MENGENAI PPIM



PENGENALAN

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah ditubuhkan pada Jun 1997 dengan inisiatif sekumpulan ahli profesional yang terdiri daripada doktor, pensyarah universiti, para ilmuan agama dan individu-individu yang prihatin tentang permasalahan kepenggunaan dalam Islam.   

VISI UTAMA PENUBUHAN

Penubuhan ini adalah bertujuan untuk menjaga dan membela hak dan mengembalikan maruah para pengguna Islam, melalui perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang proaktif dan berstrategi.

Melalui penyebaran maklumat dan pendidikan yang terancang, adalah diharapkan setiap pengguna Islam benar-benar sedar dan bersama-sama menyumbang untuk mengembalikan maruah umat Islam yang kian tercemar dan terabai.

PPIM berusaha dengan gigih untuk menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya sebagai ikhtiar untuk menjana ke arah perubahan yang positif  di dalam kehidupan ummah.

OBJEKTIF PENUBUHAN

  1. Memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab diri sendiri terhadap memperjuangkan hak kepenggunaan Islam;
  2. Memberi kesedaran kepada pihak pembekal akan tanggungjawab mereka tentang tuntutan Islam dalam kepenggunaan;
  3. Menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi umat Islam khasnya dan ekonomi Malaysia amnya;
  4. Mencari penyelesaian kepada permasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti terancang dan proaktif;
  5. Menjadi sebuah organisasi yang berpengaruh dan menyertai arus pembangunan negara dengan cara positif.


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL