Wednesday, June 19, 2019

5004) MAJLIS PELANCARAN GARIS PANDUAN PEMATUHAN STANDARD FILEM PENGHADANG HABA KENDERAAN 2019 - KPDNHEP - 19/06/2019

Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berucap dalam sesi bual bicara di Majlis Pelancaran Garis Panduan Pematuhan Standard Filem Penghadang Haba Kenderaan 2019 di KPDNHEP hari ini.



5003) MAJLIS HARI RAYA 2019 CTOS - PPIM - 19/06/2019

Sekitar Majlis Hari Raya CTOS yang dihadiri Ketua Aktivis PPIM, Toqqi.



5002) MESYUARAT PPIM BERSAMA JABATAN PENJARA DAN GISB HOLDINGS - PPIM - 19/06/2019

Mesyuarat PPIM bersama Jabatan Penjara dan GISB Holdings membincangkan peluang kedua untuk bekas banduan serta beberapa program akan datang yang dirancang dapat membantu golongan bekas banduan mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik.


5001) DBKL POSTPONES DEMOLITION OF ILLEGAL RESTAURANT - THE SUN - 19/06/2019


KUALA LUMPUR: Kuala Lumpur City Hall (DBKL) today agreed to stay the tearing down of an illegal restaurant in Lembah Pantai owned by Malaysia’s first Grand Slam explorer, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.
In a statement, DBKL said the postponement would be effective until further orders from the office of Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad.
At a press conference here yesterday, lead activist for the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) Datuk Nadzim Johan said the Q Noodle n Grill restaurant located on Jalan Pantai Murni was reported to have flouted DBKL building regulations because the restaurant building had been erected without approval.
Nadzim said prior to this, Muhammad Muqharabbin had submitted a building structural plan but it had been rejected on grounds that the land was not of commercial status and the building was located too close to a neighbouring plot of land.
The business licence of the restaurant owner had also been cancelled.
“Nevertheless, we had discussions with the Federal Territories Minister who agreed to postpone the tearing down of the building because of the huge cost that would be borne by Muhammad Muqharabbin and to also give him an opportunity to relocate his business,” Nadzim said.
Construction of the restaurant began in November last year, while Muhamad Muqharabbin received an impound notice from DBKL in February this year and was asked to submit plans to DBKL’s One-Stop Centre (OSC).
He said today that he will be resubmitting an application within the next two to three days.
In its statement, DBKL said it had issued the impound notice in February because there was no approved development order for the structure which had been built on the site.
DBKL also acknowledged receiving a letter in May pertaining to a stay of the tearing down and in that connection, Muhamad Muqharabbin was given a 30-day period until June 15 to abide by the notice to vacate the premises. - Bernama

