Saturday, September 30, 2023

KLINIK SWASTA AMBIL BAHAGIAN JADI KLINIK PANEL SPM - PPIM - SINAR HARIAN - 30/11/2023

 


LEBIH BANYAK KLINIK SWASTA PATUT SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 29/09/2023

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berharap lebih banyak klinik swasta menyertai inisiatif Skim Perubatan Madani yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu dapat mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan dan tumpuan dapat diberi kepada kes kecemasan.

Menurut beliau, PPIM menerima banyak aduan berkaitan kesesakan di hospital kerajaan terutamanya di bahagian kecemasan.

“Peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke hospital kerajaan biarpun terpaksa menunggu lebih lama.

“Pertambahan jumlah pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dipercayai menjadi sebab mereka perlu menunggu lama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Skim Perubatan Madani diperluaskan ke seluruh negara mulai 15 September lalu dengan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Pada 19 September lalu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, lebih 1,300 klinik swasta telah mendaftar dan bekerjasama dalam program tersebut sebagai panel dalam memberikan perkhidmatan.

Nadzim memberitahu, PPIM menyambut baik usaha Kementerian Kesihatan membantu golongan B40 menikmati kemudahan di bawah skim tersebut secara automatik tanpa memerlukan proses pendaftaran.

“Semua yang layak akan mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik,” jelasnya. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

LEBIH BANYAK KLINIK SWASTA PATUT SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI - PPIM

https://malaysiagazette.com/2023/09/29/lebih-banyak-klinik-swasta-patut-sertai-skim-perubatan-madani-ppim/

Friday, September 29, 2023

KLINIK SWASTA AMBIL BAHAGIAN JADI KLINIK PANEL SPM - PPIM - SINAR HARIAN - 29/09/2023

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta lebih banyak klinik swasta mengambil bahagian menjadi klinik panel Skim Perubatan Madani (SPM) agar usaha mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tercapai demi kebaikan rakyat.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, melalui skim itu, jumlah pesakit bahagian rawatan pesakit luar atau ringan di Jabatan Kecemasan dapat dikurangkan dan tumpuan diberikan kepada kes yang memerlukan rawatan segera.

“Inisiatif ini merupakan program rintis kerajaan melalui KKM bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

“Banyak aduan diterima berkaitan dengan kesesakan yang berlaku di hospital kerajaan terutama bahagian kecemasan.

“Saya yakin peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke sana walaupun terpaksa menunggu lama,” katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Berdasarkan laporan Sinar Harian pada 19 September lalu, sebanyak 80,000 isi rumah mendapat manfaat daripada SPM meliputi lebih 130,000 rawatan kesihatan pesakit luar bagi kes akut melalui klinik swasta sejak ia perkenalkan.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, bilangan rawatan yang diberikan kini hampir 4,000 sehari dan jumlah tersebut semakin meningkat.

Tambah Nadzim, PPIM berharap usaha baik tersebut diperluas dan diteruskan lagi untuk memudahkan rakyat golongan B40 mendapat kemudahan itu dengan kelayakan secara automatik tanpa memerlukan pendaftaran.

“Semua layak mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik.

“Rakyat perlu memeriksa kelayakan dan klinik panel di laman sesawang ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) dan hanya membawa kad pengenalan ke sana,” ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

KLINIK SWASTA AMBIL BAHAGIAN JADI KLINIK PANEL SPM - PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/281568/berita/nasional/klinik-swasta-ambil-bahagian-jadi-klinik-panel-spm---ppim

PPIM SOKONG SKIM PERUBATAN MADANI (SPM) - KENYATAAN MEDIA PPIM - 29/09/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) banyak menerima aduan berkaitan kesesakan di hospital terutama di bahagian kecemasan.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi yakin peningkatan kos sara hidup menyebabkan rakyat terpaksa ke hospital kerajaan biarpun terpaksa menunggu lebih lama.

"Peningkatan pesakit yang memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital kerajaan dipercayai menjadi pesakit perlu menunggu lama," katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, PPIM bersetuju dengan inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan sejak 15 Jun 2023.

"Inisiatif ini merupakan program rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui KKM yang bertujuan menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).

"Skim Perubatan MADANI membantu mengurangkan kesesakan dengan membolehkan rakyat yang layak mendapat rawatan ringan di klinik swasta secara percuma," katanya.

Nadzim berkata melalui skim itu, jumlah pesakit di bahagian rawatan pesakit luar atau ringan di Jabatan Kecemasan Hospital dapat dikurangkan dan tumpuan boleh diberikan kepada kes kecemasan.

