Monday, May 27, 2019

4961) HARGA BUFET TAK MASUK AKAL - SINAR HARIAN - 27/05/2019


SHAH ALAM - Orang ramai melahirkan kebimbangan dengan trend harga bufet Ramadan yang semakin tak masuk akal apabila ada hotel dan restoran mewah yang menawarkan sajian berbuka puasa pada harga mencecah RM200 untuk seorang dewasa.

Tinjauan wartawan Sinar Harian di hotel-hotel bertaraf empat dan lima bintang di Kuala Lumpur serta Petaling Jaya mendapati lebih 27 buah hotel menawarkan pakej bufet Ramadan pada harga RM100 ke atas untuk seorang dewasa.

Lebih mengejutkan terdapat empat buah hotel pula menawarkan bufet Ramadan pada harga hampir tidak logik sehingga RM230 untuk seorang dewasa.

Pelakon cantik, Maya Karin adalah antara selebriti yang melepaskan geram dengan kegilaan masyarakat negara ini terhadap bufet Ramadan berharga ratusan ringgit yang disifatkannya tidak munasabah.

“Saya berasa sangat marah dengan harga mengarut bufet Ramadan yang ditawarkan dan masih ada lagi orang dan syarikat-syarikat yang masih membayar untuk harga itu!

“Harga RM150-200 untuk dewasa dan RM80-100 untuk kanak-kanak! Budak-budak apa yang mereka makan? Nasi sikit, ayam sikit atau spageti sikit.

“Disebabkan itu saya mengambil pendekatan enggan berbuka puasa di mana-mana hotel yang menawarkan bufet Ramadan. Ini prinsip saya. Siapa makan di sana jangan meroyan pasal ekonomi,” katanya dalam laman Twitter miliknya baru-baru ini.

Seorang suri rumah, Nur Mastura Othman, 34, dari Kuala Lumpur turut senada dengan Maya Karin apabila menganggap harga bufet Ramadan sekitar RM150 hingga RM200 sememangnya tidak masuk akal, lebih-lebih lagi apabila kanak-kanak juga dikenakan pada harga sekitar RM60 ke atas.

Pelakon terkenal Maya Karin pernah meluahkan rasa geramnya di laman Twitter mengenai isu harga bufet Ramadan yang melampau baru-baru ini.

“Beberapa tahun sebelum ini saya ada pergi ke bufet Ramadan. Tahun ini belum ada kesempatan lagi nak pergi tapi kalau harganya mencecah RM100 memang saya tak pergi,” katanya.

Bagi seorang peniaga, Nadirah Yaccub, 34, dari Pulau Pinang, secara peribadi, dia tidak sanggup mengeluarkan belanja mencecah ratusan ringgit bagi ‘sekali makan’ kerana kos itu mampu menampung perbelanjaan dapur dalam tempoh sebulan.

“Harga bufet Ramadan agak melampau tapi saya tengok masih ramai lagi yang pergi.

“Kalau kena keluarkan belanja sendiri pasti saya tidak mahu pergi kerana saya rasa ia membazir,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan harga bufet Ramadan semakin mahal saban tahun adalah sesuatu tidak masuk akal dan lebih kepada pembaziran.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, senario berkenaan berlaku kerana masih ada lagi pengguna yang tetap mahu serta mampu membayar harga bufet Ramadan walaupun harganya terlalu tinggi.

“Berapa banyak sangat pengguna boleh makan (dalam beberapa jam). Kalau bufet harga RM100 tapi makan tak sampai cecah harga RM10, orang yang belanja pun akan marah kerana membazir.

“Belum lagi ada pengguna yang ambil makanan banyak tapi tak habis dimakan. Penganjur atau hotel yang letak harga terlalu tinggi memang dah salah prinsip bulan Ramadan tapi semuanya berbalik kepada kesedaran pengguna itu sendiri supaya tidak membazir untuk bufet yang terlalu mahal dan kemudiannya tidak habis makan,” katanya.

Menurut Nadzim, hotel juga cenderung untuk melakukan pembaziran apabila makanan yang tidak habis terus dibuang begitu sahaja.


Artikel oleh : Sinar Harian

HARGA BUFET TAK MASUK AKAL


4960) PPIM SAMBUT BAIK PELAKSANAAN KOD MACPC - ASTRO AWANI - 27/05/2019




Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik keputusan kerajaan yang mahu semua syarikat penerbangan mempamerkan harga muktamad bagi tujuan pengiklanan dan pembelian tiket penerbangan bermula 1 Jun nanti. Setiausaha Agung PPIM, Datuk Dr. Ma'amor Osman berharap perkara itu memang sewajarnya dilaksanakan demi mempertahankan hak pengguna.


