Wednesday, April 30, 2014

1876) 29/04/2014 TIADA HALANGAN UNTUK CERAMAH DATO SRI ANUAR IBRAHIM


29/04/2014 - Semalam di Pandan Indah, Telah berlangsungnya satu ceramah yang dikendali oleh Dato Sri Anuar Ibrahim. Seperti yang dapat dilihat disini, ceramah yang diadakan ini tiada sambutan yang hebat dari orang sekitar kawasan tu.

Ceramah yang diadakan di padang MPAJ ini telah menunjukkan bahawa kebebasan untuk berhimpun masih ada hanya perlu cara yang betul sahaja. Pihak berkuasa tidak menghalang perhimpunan yang dibuat oleh sesetengah pihak atas dasar kebebasan bersuara. Namun perhimpunan hendaklah mempunyai persetujuan dari pihak-pihak yang tertentu dahulu untuk melakukan perhimpunan ataupun ceramah.



Tuesday, April 29, 2014

1875) HARIAN METRO 26/04/2014 - SELESAI MASALAH LEBIH CEPAT


Headline: Selesai masalah lebih cepat
Publication: HM
Date of publication: Apr 26, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 052
Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Selesai masalah dalam tempoh singkat. Itu komitmen Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda UMNO menerusi portal For The Rakyat dalam usaha mengatasi masalah yang dihadapi rakyat secara atas talian.

Dengan adanya platform berkenaan, orang ramai kini tidak perlu lagi hadir ke kaunter biro berkenaan untuk menyalurkan apa juga aduan, selain setiap masalah akan diundi pelayar Internet lain bagi mendapatkan maklum balas segera agensi berkaitan.

Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO Sheikh Nafiq Alfirdaous berkata, sejak pra pelancarannya 3 Mac lalu, pengadu boleh menyatakan masalah, melihat status masalah serta maklum balas jabatan atau agensi kerajaan berkaitan dengan hanya melayari serta mendaftar sebagai pengguna portal terbabit.

"Semua aduan yang diterima terus dipanjangkan kepada agensi berkaitan dan setakat ini kita mendapat kerjasama baik daripada agensi kerajaan.

"Kita tidak ada tempoh untuk sesuatu aduan itu diselesaikan, bergantung kepada keadaan. Tetapi kita beri jaminan, ia akan dilakukan secepat mungkin," katanya ketika ditemui selepas pelancaran portal berkenaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Menara Dato Onn di sini, semalam.

Hadir sama Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Pada majlis itu, Najib yang juga Presiden UMNO diberikan penerangan mengenai gerak kerja portal berkenaan memproses aduan daripada orang ramai dan terus dihantar kepada agensi yang sesuai dengan masalah dirujuk biro.

Beliau juga sempat melihat bagaimana sesuatu aduan diundi dan diberikan komen pelayar Internet lain secara crowdsourcing yang berkemungkinan mempunyai pengalaman masalah sama.

Setakat semalam, 86 aduan berkaitan pelbagai masalah seperti kepenggunaan, bencana alam, ekonomi serta sara hidup serta kewangan pendidikan dan pelaburan.

Ia ditangani bersama antara Biro Aduan Komuniti, Yayasan Sukarelawan Siswa, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Pertubuhan Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) dan Yayasan Salam Malaysia.

1874) HARIAN METRO 28/04/2014 - KEKANG NAFSU




Headline: Kekang nafsu
Publication: HM
Date of publication: Apr 28, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 009

Kuala Lumpur: Pengguna terutama golongan remaja perlu mengambil kira semua aspek antara kehendak dan keperluan mengikut kemampuan diri memiliki barang idaman.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, keinginan mendapatkan sesuatu kebiasaannya dipengaruhi nafsu, rakan serta tawaran iklan di persekitaran dan laman sosial.

"Pengaruh seperti ini amat kita bimbangkan kerana ia membawa kesan cukup berat kepada masyarakat kita pada hari ini kerana mudah sangat dipengaruhi tanpa memikirkan akibatnya.

"Contohnya, remaja biasanya mahu gajet berharga ribuan ringgit selepas melihat rakan lain memilikinya, namun tidak mampu kerana keluarga susah.

"Justeru, tidak hairan jika segelintir mereka berfikiran cetek hingga sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memiliki gajet itu termasuk gadai kesucian diri," katanya ketika dihubungi semalam.

1873) PPIM 29/04/2014 - BANTAHAN TERHADAP PERHIMPUNAN 1 MEI 2014


29/04/2014 - Beberapa NGO telah membuat satu laporan berkenaan perhimpunan yang akan dilakukan pada 1 Mei 2014. Dengan adanya perhimpunan ini, ia mengundang banyak kerugian kepada perniaga dan juga mempamerkan imej buruk dimata dunia. Terdapat banyak lagi cara dan saluran yang boleh dilakukan untuk menyuarakan pendapat selain dari perhimpunan ini.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO lain membantah perhimpunan ini. 
Sebahagian beberapa NGO seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jalan Tar Retail Association (JTARA), Persatuan Pengguna Pahang, Malaysian Media Foundation (MMF), Batas Malaysia (Bersekutu) dan ramai lagi tidak bersetuju dengan perhimpunan ini.