Selain itu, PPIM menyeru supaya lebih banyak klinik swasta mengambil bahagian menjadi sebagai klinik panel supaya usaha baik mengurangkan kesesakan pesakit di fasiliti KKM tercapai untuk kebaikan rakyat.

"Kami di PPIM memandang baik usaha KKM memudahkan rakyat golongan B40 mendapat kemudahan ini dengan kelayakan secara automatik tanpa memerlukan pendaftaran. Semua yang layak akan mendapat kemudahan ini tanpa mengira agama, bangsa dan kecenderungan politik.

"Rakyat perlu memeriksa kelayakan dan klinik panel di laman sesawang Protect Health dan hanya membawa kad pengenalan ke klinik yang tersenarai," katanya.

Tambah Nadzim, PPIM berharap usaha yang baik ini diteruskan dan diperluaskan lagi. Terima kasih dan tahniah kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa kerana mengutamakan kebajikan rakyat.

BERAS OH BERAS | MHI - TV3 MALAYSIA - 27/09/2023

 

Topik: Beras Oh Beras Malaysia

Hari Ini merupakan sebuah rancangan bual bicara yang padat dengan pelbagai informasi menarik berkenaan hal ehwal semasa, kesihatan serta isu-isu viral untuk menjana pemikiran masyarakat.

#MalaysiaHariIni #MHI2023 #MalaysiaHariIni2023

Sumber: TV3 MALAYSIA

BERAS OH BERAS | MHI

https://www.youtube.com/watch?v=_6vgsefvGYE

Wednesday, September 27, 2023

BANTAH WHO CA+ DAN PINDAAN IHR 2005 MENGANCAM KEDAULATAN! - HARIAN METRO - 27/09/2023

Artikel oleh: Harian Metro

BANTAH WHO CA+ DAN PINDAAN IHR 2005 MENGANCAM KEDAULATAN!

PPIM, NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH WHO CA+, PINDAAN IHR 2005 - KINITV - 27/09/2023

 


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan supaya membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya, Nadzim Johan berkata, Malaysia harus tegas dan wajib menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan supaya negara tidak dijajah anasir luar.

Menurutnya, sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa  Agong dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.


Sumber: KinTV

PPIM, NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH WHO CA+, PINDAAN IHR 2005

https://www.youtube.com/watch?v=1U3CvJKgOHI

Tuesday, September 26, 2023

MALAYSIA PERLU BANTAH WHO CA+, PINDAAN IHR 2005 - HARIAN METRO - 26/09/2023

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menuntut kerajaan turut membantah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) kerana dikhuatiri akan mengancam kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, Malaysia harus tegas dan wajib menolak pindaan IHR 2015 sebelum 1 Disember depan iaitu tarikh akhir bantahan supaya negara tidak dijajah anasir luar.

Menurutnya, sekiranya usaha itu gagal, WHO boleh mengambilalih pemerintahan sekali gus mengetepikan kuasa Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu dan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

"Jika berlaku (pindaaan IHR 2005) dan tidak dibantah Perdana Menteri, kita akan terikat dengan terma serta syarat IHR 2005.

"Ia akan beri kuasa kepada WHO untuk ambil alih (negara) jika rasa negara ini perlu diselamatkan dengan cara dia (WHO).

"Kita hanya rakyat biasa tetapi melihat perkara ini amat bahaya dan mencabar institusi negara apabila sampai tahap Agong (Yang di-Pertuan Agong) tak boleh bantah (selepas pindaan dibuat). Kenapa nak bagi orang lain jaga keselamatan negara kita?".

Beliau berkata demikian pada pada sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan terhadap WHO CA+ dan pindaan IHR 2005 kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM), Ahmad Jufliz Faizal; Presiden Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (Perkid), Masridzi Sat dan Penasihat PPIM, Datuk Asri Yusof.

Menurut Nadzim, memorandum bantahan itu juga akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesemua pejabat Ahli Parlimen.

"Minta semua Ahli Parlimen walaupun berlainan parti supaya bersatu demi keselamatan dan kedaulatan negara.

"Perjanjian itu akan menambah skop kuasa WHO dalam situasi yang bukan hanya membabitkan risiko kesihatan awam, malah menggugat kebebasan dan hak asasi rakyat malah kedaulatan negara, Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong boleh terancam," katanya.

Sementara itu, Ahmad Jufliz menyokong sepenuhnya usaha PPIM dalam membawa suara rakyat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dengan menghantar memorandum kepada Al-Sultan Abdullah.

