posts with label GULA-GULA. Show all posts

Saturday, September 17, 2022

GULA-GULA 'SOFT CANDY WITH JAM' TIDAK HALAL - THE MERDEKA TIMES - 14/09/2022

 

  • Tular di media sosial mengenai dakwaan sebuah produk ‘Soft Candy With Jam’ mengandungi kandungan ‘Pork Gelatine’ pada label pembungkusan produk walaupun ada logo halal. 
  • JAKIM tampil membuat kenyataan dan mendakwa bahawa logo produk terbabit tidak mendapat pengiktirafan JAKIM.
  • Penggunaan logo halal terbabit adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. 
  • “Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi,” – JAKIM.

KUALA LUMPUR –  Baru-baru ini tular di media sosial berkenaan status halal produk ‘Soft Candy With Jam’ yang didakwa mempunyai kandungan ramuan tidak halal iaitu pork Gelatine (gelatin babi) pada label pembungkusan produk walaupun tertera logo halal di bungkusan itu. 

Bagi menjawab persoalan ramai mengenai status halal produk terbabit, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tampil membuat kenyataan bagi membuat penjelasan berkenaan produk itu. 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hab Halal, JAKIM, produk itu telah menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf oleh JAKIM dan penggunaan logo halal terbabit adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini. 

“Pada produk tersebut juga tertera logo Halal Food Council International Malaysia & Asia Region dan ia telah mengundang keresahan dan salah faham masyarakat terhadap pensijilan halal Malaysia.

“Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang pembelian dan transaksi,” katanya menurut kenyataan di Facebook.

Pihak JAKIM juga menasihatkan sekiranya pengguna menjumpai produk tersebut di pasaran, adalah dinasihatkan untuk mengemukakan aduan lengkap dan salurkannya kepada pihak berkuasa atau JAKIM. 

Dalam pada itu,  Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut menggesa orang ramai untuk terus berhati-hati apabila melihat logo halal. 

“Sebagai pengguna haruslah kita berhati-hati biarpun ada produk menunjukkan logo halal, ini kerana ada golongan yang menggunakan logo halal yang tidak diiktiraf JAKIM, oleh itu boleh jadi ada unsur-unsur keraguan tentang halal haram produk yang menggunakan logo halal yang tidak sah,” katanya menerusi kenyataan di Facebook. 

Sumber: Facebook Jakim & PPIM 


Artikel oleh: The Merdeka Times

GULA-GULA 'SOFT CANDY WITH JAM' TIDAK HALAL

https://themerdekatimes.com/news/2022/09/gula-gula-soft-candy-with-jam-tidak-halal/

Saturday, September 14, 2019

4283) GULA-GULA "BABI" KEGEMARAN SEMUA! - TV. PPIM - 13/09/2019


Gula-gula "Babi" Kegemaran Semua! Gila! Gula-gula white rabbit yang tular di media sosial baru-baru ini rata-ratanya menimbulkan kerisauan dikalangan netizen tentang statusnya yang telah mendapat pengesahan mempunyai gelatin babi. Gula-gula yang menjadi kegilaan kanak-kanak di era 90-an sehingga kini sentiasa mendapat tempat dipasaran kerana permintaan yang tinggi daripada kalangan pengguna. Pengguna mahupun peniaga yang lalai dengan pemilihan produk terkesima dengan pengesahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Jadilah pengguna bijak. Sokongan anda membantu kami untuk terus berjuang demi membela hak dan maruah pengguna Islam Malaysia. Sebarang pertanyaan berkenaan Sukarelawan atau Tabung Perjuangan PPIM: Laman Web: https://sumbangan.ppim.prg.my https://www.ppim.org.my Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline: 013-2262444
"Perjuangan Bersama Demi Pengguna"



Artikel oleh: TV. PPIM

GULA-GULA "BABI" KEGEMARAN SEMUA!


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL