Thursday, October 31, 2019

5447) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT PENGARAH BAHAGIAN DASAR KEPENJARAAN - PPIM - 31/10/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Pengarah Bahagian Dasar Kepenjaraan, KP Dato' Haji Nordin Haji Muhamad di Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

5446) MENDERITA, PEKERJA BANGLADESH TIDAK DIBAYAR GAJI - TVPPIM - 31/10/2019

5445) TUBUH JAWATANKUASA PANTAU KONTRAKTOR ASING TAK BAYAR GAJI - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 31/10/2019


KUALA LUMPUR – Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) digesa mewujudkan satu jawatankuasa bagi menangani projek pembangunan oleh kontraktor bermasalah.
Ketua Aktivis Pertubuhan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, ia bagi memastikan kontraktor binaan tidak meneruskan projek pembangunan sekiranya wujud pengabaian kebajikan pekerja termasuk culas membayar gaji.
Ia susulan daripada sikap lepas tangan sebuah syarikat kontraktor dari China yang didakwa masih gagal menjelaskan bayaran kerja-kerja pembinaan termasuk gaji pekerja sebuah kondominium mewah di sini sejak empat bulan lalu.
“Kebelakangan ini terdapat banyak aduan sama ada kontraktor utama mahupun kecil yang tidak mendapat bayaran kerja-kerja pembinaan.
“PPIM melihat ini satu gejala yang tidak baik dan menimbulkan pelbagai masalah seperti isu sosial dan ekonomi di negara kita.
“Kontraktor tempatan bila ada masalah, bayaran tak dikeluarkan, maka satu jawatankuasa ataupun pusat aduan untuk membolehkan rakyat mengadu.
“Kerajaan boleh nasihatkan (kontraktor) wujudkan pangkalan data kontraktor yang gagal buat bayaran dan selepas ini kerajaan tak perlu beri lagi projek pembangunan yang membawa kesusahan kepada rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media di tapak projek kondominium mewah D’Rapport Residences, di Jalan Nipah hari ini.
MGF31102019_SIDANG-MEDIA-PPIM-ISU-GAJI12
Ketua Aktivitis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tiga kanan) mendengar penerangan daripada salah seorang pekerja, Muhammad Sabeu Fokur (tengah) mengenai gaji yang mereka tidak terima pada sidang media di tapak pembinaan D’ Rapport Residences, Ampang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 OKTOBER 2019
Terdahulu sekumpulan 100 pekerja warga Bangladesh berhimpun di tapak projek kondominium mewah itu sambil memegang gambar dan laporan polis terhadap kontraktor asing itu didakwa gagal menjelaskan bayaran gaji mereka sejak empat bulan lalu.
Selain pekerja asing, kontraktor kecil yang dianugerahkan kerja-kerja pembinaan tambahan hartanah itu turut tidak mendapat bayaran sehingga RM2 juta meskipun projek terbabit hampir 97 peratus telah disiapkan sehingga kini.
MGF31102019_SIDANG-MEDIA-PPIM-ISU-GAJI07
Wakil sub-kontrak Dasar Construction Sdn Bhd, Hada Thakrit bercakap pada sidang media mengenai kontraktor luar negara tidak dibayar gaji di tapak pembinaan D’ Rapport Residences, Ampang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 OKTOBER 2019.

Sementara itu, menurut wakil syarikat kontraktor Dasar Construction Sdn. Bhd., Hadar Thakrit, pihaknya dianugerahkan kerja-kerja itu daripada China Railway Group Limited sejak lima tahun lalu.
Bagaimanapun, projek bernilai RM5 juta itu kini masih mempunyai hutang tertunggak berjumlah RM2 juta dan kontraktor utama didakwa hanya mahu melunaskan RM78,000 sahaja.
“Permulaannya kontraktor utama membuat bayaran dengan baik sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun baki RM2 juta masih belum dilunaskan,” katanya.
Hadar tidak menolak kemungkinan kontraktor asing cuba mempermainkan kontraktor tempatan apabila wujud cubaan untuk melanggar syarat pembayaran seperti mana yang dipersetujui sebelum ini.
“Isu bayaran RM78,000 itu telah dimainkan sejak 4 bulan lalu namun bayaran tidak pun dibuat.
“Kontraktor utama hanya akan membayar RM78,000 dan baki selebihnya mereka enggan membuat bayaran sedangkan jumlah tertunggak adalah RM2 juta,” katanya.
Para pekerja memegang gambar individu yang dipercayai tidak membayar gaji mereka pada sidang media berkaitan kontraktor luar negara gagal bayar gaji di tapak pembinaan D’ Rapport Residences, Ampang, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 31 OKTOBER 2019.
Sehubungan itu, PPIM menggesa kerajaan segera campur tangan kepada sikap kontraktor asing yang cuba melanggari undang-undang di negara ini yang jelas bertentangan melakukan penganiayaan kepada pekerja walaupun warga asing.
“Kita tak nak perkara ini (tak buat bayaran) menjadi budaya di negara ini. Kita nak pihak kerajaan tengok terutamanya bila melibatkan kontraktor luar (asing).
“Pekerja datang dari Bangladesh, bukan mudah nak datang kena bayar duit (kos permit) jadi kita menganiaya mereka, mana kemanusiaan kita?
“Saya amat berharap pihak kerajaan dan Jabatan Perdana Menteri sendiri melihat perkara ini kerana rakyat dalam pelbagai cabaran hari ini.
“Ada 25 sub kontraktor yang mengadu dengan kita, kita tak mahu ada perkara-perkara yang zalim, sampai tak bayar gaji sampai 4 bulan,” katanya lagi.

Artikel oleh: Malaysia Gazette
TUBUH JAWATANKUASA PANTAU KONTRAKTOR ASING TAK BAYAR GAJI - PPIM

5444) KONTRAKTOR LUAR NEGARA TIDAK BAYAR GAJI PEKERJA - SIDANG MEDIA PPIM - 31/10/2019

Satu sidang media telah diadakan pada hari ini di Tapak Pembinaan D`Rapport Residences Kuala Lumpur mengenai "Kontraktor Luar Negara Tidak Bayar Gaji Pekerja". 


Wednesday, October 30, 2019

5443) AKTIVITI | MAJLIS PELANCARAN TABUNG FOOD BANK & KEMPEN DERMA DARAH - PPIM - 30/10/2019

Toqqi menghadiri Majlis Pelancaran Tabung Food Bank & Kempen Derma Darah sempena Hasani Charity Run Kuala Lumpur di Hotel Istana Kuala Lumpur.

Majlis telah dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. 


5442) AKTIVITI | MENGHADIRI MESYUARAT MAJLIS TINDAKAN MEMBANTERAS DADAH (MTMD) WILAYAH PERSEKUTUAN - PPIM - 30/10/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menghadiri Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Wilayah Persekutuan di Kementerian Wilayah Persekutuan, Putrajaya.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Haji Khalid Abd. Samad


5441) "AHLONG NI LAMBAT SEMINIT PUN DIA CAJ, INI REALITI" - TV. PPIM - 29/10/2019


"Ahlong Ni Lambat Seminit Pun Dia Caj, Ini Realiti" Dengarkan Soal Jawab Berkaitan Ahlong Bersama Toqqi ⬇️ Terjerat Ahlong? Jangan Risau! Dapatkan Bantuan PPIM . Bagi Mendapatkan Bantuan, hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat 54000 Kuala Lumpur Whatsapp: https://BendaBolehSettle.wasap.my https://UnitBanterasCetiHaram.wasap.my Hubungi: 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi Melaporkan Aduan & Menetapkan Temujanji: http://ahlong.ppim.org.my/ . Ayuh Bertindak Sebelum Terlambat, Jom Mulakan Hidup Baru! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. . #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara


Artikel oleh: TV. PPIM

"AHLONG NI LAMBAT SEMINIT PUN DIA CAJ, INI REALITI"



Tuesday, October 29, 2019

5440) KEMPEN BMF TETAP TIDAK TERJEJAS DI PERAK - SINAR HARIAN - 29/10/2019


PERAK dengan penuh ketegasan menyatakan pendirian untuk tidak membenarkan kempen Beli Produk Muslim Dahulu (BMF) dilaksanakan di masjid-masjid di negeri itu.