Artikel oleh: The Sun
DBKL POSTPONES DEMOLITION OF ILLEGAL RESTAURANT

5000) 'SAYA AKUR DAN TERIMA KASIH DBKL, MENTERI' - QOBIN - HARIAN METRO - 18/06/2019


“SAYA akur dengan arahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengeluarkan arahan untuk merobohkan struktur kedai makan ini.
“Bagaimanapun, saya bersyukur hasil perbincangan DBKL memberikan masa untuk kami mengalihkan struktur (premis perniagaan) ini untuk membuat permohonan semula bagi mendapatkan kelulusan dengan memenuhi syarat ditetapkan,” kata penjelajah negara, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin.
Dia yang juga pemilik Q Noodles berdepan masalah apabila premis perniagaan yang menjual produk makanannya yang beroperasi di Galeria Pantai, Pantai Dalam, Kuala Lumpur hari ini hampir dirobohkan DBKL.
DBKL juga turut membatalkan lesen pengusaha kedai makan terbabit selepas didapati beroperasi tanpa kelulusan perintah pembangunan.
Lokasi terbabit turut menjadi perhatian apabila pegawai dan anggota DBKL serta anggota polis dikerahkan ke kawasan kedai makan itu untuk proses merobohkan struktur.
Kejadian itu turut mendapat perhatian Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang hadir ke lokasi bagi membantu Qobin berunding dengan DBKL bagi mengelakkan premis itu dirobohkan.
Menurut Qobin, premis itu didirikan di tanah persendirian yang disewa sejak 10 bulan lalu dan mula beroperasi 15 Mei lalu.
Katanya, pihaknya juga sebelum ini sudah menghantar struktur pelan kepada DBKL tetapi tidak diluluskan.
“Kami ingatkan bila tanah persendirian boleh bina struktur sementara untuk kami ambil lesen dan berniaga, rupanya struktur kecil atau besar tetap kena minta kelulusan perintah pembangunan daripada DBKL.
“Kami akui sebagai manusia kita tak lepas dari kesilapan.
“Kami berterima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad dan DBKL kerana menangguhkan proses merobohkan struktur ini,” katanya ketika ditemui hari ini.
Sementara itu, Unit Media Jabatan Perancangan Korporat DBKL menerusi kenyataan hari ini berkata, Jawatankuasa Pelesenan membuat pembatalan lesen kepada pengusaha terbabit kerana didapati tiada Kelulusan Perintah Pembangunan bagi struktur yang dibina.
Katanya, keputusan DBKL memutuskan tindakan roboh dan sita dilaksanakan selepas tamat tempoh 30 hari daripada tarikh surat penangguhan roboh dikemukakan kepada pengusaha.
“Surat kepada pengusaha sudah dikeluarkan bagi memaklumkan tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan pada 18 Jun 2019 tanpa sebarang notis lagi.
“Bagaimanapun, operasi ini ditangguhkan atas arahan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan sehingga dimaklumkan kelak.
“Pengusaha juga didapati sudah mengambil inisiatif sendiri untuk membuka struktur yang dibina tanpa kebenaran secara sukarela,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro 

'SAYA AKUR DAN TERIMA KASIH DBKL, MENTERI' - QOBIN

4999) DBKL TANGGUH ARAHAN PEROBOHAN TAPAK RESTORAN HARAM - KOSMO - 18/06/2019


KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk menangguhkan perobohan tapak restoran milik Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang terletak di Jalan Pantai Murni, Lembah Pantai hari ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata Restoran Q Noodle n Grill milik Muhammad Muqharabbin itu dilaporkan telah melanggar syarat bangunan DBKL kerana mendirikan struktur bangunan tanpa mendapat kelulusan.
“Sebelum ini pemilik restoran itu telah menghantar pelan struktur bangunan itu tetapi ditolak atas alasan status tanah bukan komersial dan jarak bangunan yang rapat dengan tanah jiran belakang.
“Namun setelah pihak kami berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan (Khalid Abdul Samad), beliau bersetuju untuk menangguhkan perobohan itu kerana kos kerugian itu terlalu tinggi untuk ditanggunng oleh Muhammad Muqharabbin dan memberi peluang kepadanya untuk mengalihkan premisnya,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini.
Katanya selain arahan perobohan yang diterima oleh pemilik restoran, lesen perniagaan mereka juga turut dibatalkan.
Sementara itu, Muhamad Muqharabbin yang juga pemegang rekod pendakian dan penjelajahan tujuh benua memberitahu, beliau mula membina struktur itu pada November tahun lepas dan pernah disita pada bulan Februari dan dimaklumkan untuk menghantar pelan dan mendapat kelulusan daripada Pusat Khidmat Setempat (OSC) DBKL.
“Bagaimanapun, OSC menolak permohanan saya dengan dua sebab iaitu status tanah bukan komersial dan jarak bangunan yang rapat dengan tanah jiran belakang. Saya akan hantar semula permohonan dalam dua tiga hari ini untuk mendapat kelulusan” katanya.
Dalam pada itu, DBKL dalam satu kenyataan berkata penyitaan pada bulan Februari lalu adalah kerana tiada kelulusan Perintah Pembangunan bagi struktur yang dibina di tapak itu.
“DBKL telah menerima surat penangguhan roboh selepas penyitaan itu pada bulan Mei dan pengusaha diberi tempoh 30 hari sehingga 15 Jun untuk mematuhi arahan notis perpindahan premis mereka.
“Keputusan DBKL untuk merobohkan struktur bangunan dan penyitaan akan dilaksanakan setelah tamat tempoh 30 hari iaitu pada hari ini namun operasi perobohan telah ditangguhkan atas arahan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan sehingga dimaklumkan kelak,” katanya. - Bernama

