Showing posts with label MELAYUBANGKITNEWS. Show all posts
Showing posts with label MELAYUBANGKITNEWS. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

6032) #MMGA SASAR ANAK MUDA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM - MELAYUBANGKITNEWS - 13/06/2020


CYBERJAYA - Kempen ‘Make Muslim Great Again’ (MMGA) mensasarkan satu juta penglibatan anak muda menerusi platform KitaCool.com dalam mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam. Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, kempen kesedaran ini digerakkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah melihat golongan belia kini seakan terpisah daripada perjuangan membangkitkan ekonomi Islam.


Artikel oleh: MelayuBangkitNews

#MMGA SASAR ANAK MUDA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM


Monday, April 27, 2020

5897) TEROWONG SANITASI TROLI PERTAMA DI MALAKAT MALL - MELAYUBANGKITNEWS - 26/04/2020


Malakat Mall mencipta sejarah menjadi pusat membeli belah pertama memasang terowong sanitasi troli yang dilihat memberi perlindungan kepada pada pelanggannya selepas membeli belah di situ. Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, pemasangan terowong sanitasi troli itu bermula daripada cadangan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan untuk memasang di pusat membeli belah tersebut.


Artikel oleh: MelayuBangkitNews

TEROWONG SANITASI TROLI PERTAMA DI MALAKAT MALL

Wednesday, February 19, 2020

5756) [VIDEO] ROADSHOW KHAS KOPPIM DALAM MASA TERDEKAT - MELAYUBANGKITNEWS - 17/02/2020

CYBERJAYA – Satu roadshow khas bakal diadakan ke seluruh negara bagi memberi penerangan dan mempromosikan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) di kawasan luar bandar.

Pengasas Brainy Bunch dan Kumpulan Raudhah City, Mohd Fadzil Hashim berkata, perkara itu kini sedang dalam perbincangan dan akan melibatkan kerjasama daripada Persatuan Pengguna Islam (PPIM) dan Ikon BMF, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Izzat.

“Roadshow ini untuk mencari atau memudahkan umat Islam seluruh negara membeli syer KoPPIM termasuk mendengar penjelasan-penjelasan lebih lanjut mengenai koperasi ini.
“Ini juga antara inisiatif yang kita lakukan untuk mencapai sasaran satu juta ahli dalam masa setahun.

“Selain itu, kita juga sedang mencari wakil di setiap negeri untuk menjadi sukarelawan, InsyaAllah kita akan capainya pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dalam masa terdekat kerana kita sedang menunggu kelulusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM),” katanya.