En Mustafa yang mewakili PPIM mengatakan bahawa PPIM membantah perhimpunan 1 Mei ini yang diaturkan oleh  S.Arutchelvan, Jawatankuasa 1 Mei. Seperti yang sedia maklum, Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad berkata mereka tidak membenarkan perhimpunan ini dilakukan kerana perhimpunan ini tidak dibenarkan oleh pihak KLCC.

Presiden Kelab Wartawan Muda Malaysia, Dzulkarnain Taib mengatakan bahawa perhimpunan 1 mei ini adalah salah satu agenda politik semata-mata. Jika dilihat Negara-negara yang mengamalkan GST ini, tidak ada Negara yang bankrap atas penggunaan GST ini. Ini telah membuktikan bahawa perhimpunan 1 Mei ini adalah salah satu agenda politik semata-mata.

Selain itu Datuk Vk. Liew President Retail Association (JTarra) mengatakan bahawa dengan adanya perhimpunan ini, ia akan merugikan ribuan ringgit dan akan memburukkan imaj jalan tar ini. 

Kita sudah lihat apa yang terjadi pada perhimpunan Bersih yang telah diadakan dahulu. pada awalnya perhimpunan itu dilakukan secara aman dan lama kelamaan ia akan bertukar menjadi ganas. 




--------------------------------------------------------------------------------------------------










