Tuesday, March 8, 2011

[sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar

From: Jxxxxxxxxx
Subject: [sim] INFO : Penipuan Bio Aura - Hai-O Dibongkar
Sent: Mar 8, 2011 8:19 AM


Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain (Hadis riwayat Al-Qudhi)  

Facebooking : e_belang@yahoo.com 
Lawatilah kediaman saya di http://pakmod.com dan rakan-rakan di http://groups.yahoo.com/group/pakbelang. 

 * PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00?? 

Ramai yang beli jugak kenapa? Sama ada yang beli tu masuk skim sebab nak join kawan-kawan jadi kaya raya ataupun memang bodoh bahalul tak tau harga pasaran sesuatu produk dan terpedaya tanpa usul periksa dengan testimoni Pak Long itu Mak Long ini yang sengaja diada-adakan. Hal ini seharusnya dihindari, kerana cara ini adalah mengambil keuntungan dengan cara yang bathil, karena mengandung unsur kezaliman, yakni membebankan masyarakat pengguna. 

Penetapan harga yang terlalu tinggi dari harga normal, sehingga membebankan pengguna, dapat dianalogikan dengan ghabn, iaitu menjual satu barang dengan harga tinggi dari harga modal sepatutnya. Syarikat Hai-O Cina ni memang pandai dalam strategi berniaga khususnya nak tipu orang melayu. Agaknya memang plan dia orang nak ambil kesempatan atas kebodohan melayu yang senang taksub dengan benda-benda karut dan testimoni Pak Long itu, Mak Long ini. 

Cuba pergi buat survey sikit, ada tak Water Filter Bio Aura kat rumah orang cina kat Malaysia ni padahal Hai-O ni orang cina yang punya. Tak percaya ? Ingat Hai-O ni orang melayu punya bisnes nak tolong melayu ? Bukak website Hai-O dan check laa sendiri. Barisan Pengurusan Tertinggi Hai-O 2009

1. Suvit Lee - Director (Hai-O Energy)
2. Boon On Suee - Director/ Asst. General Manager (Kinds Resource)
3. Tan Tok Keong - Director/ General Manager (Hai-O Raya)
4. Soh Ai Choo - Director/ Manager (Seagull Advertising)
5. Tan Keng Song - Group Executive Director
6. Ng Lip Yong @ Ng Lip Sat - Managing Director (Hai-O Energy)
7. Tan Kee Hock - General Manager (Hai-O Enterprise)
8. Tan Siow Eng - Group Chief Treasurer
9. Hew Von Kin - Group Chief Financial Officer
10. Jym Ow Chee Wei - General Manager (Hai-O Marketing)
11. Chua Chun Siang - Director/ Asst. General Manager (SG Global)
12. Chris Chia Kuo Wui - Group Executive Director/Director & Asst. General Manager (Grand Brands)
13. Chai Meng Kow - Director/ Asst. General Manager (Hai-O Medicine)
14. Julie Tan Chwee Sin - Group Admin & Porperty Manager
15. Erica Lai Ah Moy @ Lee Ah Moy - Director/Administration Manager (Hai-O Energy)
16. Lim Ai Aik - Personal Assistant to MD (Hai-O Enterprise)
17. Philip Teo Kheng Leong - Asst. Area Manager(Hai-O Raya)
18. Tan Soh Hoon - Adminstration, Asst.Manager (Hai-O Marketing)
19. Thomas Chong Kit Keong - Creative Director (Seagull Advertising)
20. Eric Hew Koon Soong - Internal Audit Asst Manager (Hai-O Enterprise)
21. Jason Hong Kok Siong - Marketing & Branding Manager (Hai-O Raya)
22. Tan Leok Kwee -Asst. General Manager cum Merchandising Development Manager (Hai-O Raya)
23. Tan Tin Hoong - Branch Manager(Hai-O Raya)
24. Tan Leok Yen - Customer Service, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
25. Teoh Soo Hin - Group Advertising & Publicity Manager
26. Tan Hock Seong - Store, Asst. Manager (Hai-O Marketing)
27. Mohamed Tajuddin - Assistant General Manager (Hai-O Marketing)
28. Teo Yew Chai - Asst. Warehouse Manager (Hai-O Enterprise)
29. Liu Wu Chiu - Chief Research Officer (Hai-O Enterprise)
30. Jonathan Chong Chee How - Chief English Editor (Hai-O Enterprise)
31. Bryan Tee Woon Onn - Senior Area Manager (Hai-O Raya)
32. Woon Chin Keong - Asst Merchandising Manager (Hai-O Raya)
33. Yap Oi Lin - Operations & Planning Manager (Hai-O Enterprise)
34. Jackson Cheah Kah Loong - Group MIS Manager
35. Tan Siew Kheng - Accounts Manager (Hai-O Raya)
36. Miandy Lai Seng Mian - Group Accountant
37. Wong Leong Foo - Regional Manager (Hai-O Raya)
38. Penny Wong Yee Ping - Asst. Accounts Manager (Hai-O Enterprise)
39. Chu Huon Peng - Asst. Franchise Development & Operations Manager (Hai-O Raya)
40. Wong Kim Far - Sales Manager (Chop Aik Seng)
41. Florence Lee Yuen Ngor - Customer Service Manager (Hai-O Marketing)
42. Jessica Lim Yim Peng - Group Personnel Manager
43. Yap Sooi Mee - Group Finance Manager
44. Yap Ai Ho - Operations Manager (Hai-O Marketing)
45. Ng Soh Bee - Project Coordinator(Hai-O Enterprise)
46. Tan Wan Ewe - Operations, Asst. Manager (SG Global)
47. Nancy Chua Swee Tin - Customs & Shipping Manager (Hai-O Enterprise)
48. Tan Siew Ze - Asst. General Manager (Hai-O Marketing)
49. Tan Sit Chung - Product Development & Promotion cum Distribution Manager (Hai-O)

