Monday, March 30, 2020

5827) DATO' NADZIM NASIHAT ORG RAMAI JGN KHUATIR, C-CURE TUNNEL COVID19... - UTV MEDIA - 30/03/2020

Malakat Mall yang pertama menyediakan C-CURE tunnel untuk pelanggannya dalam membantu mengurangkan wabak Covid-19, jadi datanglah membeli belah dalam keadaan yang tenang selain membeli dalam talian.

5826) BULETIN AWANI | COVID-19: NANO SPRAY KUMAN - ASTRO AWANI - 30/03/2020

5825) NASIHAT DARI DATUK NADZIM ( PPIM) - SWA TV - 30/03/2020


5824) PPIM, MALAKAT MALL, APM BANTU PERKENALKAN INOVASI CEGAH PENULARAN COVID-19 - MALAKAT TRIBUNE - 30/03/2020

RAUDHAH CITY -Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab memaklumkan akan memanjangkan dua teknologi terkini yang membantu mencegah penularan Covid-19 kepada beberapa kementerian terlibat.
Menurutnya, beliau memuji inisiatif pertubuhan bukan kerajaan membantu kerajaan mencipta idea baharu dipanggil Virus Buster Nanospray untuk digunakan sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19.
“Pada masa sama pihak kami akan membantu mereka memanjangkan maklumat kaedah dan penggunaan bahan-bahan yang digunakan kepada kementerian untuk dinilai,” katanya
dalam Majlis Penghebahan Langkah-Langkah Keselamatan mengikut prosedur di Malakat Mall hari ini.
Mengulas lanjut mengenai mengenai langkah-langkah pencegahan menggunakan dron pula, beliau berkata, buat masa ini pihaknya dalam proses untuk pengisian memaklumkan bagaimana dron dapat membantu kerja-kerja dengan lebih cepat dan mudah.
Ketua Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Datuk Roslan Wahab
Jelasnya, penggunaan dron juga bakal dibawa kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Jadi saya akan bawa satu lagi cadangan
kepada pihak berkenaan untuk membantu membendung penularan Covid-19,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan idea membangunkan Virus Buster Nanospray tercetus disebabkan keperluan masyarakat masa ini terhadap penularan Covid-19.
Menurutnya, perkara itu dianggap satu cabaran  kepada setiap individu bila mana pulang ke rumah bimbang membawa pulang virus.
“Jadi kita bina satu kelengkapan khas yang boleh menyaring satu badan daripada sebarang pencemaran.
“Kita jumpa teknologi ini dan dipraktikkan di Malakat Mall iaitu satu-satunya pusat beli di Malaysia selain turut digunakan di China dan Indonesia,” katanya.
Lebih mesra dengan panggilan Toqqi, beliau berharap sistem ini dapat digunakan di semua premis utama termasuk pusat beli belah, sekolah, pusat tahfiz malah pejabat kerajaan juga.
“Pada masa sama pihak terlibat sentiasa berusaha membantu kerajaan mencipta kelengkapan yang lebih berinovasi supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pihak.
“Dengan meminimumkan kos projek ini diharapkan dapat diperluaskan bukan hanya sepanjang penularan Covid-19 tetapi pada bila-bila masa sahaja sebagai langkah pencegahan,” katanya.
Artikel oleh: Malakat Tribune
PPIM, MALAKAT MALL, APM BANTU PERKENALKAN INOVASI CEGAH PENULARAN COVID-19

5823) TVPPIM | COVID ZULL DESIGN CIPTA C-CURE TUNNEL - TVPPIM - 29/03/2020

5822) MANFAAT TEMPOH PKP KUKUHKAN HUBUNGAN KELUARGA: MAAMOR - SINAR HARIAN - 29/03/2020


SHAH ALAM - Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu banyak memberikan kenangan indah kepada Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman sekeluarga.
Beliau berkata, disebabkan tidak boleh ke mana-mana sepanjang tempoh tersebut, mereka sekeluarga dapat merasai nikmat kebersamaan.
"Rutinnya sama seperti hari-hari biasa tetapi disebabkan pergerakan terbatas, jadi kami rancang pelbagai aktiviti seperti bersolat berjemaah, memasak bersama, bersenam dan membuat kuih.

Membuat karipap bersama antara aktiviti bermanfaat keluarga ini sepanjang tempoh PKP.

Membuat karipap bersama antara aktiviti bermanfaat keluarga ini sepanjang tempoh PKP.
"Sebenarnya tidak perlu untuk rasa tertekan hanya kerana perlu berada di rumah sepanjang hari.
"Buatlah aktiviti bermanfaat bersama keluarga dan anda akan berasa sangat seronok," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

Bersenam bersama keluarga untuk dapatkan badan sihat.