Monday, April 28, 2014

1872) 28/04/2014 MINGGUAN MALAYSIA - Tegas hadapi Comango



MINGGUAN: Boleh Ustaz terangkan latar belakang hak asasi manusia (HAM) dalam Islam, Comango, MuslimUPRo dan Centhra?
nasharuddin : Pertama sekali masyarakat perlu dididik untuk memahami isu yang sedang hangat menjadi perbualan sekarang. Isu ini adalah berkaitan dengan Comango. Masyarakat patut tahu apa itu Comango, apa tuntutan mereka dan apa ancaman kepada kita. Comango adalah ringkasan pendek kepada Coalation Malaysian NGO iaitu gabungan badan-badan bukan kerajaan (NGO) di Malaysia sebanyak 54 pertubuhan yang bergabung di bawah Comango, malangnya hanya 15 pertubuhan yang sah berdaftar dengan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), yang lain tidak. Mereka telah bawa satu laporan ke pihak HAM di Geneva dengan memberikan gambaran yang salah tentang keadaan HAM di Malaysia. Malah turut mempromosikan kepada negara-negara anggota Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang lain dengan memberikan tekanan melalui NGO antarabangsa kepada Malaysia untuk meratifikasi beberapa perjanjian antarabangsa dan cuba mengheret Malaysia untuk menerima norma-norma hak asasi manusia Barat yang sekiranya kita akur kepada tuntutan-tuntutan dan desakan tersebut ia boleh memberi kesan kepada Islam, kepada kedudukan istimewa orang Melayu seperti yang dijamin oleh Perlembagaan.
Malah mereka mampu memberi kesan kepada Perlembagaan itu sendiri sebab walaupun pihak Comango cuba menafikan bahawa dalam tuntutan-tuntutan mereka itu tidak ada perkara yang menyentuh agama Islam atau hal-hal luar tabii, tapi jelas (bertentangan) dalam laporan mereka dan semuanya terkandung dalam laporan berkenaan. Hasil daripada itu NGO-NGO Islam di Malaysia telah bergabung dan mengadakan beberapa siri pertemuan dan perbincangan.Kita merasakan bahawa kewajipan bagi NGO-NGO Islam untuk mengadakan tentangan terhadap usaha Comango ini supaya kita tidak terheret ke medan yang mereka mahukan. Alhamdulillah kita bergabung atas nama MuslimUPRo yang terdiri daripada pelbagai NGO Islam. Boleh saya sebut hampir seluruh NGO Islam besar terlibat seperti Pembela, Muafakat, Isma, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) beberapa persatuan penduduk, Yayasan Nassar dan sebagainya.
Alhamdulillah kita telah mengambil satu ketetapan untuk meneliti perkara tersebut dan melibatkan diri dalam proses Universal Periodic Review (UPR) dan membawa laporan itu ke Geneva beberapa kali dan Alhamdulillah sejak daripada Oktober 2013 hingga ke hari ini saya lihat rakyat sudah mula faham siapa itu Comango, apa tuntutan mereka, apa ancaman terhadap Islam dan sebagainya selain siapa sebenarnya MuslimUPRo.
Kini MuslimUPRo telah mengambil satu lagi langkah yang lebih berstruktur untuk kita tubuhkan sebuah pusat yang kita panggil Centhra. Pusat ini dijadikan center for human research and advocacy, sebuah institusi yang sudah kita mulakan proses pendaftarannya, sudah kenal pasti di mana pejabat yang bakal kita beroperasi dan sebagainya. Malah struktur pengurusan telah kita bentuk dan tugas Centra yang paling utama adalah proses UPR untuk pengisian apabila dilakukan semakan kali ketiga oleh PBB pada tahun 2018.
Apa yang bakal dilalui pada semakan kali ketiga pada 2018 itu nanti?
NASHARUDDIN: Kita menjangkakan pada tahun 2018 nanti pihak Comango akan lebih agresif dan sudah tentulah akan membawa banyak isu serta persepsi yang salah terhadap kedudukan HAM di Malaysia. Jadi Centhra berperanan untuk mewujudkan satu kumpulan tenaga pakar dalam bidang ini yang kita rasa NGO Islam masih ada kekurangan. Kita hendak wujudkan tenaga pakar ini dan dalam masa yang sama kita akan terus memberikan penerangan kepada isu HAM khasnya melalui perspektif Islam dalam kita menjamin kedaulatan Perlembagaan berkaitan agama Islam. Kita juga akan mengadakan siri advocacy melalui Centhra yang telah diluluskan dan kita menawarkan diri sebagai rakan strategik kepada pihak kerajaan kerana yang akan bertanggungjawab berhujah dan memberikan respons kepada desakan antarabangsa ialah pihak kerajaan.
Kita berterima kasih dan merakam tahniah mengenai pendirian kerajaan pada 20 Mac lepas di mana beberapa pandangan kita dan juga hal yang berkaitan dengan mempertahankan kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang mempertahankan mahkamah syariah dan menafikan tuntutan-tuntutan yang tidak munasabah serta diluar tabii daripada Comango dan juga NGO-NGO antarabangsa dan beberapa negara yang berucap contohnya memaksa Malaysia untuk mengiktiraf hak LGBT, telah dinafikan kerajaan. Ini bagi saya cukup hebat tetapi untuk tahun 2018 melalui proses semakan ketiga nanti Comango tidak akan berhenti dan mereka akan terus menyerang maka kita juga akan mengambil tindakan seperti yang saya sebut tadi. Centhra juga akan mengadakan hubungan dengan NGO lain dalam mengadakan kempen. Kita akan mengadakan penerangan, sesi rakan strategik dengan pihak kerajaan supaya kedaulatan Islam dan kedaulatan negara kita tidak diusik.
Bagaimana penglibatan orang Melayu dan Islam dalam menyatakan sokongan kepada Comango?
nasharuddin : Kita menyatakan sedikit kesesalan kepada beberapa nama-nama besar orang Melayu Islam yang tidak tahu dan tidak sedar bahawa usaha untuk merosakkan agama Islam sedang berlaku.Kita tak dapat menafikan malah ada antara Comango sendiri menamakan diri mereka sebagai organisasi Islam. Malah ada orang-orang tertentu yang memberi ruang kepada Comango untuk meneruskan pembohongan mereka, jadi tugas kita sekarang iaitu MuslimPRo dan Centhra adalah untuk meneruskan penerangan.Kita tahu isu ini masih belum sampai ke tahap sewajarnya kepada masyarakat. Isu ini walaupun besar tetapi ramai yang belum faham. Namun kita masih ada masa dan ruang.
Di sinilah kita mengharapkan peranan media untuk bersama-sama dengan kita.Kita menyatakan ucapan terima kasih kepada pihak Utusan yang bersama-sama kita menyokong perjuangan. Kita kalau boleh nak buat program yang datang mungkin hanya 100 orang sahaja tetapi yang tengok televisyen dan baca surat khabar jumlahnya jutaan. Jadi kita harap perkara ini akan dapat disampaikan terus kepada sasaran
Boleh Ustaz jelaskan peranan Centhra dalam menghadapi tahun 2018?
nasharuddin : Antara tugas utama Centra adalah mewujudkan rangkaian kita dengan NGO-NGO di luar negara. Kita akan mengadakan kajian lokasi dan sentiasa berhubung dengan rakan-rakan kita di Geneva dan peranan utama kita adalah memberi kesedaran kepada masyarakat dan dalam masa yang sama kita hendak menyediakan kumpulan pakar. Dalam sistem pengurusan Centhra ada Board of Trustee terdiri daripada lima orang. Saya telah diamanahkan oleh rakan-rakan untuk jadi Pengerusi Board of Trustee. Selepas Board of Trustee kita ada satu cabangan International Council of Expert (ICE).
Kita sudah berhubung dengan beberapa pakar undang-undang, pakar HAM sama ada profesional atau berlatar belakangkan Islam untuk kita dapatkan pandangan mereka dan insya-Allah satu persidangan yang melibatkan pakar-pakar ini akan diadakan pada bulan Mei depan.
Selepas ICE, kita ada Ketua Pegawai Eksekutif yang mana saudara Azril akan mengetuai Centhra dan di bawahnya ada tiga komponen. Pertama, ia berkaitan dengan pusat kajian dan kita amanahkan kepada seseorang daripada sebuah universiti.
Centhra ini seperti yang saya sebut akan menjadi pusat advocacy atau pusat menyediakan tenaga pakar. Kita sudah mula menerima permohonan daripada ramai pelajar universiti yang berminat untuk bersama kita. Kita akan kenal pasti mereka dan mereka akan dihantar ke Geneva untuk sesi latihan. Ini adalah perlu supaya mereka mendapat pendedahan secara lapangan di Geneva, tengok bagaimana fungsi, bagaimana operasi dan sebagainya. Sudah tentu mereka akan menjadi barisan pelapis. Walaupun kami baru bermula tetapi kami telah memikrkan tentang barisan pelapis.
Kita mahukan penglibatan Generasi Y secara aktif dan setakat ini komunikasi kita dengan masyarakat banyak respons yang kita dapat daripada Generasi Y. Kita mahu penglibatan mereka secara aktif sebab dalam masa empat tahun sehingga 2018, orang yang menubuhkan Centra semakin tua dan kita mahu pada 2018 Generasi Y yang pergi mewakili kita mempertahankan Perlembagaan, agama Islam dan memberi input yang positif kepada pihak kerajaan dalam proses semakan kali ketiga itu nanti.
Bagaimana peranan Centhra dalam mendidik kanak-kanak dan remaja mengenai HAM di Malaysia?
nasharuddin : Saya memang bersetuju pendidikan tentang fahaman HAM ini cukup penting dan harus diberikan tumpuan. Pendidikan terhadap masyarakat yang luas harus dijadikan satu agenda. Saya cadangkan di peringkat universiti semasa saya membentangkan kertas kerja di UKM minggu lepas, saya cadangkan supaya dimasukkan dalam satu subjek, diperbanyakkan kajian tentang pendidikan HAM.
Cara mana hendak dilaksanakan di peringkat sekolah satu kajian terperinci harus dibuat tapi apa pun pendidikan terhadap fahaman HAM ini telah menjadi satu tuntutan yang sepatutnya diberikan tindakbalas secepat mungkin di peringkat kerajaan. Di sini Centhra cuba memainkan peranan bagaimana caranya untuk kita membantu dalam proses pendidikan kefahaman dalam bidang HAM.
Kita tidak mahu berlaku kekeliruan kerana kita tolak HAM? Jika kita tidak menolak yang mana pula perlu kita pakai? Adakah kita tidak perlu layan UPR? Tidak boleh dan Malaysia perlu melayan perkara ini. Malaysia perlu melibatkan diri dalam proses UPR walaupun kita ikut prosesnya tetapi kita ada pendirian. Saya rasa Malaysia adalah contoh paling baik untuk kita buktikan kepada dunia Barat, kami berupaya untuk menunjukkan dalam konteks negara yang berbilang kaum.
Memandangkan Islam adalah Agama Persekutuan dan Islam adalah teras dalam HAM, tuntutan hak-hak yang bercanggah dengan perlembagaan agama tidak akan dilayan dalam masa yang sama ruang tuntutan untuk HAM yang lain sentiasa ada dan terbuka. Kita tidak menafikan. Sebagai contoh, Comango hendak perjuangkan hak berkaitan yang lebih munasabah, insya-Allah kita akan kaji. Kita bukan tentang semuanya.
Bersambung esok di dalam Utusan Malaysia.