Artikel oleh : Astro Awani

PPIM SAMBUT BAIK PELAKSANAAN KOD MACPC


Saturday, May 25, 2019

4959) BANTUAN BAJU RAYA UNTUK ASNAF - KACA TV - 25/05/2019



Di bulan yang mulia ini, PPIM bersama rakan PPIM ingin mengambil kesempatan membantu keluarga asnaf tersebut yang menerima bantuan.
Dengan kesempatan yang ada mangambil masa satu hingga dua jam dapat mengubah suasana yang ceria dan banyak perkara dapat dibantu keluarga asnaf untuk membeli bajuk raya.


Artikel oleh : KACA TV

BANTUAN BAJU RAYA UNTUK ASNAF

https://www.youtube.com/watch?v=NurBRMmdij8

4958) PPIM 'BANTUAN SEGERA UNTUK ASNAF' - KACA TV - 25/05/2019


Di bulan yang mulia ini, PPIM membantu keluarga yang memerlukan, sehubungan itu mengumpul sedikit bekalan keperluan untuk mereka dan menyerahkan bantuan segera.
Selain itu, PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain iuntuk membantu mereka pada jangka panjang.
PPIM dan rakan niaga PPIM, Ali Maju, SR Global dan KoPPIM menyerahkan bantuan bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga tersebut.


Artikel oleh : KACA TV

PPIM 'BANTUAN SEGERA UNTUK ASNAF'

https://www.youtube.com/watch?v=YVhAy47UVco

Thursday, May 23, 2019

4957) DUA BERADIK DIABAIKAN IBU, RUMAH PULA NAK ROBOH - MALAYSIA GAZETTE - 23/05/2019


KLANG – Minggu-minggu terakhir Ramadan, pastinya semua keluarga sibuk membuat persiapan dan membeli kelengkapan Aidilfitri bagi anak-anak mahupun mereka sendiri.
Namun bagi dua beradik Dayyan dan kakaknya, Diana Azman, semua itu agak mustahil buat mereka untuk merasai kenikmatan menyambut satu Syawal.
Manakan tidak, sepanjang hidup mereka kedua-dua beradik ini tidak pernah mendapat persalinan baru bahkan hanya mampu bermimpi untuk membeli kelengkapan Aidilfitri.
Hasil maklumat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), MalaysiaGazette diberikan maklumat bahawa kedua-dua adik beradik itu diabaikan oleh ibunya sendiri sejak berkahwin lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli membuat lawatan ke rumah nenek Anna.

Mereka kini menumpang kasih kepada nenek mereka Rohana Anna Abdullah, 62 yang merupakan mualaf daripada Sabah dan kini bermaustatin di Kg Felda Bukit Cherakah, Klang.
“Seumur hidup Dayyan dan Diana tidak pernah membeli pakaian dan kasut baru.
“Malah, didalam gambar ini, Dayyan memakai seluar jeans kanak-kanak perempuan yang disedekahkan kepada kakaknya dulu,” demikian menurut maklumat berkenaan.
FB_IMG_1558572314898
Selain kesempitan hidup, keluarga kecil ini turut dilanda masalah rumah yang cukup daif dan memerlukan dibaikpulih segera.
Dinding reput, berlubang dan bumbung yang bocor, itu antara menjadi kerisauan mereka.
Menurut makcik Anna, usaha mendapatkan bantuan zakat serta bantuan kerajaan negeri masih menemui jalan buntu apabila permohonan warga emas itu ditolak beberapa kali.
Sekaligus membuatkan niat untuk membaiki tempat mereka berteduh, terbantut.
“Saya hanya bekerja sebagai pencuci di sekolah, manakala suami pula pengawal keselamatan, kami menyara dua orang cucu,” kata makcik Anna lagi.
IMG-20190522-WA0015
Selain Anna, suaminya dan dua orang cucu, rumah usang ini turut didiami ibu kepada Azman, yang berusia 79 tahun.
Semalam, kesemua mereka dilawati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli bagi meninjau keadaan keluarga ini.
Beliau turut berjanji akan menyalurkan bantuan sepatutnya kepada keluarga ini.
Dalam pada itu, PPIM turut melancarkan kempen kutipan dana bagi tujuan pembaikan rumah makcik Anna.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB Bank milik PPIM yang bernombor 8001230731 dan tuliskan ‘Rumah Anna’ pada rujukan pemindahan wang atau pergi sendiri ke rumah mereka di alamat No 72, Jalan 18, Felda Bukit Cerakah, Kapar, 42200, Klang Selangor. – MalaysiaGazette

