Saturday, April 29, 2017

3679) DICEKUP SEMASA MABUK DI DALAM KELAB MALAM - OPS BAH SIRI 35 - 29/4/2017


PPIM 29/4/2017 – Operasi Banteras Aktiviti Haram atau Ops BAH siri ke 35 telah dijalankan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL disertai oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan beberapa NGO serta beberapa badan kerajaan semalam.
Dalam operasi kali ini, difahamkan bahawa fokus operasi adalah untuk membanteras aktiviti sosial dan pusat perjudi haram. Tambahan lagi, premis yang menjalankan aktiviti haram ini telah pun diserbu sebanyak beberapa kalu oleh pihak berkuasa sebelum ini, namun masih degil dan menjalankan aktiviti haram ini seperti biasa.
Di dalam serbuan tersebut, hampir 30 orang dilingkungan umur 20 hingga 35 ditahan atas pengaruh alkohol, dadah dan mesin-mesin perjudian turut dirampas. OPS BAH kali ini turut disertai oleh Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan. “Sekarang ini macam-macam jenis judi telah ada. Tambahan lagi, mereka turut menggunakan sistem QR code yang boleh diakses oleh para kaki judi dari rumah untuk bermain judi online” katanya
Toqqi turut menyatakan kekesalan beliau terhadap operasi kali ini kerana terlalu banyak anak-anak belia yang terlibat di dalam kegiatan maksiat. Beliau berharap agar ada tindakan sewajarnya dari pihak berkuasa supaya masalah belia ini dapat dibendung dan dikawal.
Dalam masa yang sama, satu sidang media kecil telah diadakan bersama penyelaras Ops BAH Datuk Azman Mahmood di tempat serbuan semalam. "Kami mendapati bahawa premis yang menjalankan kegiatan maksiat seperti ini telah meningkat peratusnya sebanyak dua kali ganda dari sebelum ini.”

Operasi Ops Bah ke-35 berakhir pada jam sekitar 4 pagi.

WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (4) WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (1) WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (5) WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (2) WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (3)
                      WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (8) WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (7) WhatsApp Image 2017-04-29 at 15.30.52 (6)

3678) MANGSA AH LONG DIMINTA HUBUNGI PPIM UNTUK PENYELESAIAN - UTUSAN MALAYSIA - 29/4/2017

                                WhatsApp Image 2017-04-29 at 14.44.45
KUALA LUMPUR 28 April – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terus komited membantu masyarakat yang berdepan dilema termasuk permasalahan ber­urusan dengan ah long.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, satu unit khas di bawah PPIM yang ditubuhkan sejak sembilan tahun lalu me­nerima tidak kurang 40,000 adu­an serta berurusan dengan lebih 63,000 ah long.
Beliau berkata, PPIM pada mulanya tidak menjadikan isu ah long sebagai sebahagian daripada perjuangannya namun disebabkan ramai yang terjebak dan tiada organisasi yang mampu membela, maka pihaknya tampil menawarkan bantuan.
 “Peranan PPIM adalah untuk menjadi orang tengah ataupun perantara bagi pihak peminjam dengan ah long memandangkan kebanyakannya sudah tidak berani berjumpa dengan ah long untuk berbincang mengenai kadar bunga dan pinjaman yang perlu dibayar.
“Ada juga pengadu hanya berjumpa dengan wakil PPIM apabila ada dalam kalangan ahli keluarga mereka sudah diculik dan keselamatan mereka terancam,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Tambah Nadzim, sesiapa sahaja yang mempunyai masalah dengan ah long boleh menghubungi PPIM bagi menyelesaikan konflik tersebut.
“Kebiasaannya, mereka dinasihatkan menghubungi nombor yang kami berikan dan kemudian satu perjumpaan akan diadakan bersama pengadu bagi membolehkan PPIM mendapatkan maklumat dengan lebih terperinci.
“Kes melibatkan ah long bukan sesuatu benda yang mudah atau boleh dipandang ringan tetapi perlu lebih berhati-hati apabila berurusan dengan mereka walaupun sudah ada ah long yang mengenali PPIM dan memberi kerjasama yang agak baik,” jelasnya.
Menurutnya lagi, daripada kes yang diterima, kira-kira 75 hingga 85 peratus berjaya diselesaikan melalui proses rundingan.
Bagi yang ingin mendapatkan bantuan, hubungi 019-9130000 atau Unit Tindakan Khas PPIM (03-40504454).

3677) SIKAP PEMURAH RAKYAT DORONG SINDIKET BERLELUASA - UTUSAN MALAYSIA - 29/4/2017

                                utusan malaysia 29.4.2017 2 utusan malaysia 29.4.2017 3 Wanita sering menjadi sasaran penipuan dalam talian berpunca daripada naluri keibuan dan tersentuh apabila melihat gambar kanak-kanak menghidapi penyakit atau dalam kesusahan. Pakar komputer, Azlan Mohamed Syukri berkata, wanita mudah didorong untuk menderma kerana berasa kasihan lantas tidak teragak-agak mengeluarkan sejumlah wang untuk didermakan kepada individu tidak bertanggunjawab di laman sosial. Katanya, dia juga pentadbir kepada sebuah laman tertutup berkaitan penipuan di Facebook berkata, sebanyak 39,000 ahli di laman sosial tersebut turut membincangkan kes-kes penipuan yang berleluasa dan terbaharu dalam kalangan masyarakat. " Melalui laman sosial tertutup itu kita juga mengenal pasti individu yang meraih simpati dengan menulis perkataan meruntun jiwa serta memaparkan gambar kanak-kanak sedang sakit namun tidak wujud di negara ini. " Ia memang benar berlaku tetapi di luar negara. Ini adalah satu bentuk eksploitasi gambar kanak-kanak untuk tujuan yang salah. " Perkara ini dapat dipastikan menerusi aplikasi Google Matching Image untuk mengesan individu tersebut menggunakan gambar sebenar atau menggunakan gambar palsu," katanya. Azlan turut berkata, individu terbabit licik apabila menggunakan akaun palsu dan menyebarkan maklumat kepada kumpulan di Facebook untuk ' memancing ' mangsa. " Saya pasti ramai yang tertipu namun tidak berbuat apa-apa termasuk laporan polis kerana bertujuan ikhlas membantu mereka yang memerlukan. Ini akan memberi peluang kepada individu tersebut untuk terus mendapatkan wang dengan cara salah," katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan menerima kira-kira 100 aduan tahun lalu berkaitan kesahihan maklumat sesuatu status tentang kutipan derma di laman sosial. " Perkara itu terjadi kerana ramai rakyat Malaysia bermurah hati dan prihatin dengan penderitaan orang lain. " Tular di laman sosial utnuk meraih derma kini menjadi trend kerana tidak perlu bersusah payah meminta bantuan dari pihak berwajib dan mendapat wang di dalam masa singkat," katanya. Beliau meminta pihak berwajib seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengekang perkara tersebut daripada berterusan.

