Friday, February 28, 2020

5768) MAK MENYIRAP HANTARAN CIPUT! - TV.PPIM - 28/02/2020


Bukankah ini yang berlaku dalam masyarakat kita? Mana lebih penting, hantaran tinggi yang menggalakkan kepada maksiat atau keberkatan berumah tangga? Bincangkan. Sedihnya wang hantaran hanya untuk memuaskan nafsu ibu bapa! Telalu ramai yang mengizinkan dirinya menjadi hamba wang, apa-apa sanggup dilakukan demi wang walaupun kewangan diperolehi dari sumber yang tidak jelas dan haram. Sanggup juga melewat-lewatkan perkara baik seperti perkahwinan sehingga terlupa tentang hikmah mensegerakan kebaikan. . “Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan menambahkan keberkatan dari sedeqah” ( Al-Baqarah : 276 ) . Tanpa kita sedar kesulitan hidup atau hilangnya berkat dalam kehidupan ini berpunca dari lalainya diri sendiri dek terlalu terbiasa hidup dengan keadaan yang dilarang Islam dan terlalu jauh dengan kehidupan yang dianjurkan islam. . Anda Terjerat AHLONG? Jangan Tangguh! Dapatkan bantuan kami di Satria. (Panel yang dilantik PPIM) . Whatsapp: https://StopAhlong.wasap.my https://NoToAhlong.wasap.my . 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: http://ahlong.ppim.org.my/ . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.



Artikel oleh: TV.PPIM

MAK MENYIRAP HANTARAN CIPUT!

5767) PPIM PANAS! PERGOLAKAN POLITIK SEMASA MEMBIMBANGKAN. LIVE! SIDANG MEDIA PEMIMPIN- PEMIMPIN NGO MELAYU - PPIM - 28/02/2020

Dewan Professional Bumiputera Malaysia (DPBM) berkesempatan mendapat maklumat secara terus daripada pimpinan tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tentang kehilangan majoriti parlimen yang dihadapi oleh Kerajaan Pakatan Harapan baru-baru ini yang membawa kepada kemelut pembubaran kabinet oleh SPB Yang Dipertuan Agong serta pembentukan kerajaan baharu.

Situasi semasa ini adalah amat kritikal untuk difahami oleh masyarakat Melayu dan Bumiputera. DPBM berhasrat untuk mengambil tiga tindakan berikut :-

1. Membentuk Majlis Bertindak Konsensus Nasional (KONSENSUS)
2. Membincangkan agenda khusus kunjungan hormat bertemu YAB Perdana Menteri untuk mendapat pedoman halatuju pergerakan badan-badan akar umbi Melayu.
3. Mengadakan sidang media berkaitan pendirian KONSENSUS yang menyentuh isu-isu semasa.

(Sumber)
DEWAN PROFESIONAL BUMIPUTERA MALAYSIA (DPBM)




Wednesday, February 26, 2020

5766) PENGGUNA TERSEPIT - BENGKEL CEKIK DARAH - TV.PPIM - 26/02/2020


05 | Hak Untuk Mendapatkan Pendidikan Pengguna . Para pengguna disarankan untuk membezakan dan menilai pilihan produk atau servis yang diberikan. Pendidikan ini sebenarnya menggalakkan pengguna untuk berfikiran kritis, mengambil langkah berwaspada dan membantu mereka dalam memilih dan sesuatu produk dan servis dengan baik. . Kalau anda pernah alami situasi seperti di atas, komen dibawah dan kongsikan kisah anda. #HAKPENGGUNA #PENGGUNABIJAK "Perjuangan Bersama Demi Pengguna!" . Tanpa anda kami tidak akan mampu untuk berjalan lebih jauh lagi. Ayuh teruskan bersama kami dalam perjuangan ini: https://perjuangan.ppim.org.my/ . Hubungi kami untuk maklumat lanjut ditalian 013-2262 444 atau 019-359 1000 dan pelbagai info kami di laman web PPIM: https://www.ppim.org.my/ . Jom kita bangunkan ekonomi Islam dengan mendaftar sebagai ahli koperasi www.koppim.com.my HARI INI! Hotline: 019-359 1000 #PenggunaPemilikEkonomi #PerjuanganBersamaDemiPengguna