Syarikat Hai-O sedari awal lagi telah buat perkiraan, kalau Water Filter Bio Aura ni dijual retail dengan harga RM500.00 di pasaran susah nak laku sebab kena bersaing dengan macam-macam brand water filter yang seumpamanya atau yang lebih bagus malah harganya pun lagi murah dan berpatutan. Contohnya water filter jenama Philips yang bukan sahaja setakat sistem penapisan malah menggunakan teknologi pancaran cahaya Ultra Violet untuk membunuh kuman pun hanya berharga RM699.00 satu di Pasaraya Carrefour. So bagi memastikan, produk Hai-O dia orang laku macam goreng pisang panas, dia kasi plan yang memberi komisyen tinggi kepada promoter, lebih tinggi dari harga asal produk. Buat sistem MLM sebab telah terbukti orang melayu ni suka sangat dengan sistem MLM atau dalam erti lain kempen mulut ke mulut. Orang melayu memang cepat percayakan produk-produk melalui rekomen kawan-kawan atau saudara mara. Haa... nak lagi meyakinkan, taruk laa nama Bio ke .... Magnetic ke ...... Tok Guru ke .... Aura ke ... orang melayu memang sejak azalinya memang cepat percaya benda-benda tradisional karut marut ni. Jual laa Gelang Besi Magnet. ke... Loket dari Batu Gunung Berapi laa.... Air Beroksigen Tinggi laa ... Air Magnet ke Air Bateri ke.... apa-apa pun boleh asalkan selitkan testimoni orang itu orang ini. Nak lagi senang orang percaya, sebutkan kemujarabannya telah dirasai oleh sanak saudara kita sendiri ataupun artis selebriti mana-mana. Haaa orang melayu gerenti percaya punya. Sanggup keluar duit pelaburan ASN RM2,100.00 sebab nakkan jugak manfaat Water Filter Bio-Aura ni.

Siapa Yang Untung - Siapa Yang Rugi

Dalam MLM ni bila promoter nak dapat komisyen tinggi punya pasal, seribu tipu seribu bohong pun dia sanggup asalkan produk laku terjual dapat komisyen tinggi. Orang melayu jugak yang sanggup tipu orang melayu. Orang cina nak tipu sesama cina pun tak sampai hati. Orang melayu bila dengar aje petikan nas-nas atau hadis, ayatkan lagi sikit dengan Insyaallah ... berkat Allah, bla... bla... memang terus cair laa. Berapa ramaipun orang kita yang dah jadi jutawan Hai-O ni, ramai lagi laa orang kita yang dah kena tipu setiap seorang RM1,850.00 (harga beli RM2,100.00 - nilai sebenar produk RM250.00-RM300.00). Water Filter Bio Aura hanyalah water filter yang menjamin kebersihan air untuk pelbagai kegunaan tapi bukanlah mesin penapis seribu rahmat yang kononnya boleh mencegah anda dari dijangkiti penyakit-penyakit seperti Artritis, Pedih hulu hati, Keletihan yang kronik, Masalah penghadaman, Kekejangan kaki dan lain-lain lagi tu. Kalau nak dikira macam tu seribu lebih baik pergi minum air perigi Zam-Zam yang terbukti banyak mengandungi mineral dan nilai PH Alkalinya yang stabil. Ramai yang tidak faham-faham konsep pemasaran MLM Hai-O ni. Secara ringkasnya contoh perkiraan (sistem agihan kadar keuntungan berbeza-beza mengikut kumpulan pemasaran tertentu) busines Hai-O ni seperti di bawah.