4956) PERTANDINGAN KACAU BUBUR LAMBUK DI MASJID USAMAH BIN ZAID - PPIM - 23/05/2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyertai Pertandingan Kacau Bubur Lambuk anjuran Pusat Zon 4 (JAWI) bersama Badan Kebajikan Pusat Zon 4 dan Masjid Usamah Bin Zaid bertempat di Masjid Usamah Bin Zaid. Pertandingan berlangsung sejak jam 8.00 pagi dan akan tamat sekitar jam 12.30 tengahari.
Turut hadir sama Ketua Aktivis PPIM, toqqi.





4955) MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN HARI RAYA - PPIM - 19/05/2019

Ketua Aktivis PPIM, toqqi menghadiri Majlis Berbuka Puasa & sumbangan Hari Raya yang dianjurkan bersama Dato' Jawahar Ali di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Rampai. Turut hadir sama YB Menteri Wilayah Tuan Haji Khalid Samad dan Pengarah Jawi Tuan Haji Mohd Ajib.









Tuesday, May 21, 2019

4954) SAYA DAH TAK TAHAN, TOLONG LEPASKAN SAYA - PPIM - 20/5/19


Perniagaan merupakan suatu jihad dan ibadah yang dianjurkan didalam Islam. Kita haruslah mempunyai tata dan tertib dalam urusan jual beli mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Islam. Kegagalan mematuhi apa yg disyariatkan akan menghumban manusia kedalam kancah kehancuran. Perniagaan yang dimulakan tanpa keberkatan tidak akan mendapat keredhaaNya. . “Rasulullah SAW Melaknat Memakan Riba, Orang yang Menyuruh Makan Riba, Juru Tulisnya dan Saksi-saksinya.” Dia berkata, “Mereka semua sama.” (HR. Muslim) . Tag 3 Rakan anda yang berniaga, semoga video ini menjadi pengajaran & dakwah untuk kita semua. . Terjerat Ahlong? Dapatkan Bantuan PPIM! Alhamdullilah PPIM Telah Menyelesaikan Ribuan Kes Yang Melibatkan Jutaan Ringgit. Bantuan Diberikan Tidak Mengira Bangsa & Agama. . Bagi Mendapatkan Bantuan, Hubungi: Unit Banteras Ceti Haram, Persatuan Pengguna Islam Malaysia 70X, Jalan Keramat Hujung, Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur. . Whatsapp: http://wasap.my/60133071999 http://wasap.my/60193458444 . 013-3071 999 / 019-3458 444 03-4257 7222 / 03-4256 6618 . Bagi melaporkan aduan & menetapkan temujanji, layari: ahlong.ppim.org.my . Ayuh bersama Jauhi Ahlong! Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong. . #Share #JanganSalahPinjam #NoToAhlong #NasihatDariPPIM #JanganPinjamAhlong #PPIMPeduli #AhlongMusuhNegara

4953) SAMPAI BILA KITA NAK DIHINA? - PPIM - 20/5/19



"Kalau Saya Bukan Org Melayu, Saya Tak Pandang Muka Org Melayu" Toqqi - Ketua Aktivis PPIM . . "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri." Surah Ar-Ra'd Ayat 11V . . Sampai bila kita nak dihina? Ayuh kita lakukan perubahan! #Share #Dakwah #MartabatkanIslam

4952) MARSYILA BERSYUKUR ANAK-ANAK ADA BAJU RAYA - MALAYSIA GAZETTE - 21/5/19



KUALA LUMPUR – Siapa sangka, kesuraman Marsyila Zakaria bersama enam anaknya untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sebelum ini sebelum ini semakin bersinar apabila rezeki pada bulan Ramadan tidak putus daripada sumbangan orang ramai yang prihatin terhadap keluarga itu.
Tiada apa lagi mampu dikatakan, hanyalah syukur dalam keadaan sebak sebagai seorang ibu yang melihat anak-anaknya memiliki baju baharu untuk menyambut kedatangan 1 Syawal yang kini berbaki dua minggu lagi. Melihat senyuman anak-anak sudah cukup membuatnya gembira tanpa memikirkankan tentang dirinya.
“Saya seronok tak terkata, memang tak terfikir langsung nak sambut Hari Raya dengan meriah, ada baju semua.
“Saya tidak pentingkan persiapan diri saya, pentingkan anak-anak. Kalau anak-anak dah ada baju pun, Alhamdulillah pada saya,” katanya kepada MalaysiaGazette


