Saturday, April 30, 2016

2711) PERBINCANGAN BERSAMA KREW BERNAMA TV YANG AKAN MENJAYAKAN PROGRAM TV PPIM IAITU “GERAKKAN KUASA PENGGUNA” – BERNAMA – 29/4/16


Perbincangan bersama pihak Bernama TV mengenai proram “Gerakkan Kuasa Pengguna” yang berlangsung sebanyak 13 siri sepanjang 13 minggu. Program ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada setiap pengguna Islam akan tanggungjawab bagi memperjuangkan hak pengguna Islam. Mencari penyelesaian kepada pemasalahan kepenggunaan Islam melalui aktiviti-aktiviti yang terancang dan proaktif.

e7ecc984-6665-4d88-94a8-76f0432fb7b2

e8739ce9-50f6-485a-a42d-d7fb72d2a60d

68d7c076-1d30-4211-9a74-42d0db159db2



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Friday, April 29, 2016

2710) "SCRATCH & WIN" FRAUD - 29/4/16


Penipu ini dikatakan macam Melayu,cakap pun macam Melayu, tapi sebenarnya dia orang Cina

Kami telah menerima Aduan penipu ini di lembah klang yang telah menipu ramai orang. Gambar ini diperolehi dari rakaman lingkaran tertutup, (Cctv).

Diminta orang yang mempunyai maklumat berkenaan penipu ini datang ke ppim untuk berkongsi maklumat atau membuat penafian.

Thursday, April 28, 2016

2709) PERJUMPAAN BERSAMA CEO DAN WAKIL GLOBAL IKHWAN – PPIM – 28/4/16


87f35be4-6f3e-4450-be38-3c7c058847ea
PPIM telah menerima kunjungan hormat daripada CEO, Ustz. Lokman dan wakil daripada Global Ikhwan. Disambut oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan dan diiringi saudara Yusuf Azmin dan Cikgu Izzat Johari.

Kunjungan hormat ini tidak lain bertujuan menjalinkan hubungan yang lebih erat diantara NGO yang memperjuangkan pengguna bersama sebuah syarikat Muslim yang mempunyai kehebatan tersendiri dalam bidang perniagaan dan kerohanian.


Pertemuan ini diserikan lagi dengan kehadiran Penasihat PPIM, Dato’ Seri Amir yang juga turut mempunyai hubungan baik dengan CEO Global Ikhwan.







Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2708) JANGAN MENGGUNAKAN TELEFON ANDA KETIKA SEDANG CAS – PPIM – 28/4/16

“IMPAK menggunakan telefon ketika sedang cas”



Pengguna-pengguna telefon bimbit dinasihatkan supaya tidak menggunakan telefon bimbit ketika sedang dicas kerana boleh mendatangkan bahaya dan maut kepada kita. Berwaspadalah sebelum terkena.

download (1)

download (2)

download

hqdefault



Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=YVjc-rXxA8E



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2707) KETUA AKTIVIS PPIM MENGHADIRI MAJLIS PENUTUP SENI TARUNG DERAJAT DI STADIUM TITIWANGSA – PPIM – 27/4/16


bdb72af5-da86-499c-b283-3796b3877479

05114d7b-a5da-4182-a420-461da794e830

68b59bb9-685f-47cd-8c79-6014fe0d0d51
Datuk Nadzim Johan menyampaikan hadiah kepada pemenang-pemenang seni Tarung Derajat di Stadium Titiwangsa

29f02486-57ed-4158-b05c-7e5cb214672d

a3870ff3-4b42-42ea-b710-45f33627ec86

baef22fd-6805-4ed6-b02c-be6693ab4b49

8b2e3c9b-19f6-42d5-a9ff-543a9dd2e817
Aktivis PPIM bersama pengasas Tarung Derajat




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Monday, April 25, 2016

2702) ANDA TANYA PPIM JAWAB – DATUK NADZIM JOHAN – 24/4/16






Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2701) TIPU JUAL TELEFON MASIH BERLELUASA – UTUSAN MALAYSIA – 23/4/16


image
KUALA LUMPUR 22 April – Masalah penipuan dalam penjualan telefon bimbit termasuk telefon pintar masih lagi berleluasa apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab menggunakan pelbagai strategi untuk memperdaya pengguna.