Artikel Penuh: www.utusan.com.my
© Utusan Melayu (M) Bhd 

1871)KONWANIS 26/04/2014 - KONVENSYEN WANITA ISLAM 2014 (MULIAMU WANITA KERANA ISLAM)


Sabtu, 26/04/2014. Satu konvensyen berkenaan wanita Islam telah diadakan pada sabtu lepas bertempat di Dewan Tun Canselor, Multimedia Universiti Cyberjaya. Konvensyen ini diberi nama Konvensyen Wanita Islam atau KONWANIS anjuran ISMA, Wanita Isma, dan Persatuan Belia Islam Nasional .

Konvensyen ini bertemakan Muliamu Wanita Kerana Islam adalah untuk mengangkat martbat wanita sebagai pemimpin dan tokoh masyarakat di dalam pelbagai bidang, Memberi kesedaran mengenai kedudukan dan keistimewaan wanita dalam Islam, dan Menerapkan jati diri wanita berpaksikan syariat.
Konvensyen ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdullah Zaik Abd Rahman, Preseiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA). Penceramah_penceramah yang memberi penerangan adalah Cik Suzana Bt Ghazali, Dr Ezani Farhana Md Monoto, Dr Murizah Mohd Zain, Nur Heliza Helmi, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar, Ustazah Nik Norsaha Hj. Nik Mohammad dan Prod Madya Dr Shamrahayu A. Aziz.

Kesemua penceramah mempunyai pengalaman yang meluas dah yang Berjaya didalam hidup mereka. Terdapat banyak info dan tip-tip dan informasi yang diberikan oleh mereka bedasarkan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Topik yang dibicarakan oleh
-       Prof. Madya Dr Shamrahayu      
Undang-undang berkenaan wanita
-       Ustazah Nik Norsaha                  
 Hukum-hukum Allah
-       Prof. Madya Dr Rafidah              
       Bahagian perubatan dan sikap ibu bapa
-       Nur Heliza                                    
Matlamat hidup, Tip-tip untuk Berjaya didalam perniagaan dan hidup.
-       Dr. Murizah                                  
Memberi tips membahagi masa kepada pelajar, kerja dan rumah tangga
-       Dr. Ezani                                      
Tanggung jawab Isteri dalam rumah tangga dan kerjaya
-       Suzana                                         
-       Undang-undang pengagihan wasiat dan hak-hak seorang isteri, Hak-hak seorang isteri 



Anggaran seramai 3000 orang telah menghadiri seminar ini untuk menimpa ilmu yang sangat bernilai ini. Dengan kehadiran ini menunjukkan bahawa program ini disambut hebat oleh wanita-wanita islam Malaysia dan mereka sedar akan hak mereka mengikut hukum hakam islam










