Friday, April 4, 2014

1841) Memorandum bantahan diserah kepada Kedutaan AS



Headline: Memorandum bantahan diserah kepada Kedutaan AS
Publication: BH
Date of publication: Apr 4, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 008
Byline / Author: Oleh M Thillinadan; Syed Mohd Ridzuwan Syed Ismail; Haika Khazi; Zanariah Abd Mutalib; Sophia Ahmad; Luqman Arif Abdul Karim; Muhammad Mustakim Ramli; Shaiffulazhar Misri
Kuala Lumpur: Tindakan media asing menyiarkan laporan sensasi yang tidak tepat berhubung kehilangan MH370 mendapat bantahan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) negara.

Bagi menzahirkan rasa tidak puas hati mereka, satu memorandum bantahan diserahkan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, di sini semalam, khususnya berhubung laporan tidak tepat disiarkan agensi berita Cable News Network (CNN) dan Fox News.

Antara NGO berkenaan adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Pengguna Islam Antarabangsa (IMCA), Yayasan Media Malaysia (MMF) dan Batas Malaysia.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata memorandum itu menzahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia terhadap agensi berita dari Amerika Syarikat yang memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia susulan tragedi MH370.

Tegur agensi berita

"Agensi berita perlu lebih bertanggungjawab dan jangan berbohong. Kita harap mereka (kerajaan Amerika Syarikat) dapat menegur dan menasihat agensi berita negara mereka yang membuat liputan di sini.

"Laporan berita adalah untuk mewujudkan perasaan bersatu padu dalam kalangan masyarakat dunia dan bukannya memecah belah, malah secara asasnya olahan yang disiarkan mereka sangat berbeza dengan pendekatan media tempatan" katanya selepas menyerah memorandum kepada wakil kedutaan yang dikenali sebagai Green pada jam 2.45 petang semalam.

BERITA SELANJUTNYA:
http://www.nib.com.my/archives/text/view/123166144?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1396599489%3Aresultset

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...