Wednesday, July 31, 2019

5119) 5 PALING HANGAT: KASIH SEORANG MUALAF, SETIA JAGA BAPA HIDAP STROK - SINAR HARIAN - 31/07/2019


Artikel penuh: 
https://www.sinarharian.com.my/article/40542/EDISI/Terengganu/Kasih-seorang-mualaf-setia-jaga-bapa-hidap-strok

http://ppim4u.blogspot.com/2019/07/5117-kasih-seorang-mualaf-setia-jaga.html

5118) PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16: APA KATA MEREKA - KOSMO - 31/07/2019


Artikel oleh: Kosmo


PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG KE-16: APA KATA MEREKA

5117) KASIH SEORANG MUALAF, SETIA JAGA BAPA HIDAP STROK - SINAR HARIAN - 30/07/2019


KUALA TERENGGANU – Biarpun berlainan agama, ia bukan halangan bagi seorang mualaf, Syahidee Foo Kai Cheng, 52 dari Kampung Bukit Kecil, di sini, untuk terus setia menjaga bapanya yang diserang angin ahmar (strok).

Bapanya, Foo Fong Chor, 92 yang beragama Budha tidak boleh berjalan dan hanya bergerak dengan bantuan kerusi roda sejak tiga tahun lalu.

“Dia jaga dan membesarkan saya. Sekarang tugas saya untuk jaga dia sehingga akhir hayat. Saya tak akan sekali-kali meninggalkan dia.

“Sejak kecil hingga dewasa saya tak pernah berpisah dengan dia walaupun dah berkahwin saya tetap tinggal sekali dengan ibu bapa saya,” katanya ketika ditemui di kediamannya, hari ini.

Selain menjaga bapanya, Syahidee juga menggalas tanggungjawab menguruskan lima anaknya yang masih bersekolah sejak dia tidak lagi bersama isterinya, lima tahun lalu.

Lebih merumitkan, kekangan waktu yang dimiliki Syahidee serta tugas besar yang dipikul memaksanya untuk tidak keluar bekerja menyebabkan dia tidak mempunyai punca pendapatan yang tetap.

“Dulu saya bekerja, macam-macam kerja saya buat. Tetapi, setelah isteri tiada, saya terpaksa berhenti kerja sebab tidak menang tangan menguruskan semua anak saya. Lagipun, bapa saya tak boleh tinggal seorang diri. Dia perlu dibantu untuk menguruskan diri sendiri.

Syahidee (kiri) terpaksa mendekatkan mulut ke telinga bapanya untuk memberitahu sesuatu kerana bapanya mengalami masalah pendengaran.
Syahidee (kiri) terpaksa mendekatkan mulut ke telinga bapanya untuk memberitahu sesuatu kerana bapanya mengalami masalah pendengaran
“Sebab itulah saya tidak bekerja dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Sebelum ini saya ada dapat wang bantuan yang diperoleh oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam), kini saya agak ‘tawar hati’ untuk mendapatkan wang bantuan daripada Maidam atas faktor birokrasi,” katanya yang telah memeluk Islam sejak 2003.

Kesulitan yang ditanggung Syahidee tidak pernah dikongsi bersama bapa serta ibunya, Chen Yek Yeen yang telah meninggal dunia, tiga bulan lalu.

“Saya jaga ibu saya hingga hujung usia. Sama macam ayah saya, dia ada sakit strok. Dua-dua ada strok dan komplikasi penyakit lain seperti darah tinggi dan penyakit jantung,” katanya.

Empat anak Syahidee iaitu Nur Alyaa Shahida, 16; Muhammad Haikal, 13; Muhammad Daniel Hakim, 11 dan Muhammad Hazi, 7 bersekolah di Sekolah Rendah (SRJKC) dan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Chung Hwa, di sini.

Sementara itu, seorang lagi anaknya, Nur Nadia Safiya, 6, belajar di sebuah taska berhampiran kediamannya di Flat Bukit Kecil.

Menurutnya, sebanyak RM35 diperuntukkan setiap hari untuk perbelanjaan persekolahan bagi kelima-lima anaknya itu selain keperluan perubatan bapanya.

“Setiap hari saya berfikir mengenai sumber kewangan. Tak pernah tak fikir, saya fikir macam mana saya nak dapatkan sumber kewangan tetapi tidak perlu meninggalkan bapa saya seorang diri di rumah.

“Nak harapkan anak-anak saya mereka masih kecil,” katanya.

Kesulitan yang ditanggung Syahidee mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang berkunjung ke kediamannya untuk menyampaikan sumbangan keperluan pada 24 Julai lalu.


Artikel oleh: Sinar Harian

KASIH SEORANG MUALAF, SETIA JAGA BAPA HIDAP STROK


5116) HALFEST JAKIM 2019 SASAR JUALAN RM70 JUTA - UTUSAN MALAYSIA - 29/07/2019



PUTRAJAYA 29 Julai - Halal Fiesta Malaysia (Halfest) 2019 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pameran halal terbesar dalam negara, menyasarkan jualan sebanyak RM70 juta dan kedatangan pengunjung antara 80,000 hingga 90,000 orang.
Halfest Jakim 2019 akan berlangsung di Pusat Pameran Mines (MIECC), Seri Kembangan pada 4 hingga 8 September depan.
Buat kali pertama Halfest Jakim dianjurkan bersama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Bank Negara Malaysia (BNM) serta beberapa Kementerian, dengan Shapers Malaysia Sdn. Bhd. sebagai sekretariat.
Halfest 2019 dijangka menerima penyertaan lebih 450 usahawan yang bakal memenuhi lebih 500 ruang pameran. Ia bakal dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, selain aktiviti jual beli produk halal, komponen khas Halfest Jakim 2019 ialah Karnival Perbankan Islam, Takaful, Pelaburan dan Fintech sebagai pelengkap kepada inisiatif promosi industri halal negara.
Beliau berkata, objektifnya ialah untuk memberi pendedahan mengenai produk kewangan Islam dan takaful kepada para pengunjung dan usahawan.
“Sesi suai niaga (business matching) turut diadakan untuk menemukan usahawan dengan pembeli, pemborong, pengeksport dan peruncit dari serata Malaysia.
“Sesi ini sangat penting kerana ia membuka peluang kepada usahawan untuk memasarkan produk mereka bukan sahaja di kawasan produk mereka beroperasi malahan ke seluruh negara,” katanya ketika melancarkan Halfest Jakim 2019 di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim dan Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Khadir.
Mujahid berkata, Halfest Jakim merupakan satu inisiatif rahmah yang menonjolkan usahasama Jakim dan MAIWP dalam mengetengahkan usahawan dalam golongan asnaf (asnafpreneur) serta mempromosikan budaya halal bukan sahaja dalam kalangan usahawan atau bukan Islam dengan memberikan pendedahan lebih terperinci mengenai produk-produk dan perkhidmatan pensijilan halal.
“Halfest Jakim boleh dilihat sebagai medan terbaik untuk penyatuan ummah tidak kira bangsa dan agama,” katanya.
Dalam pada itu katanya, satu jawatankuasa bagi mendigitalkan pentadbiran Islam dijangka dibentuk dalam usaha memastikan Malaysia terus menerajui industri halal di peringkat global.
Jelas Mujahid, perkara itu masih diperingkat rancangan dan penubuhannya dijangka diumumkan pada tahun depan. - UTUSAN ONLINE

Artikel oleh: Utusan Malaysia 
HALFEST JAKIM 2019 SASAR JUALAN RM70 JUTA

5114) HALFEST JAKIM 2019 SASAR NILAI JUALAN RM70 JUTA - KOSMO - 29/07/2019


PUTRAJAYA - Halal Fiesta Malaysia (Halfest) Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) 2019 (Halfest Jakim 2019) yang berlangsung di Pusat Pameran Mines (Miecc), Seri Kembangan pada 4 hingga 8 September depan menyasarkan nilai jualan sebanyak RM70 juta.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, sasaran jualan itu merupakan peningkatan sebanyak RM10 juta berbanding penganjuran Halfest pada tahun lalu.
Jelasnya, selain itu, Halfest Jakim 2019 juga dijangka mampu menarik seramai 80,000 hingga 90,000 pengunjung dalam tempoh lima hari penganjuran ekspo tersebut.
“Inisiatif rahmah yang dijalankan oleh Jakim dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) melalui ekspo ini memberi manfaat kepada masyarakat dengan menjelaskan tentang kepentingan halal kepada semua rakyat.
“Penganjuran ekspo ini dilihat mampu menyokong usaha pihak kerajaan dalam membangunkan Dasar Halal Negara yang telah dipersetujui semasa Mesyuarat Halal Malaysia ke-4 baru-baru ini yang menjadi rujukan kepada pemegang taruh di pelbagai agensi terhadap isi berkaitan halal,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Majlis Pelancaran Halfest Jakim 2019 di sini hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jakim, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim, Pengerusi MAIWP, Datuk Seri Syed Hussein Abd. Khadir dan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Halfest Jakim 2019 dijangka akan menerima penyertaan lebih 450 usahawan yang bakal memenuhi lebih 500 ruang pameran untuk menyajikan pelbagai produk halal berkualiti tinggi kepada pengunjung.
Antara sektor yang diketengahkan sepanjang Halfest Jakim 2019 antaranya makanan,minuman, perbankan islam,takaful, pelaburan patuh syariah, pembungkusan makanan halal, katering, perkhidmatan status halal dan badan keusahawanan.
Ekspo itu dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 5 September depan.
Dalam pada itu, menurut Mujahid, ekspo itu juga berupaya menjadi pusat untuk Jakim dan MAIWP merealisasikan agenda pembangunan ummah berasaslan model Malaysia secara menyeluruh dan menyokong penyertaan usahawan pelapis daripada golongan berpendapatan rendah (B40).
“Apabila idea Halfest Jakim 2019 dikemukakan kepada kami, saya berasa amat gembira kerana Jakim dan MAIWP boleh menggunakan seluruh kekuatan dalam pelbagai aspek untuk membantu usaha meningkatkan syiar islam terutamanya dalam aspek halal.
“Ia selaras dengan matlamat kepimpinan kerajaan baharu yang mahukan Islam dilihat secara secara universal serta holistik selain medan terbaik untuk penyatuan ummah tidak kira bangsa dan agama,” katanya. - K! ONLINE

Artikel oleh: Kosmo
HALFEST JAKIM 2019 SASAR NILAI JUALAN RM70 JUTA

Monday, July 29, 2019

5113) CALLMAN BUKAN GANGSTER JALANAN - KACA TV - 28/07/2019

5112) ASSALAMUALAIKUM: "GHOST SMOKE" BAHAYA? - TV ALHIJRAH - 29/07/2019


5111) SIJIL HALAL PERANTI PERUBATAN - BERITA ALHIJRAH - 26/07/2019


5110) SAMPAI HATI TINGGAL DANISH - HARIAN METRO - 29/07/2019


“SAMPAI hati dia (ibu kandung) tinggalkan anak sendiri, biarpun anak itu dilahirkan tidak sempurna, namun dia juga memerlukan kasih sayang seorang ibu,” kata Noraini Muda, 43, dari Kampung Laut, ibu angkat kepada Mohd Danish Iskandar Abdul Malik, 13, yang mengalami masalah Cerebral Palsy (CP).

Noraini mula menjaga anak angkatnya itu sejak berusia dua bulan selepas diupah oleh ibu kandung Mohd Danish dengan bayaran RM100 sebulan.
Bagaimanapun, selepas dua tahun, ibu kandung Mohd Danish menghilangkan diri dan tidak mempedulikan anaknya itu.
Menurut Noraini, sejak itu dia dan suaminya, Rozmi Awang, 50, mengambil keputusan untuk menjaga Mohd Danish seperti anak sendiri walaupun ketika itu sudah mempunyai dua anak lelaki berusia lapan dan 12 tahun.

“Pada mulanya kami berasa geram dan marah kepada wanita itu kerana tidak bertanggungjawab dan tergamak meninggalkan anak istimewa itu tanpa sebarang berita.

“Bagaimanapun, kerana simpati dengan nasib Mohd Danish, saya dan suami bertekad untuk menjaganya hingga ke akhir hayat,” katanya ketika ditemui pada majlis Penyerahan Sumbangan Program Menyantuni Golongan Asnaf Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di rumahnya di Kampung Laut, Kuala Terengganu, semalam.

Menurutnya, walaupun keluarganya hanya bergantung kepada pendapatan suami sebagai nelayan dan sering mengalami kesempitan wang untuk menampung keperluan harian keluarga, namun perkara terbabit tidak mematahkan semangatnya untuk membesarkan Mohd Danish.

“Pada awalnya Mohd Danish bergantung kepada susu khas yang berharga RM80 setin tetapi kerana tidak berkemampuan untuk membeli susu khas itu, kami terpaksa memberikannya susu formula biasa dan bersyukur kerana Mohd Danish tidak mengalami sebarang masalah atau alahan terhadap peralihan itu.

“Bagaimanapun, kami bersyukur kerana selepas tiga tahun menjaganya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mula menyalurkan bantuan bulan kepada Mohd Danish sebanyak RM200 dan elaun penjaga sebanyak RM200 sebulan.

“Bantuan bulanan JKM itu sedikit sebanyak membantu kami dalam menyediakan keperluan Mohd Danish, biarpun jumlah itu masih tidak mencukupi tetapi kami tetap bersyukur kerana Mohd Danish tidak perlu berlapar sekiranya saya tidak dapat ke laut kerana faktor cuaca.

“Sejak menjaga Mohd Danish, rezeki dan segala urusan kami sekeluarga dipermudahkan Allah, justeru tiada alasan untuk kami sekeluarga berasa terbeban dengan tanggungjawab yang digalas itu,” katanya.

Menurutnya, ibu kandung remaja orang kurang upaya (OKU) terbabit sehingga kini tidak menyatakan hasrat untuk mengambil Mohd Danish kembali daripada keluarganya.

Jelasnya, dia dan suaminya bagaimanapun tidak sanggup untuk berpisah dengan Mohd Danish kerana bimbang anak angkatnya tidak diuruskan dengan baik seperti yang dilakukan keluarganya.

“Selepas 11 tahun menjaganya, ibu kandungnya datang ke rumah pada awal tahun lalu kerana ingin menguruskan proses pendaftaran dan pembuatan kad pengenalan Mohd Danish di Pejabat Pendaftaran Daerah, itu pun atas arahan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) negeri.

“Soal sayang nombor dua, tetapi kerana bimbang keperluan dan keselamatan Mohd Danish terabai kami enggan berpisah dengannya dan yakin tiada siapa yang mampu menjaga Mohd Danish seperti kami.

“Mohd Danish hanya makan apabila saya suapkan, jika suami suapkan pun dia tidak makan. Proses untuk menyuap makanan kepada Mohd Danish mengambil masa yang agak lama iaitu selama dua jam.

“Dalam keadaan Mohd Danish seperti itu, saya perlu menguyah terlebih dahulu makanan sehingga separuh hancur sebelum menyuapkan kepadanya dan roti canai ialah makanan kegemaran Mohd Danish,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

SAMPAI HATI TINGGAL DANISH



Friday, July 26, 2019

5109) AHLONG CEROBOH RUMAH, PUKUL BAPA - TV. PPIM - 26/07/2019


Gara-gara masalah perniagaan, seorang wanita bertindak meminjam Ah Long sehingga gagal membayar faedah yg diminta. Bapanya turut menjadi mangsa apabila cedera dipukul oleh Ah Long. . . Gambar mangsa turut dimuatnaik oleh Ah Long melalui sosial media dan imbuhan berupa wang tunai akan diberikan kepada sesiapa yang berjaya memotong tangan dan kaki mangsa. . . Kami mendapatkan Pegawai Operasi Unit Banteras Ceti Haram PPIM, Mazli Sazeli, yang telah bersama-sama mangsa membuat laporan polis sekali lagi di balai polis berhampiran PPIM. . . Elakkan dalam membuat pinjaman Ah Long, kerana ia mampu menjerat anda seumur hidup. Sebarang maklumat mahupun aduan, layari laman web rasmi kami. . . Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat, 54000 Kuala Lumpur.

Whatsapp:
.
. 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my . . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Artikel oleh: TV. PPIM

AHLONG CEROBOH RUMAH, PUKUL BAPA

5108) PROGRAM ZIARAH MAHABBAH PPIM KE KG MORTEN - PPIM - 25/07/2019

Alhamdulillah, Program Ziarah Mahabbah PPIM pada kali ini adalah ke Kg Morten, Melaka. Selain daripada menziarah sambil menyatuni warga emas, Sukarelawan PPIM turut menjalankan aktiviti pembersihan Sungai Melaka bersama-sama dengan pelajar-pelajar dari Kelab Sukarelawan Politeknik Melaka.
.
Program pada kali ini adalah bertujuan untuk memperkasakan lagi semangat kesukarelawanan dikalangan pelajar dan ia merupakan hasil kerjasama di antara Universiti Malaysia Pahang (UMP) dengan Universitas Andalas Indonesia dimana Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) sebagai Rakan Strategik kepada Sukarelawan PPIM.
.
Berminat untuk menjadi Sukarelawan PPIM? Hubungi 013-2262444 untuk mendaftar sebagai Sukarelawan kami!

5107) PPIM MINTA LULUS SEGERA SIJIL HALAL PRODUK PERANTI PERUBATAN DALAM NEGARA - TV PPIM - 26/07/2019

5106) PROGRAM NASI LEMAK KOPI O PPIM - PPIM - 26/07/2019

Aktiviti mingguan Nasi Lemak Kopi O PPIM diteruskan minggu ini dengan perjumpaan dengan pelbagai pihak.

Antara yang hadir ialah wakil PPIM dari Canada, En Mohamed Masudur  yang membawa rakan niaga dari luar negara.

Wakil Biro Agama yang membincangkan program-program akan datang berkaitan keagamaan dan kerohanian.

Turut hadir beberapa rakan strategik PPIM seperti pemilik syarikat penternakan dan jualan ayam, Dr Syed Luqman Hakim, Penasihat Ekonomi PPIM, En Zainal Baharuddin, Presiden NGO WeHuman, dan ramai lagi.


5105) PENANGGUHAN LEVI PELEPASAN - KACA TV - 25/07/2019

5104) PPIM MAHU KERAJAAN LULUSKAN STANDARD HALAL PERUBATAN - SIDANG MEDIA PPIM - 26/07/2019


“MITOS STANDARD PERANTI PERUBATAN HALAL UNTUK MENAFIKAN HAK PENGGUNA ISLAM”

1. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) memandang serius apabila mendapati ada usaha-usaha dari pihak tertentu untuk menafikan hak pengguna Islam untuk barangan Halal dalam sektor perubatan.


2.    Perkembangan teknologi perubatan telah menghasilkan pelbagai peranti sebagai keperluan wajib untuk rawatan pesakit dan ini termasuk peranti perubatan yang disyakki menggunakan bahan-bahan yang haram.

3. Selaras dengan perkembangan ini dan kepekaan pengguna Islam, kerajaan Malaysia melalui Standards Malaysia telah selesai menggubal satu standard yang khusus untuk peranti perubatan Halal.

4.  Menyedari akan betapa luasnya penggunaan peranti perubatan, standard yang dihasilkan itu hanya meliputi peranti-peranti yang kritikal yang dihasilkan dari bahan-bahan organik, biologikal, kimia dan berasaskan haiwan.

5.  Skop standard Peranti Perubatan Halal ini TIDAK termasuk peralatan seperti kerusi roda, katil hospital, set pembedahan, mesin X-ray dan lain-lain yang mana status Halalnya tidak diragukan langsung.

6.   Standard ini juga dihasilkan hanya setelah kajian menyeluruh terhadap kesediaan para pemegang-pemegang taruh (stakeholders) dalam industri perubatan, pakar-pakar dan proses pensijilan.

7.   Namun, wujud usaha menggagalkan standard ini dari pihak-pihak tertentu dari dalam dan luar Negara melalui semua saluran yang ada. Mereka mendakwa dengan kelulusan standard ini akan menjejaskan industri peranti perubatan ini dan melibatkan pertambahan kos. Mereka juga mendakwa inisiatif ini juga akan melembabkan penyelidikan dan pembangunan teknologi peranti perubatan. Tidak cukup dengan itu mereka menunjukan isyarat untuk mengugut mahu membawa pelaburan mereka ke negara lain.

8.   Disamping itu, terdapat juga salah faham dari kalangan pihak penguasa agama, regulatori dan dari kalangan pengurusan tertinggi pihak berkuasa sendiri.

9.    PPIM ingin mengucapkan terima kasih khususnya kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang pada prinsipnya telah bersetuju untuk meluluskan standard ini. Ucapan terima kasih juga ingin kami panjangkan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pembangunan Usahawan yang juga memberikan sokongan dan tidak tunduk dengan tekanan-tekanan pihak-pihak ini.

10. Dengan meluluskan standard ini, Malaysia sebagai peneraju bidang Halal bakal mengorak selangkah lagi dan membuka lembaran baru dalam industri yang mempunyai saiz pasaran global sebanyak USD450 billion.

11. Dengan pensijilan Halal untuk ini akan membuka pasaran yang lebih luas untuk pengusaha-pengusaha tempatan untuk memenuhi permintaan produk perubatan Halal ini.

12. Apa yang paling penting industri ini bakal memberikan akses kepada pengguna terhadap peranti yang diyakini sebagai memenuhi tuntutan Syarak bagi umat Islam dan kami sentiasa berpegang kepada ajaran Islam yang menegaskan apa yang baik untuk umat Islam adalah baik juga untuk orang bukan Islam.

13. Kami juga telah dimaklumkan oleh Standards Malaysia bahawa penggunaan standard ini adalah sukarela dan semata-mata sebagai keputusan bisnes oleh mana-mana entiti berkaitan.

14. PPIM bersama beberapa lagi NGO lain termasuk Persatuan Perkilangan Peranti Perubatan (PERANTIM), Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia dan Persatuan Farmasi Bumiputera Malaysia lain bersama-sama bersetuju agar standard Halal untuk peranti perubatan ini dimasukkan dalam skim pensijilan JAKIM.













Thursday, July 25, 2019

5103) PERJUMPAAN PPIM BERSAMA USAHAWAN BUMIPUTERA - PPIM - 25/072019

Perjumpaan PPIM bersama Usahawan Bumiputera.

Antara yang dibincangkan ialah hala tuju Kempen Sokong Beli Produk Muslim yang dilancarkan oleh PPIM.

Turut dibincangkan, berkenaan dengan hala tuju usahawan dalam bidang masing-masing.

PPIM amat mengalu-alukan Usahawan Bumiputera untuk bersama-sama menjayakan Kempen Sokong Beli Produk Muslim.


PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...