Friday, April 25, 2014

1870) 25/04/2014 Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi - apa itu GST dan Kesan Kepada Pengguna


25/04/2014 – Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Islam Malaysia dengan kerjasama Kolej Teknologi YPC-IT WEB telah mengadakan satu seminar yang diberi nama Seminar Penerangan Rasionalisasi Subsidi Apa Itu GST Dan Kesannya Kepada Pengguna. Seminar ini dirasmikan oleh Y  Bhg Dato Seri Syed Ali Alhabshee, Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengurusi Yayasan Pendidikan Cheras

Para hadirin yang hadir kesemuanya terdiri daripada ketua sektor pendidikan dan guru besar dari 4 daerah sekitar wilayah persekutuan. Hampir 345 guru yang hadir ke saminar ini. Penceramah terdiri dari Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Hasbollah Din, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan dan Puan Norlela Zainal, KPDNKK Putrajaya.

Turut hadir didalam seminar ini ialah Pengarah Pendidikan Wilayah Persekutuan, En Abdullah Md Yunus, Timbalan Pengarah Pendidikan Pudu Tn Hj Ismail Musa, CEO Kolej Teknologi YPC-IT WEB Datok Dr Noel Robert, dan Pengurusi Yayasan Wilayah Persekutuan Merangkap Pengurusi Yayasan Pendidikan Cheras, Dato Seri Syed Ali Alhabshee.

Datuk Nadzim Johan menyampaikan penerangan tentang kesedaran kesihatan. Penggunaan gula dan kesan gula pada manusia. Kesedaran ini penting kepada para guru-guru agar mereka dapat menjaga murid-murid disekolah mereka. Penyakit yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia adalah penyakit obesiti. Kesempatan ini juga telah diambil oleh salah seorang guru untuk menyoal Datuk Nadzim mengenai ayam. Datuk Nadzim memberi keterangan bahawa ayam pada zaman sekarang agak bahaya untuk dimakan kerana ayam-ayam ini telahpun disuntik dengan perlbagai jenis ubat yang membuat ayam ini menjadi besar dan gemok. Ini juga memberi impak kepada kesihatan manusia.

Tuan Hasbollah Din, Ketua Pengarah Kastam Jabatan Kastam Wilayah Persekutuan memberi penerangan tentang Apa itu GST kepada para hadirin. Ceramah ini untuk menyedarkan bahawa GST ini bukan untuk membebankan rakyat malah membantu rayat serba sedikit.

Manakala Puan Norlela Zainal, KPDNKK Putrajaya pula memberi penerangan berkaitan akta harga dan anti pencatutan.

Seminar ini dijalankan di dewan Kolej YPC-IT WEB cheras pada jam 8.30 pagi hingga 10.30 pagi. Seminar ini juga berjalan dengan lancar dan berkesan. 

















































1869) UTUSAN 25/04/2014 - Proses cerai taklik perlu dikaji semula




KUALA LUMPUR 24 April - Mahkamah Syariah digesa mengkaji semula proses permohonan cerai taklik bagi mengelakkan isteri yang ditinggalkan suami tanpa diberi nafkah terus dibiarkan dalam keadaan ‘gantung tidak bertali’.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima lebih 100 aduan berkaitan permohonan cerai taklik sejak setahun lalu.
Menurut beliau, wanita-wanita ber­kenaan terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan bagi mematuhi prosedur ditetapkan oleh mahkamah syariah.
“Kami dimaklumkan, isteri yang ingin memohon cerai taklik perlu berusaha mencari suaminya terlebih dahulu dan mengiklankan permohonan tersebut dalam akhbar.
“Prosedur itu menyebabkan proses permohonan cerai taklik mengambil masa yang panjang serta membebankan wanita terbabit kerana terpaksa menge­luarkan wang sendiri untuk kos pengiklanan dan mencari suaminya," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPIM di sini hari ini.
Sementara itu, aktivis PPIM, Sheikh Abdul Kareem S. Khadaied mendedahkan kes membabitkan Ruzana Othman, 56, yang telah ditinggalkan suaminya sejak 1998 selepas berkahwin selama tujuh tahun.
Jelas beliau, Ruzana memfailkan permohonan cerai taklik di mahkamah syariah pada 2012, namun sehingga kini kesnya masih belum selesai.
“Undang-undang yang ada memang mencukupi cuma kita harap penguatkuasaannya dilaksanakan secara lebih berkesan," ujarnya.
Sheikh Abdul Kareem turut mempersoalkan mengapa lafaz taklik yang diucapkan suami pada majlis pernikahan tidak diterima sebagai asas bagi menyokong permohonan cerai taklik oleh isteri.
Dalam pada itu, Ruzana berkata, usaha mencari suaminya yang didakwa menghilangkan diri sejak 1998 tidak membuahkan hasil.
"Tiada siapa yang mempunyai maklumat sama ada suami saya masih hidup atau telah meninggal dunia," jelasnya.
Ruzana yang kini tidak bekerja dan mengalami masalah kesihatan juga berdepan kesukaran untuk memohon bantuan kebajikan masyarakat kerana dia dianggap masih bersuami.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140425/dn_24/Proses-cerai-taklik-perlu-dikaji-semula#ixzz2zrl4g3vV
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Thursday, April 24, 2014

1868) 24/04/2014 - APA GUNANYA LAFAZ CERAI TAKLIK PADA AWAL PERKAHWINAN.