Friday, April 28, 2017

3676) Kotak rokok tanpa logo jenama - Kosmo Online - 28/04/2017

KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NG0) menggesa kerajaan supaya mewajibkan syarikat pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama pengeluar di Malaysia seperti yang akan dilaksanakan di
Britain pada bulan depan.
Pegawai Penyelidikan dan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, langkah drastik itu perlu segera dilaksanakan berikutan jumlah perokok semakin meningkat di negara ini.
Statistik Kementerian Kesihatan mendedahkan setakat tahun 2015, terdapat lima juta perokok di Malaysia.
Menurut beliau, pihaknya yakin pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama dan memiliki warna seragam serta tiada logo akan dapat mengurangkan bilangan perokok.
“Langkah mewajibkan pihak terlibat melaksanakan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama perlu dilaksanakan di Malaysia walaupun mungkin akan dibantah oleh mereka yang berkepentingan.
“Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan jumlah perokok dan pesakit akibat merokok. Kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan juga dapat dikurangkan,” katanya kepada Kosmo! semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

3675) GUNAKAN KOTAK ROKOK BAHARU - KOSMO - 28/4/2017

                    KOSMO 28.4.2017 2 KOSMO 28.4.2017
KUALA LUMPUR – Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NG0) menggesa kerajaan supaya mewajibkan syarikat pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama pengeluar di Malaysia seperti yang akan dilaksanakan di Britain pada bulan depan. Pegawai Penyelidikan dan Pendidikan Persatuan Pengguna Pulau Pinang, N. V. Subbarow berkata, langkah drastik itu perlu segera dilaksanakan berikutan jumlah perokok semakin meningkat di negara ini. Statistik Kementerian Kesihatan mendedahkan setakat tahun 2015, terdapat lima juta perokok di Malaysia. Menurut beliau, pihaknya yakin pembungkusan kotak rokok tanpa logo jenama dan memiliki warna seragam serta tiada logo akan dapat mengurangkan bilangan perokok. “Langkah mewajibkan pihak terlibat melaksanakan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama perlu dilaksanakan di Malaysia walaupun mungkin akan dibantah oleh mereka yang berkepentingan. “Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan jumlah perokok dan pesakit akibat merokok. Kos perubatan yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan juga dapat dikurangkan,” katanya kepada Kosmo! semalam. Beliau mengulas mengenai pengenalan kotak rokok tanpa jenama yang akan dijual di Britain mulai bulan hadapan. Langkah tersebut diaporkan akan dapat mengurangkan sebanyak 300,000 perokok di Britain dalam masa setahun, kata sepasukan penyelidik di negara itu. Kotak rokok tanpa logo jenama itu diwajibkan memiliki warna, bentuk dan saiz tulisan yang seragam. Bagaimanapun, amaran kesihatan dan maklumat lain oleh kerajaan masih dikekalkan pada kotak rokok. Subbarow memberitahu, kempen yang dilaksanakan kerajaan selama ini seperti mempamerkan amaran kesihatan bergambar pada kotak rokok sejak 2009 dilihat tidak menunjukkan impak kepada golongan perokok. Senada dengan Subbarow ialah Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan yang bersetuju supaya kerajaan mewajibkan pihak pengeluar rokok memperkenalkan pembungkusan kotak rokok tanpa jenama di Malaysia. " Kita perlu serius dalam usaha mengurangkan jumlah perokok. Jika negara-negara lain berjaya berbuat demikian, kita boleh mencontohinya. " Kita lihat negara lain seperti Australia dan Perancis merupakan antara negara yang melaksanakan pembungkusan baharu itu dan  berjaya menunjukkan penurunan perokok," ujarnya.

3674) Legal Action Against Admin Of Whatsapp Group Chat Good Start To Educate Society - Bernama Online - 27/04/2017

KUALA LUMPUR, April 27 (Bernama) -- The Muslim Consumer Association of Malaysia (PPIM) is in total agreement that the administrators of WhatsApp group chat who fail to curb the spread of false information among members be subject to legal action.
Its chief activist, Datuk Nadzim Johan said the move was fair and necessary to establish a more responsible society, apart from educating people to be more careful and sensitive whenever they wanted to share any information with other members.
"The habit of spreading false information has become a cancer in our society and represents the culture of an underdeveloped society because they do not bother to check the validity of the information first before sharing them as it is more fun to 'share' a message to all the people that ultimately has an adverse lasting impact on the victim.....
 
Legal Action Against Admin Of Whatsapp Group Chat Good Start To Educate Society - PPIM
Article From :
http://www.bernama.com/bernama/v8/newsindex.php?id=1351292

3673) Tindakan Undang-undang Terhadap Admin WhatsApp Permulaan Baik Didik Masyarakat - Bernama - 27/04/2017

Tindakan Undang-undang Terhadap Admin WhatsApp Permulaan Baik Didik Masyarakat - PPIM


KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersetuju supaya
Group Admin (Pentadbir Kumpulan) aplikasi WhatsApp yang gagal mengekang penyebaran maklumat tidak sahih dalam kalangan anggotanya dikenakan tindakan undang-undang.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata langkah itu wajar dibuat bagi membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab selain mendidik masyarakat agar lebih berhati-hati dan peka apabila ingin berkongsi setiap maklumat dengan anggota lain.
"Sikap suka menyebarkan maklumat palsu telah menjadi satu barah dalam masyarakat kita dan ini melambangkan budaya masyarakat yang kurang maju kerana mereka tidak semak kesahihan maklumat itu dahulu dan lebih seronok 'kongsi' mesej tersebut kepada semua orang yang akhirnya memberi kesan buruk berpanjangan kepada pihak yang difitnah.....
 
Tindakan Undang-undang Terhadap Admin WhatsApp Permulaan Baik Didik Masyarakat - PPIM
Berita Selanjutnya:
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1351185
 

3672) Gadis tiada negara - Metro Online -27/4/2017

Kuala Lumpur: “Setiap hari saya bawa surat beranak untuk membuktikan bapa adalah warganegara dan saya dilahirkan di Sentul. Disebabkan ibu warga Filipina dan perkahwinan mereka gagal didaftarkan sebelum ini, saya menjadi mangsa keadaan,” kata Riana Mae Christopher Bakar, 29, yang sentiasa hidup dalam dilema kerana statusnya sebagai warga tanpa negara.
Menurutnya, dia mengimpikan kehidupan bebas seperti rakyat Malaysia lain dan dapat melakukan urusan seperti berkahwin secara sah, sekali gus memberi kerakyatan kepada anaknya kelak.
Selain itu, katanya, banyak urusan lain yang tergendala termasuk melancong ke luar negara.
“Sejak 2010 saya turun naik Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan taraf kerakyatan, namun jawapan mereka tetap sama iaitu permohonan saya ditolak,” katanya.
Mengulas isu itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian khusus mencari alternatif untuk memberi kerakyatan kepada mereka yang betul-betul berhak.
1 copyGadis tiada negara
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 6:42 AM
Sumber Dari:
http://www.hmetro.com.my/node/224760

3671) Buntu tiada status warganegara Utusan Online 26/04/2017

KUALA LUMPUR 26 April - Walaupun dilahirkan di Malaysia, Riana (bukan nama sebenar) masih tidak layak untuk mendapatkan status warga negara ini berikutan ibu bapanya tidak mendaftar perkahwinan mereka kepada pihak berkuasa.
Kini, walaupun 19 tahun sudah berlalu, Riana menjadi mangsa keadaan kerana statusnya masih tergantung dan tidak memiliki kad pengenalan.
“Hampir enam tahun saya berulang alik untuk mendapatkan hak saya, tapi sehingga kini permohonan saya ditolak dan saya masih buntu.
 
“Hal ini turut menyukarkan saya untuk mendapatkan pendidikan.Saya hanya boleh mengambil sijil SPM, tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti berikutan status saya yang masih tergantung,” katanya.
Menurut Riana, bapanya merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sarawak, manakala ibunya merupakan warganegara Filipina.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, satu kaedah perlu dilaksanakan dalam mengatasi isu warga tidak mempunyai kewarganeganegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
“Dalam perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusian kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan kewarganegaraan di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa, Dr. Norazman Mohd.Shamsudin, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon dan Setiausaha Jeneral  Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apa pun status mereka, golongan ini perlu ada identiti dan kadang kala identiti mereka ini tidak diperakui dan proses untuk mendapatkan status kewarganegaraan amat memeritkan dan mengambil tempoh yang lama.
Sehingga kini, Nadzim berkata lebih 15,000 penduduk di Sabah antaranya Lahad Datu berdepan dengan status tidak memiliki kewarganegaraan berikutan tiada kaedah berkesan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencari penyelesaian bagi menangani isu berkenaan dan sekiranya ia dibiarkan, ini dilihat sebagai menzalimi hak asasi mereka. -UTUSAN ONLINE
Buntu tiada status warganegara

3670) PPIM: Beri dokumen sementara - Utusan Online - 26/04/2017

KUALA LUMPUR 26 April - Satu kaedah baharu perlu dilaksanakan segera bagi me­ngatasi isu bukan warganegara dalam ka­langan rakyat negara ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka ter­utama dalam bidang pendi­dikan dan perubatan.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
 
“Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Pertu­buhan Kemanusiaan Masyarakat An­tarabangsa, Dr. Noorazman Mo­hd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon.
Mengulas lanjut, Nadzim ber­kata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti.
Sehingga kini jelasnya, terdapat le­bih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan de­ngan status bukan warganegara.
“Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu ber­kenaan,” ujarnya.

