Friday, March 30, 2018

4430) MAJLIS SILATURRAHIM PPIM & YPNM BERSAMA MEDIA DAN RAKAN STRATEGIK – 30/3/18

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada pihak media dan rakan strategik yang sentiasa memberi kerjasama dalam perjuangan dan pembangunan PPIM dan YPNM, kami telah menjemput wakil media dan rakan strategik bagi sama-sama menjayakan ‘Majlis Silaturrahim PPIM & YPNM Bersama Media dan Rakan Strategik’ yang sedang berlangsung di Restoran Anis Puteri, Pantai Dalam.
Anggaran 500 jemputan hadir dari pelbagai platform media cetak dan media digital bagi majlis yang julung-julung kali diadakan oleh PPIM & YPNM.












































Thursday, March 29, 2018

4429) MESYUARAT PANEL PERUNDING TENAGA 2018 – MARRIOT PUTRAJAYA – 29/3/18

Telah berlangsungnya Mesyuarat Panel Perunding Tenaga 2018 di Marriot Putrajaya yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM, Toqqi dan tetamu kehormat lain.






4428) TINDAKAN AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI TERHADAP AHLONG – UTUSAN MALAYSIA – 29/3/18


KUALA LUMPUR 28 Mac – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyarankan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan tindakan undang-undang mengikut Akta Perlindungan Peri­badi 2010 terhadap ah long yang berani menyebar maklumat peribadi peminjam wang di laman sosial.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, perbuatan menyebarkan kad pengenalan kepada umum itu jelas me­nyalahgunakan maklumat peribadi mangsa dan ia harus dikekang melalui tindakan mahkamah, membatalkan lesen serta membuat sekatan terhadap laman Facebooknya.
 “PPIM pertama kali mendengar kes seumpama itu berlaku di laman sosial dan mungkin itu adalah trend terbaharu kumpulan itu untuk menakut-nakutkan peminjam yang liat membayar hutang. Tidak wajar ah long tersebut membuat serangan seumpama itu kerana ia turut memberikan aib kepada mangsa.
“Saya harap pihak berkuasa dapat memantau serta mengenakan tindakan segera terhadap premis-premis pinjaman wang tidak berlesen ini agar perkara seumpama itu tidak akan berulang pada masa akan datang,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam di Kuantan, seorang lelaki berusia 57 tahun bukan sahaja terpaksa menanggung malu selepas kad pengenalannya ditularkan ke laman Facebook, malah diugut ah long selepas didakwa gagal membayar hutang.
Dalam pada itu, pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim menegaskan, ah long akan melakukan apa sahaja termasuklah menyebarkan maklumat peribadi serta gambar mangsa melalui laman sosial seperti Facebook, Twitter serta Whatsapp demi menuntut wang yang dipinjamkan.
Menurutnya, mereka mungkin khuatir peminjam melesapkan wang berkenaan lebih-lebih lagi syarikat ah long tersebut tidak berlesen dan tiada sebarang perjanjian spesifik (hitam putih) dibuat antara kedua-dua belah pihak bagi proses pinjaman tersebut.
“Saya menggesa pihak berkuasa termasuk polis serta SKMM mengambil langkah drastik dengan mengesan dan membersihkan semua kegiatan ah long ter­babit di seluruh negara sebelum perkara lebih buruk berlaku pada masa akan datang,” tambahnya.

Artikel Oleh : Utusan Malaysia
TINDAKAN AKTA PERLINDUNGAN PERIBADI TERHADAP AHLONG

4427) TERTIPU TAWARAN PENIAGA INSTAGRAM – BERITA HARIAN – 29/3/18


KUALA LUMPUR: Seorang individu bergelar Datuk, antara ratusan mangsa penipuan satu akaun Instagram, yang menawarkan telefon pintar berjenama pada harga yang amat rendah.