Artikel oleh: Kosmo
DBKL TANGGUH ARAHAN PEROBOHAN TAPAK RESTORAN HARAM 

4998) DBKL POSTPONES DEMOLITION OF ILLEGAL RESTAURANT - BERNAMA - 18/06/2019


KUALA LUMPUR, June 18 (Bernama) -- Kuala Lumpur City Hall (DBKL) today agreed to stay the tearing down of an illegal restaurant in Lembah Pantai owned by Malaysia’s first Grand Slam explorer, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin.

In a statement, DBKL said the postponement would be effective until further orders from the office of Federal Territories Minister Khalid Abdul Samad.

Meanwhile at a press conference here today, lead activist for the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) Datuk Nadzim Johan said the Q Noodle n Grill restaurant located on Jalan Pantai Murni was reported to have flouted DBKL building regulations because the restaurant building had been erected without approval. 

Nadzim said prior to this, Muhammad Muqharabbin had submitted a building structural plan but it had been rejected on grounds that the land was not of commercial status and the building was located too close to a neighbouring plot of land.

The business licence of the restaurant owner had also been cancelled.

“Nevertheless, we had discussions with the Federal Territories Minister who agreed to postpone the tearing down of the building because of the huge cost that would be borne by Muhammad Muqharabbin and to also give him an opportunity to relocate his business,” Nadzim said.

Construction of the restaurant began in November last year, while Muhamad Muqharabbin received an impound notice from DBKL in February this year and was asked to submit plans to DBKL’s One-Stop Centre (OSC). 

He said today that he will be resubmitting an application within the next two to three days.

In its statement, DBKL said it had issued the impound notice in February because there was no approved development order for the structure which had been built on the site.

DBKL also acknowledged receiving a letter in May pertaining to a stay of the tearing down and in that connection, Muhamad Muqharabbin was given a 30-day period until June 15 to abide by the notice to vacate the premises.

-- BERNAMA



Article by: BERNAMA

DBKL POSTPONES DEMOLITION OF ILLEGAL RESTAURANT


4997) DBKL TANGGUH ARAHAN PEROBOHAN TAPAK RESTORAN HARAM - BERNAMA - 18/06/2019


KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju untuk menangguhkan perobohan tapak restoran milik Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia, Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin yang terletak di Jalan Pantai Murni, Lembah Pantai hari ini. 

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata Restoran Q Noodle n Grill milik Muhammad Muqharabbin itu dilaporkan telah melanggar syarat bangunan DBKL kerana mendirikan struktur bangunan tanpa mendapat kelulusan. 

"Sebelum ini pemilik restoran itu telah menghantar pelan struktur bangunan itu tetapi ditolak atas alasan status tanah bukan komersial dan jarak bangunan yang rapat dengan tanah jiran belakang. 

"Namun setelah pihak kami berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan (Khalid Abdul Samad), beliau bersetuju untuk menangguhkan perobohan itu kerana kos kerugian itu terlalu tinggi untuk ditanggunng oleh Muhammad Muqharabbin dan memberi peluang kepadanya untuk mengalihkan premisnya," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini, hari ini. 

Katanya selain arahan perobohan yang diterima oleh pemilik restoran, lesen perniagaan mereka juga turut dibatalkan. 