"Ia kerana pindaan (IHR 2005) boleh menjejaskan kuasa dan melucutkan kuasa Tuanku (Yang Di-Pertuan Agong).

"Jika kerajaan hari ini gagal membantah, dikhuatiri pindaan itu akan berkuat kuasa pada Mei tahun depan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

MALAYSIA PERLU BANTAH WHO CA+, PINDAAN IHR 2005

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1013607/malaysia-perlu-bantah-who-ca-pindaan-ihr-2005

AKTIVITI | SESI PODCAST PROGRAM BUAL BICARA X'KLUSIF BERSAMA SYAHRIL - PPIM - 26/09/2023

Sesi Podcast Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama wartawan veteran, Syahril A. Kadir bagi program bual bicara X'klusif Bersama Syahril di Solaris Mont Kiara.

PPIM HANTAR MEMORANDUM BANTAHAN KE ISTANA NEGARA - KENYATAAN MEDIA PPIM - 26/09/2023

KUALA LUMPUR, 26 SEPT : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyerahkan memorandum bantahan terhadap World Health Organization Convention Agreement (WHO CA+) dan pindaan International Health Regulations 2005 (IHR2005) kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di sini, hari ini.

PPIM mendakwa WHO CA+ dan IHR2005 adalah perjanjian antarabangsa yang menjadi ancaman kepada keselamatan dan kedaulatan negara.

Ketua Aktivisnya, Nadzim Johan@toqqi berkata PPIM mewakili beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk kumpulan pengamal perubatan kesihatan dan beberapa peguam turut mengutuskan surat terbuka kepada Al-Sultan Abdullah.  

"Surat ini merupakan memorandum rakyat membantah Pandemik Triti WHO CA+ dan Pindaan IHR2005. Tempoh masa penolakan (rejection period) adalah sehingga 1 Disember 2023," katanya.

Menurut Nadzim, antara ancaman-ancaman yang dikenalpasti adalah perjanjian tersebut mengubah definisi 'standing recommendation' dan 'temporary recommendation' daripada 'non binding' kepada 'binding'.

"Perjanjian itu juga akan menambah skop kuasa WHO dalam situasi yang bukan hanya melibatkan risiko kesihatan awam malah, ia memansuhkan perkataan 'with full respect for the dignity, human rights and fundamental freedom of person', yang menjadi asas kepada Hak Asasi Manusia," katanya.

Tambah beliau, Pengarah WHO turut diberikan kuasa mengisytiharkan Public Health Emergency of International Concern (PHEIC) termasuk yang berpotensi menjadi PHEIC tanpa input bebas daripada pakar kesihatan awam dari State Party atau pakar perubatan profesional.

"Pindaan IHR2005 boleh mengambil alih kuasa dan fungsi Yang Di-Pertuan Agong dalam pengisytiharan darurat terutamanya Artikel 150 [2A] Perlembagaan Persekutuan termasuk berpotensi mengambil alih atau melucutkan serta mengurangkan kuasa dan budi bicara Yang Di-Pertuan Agong sebagai ketua utama Negara dalam menjaga kedaulatan negara Malaysia.

Pindaan IHR2005 ini jika tidak dibantah merupakan perlanggaran kepada Perlembagaan Negara meliputi Hak Asasi Kebebasan Rakyat, Kedaulatan Negara, Kedaulatan Raja-Raja Melayu serta Yang Di-Pertuan Agong akan terancam," katanya.

Nadzim menegaskan demi menyelamatkan kedaulatan negara, Malaysia wajib menolak pindaan IHR2005 dan keluar dari WHO.

AKTIVITI | BANTAHAN TERHADAP WHO C+ OLEH NGO ISLAM - SIDANG MEDIA PPIM - 26/09/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama beberapa wakil NGO & peguam menyerahkan memorandum bantahan terhadap World Health Organization Convention Agreement (WHO CA+) dan Pindaan International Health Regulations 2005 (IHR2005) kepada Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Monday, September 25, 2023

MAIN PERANAN DALAM ISU PELARIAN, JANGAN HUKUM MEREKA - SINAR HARIAN - 25/09/2023

 

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu memainkan peranan besar dalam menyantuni isu pelarian di negara ini dan tidak terus menghukum golongan berkenaan termasuk desakan untuk mengusir mereka keluar.

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, pelarian ini terpalit dengan pelbagai persepsi buruk oleh masyarakat awam sedangkan yang melakukan kesalahan atau jenayah itu hanya segelintir kecil.

Bagaimanapun, beliau turut mengakui bahawa memang wujud segelintir pelarian yang terbabit dengan kegiatan jenayah seperti yang dipaparkan oleh media arus perdana.

