Friday, December 31, 2010

ADUAN PILIHAN-DRAMA DI TV YANG PENUH UNSUR SYIRIK, KHURAFAT DAN TAHYUL


Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rancangan tv dipenuhi dengan pelbagai jenis cerita dari Indonesia samada disiarkan oleh TV3, RTM mahupun ASTRO. Oleh sebab itu saya merasakan cerita Indonesia yang dipaparkan sekarang banyak memberi impak negatif kepada penonton di Malaysia. Saya mengatakan begitu adalah kerana ada beberapa slot rancangan terutamanya yang dipaparkan di TV3 mengandungi unsur tahyul, khurafat, penipuan, penganiayaan, penindasan dan sebagainya. Bukan itu sahaja, boleh di katakan 1/3 daripada siaran tv kini dilimpahi dengan cerita-cerita Indonesia. Saya amat tidak setuju kenapa pihak-pihak penyiaran kerajaan mahupun swasta terlalu taksub untuk memaparkan cerita-cerita Indonesia berbanding cerita-cerita rakyat kita sendiri.
Cuba bayangkan, majoriti watak dalam drama mereka akan diselitkan dengan watak seorang perempuan yang hamil luar nikah. Yang peliknya, wanita yang hamil luar nikah ini diagung-agungkan, dibela kerana watak mereka juga kebanyakan watak heroin. Jadi jika perkara ini dianggap satu perbuatan mulia, tidak hairanlah masyarakat kita juga akan terpengaruh. Semakin ramai wanita yang hamil luar nikah akan dilindungi dan masalah pembuangan bayi semakin bertambah.
Berkaitan cerita tahyul dan khurafat pula, memang banyak dilakonkan dalam cerita Indonesia ini. Sebagai contoh rancangan dari tv3 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis bertajuk ‘Lagenda’. Melalui cerita-cerita yang disiarkan banyak mengisahkan cerita mengarut, tahyul, dan tidak berada di alam nyata. Dengan ini terang-terangan ia menggambarkan betapa pengaruh cerita Indonesia akan memberi kesan negatif kepada rakyat kita.
Oleh itu, saya berharap pihak berwajib dapat mengambil inisiatif untuk mengurangkan penyiaran cerita-cerita Indonesia daripada pihak penyiaran RTM, TV3 dan ASTRO. Hal ini adalah demi mendidik generasi kita ke arah kehidupan sosial dan agama yang lebih baik.
-WARGA PRIHATIN-

[sim] FOTO : Kereta baru peronda polis PDRM

Kereta baru peronda polis PDRM
selatanonline


Polis PDRM telah melancarkan kereta baru buat polis peronda keluaran Naza iaitu model Forte. Kami tak herankan keretanya, kami lebih tertumpu pada design pada kereta tersebut. Malatop! Lagi gambar selepas ini.



Nampaknya bukan itu sahaja model yang akan digunakan kelak. Malah PDRM juga bercadang untuk menggunakan Toyota Camry dan Kia Corento. Gambar-gambar boleh dilihat di bawah.-/MM



Thursday, December 30, 2010

Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung Aduan Pekerja Pembinaan Tidak Mengamalkan Ciri Keselamatan Di Tapak Pembinaan



 Kenyataan Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Berhubung Aduan Pekerja Pembinaan Tidak Mengamalkan Ciri Keselamatan Di Tapak Pembinaan

KEBANYAKAN MEREKA TIDAK MENGAMALKAN CIRI KESELAMATAN




Saban hari kita mendengar berita berbagai jenis kemalangan berlaku. Daripada kemalangan jalanraya kepada kemalangan industri. Betapa ruginya negara apabila sesuatu kemalangan berlaku dan yang paling malang kebanyakan kemalangan ini biasanya  boleh dielak tetapi tabiat buruk  dan budaya tak kisah menguasai kita.
Gambar-gambar yang dilampirkan adalah pemandangan kerja-kerja menyiapkan Regalia Apartment, di Jalan Kuching dari tingkat 40 kediaman berhampiran. Kelihatan lebih dari 4 orang pekerja bersahaja bekerja tanpa menggunakan sebarang alat keselamatan seperti topi keselamatan@safety helmet, kasut keselamatan@safety boot malah, ada juga yang berseluar pendek.
Di mana penyelia yang sepatutnya menentukan pematuhan undang-undang dan peraturan keselamatan? Di mana jabatan/PBT berkaitan yang patut melaksanakan undang-undang?
Haruskah perlu ditunggu dan dibiar ada kemalangan atau kematian dulu  baru sibuk nak kuatkuasakan peraturan?  Selepas 2 bulan, ulangi lagi sindrom lupa tersebut!
Inilah yang terjadi jika kita tunggu dan biar. Sikap inilah yang menjadi antara punca kemalangan bas yang meragut banyak nyawa kebelakangan ini. Kelalaian dan kecuaian pihak pengurusan atasan dalam memantau pekerja bawahan/teknikal inilah yang menggalakkan perkara yang boleh dibendung/dielakkan terus berlaku. Apabila nasi sudah menjadi bubur, tiada apa lagi yang boleh diperbetul. Malah, semua pihak saling salah-menyalah dan saling menunding jari antara satu sama lain.
PPIM berharap semoga di tahun baru ini, semua pihak yang di dalam industri berkaitan berazam untuk mengelak kemalangan dan bekerja dengan penuh kesungguhan dan amanah. Jangan nanti sudah terhantuk baru terngadah!
Sebarang maklumat, boleh menghubungi sekretariat di 019-9130000. [end]