Seperti yang dinyatakan Exco Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan, Asmuni Awi, keputusan dibuat selepas perkara itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) minggu lalu.

Kerajaan Perak berpendapat, penganjuran BMF yang giat digerakkan di seluruh negara kini hanyalah ‘jalan’ bagi pihak-pihak tertentu menggunakan nama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk mencapai kepentingan politik.

Ini ditegaskan Asmuni menerusi laporan dan siasatan yang dijalankan mendapati individu yang terlibat dalam pelancaran kempen tersebut merupakan pimpinan bagi parti politik tertentu.

Beliau turut menyatakan dalam konteks masjid dan surau, aktiviti-aktiviti yang dianjurkan parti politik atau pihak lain yang didalangi politik kepartian sama sekali dilarang seperti mana dititahkan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selaras ketetapan itu, semua kempen BMF yang telah dijadualkan diadakan di masjid-masjid di negeri itu dibatalkan dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) diarah untuk mengambil tindakan tegas terhadap jawatankuasa masjid yang ingkar.

Pendirian dibuat kerajaan Perak itu turut mendapat sokongan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof yang menyifatkan masjid perlu menjadi sebuah institusi yang bebas daripada sebarang aktiviti dan pengaruh politik.

Pentadbiran Perak yang kini di bawah pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebenarnya mahu keutamaan dalam mempromosikan kempen-kempen membeli diberikan kepada barangan halal dan buatan Malaysia terlebih dahulu, selari dengan polisi kerajaan yang giat mempromosikan pensijilan dan penghasilan produk halal.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam satu program pada September lalu juga pernah menyatakan bahawa komitmen kerajaan Perak adalah menerusi ‘Buy Malaysian First’.

Beliau dipetik berkata, Kerajaan Perak menyokong usaha mendahulukan produk halal atau Muslim namun menegaskan agar tidak memboikot produk perusahaan bangsa atau agama lain.

Penegasan dibuat kerajaan Perak ini telah menimbulkan pelbagai persepsi dalam kalangan pendokong kempen BMF dan umat Islam secara keseluruhannya.

Ada yang menyatakan kecewa tidak kurang juga keliru apabila penglibatan Jabatan Mufti Perak dalam membantu kempen berkenaan dipertikai.

Bagi mereka, peranan Jabatan Mufti dan jawatankuasa majlis adalah satu kewajipan untuk menggalakkan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam yang sama sekali tidak melanggar hukum syarak.

Seperti terkandung dalam Seksyen 7(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Perak) 2004: Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalak, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Negeri Perak Darul Ridzuan selaras dengan Hukum Syarak.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menerusi satu kenyataan pada 10 September lalu ada menyebut, kempen BMF yang diketengahkan dalam masyarakat negara ini merupakan implementasi daripada konsep taawun yang bertujuan memperkasa ekonomi umat Islam.

Beliau dengan tegas menyatakan, Islam menuntut umatnya untuk berusaha memperkasa ekonomi dengan mengeluarkan dan membekalkan produk buatan sendiri tanpa menafikan hak dan penglibatan orang bukan Islam dalam berjual beli dengan syarat mematuhi hukum dan etika pengeluaran sesuatu produk.

Di sebalik situasi yang berlaku ini, kempen BMF tidak sedikit pun terganggu malah ada pihak yang terus positif untuk lebih menggandakan usaha dan sokongan mereka terhadap perjalanan kempen terbabit.

Gerakan Pembela Ummah Perak (Ummah) satu daripadanya yang menanam tekad untuk menggerakkan seramai mungkin usahawan Muslim untuk menjayakan kempen BMF.

Begitu juga bagi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menyifatkan larangan kempen BMF dalam kawasan masjid itu bukan sahaja tidak menjejaskan kempen, sebaliknya membantu mempromosikan lagi BMF.