"Namun, ia tidak memberi gambaran keseluruhan bahawa semua pelarian begitu (terbabit dengan jenayah) dan masyarakat awam kita perlu lebih objektif dalam menilai sesuatu perkara.

"Jika kita lihat, pelarian yang ada di negara ini bukan saja daripada Rohingya (Myanmar), sebaliknya ada juga pelarian daripada negara Timur Tengah.

"Mereka ini lari menyelamatkan diri ke negara kita kerana sudah tidak ada kehidupan di negara mereka sendiri atau keselamatan mereka terancam oleh kepelbagaian masalah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika 'Dialog Kerjasama Kemanusiaan: Laporan Berita Seimbang Mampu Selamatkan Nyawa' anjuran Kelab Kebajikan Anak Kami bersama Kelab Wartawan Kuala Lumpur Selangor (KLS) di Kolej Universiti Saito, di sini.

Ahli panel lain antaranya Penolong Pengarang Berita Harian Metro, Yusmizal Dolah Aling; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan Pengasas Kembara Kitchen, William Cheah.

Moderator yang mengendalikan dialog tersebut ialah wartawan veteran, Syahril Kadir.

Menyentuh laporan berita isu pelarian di media arus perdana, Yusmizal berkata, media sememangnya memberi laporan yang seimbang termasuk sisi positif.

Beliau yang juga pemenang Anugerah Kajai 2022 berkata, kebanyakan persepsi yang terhasil adalah berpunca daripada segelintir kecil pelarian yang terbabit dengan isu jenayah.

"Kebanyakan persepsi umum ini tercipta daripada pembabitan jenayah atau salah laku dalam kalangan pelarian sehingga mencetuskan penolakan terhadap golongan berkenaan.

"Kita perlu akui bahawa memang wujud insiden jenayah membabitkan pelarian dan pada masa sama, kita juga perlu bersikap adil dalam menilai bahawa tidak semua pelarian sebegitu," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

MAIN PERANAN DALAM ISU PELARIAN, JANGAN HUKUM MEREKA

https://www.sinarharian.com.my/article/280549/berita/nasional/main-peranan-dalam-isu-pelarian-jangan-hukum-mereka

AKTIVITI | DIALOG KERJASAMA KEMANUSIAAN - PPIM - 23/09/2023

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dijemput sebagai ahli panel di program Dialog Kerjasama Kemanusiaan: Laporan Berita Seimbang Mampu Selamatkan Nyawa' anjuran Kelab Kebajikan Anak Kami bersama Kelab Wartawan Kuala Lumpur Selangor (KLS) di Kolej Universiti Saito, Cheras.

Friday, September 22, 2023

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF SME BANK - PPIM - 22/09/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengadakan perjumpaan bersama Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Tuan Aria Putera Ismail di Menara SME Bank, Kuala Lumpur.


FOMCA: RAHMAH RICE SALE IS GOVT'S QUICK MEASURE TO EASE PEOPLE'S BURDEN - MALAY MAIL - MALAY MAIL - 20/09/2023

 

KUALA LUMPUR, Sept 20 — The Rahmah Rice Sale initiative with an allocation of RM150 million shows the government’s determination in quickly easing the burden of the people amidst the global hike in rice prices.

The initiative involves selling imported rice for about RM13 to RM14 per five kilogrammes to the B40 group, which averages out to be cheaper than before the prices went up earlier this month.

The programme, which took effect yesterday, was announced by Deputy Domestic Trade and Cost of Living Minister Fuziah Salleh when winding up the debate on the 12th Malaysia Plan Mid-Term Review in Dewan Rakyat, as part of efforts to address both the price hike in imported rice and shortage of local rice.

Federation of Malaysian Consumers Associations (Fomca) deputy secretary-general Nur Asyikin Aminuddin described the initiative as a fast short-term measure by the ministry while working on resolving the local rice shortage.

“Let’s put ourselves in the shoes of the B40 group, can we afford to spend RM50 just on rice only, without any other food items? That’s why the government took this short-term measure (Rahmah Rice Sale).

“Current local rice production is between 65 and 70 per cent, so we need to increase it to 100 per cent and not depend on imported rice,” she told Bernama.

On September 1, Padiberas Nasional Bhd (Bernas), in its statement, announced the nationwide price increase of imported white rice from RM2,350 per tonne to RM3,200 per tonne effective the same date, in line with current global market rates, leading to demand for local rice shooting up and thereby resulting in a shortage.