24/4/2014 - Kuala Lumpur, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu sidang untuk menyuarakan pendapat yang sering terjadi didalam mahkamah syariah Malaysia.

Seperti yang kita lihat. Pada permulaan perkhawinan kita telah membuat perjanjian iaitu cerai taklik. Akan tetapi, apa gunanya janji atau lafaz yang telah dibuat oleh suami semasa akad itu?

Datuk Nadzim JohanKetua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyuarakan pendapatnya agar pihat yang bertanggung jawab ini harus menyelidik semula sistem syariah yang ada didalam Malaysia dan beliau menyeru kepada sesiapa yang mempunyai masalah seperti ini tampil memberi keterangan kepada pihak PPIM.

Selain itu, Tuan Haji Sheikh Kareem, Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyoalkan tentang fungsi lafaz cerai taklik itu dibuat jika mahkamah tidak mengambil perkara itu sebagai satu perkara yang penting. Kenapakah masih lagi sukar dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikan masalah cerai taklik ini.

Selain itu beliau juga menyoalkan kenapakah tiada tindakan berat atas lelaki yang tidak hadir ke makamah untuk menyelesaikan masalah cerai ini.









1867) NIB - BERITA HARIAN 21/04/2014- Pengguna gesa catuan air dihentikan



Headline: Pengguna gesa catuan air dihentikan
Publication: BH
Date of publication: Apr 21, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 010
Kuala Lumpur: "Saya harap mimpi buruk ini akan berakhir kerana kami mengalami pelbagai kesukaran menjalani kegiatan harian akibat catuan air sejak sebulan lalu," kata Mohd Yusof Shafae Mohamad, 35.

Beliau yang bekerja sebagai pembantu perubatan berkata, catuan air tidak menentu bukan saja menyebabkan keluarganya berhadapan masalah, malah prosedur rawatan tidak dapat dijalankan dengan sempurna.

"Kami kasihan dengan pesakit yang datang ke klinik, tidak banyak yang dapat kami bantu ekoran daripada catuan air ini. Ujian air kencing misalnya, tidak dapat dilakukan kerana tandas tidak mempunyai air.

"Selain itu, catuan yang sepatutnya dikenakan hanya dua hari berlarutan sehingga tiga manakala tempoh air yang diperoleh pula hanya setengah hari," katanya.

Sementara itu, tinjauan BH di laman sosial mendapati rata-rata pengguna menggesa supaya catuan air ini dihentikan.

Pengguna Twitter, Mohd Fadhlan Alias, berkata "Hujan lebatnya sekarang ini. Harap #catuanair akan berakhir dengan segera. Pelik sungguh la, boleh kata dah hampir setiap hari hujan tapi air masih dicatu lagi :( Sampai bila harus begini?"

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, menasihatkan pengguna menggunakan hak mereka dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap situasi yang berlaku ini.

BERITA DARI :
http://www.nib.com.my/archives/text/view/124201494?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1398319472%3Aresultset

1866) BERITA HARIAN 22/04/2014 - Bilangan individu bankrap ke MdI meningkat



PUTRAJAYA: Bilangan individu bankrap yang menghadirkan diri ke Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) pada tahun lalu meningkat 37 peratus kepada 50,912 orang berbanding 37,265 pada tahun sebelumnya. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri, berkata peningkatan itu mencerminkan keberkesanan program kesedaran yang dijalankan MdI di seluruh negara untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan khidmat nasihat mereka. 


"Kita galakkan mereka yang bankrap supaya datang kepada kita supaya mereka dapat discaj seberapa segera. Kalau boleh kita tidak mahu jumlah bankrap ini meningkat meskipun kita tahu ia sukar dielakkan akibat adanya pinjaman kewangan untuk perniagaan, perumahan dan sebagainya," katanya ketika berucap dalam majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang MdI 2013, di sini hari ini. 



Bercakap kepada pemberita kemudian, Nancy menyarankan agar MdI mempertimbang peruntukan tidak melelong rumah pertama individu yang bankrap dalam pindaan Akta Kebankrapan 1967 yang sedang dibuat oleh institusi itu. 

"Saya rasa ini antara perkara yang boleh menyebabkan orang kita tertekan dari segi kehidupan kerana kalau itu sahaja rumah yang mereka ada, kalau dilelong ke mana mereka nak pergi," katanya. 

Katanya, pindaan akta itu bagi memudahkan individu yang diisytihar bankrap mendapat pelepasan kebankrapan. 

Ketika ini individu yang bankrap boleh keluar daripada kebankrapan melalui tiga kaedah iaitu pembatalan melalui mahkamah, pelepasan melalui mahkamah dan pelepasan sijil Ketua Pengarah Insolvensi. 
Mengenai cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) baru-baru ini berhubung penubuhan khidmat guaman percuma bagi membantu golongan muflis berdaftar, Nancy berkata terpulang kepada PPIM jika mahu membantu menyediakan perkhidmatan itu. 