Memetik kata Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, perkembangan yang berlaku di negeri itu tidak akan menjejaskan kempen BMF kecuali pihak terbabit melarang rakyat untuk membeli produk keluaran Muslim dan PPIM bersedia meneruskan kempen BMF sebagai satu agenda membantu rakyat.


Artikel oleh: Sinar Harian

KEMPEN BMF TETAP TIDAK TERJEJAS DI PERAK

https://www.sinarharian.com.my/article/54460/Analisis-Sinar/Kempen-BMF-tetap-tidak-terjejas-di-Perak

Saturday, October 26, 2019

5438) BACAAN GULA 32 - HARIAN METRO - 26/10/2019


Artikel oleh: Harian Metro

BACAAN GULA 32

5437) KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MENULAR, KATA PPIM - MALAYSIA DATELINE - 24/10/2019


Isu ketagihan permainan dalam talian dilihat semakin bertambah serius sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh membawa kesan negatif, kerana ia kini bukan hanya sering menjadi satu ketagihan di kalangan kanak-kanak, malah ia juga telah mulai turut menjangkiti orang dewasa.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata sejak kebelakangan ini pihaknya ada menerima beberapa aduan dan rungutan orang ramai dan juga ketua-ketua jabatan, bahawa terdapat penjawat awan yang ketagih dengan permainan dalam talian hingga menjejaskan tugas mereka.

Beliau berkata walaupun jumlah aduan yang diterima tidak banyak, namun beliau risau sekiranya terus dibiarkan, ia akan menjejaskan mutu perkhidmatan awam.

“Saya menyeru agar ketua-ketua jabatan kerajaan peka dengan perkara ini dan membuat pemantauan serta mengambil tindakan awal bagi membendungnya sebelum terlambat,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Malah menurutnya lebih parah lagi, ada juga kes-kes di mana ada penjawat awam yang sanggup membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang tidak berlesen atau ‘Ah Long’ semata-mata untuk melepaskan ‘gian’ ketagihan itu.

“Saya juga harap agar pihak berwajib mengambil tindakan akan perkara ini sebelum ia meresap dalam sistem masyarakat kita dengan melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat dan bersungguh-sungguh serta menambah baik perundangan yang sedia jika perlu,”katanya.

Beliau berkata kerajaan boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan China baru-baru ini yang mengharamkan operasi permainan dalam talian ‘PlayerUnknown’s Battlegrounds’ (PUBG) yang digantikan dengan permainan baharu yang lebih bersifat patriotik, dikenali sebagai ‘Game of Peace’.

Menyentuh mengenai ketagihan bermain permainan dalam talian di kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah, Nadzim berkata ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dan dekat dengan anak mereka perlu mainkan peranan dengan membuat pemantauan dan mengehadkan masa anak bersama telefon pintar.

Katanya ibu bapa perlu menjadikan anak sebagai aset atau dijaga seperti emas dan tidak meletakan anak sebagai satu tanggungan atau liabiliti semata-mata.

— BERNAMA


Artikel oleh: Malaysia Dateline

KETAGIHAN PERMAINAN DALAM TALIAN SEMAKIN MENULAR, KATA PPIM


5436) AKTIVITI | MAJLIS MAKAN MALAM AMAL SEROJE 2019 - PPIM - 25/10/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi mengahadiri Majlis Makan Malam Amal Seroje 2019 anjuran Sekolah Kebangsaan Sri Jelok, Kajang di Dewan Seri Cempaka, Saujana Impian.

Majlis telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Hulu Langat, YB Datuk Haji Hasanuddin Mohd Yunus.