[sim] INFO : Tanaman yang Sihat Untuk Letak di Dalam Rumah


Punya tanaman hidup di dalam rumah kadang menyusahkan karena harus dikeluarkan saat malam hari, ini karena tanaman boleh jadi racun karena dengan mengeluarkan karbondioksida di malam hari dan malah menyerap oksigen.
Tapi ada beberapa tanaman yang ternyata dapat menghasilkan oksigen di malam hari meski tak ada sinar matahari, sehingga sangat sehat untuk diletakkan di dalam rumah.
Tanaman memang seharusnya berada di luar rumah saat malam hari karena tanaman menghasilkan karbondioksida (CO2) di malam hari, sehingga boleh membuat orang susah bernapas dan berebut oksigen di malam hari.
Nah, beberapa tanaman ternyata dapat menghasilkan oksigen di malam hari meski tak ada sinar matahari, sehingga sangat sehat untuk diletakkan di dalam rumah.
Dilansir Gardenguides, Senin (27/12/2010), berikut beberapa contoh tanaman yang sehat diletakkan di dalam rumah:

1. Lidah mertua (Sansevieria atau Snake Plants)
Dari semua tanaman yang menghasilkan oksigen, tanaman lidah mertua cukup unik karena mampu mengkonversi karbondioksida menjadi oksigen di malam hari, sehingga sangat ideal untuk diletakan di dalam kamar tidur.

Tanaman ini cukup efisien untuk membersihkan udara dan juga menghilangkan formaldehida (metanal) di udara. Selain itu, dalam perawatannya juga memerlukan banyak sinar matahari. 

2. Kaktus Natal (Christmas Cactus)
Spesies dari tanaman kaktus ini juga menghasilkan oksigen dan menyerap karbondioksida di malam hari. Ini membuatnya juga ideal ditempatkan di kamar tidur, karena oksigen yang segar dapat membantu Anda tidur dengan nyenyak.




3. Bunga Gerbera Daisy (Aster)
Bunga gerbera yang berwarna cerah dan termasuk dalam famili Aster ini juga dapat melepaskan oksigen di dalam hari. Bagi orang yang menderita insomnia atau gangguan tidur apnea, meningkatkan jumlah oksigen di dalam ruangan dapat mencapai tidur yang lebih dalam dan nyenyak.
 
 
4. Philodendron
Menurut CleanAirGardening.com, tiga spesies Philodendron dievaluasi oleh NASA (Badan Antariksa Amerika Serikat) sebagai salah satu tanaman yang dapat membersihkan udara dan baik untuk kesehatan.
Dengan daun yang lebar dan subur, philodendron juga merupakan tanaman yang sangat baik untuk ditempatkan di dalam ruangan karena menghasilkan oksigen yang banyak dan menyaring pollution (pencemaran) di dalam rumah.

Tuesday, December 28, 2010

[sim] ARTIKEL : Islamik Kah Perbankan Islamik?



 PENDAPAT 1

    From: Uda Firdaus Abd Rahim <udafirdaus@yahoo.com.my>
    Subject: [sim] ARTIKEL : Islamik Kah Perbankan Islamik?
    To: "SIM" <SahabatInteraktif@yahoogroups.com>
    Date: Friday, December 17, 2010, 12:16 AM

    Islamik Kah Perbankan Islamik?
    
    Apa yang membakar lagi semangat dan meneguhkan lagi pendirian saya ini (pembiayaan bank Islam haram) adalah apabila mendengar penceramah pertama dipersidangan tersebut Dr. Umar Vadilliodengan lantangnya menyatakan bahawa perbankan islamik itu "double" haram.

    Diikuti pula oleh Sheikh Imran Hosein yang bersependapat sedemikian. Pada hari kedua pula Dr. Aziuddin dari KUIS pula menyatakan perbankan islam "triple" haram. Di sini saya ingin berkongsi maklumat dan mengajak rakan-rakan merenung kembali berfikir samada islamikkah perbankan islamik itu dengan amalan-amalan perniagaan yang mereka lakukan dan juga mengapa tokoh-tokoh di persidangan riba' ini menyatakan sedemikian.
    
Perbankan Islam Menghalalkan Apa Yang Haram.
    
Dr. Umar Vadillio dengan lantangnya menyatakan perbankan Islam adalah dua kali (double) haram dan patut ditutup, kerana apa? Kerana menurut beliau perbankan Islam telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba' dan mengaburinya dengan proses jual beli. Apa yang perbankan Islam lakukan adalah menukarkan nama sahaja ke atas urus niaga tetapi sebenarnya ianya adalah aktiviti yang sama iaitu riba' dan penindasan.
    
    Saya ingin menarik perhatian rakan-rakan sekalian kepada satu hadis Nabi SAW yang menyatakan bahawa di akhir zaman di mana pengaruh dajjal telah bermaharaja lela, apa yang kelihatan amat berbeza dari realiti sebenar, baginda mengumpamakannya dengan air sungai yang sejuk dan juga api, apa yang kelihatan sejuk seperti air sungai adalah api yang panas dan sebaliknya, jadi mungkin apa yang dilihat suatu yang positif dari perbankan Islam ini adalah sebenarnya api yang sedang membakar umat Islam yang terpengaruh dengannya? Tidak cukup hanya dengan mata fizikal dan ilmu dunia sahaja untuk melihat realiti sebenar di akhir zaman ini, perlu ada usaha lain untuk melihatnya.
    
    Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.       Surah Al Imran 3:92

    

    Nilai wang yang semakin menyusut disebabkan wang yang dikeluarkan tanpa sandaran Perbankan Islam Juga "Mencipta" Wang Tanpa Sandaran.
    
    Sebelum ke persidangan riba' yang lepas saya menganggap bahawa hanya wang deposit penyimpan di dalam perbankan Islamik sahaja yang akan dipinjamkan kepada peminjam, contohnya jika jumlah keseluruhan deposit penyimpan adalah 1 juta ringgit, maka hanya sejumah itu sahaja yang akan digunakan untuk membiayai pembelian untuk peminjam, akan tetapi apabila mendengar penjelasan dari pembentangan kertas kerja oleh beberapa panel di persidangan ini, maka tiadalah lagi keraguan akan ketidak Islamiknya perbankan Islam itu pada diri saya. Di dalam buku terbaru Real Money karangan Prof Ahamed Kameel Mydin Meera dari UIA juga jelas membangkitkan perihal aktiviti perbankan Islam ini yang mana jelas bersekongkol dengan perbankan konvensional merosakkan keseluruhan masyarakat, hanya sebahagian kecil sahaja yang mendapat manafaat darinya iaitu pekerja dan pemegang saham bank tersebut (dan juga kerajaan dari cukai yang diperolehi).
    
