Monday, April 14, 2014

1853) NIB - 12/04/2014 HARIAN METRO - KAWAL IMPOT UBAT DUA FUNGSI



Headline: Kawal import ubat dua fungsi
Publication: HM
Date of publication: Apr 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 031
Byline / Author: Oleh Mahaizura Abd Malik

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) perlu mengawal penggunaan ubat-ubatan bagi mengelak bahan itu disalahgunakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab dengan tujuan selain merawat penyakit.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, KKM perlu memainkan peranan mengkaji semula kemasukan ubat-ubatan ke negara ini.

"Tolong semak semula dan hadkan pengimportan bahan itu hanya sebagai rawatan penyakit, bukan membahayakan nyawa pengguna.

"Bagi saya ubat tidak perlu ada dua fungsi sekali gus iaitu sebagai rawatan dan racun (memudaratkan) pengguna, ini pasti ada yang tidak kena.

"Selain itu, penggunaan ubat-ubatan wajib mendapat kelulusan pakar dan doktor terlebih dulu bagi mengelakkan ia disalahgunakan," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro kelmarin berkaitan penyalahgunaan pil Misoprostol yang berfungsi untuk rawatan ulser gastrik tetapi turut diguna sebagai bahan untuk menggugurkan janin.

Pil itu kini semakin bebas dijual dalam laman sosial seolah-olah menggalakkan perbuatan menggugurkan janin.

Perkara itu turut dipersetujui Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) Datuk Noh Gadut yang mahukan semua pihak memainkan peranan untuk mengekang perbuatan tidak bertamadun itu.

"Perbuatan gugur ini sangat zalim, tiada kemanusiaan dan jahiliah, malah jika berterusan ia umpama menggalakkan gejala sosial dan zina," katanya

SUMBER DARI :
http://www.nib.com.my/archives/text/view/123707817?pos=2&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1397451572%3Aresultset

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...