Sementara itu, Muhamad Muqharabbin yang juga pemegang rekod pendakian dan penjelajahan tujuh benua memberitahu, beliau mula membina struktur itu pada November tahun lepas dan pernah disita pada bulan Februari dan dimaklumkan untuk menghantar pelan dan mendapat kelulusan daripada Pusat Khidmat Setempat (OSC) DBKL.

“Bagaimanapun, OSC menolak permohanan saya dengan dua sebab iaitu status tanah bukan komersial dan jarak bangunan yang rapat dengan tanah jiran belakang. Saya akan hantar semula permohonan dalam dua tiga hari ini untuk mendapat kelulusan” katanya.

Dalam pada itu, DBKL dalam satu kenyataan berkata penyitaan pada bulan Februari lalu adalah kerana tiada kelulusan Perintah Pembangunan bagi struktur yang dibina di tapak itu. 

"DBKL telah menerima surat penangguhan roboh selepas penyitaan itu pada bulan Mei dan pengusaha diberi tempoh 30 hari sehingga 15 Jun untuk mematuhi arahan notis perpindahan premis mereka.

"Keputusan DBKL untuk merobohkan struktur bangunan dan penyitaan akan dilaksanakan setelah tamat tempoh 30 hari iaitu pada hari ini namun operasi perobohan telah ditangguhkan atas arahan Pejabat Menteri Wilayah Persekutuan sehingga dimaklumkan kelak," katanya. 

-- BERNAMA 


Artikel oleh: BERNAMA

DBKL TANGGUH ARAHAN PEROBOHAN TAPAK RESTORAN HARAM

http://bernama.com/bm/news.php?id=1736641

Tuesday, June 18, 2019

4996) TOQQI TURUN PADANG TINJAU TAPAK RESTORAN LANGGAR SYARAT BANGUNAN - PPIM - 18/06/2019

Pada Selasa, 18 Jun 2019, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi turun padang melawat tapak restoran milik Muhammad Muqharabbin Mokhtarrudin atau Qobin.

Restoran milik Qobin dilaporkan telah melanggar syarat bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan lesen perniagaannya telah dibatalkan.

Namun, setelah Qobin bersetuju membina semula bangunan restoran tersebut, pihak DBKL berkeras untuk tidak membenarkannya berniaga di tapak yang sama.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan, YB Khalid Samad dan Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Fahmi Fadzil yang telah menangguhkan kerja meroboh dan memberi peluang kepada Qobin mengalihkan struktur bangunan tersebut.

Bekas Penjelajah Grand Slam Malaysia itu berjanji akan mematuhi syarat bangunan serta arahan DBKL bagi meneruskan perniagaannya.

Qobin pernah berjaya menempa nama sebagai Penjelajah Grand Slam pertama Malaysia selepas menamatkan misi akhirnya ke Titik Darjah Kutub Selatan pada tahun 2017. 


4995) GESA WUJUD PUSAT SALUR MAKLUMAT - HARIAN METRO - 18/06/2019


Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu kerajaan menerusi Polis Diraja Malaysia (PDRM) mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat menyertai kempen banteras judi haram.

Cadangan itu bagi membolehkan data dan butiran mereka yang terbabit dalam industri terbabit dikumpul serta diselidik bagi mengenal pasti individu yang disyaki termasuk konco mereka.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah perjudian.

Nadzim berkata, PPIM sudah lama menyuarakan kebimbangan terhadap penularan masalah sosial itu dan amat bersetuju dengan pendapat Abdul Hamid.

“Semangat dan dedikasi Abdul Hamid dalam menentang gejala sosial (judi) itu amat dipuji.

“Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis Negara memahami impak dan kesan masalah judi ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Katanya, PPIM yang sinonim dengan aktiviti membanteras penindasan oleh along menyifatkan gejala dan tabiat judi akan menghancurkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum, agama serta bangsa.

“Kami menyokong 100 peratus usaha Ketua Polis Negara yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah.