    Asas perbankan konvensional dan Islamik adalah sama iaitu mencipta wang baru menerusi pinjaman melalui sistem pecahan simpanan (fractional reserve sistem), perbezaannya adalah perbankan Islam menggunakan wang yang baru dicipta itu tadi untuk tujuan yang kononnya berlandaskan "shariah", majoritinya adalah melalui konsep ijarah yang mana pinjaman diberikan menerusi proses membelikan sesuatu aset bagi pihak peminjam dan menjualkannya kembali dengan harga yang berlipat kali ganda.
    
    Lihat contoh berikut, katakan terdapat 2 rumah yang sama harganya katakanlah RM300,000 dibiayai dengan pinjaman dan pembiayaan, iaitu satu secara konvensional dan satu lagi secara "Islamik" untuk tempoh 20 tahun, katakanlah kadar faedah adalah 6% yang mana digunakan terus oleh bank konvensional tetapi bagi perbankan Islamik ianya juga akan digunakan sebagai asas perkiraan harga rumah yang akan dijual semula kepada peminjam. Kedua-dua bank Islamik dan konvensional akan "mencipta" wang sebanyak RM300,000 melalui kira-kira perakaunan menggunakan sistem pecahan simpanan (fractional reserve system) dan wang yang baru dicipta ini bukanlah deposit dari penyimpan. Bank konvensional akan meminjamkan wang tersebut manakala Islamik bank pula akan membeli rumah dan menjualkannya semula kepada peminjam
    
    Bayaran bulanan bagi kedua-duanya adalah RM2,149.29 (untuk memudahkan perkiraan, selalunya bayaran bulanan perbankan islamik lebih mahal dari konvensional) untuk selama 20 tahun. Perbankan Islam akan meletakkan RM515,830.59 sebagai harga jualan rumah tersebut kepada peminjam. Perbezaan sebanyak RM215,830.59 dikira sebagai bunga bagi perbankan konvensional dan keuntungan bagi perbankan islamik. Kedua-dua bank mencipta RM300,000 dengan hanya kira-kira perakunan akan tetapi keuntungan bagi pihak perbankan islamik telah pun tersedia. Supaya anda lebih memahaminya lagi mari kita lihat baki pinjaman selepas 10 tahun.
    
    Menerusi perbankan konvensional baki selepas 10 tahun adalah sebanyak RM193,594.77 manakala bagi pembiayaan islamik pula adalah RM257,914.80. Disini dapat dilihat akan perbezaan baki yang mana bagi perbankan islamik lebih banyak dari perbankan konvensional sebanyak RM64,320.03. Dan jika peminjam mahu menjelaskan pembiayaan tersebut pada masa tersebut, peminjam perbankan terpaksa membayar harga yang lebih kecuali mendapat ihsan diskaun dari pihak bank. Mungkin sebab itu jugalah hampir kesemua perbankan konvensional berlumba-lumba membuka bahagian perbankan islamik kerana mereka tahu ianya lebih memberi dan menjamin keuntungan. Mungkin ada yang berkata sekurang-kurangnya jika BLR naik peminjam perbankan islamik akan terjamin, ini tidak seperti yang disangkakan sebenarnya kerana keuntungan perbankan islamik sudah pun terjamin jika kita lihat dari perkiraan diatas. Perbankan islamik sebenarnya lebih menjaga kebajikan mereka sendiri berbanding peminjam dan ini yang gagal dilihat oleh kebanyakan masyarakat.
    
    Masaalah terbesar sekarang ini sebenarnya lebih terletak kepada bagaimana wang pembiayaan itu yang "dicipta" "out of thin air" iaitu atas angin dan tidak berdasarkan suatu yang punyai nilai, hanya bersandarkan kepada janji peminjam untuk membayar balik. Jika RM1000 dipinjamkan pada kadar 10% setahun, selepas setahun RM100 yang dikenakan dianggap riba', bagaimana pula dengan RM1000 yang dicipta tanpa bersandarkan suatu yang bernilai dan secara automatiknya memberikan kuasa membeli tanpa risiko 10 kali lebih banyak dari riba' itu sendiri,bukankah itu riba' yang lebih besar? Ini yang wajib difikirkan semula oleh seluruh masyarakat lebih-lebih lagi oleh cerdik pandai islam yang menyokong perbankan islamik itu sendiri.
    
    Pada pendapat saya, syariahnya perbankan slam itu hanya dilihat dari sudut hubungan antara pelabur dan juga pihak bank sahaja, manakala kebajikan pihak peminjam mahupun masyarakat samada sedikit ataupun tidak langsung diambil kira. Tidak kiralah samada bank islam membeli rumah dan menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi kepada peminjam ataupun bank konvensional meletakkan pembayaran pinjaman beserta faedah, dalam kedua-dua kes jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank oleh peminjam akan senantiasa tidak mencukupi kerana ianya melebihi jumlah wang yang dikeluarkan pada asalnya. Akibat dari ini masyarakat terpaksa bersaing sesama sendiri untuk mengumpul sejumlah wang yang mungkin bagi membayar balik pinjaman, contohnya jika 100 ribu dipinjamkan dan 110 ribu terpaksa dipulangkan, dari mana datangnya 10 ribu itu tadi? Ianya tidak wujud kecuali lebih banyak lagi pinjaman diberikan yang mana melaluinya wang baru akan dicipta. Apa terjadi apabila masyarakat terpaksa bersaing untuk mengaut sebanyak mana wang yang mungkin untuk membayar balik hutang yang berganda banyaknya dari jumlah asal? Masyarakat akan menjadi lebih pentingkan diri sendiri, kedua ibu bapa terpaksa keluar bekerja, anak-anak semakin terabai dan pelbagai lagi masaalah sosial. Pastinya anda seorang yang buta matanya jika tidak nampak keadaan ini berlaku kepada masyarakat kita hari ini? Bandingkan kemajuan masyarakat islam Malaysia khasnya dan sedunia amnya selama berbelas tahun perbankan islamik ini bertapak, adakah masyarakat islam semakin maju? Ya semakin maju meninggalkan Islam dan bukan sebaliknya.
    
