Friday, April 7, 2017

3589) SYOR SEKAT AKAUN FB "KEJIAN" - HARIAN METRO - 7/4/2017

                   harian metro 7.4.2017
 Kuala Lumpur : lebih 30 akaun Facebook dikesan mengandungi kata kesat dan cacian yangboleh mempengaruhi kanak-kanak sehingga mengundang kebimbingan ibu bapa mengenai masa depan generasi akan datang. Ia mendorong Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) membuat cadangan supaya tindakan segera diambil pihak berwajib berhubung lambakan status media sosial yang menjatuhkan imej individu tertentu terutamanya ahli politik. Pesanan itu ditujukan kepada mana-mana pertubuhan serta pemilik akaun yang menjadi wakil tidak rasmi kepada parti tertentu mencetuskan rasa benci kepada pihak lain seolah-olah tiada undang-undang yang boleh menyekat tindakan terbabit. Ketua Sekretariat AMIM, Yusuf Azmi berkata, pemerhatian pihaknya mendapati, daripada akaun terbabit, terdapat ribuan status dan komen di dalam Facebook mengutuk dan mempersendakan sesama sendiri yang mencetuskan budaya tidak sihat di dalam masyarakat. Katanya, trend itu seakan-akan tsunami teknologi yang terlalu bebas sehingga membentuk personaliti individu cenderung kepada perkara negatif tanpa rasa takut kepada sebarang tindakan. Yusuf berkata, AMIM yang mempunyai lebih 1000 ahli di seluruh negara menerima rungutan daripada pelbagai pihak termasuk ibu bapa dan pertubuhan bukan kerajaan yang bimbang budaya mengata ini akan menjadi sebahagian daripada budaya hidup di negara ini. Sehubungan itu, beliau meminta pihak berwajib khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan menyekat sebarang status dan komen yang dilihat mempunyai kencenderungan mencetuskan suasana tegang.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...