3669) 23 NGO tubuh badan bertindak tentang Hindraf - Utusan Online - 26/04/2017

KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf.
Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama Islam di negara ini tanpa memikirkan soal sensitiviti umatnya.
“Sudah banyak kali mereka memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara.
“Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” kata­nya dalam sidang akhbar di sini.
Yang turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup.
Selain Perkasa dan MJMM, NGO lain yang turut terlibat me­nubuhkan Bertindak antaranya Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan-pertubuhan Pem­bela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Dalam pada itu, Mohd. Khai­rul Azam menyatakan cabaran itu dibuat berdasarkan ahli-ahli Hindraf tergolong dalam 1.75 juta penduduk Malaysia bukan Me­layu yang diberi taraf kewarganegaraan dari 1957 hingga 1970.
Jelas beliau, dalam tempoh tersebut, sesiapa yang diberi taraf kewarganegaraan perlu melakukan upacara angkat sumpah dan difahamkan mereka tidak menjalankan prosedur tersebut.
23 NGO tubuh badan bertindak tentang Hindraf

3668) Cari mekanisme tangani individu tanpa warganegara - Berita Harian Online - 26/04/2017

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa supaya kerajaan segera mencari mekanisme sesuai bagi menyelesaikan isu membabitkan individu tanpa warganegara di negara ini.
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata, satu kaedah perlu dicari bagi menyelesaikan masalah individu yang tidak mempunyai dokumen yang lengkap sehingga berdepan pelbagai kesukaran dalam kehidupan harian.
Beliau berkata, kebanyakan kes berkenaan berpunca daripada masalah membabitkan taraf perkahwinan warga asing, apabila ibu dan bapa gagal untuk mendaftarkan perkahwinan mereka dan apabila mempunyai anak, berdepan masalah untuk mendaftarkan kerakyatan anak-anak mereka.
"Kes ini banyak berlaku di Sabah dan Sarawak, dan bertambah serius apabila ia turut membabitkan orang Rohingya dan Melayu Champa, tapi kita harap penyelesaiannya boleh dicari supaya kerana apa pun status mereka, dari mana mereka datang, mereka perlu ada identiti.
"Kita tidak mahu menyalahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Menteri Dalam Negeri tapi satu kaedah perlu dicari untuk menyelesaikan masalah ini, mereka ini nak kerja susah, nak belajar susah, nak kahwin susah dan nak kerja pun susah, isu ini perlu diberi perhatian serius," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Nadzim berkata, antara kaedah yang boleh dipertimbangkan oleh pihak yang berkenaan adalah memberikan individu ini satu dokumen khas yang boleh digunakan sementara menunggu permohonan dokumen mereka diproses.
"Kebanyakan proses permohonan dokumen ini mengambil masa yang agak lama untuk diselesaikan, maka dokumen sementara itu boleh digunakan bagi menjalani kehidupan seharian, katanya.
Katanya, selain penggunaan dokumen sementara, prosedur permohonan dokumen itu juga perlu dipermudahkan bagi mengurangkan tempoh masa yang diambil untuk memproses permohonan membabitkan isu individu tanpa warganegara.
Cari mekanisme tangani individu tanpa warganegara - PPIM

Thursday, April 27, 2017

3667) Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya - MHI - 27/04/2017


27/4/2017 – Malaysia Hari Ini (MHI) - Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (Toqqi) ditemuramah oleh MHI berkenaan topik Skim Cepat Kaya : Masih Ada Yang Terpedaya.
Manusia kini semakin berpendidikan berbanding dengan mereka yang dilahirkan pada tahun 90-an. Telah banyak kempen-kenpen kesedaran bahayanya skim cepat kaya ini, namun masih ramai lagi yang terpedaya. Apakah puncanya?
Salah satunya adalah mereka mengambil jalan mudah dan cepat untuk memperolehi wang. Mereka tidak memikirkan kesan buruk yang akan berlaku walaupun telah banyak kes-kes penipuan terjadi di Malaysia.
Penipuan ini terjadi bukan dikalangan bangsa melayu sahaja. Malah, bangsa-bangsa lain juga ada yang terpedaya dengan skim cepat kaya ini.
Oleh itu, masyarakat hendaklah lebih prihatin dan berhati-hati dalam menyertai mana-mana skim terutamanya skim yang menjanjikan pulangan yang lumayan tanpa melakukan apa-apa.

WhatsApp Image 2017-04-27 at 2.32.52 PM WhatsApp Image 2017-04-27 at 2.32.53 PM 

3666) Temubual – “Admin Whatsapp Group Boleh Dipenjara” – PPIM – 27/04/2017

27/4/2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (Toqqi) ditemubual oleh pihak media berkenaan isu “admin whatsapp group boleh dipenjara”.
Dalam dunia yang serba maju dan berteknologi, penggunaan gejet seperti tablet, telefon pintar dan lain-lain membuatkan pengguna mudah untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan mereka.
Banyak berita-berita palsu yang boleh diperolehi di laman sosial oleh itu seharusnya setiap individu perlu memeriksa berita yang mereka perolehi terlebih dahulu sebelum mereka berkongsi maklumat itu dengan rakan-rakan.
WhatsApp Image 2017-04-27 at 2.31.04 PM WhatsApp Image 2017-04-27 at 2.31.05 PM



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

3665) Temubual - "Admin Whatsapp Group Boleh Dipenjara" - PPIM - 27/04/2017

27/4/2017 – Ketua Aktivis PPIM, Dato Nadzim Johan (Toqqi) ditemubual oleh pihak media berkenaan isu "admin whatsapp group boleh dipenjara".
Dalam dunia yang serba maju dan berteknologi, penggunaan gejet seperti tablet, telefon pintar dan lain-lain membuatkan pengguna mudah untuk mendapatkan dan menyebarkan maklumat kepada rakan-rakan mereka.
Banyak berita-berita palsu yang boleh diperolehi di laman sosial oleh itu seharusnya setiap individu perlu memeriksa berita yang mereka perolehi terlebih dahulu sebelum mereka berkongsi maklumat itu dengan rakan-rakan.
WhatsApp Image 2017-04-27 at 2.31.04 PM WhatsApp Image 2017-04-27 at 2.31.05 PM

3663) Buntu tiada status warganegara - utusan online - 26/4/2017


warganegara
Dari kiri Head of Corporate Affairs Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Zulreza Jamaludin, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia, Dr. Noorazaman Mohd Samsuddin, Pengadu Riana (bukan nama sebenar), Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, Secretary General MHO Hishamuddin Hashim dan Presiden Pertubuhan Pengerak Ekonomi Islam Malaysia Zamri Zaimon pada sidang akhbar masalah Rakyat yang bukan Warganegara di sini hari ini.