Artikel oleh: MelayuBangkitNews

[VIDEO] ROADSHOW KHAS KOPPIM DALAM MASA TERDEKAT

https://melayubangkitnews.com/video-roadshow-khas-koppim-dalam-masa-terdekat/

Wednesday, February 5, 2020

5725) KENAPA PERLU SOKONG KOPPIM? - MELAYUBANGKITNEWS - 04/02/2020


CYBERJAYA – Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) yang diasaskan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bermatlamat untuk menyatukan kuasa pengguna Islam Malaysia dalam membina teras kekuatan ekonomi.
Dilaporkan sehingga kini KoPPIM telah menerima lebih 8,000 permohonan keahlian.
Umat Islam diseru agar memberi sokongan yang padu dengan memiliki syer dalam koperasi itu agar matlamat pembangunan ekonomi Muslim di negara ini dapat direaslisasikan.
Mengapa projek ini perlu disokong? Adakah umat Islam  perlu yakin.. ini penerangannya..
Projek ini dimiliki oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Brainy Bunch Group, Fadzil Hashim yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil.
Berpengalaman 19 tahun dalam dunia perniagaan, beliau pernah bertugas sebagai Sales Director di Dell Malaysia dan kini beliau adalah CEO kepada 24 Anak syarikat yang ketika ini bernilai RM200 juta
Coach Fadzil pernah menceburi bidang perniagaan IT, My Nasi Lemak dan perniagaan tadika Cahayaku Gemilang sehingga lahirnya tadika Brainy Bunch yang kini telah memasuki tahun ke 11.
Brainy Bunch kini memiliki 103 cawangan kampus di seluruh Malaysia, empat cawangan di Singapura, dua cawangan di Indonesia dan satu sekolah tajaan di Gaza.
Selain itu beliau juga merupakan pengasas Brainy Bunch International School di Cyberjaya & Johor Bahru.
Di antara perjuangan Coach Fadzil adalah melalui seminar bersiri AyuhBangkit, di mana beliau memberi bimbingan coaching secara percuma sejak 2018 dengan sasaran untuk membantu 1 juta usahawan.
Hasil analisa masalah usahawan, beliau mendapati sektor peruncitan Bumiputera Muslim masih tidak berkembang kerana kita tiada akses kepada pasaran.
Menurut beliaunya, disebabkan tiada lagi pusat membeli-belah milik Muslim yang berjaya, satu perancangan ke arah itu telah dirangka.
Isu sebenar yang melibatkan peniaga Bumiputera bukanlah persaingan dengan usahawan kaum lain, sebaliknya ia adalah mengenai perkembangan usahawan Bumiputera itu sendiri.
Sebab itu selepas *62 tahun merdeka, komuniti Bumiputera masih ketinggalan dalam sektor ekonomi*.
Kita tidak ada dalam sektor peruncitan sedangkan siapa kawal sektor peruncitan, dia akan kuasai ekonomi.
Solusi Persendirian
Melalui Siri Ayuh Bangkit 3.0 anjuran Brainy Bunch Group, tercetus idea penubuhan Malakat Mall untuk majukan sektor runcit, sebuah pusat beli-belah yang akan memasarkan produk Muslim dibuka berhampiran Raudhah City di Cyberjaya.
Beliau juga telah mulakan projek “One-Stop Grocery Centre” untuk membantu Muslim mendapatkan barangan #BMF di seluruh negeri melalui Raudhah Grocer yang dahulunya dikenali sebagai Raudhah Mart.
Walau dengan pelbagai usaha pembangunan ekonomi dijalankan, namun ia masih sukar diuar-uarkan kepada masyarakat kerana tidak ada satu platform khusus untuk berkongsi inisiatif* ini bersama umum.
Perjuangan Bersama Pada Skala Global
Semuanya berubah apabila beliau dipertemukan dengan Presiden PPIM Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan atau Toqqi.
Justeru, Toqqi menyambut baik perjuangan ini dan menawarkan gabungan usaha melalui platform KoPPIM.
Dari gabungan ini, tercetuslah kempen sasaran dana dari 1 Juta ahli KoPPIM dengan caruman RM100 sebulan bagi ahli KoPPIM.
Dana ini digunakan buat membina ekosistem baru kewangan Islam di mana jika umat Islam berjaya bergabung tenaga dalam kempen ini, manfaatnya akan dirasa oleh semula golongan masyarakat. InsyaAllah.
Pembebasan dari sistem ekonomi kapitalis yang berasaskan Riba akan digantikan dengan sistem ekonomi yang dimiliki pengguna.
Beliau menyasarkan menyediakan peluang satu juta pengguna Islam untuk mencapai pendapatan RM10,000 sebulan dalam tempoh 10 tahun dan memberi ruang dan peluang 100,000 usahawan mencapai nilai aset bersih RM10 juta melalui projek berimpak tinggi iaitu 100 Malakat Mall, 5,000 Raudhah Grocer dan 100 Raudhah City.
Kempen gerakan KoPPIM kini mendapat sokongan penuh beberapa tokoh Muslim antaranya Pengerusi PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam) Aminuddin Yahaya, bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Datuk Che Mat Che Ali dan ramai lagi.
Ayuh bersama Coach Fadzil dan KoPPIM bersama membina ekosistem ekonomi Islam yang baru!
Sebarkan dan ajak kawan-kawan untuk bersama dalam perjuangan ini.~MBNews

Wednesday, January 22, 2020

5693) ‘KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH ORANG ISLAM’ – TOKKI - MELAYUBANGKITNEWS - 22/01/2020