1. Saudara masuk jadi Usahawan Hai-O kena bayar RM21,000.00. Selepas itu diberi bonus pendahuluan RM3,000.00 (sebenarnya dipulangkan kembali duit Saudara tadi ~ taktik lazim seperti dalam mana-mana Skim Ponzi atau Skim Cepat Kaya tu la juga).

2. Saudara diberi 10 x Water Filter Bio Aura (kononnya setiap satu produk bernilai RM2,100.00 sepertimana yang tertera pada kotak produk - so kira-kira produk yang Saudara dapat tu kesemuanya berharga RM2,100.00). Hakikat sebenarnya 10 x RM300.00 iaitu kesemua produk hanya bernilai RM3,000.00 sahaja.

3. Saudara perlu jual 10 x produk tersebut dengan nilai RM2,100.00 untuk dapatkan kembali pelaburan Saudara sebanyak RM21,000.00. Saudara kena yakinkan pembeli yang produk tersebut sememangnya berbaloi dibeli dengan harga RM2,100.00 (jangan sesekali beritahu yang nilai sebenar produk hanyalah RM300.00).

4. Andai kata dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah dapat menjual kesemua 10 x produk Water Filter Bio Aura tersebut Saudara akan dapat balik pelaburan asal RM21,000.00. Maka dalam tempoh 2 bulan sahaja Saudara telah berjaya menjaya pendapatan tambahan sebanyak RM3,000.00 (bonus pendahuluan) dari bisnes Hai-O.

5. Rumusan perjalanan aktivitinya seperti di bawah;

Modal Perniagaan RM21,000.00 = RM21,000.00
- RM3,000.00 (bonus pendahuluan untuk Saudara) = RM18,000.00
- RM3,000.00 (harga produk RM300.00 x 10 unit) = RM15,000.00

6. Kemanakah baki RM15,000.00 keuntungan tersebut perginya? Saudara hanya berperanan sebagai jurujual Water Filter. Saudara berjaya menjual 10 x Water Filter maka Saudara layak dapat upah RM3,000.00 (awal-awal lagi Saudara dah dapat). Kalau Saudara gagal menjual 5 x produk tersebut maka Saudara tanggung laa kerugiannya iaitu RM2,100.00 x 5 produk (Stok tidak laku dengan kos RM10,500.00). Pastikan Saudara dapat jual kesemuanya kalau tidak mahu rugi. Stok-stok produk yang tidak laku tidak boleh dipulangkan semula kepada Hai-O untuk dapatkan pulangan wang. Kalau Saudara ingin menggandakan pendapatan yang Saudara telah dapat sebanyak RM3,000.00 dalam tempoh 2 bulan tadi, haaa Saudara beli lagi 10 x produk dengan harga RM21,000.00 macam yang Saudara telah lakukan. Setiap RM21,000.00 yang Saudara laburkan Saudara akan dapat keuntungan RM3,000.00. Lebih kurang macam Saudara jadi jurujual yang jual produk kat kaki lima, setiap satu produk terjual Saudara dapat RM300.00.

7. Saudara hanya untung RM3,000.00 tetapi kemanakah perginya baki RM15,000.00 keuntungan tersebut? Syarikat Hai-O meraih keuntungan RM1,500.00 bagi setiap 1 produk yang terjual? Sebenarnya tidak sebegitu. Syarikat Hai-O cuma meraih keuntungan sebanyak RM500.00 sahaja untuk setiap satu produk yang terjual. Selebihnya adalah habuan kepada para Usahawan Hai-O (Upline-Upline) yang di bawah mereka Saudara bernaung. Contoh agihan keuntungan MLM bagi pelaburan sebanyak RM21,000.00 adalah seperti di bawah:

Syarikat Hai-O ~ Untung Bersih RM5,000.00 (*RM500 x 10 produk)
(RM8,000.00 ditolak kos produk # RM300.00 x 10 = RM3,000.00)

Si Polan Upline A ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline B ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline C ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline D ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Si Polan Upline E ~ Komisyen Upline RM2,000.00 (*RM200.00 x 10 produk)