Kini, walaupun 19 tahun sudah berlalu, Riana menjadi mangsa keadaan kerana statusnya masih tergantung dan tidak memiliki kad pengenalan.
“Hampir enam tahun saya berulang alik untuk mendapatkan hak saya, tapi sehingga kini permohonan saya ditolak dan saya masih buntu.
 “Hal ini turut menyukarkan saya untuk mendapatkan pendidikan.Saya hanya boleh mengambil sijil SPM, tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti berikutan status saya yang masih tergantung,” katanya.
Menurut Riana, bapanya merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari Sarawak, manakala ibunya merupakan warganegara Filipina.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, satu kaedah perlu dilaksanakan dalam mengatasi isu warga tidak mempunyai kewarganeganegaraan dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri.
“Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka.
“Dalam perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusian kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan kewarganegaraan di sini hari ini.
Yang turut hadir Presiden Pertubuhan Kemanusian Masyarakat Antarabangsa, Dr. Norazman Mohd.Shamsudin, Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon dan Setiausaha Jeneral  Pertubuhan Kemanusiaan Antarabangsa Malaysia (MHO), Hishamuddin Hashim.
Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apa pun status mereka, golongan ini perlu ada identiti dan kadang kala identiti mereka ini tidak diperakui dan proses untuk mendapatkan status kewarganegaraan amat memeritkan dan mengambil tempoh yang lama.
Sehingga kini, Nadzim berkata lebih 15,000 penduduk di Sabah antaranya Lahad Datu berdepan dengan status tidak memiliki kewarganegaraan berikutan tiada kaedah berkesan untuk menyelesaikan isu tersebut.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa terutama Kementerian Dalam Negeri (KDN) mencari penyelesaian bagi menangani isu berkenaan dan sekiranya ia dibiarkan, ini dilihat sebagai menzalimi hak asasi mereka. -UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/buntu-tiada-status-warganegara-1.474267#ixzz4fRhmRo8J © Utusan Melayu (M) Bhd

3662) NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula - kinitv - 26/4/2017

Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970. Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata langkah itu akan diambil selepas proses itu didakwa mencabul syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan berkaitan sumpah kesetiaan warganegara tidak berlaku dalam proses pemberian kerakyatan antara tempoh itu, melibatkan angka sehingga 1.75 juta orang. “Justeru, ia memberi kita ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian kewarganegaraan, ketika diberikan kepada golongan buka Melayu,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam. “Ini isu undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita mahu mahkamah menentukannya,” katanya. BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

3661) "ADMIN KUMPULAN WHATSAPP" PERLU BENDUNG AHLI SEBAR FITNAH - BERITA HARIAN - 27/4/2017

berita harian 27.4.2017 new

KUALA LUMPUR: Admin (pentadbir) kumpulan WhatsApp berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal membendung penyebaran maklumat palsu dalam kalangan ahli sehingga menggugat keselamatan negara. Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata tindakan undang-undang sedia ada di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 boleh dipertimbangkan untuk mengambil tindakan terhadap pentadbir terbabit. Di bawah akta itu, pelbagai kesalahan boleh dikenakan tindakan seperti menyebarkan berita palsu, fitnah, menghasut, penipuan dan pendedahan komunikasi yang dilarang iaitu mendedahkan maklumat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA). "Pentadbir boleh dipanggil untuk membantu siasatan sama ada tindakan diambil terhadap individu terbabit bergantung kepada fakta dan keterangan bagi setiap kes. "Tidak kira maklumat palsu, tidak sahih atau bertujuan memfitnah, pentadbir bertanggungjawab terhadap ahlinya. Sekiranya terbukti individu (pentadbir) terbabit secara langsung atau membiarkan maklumat palsu itu disebar secara sengaja, dia akan dikenakan tindakan," katanya kepada BH, semalam. Jailani berkata, pentadbir kumpulan WhatsApp perlu lebih bertanggungjawab mengawal ahlinya supaya tidak menyebarkan maklumat palsu dan seharusnya menjadi gate keeper menapis berita tidak sahih
sebelum berkongsi dalam kumpulan aplikasi berkenaan atau disebarkan di medium media sosial lain.

Laksana segera

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata cadangan mengenakan hukuman terhadap pentadbir perlu dilaksanakan segera. Katanya, penyebaran maklumat palsu bukan sahaja menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat malah boleh menggugat keamanan negara. "Di India, kerajaan negara itu memperkenalkan undang-undang baharu yang mana pentadbir kumpulan WhatsApp boleh dihukum penjara sekiranya ahli kumpulan terbabit menyebarkan berita palsu. "Walaupun yang menyebarkan berita itu adalah daripada ahli kumpulan terbabit, namun pentadbir yang akan bertanggungjawab menerima hukuman kerana dia tidak menapis dan memadam terlebih dahulu berita palsu daripada terus disebarkan," katanya. Mohd Yusof bagaimanapun berkata, hukuman yang bakal dikenakan terhadap pentadbir terbabit tidak seharusnya terlalu berat sebaliknya diberi amaran untuk kesalahan pertama. Katanya, banyak pendekatan lain boleh diambil untuk memantau penyebaran maklumat palsu seperti Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957, Akta Jenayah Komputer 1957 dan Kanun Keseksaan.  

3660) GADIS TIADA NEGARA - HARIAN METRO - 27/4/2017

                harian metro 27.4.2017

Kuala Lumpur: “Setiap hari saya bawa surat beranak untuk membuktikan bapa adalah warganegara dan saya dilahirkan di Sentul. Disebabkan ibu warga Filipina dan perkahwinan mereka gagal didaftarkan sebelum ini, saya menjadi mangsa keadaan,” kata Riana Mae Christopher Bakar, 29, yang sentiasa hidup dalam dilema kerana statusnya sebagai warga tanpa negara. Menurutnya, dia mengimpikan kehidupan bebas seperti rakyat Malaysia lain dan dapat melakukan urusan seperti berkahwin secara sah, sekali gus memberi kerakyatan kepada anaknya kelak.
 Selain itu, katanya, banyak urusan lain yang tergendala termasuk melancong ke luar negara.
“Sejak 2010 saya turun naik Jabatan Pendaftaran Negara untuk mendapatkan taraf kerakyatan, namun jawapan mereka tetap sama iaitu permohonan saya ditolak,” katanya. Mengulas isu itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, sudah tiba masanya kerajaan memberi perhatian khusus mencari alternatif untuk memberi kerakyatan kepada mereka yang betul-betul berhak. " Kami di pihak PPIM juga terkejut dengan senarai aduan yang terlalu banyak berkenaan masalah warga tanpa negara sehingga ramai warga tanpa negara hidup dalam dilema dan ditindas di negara sendiri. " Isu warga tanpa negara bukan sesuatu yang baru dan ia sudah sampai ke pengetahuan agensi berkaitan namun sehingga kini masih tiada penyelesaian dan hidup golongan ini seolah-olah terhenti kerana tidak diiktiraf sebagai warganegara. " Dokumen sementara yang boleh membuktikan golongan ini adalah warganegara mungkin boleh meringankan beban, sekali gus dilihat sebagai alternatif membanteras jenayah dengan lebih berkesan," katanya apda sidang media di sini, semalam. Turut hadir, Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Dr Noorazman Mohd Samsuddin yang banyak memperjuangkan nasib warga tanpa negara khusus di kawasan timur Sabah. Menurut Noorazman, dia banyak menghabiskan masa memberi pendidikan asas kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa keadaan kerana gagal mendapatkan taraf kerakyatan dan masalah ini perlu diselesaikan bagi memastikan semua golongan mendapat hak kemanusiaan masing-masing. " Biarpun kanak-kanak warga tanpa negara diberi peluang untuk belajar sehingga ke peringkat sekolah menengah, mereka tidak berpeluang melanjutkan pengajian ke tahap yang lebih tinggi di universiti tempatan, katanya.

