Thursday, April 20, 2017

Jawatankuasa tangani masalah Ah Long perlu ditubuhkan – Sinar Online – 20/4/2017

KUALA LUMPUR – Sebuah jawatankuasa khas menangani isu peminjam wang tidak berlesen atau Along perlu segera ditubuhkan berikutan isu tersebut sudah berlarutan hampir 10 tahun namun tiada jalan penyelesaian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, jawatankuasa ini akan merekodkan segala kes yang berkaitan Along bagi membolehkan pihak berkuasa seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengambil tindakan sewajarnya.

“Rekod seperti nama dan nombor kad pengenalan si Along ini boleh dijejaki LHDN untuk rujukan cukai. Pihak berkuasa lain juga boleh menggunakan rekod yang sama untuk tujuan penguatkuasaan undang-undang jika Along ini didapati melakukan kesalahan,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Jelasnya, mengikut statistik yang direkodkan pihaknya, terdapat 15,000 kes yang melibatkan Along sepanjang tahun lepas seperti pemerasan dan memukul peminjam dan pihaknya khuatir jumlah itu akan meningkat tahun ini.

 Tegasnya, jumlah kes yang banyak itu amat membimbangkan PPIM kerana Along secara umumnya dilapor mampu membuat pelbagai perkara yang bertentangan dengan undang-undang selagi hutang dan pinjaman tidak dilangsaikan.  – Bernama



Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...