5435) 5 KISAH PENINDASAN DAN PENIPUAN - DARI FAIL PPIM - TV. PPIM - 25/10/2019


Video ini bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kes penipuan yang terjadi dalam kalangan masyarakat hari ini. Maklumat perbadi bukan untuk dikongsi.
Sejak 5 tahun yang lalu PPIM telah menerima lebih 60,000 aduan yang melibatkan golongan marhaen sehinggalah orang ternama. InsyaAllah PPIM tidak akan berhenti membantu lebih ramai lagi pengguna dan bersama mepertahankan hak dan maruah yang ditindas. Sokongan anda membantu kami untuk terus berjuang demi membela hak dan maruah pengguna Islam Malaysia. Jika anda ingin menyokong & membantu usaha perjuangan PPIM. Saluran sumbangan kewangan boleh dibuat melalui https://sumbangan.ppim.org.my/ atau menyumbang ke akaun PPIM Keahlian (CIMB: 8600204006). Maklumat berkaitan Tabung Perjuangan PPIM boleh didapati melalui: Laman Web: https://sumbangan.ppim.org.my/ https://www.ppim.org.my/ Whatsapp: https://PerjuanganPPIM.wasap.my Hotline: 013-2262 444 "Perjuangan Bersama Demi Pengguna" #Penindasan #Penipuan #Hak&Maruah


Artikel oleh: TV. PPIM

5 KISAH PENINDASAN DAN PENIPUAN - DARI FAIL PPIM


5434) MUSLIM, NON-MUSLIM, KITA SEMUA MANUSIA. - TOQQI - TV. PPIM 25/10/2019


Muslim, Non-Muslim, Kita Semua Manusia - Toqqi Toqqi menjawab segala FAQ berkaitan aduan mangsa ahlong. Terjerat Ahlong? #BendaBolehSettle . Jangan Risau, Dapatkan Bantuan PPIM! #BendaBolehSettle . Bagi Mendapatkan Bantuan, hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat 54000 Kuala Lumpur Whatsapp: https://BendaBolehSettle.wasap.my https://UnitBanterasCetiHaram.wasap.my Hubungi: 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 Bagi Melaporkan Aduan & Menetapkan Temujanji: http://ahlong.ppim.org.my/ . Ayuh Bertindak Sebelum Terlambat, Jom Mulakan Hidup Baru! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. . #BendaBolehSettle #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara


Artikel oleh: TV.PPIM

MUSLIM, NON-MUSLIM, KITA SEMUA MANUSIA. - TOQQI 



Friday, October 25, 2019

5433) RADIO NET BMF.FM DIPERKENALKAN - TVPPIM - 25/10/2019


5432) PROMO MINUMAN SARANG BURUNG WALID - TVPPIM - 25/10/2019

5431) PROMO SUSU MOMEGOJES - TVPPIM - 25/10/2019

5430) PENJAWAT AWAM KETAGIH 'GAME ONLINE': PPIM - SINAR HARIAN - 24/10/2019


MELAKA - Isu ketagihan permainan dalam talian dilihat semakin bertambah serius sejak kebelakangan ini yang dikhuatiri boleh membawa kesan negatif.

Ini kerana ia kini bukan hanya sering menjadi satu ketagihan dalam kalangan kanak-kanak, malah ia juga orang dewasa.

Ketua aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sejak kebelakangan ini pihaknya ada menerima beberapa aduan dan rungutan orang ramai dan juga ketua-ketua jabatan, bahawa terdapat penjawat awam yang ketagih dengan permainan dalam talian hingga menjejaskan tugas mereka.

Beliau berkata, walaupun jumlah aduan yang diterima tidak banyak, namun beliau risau sekiranya terus dibiarkan ia akan menjejaskan mutu perkhidmatan awam.

"Saya menyeru agar ketua-ketua jabatan kerajaan peka dengan perkara ini dan membuat pemantauan serta mengambil tindakan awal bagi membendungnya sebelum terlambat,” katanya.

Malah menurutnya, lebih parah lagi ada juga kes-kes di mana ada penjawat awam yang sanggup membuat pinjaman dengan syarikat pinjaman wang tidak berlesen atau 'ah long' semata-mata untuk melepaskan 'gian' ketagihan itu.