MGF21052019_PPIM KELUARGA ASNAF_18
Anak-anak Marsyila Zakaria, Shahkiera (kanan) dan Rayshah kelihatan gembira semasa membeli baju sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jakel, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019


Sejak tersebar berita tentang kedaifan hidup tujuh beranak ini di PPR Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan, suri rumah berusia 35 tahun itu cukup gembira apabila melihat anak-anaknya mempunyai makanan yang cukup yang dihulurkan hampir setiap hari.
Meskipun tidak lagi perlu mengikat perut, tambahnya, anak-anaknya, termasuk seorang Orang Kurang Upaya (OKU), sentiasa makan dalam keadaan berjimat cermat.
Keadaan ini bagi Marsyila banyak membantu keluarganya.
“Alhamdulillah sejak orang ramai datang beri sumbangan maknanya saya tidak perlu keluar tinggalkan anak.
“Anak pun makan alhamdulillah lebih-lebih lagi yang autisme itu sebab dia kalau tak cukup makan dia akan cederakan diri.
“Dia makan pun tetap tidak membazir umpama dia takut bila habis nanti tidak ada yang boleh dimakan,” katanya lagi.



MGF21052019_PPIM KELUARGA ASNAF_19
Marsyila Zakaria bercakap kepada media semasa membeli baju sebagai persiapan menjelang Hari Raya Aidilfitri di Jakel, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 21 MEI 2019

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membawa Marsyila ke gedung pakaian, Jakel Mall dengan tajaan seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Shamsul.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, bantuan kepada keluarga ini diharap memberi impak besar khususnya memberi kegembiraan kepada anak-anak Marsyila.
“Jadi kita rasa ada kesan tengok budak-budak ini seronok.
“Mungkin boleh bawa perubahan sedikit sebanyak mungkin kita berusaha sejam dua, tapi impaknya cukup bermakna,” tambahnya.
Nadzim berkata, ketabahan ibu kepada enam orang anak mengharungi kehidupan yang serba kekurangan itu sangat menyentuh hati. -MalaysiaGazette

Artikel oleh : Malaysia Gazette
 MARSYILA BERSYUKUR ANAK-ANAK ADA BAJU RAYA 

4951) KETUA AKTIVIS PPIM MELUANGKAN MASA BERSAMA KELUARGA MARSYILA ZAKARIA DI JAKEL - PPIM - 24/5/19

Ketua Aktivis PPIM, toqqi meluangkan masa lebih kurang 2 jam bersama Marsyila Zakaria dan anak-anaknya yang kisah mereka tular baru-baru ini kerana kedaifan mereka sehingga terpaksa makan nasi berlaukkan garam selama setahun.






Monday, May 20, 2019

4950) BANTUAN MELIMPAH RUAH, TERIMA RAKYAT MALAYSIA DAN MALAYSIA GEZETTE - 18/5/19



4949) SAYA TAK MEMINTA, ALLAH TEMUKAN SAYA, SAHUR BERLAUKKAN GARAM - MALAYSIA GAZETTE - 18/5/19



4948) SEKELUARGA HIDUP DALAM KEDAIFAN DAPAT PERHATIAN PPIM - RTM - 18/5/19



4947) PPIM TERKESAN KISAH TUJUH BERANAK BERLAUKKAN GARAM - MALAYSIA GAZETTE - 18/5/19



KUALA LUMPUR - Nasib ibu beranak tujuh, marsyila Zakaria, 35, yang dihimpit kemiskinan teruk sehingga terpaksa bersahur dengan nasi berlaukan garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang mengadakan kunjungan mengejut melawat keluarga malang berkenaan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan.

https://www.youtube.com/watch?v=lsdGU7ZtHLU&feature=youtu.be

4946) PPIM DESAK WAKIL RAKYAT BELA KELUARGA MAKAN NASI BERLAUKKAN GARAM - MALAYSIA GAZETTE - 18/5/19



KUALA LUMPUR- Nasib ibu beranak tujuh, Marsyila Zakaria, 35, yang bersahur dengan nasi berlauk garam menyentuh hati Datuk Nadzim Johan yang melakukan kunjungan mengejut di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak Bandar Tasik Selatan hari ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) itu bersama Ketua Aktivis Wanita persatuan itu, Suraya Ali melihat sendiri keadaan kediaman keluarga tersebut
Katanya, lawatan itu menyusul selepas PPIM menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.
“Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib wakil rakyat harus tampil bertanggungjawab.
“Di mana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak
membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”
“Dalam kes ini, zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350 pun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.
MGF18052019_PPIM MENYERAHKAN BANTUAN 04