    Bagaimana pula dengan inflasi yang mengurangkan kuasa membeli masyarakat dengan penciptaan wang tanpa sandaran yang dilakukan oleh perbankan islamik ini? Bukankah itu satu penganiayaan dan penindasan kepada semua golongan masyarakat baik Islam atau tidak dan golongan manakah yang paling teruk merasakan bahana inflasi itu? Tidak lain tidak bukan mereka yang kurang bernasib baik terutamanya golongan miskin. Bagi yang berjawatan, berpangkat, punyai kerja tetap dan naik gaji saban tahun, itu tidak jadi masaalah. Sebab itulah boleh saya katakan kebanyakan mereka yang beriya-iya menyokong perbankan islamik ini adalah muslim dari golongan sebegini. Mereka tidak dapat melihat kesan sebenar tindakan institusi perbankan baik islamik atau konvensional ini kepada keseluruhan masyarakat. Maaf saya katakan mereka ini seolah-olah sudah dibutakan oleh keselesaan mereka sendiri.
    
Perbankan Itu Bukanlah Satu Perniagaan
    
    Jika kita lihat pada pandangan kebanyakan masyarakat moden hari ini, rata-rata menganggap sistem perbankan itu adalah satu perniagaan tetapi tidak pada pendapat saya, ini adalah kerana dari penjelasan diatas tadi secara jelas ianya adalah institusi riba' yang di"halal"kan, oleh siapa?, oleh pemerintah hasil dari benih yang disemai oleh penjajah British sebelum memberi kemerdekaan fizikal, walaupun penjajahan kolonial itu telah lama berlalu namun sebenarnya negara dan rakyat masih dijajah secara halus, baik dari segi ekonomi dan juga jajahan minda. Walaupun ada contoh yang menyatakan terdapat individu Islam yang bertindak sebagai bank pada awal zaman kebangkitan Islam, persoalan yang patut difikirkan adalah adakah ketika itu wang kertas yang digunakan, dan juga adakah penciptaan wang baru menerusi kira-kira perakaunan diamalkan? Sudah tentunya tidak, jadi tidak bolehlah contoh tersebut diberikan untuk asas melabelkan bank sebagai satu perniagaan.
    
    Rumah terbengkalai yang menjadi beban kepada pinjaman bank
    
    Perniagaan melibatkan risiko antara semua pihak, ini amat penting kerana dari sudut Islam itu sendiri, apa jua tindak-tanduk kita didunia ini mestilah menjaga kepentingan semua umat manusia baik secara langsung atau tidak dan inilah asas kepada tujuan ibadah dan juga perundangan islam. Adakah wujud risiko didalam sistem perbankan? Apabila disebut risiko didalam perniagaan bank ini, selalunya dirujuk risiko antara pihak bank dan juga pihak pelabur, pihak pelabur menanggung risiko akan keupayaan bank untuk memastikan keuntungan dari pelaburan mereka, bagaimana pula dengan risiko kepada peminjam? Ambil contoh projek perumahan terbengkalai yang risikonya hanya ditanggung oleh peminjam. Walaupun pemaju gulung tikar, bank akan tetap cuba memaksa si peminjam agar melunaskan wang yang telah pihak bank keluarkan (walaupun ia tidak wujud secara nyata, hanya kira-kira akaun sahaja). Jadi nampaknya tiada risiko bagi pihak bank dalam hubungannya dengan peminjam. Maka apabila risiko hanya ditanggung oleh satu pihak, kekayaan hanya akan mengalir kesatu arah sahaja. Pihak bank akan semakin kaya dan peminjam akan semakin miskin dan ini bukanlah perniagaan, buktinya lihatlah betapa gahnya bangunan milik institusi perbankan pada hari ini.
    
    Salah satu sifat riba' adalah terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil apa jua risiko, maka apabila bank mendapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam contohnya kes rumah terbengkalai, ternyatalah bank mendapat keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa risiko, maka ianya adalah riba'. Jadi proses contohnya rumah dibelikan oleh bank islam dan dijual semula pada peminjam hanyalah helah semata-mata, tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan "purchasing power" atau nilai tanpa mempunyai risiko ataupun risikonya dikurangkan seminimum mungkin. Hanya Allah SW sahaja yang boleh mencipta sesuatu dari sesuatu yang tidak wujud (create something out of nothing), bank mencipta wang menerusi kira-kira perakaunan iaitu menerusi pinjaman, bank tanpa mereka sedari (atau mungkin sedar) juga telah bertindak sebagai tuhan.
    
    Tanpa sedar kebanyakan manusia yang meminjam dibank baik konvensional atau islamik menjadi hamba kepada mereka, manusia sepatutnya menjadi hamba hanya kepada Allah SW. Sistem ekonomi ini adalah perhambaan baru yang tidak kelihatan dikalangan masyarakat, pertamanya kerana sejak dari awal lagi ianya dianggap suatu yang normal (norma kehidupan), kedua kerana melalui sistem ekonomi ini banyak kesenangan dan kemewahan (nikmat dunia) dapat dikecapi dengan cepat contohnya tanpa perlu menunggu lama mengumpul wang manusia boleh mendapatkan barangan diluar kemampuan tunai dan ketiganya kerana tiada atau kurang pendedahan maklumat mengenai sistem perbankan itu sendiri.
    