Following public complaints on the shortage, Nur Asyikin said Fomca’s enforcement monitoring found that local rice was not readily available in provision shops and supermarkets.

Meanwhile, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said the government should have a long-term plan to address the issue of food security.

“Among others, the government should be prepared with several attractive initiatives to encourage more padi farming and reduce the dependency on imported rice. We have a lot of land which can be put to good use,” he said. — Bernama

Article by: Malay Mail

FOMCA: RAHMAH RICE SALE IS GOVT'S QUICK MEASURE TO EASE PEOPLE'S BURDEN

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2023/09/20/fomca-rahmah-rice-sale-is-govts-quick-measure-to-ease-peoples-burden/91994

AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE MIG CHEESE FACTORY - PPIM - 21/09/2023

Lawatan PPIM ke MIG Cheese Factory iaitu kilang pembuatan keju yang dimiliki oleh Tuan Abdul Gaffar Khan Amirullah di Petaling Jaya, Selangor.



Thursday, September 21, 2023

FOMCA: RAHMAH RICE SALE IS GOVT'S QUICK MEASURE TO EASE PEOPLE'S BURDEN - THE SUN DAILY - 20/09/2023

 

KUALA LUMPUR: The Rahmah Rice Sale initiative with an allocation of RM150 million shows the government’s determination in quickly easing the burden of the people amidst the global hike in rice prices.

The initiative involves selling imported rice for about RM13 to RM14 per five kilogrammes to the B40 group, which averages out to be cheaper than before the prices went up earlier this month.

The programme, which took effect yesterday, was announced by Deputy Domestic Trade and Cost of Living Minister Fuziah Salleh when winding up the debate on the 12th Malaysia Plan Mid-Term Review in Dewan Rakyat, as part of efforts to address both the price hike in imported rice and shortage of local rice.

Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) deputy secretary-general Nur Asyikin Aminuddin described the initiative as a fast short-term measure by the ministry while working on resolving the local rice shortage.

“Let’s put ourselves in the shoes of the B40 group, can we afford to spend RM50 just on rice only, without any other food items? That’s why the government took this short-term measure (Rahmah Rice Sale).

‘’Current local rice production is between 65 and 70 per cent, so we need to increase it to 100 per cent and not depend on imported rice,” she told Bernama.

On Sept 1, Padiberas Nasional Bhd (Bernas), in its statement, announced the nationwide price increase of imported white rice from RM2,350 per tonne to RM3,200 per tonne effective the same date, in line with current global market rates, leading to demand for local rice shooting up and thereby resulting in a shortage.

Following public complaints on the shortage, Nur Asyikin said FOMCA’s enforcement monitoring found that local rice was not readily available in provision shops and supermarkets.

Meanwhile, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said the government should have a long-term plan to address the issue of food security.

“Among others, the government should be prepared with several attractive initiatives to encourage more padi farming and reduce the dependency on imported rice. We have a lot of land which can be put to good use,” he said.-Bernama

Artikel by: The Sun Daily

FOMCA: RAHMAH RICE SALE IS GOVT'S QUICK MEASURE TO EASE PEOPLE'S BURDEN

https://www.thesundaily.my/local/fomca-rahmah-rice-sale-is-govt-s-quick-measure-to-ease-people-s-burden-JE11515792

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA - BERITA HARIAN - 21/09/2023

 

KUALA LUMPUR: Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

Menerusi program itu, beras import yang dirancang dijual hanya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap lima kilogram untuk golongan B40 ini bukan sahaja murah, malah secara purata lebih rendah berbanding harga sebelum kenaikan harga beras itu, pada awal bulan ini.

Program yang bermula semalam itu, diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Isnin, sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaan beras tempatan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin, menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

"Cuba kita letakkan diri kita dalam golongan B40, (adakah) kita mampu beli beras sahaja RM50 bagaimana dengan lauk lain, disebabkan itu kerajaan buat langkah ini (Jualan Rahmah Beras) untuk jangka pendek.

"Sekarang kita tengok keluaran beras tempatan 65 hingga 70 peratus, jadi kalau boleh kita perlu meningkatkan beras tempatan 100 peratus jangan bergantung pada beras import," katanya kepada BERNAMA.

Pada 1 September lalu, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dalam satu kenyataan mengumumkan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa hari sama, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Susulan kenaikan harga beras import itu di pasaran tempatan, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Asyikin berkata, pemantauan penguat kuasa FOMCA mendapati beras tempatan juga sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya susulan rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras di pasaran.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi jangka masa panjang, dalam menangani isu keterjaminan makanan.