"Saya juga harap agar pihak berwajib mengambil tindakan akan perkara ini sebelum ia meresap dalam sistem masyarakat kita dengan melakukan penguatkuasaan yang lebih ketat dan bersungguh-sungguh serta menambah baik perundangan yang sedia jika perlu,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan boleh mencontohi apa yang dilakukan oleh kerajaan China baru-baru ini yang mengharamkan operasi permainan dalam talian ‘PlayerUnknown’s Battlegrounds’ (PUBG) yang digantikan dengan permainan baharu yang lebih bersifat patriotik, dikenali sebagai ‘Game of Peace’.

Menyentuh mengenai ketagihan bermain permainan dalam talian dalam kalangan kanak-kanak dan pelajar sekolah, Nadzim berkata. ibu bapa sebagai orang yang paling rapat dan dekat dengan anak mereka perlu mainkan peranan dengan membuat pemantauan dan mengehadkan masa anak bersama telefon pintar.

Katanya, ibu bapa perlu menjadikan anak sebagai aset atau dijaga seperti emas dan tidak meletakkan anak sebagai satu tanggungan atau liabiliti semata-mata.- Bernama


Artikel oleh: Sinar Harian

PENJAWAT AWAM KETAGIH 'GAME ONLINE': PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/53864/BERITA/Nasional/Penjawat-awam-ketagih-game-online-PPIM

5429) ADDICTIVE ONLINE GAMES BECOMING MORE RAMPANT - BERNAMA - 24/10/2019


MELAKA, Oct 24 -- The issue of addictive online games has become increasingly serious in recent times and is feared can have a negative effect, as it is now not only an addiction among children but also among adults.

Malaysian Islamic Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said in recent years they had received complaints from the public as well as department heads, that there are civil servants who are addicted to online games to the extent of affecting their work.

He said although the number of complaints received was not many, he was worried that if left unaddressed, it could adversely affect the quality of service by public servants.

"I urge the heads of government departments to be aware of this problem and monitor and take action to contain it before it is too late,” he told Bernama recently.

Even worse, there are cases where civil servants are willing to borrow money from unlicensed moneylenders or 'Ah Long' solely to feed their addiction.

“I also hope the authorities will take action on this matter before it infiltrates our society through stricter and more stringent enforcement and improving the existing legislation if necessary,” he said.

He said the government could emulate what the Chinese government has recently done to ban the operation of the online game ‘PlayerUnknown's Battlegrounds’ (PUBG) which has been replaced by a new, more patriotic game, known as the ‘Game of Peace’.

Touching on the addiction of playing online games among children and schoolchildren, Nadzim said parents should play a role by monitoring and limiting their children's time with smartphones.


He said parents should consider their children as assets or treat them like gold and not regard them as a burden or liability.


