Monday, April 3, 2017

3587)Remaja Merokok Salah Siapa? - NX Digital - 03/04/2017



3 April 2017 - Ketua Aktivis PPIM, Dato’ Nadzim Johan (Toqqi) membincangkan “Adakah Wajar Had Umur Dinaikkan Kepada 21 tahun” di rancangan NX Digital.
Isu dimana remaja mula menghisap rokok bukanlah isu yang baru. Persoalannya, apakah punca sebenar remaja-remaja ini tercendorong ke arah negatif? Siapakah yang perlu memainkan peranan dan bertanggungjawab dalam isu ini?
Pihak kerajaan sudah pun berusaha menangani isu ini namun peranan ini bukan terletak hanya pada kerajaan semata-mata. Ibu bapa juga harus memainkan peranan penting dalam memberi kesedaran bahayanya merokok terhadap anak-anak kecil mereka. Ibu bapa hendaklah menjadi contoh kepada anak-anak memandangkan mereka adalah insan yang paling rapat dengan mereka. Jika ibu bapa mereka tidak merokok maka anak-anak mereka juga tidak akan merokok.
Selain dari ibu bapa, isteri juga mempunyai kuasa atau menjadi pendorong untuk suami supaya berhenti merokok. “Kebanyakkan sumai sekarang takut pada isteri” itu kata Toqqi dalam menerangkan bahawa isteri juga boleh membantu suami dalam proses berhenti merokok.
Jika dikira, peruntukan bulanan untuk membeli rokok adalah tinggi. Duit yang digunakan untuk membeli rokok boleh disalurkan ke tempat yang lebih penting seperti menderma. Pembaziran ini boleh dielak jika perokok itu mempunyai azam untuk berhenti.
Dalam menanamkan sikap enggan merokok didalam diri seseorang itu, ia hendaklah dimulakan dari usia muda. Oleh itu, peniaga, guru dan ibu bapa mahupun masyarakat perlu mendidik generasi muda untuk tidak merokok dan mengamalkan cara hidup yang sihat.
Berita Dari :
http://nx.digital/2017/04/03/nx-now-030417/

WhatsApp Image 2017-04-03 at 3.16.13 PM WhatsApp Image 2017-04-03 at 3.25.56 PM WhatsApp Image 2017-04-03 at 3.26.31 PM WhatsApp Image 2017-04-03 at 3.26.46 PM

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...