"Antaranya kerajaan perlu menyediakan beberapa insentif yang menarik kepada petani bagi menggalakkan penanaman padi yang banyak, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Kita ada tapak tanah yang banyak yang boleh kita manfaatkan," katanya.– BERNAMA

Artikel oleh: Berita Harian

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/09/1155174/jualan-rahmah-komitmen-segera-kerajaan-atasi-krisis-beras-persatuan

AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA KETUA EKSEKUTIF PERKESO - PPIM - 21/09/2023

Perjumpaan PPIM bersama Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Dato' Sri Dr. Mohammed Azman Dato' Aziz Mohammed di Menara Perkeso, Kuala Lumpur, hari ini.

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - HARIAN METRO - 20/09/2023

 

Kuala Lumpur: Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

Menerusi program itu, beras import yang dirancang dijual hanya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap lima kilogram untuk golongan B40 ini bukan sahaja murah, malah secara purata lebih rendah berbanding harga sebelum kenaikan harga beras itu, pada awal bulan ini.

Program yang bermula semalam itu, diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Isnin, sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaaan beras tempatan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (Fomca) Nur Asyikin Aminuddin, menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka masa pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

"Cuba kita letakkan diri kita dalam golongan B40, (adakah) kita mampu beli beras sahaja RM50 bagaimana dengan lauk lain, disebabkan itu kerajaan buat langkah ini (Jualan Rahmah Beras) untuk jangka masa pendek.

"Sekarang kita tengok keluaran beras tempatan 65 hingga 70 peratus, jadi kalau boleh kita perlu meningkatkan beras tempatan 100 peratus jangan bergantung pada beras import," katanya kepada Bernama.

Pada 1 September lalu, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam satu kenyataan mengumumkan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa hari sama, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Susulan kenaikan harga beras import itu di pasaran tempatan, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Asyikin berkata, pemantauan penguat kuasa Fomca mendapati beras tempatan juga sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya susulan rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras di pasaran.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi jangka masa panjang, dalam menangani isu keterjaminan makanan.

"Antaranya kerajaan perlu menyediakan beberapa insentif yang menarik kepada petani bagi menggalakkan penanaman padi yang banyak, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Kita ada tapak tanah yang banyak yang boleh kita manfaatkan," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/09/1011715/jualan-rahmah-komitmen-segera-kerajaan-atasi-krisis-beras

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA - SINAR HARIAN - 21/09/2023

 

KUALA LUMPUR - Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

Menerusi program itu, beras import yang dirancang dijual hanya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap lima kilogram untuk golongan B40 ini bukan sahaja murah, malah secara purata lebih rendah berbanding harga sebelum kenaikan harga beras itu, pada awal bulan ini.

Program yang bermula semalam itu, diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Isnin, sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaaan beras tempatan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), Nur Asyikin Aminuddin menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka masa pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

"Cuba kita letakkan diri kita dalam golongan B40, (adakah) kita mampu beli beras sahaja RM50 bagaimana dengan lauk lain, disebabkan itu kerajaan buat langkah ini (Jualan Rahmah Beras) untuk jangka masa pendek.

"Sekarang kita tengok keluaran beras tempatan 65 hingga 70 peratus, jadi kalau boleh kita perlu meningkatkan beras tempatan 100 peratus jangan bergantung pada beras import,” katanya kepada Bernama.

Pada 1 September lepas, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam satu kenyataan mengumumkan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa hari sama, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Susulan kenaikan harga beras import itu di pasaran tempatan, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Asyikin berkata, pemantauan penguat kuasa FOMCA mendapati beras tempatan juga sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya susulan rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras di pasaran.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi jangka masa panjang, dalam menangani isu keterjaminan makanan.

"Antaranya kerajaan perlu menyediakan beberapa insentif yang menarik kepada petani bagi mengalakkan penanaman padi yang banyak, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Kita ada tapak tanah yang banyak yang boleh kita manfaatkan,” katanya. - Bernama

Artikel oleh: Sinar Harian

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA

https://www.sinarharian.com.my/article/280098/berita/nasional/jualan-rahmah-komitmen-segera-kerajaan-atasi-krisis-beras---persatuan-pengguna

RAHMAH RICE SALE IS GOVT'S QUICK MEASURE TO EASE PEOPLE'S BURDEN - FOMCA - BERNAMA - 20/09/2023

 

KUALA LUMPUR, Sept 20 (Bernama) -- The Rahmah Rice Sale initiative with an allocation of RM150 million shows the government's determination in quickly easing the burden of the people amidst the global hike in rice prices.