Pada kunjungan itu, PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.
Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.
Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak Marsyila, Mohd Al-Fallah, 13, yang menjadi mangsa buli sehingga tidak mahu bersekolah.
“Kami sedang mencari Pusat Pendidikan Tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” ujarnya.
Marsyila mempunyai tujuh orang anak berusia antara setahun hingga 15 dan Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua.
Menurut Nadzim, PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka untuk masa jangka panjang.
Sambil menyatakan penghargaan terhadap bantuan kewangan bulanan yang dihulurkan Baitulmal serta Jabatan Kebajikan Masyarakat, beliau meminta Baitulmal menambah jumlah bantuan bulanan itu memandangkan kesempitan kehidupan suri rumah berkenaan.- MalaysiaGazette
“Saya kagum dengan wanita (Marsyila) yang tidak meminta orang luar dan sanggup berdikari cari nafkah untuk kelaparan anak-anak, maka orang prihatin luar sana mestilah tampil bantu secara ikhlas.
“Kita juga harus buat program ini menjadi program keluarga angkat membantu anak dia juga masuk sekolah jadi mangsa buli.
“Ahli Parlimen disini, KJ ke siapa tu..harap letak seorang wakil di kawasan ini supaya dapat menjejaki keluarga miskin sempit sebegini. Ini pun kalau berita ini tidak didedahkan media, sudah pasti kita tak tahu,” tegasnya.
Aktivis Wanita PPIM, Suraya Ali pula berkata pihaknya akan terus berkomunikasi dengan ibu anak tujuh itu dan akan bekalkan barang keperluan mengikut keperluan.
“Untuk jangka masa panjang kita nak dia berdikari seperti yang dia nak dan mintalah usahawan berjaya diluar sana tampil bantu juga.
“Kitaran kemiskinan perlu dihentikan segera menerusi pendidikan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh : Malaysia Gazette
 PPIM DESAK WAKIL RAKYAT BELA KELUARGA MAKAN NASI BERLAUKKAN GARAM

4945) PPIM MENYERAHKAN BANTUAN MAKANAN DAN KEWANGAN KEPADA KELUARGA ASNAF - PPR DESA TUN RAZAK - 18/5/19


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah menerima maklumat terdapat sebuah keluarga yang kelaparan di Cheras, Kuala Lumpur.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan berkata perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, dan pihak berwajib harus tampil bertanggungjawab.


 “ Dimana pergi pihak yang diamanahkan membantu, bukan sahaja pihak zakat tetapi ahli komuniti itu sendiri sepatutnya membawa kepada pengetahuan pihak zakat dan tidak membiarkan sesiapa pun dalam keadaan kelaparan dan daif.”


“ Dalam kes ini, Zakat telah membantu untuk bantuan sewa rumah dan bulanan RM350. 

Namun begitu, kos perubatan anak OKU Autism keluarga ini mencecah RM350 sebulan, apa yang tinggal untuk mereka makan,” katanya.

Nadzim turut meluahkan rasa kesal terhadap kejadian menimpa anak keluarga ini bernama Mohd Al-Fallah yang berusia 13 tahun.

 Anak ini menjadi mangsa buli disekolah sehingga dia tidak mahu bersekolah. Mami sesang mencari pusat pendidikan tahfiz harian untuk anak ini menyambung persekolahannya,” katanya.

Marsyila Zakaria , 35 mempunyai tujuh orang anak berusia antara 15 hingga satu tahun. Mohd Al-Fallah merupakan anak kedua mereka.



PPIM akan meneliti keperluan dan jenis bantuan lain untuk membantu mereka dalam jangka panjang.

PPIM dan rakan niaga PPIM, Koperasi Pembangunan Pengguna Islam (KoPPIM) bersama Hana Intelek Sdn Bhd dan SR Global Development Sdn Bhd telah menyerahkan bantuan berupa bekalan makanan dan bantuan kewangan kepada keluarga terlibat.






Turut hadir ialah wakil NGO WeHuman yang turut menyampaikan bantuan kewangan dan barangan makanan.



PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...