Belum reda lagi kes seorang pembeli ditipu oleh peniaga di Kompleks Kota Raya pada 14 Di­sember lalu apabila dikurung selama empat jam dan satu lagi kes pada 11 Julai lalu sehingga berlaku kekecohan akibat membantah penipuan penjualan telefon bimbit di Plaza Low Yat, kini berlaku lagi kes membabitkan telefon tiruan.

Mangsa, Muhammad Thaufiq Zulkifli, 23, memberitahu, dia mula tertarik dengan telefon pintar Apple jenis iPhone 6S apabila mendapati label yang tertera pada produk tersebut memaparkan harga RM350 di Kompleks Pertama kira-kira pukul 6 petang semalam.

“Saya hanya mahu mencari te­lefon pintar dengan bajet yang ada iaitu kira-kira RM350 di sini dan secara kebetulan ternampak produk itu di sebuah kedai. Saya pula difahamkan oleh peniaga itu bahawa telefon itu adalah barang terpakai dan sebab itulah harganya murah.

“Bagaimanapun, apabila saya pulang ke rumah dan tunjukkan kepada rakan, ternyata terdapat beberapa perkara yang meragukan terhadap telefon itu apabila ada fungsi-fungsi produk tersebut tidak sama dengan produk asal,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tambahnya, dia telah pun membuat laporan polis dan aduan kepada Kementerian Perdaga­ngan Dalam Negeri, Koperasi dan Ke­penggunaan serta pihak Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) selepas berasa tertipu dengan helah peniaga terbabit.

Hari ini, pihak PPIM yang dike­tuai oleh Pengarah Unit Tindakan Khasnya, Muhammad Yusuf Azmi menerjah ke kedai terbabit bagi mendapatkan penjelasan lanjut oleh peniaga berkenaan.

Sepanjang menjalankan rundingan, peniaga terbabit ibarat cuba menegakkan benang yang basah apabila mendakwa dia tidak menipu Muhammad Thaufiq kerana mengatakan bahawa pengguna sendiri perlu tahu bahawa itu adalah telefon tiruan kerana harganya terlalu murah.

Muhammad Yusuf bagaimanapun tidak boleh menerima alasan peniaga itu kerana tiada sebarang label telefon tiruan diletakkan pada produk tersebut dan perkara itu menyebabkan pengguna terkeliru, malah tidak dijelaskan kepada pembeli.

“Resit yang diberikan kepada pengguna pun amat meragukan kerana nama syarikat serta cap rasmi tidak disertakan, apatah lagi jumlah harga dikenakan. Jika pengguna mahu membawa kes ini kepada pihak berkuasa pun bakal menimbulkan masalah kerana tidak cukup bukti.

“Kita harap pihak berkuasa dapat melakukan pemantauan berterusan terhadap kes seumpama ini kerana sudah kerap kali berlaku dan kita pun tidak mahu kes seperti yang berlaku di Plaza Low Yat, Bukit Bintang terjadi lagi apabila pengguna mula mengambil tindakan sendiri,” jelasnya.


Sumber : http://ift.tt/21bEgzy




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2700) PROJEK KOMUNITI PPIM, YPNM DAN AMIM – PWTC – 22/4/16


59141a57-cef6-4662-967e-aa0d468b27a1
Kita perlu faham ibadah ini bukan sahaja solat dan membaca Al Quran semata-mata. Mungkin amalan kecil ini membantu kita ke syurga,siapa tau? Nak mengharapkan solat kita yang kekadang khusyuk kekadang tidak atau sedekah wang kita yang tidak seberapa itu ‘seakan’ masih belum cukup untuk bekalan ke akhirat. Kesimpulannya banyakkan memberi dan cari idea agar masa yang ada dapat dimanfaatkan sebaiknya.


70f7d651-91dd-4a8d-975c-42ee5e5aafab
Oleh itu marilah kita disiplinkan diri kita dari sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-sebesarnya agar kita menjadi contoh kepada bangsa lain.