"Kita tak melarang PPIM nak buat perkhidmatan itu, kita hargai. Tetapi kalau mengatakan MdI tidak membantu langsung, itu tidak betul. Ini kerana MdI memang tidak memberi perkhidmatan guaman tetapi Jabatan Bantuan Guaman ada," katanya. 

BERITA SELANJUTNYA
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/BilanganindividubankrapkeMdImeningkat/Article/

Monday, April 21, 2014

1865) 21/04/2014 - DISEBALIK COCA-COLA



Tahukah anda tentang Coca Cola?
Siapakah disebalik Coca Cola dan yang paling penting adakah Coca Cola ini menyubang kepada yahudi?
Mari kita lihat pada fakta sejarah Coca Cola dahulu. Pengasas Coca Cola adalah John Stith Pemberton. Dia dalah seorang Leftenan Kolonel Tentera Gabungan Berkuda Rejimen ke-12, Georgia State Guard. Pada tahun 1850 dia telah mempunyai lesen untuk membuka farmasi sendiri. Akan tetapi, semasa dia berkhidmat sebagai ahli tentera, dia telah dikelar didada dengan pedang dan seperti kebiasaan pada masa itu, morfin menjadi ubat tahan sakit. Dia mula ketagih dengan morfin. Dengan pengetahuan yang ada, dia telah membuat satu ubat tahan sakit untuk menggantikan morfin. Dia telah mengkaji coca dan coca wine. orang awam mula merasa bimbang tentang ketagihan dan kemabukan produk yang dikeluarkan oleh John Stith Pemberton, Dalam tahun 1886, apabila Atlanta dan Fulton County menggubal undang-undang, Pemberton mendapati dirinya dipaksa menghasilkan alternatif yang bukan alkohol untuk Wain Coca Perancis. Maka dia membuat satu resepi menggunakan teknik percubaan dan kesilapan. Dengan bantuan Venable, dia Berjaya mengadunkan sirup dan air berkarbonat secara tidak sengaja. Dengan kejadian itu, Pemberton memutuskan untuk menjual air tersebut dari menjual ubat. Maka air itu deberi nama Coca Cola oleh Frank Mason Robinson

Itu serba sedikit tentang Coca Cola yang dapat diterangkan akan tetapi tahukan anda tentang kematian pengasas Coca Cola ini?
Pemberton mati pada umur 57, ogos 1888 atas kerana ketagihan dan mengidap penyakit kanser perut. Mayatnya dikebumikan  di  Linwood Cemetery, Columbus, Georgia. Tertera di batu nisanya lambang freemason dan ketenteraan. Ini untuk menunjuk bahawa dia adalah salah seorang ahli persatuan tersebut.
Disini terdapat satu tanda tanya, apakah isi kandungan yang terdapat didalam Coca Cola? Apa yang tertulis di botol Coca Cola adalah sebahagian sahaja ramuan. Bagaimanakah cop halal dapat diberi kepada Coca Cola sedangkan kita tidak tahu sepenuh isi kandungan yang terdapat didalam Coca Cola.

Kandungan gula yang tertulis di setiap botol Coca Cola mengatakan sejumlah gula diletakkan kedalam satu botol minuman akan tetapi tahukah anda berapa sudu gula yang diletakan didalam satu botol itu. Kajian mengatakan bahawa satu tin air Coca Cola mengandungi 10 kiub gula. Cuba bayangkan jika kita minum 1 botol besar air itu. Mahu dapat penyakit kencing manis dibuatnya. Salah satu rancangan antarabangsa iaitu BBC news menemuramah seorang pengarah Syarikat Coca Cola mengenai kandungan gula yang terdapat didalam produk Coca Cola. Disitu kita dapat lihat riaksi pengarah itu untuk menjawab soalan itu. Dia tidak menafikan kandungan gula didalam setiap Coca Cola. Dari situ juga kita dapat menilai adakah Coca Cola ini bagus untuk kesihatan tau tidak.

Tahukah anda, Coca Cola adalah penyumbang kepada Eagle Star Awards Gala dan didalam ini Coca Cola diberi penghargaan gold sponsor. Eagle Star Awards Gala  adalah satu acara untuk menghargai penyumbang-penyumbang kepada perkembangan israil-tenggara. Ini telah membuktikan bahawa Syarikat Coca Cola adalah penyumbang kepada yahudi.

Cuba bayangkan, dana yang diberikan oleh Coca Cola dibuat untuk membunuh orang islam. Apakah hukum untuk perbuatan itu bagi seorang orang islam? Fikirkanlah sejenak dengan fakta yang telah diberikan kepada anda


Fakta-fakta yang diambil dari :
http://2013.eaglestargala.com/sponsors.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Coca-Cola
http://en.wikipedia.org/wiki/John_Pemberton
http://books.google.com.my/books?id=ErHUuazZkvIC&pg=PA111&lpg=PA111&dq=John+Pemberton%27s+freemason&source=bl&ots=Z7pICbkjAM&sig=WfnlO9brtZR3wJN-bInMq8nZwQI&hl=en&sa=X&ei=medRU_3DO6mriAej1YHoDw&redir_esc=y#v=onepage&q=John%20Pemberton's%20freemason&f=false


Saturday, April 19, 2014

1863) 17/4/2014 Program Kesedaran Kesihatan Bersama PPIM

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan satu program kesedaran kesihatan. PPIM menjemput pelajar dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) untuk memeriahkan majlis tersebut. Penceramah yang diundang adalah Dr. Abdul Kader Hussain. Didalam ceramahnya menceritakan tentang bahayanya budaya pemakanan didalam masyarakat Malaysia. 