The initiative involves selling imported rice for about RM13 to RM14 per five kilogrammes to the B40 group, which averages out to be cheaper than before the prices went up earlier this month.

The programme, which took effect yesterday, was announced by Deputy Domestic Trade and Cost of Living Minister Fuziah Salleh when winding up the debate on the 12th Malaysia Plan Mid-Term Review in Dewan Rakyat, as part of efforts to address both the price hike in imported rice and shortage of local rice.

Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) deputy secretary-general Nur Asyikin Aminuddin described the initiative as a fast short-term measure by the ministry while working on resolving the local rice shortage.

"Let's put ourselves in the shoes of the B40 group, can we afford to spend RM50 just on rice only, without any other food items? That's why the government took this short-term measure (Rahmah Rice Sale) .

"Current local rice production is between 65 and 70 per cent, so we need to increase it to 100 per cent and not depend on imported rice," she told Bernama.

On Sept 1, Padiberas Nasional Bhd (Bernas), in its statement, announced the nationwide price increase of imported white rice from RM2,350 per tonne to RM3,200 per tonne effective the same date, in line with current global market rates, leading to demand for local rice shooting up and thereby resulting in a shortage.

Following public complaints on the shortage, Nur Asyikin said FOMCA's enforcement monitoring found that local rice was not readily available in provision shops and supermarkets.

Meanwhile, Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan said the government should have a long-term plan to address the issue of food security.

"Among others, the government should be prepared with several attractive initiatives to encourage more padi farming and reduce the dependency on imported rice. We have a lot of land which can be put to good use," he said.

— BERNAMA

Artikel oleh: Bernama

RAHMAH RICE SALE IS GOVT'S QUICK MEASURE TO EASE PEOPLE'S BURDEN - FOMCA

https://www.bernama.com/en/general/news.php?id=2227376

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA - BERNAMA - 20/09/2023

 

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) Inisiatif program Jualan Rahmah Beras dengan peruntukan RM150 juta, menunjukkan keazaman kerajaan meringankan bebanan kewangan rakyat pada ketika kenaikan harga beras menjadi isu global.

Menerusi program itu, beras import yang dirancang dijual hanya pada sekitar RM13 hingga RM14 bagi setiap lima kilogram untuk golongan B40 ini bukan sahaja murah, malah secara purata lebih rendah berbanding harga sebelum kenaikan harga beras itu, pada awal bulan ini.

Program yang bermula semalam itu, diumumkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh, ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di Dewan Rakyat pada Isnin, sebagai usaha membantu meringankan beban rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga beras import serta ketiadaaan beras tempatan.

Timbalan Setiausaha Agung Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA) Nur Asyikin Aminuddin, menyifatkan inisiatif itu sebagai usaha segera jangka masa pendek Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN), sementara menyelesaikan isu kekurangan beras tempatan.

"Cuba kita letakkan diri kita dalam golongan B40, (adakah) kita mampu beli beras sahaja RM50 bagaimana dengan lauk lain, disebabkan itu kerajaan buat langkah ini (Jualan Rahmah Beras) untuk jangka masa pendek.

"Sekarang kita tengok keluaran beras tempatan 65 hingga 70 peratus, jadi kalau boleh kita perlu meningkatkan beras tempatan 100 peratus jangan bergantung pada beras import;" katanya kepada Bernama.

Pada 1 Sept lepas, Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dalam satu kenyataan mengumumkan kenaikan harga jualan beras putih import seluruh negara daripada RM2,350 satu tan kepada RM3,200 satu tan berkuat kuasa hari sama, sejajar harga terkini beras putih import di pasaran antarabangsa.

Susulan kenaikan harga beras import itu di pasaran tempatan, permintaan terhadap beras tempatan turut meningkat menyebabkan kekurangan bekalan di pasaran.

Asyikin berkata pemantauan penguat kuasa FOMCA mendapati beras tempatan juga sukar diperoleh di kedai runcit dan pasar raya susulan rungutan orang ramai mengenai ketiadaan beras di pasaran.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai perancangan bagi jangka masa panjang, dalam menangani isu keterjaminan makanan.

"Antaranya kerajaan perlu menyediakan beberapa insentif yang menarik kepada petani bagi mengalakkan penanaman padi yang banyak, sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap beras import. Kita ada tapak tanah yang banyak yang boleh kita manfaatkan," katanya.