    Manusia yang diperhambakan ini rata-rata terpaksa bekerja dengan lebih keras untuk mengeluarkan produk atau perkhidmatan, akan tetapi mereka yang bekerja keras itu tadi bukanlah sebenarnya penerima utama usaha mereka tadi tetapi sebaliknya pihak yang punyai keistimewaan memberikan pinjaman, pihak yang mencipta wang tanpa sandaran iaitu pihak bank. Amat malang sekali perkataan islamik pada bank tidak menggambarkan semangat islam sebenarnya berteraskan keadilan kepada semua umat manusia. Selama berbelas tahun perbankan Islam bertapak di negara kita adakah kualiti kehidupan masyarakat khasnya umat Islam semakin baik terutamanya iman? Kehidupan umat manusia akhir zaman hari ini kebanyakannya telah terjerumus kearah mengejar materialistik, ini jelas kelihatan dengan kecenderungan untuk mengejar wang dan harta, persaingan mendapatkan pekerjaan ataupun keuntungan dalam perniagaan, semua ini pula menjurus kepada masyarakat yang semakin tidak bermoral, semakin nipis iman, semakin kurang masa untuk keluarga, saudara-mara dan masyarakat yang mana ini pula menghasilkan generasi baru yang semakin hilang nilai moral, lebih terpengaruh dengan gejala luar dan sebagainya.
    
    Ramai yang memberi alasan bagaimana bank boleh berfungsi jika mereka tidak mengambil keuntungan dari usaha mereka? Bagaimana hendak membayar gaji pekerja dan juga memberi pulangan kepada penyimpan? Untuk menjawabnya saya ajukan soalan, adakah bayaran yang dikenakan oleh bank setampil dengan usaha yang mereka lakukan? Adakah dengan hanya mencipta wang menerusi kira-kira akaun mereka berhak mengenakan bayaran berganda dari pinjaman yang diberikan? Pada pendapat saya perkhidmatan kesihatan yang sepatutnya diswastakan sepenuhnya dan khidmat bank dikendalikan oleh kerajaan dengan mengenakan bayaran perkhidmatan yang paling minimum. Hampir kesemua penyakit masyarakat moden hari ini datangnya dari stress, dan boleh dikatakan hampir kesemua stress ini datangnya dari hal berkenaan dengan wang baik secara langsung atau tidak, jadi sekiranya punca stress ini diminimakan bukankah punca penyakit dapat dikurangkan? Ini menghasilkan masyarakat yang lebih sihat. Apabila manusia bebas dan tidak diperhambakan maka akan lahirlah generasi yang lebih cemerlang. Kebebasan adalah asas kepada kreativiti dan kreativiti pula asas kepada penghasilan idea dan produk baru yang mana akan kembali semula memberi manafaat kepada manusia itu sendiri.
    
    Melalui sistem perbankan ini juga kekayaan dengan mudahnya berpindah dari pihak yang mempunyai keistimewaan atau kuasa untuk mencipta wang tanpa perlu membanting tulang. Lihat senario ini, apabila peminjam tidak mampu membayar balik pinjaman contohnya pinjaman rumah, apa tindakan yang akan pihak bank lakukan? Mereka akan mendapatkan perintah mahkamah untuk merampas rumah tersebut. Bank yang pada asalnya mencipta wang hanya melalui kira-kira akaun akhirnya menjadi pemilik harta yang sebenar, bukan lagi wang yang bersandarkan hutang. Apabila rumah itu dilelong, bank kemudiannya akan punyai wang nyata iaitu tidak dicipta melalui hutang. Amat malang lagi jika rumah yang dilelong tidak cukup membiayai baki hutang, jika peminjam punyai tanah, tanah itu juga akan berpindah milik kepada bank akhirnya. Ini bermakna bank dengan hanya menaip data kira-kira didalam sistem akaun bank lama kelamaan akan menjadi "raja" yang berkuasa. Menerusi mekanisma perbankan inilah kekayaan berpindah secara bathil, penipuan menerusi muslihat yang tidak kelihatan oleh pemikiran yang tenggelam dengan hiburan muzik, filem, permainan video, facebook dan sebagainya.
    
    Kesan buruk sistem perbankan moden hari ini tidak dapat dilihat hanya dari sudut yang sempit, hanya kerana memiliki pekerjaan yang tetap, gaji yang melayakkan untuk mendapat pinjaman, manusia merasakan tiada salahnya membayar sejumlah wang setiap bulan sebagai balasan kepada perbankan Islam yang telah membelikan rumah atau kereta bagi pihak mereka dan menjualkannya semula dengan harga yang lebih tinggi. Kesan buruknya harus dilihat dari sudut keseluruhan masyarakat. Pertamanya apabila kita meminjam dari bank, nilai wang akan semakin cair, dan ini yang dinamakan inflasi, keduanya jumlah wang yang terpaksa dipulangkan kembali kepada bank sentiasa melebihi jumlah wang yang telah dikeluarkan maka wujudlah persaingan, didalam sistem kewangan sekarang ini hidup manusia ibarat permainan kerusi musik, apabila musik berhenti (ekonomi jatuh) pasti akan ada yang kecundang (bankrap). Sebab itulah Allah sw mengishtiharkan perang terhadap riba' kerana kesannya adalah kepada keseluruham masyarakat dan bukan kepada satu individu sehaja.
      