CYBERJAYA – Usaha membangunkan ekonomi Muslim melalui kewujudan Malakat Mall diharap mampu mengembalikan hak dan maruah orang Islam di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pelbagai cabaran yang terpaksa dilalui umat Islam termasuklah penghinaan yang dianggap semakin luar biasa daripada pihak-pihak tertentu.
“Sudah tentu kita lihat kebelakangan ini penghinaan yang luar biasa terhadap kita berlaku. Mungkin disebabkan penghinaan luar biasa ini juga telah membawa sedikit kesedaran kepada kita membantu dan menyokong usaha yang tidak pernah terlihat sebelum ini (Malakat Mall).
“Hari ini kita berdoa supaya apa yang kita ingini dan harapkan itu dapat dicapai dan kita amat mengharapkan apa yang dibuat hari ini dapat membantu kita mengembalikan hak dan maruah kita yang telah dihina begitu lama,” katanya ketika berucap pada Munajat Perdana – Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall, malam tadi.
Jelasnya, penghinaan yang berlaku telah memberikan isyarat yang cukup jelas dan buat seluruh umat Islam di negara ini untuk bangkit.
“Mungkin nak buat mcm mana, kita lemah orang hina kita. Tapi kita tidak harus membenarkan penghinaan ini terus berlaku, jadi itulah yang kita buat (Malakat Mall).
“Sebagai orang Islam kita perlu mempertahankan maruah tapi bagaimana kita mahu melepasi kelemahan ini.
“Bila kita lemah, bukan orang Cina sahaja buli..orang Melayu sesama Melayu pun…yang berjaya tidak pandang yang tak berjaya..lebih teruk adik beradik sendiri pun ada,” katanya.
Bagaimanapun, Nadzim yakin dengan sokongan, kesungguhan serta doa-doa yang ada, nasib umat Islam dapat diubah ke arah yang lebih baik.
“Jadi kita perlu berjanji dengan diri kita contohnya seperti hari ini.
“Saya yakin dengan adanya sokongan seperti ini, insyaALLH doa senjata orang Muslim dan bila ada kesungguhan dan buat sebaik mungkin sudah tentu ia akan dapat mengubah nasib kita.
“Kita boleh buat dan saya cukup yakin dengan team yang ada. Kita harap dapat bersama dengan pihak-pihak yang ada kesungguhan mahu buat sesuatu perbezaan,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menyeru agar pengguna  Muslim bersatu dan sanggup berkorban demi memastikan usaha itu dapat direalisasikan.
“Pada masa sama kita harap semua pengguna yang ada ini di masa depan akan sanggup berkorban.
“Jadikan Malakat Mall sebagai tempat lawatan tetap, mesti datang kalau tak rasa tak cukup
“Boleh buat program sebab di sini ada perkampungan Islam (Raudhah City), ada Brainy Bunch, jadi sekolah-sekolah atau orang-orang di kampung boleh datang melawat ke sini supaya kita dapat bersama.
“Dengan ada kesungguhan dan doa InsyaALLAH kita boleh berjaya, tidak terlalu sukar,” katanya.