3659) KERAJAAN PERLU SELESAI ISU INDIVIDU TIADA KEWARGANEGARAAN - KOSMO - 27/4/2017

                kosmo 27.4.2017

 Kuala Lumpur - Kerajaan digesa mewujudkan satu mekanisme baharu bagi mengatasi masalah penduduk negara ini yang tidak diiktiraf sebagai warganegara. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, antara mekanisme yang mungkin boleh dicadangkan ialah memperkenalkan kad atau dokumen sementara buat individu yang bermasalah dengan status warganegara. " Inisiatif ini harus dan perlu diambil bagi mengatasi ketidaktentuan kedudukan mereka yang tiada kewarganegaraan tetapi tinggal di Malaysia. " Kad atau dokumen sementara itu pula mungkin dikeluarkan mengikut masalah individu terbabit sehingga tidak disahkan kewarganegaraannya," kata beliau pada sidang akhbar Rakyat Bukan Warganegara di Kafe Sembang-Sembang di sini semalam. Menurut beliau, status kewarganegaraan dilihat memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang dilahirkan dan tinggal di sini namun tidak diiktiraf sebagai warganegara. " Mereka yang tiada kewarganegaraan sukar mendaftar sekolah, bekerja atau mendapat faedah perubatan," kata beliau. Katanya, kerajaan tidak seharusnya membiarkan golongan ini tidak terurus kerana mereka hidup dan tinggal di sini mungkin buat selama-lamanya. Turut hadir pada sidang akhbar tersebut Presiden Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa, Dr. Noorazman Mohd. Samsuddin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam, Zamri Zaimon. Nadzim membangkitkan isu tersebut bagi membela nasib individu terutama kanak-kanak yang tidak mempunyai taraf kewarganegaraan ekoran masalah dalam keluarga mereka. Sementara itu, Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa, Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek menyambut baik cadangan kad atau dokumen sementara diberikan individu yang tiada taraf warganegara. " Mereka yang menetap di sini sejak lahir dan bukan yang datang ke sini kerana diusir atau bermasalah di negara asal harus diberi kad atau dokumen sementara sebelum kerajaan memutuskan kedudukan mereka," kata beliau ketika dihubungi semalam. menurut beliau lagi, individu yang dilahirkan di Malaysia tetapi tidak diiktiraf kewarganegaraan perlu diberikan pendidikan, pekerjaan dan rawatan seperti warganegara lain demi keharmonian negara ini sendiri.

3658) PPIM: BERI DOKUMEN SEMENTARA - UTUSAN MALAYSIA - 27/4/2017

                             utusan malaysia 27.4.2017

 KUALA LUMPUR 26 April - Satu kaedah baharu perlu dilaksanakan segera bagi mengatasi isu bukan warganegara dalam kalangan rakyat negara ini. Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, inisiatif tersebut penting bagi memberi hak yang sama kepada mereka terutama dalam bidang pendi­dikan dan perubatan. “Satu dokumen sementara perlu diberikan kepada golongan ini supaya hak mereka terjamin atas dasar kemanusiaan dan jika tiada inisiatif yang diambil, ini bermakna kita menzalimi hak kemanusiaan mereka. “Dalam Perlembagaan Malaysia sendiri ada memperuntukkan hak kemanusiaan kepada semua orang dan mereka ini juga berhak mendapatkan hak yang sama,” katanya dalam sidang akhbar khas mengenai isu bukan warganegara di sini hari ini. Yang turut hadir, Presiden Pertu­buhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa, Dr. Noorazman Mohd. Shamsudin dan Presiden Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, Zamri Zaimon. Mengulas lanjut, Nadzim berkata, walau apapun keadaannya golongan tersebut seharusnya mempunyai identiti. Sehingga kini jelasnya, terdapat lebih 15,000 penduduk di bahagian timur Sabah berdepan dengan status bukan warganegara. “Status mereka tergantung berikutan tiada kaedah yang dapat dilaksanakan untuk menyelesaikan isu berkenaan,” ujarnya.

3657) 23 NGO TUBUH BADAN BERTINDAK TENTANG HINDRAF - UTUSAN MALAYSIA - 27/4/2017

                               utusan malaysia 27.4.2017.jpg 2

 KUALA LUMPUR 26 April – Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan 22 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini bersetuju menubuhkan Badan Bertindak Melayu Islam (Bertindak) untuk menyeru semua umat Islam bangkit menentang kebiadaban pertubuhan haram Hindraf. Bertindak yang diketuai peguam dan aktivis, Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Hindraf sering mencabar dan menghina kedaulatan agama Islam di negara ini tanpa memikirkan soal sensitiviti umatnya. “Sudah banyak kali mereka memalukan Islam dan terbaharu, mempertikaikan keputusan kerajaan memberi taraf penduduk tetap kepada pendakwah kontroversi, Dr. Zakir Naik yang dikatakan sebagai ancaman keselamatan negara. “Sehubungan itu, Bertindak juga mahu mencabar Hindraf menerusi desakan kepada kerajaan untuk menyemak semula taraf kewarganegaraan ahli-ahlinya sama ada mengikut Perlembagaan atau sebaliknya berdasarkan Perkara 17 dan Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan,” kata­nya dalam sidang akhbar di sini. Yang turut hadir, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup. Selain Perkasa dan MJMM, NGO lain yang turut terlibat me­nubuhkan Bertindak antaranya Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Pertubuhan-pertubuhan Pem­bela Islam (Pembela), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Yayasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Dalam pada itu, Mohd. Khai­rul Azam menyatakan cabaran itu dibuat berdasarkan ahli-ahli Hindraf tergolong dalam 1.75 juta penduduk Malaysia bukan Melayu yang diberi taraf kewarganegaraan dari 1957 hingga 1970. Jelas beliau, dalam tempoh tersebut, sesiapa yang diberi taraf kewarganegaraan perlu melakukan upacara angkat sumpah dan difahamkan mereka tidak menjalankan prosedur tersebut.

Wednesday, April 26, 2017

3655) HAMPIR 300 RIBU RAKYAT MALAYSIA TIDAK MEMPUNYAI KAD PENGENALAN !!


26 April 2017 – “Hampir 300 ribu warga Sabah tiada kad pengenalan diri.” Kata President Pertubuhan Penggerak Ekonomi Islam Malaysia, En. Zamri Zainon dalam satu sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Isu kesukaran warga asing memohon untuk menjadi warganegara Malaysia adalah benda yang menjadi kebiasaan didengari tetapi bagi warganegara Malaysia, yang lahir di Malaysia tiada kad pengenalan adalah perkara yang luar biasa.
 Walaupun sudah mempunyai surat beranak namun sukar bagi Cik Riana Mae Christopher Bakar (19 tahun) untuk memperolehi kad pengenalan, kerana ibu bapanya mempunyai masalah dalam sijil perkahwinan. Hampir 8 tahun beliau berusaha dalam memperolehi kad pengenalan namun sehingga kini masih gagal. Difahamkan beliau dilahirkan di Malaysia dan dibesarkan di Sentul, Kuala Lumpur. Kesan dari pemasalahan ini, beliau sukar untuk memohon pekerjaan untuk menyara kos hidup serta pembelajaran.
Menurut Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi). Beliau mengatakan bahawa setiap individu tidak kira apa jua status, mereka perlu mempunyai kad identiti. Ini bertujuan untuk memudahkan urusan-urasan perundangan dan juga sebagai data untuk rujukan pihak berkuasa. Jika perkara ini tidak diambil tindakan segera. Agak sukar bagi kerajaan untuk mengenal pasti individu jika mereka ini melakukan jenayah didalam Negara ini.
“Satu kaedah perlu dihalusi bagi menyelesaikan masalah tersebut.” Kata Toqqi, pihak PPIM merayu agar kerajaan melakukan sesuatu tindakan seperti menggubal undang-undang berkenaan isu kewarganegaraan tidak menjadi topik utama dalam pentadbiran kerajaan.
Selain itu President Malaysia International Humanitarian Organisation (MHO), Dr. Noorazman Bin Mohd Samsuddin berpendapat bahawa setiap orang tidak kira status yang dimiliki olehnya berhak untuk menimba ilmu. Ketiadaan dokumen pengenalan akan menyukarkan kanak-kanak untuk memasuki alam persekolahan.
“Kita tidak tanya kenapa orang “Stateless” ini melakukan jenayah. Kita hanya tahu menghukum mereka sahaja.” kata Dr. Noorazman lagi, hak untuk bekerja bagi setiap insan perlu supaya mereka mampu menyara diri dan keluarga. Jika seseorang yang status tanpa kerakyatan tidak diberikan peluang untuk bekerja, mereka berkemungkinan melakukan perkara diluar dugaan seperti mencuri, meragut malah menjadi pembunuh upahan demi meraih kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Oleh itu, pihak PPIM dan MHO menyeru agar kerajaan melihat perkara ini dengan serius serta mengambil inisiatif dalam membantu rakyat Malaysia yang tidak mempunyai apa jua bentuk dokumen.
IMG_3862 IMG_3956 IMG_3998 IMG_4056