— BERNAMA

Artikel oleh: Bernama

JUALAN RAHMAH: KOMITMEN SEGERA KERAJAAN ATASI KRISIS BERAS - PERSATUAN PENGGUNA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2227331

Tuesday, September 19, 2023

LESEN, INSURANS TIADA TAPI DAPAT MOTOSIKAL - KOSMO - 18/09/2023

 

Artikel oleh: Kosmo

LESEN, INSURANS TIADA TAPI DAPAT MOTOSIKAL

SPM - ELAK SCAM : BERTENANG DAN JANGAN PANIK - BERITA RTM - 18/09/2023

 

Sumber: Berita RTM

SPM - ELAK SCAM : BERTENANG DAN JANGAN PANIK

https://www.youtube.com/watch?v=9YF8H1aU5Co

JANGAN AMBIL MUDAH SOAL LESEN TAMAT TEMPOH, INSURANS - KOSMO - 18/09/2023

 

KISAH penunggang p-hailing yang tular apabila motosikalnya di­sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sembilan antara kisah yang menjadi perbualan hangat netizen.

Belum pun reda cerita peserta Yamaha RXZ Members 5.0 yang ‘dipukat’ pihak berkuasa di Terengganu, timbul pula siri motosikal disita serentak itu berduyunlah rakyat jelata menjadi pakar dan menghukum.

‘Niat tidak menghalalkan cara’ mungkin bidalan paling sesuai berhubung dua kisah ini.

Penting untuk kita tahu bahawa dalam kes rider tersebut, motosikal disita disebabkan lesen motor tamat tempoh dan tiada insurans.

Lesen motor setahun hanya bernilai RM30, cukai jalan dan insuran paling murah RM125 untuk setahun jika cc bawah 150.

Pihak JPJ dalam kenyataan memaklumkan penyitaan motosikal lelaki terbabit dilakukan bagi menjaga keselamatan penunggang dan pengguna jalan raya lain kerana tidak dilin­dungi insuran.

Betul ketika ini ramai yang susah tetapi adakah untuk mencari rezeki kita perlu perjudikan nyawa menunggang motosikal tanpa sebarang perlindungan.

Bagaimanapun situasi lebih parah, apabila kisah rider ini ibarat bola tanggung kepada pempengaruh yang berlumba-lumba membantu tanpa melihat kepada isu sebenar.

Benar ramai dalam kalangan kita simpati tetapi apa yang menjadi isu adalah cukai jalan mati dan perlindungan insu­rans.

Jadi kenapa pula perlu diberi motosikal baharu bukannya dibantu membayar saman dan memperbaharui lesen serta insurans, itu lebih wajar dan tepat.

Adakah selepas ini mereka mampu menghidupkan lesen dan insurans.

Bagaimanapun, benarlah semua ada hujah tersendiri.

Berita mengenai golongan penunggang p-hailing terbabit kemalangan banyak dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Di sebalik ramai dalam kalangan mereka berhati-hati di jalan raya, masih ada juga sesetengah yang tidak menitikberatkan soal keselamatan diri dan pengguna jalan raya yang lain.

Ada yang menyatakan, ‘rider’ ini perlu mengejar order yang banyak dalam masa sehari. Tapi adakah ini juga alasan untuk mereka terus abaikan keselamatan diri dan orang lain?

Dalam Islam sendiri telah mengajar umatnya dengan melarang perbuatan berbahaya dan memberikan kemudaratan kepada orang lain di persekitarannya, sama ada keluarga, masyarakat mahupun orang ramai tanpa mengira perbezaan agama.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyifatkan bahawa ke­selamatan diri dalam kalangan pekerja penghantar makanan ini perlu dititik berat dalam tugas harian mereka.

“Banyak kemalangan yang berlaku kebelakangan ini, jangan hanya kejar pesanan sehingga keselamatan diri kita sendiri terabai, ramai yang saya tahu lesen motosikal pun tiada cukai jalan sama sekali.

“Jika apa-apa berlaku ia kosong, jadi kita nak salahkan siapa lagi? Kita perlu ikhlas dalam mencari rezeki, kita turun kerja sebab nak jaga keluarga. Ramai yang abaikan soal keselamatan ini demi mengejar pesanan, itu sememangnya salah,” katanya.

Soal keselamatan dalam menjalankan pekerjaan adalah salah satu perkara yang paling pen­ting untuk ditekankan oleh setiap dari kita. Jangan ambil mudah.

Hendaklah diingat bahawa kese­lamatan bukanlah sesuatu yang diperoleh setelah mati.

Artikel oleh: Kosmo

JANGAN AMBIL MUDAH SOAL LESEN TAMAT TEMPOH, INSURANS

https://www.kosmo.com.my/2023/09/18/lesen-insurans-tiada-tapi-dapat-motosikal/

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...