70ff8226-34c2-4700-bfae-73a029366a17




Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

Saturday, April 23, 2016

2699) 60 PASANGAN PENGANTIN KENA TIPU – SINAR ONLINE – 23/4/16


image

KUALA LUMPUR – Sebuah syarikat perancang perkahwinan didakwa telah menipu pelanggannya dengan menawarkan pakej perkahwinan murah sebelum bertindak menghilangkan diri.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan turut mendakwa terdapat hampir 60 pasangan telah ditipu syarikat berkenaan sejak tahun lepas.

“Setakat ini, kami menerima 10 aduan dari mangsa syarikat itu dan kami yakin lebih ramai akan tampil membuat aduan.

“Pakej yang ditawarkan syarikat itu termasuklah dua set pakaian pengantin, pelamin, jurugambar, pintu gerbang, solekan dan ‘photo booth’… kesemuanya ini hanya dikenakan dengan serendah RM1,000 hingga RM3,000,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Nadzim berkata modus operandi yang digunakan syarikat itu adalah dengan menyertai ekspo perkahwinan yang besar untuk mencari mangsa yang ingin berkahwin.

“Melalui ekspo itu, mangsa dikehendaki membayar sebanyak RM200 sebagai wang pendahuluan dan diminta menyelesai kesemua baki bayaran dalam tempoh sebulan,” katanya sambil menambah syarikat itu turut menggunakan nama yang berbeza di setiap ekspo yang disertai bagi mengelak daripada dikesan mangsa sebelum ini.

Salah seorang mangsa, Siti Zulekha Ibrahim, 31, yang hadir pada sidang media itu mendakwa beliau beberapa kali telah cuba menghubungi wakil syarikat berkenaan, namum tidak berhasil.

“Perkara ini telah dirujuk kepada Pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia, namun tribunal memaklumkan tiada sebarang tindakan dapat diambil kerana syarikat berkenaan yang beralamat di Temerloh, Pahang dan Bangi, Selangor telah berpindah dan tidak dapat dikesan.

“Saya dan beberapa mangsa yang lain turut membuat beberapa laporan polis bagi mengelak syarikat ini terus menipu orang ramai,” katanya

Sumber : http://ift.tt/1SCxSB6



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2698) BONGKAR TELEFON KLON DI PERTAMA KOMPLEKS – PPIM – 23/4/16



20160422213719

20160422213727

20160422213722

20160422213722 (1)
mangsa telefon klon






Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2697) PPIM SERBU GERAI TELEFON BIMBIT – PERTAMA COMLEX – 23/4/16


KLON

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerbu sebuah gerai telefon bimbit di sebuah pusat membeli belah di bandar ini selepas didapati menipu pengguna berkaitan urusan jual beli gajet berkenaan.

Aktivis PPIM, Mohamad Yusof Azmi berkata, serbuan itu dilakukan selepas pihaknya menerima aduan daripada orang ramai berkaitan penjualan telefon bimbit klon yang dikatakan asli.

Beliau berkata, modus operandi pemilik gerai telefon itu adalah mempromosikan telefon bimbit asli kepada umum, namun menyerahkan kepada mangsa jenis klon apabila segala urusan pembayaran selesai.

“Malah, pada resit jual beli juga tidak mempunyai harga barangan terbabit dan cop syarikat juga tiada bertujuan mengelirukan mangsanya.

“PPIM menerima lebih 200 laporan sejak 2012 berkaitan penipuan telefon bimbit di pusat membeli belah itu dan tindakan yang diambil ini ada memastikan masalah itu tidak terus berlaku kepada orang ramai,” katanya, di sini, petang tadi.


sumber : http://ift.tt/1YKlsWk



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2696) SINDIKET TIPU PAKEJ KAHWIN MURAH – UTUSAN MALAYSIA – 23/4/16


utusan malaysia



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2695) “TELEFON KAU CAP AYAM” – HARIAN METRO – 23/4/16


20160423104820008_0001



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

2694) 15 PASANGAN BAKAL PENGANTIN TERPEDAYA DEPOSIT RM200 LEBUR – PPIM – 23/4/16


20160423104756146_0001





Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...