3654) RM2 BILION LEBUR - HARIAN METRO - 26/4/2017

                       harian metro 26.4.2017
WhatsApp Image 2017-04-26 at 12.18.39

 Jumlah kerugian Rm2 billion, mangsa mencecah 200,000 dan jumlah yang masih aktif adalah 20 jenis pelaburan.
  Angka serba dua itu merujuk kepada pelbagai haram yang dikesan memperdaya mangsa di seluruh negara sejak 2015 dengan menjanjikan keuntungan luar biasa dalam tempoh singkat.
  Walau dianggap tidak munasabah, masih ramai yang bersikap tamak dan mahu segera menjadi orang kaya baharu (OKB) menyebabkan skim pelaburan haram yang diwujudkan sindiket terus mendapat sambutan ramai.
  Menggunakan platform media sosial seperti Facebook (FB) dan Whatsapp (WA), semua tawaran ala skim cepat kaya itu setakat ini ‘berkesan’ memancing mangsa yang kelabu mata melihat iklan wang dalam jumlah banyak.
Berdasarkan aduan dibuat kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), sindiket berpangkalan di ibu negara itu turut didalangi dua individu bergelar Datuk yang kini hidup mewah hasil deposit orang ramai selepas tertarik dengan keuntungan ditawarkan.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, kebelakangan ini kedua-dua Datuk terbabit masih aktif mempromosi perniagaan ‘duduk saja’ itu yang turut disertai komuniti pelaburan di Asia.
Katanya, walaupun pelbagai pendedahan dibuat mengenai modus operandi daripada penipuan pelaburan emas hinggalah tukaran mata wang asing (Forex) kepada masyarakat umum, namun statistik terkini itu begitu membimbangkan.
Beliau berkata, siasatan awal pihaknya mendapati platform media sosial iaitu FB dan WA menjadi medium utama promosi semua pelaburan ini dan ia digerakkan oleh mereka yang menggelarkan diri mereka sebagai pakar kewangan serta panel pengurusan kewangan diiktiraf.
“Sebenarnya sejak lima tahun dulu, taktiknya masih sama, masukkan sejumlah wang dan keuntungan dibahagikan sama rata. Ada yang menggunakan nama pihak berkuasa kononnya skim diperkenalkan mendapat kelulusan kerajaan dan selamat.
“Kebanyakan mangsa orang baru yang tidak mempunyai pengalaman di dalam selok-belok pelaburan, manakala hanya dua peratus daripada 50 pengadu sejak tahun lalu adalah kes berulang.
“Apabila disiasat, mereka terpedaya dengan puluhan akaun FB yang mempromosi kehidupan mewah dan sebagainya,” katanya kepada Harian Metro.
Menurutnya, dalang pelaburan tipu itu juga dikesan giat menjadikan remaja termasuk penuntut institusi pengajian tinggi sebagai mangsa dengan menawarkan pendapatan sampingan lumayan sehingga puluhan ribu ringgit.
Katanya, seperti didedahkan Harian Metro sebelum ini, ada syarikat sama yang ‘tukar kulit’ menggunakan pelbagai nama untuk mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.
“Kita dapati, alamat syarikat adalah sama kita pernah kendalikan sebelum ini. Modus operandi juga tidak berubah malah mereka masih mengekalkan pekerja lama bertaraf pengurus sumber manusia yang bertanggungjawab mengambil kakitangan di situ.
“Jadi kita harap pihak berkuasa buka mata dalam isu ini kerana banyak kes direkodkan sejak beberapa tahun lalu cuma corak promosinya agak berbeza sesuai dengan kecanggihan teknologi,” katanya.
Nadzim berkata, PPIM akan membawa perkara itu kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk siasatan dan tindakan kepada mereka yang didapati bersalah.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, tiada sebarang bentuk perniagaan atau pelaburan yang mampu memberikan pulangan lumayan dalam masa singkat.
Katanya, polis mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan apa saja pelaburan yang menjanjikan pulangan lumayan.
“Tiada apa-apa perniagaan, pelaburan sama ada emas, kelapa sawit mahupun forex dan lain-lain (pelaburan) yang mampu menjanjikan pulangan lumayan dan mudah. Saya menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati,” katanya.

Tuesday, April 25, 2017

3653) LOAN SHARKS CAN RUIN LIVES - NEW SUNDAY TIMES - 25/4/2017

IT was just past midnight when Sue called me, her voice trembling “Uncle, I must see you now,” she said.
This was the only coherent sentence she produced.
This was about a year ago. With that kind of desperation in her voice, how could one say “No”.
When she reached my house, it was almost 1am. She came with her husband and two children. The couple looked worn out, while the children were sleepy.
As soon as she sat down, she poured out her heart. Before that, she told her husband to go to the front gate and check if they were followed.
This was what she saidin between sobs: “My husband took a loan from an Ah Long (a loan shark) a few months ago. We had nowhere to turn to. A friend suggested we get help from a friendly unlicensed moneylender.
“In the beginning, he was helpful. We had to go through the normal process when borrowing from an Ah Long. The first thing was to have our identity cards photocopied. Then he followed us to our house. The house was photographed, inside and out. We didn’t know whether this was usual or not, but we were told to comply. Which we did.
“Documents were signed. The following day, we went to the Ah Long’s office and took the cash. Immediately, an amount was deducted for advance payment.
“We were told repayment must be prompt. If that was not done, the interest would increase. We had no choice. Unknowingly, we had walked into an arrangement from hell.
“We managed to keep up with the installments twice. After that, we had problems. We got back on track again, but things really went south after two months.
“Hell began for us. My husband was followed everywhere. The Ah Long sent his men to follow him to his office. At one point, they made a ruckus at the office canteen. It was embarrassing. Worse, it was scary. I was followed, too, and had my pictures taken. I didn’t know why, but I guess it was not for anything good.”
I couldn’t get a word in when Sue was talking. She was almost hysterical.
“One day a group of men came to our house and pasted notices on the gate and car. They shouted warnings to us. My neighbours knew that I had borrowed money from an Ah Long and did not make repayments.
Mana nak taruk muka? (Where can I hide my face?). These people started calling my office. I realised what a mistake I had made.
“How can you help me, Uncle?”
Sue is in her early 30s, which is why I’m addressed as uncle. Her husband just listened quietly.
In a situation like this, there was only one person I could call. I called Datuk Nadzim Johan from the Malaysian Muslim Consumers Association. Nadzim has been battling these illegal moneylenders for years with considerable success.
His team of very dedicated activists would meet these Ah Long to try and negotiate some form of settlement. There are tricks of the trade that he won’t share, but there have been notable successes over the years.
Nadzim told me to bring Sue and her family to meet him in Wangsa Maju. He called one of his negotiators. It was way past 2am before we went home.
They were advised to move out temporarily. The idea was to take the heat off the family and to avoid further trouble.
A settlement was made the next week that saw Sue going back to her house. But she eventually moved out. The Ah Long stopped harassing them and she has managed to recover her life.
She sent me a short message on WhatsApp, thanking me for bringing her case to the consumer association.
“My family and I are grateful we have our lives back. I’ve learned a very painful lesson.
“Thank you, Nadzim! You guys make a huge difference to people’s lives!
20170425 - LOAN SHARKS CAN RUIN LIVES - NEW SUNDAY TIMES