Saudara ~ Komisyen Jualan RM3,000.00 (*RM300.00 x 10 produk)


MANGSA 1 (M1) [ M2, M3, M4, M5, M6, M7, M8, M9, M10]
Bayar RM2,100.00
Dapat produk # RM300.00
Kena Tipu RM1,800.00
(lihat * agihan hasil tipuan)

8. Andainya Saudara masih tidak mensyukuri rezeki yang telah Saudara terima... Saudara hendakkan lebih keuntungan tanpa perlu penat menjaja produk, kering air liur hanya nak dapatkan komisyen RM3,000.00 .... Saudara boleh tetapi dengan syarat kenalah mendapatkan prospek atau Down-line yang sanggup melaburkan RM21,000.00 untuk menjalankan bisnes jualan sepertimana yang Saudara telah laksanakan (untuk keuntungan rakan-rakan Upline). Bayangkan Saudara sudah berada di kedudukan Si Polan Upline E dan Saudara telah berjaya mendapatkan 10 x Downline. RM2,000.00 x 10 Downline sahaja Saudara telah menjana komisyen sebanyak RM10,000.00. Haaa ini lagi senang berbanding dengan setakat jadi jurujual yang kering air liur tapi dapat komisyen setakat RM3,000.00 aje. Cubalah Saudara bayangkan jika Saudara berjaya merekrutkan ramai Downline di bawah naungan Saudara. Saudara di kedudukan Si Polan Upline E dapat RM10,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu), kalau pada masa tu Saudara berada di kedudukan Si Polan Upline D pula mungkin dapat komisyen mencecah RM100,000.00 (mungkin dalam tempoh 1~2 bulan sahaja tu). Tidakkah LUMAYAN namanya tu?

Siapa Tipu Siapa

Ada akal ke Usahawan Hai-O ni suruh orang minum air paip tanpa dimasak terlebih dahulu. Ingat kuman bakteria dalam air tu besar sebesar telur kutu ke yang boleh ditapis-ditapis. Pembohong betul. Ataupun memang agenda Hai-O supaya orang ramai nanti dapat pelbagai macam penyakit... ada peluang jual ubat penawar lain pula. Tapi ada juga orang yang percaya cakap orang Hai-O ni. Nak buat macam mana, kecik-kecik dulu belajar Biologi tak habis. Apa yang `Doktor Hai-O' beritahu semuanya diterima bulat-bulat. Insyallah ..... kalau dapat sakit demam juga selepas itu, sesungguhnya semuanya dugaan dari Tuhan. Segala kejadian adalah kehendakNya juga kita diwajibkan berusaha, pakai produk Hai-O ni kira sebahagian dari usaha kita la. Semoga dimakbulkan segala doa dan diberkati segala usaha yang dimulakan dengan Bismillahirrahmanirahim.

Siapakah yang kena tipu ? Jawapannya ialah mereka yang membeli produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Terpedaya, teraniaya dan tertipu menyangkakan produk yang dibeli mempunyai seribu azimat.

Siapakah yang menipu ? Jawapannya ialah mereka yang menjual produk bernilai RM300.00 dengan harga yang telah dimarked up RM2,100.00. Mempedaya, menganiaya dan menipu mangsa supaya yakin produk yang dijual mempunyai seribu azimat. Tiada yang bercakap benar bahawa sesungguhnya dari jumlah RM2,100.00 yang dibayar itu RM300.00 untuk produk dan selebihnya RM1,800.00 adalah sedekah komisyen Up-Line.

Siapa yang untung ? Mereka yang bergelar Up-Line dan mempunyai pengikut Down Line yang ramai. Lagi banyak Down-line yang menjalankan kerja menipu orang, lebih banyak Water Filter Bio-Aura terjual maka lebih lebatlah income komisyen masuk dalam poket.

Siapa yang rugi ? Mereka yang bergelar Down Line yang menanggung dosa menipu orang ramai dengan hikayat Water Filter Bio-Aura yang mempunyai seribu satu azimat. Penat menipu untuk menjual 1 produk tapi komisyen yang dapat hanyalah RM300.00 tetapi Up-line yang di atas goyang kaki aje dapat habuan RM1,500.00 selebihnya. Mereka yang tidak berjaya menjual 10 x produk tersebut dengan harga RM2,100.00 terpaksalah menanggung kerugian pelaburan mereka sebanyak RM21,000.00.
Dipetik dari Zaharudin,net Facebook
sekadar sebagai peringatan. tiada kena mengena dgn sesiapa yg masih hidup atau yang telah meninggal dunia............