Kemiskinan, segalanya berkemungkinan membawa kepada kekufuran.                         (Baihaqi dan Tabarani)
     
Lihatlah kesan buruk yang diberikan oleh inflasi, jika beberapa tahun dahulu simiskin boleh membeli sebungkus nasi lemak dengan 50 sen, sekarang terpaksa membayarnya dengan seringgit, bukankah ini satu penindasan, dan rata-rata simiskin adalah mereka yang paling teraniaya didalam sistem ekonomi moden ini kerana kurangnya upaya mereka untuk meminta gaji yang lebih tinggi (tiada kelayakan sijil, ijazah dll.) apatah lagi mendapatkan pinjaman dari bank (contohnya tiada slip gaji atau penyata bank). Simiskin ibarat sudah jatuh ditimpa tangga, sudahlah sedikit wang yang ada pada mereka nilainya semakin menurun, mereka juga tersepit antara persaingan pelanggan-pelanggan bank yang bersaing untuk mengaut wang sebanyak mungkin untuk membayar balik pinjaman kerana jumlah wang yang ada dalam kitaran sentiasa kurang dari wang yang terpaksa dibayar balik kepada bank. Apabila mereka sedar mereka semakin kalah dan semakin miskin, maka jalan akhirnya adalah mendapatkan wang tersebut secara paksa iaitu mencuri. Secara tidak langsung masyarakat sendiri yang mencipta pencuri, lihatlah kebanyakan kawasan perumahan sekarang ini terpaksa dikawal, siapa yang harus disalahkan jika bukan diri sendiri? Fikir-fikirkanlah pula rumah yang terpaksa dikawal itu adakah rumah yang dibeli secara tunai atau secara pinjaman? Tiada bezanya dengan penjara, cuba anda fikir-fikirkan, penjara dihuni oleh pencuri dan diluar penjara adalah orang yang dicuri atau teraniaya, didalam kawasan perumahan berpagar dan dikawal, didalamnya juga adalah "pencuri" dan diluar pula adalah golongan yang teraniaya. "Pencuri" yang saya maksudkan adalah mereka yang bersubahat bersama-sama dengan pihak bank menurunkan nilai wang kepada seluruh masyarakat dan yang paling menerima kesannya adalah simiskin menerusi penciptaan wang melalui pinjaman (fractional reserve system) dan juga menyebabkan persaingan didalam masyarakat berlumba merebut wang yang tidak pernah cukup dalam masyarakat,jadi siapa pencuri yang lebih besar sebenarnya?
    
    Hanya riba' sahaja dosa yang Allah SW mengishtiharkan perang terhadapnya dan perumpamaan besarnya dosa riba' walaupun yang paling kecil adalah umpama berzina dengan ibu sendiri, kerana apa? Kerana ianya melibatkan seluruh masyarakat dan bukan hanya bank dan peminjam sahaja. Jadi melihat kepada kesan buruk secara halus kepada masyarakat yang dilakukan oleh perbankan Islam ini maka tiada bezanya dengan perbankan konvensional yang mengamalkan riba' secara terbuka.
    
    Tiada yang percuma didunia ini, setiap nikmat yang dinikmati ada harga yang terpaksa dibayar, salah satu falsafah fizik kuantum adalah manusia itu sendiri mencipta realiti kehidupannya, malangnya rata-rata umat manusia tanpa sedar mencipta realiti kehidupan mereka itu dan menyalahkan insan lain apabila musibah berlaku kepada mereka, contohnya pencuri yang jelas kelihatan sedangkan mereka tanpa sedar dan secara halus mencuri nilai dari manusia lain dengan membantu menambahkan inflasi dan juga persaingan. Etika sebenar ekonomi Islam adalah kekayaan beralih dari golongan kaya kepada golongan miskin melalui zakat dan sedekah akan tetapi menerusi sistem ekonomi moden yang berasaskan riba ini jelas menyebabkan keadaan sebaliknya, dan ini jelas juga berlaku dalam perbankan islamik.
    
    Tidak guna mengemukakan masaalah tanpa cuba memberikan jalan penyelesaiannya, didalam dunia moden yang telah diselimuti oleh riba' ini teramat sukar untuk kita semua lari darinya, inilah yang digambarkan oleh hadis Nabi SAW akan debu atau wap riba' yang akan menimpa seluruh umat manusia. Pada pendapat saya langkah pertamanya adalah seluruh umat Islam wajib berusaha untuk kembali kepada penggunaan wang sunnah, iaitu wang yang punyai nilai sebenar (intrinsic value) seperti logam bernilai atau komoditi atau paling tidak pun wang kertas itu sendiri disandarkan dengan suatu yang bernilai. Penggunaan wang contohnya emas ini adalah untuk urusan harian dan bukan untuk simpanan semata-mata seperti yang dilakukan oleh masyarakat hari hari ini yang mana tentulah mereka yang bernasib baik dan mempunyai wang sahaja yang mampu membelinya. Apa guna menyimpan emas jika tiap ketika kita takut akan kehilangannya, bukankah berusaha mencapai keadilan ekonomi kepada seluruh masyarakat itu lebih patut diutamakan, barulah tidur malam lebih lena walaupun tingkap terbuka luas. Keduanya pula adalah mengembalikan kuasa mencipta wang kepada masyarakat dan bukan kepada sesetengah pihak sahaja iaitu bank, contohnya jika petani menanam padi, beras yang dihasilkan boleh menjadi wang baru samaada ianya ditukarkan dengan emas atau wang yang disandarkan dengan emas keluaran bank yang dikendalikan oleh kerajaan atau sebagai kemasukan debit di dalam akaun kewangannya yang mana ianya akan digunakan oleh petani itu tadi untuk membeli barangan lain contohnya ayam dari penternak pula.
    