Artikel oleh: TV.PPIM

PENGGUNA TERSEPIT - BENGKEL CEKIK DARAH


Tuesday, February 25, 2020

5765) AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE RUMAH PERANTARAAN AADK KUALA LUMPUR - PPIM - 25/02/2020

Lawatan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) ke Rumah Perantaraan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kuala Lumpur yang diketuai oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Turut sama, Pengarah AADK Kuala Lumpur, Pn Hjh Haslinda Hj Jamaluddin dan Pengarah Kreatif YPNM, Hj Yann Razal.



5764) CAKAP SERUPA BIKIN 2.0 | EPISOD 28 | “KERAJAAN BARU APAKAH NASIB MELAYU? “ - TV PERTIWI - 24/02/2020






Tajuk “Kerajaan Baru Apakah Nasib Melayu? “ Panel -Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff Pensyarah Putra Business School -Datuk Nadzim Johan Ketua Aktivis PPIM Rakyat Malaysia telah dikejutkan dengan pelbagai perkembangan politik yang sukar dijangka. Situasi menjadi makin hangat lagi apabila Perdana Menteri , Tun Mahathir telah meletakkan jawatan dan menyebabkan kabinet dibubar. Adakah kerajaan baru yang dibentuk akan memberi keuntungan bagi nasib bangsa Melayu, atau hanya menjadi ruang ahli politik merebut kuasa dengan rakus? Boleh ditonton secara langsung di webTV www.pertiwi.tv atau di Youtube Tv Pertiwi.

Artikel oleh: TV Pertiwi

CAKAP SERUPA BIKIN 2.0 | EPISOD 28 | “KERAJAAN BARU APAKAH NASIB MELAYU? “


Monday, February 24, 2020

5763) AKTIVITI | PERJUMPAAN TOQQI BERSAMA RAKAN USAHAWAN DARI SABAH - PPIM - 23/02/2020

Perjumpaan toqqi bersama rakan usahawan Muslim dari Sabah yang membincangkan hal ekonomi Islam di Restoran d' Limau Nipis, Bandar Baru Bangi.


5762) AKTIVITI | JEMPUTAN KHAS SEMINAR MEMPERKASA EKONOMI DALAM KALANGAN GENERASI MUDA - PPIM - 23/02/2020

Toqqi menyampaikan ceramah di Seminar Memperkasa Ekonomi Dalam Kalangan Generasi Muda anjuran Pemangkin Ekonomi Semalaysia dengan kerjasama Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) bertempat di KUIS, Kajang.



5761) AKTIVITI | PERJUMPAAN DENGAN NGO-NGO ISLAM - PPIM - 22/02/2020

Perjumpaan toqqi bersama NGO-NGO Islam di Restoran Ali Cafe Tomyam Seafood, Bangsar.


Thursday, February 20, 2020

5758) ‘KEYBOARD WARRIOR’ PENGECUT atau TAK SEDAR HAK MEREKA? - TV.PPIM - 20/02/2020


‘KEYBOARD WARRIOR’ PENGECUT atau TAK SEDAR HAK MEREKA? Zaman teknologi kini, peniaga kecil dan syarikat terkemuka menggunakan strategi yang sama dalam mempromosi dan memasarkan produk mereka menggunakan media sosial. Namun, terdapat juga sesetengah produk atau servis yang ditawarkan hanyalah ilustrasi semata-mata dan isu ini hakikatnya bertentangan dengan hak pengguna. Perkara ini acapkali membuat pengguna terlupa bahawa mereka mempunyai hak untuk bersuara agar pendapat mereka dipandang serius oleh pihak berkuasa dan bukan hanya meluahkan di media sosial. Hak untuk bersuara ini diadakan bagi memudahkan pengguna dan pihak berkuasa untuk menangani sesuatu isu dengan lebih interaktif dan efektif.
Tribunal Tuntutan Pengguna adalah Akta Perlindungan Pengguna yang dikenakan terhadap peniaga yang didapati bersalah dalam perniagaan. Demi memudahkan pengguna untuk menyuarakan pendapat mereka, kerajaan turut menyediakan di talian aplikasi WhatsApp KPDNHEP di nombor +6019-2794317 atau di aplikasi EzADU KPDNHEP sebelum tindakan susulan diambil oleh penguatkuasa diambil dalam tempoh 24 jam. PENTINGNYA MEMAHAMI HAK BERSUARA! Kebanyakan pengguna ingin mendapatkan barangan atau servis setimpal dengan harga bayaran. Dengan itu, mempelajari dan memahami hak-hak pengguna boleh membela dan mempertahankan hak mereka daripada terus ditindas. Jika bukan pengguna yang melaporkan perbuatan penganiayaan ini mengikuti saluran yang betul, siapa lagi?

