Thursday, April 27, 2017

3662) NGO mahu kerakyatan 1.75 juta orang disemak semula - kinitv - 26/4/2017

Sebuah gabungan baru kumpulan Melayu mengumumkan rancangannya untuk mencabar proses pemberian kerakyatan terhadap 1.75 juta orang antara tahun 1957 hingga 1970. Jurucakap Barisan Bertindak Melayu Islam (BERTINDAK) Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata langkah itu akan diambil selepas proses itu didakwa mencabul syarat-syarat dalam Perlembagaan Persekutuan. Katanya, Jadual 1 Perlembagaan Persekutuan berkaitan sumpah kesetiaan warganegara tidak berlaku dalam proses pemberian kerakyatan antara tempoh itu, melibatkan angka sehingga 1.75 juta orang. “Justeru, ia memberi kita ruang untuk mencabar dan mempersoalkan pemberian kewarganegaraan, ketika diberikan kepada golongan buka Melayu,” katanya dalam sidang media di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur semalam. “Ini isu undang-undang yang perlu dibawa ke mahkamah dan kita mahu mahkamah menentukannya,” katanya. BERTINDAK, antara lain, dianggotai oleh kumpulan pendesak Melayu PERKASA, Pertubuhan Muafakat Malaysia dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...