Artikel oleh: MelayuBangkitNews
‘KEMBALIKAN HAK DAN MARUAH ORANG ISLAM’ – TOKKI

5686) MALAKAT MALL AKAN KE INDONESIA - MELAYUBANGKITNEWS - 22/01/2020

CYBERJAYA- Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim memaklumkan, beliau telah dijemput oleh ulamak Indonesia untuk ke negara tersebut bagi membuat pembentangan berhubung konsep dan strategi dalam membangunkan pusat beli belah Malakat Mall.
Menurutnya, beliau akan membuat pembentangan itu di hadapan ulamak-ulamak di Indonesia dalam masa terdekat untuk membangunkan perniagaan itu  di negara berkenaan.
 “Ini adalah satu pengiktirafan kepada kerja-kerja dan usaha-usaha yang kita sedang lakukan.
 Insya-ALLAH, dengan kekuatan dan kesatuan serta paling penting sekali dengan doa-doa daripada semua pihak, saya amat yakin kita akan dapat apa yang kita hajati,” ujarnya.
Beliau ditemui semasa program Munajat Perdana dan Solat Hajat Kebangkitan Ekonomi Muslim yang disertai hampir 2000 jemaah yang terdiri daripada golongan ulamak, para hafiz dan NGO-NGO Islam di Malakat Mall di sini malam tadi.
Mohd Fadzil berkata, selepas segala usaha dilakukan bersama dan doa oleh para pencinta agama Islam, beliau sangat yakin kebangkitan semula para Mukmin yang akan mengembalikan semula kuasa ekonomi Ummah.
Coach Mohd Fadzil Hashim
“Usaha kebangkitan Ummah adalah untuk mengembalikan maruah dan hak orang Islam khususnya di Malaysia dan Indonesia,” katanya.
Pada masa yang sama, Mohd Fadzil berkata, beliau meletakkan sasaran yang begitu besar iaitu 1000 Malakat Mall di negara serumpun itu.
Jelasnya,  sejak peringkat awal penubuhan Brainy Bunch, pihaknya telah mensasarkan  seramai 1 juta pelajar di Indonesia mendapat pendidikan daripada Brainy Bunch pada tahun 2030.
“Memang kita ada fokus untuk meluaskan Malakat Mall di Indonesia kerana Indonesia merupakan populasi Islam terbesar dunia.
Sebab itu kalau di Malaysia kita target 100 Malakat Mall,  maka di Indonesia targetnya 1000 Malakat Mall sebab di Indonesia, kesannya akan memberi satu kekuatan kebangkitan seluruh umat Islam yang jumlahnya hampir 2 billion,” katanya.
Pada program Munajat Perdana dan Solat Hajat Kebangkitan ekonomi Islam itu, Malakat Mall dibanjiri hampir 2000 umat Islam dari golongan agamawan termasuk para ulamak dari Indonesia, lebih 1000 anak-anak tahfiz dari seluruh Malaysia, mudir-mudir, serta wakil daripada NGO-NGO Islam Malaysia.
Program yang bermula jam 5 petang itu dipenuhi sesi solat, tazkirah, zikir munajat, solat hajat dan doa supaya usaha mengembalikan ekonomi Islam melalui jualan dan peruncitan di Malakat Mall agar menjadi mercu kebangkitan Ekonomi Islam.
Artikel oleh: MelayuBangkitNews
MALAKAT MALL AKAN KE INDONESIA

5685) 2000 BERMUNAJAT DI MALAKAT MALL - MELAYUBANGKITNEWS - 22/01/2020


CYBERJAYA-Pengasas Pusat Beli Belah Islam pertama di Malaysia, Mohd Fadzil Hashim melahirkan rasa setinggi-tinggi kesyukuran atas kehadiran hampir 2000 golongan agamawan termasuk beberapa tokoh ulamak nusantara, guru tahfiz, pelajar tahfiz dan pemimpin-pemimpin NGO Islam ke Malakat Mall bagi menjayakan program Munajat Perdana dan Solat Hajat Kebangkitan Ekonomi Islam di Malakat Mall di sini hari ini.
Mohd Fadzil berkata, kehadiran kesemua jemputan tersebut sebagai satu sejarah baharu di negara ini apabila zikir, munajat dan doa-doa dipanjatkan kepada ALLAH SWT di pusat beli belah itu.
“Ia bukan sesuatu yang kita pernah lihat sebelum ni. Ribuan anak tahfiz sekolah pondok, guru sekolah pondok dan para ulamak nusantara, melafazkan zikir dan munajat untuk kejayaan usaha kita,” katanya.
 Pendekar Ekonomi Islam itu berkata, setelah segala usaha dilakukan dan akan terus dilakukan, doa kepada ALLAH adalah sesuatu yang mesti menjadi keutamaan.
“Setelah kita berusaha, kita  masih sedang berusaha dan akan teruskan usaha untuk kejayaan. Tapi doa dan keyakinan kepada ALLAH SWT yang kita panjatkan dan munajatkan hari ini Insya-ALLAH akan diperkenankan ALLAH SWT.
Kita akan pastikan Malakat Mall menjadi mercu tanda kebangkitan umat Islam,” katanya.
Majlis istimewa itu bermula jam 5 petang dengan tazkirah diikuti dengan solat Maghrib berjemaah sebelum disambung dengan ucapan perasmian oleh Mohd Fadzil dan diteruskan dengan sesi tazkirah.
Manakala sesi zikir munajat, solat hajat  dipimpin oleh tokoh ulama terkenal Indonesia iaitu Habib Agil Yahya, Kiyai Pasentren Wali Songo; Maulana Wan Tahir Al-Mazahiri dan Kiai KH Dr Zainul Ariffin P.
Hadir sama Presiden PPIM, Datuk Nadzim Johan ; Presiden Pembela, Aminuddin Yahaya; mantan Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, pejuang BMF Cikgu Izzat, mudir-mudir dan wakil-wakil NGO dari seluruh Malaysia.~MBNews
Artikel oleh: MelayuBangkitNews
2000 BERMUNAJAT DI MALAKAT MALL