KOMEN 2

Assalamuaalaikum.semua yg berniaga MLM mesti ambil untung berganda2 sbb nak bayar bonus dan bermacam2 lgi.sebenarnya product yg dijual kat malaysia melalui MLM  kalau di Taiwan dgn China boleh dapat dimana2 je.just tukar je brand n import masuk malaysia.saya dapat maklumat ni sbb hampir setiap bulan sya ke sana.



52 comments:

krakatau said...

Kita ada pilihan.Nak jadi pandai atau bodoh. Saya menyeru kepada semua orang, ambillah keputusan yang pandai,bukan keputusan yang bodoh. Yang paling bodoh adalah orang yang memperbodohkan diri sendiri.Berhentilah jadi bodoh,bebaskan diri anda dari kebodohan dengan meletakkan akal di depan,bukan di belakang kebodohan anda.

ahaa said...

Semua produk MLM macam tu,harga berlipatkali ganda dari sepatutnya krn nak cover bonus points. Kenapa MLM cukup popular di Kelantan? Datanglah produk apa pun gerenti boleh jual punya. Ini kerana terlalu ramai org Melayu Kelantan senang terikut dan diperguna oleh sykt MLM, mereka kurang membaca tetapi cepat percaya kpd testimoni ckp2 Maklong dan Paklong.

miss said...

igtkan produk melayu..tak sangka la plak

Unknown said...

aah tertipu ni..ada sebijik wter filter bio aura kat rumah..

Unknown said...

yer ke... memang terfikir kearah sepertimana didedahkan... tapi setakat jadui ahli je cuma bayar RM 30.00 cuma nk jaga hati kawan.... tapi tak minat nak beli... bila terbaca artikel ini .. rasa lega.. masih lagi tak jadi bodoh dan tertipu..

Unknown said...

kesian kat org yg tertipu ni....kdg2 mereka sanggup buat pinjaman semata2 nk masuk MLM, alik2 kena tipu, dh lh untung tak dapat dh tu terpaksa pulak tanggung beban hutang...jd jom lh kita sama2 menjauhi MLM ni untuk kebaikan bersama.....

administrator said...

MAKLUMAT:

Kepada mereka yang mengajukan aduan kepada Tribunal Pengguna dan kes itu dibawa untuk semakan kehakiman, bantuan guaman kini disediakan.

Maklumat lanjut di:

http://artikelashadizain.blogspot.com/2011/03/kepenggunaan-dana-rakyat-1malaysia.html

Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada rakan-rakan.

Ashadi Zain
(ashadizain@gmail.com)
http://artikelashadizain.blogspot.com/

hana said...

sgt2 terkejutttt dan tak sangka.........

Unknown said...

Saya telah menjadi mangsa penipuan juga.saya telah kehilangan berpuluh ribu kerana terpedaya dengan upline saya dan syarikat imuone.ramai yg telah rugi seperti diri saya.sudah hampir 18 bulan saya masih tidak mendapat sebarang pulangan dijanjikan.mohon bantuan sebab ramai saudara islam kita yang rugi

Prince Corazón 2 said...

satu lg pantang org melayu nih tak bleh dikata bodoh. bg yg blum join atau fkr2 nak join, x payahlah join kalo rasa x convince bleh berjaya. bg yg dah join tu bisneslah btul2 (still mana ada bisnes yg duduk rilek bleh masyuk). better kita doakan dorg nih pun bleh kaya raya gak mcm upline2 dorg tu. kalo duk kata org bodoh pun, bukan org lain, sdara seislam semelayu kita gak.

No Lan said...

adakah kes ini juga termasuk dengan produk MLM yang lain?..harap sedia membantu..

RAGAZZA said...

ini kisah gadis yang terlepas dari hai-o ..ikuti macam mana dia melepaskan diri dari menanggung hutang…walaupun selepas dia menurunkan tandatangan pada borng pinjaman bank, menyerahkan salinan slip gaji dan ic!

ikuti kisah beliau di http://lapriere.blogspot.com/

mack said...

SALAM BUAT SEMUA...Perkara perniagaan asas utama keuntungan dan syarikat berkembang atas keuntungan dari pernigaan sama ada bentuk saham atau bonus....contoh syarikat pengendali jalanraya iaitu PLUS apakah dia mahu kerugian atau keuntungan dan keuntungan itu akan di sumbangkan kepada kerajaan...bio-aura tiada penipuan jika mahu beli jika tidak mahu jangan beli...persatuan ini pun bukan jaga kepentingan pengguna banyak cakap dari buat kerja...hentikan lah daripada memundurkan bangsa melayu/islam...