Bersenam bersama keluarga untuk dapatkan badan sihat.
Maamor berkata, apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan berakhir, pasti ramai yang akan merindui saat-saat bersama keluarga.
"Saya yakin kita akan terkenang momen indah ini kerana semua aktiviti dilakukan bersama di rumah untuk satu tempoh yang agak panjang," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian
MANFAAT TEMPOH PKP KUKUHKAN HUBUNGAN KELUARGA: MAAMOR

5821) KEMUDAHAN VIRUS BUSTER NANO SPRAY DI MALAKAT MALL - MALAKAT TRIBUNE - 29/03/2020

RAUDHAH CITY – Malakat Mall bakal menjadi pusat beli belah pertama menyediakan perkhidmatan Virus Buster Nano Spray di pintu masuk utama bermula petang ini.
Pengasasnya, Mohd. Fadzil Hashim berkata, teknologi itu merupakan inovasi ciptaan Zull Design yang dibawa oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Datuk Nadzim Johan ke Malakat Mall.
Menurutnya, sebuah mesin berteknologi tinggi diletakkan di pintu masuk sebagai langkah pencegahan mengawal penularan virus dalam kalangan pelanggan yang memasuki premis itu.
“Ini merupakan projek pertama di sini dan boleh dipindahkan ke lokasi lain. Pada masa sama sistem ini juga telah dipraktikkan di China.
“Usaha kita adalah mahu memastikan pelanggan yang masuk ke premis kita dilindungi,” katanya.
Mohd. Fadzil berkata, penggunaan Virus Buster Nano Spray bergerak ini akan diedarkan melalui koperasi.
Jelasnya, pencipta produk inovasi itu seorang yang kreatif kerana menghasilkan pelbagai teknologi terkini.
“Insya-Allah kita diberi peluang untuk menjadi perintis pertama dan berharap pelanggan Malakat Mall terutama Raudhah Grocer sentiasa rasa selamat ketika membeli barangan harian sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Bagaimanapun penggunaan produk inovasi itu akan diuji secara rasmi pada petang ini sebagai langkah pencegahan awal sebrlum memasuki pusat beli belah kami,” katanya.
Beliau turut memberitahu, Malakat Delivery yang sebelum ini berdepan dengan sekatan jalan raya masih meneruskan penghantaran barangan.
Katanya lagi, buat masa ini pihaknya terpaksa mengecilkan kawasan penghantaran namun pesanan yang dibuat sebelum ini masih tetap dihantar.
“Kami harap pelanggan bersabar dan memahami walaupun kami dibenarkan bergerak melakukan penghantaran namun terpaksa berdepan dengan sekatan jalan raya yang terpaksa mengambil masa,” katanya.
Artikel oleh: Malakat Tribune
KEMUDAHAN VIRUS BUSTER NANO SPRAY DI MALAKAT MALL 

5820) USTAZ EBIT BELI BARANG SATU LORI DI MALAKAT MALL - MALAKAT TRIBUNE - 29/03/2020


CYBERJAYA – Biarpun dikecam segelintir pihak yang tidak senang duduk melihat usaha ustaz Ebit Lew menyumbang barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan, ia tidak sedikit pun mematahkan semangat pendakwah terkenal itu terus melakukan kerja kebajikan.

Menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook miliknya, ustaz Ebit bersama beberapa anak muda yang membantunya telah memborong barangan keperluan harian tersebut dengan lori 10 tan.

Beliau berkata, barangan tersebut diperoleh dari pasar raya, Raudhah Grocer di Malakat Mall dan ST Rosyam Mart.

“Tadi saya membeli dekat Malakat Mall, Cyberjaya dan juga di St Rosyam Mart. Kagum pada mereka peniaga Islam yang hebat. Terima kasih atas layanan baik Datuk Rosyam Noor dan Datuk Nadzim Johan (Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia) dan Tuan Fadzil (Pengasas Malakat Mall).

Semalam, tular dalam media sosial mengenai beberapa pihak terutamanya golongan agamawan yang turut mengkritik kerja kebajikan yang dilakukan ustaz Ebit kerana kononnya tidak ikhlas apabila setiap barangan sumbangan diberikan dirakam dan disiarkan dalam laman sosial miliknya.



Walaupun PKP dan Covid-19 melanda negara kerja kebajikan dibuat ustaz Ebit tetap diteruskan
“Paling penting ramai staf tolong angkat. Saya tiada staf. Ada beberapa anak muda membantu. Saya borong dengan lori 10 tan, penuh lori,” katanya.