Artikel oleh: TV.PPIM

‘KEYBOARD WARRIOR’ PENGECUT atau TAK SEDAR HAK MEREKA?


5757) “SIAPA YANG TERJERAT AHLONG TU, SAYA RECOMMEND DATANG LA KE SATRIA UNTUK SETTLE” - MANGSA AHLONG - TV.PPIM - 19/02/2020


“Siapa Yang Terjerat Ahlong tu, Saya Recommend Datang La Ke Satria Untuk Settle” - Mangsa Ahlong . Terjerat Ahlong? Jangan Tangguh, Dapatkan Bantuan SATRIA INTELLIGENCE AGENCY (Panel Yang Dilantik PPIM Bagi Menguruskan Aduan Ceti Haram). Alhamdullilah SATRIA Telah Berjaya Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Satria Intelligence Agency / Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat 54000 Kuala Lumpur Whatsapp: http://wasap.my/60133071999 http://wasap.my/60193458444 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: www.ahlong.ppim.org.my Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara


Artikel oleh:TV.PPIM

“SIAPA YANG TERJERAT AHLONG TU, SAYA RECOMMEND DATANG LA KE SATRIA UNTUK SETTLE” - MANGSA AHLONG


Wednesday, February 19, 2020

5756) [VIDEO] ROADSHOW KHAS KOPPIM DALAM MASA TERDEKAT - MELAYUBANGKITNEWS - 17/02/2020

CYBERJAYA – Satu roadshow khas bakal diadakan ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan mempromosikan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) di kawasan luar bandar.

Pengasas Brainy Bunch dan Kumpulan Raudhah City, Mohd Fadzil Hashim berkata, perkara itu kini sedang dalam perbincangan dan akan melibatkan kerjasama daripada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Ikon BMF, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Izzat.

“Roadshow ini untuk mencari atau memudahkan umat Islam seluruh negara membeli syer KoPPIM termasuk mendengar penjelasan-penjelasan lebih lanjut mengenai koperasi ini.
“Ini juga antara inisiatif yang kita lakukan untuk mencapai sasaran satu juta ahli dalam masa setahun.

“Selain itu, kita juga sedang mencari wakil di setiap negeri untuk menjadi sukarelawan, InsyaAllah kita akan capainya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam masa terdekat kerana kita sedang menunggu kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya.


Artikel oleh: MelayuBangkitNews

[VIDEO] ROADSHOW KHAS KOPPIM DALAM MASA TERDEKAT

https://melayubangkitnews.com/video-roadshow-khas-koppim-dalam-masa-terdekat/

5755) KACATV / BERITA, TIDAK PERIKEMANUSIAAN DAN SOMBONG PERBANKAN ISLAM - KACA TV - 19/02/2020


#KACATV Sukacitanya menjayakan sidang media berjudul tidak peri kemanusiaan dan sombong Perbankan Islam (Islamic Banking) di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada 14 Januari 2020.

Artikel oleh: Kaca TV 

KACATV / BERITA, TIDAK PERIKEMANUSIAAN DAN SOMBONG PERBANKAN ISLAM - KACA TV - 19/02/2020


5754) AKTIVITI | MESYUARAT PPIM BERSAMA TNB - PPIM - 19/02/2020

PPIM telah mengadakan satu mesyuarat bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang dipengerusikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.

Antara isu yang diperbincangkan ialah berkenaan isu Incentive Base Regulation (IBR) dan Smart Meter TNB. 


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...