3652) PENIAGA DALAM TALIAN :WUJUDKAN SISTEM PENGESAHAN - UTUSAN MALAYSIA - 25/4/2017

KUALA LUMPUR 24 April – Satu sistem pengesahan mengenai semua maklumat penjual dalam talian perlu diwujudkan bagi mengelakkan pengguna terus tertipu.
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sistem pengesahan mengenai semua maklumat peribadi penjual menerusi laman web dalam talian boleh dikendalikan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab.
“Usaha tersebut perlu diambil segera sebagai langkah keselamatan daripada berlakunya eksploitasi dan aktiviti penipuan siber ke atas pengguna laman web beli-belah dalam talian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
 Semalam, Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 100 kes penipuan jual beli barangan secara dalam talian dicatatkan setiap minggu sejak awal tahun ini membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.
Siasatan mendapati, je­nayah itu dilakukan sindiket selain individu yang menggunakan la­man web seperti mudah.my dan lelong.my sebagai platform untuk menipu mangsa.
Dalam pada itu, Tim­­balan Pre­siden Ga­­bu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak pe­­ngu­­rusan portal perlu me­mastikan butiran lengkap peribadi diberi oleh pendaftar atau penjual laman web mereka adalah benar.
“Pastikan para penjual boleh dipercayai. Seki­ra­nya maklumat serta data yang diberikan mencurigakan, pi­hak portal boleh segera mengharamkan pendaftaran,” ujarnya.
20170425 - PENIAGA DALAM TALIAN WUJUDKAN SISTEM PENGESAHAN - UTUSAN MALAYSIA

3651) PPIM received 2000 aduans involves 8000+ ah long - oriental Daily - 21/4/2017

                   oriental daily 21.4.2017

3650) Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Ah Long Perlu Segera Ditubuhkan - RTM - 20/04/2017

KUALA LUMPUR - Sebuah jawatankuasa khas menangani isu peminjam wang tidak berlesen atau Along perlu segera ditubuhkan berikutan isu tersebut sudah berlarutan hampir 10 tahun namun tiada jalan penyelesaian.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)  Datuk Nadzim Johan berkata jawatankuasa ini akan merekodkan segala kes yang berkaitan Along bagi membolehkan pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan sewajarnya.
Beliau berkata dalam sidang akhbar.
Jelasnya, mengikut statistik yang direkodkan pihaknya, terdapat 15,000 kes yang melibatkan Along sepanjang tahun lepas seperti pemerasan dan memukul peminjam dan pihaknya khuatir jumlah itu akan meningkat tahun ini.
Tegasnya, jumlah kes yang banyak itu amat membimbangkan PPIM kerana Along secara umumnya dilapor mampu membuat pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang selagi hutang dan pinjaman tidak dilangsaikan.     
((BERNAMA))
Sumber Dari:
http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/15411-jawatankuasa-khas-tangani-masalah-ah-long-perlu-segera-ditubuhkan-ppim
Jawatankuasa Khas Tangani Masalah Ah Long Perlu Segera Ditubuhkan

3649) Pengusaha pusat hiburan ‘dilindungi’? - Utusan Online - 23/04/2017

KUALA LUMPUR 23 April – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) didesak tidak ‘lepas ta­ngan’ selepas meluluskan pemberian lesen kepada kelab-kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke (KTV) yang bebas menjalankan ke­giatan-kegiatan haram tanpa halangan.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pasukan penguat kuasa PBT yang bertanggungjawab itu tidak sepatutnya ha­nya memakai ‘cermin mata gelap’ sehingga tidak nampak apa yang berlaku di luar sana sehingga premis-premis mereka dijadikan pusat kegiatan jenayah.
Beliau turut me­ngesyaki pengusaha-pengusaha premis yang menjadi lubuk kegiatan haram seperti pelacuran, perjudian haram, penjualan minuman keras selain menjadi pusat pengedaran dan penagihan dadah itu telah mendapat ‘perlin­dungan’ daripada orang-orang tertentu atau dalam kalangan penguat kuasa sendiri yang menerima wang perlindungan itu.
“PBT kena serius melaksanakan tanggungjawab. Pusat-pusat hiburan yang disyaki ini bukan terletak jauh pun tetapi hanya berlaku di kawasan mereka, depan mata sahaja.
“Inilah masalah yang berlaku jika penguatkuasaan lemah. Kadang-kadang mereka sendiri memberikan perlindungan kepada pengusaha-pengusaha pusat hiburan yang terlibat untuk membenarkan kegiatan haram ini berjalan. Ini belum lagi termasuk pusat-pusat hiburan yang 10 tahun sudah wujud tanpa lesen, bagaimana ini boleh berlaku?,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan khas Mingguan Malaysia hari ini berhubung kelab malam, pusat hiburan keluarga dan pusat karaoke kini dikenal pasti menjadi lubuk pelbagai kegiatan jenayah berdasarkan serbuan pihak berkuasa di premis-premis tersebut sejak kebelakangan ini termasuk yang terbaharu di selatan tanah air.
Dalam pada itu, Naib Pre­siden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Hassan Basri Muhammad berkata, kebanjiran pusat hiburan tanpa kawalan adalah berpunca daripada aspek penguatkuasaan yang lemah sehingga me­nimbulkan persoalan adakah mereka telah menerima rasuah daripada pengusaha-pengusaha premis berkenaan.
Beliau berkata, jika benar wujud situasi tersebut, kegiatan haram yang berlaku sekian lama itu tidak mampu diselesaikan sampai bila-bila.
“Tindakan penguatkuasaan yang lemah ini juga akibat pasukan yang terlibat saling menuding jari, apabila dihalakan kepada PBT, mereka kata tugas polis dan sebaliknya. Sepatutnya mereka melakukan tugas ini secara bersepadu dan menggunakan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS). Begitu juga kerajaan negeri perlu bekerjasama dengan kerajaan Pusat walaupun tidak sama ideologi politik,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md. Yunos berkata, kerajaan negeri khususnya di Selangor perlu menghentikan serta-merta pengeluaran lesen pusat hiburan dan keluarga walaupun tujuannya untuk memberikan hasil kepada kerajaan negeri.
Katanya, mana-mana lesen yang telah dikeluarkan perlu ditarik balik dan premis-premis tidak bermoral itu harus ditutup kerana melalui pemantauan yang dibuat, tidak ada satu pun premis yang kononnya menjalankan aktiviti untuk hiburan berkeluarga sedangkan pelbagai kegiatan haram berselindung di sebalik nama pusat hiburan itu.
“Lebih malang lagi apabila ada antara ahli majlis PBT yang dilantik kerajaan negeri telah melin­dungi pengusaha-pengusaha ini. Apa guna kerajaan negeri mengaut hasil daripada kerosakan akhlak yang telah berlaku dalam kalangan masyarakat,” katanya.
3

3648)Peniaga dalam talian: Wujudkan sistem pengesahan - Utusan Online - 24/04/2017

KUALA LUMPUR 24 April – Satu sistem pengesahan mengenai semua maklumat penjual dalam talian perlu diwujudkan bagi mengelakkan pengguna terus tertipu.
NADZIM JOHAN
Ketua Aktivis, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sistem pengesahan mengenai semua maklumat peribadi penjual menerusi laman web dalam talian boleh dikendalikan oleh mana-mana pihak bertanggungjawab.
“Usaha tersebut perlu diambil segera sebagai langkah keselamatan daripada berlakunya eksploitasi dan aktiviti penipuan siber ke atas pengguna laman web beli-belah dalam talian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Semalam, Ketua Jabatan Sia­satan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, 100 kes penipuan jual beli barangan secara dalam talian dicatatkan setiap minggu sejak awal tahun ini membabitkan kerugian puluhan juta ringgit.
MOHD. YUSOF ABDUL RAHMAN
MOHD. YUSOF ABDUL RAHMAN
Siasatan mendapati, je­nayah itu dilakukan sindiket selain individu yang menggunakan la­man web seperti mudah.my dan lelong.my sebagai platform untuk menipu mangsa.
Dalam pada itu, Tim­­balan Pre­siden Ga­­bu­ngan Persatuan-persatuan Peng­guna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, pihak pe­­ngu­­rusan portal perlu me­mastikan butiran lengkap peribadi diberi oleh pendaftar atau penjual laman web mereka adalah benar.
“Pastikan para penjual boleh dipercayai. Seki­ra­nya maklumat serta data yang diberikan mencurigakan, pi­hak portal boleh segera mengharamkan pendaftaran,” ujarnya.
Peniaga dalam talian Wujudkan sistem pengesahan