Monday, January 20, 2020

5675) CABARAN UMAT ISLAM GERAKAN KEMPEN BMF - MELAYUBANGKITNEWS - 18/01/2020

CYBERJAYA – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengakui kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) bukanlah terlalu sukar tetapi perlu sedikit pengorbanan.

Menurutnya, beliau mengajak semua pengguna mengambil kesempatan dengan pelbagai perkara yang terdapat di hadapan mata.
Nadzim
“Maksudnya ajak ramai kawan kita sokong produk Muslim. Bila ALLAH bantu kita, kita doalah, letak semangat juang kita.

“Kita nak bela kebenaran, kita perlu beranilah,  bangkitkan maruah kita,  bawa  sesi hari ini sebagai pencentus ekonomi Muslim yang boleh membawa perubahan cukup besar dalam diri,” katanya dalam Program Bual Bicara:  Gerakan Kuasa
Pengguna sempena Konvensyen Kewangan Keusahawan Islam di Brainy Bunch, Cyberjaya hari ini.


Mengulas mengenai jihad ekonomi, Nadzim atau dikenali sebagai Toqqi berkata, “Jihad itu sangat penting namun berapa ramai yang melakukannya.”

Katanya, umat Islam hari ini tidak cukup berani sebab itu perjuangan masih tidak konsisten.

“Semua perkara nak lakukan berlandaskan Islam tetapi sejujurnya kita buat ke tidak.

“Jihad dan dakwah perlu selari. Hendak berniaga, berniagalah. Lagi satu dakwah. Berapa ramai bantu cerita mengenai Islam kepada orang lain,” katanya.

Toqqi menegaskan jika masih hendak biarkan keselesaan pada hari ini, apa akan terjadi kepada umat Islam yang lain.
Katanya, kebanyakan dari kita beritahu sanggup berkorban. Namun tidak semua kita buat.

Beliau menyarankan semua umat Islam perbetulkan diri untuk menyelamatkan ekonomi usahawan Muslim.

Tambahnya, ini kerana cabaran umat Islam hari ini sangat kuat.

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

CABARAN UMAT ISLAM GERAKAN KEMPEN BMF


https://melayubangkitnews.com/cabaran-umat-islam-gerakan-kempen-bmf/

Wednesday, January 15, 2020

5663) KOPPIM ATUR LANGKAH CAPAI 1 JUTA AHLI - MELAYUBANGKITNEWS - 15/01/2020


CYBERJAYA – KoPPIM terus mengatur langkah strategik memeterai MOU dengan agensi pelancongan Islamik, Kembara Sufi Travel & Tours Sdn Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Fadzil Hashim berkata, kolaborasi tersebut adalah sebagai satu usaha drastik KoPPIM dalam mempercepatkan proses mencapai sasaran satu juta ahli dalam tempoh enam bulan yang telah ditetapkan.

“Kembara Sufi adalah sebuah syarikat pelancongan yang sangat berjaya.

“Kami difahamkan pendapatan tahunan 2019 mereka sudah mencecah RM50 juta,” katanya pada sidang media majlis Pra Perasmian Malakat Mall.