“PPIM juga bersedia berkongsi maklumat serta bekerjasama dengan polis dalam usaha membanteras judi serta jenayah lain di negara ini,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

GESA WUJUD PUSAT SALUR MAKLUMAT

4994) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JENAYAH JUDI - SINAR HARIAN - 17/06/2019

Infografik

Artikel oleh: Sinar Harian 

PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JENAYAH JUDI

https://www.sinarharian.com.my/article/33025/INFOGRAFIK/PPIM-sedia-bantu-polis-banteras-jenayah-judi

4993) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS - SINAR HARIAN - 18/06/2019


Artikel oleh: Sinar Harian 

PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS

Monday, June 17, 2019

4992) MUDAHKAN RAKYAT BUAT ADUAN KEGIATAN JUDI - UTUSAN MALAYSIA - 17/06/2019


KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan digesa supaya mewujudkan pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakat sertai kempen banteras judi haram.

Penyediaan pusat saluran maklumat itu juga supaya memudahkan data-data butiran mereka terlibat dalam kegiatan itu dikumpul dan dikenal pasti.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan hari ini berkata, PPIM sudah lama menyuarakan kembimbangan terhadap penularan masalah sosial dan bersetuju dengan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

“Semangat dan dedikasi Hamid dalam menentang gejala sosial itu amat dipuji.

“Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis memahami impak dan kesan masalah judi ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, PPIM sedia berkongsi maklumat dan bekerjasama bagi membanteras judi dan jenayah lain di negara ini.

“Kami menyokong 100 peratus usaha itu yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah.

“PPIM berpendapat kempen bersungguh-sungguh membanteras sindiket judi haram hingga ke akar umbi perlu disambut dengan kerjasama oleh semua rakyat Malaysia bagi menentukan perkara ini dapat ditangani,” jelasnya. - UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia

MUDAHKAN RAKYAT BUAT ADUAN KEGIATAN JUDI

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/mudahkan-rakyat-buat-aduan-kegiatan-judi-1.919084


4991) PPIM SOKONG IGP BANTERAS JUDI - TV PPIM - 17/06/2019


4990) TOKKI BERBINCANG DENGAN TNB - PPIM - 17/06/2019

PPIM telah mengadakan sesi penerangan isu pengguna berkenaan bil TNB baru-baru ini bersama wakil TNB yang hadir.


4989) BANTERAS JUDI HARAM KE AKAR UMBI – PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 17/06/2019


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu pihak polis dan kerajaan Malaysia mengadakan sebuah pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat menyertai kempen banteras judi haram.
“Cadangan ini adalah bagi membolehkan data-data dan butiran mereka yang terlibat dalam industri dikumpul dan diselidik bagi mengenalpasti mereka dan kuncu-kuncu mereka,” kata Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Dalam kenyataan hari ini, Nadzim menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara dalam membanteras jenayah judi.
Nadzim berkata, PPIM yang telah lama menyuarakan kebimbangan terhadap penularan masalah sosial itu amat bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador.
Menurut Nadzim, semangat dan dedikasi Hamid dalam menentang gejala sosial itu amat dipuji.
“Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis memahami impak dan kesan masalah judi ini,” katanya dalam sebuah kenyataan, hari ini.
PPIM yang sinonim dengan membanteras penindasan oleh Ahlong di negara ini telah lama menyaksikan bagaimana gejala dan tabiat judi ini menghancurkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum, agama dan bangsa.
“Kami menyokong seratus peratus usaha ketua polis negara yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah,” katanya.
Tambah Nadzim, PPIM sedia berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan Polis dalam usaha membanteras judi dan jenayah lain di negara ini.
“Sudah tiba masanya rakyat negara ini mengembalikan maruah kita dan bertindak bersama-sama menghapuskan judi dan seterusnya jenayah lain,” katanya.
PPIM berpendapat kempen bersungguh-sungguh membanteras sindiket judi haram hingga ke akar umbi perlu disambut dengan kerjasama oleh semua rakyat Malaysia bagi menentukan perkara ini dapat ditangani.
Dalam sebuah temuramah eksklusif bersama Utusan baru-baru ini, Hamid menyatakan dedikasi dan komitmen dalam membanteras aktiviti judi haram yang dilihat sebagai punca segala masalah jenayah.
Di dalam video berdurasi enam minit itu, Hamid berkata, pihaknya akan lebih tegas terhadap pemilik pusat judi dan semua anggotanya diberi amaran supaya memutuskan kerjasama dengan sindiket perjudian. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
BANTERAS JUDI HARAM KE AKAR UMBI – PPIM

