Thursday, May 23, 2019

4957) DUA BERADIK DIABAIKAN IBU, RUMAH PULA NAK ROBOH - MALAYSIA GAZETTE - 23/05/2019


KLANG – Minggu-minggu terakhir Ramadan, pastinya semua keluarga sibuk membuat persiapan dan membeli kelengkapan Aidilfitri bagi anak-anak mahupun mereka sendiri.
Namun bagi dua beradik Dayyan dan kakaknya, Diana Azman, semua itu agak mustahil buat mereka untuk merasai kenikmatan menyambut satu Syawal.
Manakan tidak, sepanjang hidup mereka kedua-dua beradik ini tidak pernah mendapat persalinan baru bahkan hanya mampu bermimpi untuk membeli kelengkapan Aidilfitri.
Hasil maklumat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), MalaysiaGazette diberikan maklumat bahawa kedua-dua adik beradik itu diabaikan oleh ibunya sendiri sejak berkahwin lain.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli membuat lawatan ke rumah nenek Anna.

Mereka kini menumpang kasih kepada nenek mereka Rohana Anna Abdullah, 62 yang merupakan mualaf daripada Sabah dan kini bermaustatin di Kg Felda Bukit Cherakah, Klang.
“Seumur hidup Dayyan dan Diana tidak pernah membeli pakaian dan kasut baru.
“Malah, didalam gambar ini, Dayyan memakai seluar jeans kanak-kanak perempuan yang disedekahkan kepada kakaknya dulu,” demikian menurut maklumat berkenaan.
FB_IMG_1558572314898
Selain kesempitan hidup, keluarga kecil ini turut dilanda masalah rumah yang cukup daif dan memerlukan dibaikpulih segera.
Dinding reput, berlubang dan bumbung yang bocor, itu antara menjadi kerisauan mereka.
Menurut makcik Anna, usaha mendapatkan bantuan zakat serta bantuan kerajaan negeri masih menemui jalan buntu apabila permohonan warga emas itu ditolak beberapa kali.
Sekaligus membuatkan niat untuk membaiki tempat mereka berteduh, terbantut.
“Saya hanya bekerja sebagai pencuci di sekolah, manakala suami pula pengawal keselamatan, kami menyara dua orang cucu,” kata makcik Anna lagi.
IMG-20190522-WA0015
Selain Anna, suaminya dan dua orang cucu, rumah usang ini turut didiami ibu kepada Azman, yang berusia 79 tahun.
Semalam, kesemua mereka dilawati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli bagi meninjau keadaan keluarga ini.
Beliau turut berjanji akan menyalurkan bantuan sepatutnya kepada keluarga ini.
Dalam pada itu, PPIM turut melancarkan kempen kutipan dana bagi tujuan pembaikan rumah makcik Anna.
Sumbangan boleh disalurkan ke akaun CIMB Bank milik PPIM yang bernombor 8001230731 dan tuliskan ‘Rumah Anna’ pada rujukan pemindahan wang atau pergi sendiri ke rumah mereka di alamat No 72, Jalan 18, Felda Bukit Cerakah, Kapar, 42200, Klang Selangor. – MalaysiaGazette

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...