Namun begitu, ustaz Ebit yang terkenal dalam usaha dakwahnya dengan mendekati semua golongan dan lapisan masyarakat tidak berkecil hati dan meminta maaf jika ada pihak yang kurang senang dengan kerja amal dibuatnya.

Dalam pada itu, ustaz Ebit berkata, bagi memudahkan proses penghantaran barangan tersebut kepada golongan memerlukan, perkhidmatan Grab dan penghantar barangan akan digunakan.



Bungkusan makanan yang dibeli di Raudhah Grocer, Malakat Mall
Sementara itu, dalam rakaman yang disiarkan oleh akaun Facebook Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim mengucapkan terima kasih kepada ustaz Ebit yang turut sama membantu menyediakan barangan keperluan kepada golongan memerlukan.

Mohd.Fadzil berkata, sejak kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pihak Malakat Mall menerusi Yayasan Brainy Bunch telah melancarkan Program Zero Hunger untuk membantu keluarga B40.

“Tadi saya dapat panggilan daripada Datuk Nadzim yang ustaz Ebit hendak beli barang satu lori, mungkin sudah rezeki ustaz sebab sebelum ini kita memang sudah buat program untuk keluarga B40.

“Jadi kita tiada masalah kerana kita ada ribuan barangan yang sudah siap dibungkus,” katanya.

Sementara itu, Fadzil berkata, beliau juga berterima kasih kepada ustaz Ebit yang sudi membantu untuk mengagihkan makanan kepada golongan B40 yang berada dalam senarai Program Zero Hunger.



Coach Fadzil berbual bersama ustaz Ebit
“Dekat kita ada lebih 30,000 senarai mereka yang memerlukan bantuan, dan tadi ustaz Ebit ada meminta senarai tersebut untuk beliau bantu di bahagian Kuala Lumpur.

“Jadi, saya minta semua doakan kamu supaya dapat melakukan kerja dakwah berserta dengan amal, dan bukannya hanya cakap sahaja suruh orang bersedekah tapi bila tiba masa sedekah kita culas,” katanya.-MT

Artikel oleh: Malakat Tribune

USTAZ EBIT BELI BARANG SATU LORI DI MALAKAT MALL

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/8234/

5819) PPIM LANCAR C-CURE TUNNEL VIRUSBUSTER PERTAMA - KAWAL COVID-19 DI MALAYSIA - PPIM - 29/03/2020

CYBERJAYA, 29 Mac- C-CURE TUNNEL (Virusbuster) telah di rasmikan oleh Toqqi@Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan di hadiri oleh Brigadier Jeneral Dato' Marzuki, Panglima Angkatan Tentera ATM serta Datuk Roslan Bin Wahab, Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam di Malakat Mall, Cyberjaya hari ini.

Demi meletakkan keselamatan dan kesihatan pekerja serta pengunjung sebagai keutamaan dalam mengawal wabak Covid-19 ini, melalui Critical Illness Support Group (CISG) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah mengambil inisiatif baru dengan menyediakan penyemburan C-CURE antiseptik pertama di Malaysia kepada pengunjung Malakat Mall.

C-CURE solution merupakan penyemburan antiseptik daripada teknologi Rusia yang nyata amat berkesan dan selamat digunakan meskipun terkena mata atau  tertelan. Hal ini kerana ianya tidak menggunakan bahan racun seperti Dettol, klorin atau alkohol yang boleh menganggu keselesaan pengguna.

Selain itu, proses saringan dari C-CURE TUNNEL (Virusbuster) dilakukan dengan amat cepat, mudah dan berkesan berbanding sistem pembasmi kuman yang lain. C-CURE TUNNEL (Virusbuster) ini bakal ditempatkan di setiap pintu masuk premis sebagai inisiatif dan usaha bagi mengurangkan penyebaran virus merbahaya itu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi@Nadzim Johan berkata penggunaan C-CURE TUNNEL dapat membantu pembasmian kuman secara menyeluruh kepada pengunjung dengan tujuan mengutamakan keselamatan dan keselesaan pengunjung semasa membeli belah.

5818) AKTIVITI | MAJLIS PENGHEBAHAN C-CURE TUNNEL VIRUS BUSTER - PPIM - 29/03/2020

Sekitar Majlis Penghebahan C-Cure Tunnel Virus Buster yang dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi.


5817) TVPPIM | MURAH JAMIN HALAL DI MALAKAT MALL - TVPPIM - 27/03/2020

5816) KUMPULAN SYED FOOD SUMBANG MAKANAN UNTUK ZERO HUNGER, MAPIM - MALAKAT TRIBUNE - 25/03/2020

RAUDHAH CITY – Inisiatif Syed Food Industry Sdn. Bhd., menyampaikan sumbangan kepada Program Zero Hunger yang diterajui Malakat Mall dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diharapkan menjadi contoh kepada semua dermawan di Malaysia membantu golongan memerlukan.

Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata,
sudah tiba masanya semua pihak memberi kerjasama membantu golongan B40 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Menurutnya, beliau memuji usaha Kumpulan Syed Food yang menyediakan makanan dipanggil keselamatan makanan di mana makanan yang siap di makan oleh sesebuah keluarga pada bila-bila masa.

“Memandangkan negara sedang berdepan dengan ujian kes Covid-19 dan berkemungkinan tempoh PKP bakal dilanjutkan menjadi keperluan untuk keluarga mempunyai makanan yang tersedia dihidangkan.

“Siapa yang berduit boleh beli, dan siapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi kita,” katanya.

Beliau yang dikenali dengan nama Toqqi berkata, makanan berpek yang disumbangkan oleh Kumpulan Syed Food itu diharap dapat menjadi keperluan simpanan harian setiap rumah terutama golongan yang berdepan dengan masalah mendapatkan makanan.

Dalam pada itu, Syed Food Industry telah menyumbang sebanyak 300 pek makanan sedia dimakan dan tahan lama berupa nasi briyani kepada Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) sebagai usahasama dalam pengedaran makanan kepada keluarga di bawah kumpulan B40 yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Menurut Pengerusi Syed Group, Datuk Syed Jamarulkhan Kadir,  beliau menyatakan kebimbangan tentang kelangsungan hidup keluarga yang berada dibawah B40 ekoran daripada penularan wabak itu.

Menurutnya, menjadi tanggungjawab pihaknya memberi bantuan kepada mereka terutama golongan yang berdepan dengan masalah pendapatan harian.

“Kami menyediakan makanan sedia dimakan, bila tiada makanan, makanan ini boleh di makan pada bila-bila sahaja di namakan ‘security for the family’.

“Kita ada enam hari lagi jadi kita beri ‘security food untuk mereka simpan sepanjang PKP, ” katanya.

Terdahulu, Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, mereka yang mempunyai kapasiti membantu golongan B40 kerana terkesan dengan PKP tetapi tidak tahu bagaimana untuk menyalurkan bantuan boleh menghubungi Zero Hunger @MalakatMall.

Katanya, cara paling mudah untuk menyumbang ialah melalui sumbangan ke www.SadaqahMarket.com

“Melalui cara ini, pasukan Zero Hunger kami akan menyalurkan bantuan berupa makanan asas kepada keluarga-keluarga B40 yang telah memohon secara dalam talian,” katanya. – MBNews

Artikel oleh: Malakat Tribune

KUMPULAN SYED FOOD SUMBANG MAKANAN UNTUK ZERO HUNGER, MAPIM 

5815) KISAH JUTAWAN! - INDAH KABAR DARI RUPA - TV.PPIM - 19/03/2020


Biar tidak mampu asalkan bukan menipu. Sudahlah menipu orang sekeliling di tambah lagi dengan menipu diri sendiri atas kebahagiaan alam maya yang dicanang semata. Satria (Panel Yang Dilantik PPIM Bagi Menguruskan Aduan Ceti Haram) telah menyelesaikan lebih 10,000 kes Ahlong sejak tahun 2007 yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama. Whatsapp:
013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 .
Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: http://ahlong.ppim.org.my/ . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. #BendaBolehSettle #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #AhlongMusuhNegara Video Adaptasi Dari Karya Keluaran Dhar Mann

Artikel oleh: TV.PPIM

KISAH JUTAWAN! - INDAH KABAR DARI RUPA


5814) "YOU SEBELUM MATI YOU PATUT ... KALAU TAK MACAM MANA YOU MAU CAKAP SAMA YOU PUNYA TUHAN?" - TV.PPIM - 19/03/2020


"You sebelum mati you patut ... kalau tak macam mana you mau cakap sama you punya Tuhan?" Pernahkah Anda terfikir apa yang Ahlong Fikirkan? (Disclaimer : Lakonan video ini adalah adaptasi dari perbualan sebenar bersama Ahlong) Mereka akan hadir di saat hujung bulan, di saat ramai yang dalam keterdesakan. Ada kisah Ahlong - Menunggu di lobby Hospital kerana mereka tahu di situ ramai mangsa yang terdesak dan memerlukan wang segera. Modus Operandi mereka mudah, senyum tatkala memberi pinjaman kemudian saat faedah dituntut tiada kata rundingan. SEBARKAN INFO INI! Jangan Tangguh! Satria (Panel Yang Dilantik PPIM Bagi Menguruskan Aduan Ceti Haram) telah menyelesaikan lebih 10,000 kes Ahlong sejak tahun 2007 yang melibatkan nilai jutaan ringgit. Kejayaan demi kejayaan dicapai sekaligus membantu ribuan mangsa Ahlong. Bantuan diberikan tidak mengira Bangsa mahupun Agama. Whatsapp:
013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618
Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: http://ahlong.ppim.org.my/ . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #AhlongMusuhNegara