4988) PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JUDI HARAM - SINAR HARIAN - 17/06/2019



SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador dalam membanteras jenayah judi di negara ini.

Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya bersedia untuk berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan pihak polis dalam usaha bagi membanteras jenayah judi di negara ini di peringkat akar umbi.

Menurut beliau, PPIM yang sinonim dalam membanteras penindasan ah long telah lama menyaksikan gejala dan tabiat judi yang menghancurkan masyarakat di negara ini tanpa mengira kaum, agama mahu pun bangsa.

"Sudah tiba masanya rakyat negara ini mengembalikan maruah kita dan bertindak bersama-sama menghapuskan judi dan seterusnya jenayah lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menerusi temu bual bersama sebuah akbar sebelum ini, Hamid menyatakan hasrat dan komitmen untuk membanteras aktiviti judi haram yang dilihat punca segala masalah jenayah.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata pihaknya juga mencadangkan supaya polis dan kerajaan mewujudkan sebuah pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat bersama-sama menyertai kempen banteras judi haram ini.

Beliau berkata, kempen secara serius bagi membanteras budaya judi haram hingga ke peringkat akar umbi perlu disambut baik oleh semua rakyat negara ini bagi memastikan ia mencapai objektif dikehendaki.

"Cadangan ini (wujudkan pusat saluran maklumat) adalah bagi membolehkan data-data dan butiran mereka yang terlibat dalam industri dikumpul serta diselidik bagi mengenal pasti dalang dan pihak terlibat," katanya.

Tambah beliau, PPIM menyokong penuh komitmen Hamid bagi membanteras budaya judi haram dan akan memberi kerjasama sepenuhnya bagi membantu membanteras jenayah ini.

Artikel oleh: Sinar Harian

PPIM SEDIA BANTU POLIS BANTERAS JUDI HARAM


4987) HATI-HATI AYAT MANIS 'ALONG' - HARIAN METRO - 17/06/2019


Cepat, ekspres dan senang lulus. Itu antara ayat manis pihak memberikan kemudahan pinjaman yang tentunya membuatkan ramai tertarik apatah lagi ketika terdesak untuk mendapatkan wang.

Ini ditambah dengan perkhidmatan dalam talian yang tidak membuang banyak masa bagi individu membuat
permohonan dan menghantar butiran peribadi seperti dikehendaki.

Namun individu perlu bersikap hati-hati sebelum membuat pinjaman dengan meneliti dan memahami syarat ditetapkan termasuk kadar faedah dikenakan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

Carian di Internet mendapati banyak pihak menawarkan perkhidmatan itu malah ada yang siap memaparkan carta bayaran balik mengikut jumlah pinjaman dan tempohnya.

Sesetengahnya disertakan pada bahagian nota kaki kadar faedah dikenakan, contohnya 1 hingga 1.5 peratus sebulan, yang jika dihitung 12 hingga 18 peratus untuk 12 bulan atau setahun.

Bagi mengetahui hal ini lebih lanjut, penulis cuba mengisi borang permohonan di laman sesawang sebuah syarikat dan ternyata maklum balas diberikan memang cepat.

Namun pihak terbabit memaklumkan pinjaman yang layak diberikan tidak seperti dipohon sebaliknya lebih rendah iaitu sekitar RM25,000 dengan kadar faedah 11 peratus setahun dan tempoh bayaran balik lima tahun.