    Persoalan seterusnya adalah adakah kerajaan yang memimpin kita pada hari ini berminat untuk melakukan perubahan ke arah keadilan sosial ini? Pada pendapat saya mereka tidak berminat untuk melakukannya, kerana apa? Kerana saya tidak nampak pemimpin yang ada sekarang ini "nawaitu" adalah lillahita'ala. Rata-rata insan yang saya jumpa dan beriya-iya menyokong kepimpinan sekarang ini juga adalah mereka yang mendapat kesenangan dunia dengan sokongan mereka terhadap pemimpin mereka. Hanya pemimpin yang takutkan Allah SW sahaja yang mampu melakukannya dan bukan pemimpin yang takutkan isteri. Jika untuk memimpin isteri menjadi lebih soleh contohnya dengan bertudung pun tidak mampu, janganlah pula kita nak harapkan pemimpin sebegini untuk melakukan suatu yang lebih besar lagi ke arah menyelamatkan ummah. Hanya sistem khilafah sahaja jalan penyelesaiannya. Demokrasi? Samalah juga dengan sistem perbankan ciptaan barat yang penuh penipuan, tiada demokrasi dizaman moden ini sebenarnya, yang ada hanyalah manipulasi menerusi kawalan minda dengan pengawalan media, pendidikan dan sebagainya.
    
    Adakah Perubahan Boleh Dijalankan Dengan Mendadak?
    
    Tiada tamadun yang terbina dalam masa setahun dua akan tetapi yang pasti semuanya bermula dari minda, dari kesedaran akan kebathilan dan juga keinginan yang kuat untuk berubah, moga insyaallah adalah hendaknya generasi baru yang akan sedar dan mampu melihat dengan mata keimanan dan apabila mereka ini bangkit menjadi pemimpin satu hari nanti insyaallah akan mampu mengubah dengan tangannya. Jadi buat masa ini apa yang boleh dilakukan? Tidak mampu dengan tangan maka dengan bersuara dan menyatakan ketidak setujuan dengannya, dan inilah yang cuba saya lakukan dengan artikel saya ini disamping berusaha untuk memberi kesedaran. Harap rakan-rakan juga berusaha bersama menjadi agen perubahan dengan menjadi penyebar ilmu, paling tidak pun ungkitkan perbincangan mengenai perkara ini kepada rakan-rakan yang lain bila ada kelapangan untuk berbual, bukankah tindakan anda itu ibarat menanam saham akhirat berbanding dengan borak kosong.
    
    Saya juga telah pun bertaubat tidak akan lagi meminjam dari bank dan meminimakan sebanyak mungkin wang yang disimpan didalam bank kerana wang yang disimpan itu juga akan digunakan oleh pihak bank sebagai syarat simpanan (reserve requirement) untuk memberi pinjaman baru, ini secara tidak langsung bersubahat dengan pihak bank mencipta wang baru dan menambahkan lagi inflasi, beban yang kembali kepada diri saya sendiri dan juga kepada seluruh masyarakat. Mungkin akan ada yang merungut bagaimana nak hidup dizaman moden ini jika tidak meminjam? Saya sudahpun memberi contoh menyewa dan kemudiannya membeli secara tunai rumah dalam artikel saya yang lepas. Bagaimana dengan kenderaan? Nampaknya terpaksalah bersusah-susah dahulu dengan pengangkutan awam sebelum bersenang-senang kemudian akan tetapi dengan cara generasi baru yang rata-rata dibesarkan dengan kesenangan mudah (contohnya mainan semuanya tersedia dialam kotak dan tidak seperti generasi dahulu yang membuat mainan sendiri) dan kehidupan yang diselimuti kemewahan, maka tepuk dada, guna frontal lobe dan tanyalah iman.
    
    Hidup di dunia ini ibarat kita berjalan kaki pulang kerumah, perjalanan yang jauh dan sukar dengan panas terik dan hujan lebat. Sedang kita berjalan itu ada insan yang mahu memberi kemudahan menumpangkan kita dengan kenderaannya akan tetapi dengan syarat iaitu sebahagian dari kawasan rumah kita mesti diserahkan kepadanya. Kerana tidak sanggup bersusah payah maka kita pun bersetuju, lepas beberapa ketika tuan punya kenderaan sampai ke destinasi akan tetapi kita masih belum sampai dan kembali semula berjalan, keadaan yang sama berulang kembali dengan ada insan lain yang mahu menumpangkan. Lama kelamaan kerana kita mahukan kesenangan dan tidak mahu bersusah-payah, akhirnya rumah kita akan tergadai. Perbuatan berjalan kaki itu adalah kehidupan kita didunia ini, rumah yang dimaksudkan itu adalah syurga yang telah dijanjikan oleh Allah SW bagi mereka yang kekal mengikut perintahNya dan insan yang memberi tumpang itu adalah syaitan yang memperdayakan manusia.
     
         Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah Akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kesyurga maka sesungguhnya dia telah berjaya dan (ingatlah bahawa) kehidupan didunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. Surah Al Imran 3:185.
     
           Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata) permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; (semuanya itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa yang tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; Akhirnya ia menjadi hancur bersepai dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (di sediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu) dan (ada pula) keampunan besar serta keredaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat) dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
     
      Telah pun saya jelaskan sebaik mungkin dan terpulanglah kepada rakan-rakan sekalian untuk menilai, nilaikanlah ianya ikut akal dan bukan ikut rasa. Saya hanyalah penyampai yang mencuba sebaik-baiknya untuk berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, apa yang saya harapkan adalah agar rakan-rakan dapat melihat perkara ini dari sudut keseluruhan kesan kepada masyarakat dan tidak hanya faedah kesenangan dunia kepada diri sendiri sahaja. Apabila saya melihat masyarakat kita semakin hari semakin rosak akhlaknya dan semakin nipis imannya, saya banyak berfikir mengapa dan hasil kajian dan penelitian, sistem kewangan dan perbankan baik islamik atau tidak inilah salah satu punca utamanya dan saya tidak mampu menahan diri dari lantang bersuara. Ribuan ampun dan maaf jika artikel saya ini mengguris hati sesetengah pihak, lumrah ubat itu pahit dan manis itu racun maka fikirkanlah. Moga kesedaran akan sampai jua akhirnya, insyaallah. Jadi Islamikkah perbankan islamik? Terpulanglah pada anda kembali untuk menentukannya.