Asyraf said...

http://aididmuaddib.blogspot.com/search/label/Hai-O


baca lah...... walaupun ayat ade yang kasar but i think its what people need....

AngahSayang2314 said...

terkejut pun ada

Diella Faizie said...

2 sbb sy prnh tgk water filter ni dijual dgn hrga RM399.00 kt kedai t'pakai... pelik gk, xkn bnda yg beribu2, leh jual xsmpai RM500pn...

hayyiabidin said...

sebenarnya perniagaan MLM sama saja tak kira apa bangsa sakalipun, saya contohkan sebuah syarikat mlm milik melayu dgn lebel islamiknya menjual koko malt siap pack(500grm) dengan harga rm20 sedangkan saya beli disupermarket yg beratnya 2kg cuma berharga rm20, hitung sendirilah berape kali berganda

batmohd said...

Saudara Aidid didalam blognya membongkar penipuan MLM. Harap pengguna Islam membacanya

http://aididmuaddib.blogspot.com/

Noor Hisham Mokhtar said...

Assalamualaikum...

Harap pihak PPIM siasat dulu isi kandungan artikel ini sebelum disiarkan... Ada unsur penipuan dan fitnah serta bersifat perkauman...

Terima kasih...

AG said...

mungkin si penulis ada yg terkilan atau terguris dgn upline kot....MLM dibawah Akta yg dibenarkn oleh pihak berwajib dan mempunyai lesen perniagaan...tak mungkin begitu berleluasa penipuan tu....jgn marahkan nyamok kelambu dibakar......byk syarikat MLM yg beroperasi secara jujur dan profesional.....fikir2 kan le....

noor916 said...

hmmm... gitu plak yea...? cmna plak yg ada pakej ahli diorg bleh gi umrah..? tapaham la bussines skrg nieh....

CikguShikin said...

Pernah test pH air Bio-Aura hampir sama dengan air zam-zam. Nak dapatkan air zam-zam di Malaysia mungkin agak sukar. Jadi, minumlah air Bio-Aura.

BeauTiFuLGirL said...

Ingat...melayu atau cina sama je... kita manusia ciptaan ALLAH SWT....kita juga perlu ingat...org cina pun ada ISLAM ok?bkn melayu je..kdg2 melayu yg sepatutnya ISLAM tapi perangai mengalahkan orang kafir...xperlu la dok perbesarkan isu perkauman !

hai-o dh byk bantu meningkatkan ekonomi malaysia.yg mana rasa tertipu..hello..sesiapa yg keluar brgan 10 set jual je la brg kalau nak dapat modal balik...modal kan atas brg...tipu apa lagi..bknnya xde brg.berniaga yg takde brg barula HARAM!

mannis said...

mana2 manusia yang masih kisah halal haram pendapatan korang tue baik buat sedikit kajian untuk menunjukkan MLM korang tue halal ker haram.. rujuk sini http://www.zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html

jangan gelap mata asik duit jek pikirnya.. klo teraniaya org lain nnti diorang tuntut balik kat akhirat nnti, time tue sendiri mau ingat laa.. idup kat dunia kejap sajer maa.. pikir2kanlah sumber pendapatan korang tue, wat kajian.. jgn main hentam ikut yakin diri sendiri jer kater halal..salam..

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA said...

Salam..

Air zamzam boleh didapati di Sembang Sembang Cafe, LG 6, The Mall.

Boleh hubungi 0340428313 untuk maklumat lanjut

nawawi2k said...

kadang kadang kena ler renung balik.. muhasabah diri.. rezeki dtg dar Allah.. MLM tak salah .. dah banyak membantu menaikkan taraf ramai orang, yang penting kena ler berusaha... bukannya join hari ni esok dah kaya... MLM pun ada undang undangnya..www.mlmlaw.com juga boleh www.ftc.gov

hijau said...

siapa yg sbnrnye salah?
A MLM
B syarikat hai o bioaura
c peniaga MLM
D pembeli yg tertipu
E pihak berkuasa

Unknown said...

Apa ni PPIM?... tumpang glamor nampak, mintak keluarkan aje artikel fitnah ni... "Yang menuduh dan memfitnah kena bagi bukti saksi yang jelas dan pengadilan mesti diberikan,"... "Tuduh merata-rata dulu selepas itu baru nak nak buat siasatan, ini tindakan tak betul," petikan dari Harakahdaily.

p.s. Buat malu kompeni aje

Unknown said...

hm.dh agak dh, MLM mmg menipu ja byk.. melainkan yg mematuhi syariat..kalau perasan, mmg byk MLM ni cina ja..tp,org yg terpedaya, melayu semuanya..aduha Melayu..xpaham betoi..syek nk cepat kaya..gitu la jadinya kn..

hana said...

