Saturday, April 29, 2017

3677) SIKAP PEMURAH RAKYAT DORONG SINDIKET BERLELUASA - UTUSAN MALAYSIA - 29/4/2017

                                utusan malaysia 29.4.2017 2 utusan malaysia 29.4.2017 3 Wanita sering menjadi sasaran penipuan dalam talian berpunca daripada naluri keibuan dan tersentuh apabila melihat gambar kanak-kanak menghidapi penyakit atau dalam kesusahan. Pakar komputer, Azlan Mohamed Syukri berkata, wanita mudah didorong untuk menderma kerana berasa kasihan lantas tidak teragak-agak mengeluarkan sejumlah wang untuk didermakan kepada individu tidak bertanggunjawab di laman sosial. Katanya, dia juga pentadbir kepada sebuah laman tertutup berkaitan penipuan di Facebook berkata, sebanyak 39,000 ahli di laman sosial tersebut turut membincangkan kes-kes penipuan yang berleluasa dan terbaharu dalam kalangan masyarakat. " Melalui laman sosial tertutup itu kita juga mengenal pasti individu yang meraih simpati dengan menulis perkataan meruntun jiwa serta memaparkan gambar kanak-kanak sedang sakit namun tidak wujud di negara ini. " Ia memang benar berlaku tetapi di luar negara. Ini adalah satu bentuk eksploitasi gambar kanak-kanak untuk tujuan yang salah. " Perkara ini dapat dipastikan menerusi aplikasi Google Matching Image untuk mengesan individu tersebut menggunakan gambar sebenar atau menggunakan gambar palsu," katanya. Azlan turut berkata, individu terbabit licik apabila menggunakan akaun palsu dan menyebarkan maklumat kepada kumpulan di Facebook untuk ' memancing ' mangsa. " Saya pasti ramai yang tertipu namun tidak berbuat apa-apa termasuk laporan polis kerana bertujuan ikhlas membantu mereka yang memerlukan. Ini akan memberi peluang kepada individu tersebut untuk terus mendapatkan wang dengan cara salah," katanya. Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mendedahkan menerima kira-kira 100 aduan tahun lalu berkaitan kesahihan maklumat sesuatu status tentang kutipan derma di laman sosial. " Perkara itu terjadi kerana ramai rakyat Malaysia bermurah hati dan prihatin dengan penderitaan orang lain. " Tular di laman sosial utnuk meraih derma kini menjadi trend kerana tidak perlu bersusah payah meminta bantuan dari pihak berwajib dan mendapat wang di dalam masa singkat," katanya. Beliau meminta pihak berwajib seperti polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengekang perkara tersebut daripada berterusan.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...