3647) Siapa sebenarnya ejen pengutip hutang? - Sinnar Online - 24/04/2017

EJEN pengutip hutang. Melalui namanya sahaja kita sudah maklum, tugas mereka ini mengutip hutang pelanggan yang liat menyelesaikan pinjaman pada waktunya.
Tidak dinafikan bahawa pekerjaan ejen pengutip hutang ni boleh dilakukan dengan cara yang baik, tetapi apa yang dilaporkan, ada di antara mereka mereka bekerja dengan melanggar etika dan hubungan sesama manusia.
Ejen yang tidak beretika inilah yang bertindak memarahi penghutang tanpa belas kasihan, mengugut dengan pelbagai cara. Memaksa penghutang menjelaskan sebahagian hutang dalam tempoh yang singkat.
Tidak cukup dengan itu, seluruh ahli keluarga penghutang turut dihubungi, mereka turut menerima tempias ugutan. Saman, rumah disita, kereta di tarik, lawatan ke tempat kerja.
Persoalannya siapakah mereka ini. Adakah mereka bekerja dengan agensi berdaftar dan berlesen?
Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Muhammad Yusuf Azmi berkata, bermula Januari tahun ini sehingga kini, pihaknya menerima lebih 1,000 aduan berkaitan ejen pengutip hutang.
“Kesemua kes yang diterima adalah dari sekitar Lembah Klang sahaja. Ini belum lagi aduan daripada negeri dan kes yang tidak laporkan kepada kami.
“Aduan paling banyak diterima berkaitan kenderaan, menerima panggilan telefon daripada ejen mewakili gedung perabot. Jadual pembayaran tidak boleh diubah mengikut kemampuan pengguna.
“Peminjam pinjaman perumahan pula diugut rumah akan dilelong. Pengguna pula hanya memberi notis singkat. Tidak sekadar itu, jika gagal bayar, pengguna berdepan isu bankrap,” katanya.
Tiada apa yang mustahil. Pengguna juga diugut nama mereka akan disenaraihitamkan di Data Systems Sdn Bhd (CTOS) jika gagal menjelaskan sebahagian bayaran dalam tempoh tertentu.
Bagi ‘menghalalkan’ kaedah mengutip hutang, ejen bertindak menghubungi penghutang hampir setiap hari.
Menurut Muhammad Yusuf, ejen pengutip hutang, tidak boleh menghubungi peminjam lebih dari tiga kali seminggu atau 12 kali sebulan, jika peminjam telah menjawab panggilan telefon.
“Tidak cukup dengan kaedah menelefon, ejen ini boleh menyamar menjadi sesiapa sahaja, sama ada pegawai bank, peguam atau menggunakan gelaran tertentu seperti ‘tuan haji’, ‘puan hajjah’, datuk dan datin.
“Ada juga yang menyamar sebagai pegawai polis, tetapi mereka sebenarnya adalah ejen pengutip hutang. Menyamar memang perkara biasa bagi mereka,” katanya.

Identiti ejen meragukan

Sebahagian besar daripada kes diterima, ejen pengutip hutang gagal menunjukkan bukti atau kad kuasa sebagai pengenalan dirinya.
Ejen-ejen ini juga gagal menunjukkan salinan dokumen pelantikan atau surat kuasa yang dikeluarkan Penyedia Perkhidmatan Kewangan yang diwakili mereka ketika menuntut hutang.
“Beberapa kes diterima, ejen sekadar menunjukkan surat penarikan kereta atau dokumen kononnya perintah mahkamah. Jika ingkar tindakan akan diambil. Tiada budi bicara atau belas ehsan.
“Tidak dinafikan ejen pengutip hutang diperlukan dalam keadaan penghutang terlalu liat menyelesaikan pinjaman. Culas dan mengelak membayar pinjaman. Tetapi, jika kaedahnya tidak betul, mengugut, datang tanpa uniform atau kenderaan rasmi syarikat, itu sudah salah. Tidak beretika,” katanya.
Tegas Muhammad Yusuf, ejen pengutip hutang sepatutnya mempunyai kad kuasa. Kad kuasa itu pula perlu tertera nama agensi pengutip hutang dan maklumat untuk dihubungi.
Kad kuasa itu juga perlu menjelaskan nama penyedia perkhidmatan kewangan, nama ejen serta nombor kad pengenalan dan gambar pengutip hutang.
“Penyedia perkhidmatan kewangan seperti bank, gedung perabot, atau pusat membeli belah yang menawarkan pinjaman kredit, perlu memastikan agensi pengutip hutang luar yang dilantik tidak menyerahkan tugas mengutip hutang kepada mana-mana pihak ketiga secara sub kontrak,” katanya.
Buat laporan kepada pihak berkuasa
PENGHUTANG dinasihatkan agar menghubungi pihak berkuasa seperti polis atau bank negara sekiranya ada ejen pengutip hutang bertindak secara tidak berhemah.
“Contohnya, jika ejen itu berada dalam kawasan rumah peminjam atau di tempat kerja lebih lama dari yang perlu dan tidak beredar apabila diminta berbuat demikian.
“Ejen pengutip hutang tidak boleh masuk ke rumah atau hartanah tanpa dijemput atau masuk secara paksa,” katanya.
Tegas Muhammad Yusuf, ejen pengutip hutang juga tidak boleh memusnahkan atau memindahkan secara paksa mana-mana barangan peribadi kepunyaan mana-mana peminjam.
“Mereka dilarang sama sekali mengancam, mengugut atau menyiarkan kegagalan mana-mana peminjam untuk membayar hutang, atau menyebarkan sebarang maklumat peminjam kepada mana-mana pihak ketiga.
“Pengguna juga dinasihatkan membuat laporan jika ejen pengutip hutang menampal poster atau menulis di rumah mana-mana peminjam bagi tujuan memalukan penghutang,” katanya.
Ejen pengutip hutang juga tidak boleh mengganggu keluarga peminjam, saudara mara, jiran, rakan mahupun majikan dalam apa juga bentuk atau komunikasi bagi tujuan mendapatkan lokasi peminjam.
Muhammad Yusuf bagaimanapun, mengakui, isu-isu membabitkan ejen pengutip hutang mengambil masa yang lama untuk selesai.
“Ada yang bertahun-tahun ambil masa untuk selesai. Pengguna boleh buat aduan kepada Majlis Peguam, kepada pihak polis, KPDNKK, tetapi kes tidak boleh selesai dalam kadar segera.
“Pengguna sendiri sebenarnya tidak tahu ke mana kes mereka boleh dirujuk apabila berlaku penipuan oleh ejen pengutip hutang itu sendiri. Kerana itu PPIM memainkan peranan tegas, membantu pengguna,” katanya.
Tambah Muhammad Yusuf, penghutang bagaimanapun bertanggungjawab menguruskan kewangan mereka. Tetapi ejen pengutip hutang pula perlu patuhi etika mengutip hutang bukan buat ikut suka.
*Dapatkan laporan penuh di akhbar Sinar Harian hari ini
Sumber Dari : 
http://www.sinarharian.com.my/rencana/siapa-sebenarnya-ejen-pengutip-hutang-1.664581
Siapa sebenarnya ejen pengutip hutang

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...