Friday, April 18, 2014

1862) 18/4/2014 Gula adalah PEMBUNUH SECARA DIAM



Gula adalah pembunuh

Pendekatan rakyat kepada kesedaran tentang kepentingan amalan budaya sihat ini semakin meningkat. Terlalu banyak kempen kesedaran ini dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang kesihatan.
Akan tetapi, rakyat Malaysia hanya tahu mendengar tapi tidak tahu cara mengatasinya. Sebagai contoh yang mampu kita katakan disini adalah kempen kesedaran makanan. Didalam ceramah itu, diberi tahu tentang bahayanya makanan seperti meggi, makanan ringan dan lain-lain lagi. Akan tetapi mereka (penceramah) tidak menceritakan tentang cara untuk menggantikan pemakanan ini.
Topik pertama kita adalah gula. Gula ini boleh menjadi racun yang mampu membunuh seseorang itu secara diam. Mengapa kita kata gula itu pembunuh? Mari kita lihat senarai penyakit yang boleh dikaitkan dengan pengambila gula yang berlebihan.

1)melemahkan system imunisasi
2) kerosakan kepada buah pinggang
3) menyebabkan kanser
4)meningkatkan paras  gukosa dalam darah dengan cepat

5)  Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
6) Merosakkan gigi.
7) Punca utama obesiti.
8 tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)



Kita dapat lihat terlalu banyak penyakit yang boleh dikaitkan dengan pengambilan gula. Bukan ingin kata pengambilan gula ini memudaratkan namun cara pengambilan gula yang berlebihan didalam badan itu yang akan membawa penyakit pada masa hadapan kelak.
Penyakit-penyakit yang dapat disenaraikan itu adalah sebahagian penyakit yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Begitu bahayanya pengambilan gula yang berlebihan ini pada masyarakat kita pada zaman sekarang. Terdapat informasi yang mengatakan bahawa penyakit yang terbanyak disenaraikan didalam Malaysia adalah obesiti.
Apakah itu obesiti.?
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal.

Terdapat banyak cara yang mampu kita lakukan untuk menurunkan berat badan. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa dengan perkara kecil pun mampu mengubah kehidupan anda.  
Jika kita memesan air di kedai makan, kita hendaklah memesan air tersebut dikurangkan penggunaan gula ataupun susu. Dengan melakukan perkara tersebut, secara tidak langsungnya kita telah mengurangkan pengambilan gula atau susu. Bagi penggemar minuman manis, maka ini adalah salah satu cara bagi mereka mengurangkan pengambilan gula. Cuba bayangkan jika kita duduk di kedai minum bersama kawan-kawan, berapa lamakah dan berapa banyak minuman yang kita minum mengandungi gula atau susu. Disitu kita dapat melihat bahawa masyarakat Malaysia tidak mengendahkan apa yang diminum oleh mereka.

Satu lagi cara yang sering kita dengar namun agak sukar untuk kita lakukan adalah melebihkan munum air kosong dari minuman air yang mengandungi gula atau susu. Harga untuk segelas air suam adalah lebih murah jika dibandingkan dengan air yang mempunyai perisa seperti coca cola, teh tarik dan lain lagi. Akan tetapi agak sukar untuk kita lihat masyarakat Malaysia ini mengambil air kosong jika mereka bersembang dikedai minum.
Selain dari minuman, cara pemakanan kita juga perlu dijaga. Makanan yang disediakan di kedai makan kadang-kala mempunyai perisa tambahan yang membuat ia sangat sedap. Tetapi, sedarkah anda akan apa yang diletakkan didalam makanan itu sehingga ia begitu sedap untuk dimakan?. Didalam makanan juga mengandungi kandungan gula. Malah bukan sekadar gila, Ajinomoto atau monosodium glutamate (MSG) juga diletakkan kedalam makanan. MSG adalah satu bahan yang digunakan untuk menggantikan ‘broth’ atau ‘stock’ dengan perisa sintetik seperti monosodium glutamate (MSG) ini. Penggunaan MSG ini juga bahaya pada diri kita sendiri. Bedasarkan salah satu sesawang kesihatan dari kerajaan mengatakan “MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan  ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.Ini telah membuktikan bahawa bahayanya MSG ini kepada tubuh badan manusia.
Kelekaan manusia mencari makanan yang sedap, enak dan pelbagai lagi sehingga mereka lupa akan khasiat buah-buahan. Sedarkah anda bahawa manisan didalam buah-buahan mampu mengenyangkan kita? Tetapi kita tetap ingin mencari manisan yang dibuat oleh manusia. ALLAH telah mencipta buah yang manis dan tidak dapat mendatangkan penyakit pada kita. Maka perbanyakanlah makan buah-buahan.

Pengambilan makanan bergula pada waktu malam adalah sangat bahaya. Ini kerana pengambilan makanan yang bergula pada waktu malam akan mengakibatkan tenaga yang berlebihan kerana pada waktu itu kita sudah tidak memerluka tenaga yang banyak.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...