Artikel oleh: TV.PPIM

"YOU SEBELUM MATI YOU PATUT ... KALAU TAK MACAM MANA YOU MAU CAKAP SAMA YOU PUNYA TUHAN?"


Saturday, March 28, 2020

5813) SEGERA BAWA PULANG PENUNTUT KITA DI BELGAUM - HARIAN METRO - 28/03/2020


“SAYA bimbang dengan keadaan bakal doktor kita di sana. Kebetulannya saya juga dihubungi ibu bapa penuntut lain yang gusar dengan keadaan anak mereka.
“Kita berharap kerajaan dapat membawa pulang mereka secepat mungkin kerana penuntut kita kini berdepan kemungkinan keadaan semakin memburuk,” kata Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Katanya, beliau dimaklumkan anak saudaranya, Aina Anis Camelia, 20-an, bersama lebih 350 penuntut sedang menuntut jurusan perubatan di Belgaum, Karnataka, India, kini terkandas dan berharap dapat pulang ke tanah air secepat mungkin.
Katanya, perkara itu sudahpun dirujuk kepada Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk perhatian kerajaan kerana ada juga ibu bapa yang membuat aduan kepada pihaknya hari ini.
“Menerusi makluman awal saya terima, laporan harian serta pemeriksaan di sana tidak dibuat secara menyeluruh seperti kita di sini.
“Kita bimbang jika mereka lambat dibawa pulang, ia akan memberi kesan kepada kesihatan penuntut ketika Covid-19 ini juga dikatakan sudah merebak ke seluruh India,” katanya kepada Harian Metro.
Nadzim berkata, berdasarkan perbincangannya bersama ibu bapa, lokasi penempatan semua penuntut berkenaan adalah jauh dari Konsulat Malaysia di Chennai, Mumbai dan Delhi menyebabkan mereka bimbang jika keadaan terus kritikal.
Katanya, selain itu PPIM juga berharap tindakan proaktif dapat diambil segera bagi mengelakkan perkara yang buruk berlaku kerana jumlah mereka yang ramai selain bidang pengajian mereka yang kritikal.


Artikel oleh: Harian Metro

SEGERA BAWA PULANG PENUNTUT KITA DI BELGAUM


5812) AKTIVITI | PENCARIAN KAEDAH BAGI PENGURANGAN ANCAMAN WABAK COVID-19 - PPIM - 28/03/2020

Alhamdullilah sejak mulanya penularan wabak COVID-19, Critical Illness Support Group (CISG), Movement of Justice, Peace & Humanity, PPIM, Malakat Mall, KoPPIM dan Brainy Bunch telah mula bekerjasama bagi mencari kaedah untuk menyumbang kepada pengurangan ancaman wabak ini dengan kaedah terbaik dan berkesan bagi membantu usaha khusus oleh pihak kerajaan.

Hasil daripada kerjasama ini, kaedah “Sanitization dan Screening serta Filteration” berjaya dicipta khas buat premis yang sering dilawati seperti hospital, stesen bas, keretapi, lapangan terbang, kolej, kompleks membeli-belah sehinggalah kawasan perumahan dan rumah persendirian, hotel serta pejabat mahupun masjid.

Melalui proses ini sesebuah premis akan melalui proses SANITIZATION daripada dalam sehingga keluar dan di pintu masuk premis tersebut akan ditempatkan C-CURE TUNNEL (Virus Buster) yang akan menyembur C-CURE antiseptik. C CURE solution ( teknologi Russia) ini adalah amat berkesan dan selamat walaupun terkena mata atau jika tertelan serta tidak menggunakan Dettol, klorin atau alkohol.

Proses saringan ini amat berkesan kerana mana-mana yang mungkin tercemar oleh sebarang kuman atau virus akan terkena semburan nano ini dan dapat dihapuskan.

.
Ikuti Siaran FB Live Perasmian C-CURE TUNNEL secara lansung pada
Ahad 29 Mac 2020
Jam 2.30PM
Bersama Ketua Aktivis PPIM - Toqqi

#PPIMCARE #PPIMPeduli #PPIMPerihatin


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...