Menurutnya, perjanjian yang telah dipersetujui bersama itu dilihat sebagai satu kolaborasi strategik kerana kedua-dua pihak mampu menikmati manfaat dan kelebihan-kelebihan bersama.

“Semua ahli KoPPIM akan mendapat potongan harga istimewa bagi pakej-pakej pelancongan yang ditawarkan Kembara Sufi.

“Pada masa sama, pelanggan sedia ada mereka juga secara automatiknya layak menerima promosi yang ditawarkan oleh KoPPIM dan kalau boleh kita sasarkan semua pelanggannya menjadi ahli kita,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, satu gerakan rakyat yang besar amat diperlukan bagi mencapai sasaran satu juta ahli.

“Alhamdlullah, walaupun kita masih belum lancarkan sebarang kempen selepas ambil alih pengurusannya sejak dua bulan lalu, dari 30 ahli pada waktu itu, KoPPIM sekarang sudah memiliki 7,000 ahli.

“Sudah tentu kita akan usahakan sebaik mungkin untuk menjadikan hasrat satu juta ahli dapat dicapai sepenuhnya,” katanya. – MBN

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

KOPPIM ATUR LANGKAH CAPAI 1 JUTA AHLI


https://melayubangkitnews.com/koppim-atur-langkah-capai-1-juta-ahli/

5662) MALAKAT MALL CETUS KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM - MELAYUBANGKITNEWS - 14/01/2020


CYBERJAYA – “Pusat beli belah Malakat Mall adalah Pencetus Kebangkitan Ekonomi Islam,” kata Pengasas pusat beli belah Muslim pertama di Malaysia, Mohd Fadzil Hashim.

Mohd Fadzil berkata Malakat Mall diwujudkan bertujuan untuk memperbetulkan ketidak seimbangan ekosistem ekonomi yang sedang berlaku di negara ini khususnya dalam bidang jualan dan peruncitan.

Menurutnya, dalam tempoh 62 tahun negara mencapai kemerdekaan, nilai pasaran peruncitan di negara ini mencatatkan sejumlah RM110 bilion. Namun kaum Muslim hanya memperoleh lapan peratus daripada manfaatnya.

“Dalam tempoh 62 tahun kita merdeka dalam bidang jualan dan peruncitan, nilai pasaran pada 2019 mencatatkan jualan sebanyak RM110 bilion.

60 peratus hasil dinikmati oleh syarikat asing dan hanya lapan peratus sahaja golongan Muslim mendapat manfaatnya, sedangkan masyarakat Muslim Malaysia merupakan majoriti yang menyumbang kepada hasil tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Pra-Pelancaran Malakat Mall di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara tersebut berlaku kerana kebanyakannya pasar raya dan pusat beli belah tidak dimiliki kaum Melayu Muslim, sebaliknya dimiliki bangsa asing.

“Hal ini kerana kebanyakan Melayu Muslim mencari perniagaan dalam sektor kerajaan, GLC dan sebagainya sedangkan bidang peruncitan dipelopori bangsa asing.

Kini apabila kita sedar dan cuba untuk masuk ke pasaran runcit, kita tidak mampu masuk kerana kebanyakan pusat beli belah bukan dimiliki kita,”katanya.

Sehubungan itu Mohd Fadzil berkata Malakat Mall adalah satu inisiatif berstruktur dan berstrategi untuk mengembalikan kekuatan dalam ekonomi.

“Kita ingin memiliki market place tersendiri. Apabila kita mampu dirikan satu market place baru kita mampu bina rantaian pembekalan,” tegasnya.

Malakat Mall akan memulakan operasi sepenuhnya pada Mac depan.

Hadir sama pada Majlis tersebut Pengerusi Eksekutif Setia Haruman, Ahmad Khalif Tan Sri Mustapha Kamal, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Nadzim Johan dan Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Aminuddin Yahaya. ~MBNews

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

MALAKAT MALL CETUS KEBANGKITAN EKONOMI ISLAM
https://melayubangkitnews.com/malakat-mall-pencetus-kebangkitan-ekonomi-islam/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL