Wednesday, July 3, 2019

5043) GOLONGAN B40, ASNAF AKAN DIBERI BANTUAN KEWANGAN MIKROKREDIT - SINAR HARIAN - 02/07/2019


KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan sedang berbincang untuk menyediakan bantuan kewangan secara mikrokredit kepada golongan berpendapatan rendah B40 dan asnaf sebagai langkah prihatin membela nasib mereka.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh berkata, perbincangan tersebut dilakukan oleh unit sosioekonomi kementerian itu dan cadangan pemberian tersebut akan dilaksanakan menerusi Yayasan Wilayah Persekutuan.
Menurut beliau, bukan sahaja bantuan kewangan malah, pemohon dalam golongan berkenan turut diberikan latihan sekiranya mereka mahu berkecimpung dalam bidang perniagaan.
“Kita sekarang ini sedang berbincang dan memberikan cadangan supaya Yayasan Wilayah dapat mengadakan skim mikrokredit untuk membantu usahawan-usahawan yang hendak memulakan perniagaan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Jamuan Mesra Hari Raya meraikan warga istimewa dan media di sini hari ini.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan.
Bagaimanapun, Shahruddin berkata, jumlah penerima yang layak untuk diambil menyertai skim berkenaan masih belum diketahui dan jumlah bantuan kewangan yang akan diberikan juga belum ditentukan. – MalaysiaGazette
Artikel oleh: Malaysia Gazette
GOLONGAN B40, ASNAF AKAN DIBERI BANTUAN KEWANGAN MIKROKREDIT

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...