Artikel oleh: Bernama

ADDICTIVE ONLINE GAMES BECOMING MORE RAMPANT

http://www.bernama.com/en/news.php?id=1782841

5428) TAK SANGKA INI TAWARAN KE PENJARA - MALAYSIA GAZETTE - 17/10/2019


KUALA LUMPUR –  “Saya trauma. Tidak pernah terfikir dalam hidup saya akan dipenjarakan sekaligus mempunyai rekod jenayah,” demikian luahan seorang lelaki yang ingin dikenali sebagai Jeff, yang berusia 27 tahun.
Jeff terpaksa menjalani hukuman penjara selama empat bulan selepas dijatuhkan hukuman bersalah di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan. Dia juga terpaksa membayar denda berjumlah RM14,500 terhadap dua pertuduhan di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan.
Menurutnya, sejarah hitam dalam hidupnya bermula selepas dia memohon pekerjaan sebagai pemandu syarikat yang diiklankan dan ditampal di dinding sebuah restoran di Bangi pada awal April 2018, seterusnyna menyerahkan kad ATM miliknya kepada individu lain.
“Tak sangka, niat untuk mencari kerja yang lebih menjamin kehidupan saya sekeluarga akhirnya menjadikan masa depan saya gelap,” katanya.
Katanya, dia telah menghubungi nombor telefon yang tertera sebelum berjumpa dengan seorang lelaki di sebuah restoran untuk sesi temuduga.
“Lelaki itu beritahu saya diterima bekerja sebagai pemandu syarikat dengan gaji berjumlah RM2,500. Selepas itu, lelaki berkenaan meminta saya membuka akaun bank di CIMB Bank untuk pembayaran gaji.
“Lelaki itu juga memberi saya wang tunai RM250 untuk membuka akaun bank berkenaan selain sentiasa berada di samping saya ketika proses membuka akaun,” katanya.
Jeff berkata, setelah urusan membuka akaun itu selesai, lelaki berkenaan telah meminta kad ATMnya dengan alasan duit syarikat berada di dalam akaun tersebut serta akan memulangkannya semula sebaik saja dia memulakan tugas. Bagaimanapun, selepas dua minggu, lelaki itu gagal dihubungi.
“Saya tidak mengesyaki apa-apa kerana beranggapan akaun milik saya tiada wang selain tidak pernah memberi nombor pin kad ATM tersebut,” katanya.
Namun, jangkaannya meleset apabila pada Ogos 2018, dia dihubungi polis dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu yang memintanya hadir ke IPD berhampiran untuk diambil keterangan kerana dipercayai terlibat dalam kes penipuan wang.
“Saya telah memberi kerjasama dengan menghadirkan diri di Balai Polis Sungai Besi untuk merakamkan percakapan.
“Pada November 2018, polis daripada IPD Langkawi, Kedah pula menghubungi saya dan meminta saya hadir ke IPD berhampiran. Sekali lagi saya ke Balai Polis Sungai Besi untuk diambil keterangan. Namun, saya telah ditahan dan terus dibawa ke IPD Langkawi,” katanya yang ditemui ketika hadir di Biro Pembangunan Sosial (BPS), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Menurutnya, untuk kes di Mahkamah Langkawi, dia telah dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan namun tidak mengaku salah dan mahkamah menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000.
Bagaimanapun, Jeff gagal membayar ikat jamin berkenaan menyebabkan terpaksa dihantar ke Penjara Pauh, Perlis, sementara menunggu hari bicara.
“Pada hari perbicaraan, saya telah diarahkan oleh Pegawai Penyiasat untuk mengaku bersalah dan telah dijatuhkan hukuman penjara selama empat bulan,” dakwanya.
“Sewaktu menjalani hukuman penjara di Penjara Pauh, Perlis, saya turut dibawa ke Mahkamah Kuala Berang, Terengganu dan Batu Gajah, Perak untuk perbicaraan di sana serta terpaksa mengaku bersalah di bawah Seksyen 411 Kanun Keseksaan dengan denda berjumlah RM14,500,” katanya yang turut memberitahu, ibunya terpaksa meminjam wang daripada saudara mara untuk membayar denda tersebut.
Jeff telah dibebaskan pada bulan Mac lalu namun terpaksa berhadapan dengan dua lagi pertuduhan iaitu di Kelantan dan Kuala Lumpur.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kepincangan  perlaksanaan  sistem   perundangan   adalah   agenda  nasional yang perlu dikaji semula dan ditangani  segera  bagi  membenteras sindiket penipuan kewangan yang semakin kritikal.
Menurutnya, undang-undang sepatutnya menjaga kemakmuran dan seharusnya menegakkan keadilan bukan sekadar menyiasat kerugian sahaja.
“Undang-undang sepatutnya digunakan untuk mengurangkan kadar  jenayah dan meningkatkan rasa selamat di kalangan masyarakat tetapi sebaliknya, umpama menyediakan   satu ruang yang hampir selesa  untuk  jenayah komersil semakin berleluasa.
“Kita merayu pada pihak berwajib utk mengkaji semula kaedah penguatkuasaan undang-undang ini sekaligus melindungi mangsa keldai akaun yang teraniaya.
“Ini bukan sahaja menyebabkan kerugian negara dari segi kewangan malah kerugian modal insan yang seharusnya menjadi aset yang boleh dibangunkan,” katanya.
Seramai 50 pengadu kes keldai akaun telah datang ke PPIM untuk membuat sekaligus meminta khidmat nasihat.

Artikel oleh: Malaysia Gazette
TAK SANGKA INI TAWARAN KE PENJARA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...