Untuk sedikit makluman berdasarkan artikel ini yang boleh dijelaskan adalah,ini merupakan artikel pilihan yang dipilih untuk dikongsi. Jika kita teliti daripada artikel ini,PPIM tidak mengatakan apa-apa,dari segi menyokong mahupun menyalahkan mana-mana pihak. Berdasarkan pandangan dari Ustaz Zaharuddin juga,ini merupakan sekadar sebagai peringatan. Tiada kena mengena dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...

bengawansolo said...

kadang2 bila kita memilih artikel perlulah berhati2 jgn ikut rasa je sesiviti kaum pun perlu di jaga be....

bengawansolo said...

JAWAPAN PENGAKUAN BEKAS DSM HAI-O MARKETING

Kita ketahui bahawa produk yang ditawarkan perusahaan MLM sangat mahal dan kononnya terlalu eksklusif, sehingga kerap kali menyusahkan downline serta masyarakat dan sangat menguntungkan level di atasnya (up line). Seringkali harga produk di`mark-up' sampai empat bahkan lapan kali ganda dari harga yang sepatutnya. Bayangkan lah produk Water Filter yang seumpama dengannya malah mungkin lebih bagus pun dijual retail dalam lingkungan harga RM500.00 sahaja adakah patut Water Filter Bio Aura made in Taiwan ni yang nilai asalnya RM250.00~RM300.00 dijual pada harga RM2,100.00??

(Anyway, MLM lain ada lagi lebih mahal daripada perniagaan Hai-o.knp nak highlight Hai-o jer? Adakah anda ni seorang penulis yg dengki dgn kebangkitan hai-o? Pasal 'mark-up ' harga. kalau tuan si penulis ini ada BANYAKKK DUIT untuk beli water filter bio-aura yg tuan kata 'murah'. dipersilakan pergi sendiri kat taiwan @ china.make sure beli tiket pergi balik ye, dan jgn lupa wat passport sbyk rm 300, cari la jugak hotel utk pengindapan.xkan la nak gi sehari je...iye dak?beli tiket mahal2 semata-mata nak beli water filter murah kan kat china @ taiwan tu... Si penulis kalau minat kereta Toyota ke,BMW ke...kat negara asal mereka lagi murah..apa kata anda pergi sana.beli kat sana je.KAT SINI MAHAL KAN... :p)

layman said...

ape citer dgn air zamzam ni plak?kontol lah ko PPIM.ko nk jual air zamzam ko jual jelah x yah la kondem bsnes org len.celako celako celako PPIM

layman said...

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0408&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

Unknown said...

Hhhhmmmm.... jgn mudah percaya dgn MLM. Banyak (bukan semua) MLM ni nak untungkan upliner je. Aku dah awal2 lagi pesan kat kaum keluarga, jgn percaya MLM mcm ni... Kalau betul Hai-O atau MLM mana2 tu TULUS, TELUS, IKLAS, JUJUR dalam perniagaan, tak perlulah gentar dengan berita ni. Convince kan lah prospect customer atau potential buyer korang dengan bukti2 ketulusan/kejujuran korang... kalu harga kos RM300, jual RM2,100, itu tulus / jujur hati ke? bukan nak untung cepat?

ahmad izzuddin Taufek said...

salam
kepada anda semua yang arif
siapa yang kata masuk HAI-O kene bayar RM21000.00 ?
cuba bagi tahu siapa yang mewajibkan ?
untuk pengetahuan korang saya sendiri mengalami testimoni itu .
di artikel diatas ade isu air zam zam akalinya tggi PH 9 - 14 dan air BIO AURA PH 6-8 . ini bermakna pernapis air BIO AURA hampir hampir sifat AIR CIPTAAN ALLAH (air zamzam)
profil syarikat dalam HAI-O marketing dan HAI-O SDN BERHAD berbeza HAI-O marketing cuma anak syarikat !
dan pengasas MLM ini ialah TAN KAI HEE bersama allyarham DATO OSMAN AWANG
sentuh bab biologi perbezaan air yang dimasak dan air belum dimasak diminum ialah miniralnye tenaga . pada saya . saya rasa semua disini tahu apabila air dimasak oksigennye akan berkurang berbanding air yang belum dimasak. JADI ? kita nak minum air paip ? yang penuh dengan KLORIN ? KARAT ? BAKTERIA ? sebab itu lah penapis air di cipta untuk masyarakat . Harga yang begitu mahal tidak akan diluluskan oleh kerajaan . malah BIO aura juga di iktiraf SUPERBRANDS . BIO AURA bukan mahal pada harganya . BIO AURA mahal pada kualitinya yang boleh merawat . kepada anda semua tidak percaya keberkesanan air BIO-AURA ? sesiapa yang ada penyakit boleh merujuk kepada saya .
kita hanya boleh berusaha ALLAH SWT yang mengubatinya