Peniaga berusia 48 tahun itu mendakwa, sehingga ke hari ini, sudah ramai mangsa yang tampil membuat laporan polis berhubung penipuan itu, namun pemiliknya terus menjalankan perniagaannya.
 “Saya berurusan dengan mereka untuk membeli sebuah telefon pintar. Saya dimaklumkan perlu membayar harga telefon berkenaan untuk proses tempahan awal (pre-order).
“Apabila tiba masanya, peniaga berkenaan tidak memberikan telefon yang sudah dipesan dan dibayar. Saya cuba mendapatkan semula wang saya dan kemudian saya dapat tahu, sebelum saya, ramai lagi yang sudah ditipu, ada antara mereka juga membuat laporan polis.
“Selain itu, peniaga ini juga berani meletakkan syarat jika pembeli membatalkan pesanan, pembeli akan dikompaun sebanyak RM200,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini, hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Sekretariat Pendidikan dan Latihan PPIM, Juliana Sawarin, berkata berdasarkan siasatan PPIM, pemilik akaun berkenaan masih meneruskan perniagaannya walaupun laporan polis dibuat terhadap mereka.
“Mereka masih beroperasi seperti biasa dan dipercayai, jika ada pelanggan yang bertanyakan mengenai status telefon yang masih belum diterima, komen itu akan dipadamkan daripada ruangan komen.
“Kita dapat kesan pemilik akaun kini masih mengambil tempahan, tapi apa yang dilakukan adalah wang yang diterima daripada pelanggan baru digunakan untuk membayar pelanggan lama.
“Setakat ini, berdasarkan aduan yang kita terima, jumlah kerugian sudah mencecah puluhan ribu ringgit dengan jumlah kerugian setiap seorang mangsa lebih kurang RM1,500,” katanya.

Artikel Oleh : Berita Harian
TERTIPU TAWARAN PENIAGA INSTAGRAM

Wednesday, March 28, 2018

4426) SAYA PUN POLIS SAYA TAHU APA UNDANG-UNDANG – SIDANG MEDIA – 28/3/18


Kuala Lumpur, 28 Mac 2018 – Pengakuan oleh seorang wanita berikutan tuduhan bahawa terdapat lebih dari sepuluh laporan polis telah dibuat berikutan penipuan pembelian atas talian yang baru sahaja berlaku. Aduan diterima dari salah seorang mangsa pengguna yang telah ditipu, dari kenyataan yang dibuat:- pembelian sebuah telefon pintar berjenama Iphone 7 Plus, transaksi pembayaran penuh dibuat setelah bersetuju kedua belah pihak tetapi jangankan handphone, bayang handphone pun tak nampak.

Bila dituntut untuk pulangan wang, berbagai alasan diberikan oleh si penjual yang licik ini tetapi atas desakan dan disertakan bersama laporan polis, salah seorang pengadu telah berjaya mendapat pulangan wang dalam tempoh yang singkat.

Malangnya penipuan ini berlanjutan dengan ramai lagi mangsa yang terlibat dan penjualan Handphone ini masih diteruskan dan masih aktif seperti tidak ada apa-apa berlaku.
Penipuan seperti ini bukanlah isu hangat tetapi disebabkan sikap tidak ambil peduli dan sesetengah pihak memandang mudah, semakin ramai rakyat Malaysia yang ditipu hidup-hidup berkait rapat berkenaan pembelian atas talian.



Sebagai pengguna yang bijak, seharusnya sebelum melakukan sebarang pembelian secara atas talian kita seharusnya mengambil kira faktor risiko dan kepercayaan.
Kajian mendapati pengguna terpengaruh untuk melakukan pembelian secara atas talian kerana kekerapan mereka terdedah kepada iklan sewaktu menggunakan internet.  Ianya menjadi semakin popular kerana ia adalah cara yang paling mudah bagi orang ramai kerana mereka tidak perlu membeli barang yang diidamkan secara terburu-buru.
  
Banyak kes penipuan pembelian atas talian yang dapat kita lihat pada masa kini, tetapi masih ada segelintir pengguna yang berani membeli barangan seperti telefon pintar yang mahal.  Apabila terjadi kes penipuan susah untuk kita tunding jari kepada mana-mana pihak, hal ini terjadi kerana kurangnya pengetahuan dalam diri kita sendiri. 

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...