    (Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Al-Rad, Ayat 28)
    
    sumber : http://zharifalimin.blogspot.com/2010/12/islamik-kah-perbankan-islamik.html
    sumber lain berkaitan isu ini : http://zharifalimin.blogspot.com/search/label/Kewangan%20Dan%20Riba
______________________________________________________________________________________________________

PENDAPAT 2

    From: Limbat <limbat@yahoo.com>
    Date: 2010/12/17
    Subject: Re: [sim] ARTIKEL : Islamik Kah Perbankan Islamik?
    To: SahabatInteraktif@yahoogroups.com

Artikel ini elok dibaca oleh orang2 yang dengan lantangnya berkata yang itu haram, yang ini halal hanya kerana sesuatu badan memberikan cop "shariah compliant". Semasa saya menghadiri kursus di Dubai tentang perbankan islam, tahukah anda siapa yang ramai menghadiri kursus tersebut? Bankers dari UK, German, dan Dubai sendiri yang bukan pun muslim. Mereka melihat islamic banking sebagai satu opportunity yang besar kepada mereka. Bank2 yang terkedepan dalam islamic banking antaranya HSBC, StanChart, Deutsche Bank, BNP Paribas dll... Anda yakin mereka ini betul2 mengeluarkan produk yang betul2 halal? Samalah keadaannya dengan di negara kita... Malah produk kita seperti Al-Baitu Bithamin Ajil pun mendapat banyak kritikan daripada shariah scholar luar. Lecturer yang mengajar saya ketika itu sendiri berkata, "kalau sudah dinamakan bank, mana mungkin ianya islamik. Sebab definisi sebuah bank itu maknanya bisnes utamanya ialah menerima wang deposit dan meminjamkan wang".

    Ramai antara kita yang menyandarkan kepada Shariah Council satu2 badan atau syarikat untuk menentukan halal-haram. Dengan harapan kalau mereka silap, merekalah yang akan tanggung dosa. Tahukah kita disebabkan tidak ramai "scholar" yang boleh dipakai dalam bisnes ini, maka ada yang duduk dalam berpuluh2 "Shariah Board", Dan ramai antaranya yang telah lanjut umurnya (>60 tahun). Kontrak2 produk islamik tu kebanyakannya tebal2 dgn tulisan kecil dan secara teknikal. Agaknya mampukah mereka untuk meneliti semua kontrak yang dibawa kepada mereka sebelum mereka bagi kata putus ianya shariah compliant?

    Di negara kita ada lebih 800 syarikat tersenarai di Bursa dan SC meluluskan 600 lebih syarikat sebagai shariah compliant. Saya pernah terlibat dgn Dow Jones Islamic Index untuk melihat syarikat2 kita sama ada shariah compliant atau pun tidak. Dan mengikut kriteria mereka, tak sampai pun 100 syarikat yang melepasi kriteria mereka. Masih yakinkah kita lagi  untuk mengatakan semua syarikat yang disahkan "shariah complaint" itu benar2 halal?

    Maaf bukan niat saya untuk menimbulkan keraguan sahabat2 sekelian tapi sekadar mengingatkan kita (terutama jurujual produk) jangan terlalu yakin sangat hingga sanggup mengecam produk2 lain yang kononnya tidak patuh syariah sebagai haram, dan yang patuh syariah sebagai halal.. Wallahu A'lam.

    New kid on the blog; http://abuamama.blogspot.com/
__________________________________________________________________________

PENDAPAT 3
From: "Ibrahim Shah." <banapore1@gmail.com>

Benar kata saudara limbat,pengalaman sayapun menunjukkan 'jurujual produk' unit trust terutamanya rajin war2kan ASB haram,supaya org beli unit trust mereka,bila ada sahaja perbincangan kewangan ttg ASB itulah modal mereka..di msia ada 2 fatwa satu kata halal satu lagi kata haram..sebagai org awam di benarkan pilih mana2 pendapat dgn yakin..saya yakin dgn fatwa mufti yg menghalalkan di negeri perak dan kedah..

Mengikut fatwa negeri Perak dan Kedah, pelaburan dalam ASB adalah harus dan dividennya halal .Merujuk kepada Majlis Fatwa Negeri Kedah melabur dalam ASB adalah harus. Tuan dinasihatkan supaya melabur dalam mana-mana institusi yang telah difatwakan halal. Mengikut fatwa negeri Kedah dan Perak hukum melabur dalam ASB adalah harus dan dividennya halal.

Tak perlu terlampau detail ikutkan kerja kerajaan mahupun swasta halal ke 100%?..logiknya tak, bukankah tok najib pernah kata pendapatan negara halal/haram tak asing2kan..kalau detail lagi tuang kerja seminitpun kira halal ke pendapatan kita tu?...

jadi bersederhanalah dan bersihkan fikiran,nak laku produk tak perlu buruk2 produk org lain,ramai org tinggal separuh pelaburan mereka di unit trust selepas melabur awal tahun 2008,sampai sekarang walaupun naik masih tak pulang modal,adakah mereka berani nak ceritakan kisah itu..pernahkah pelabur ASB rugi berbanding unit trust?..
__________________________________________________________________________________



     
PENDAPAT 4 

Saya tertarik dgn perbincangan ini. Mulanya saya berpandangan ASB tak halal. Tapi pernah tak anda meneliti hujah2 kenapa majlis fatwa katakan halal?

Pertama, ASB adalah satu2 nya guaranteed fund,tiada alternatif lain yg ditawarkan oleh mana-mana private trust fund manager.

Kedua, berapa % pelaburan ASB di dalam sumber haram? Cuba cek. Very minimal.

Jadi,berdasarkan dua faktor di atas, ASB boleh dilabur dan dikira halal,unless kalau ada alternatif lain yg 100% sama mcm ASB. Public mutual semestinya berbeza sbb ada service caj yg mahal.
 
PPIM : APA PULA PENDAPAT ANDA?

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...