Kadar itu apabila dihitung untuk lima tahun ialah 55 peratus iaitu hampir RM14,000 dan jika dihitung secara kasar jumlah perlu dibayar semuanya hampir RM40,000.

Mengulas perkara berkenaan, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, memang ada sesetengah pihak yang cekik darah dan menekan peminjam.

“Ada pihak yang memberikan pinjaman wang meletakkan kadar faedah tinggi, misalnya 12 peratus setahun sehingga menekan peminjam,” katanya.

Malah katanya, beliau tidak menolak kemungkinan ada juga pihak yang memberi pinjaman berlesan terbabit dengan along.

“Nama saja pemberi pinjaman berlesen, tetapi ada juga yang buat along.

“Dia kata berlesen, mungkin satu itu betul, tetapi macam mana dengan yang lain, iaitu yang di bawahnya.

“Letak kadar faedah ikut suka, ini semua tipu,” katanya yang turut mengakui bukan sedikit kes membabitkan pinjaman wang diadukan kepada pihaknya.

Artikel oleh: Harian Metro

HATI-HATI AYAT MANIS 'ALONG'

4986) “PPIM MAHU BERSAMA POLIS MEMBANTERAS SINDIKET JUDI HARAM HINGGA KE AKAR UMBI” - KENYATAAN AKHBAR PPIM - 17/06/2019


Persatuan Pengguna Islam Malaysia mahu pihak polis dan kerajaan Malaysia mengadakan sebuah pusat saluran maklumat bagi membolehkan rakyat bersama menyertai kempen banteras judi haram. 

"Cadangan ini adalah bagi membolehkan data-data dan butiran mereka yang terlibat dalam industri dikumpul dan diselidik bagi mengenalpasti mereka dan kuncu-kuncu mereka," kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan. 

Dalam sebuah kenyataan hari ini, Nadzim menyokong penuh komitmen Ketua Polis Negara dalam membanteras jenayah judi. 

Nadzim berkata PPIM telah lama menyuarakan kebimbangan terhadap penularan masalah sosial itu amat bersetuju dengan pendapat Ketua Polis Negara, Datuk Seri Hamid Bador.

Menurut Nadzim, semangat dan dedikasi Hamid dalam menentang gejala sosial itu amat dipuji.

"Kami berasa amat bangga apabila akhirnya seorang Ketua Polis memahami impak dan kesan masalah judi ini," katanya dalam sebuah kenyataan disini. 

PPIM yang sinonim dengan membanteras penindasan oleh ahlong di negara ini telah lama menyaksikan bagaimana gejala dan tabiat judi ini menghancurkan masyarakat dinegara ini tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. 

"Kami menyokong seratus peratus usaha ketua polis negara yang mahu membanteras aktiviti perjudian dan bersetuju bahawa judi adalah punca segala masalah," katanya. 

Tambah Nadzim lagi, PPIM sedia berkongsi maklumat dan bekerjasama dengan Polis dalam usaha membanteras Judi dan jenayah lain di negara ini. 

"Sudah tiba masanya rakyat negara ini mengembalikan maruah kita dan bertindak bersama-sama menghapuskan judi dan seterusnya jenayah lain," katanya. 

PPIM berpendapat kempen bersungguh-sungguh membanteras sindiket judi haram hingga ke akar umbi perlu disambut dengan kerjasama oleh semua rakyat Malaysia bagi menentukan perkara ini dapat ditangani. 

Dalam sebuah temuramah eksklusif bersama Utusan baru-baru ini, Hamid menyatakan dedikasi dan komitmen dalam membanteras aktiviti judi haram yang dilihat sebagai punca segala masalah jenayah. 

Di dalam video berdurasi enam minit itu, Hamid berkata pihaknya akan lebih tegas terhadap pemilik pusat judi dan semua anggotanya diberi amaran supaya memutuskan kerjasama dengan sindiket perjudian. 

Sebarang pertanyaan, hubungi Hotline Unit Media PPIM di talian +60192199052. Terima Kasih. [TAMAT]  

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...