Unknown said...

this is when stupid people talk...

kate blog pasal org islam.. blabla.. tp ape yg u buat utk jatuhkan biznes sesama islam.. kalau ye pun boleh tak bg tahu sumber yang konkrit sket ke main tibaii je kutukkkk?

kalau betul hai o tipu dah lama dah peniagaan ni lingkup. Allah tu ADIL

Plan marketing tu lagi la tak logic

Aku said...

MLM=Melayu Lanyak Melayu. Yang jadi barua Melayu. Yang dibaruakan juga Melayu. Hidup Melayu muahahaa...

Maleh nak cakap banyak. Kpd saper2 yg nak tahu isu ttg MLM, sila layari: http://aididmuaddib.blogspot.com

Unknown said...

salam sy teruja mmbaca artikel yg begitu panjang lebar ttg hai-o dn semua komen2 yg turut dposkn.. wow mmg HEBAT!!! LEBIH HEBAT LAGI klw tuan boleh komen sambil penuhkn jadual aktiviti PPIM bg bulan Mei yg masih kosong wpun hr ini sudah 3hb.. jgnlan pula jd ketam yg mengajar anak berjalan lurus sedang dia pun bjalan serong....

Ali Bio Aura Sabah said...

artikel ini di tulis oleh seoarg individu @ ahli hai-o yg tidak bertanggung jwb, setelah gagal dlm MLM, @ telah di terminate keahlian setelah tak beretika dalam bisness MLM.. kecewa la tu..

Unknown said...

tp bila org melayu cuba nk buat bisnes ntok support produk org melayu msti kena band dgn penguatkuasa yg rata2 trdiri dri org cina ni juga .....

nazli taipan said...

bila MLM kita kata harga mahal..tapi pernah anda terfikir kereta honda city baru berniali RM 12,000 aje tapi dijual sampai RM89k..tu bukan kena tipu juga ker..

JomKawtim said...

krakatau said...
Kita ada pilihan.Nak jadi pandai atau bodoh. Saya menyeru kepada semua orang, ambillah keputusan yang pandai,bukan keputusan yang bodoh. Yang paling bodoh adalah orang yang memperbodohkan diri sendiri.Berhentilah jadi bodoh,bebaskan diri anda dari kebodohan dengan meletakkan akal di depan,bukan di belakang kebodohan anda.

March 9, 2011 1:21 AM

Takyah la nak bodoh2kan orang kau tu pun bukannya pandai sangat pun...kalau kau pandai or bijak kau takkan cakap macam orang takde otak.

Bashirzila10 said...

ada org bagi nasihat, tapi keras bunyinya. ada org nk menipu sedap pulak ayatnya. ada org kecewa memang pedih pula keluhannya. nasihat utk kita dengar (tak semestinya ikut dan jgn pulak marah balik). pengalaman org yg kecewa patut kita jadi iktibar, bukan dendam. kita senang tertipu kerana kurang ilmu, gelojoh dan sukar/senang sangat terima nasihat. BAGI SEMUA KENA INGAT NIAT TAK MENGHALALKAN CARA, BERJIHADLAH CARA YG DIANJURKAN NABI KALAU NK BANGUNKAN EKONOMI ATAI MENASIHATI SAUDARA SEAGAMA. subhanallah.

M. Fauzli M. Noor said...

Nak tanya sikit, apa pasal dah sampai pangkat DSM baru nak bongkar penipuan? Pasal apa tak bongkar masa baru join dulu? Setahu aku kalau pangkat DSM income dah 4 ke 5 angka sebulan. Masa dok sebat beribu-ribu tak nak komplen pula? Ni mungkin ada masaalah peribadi dgn Hai-O atau dah kena terminate kot? Bila income dah tak ada baru nak buat kecoh!!! Hapraakkk betullah korang ni.... Kalaulah betul seperti yg dihebohkan harga Bio-Aura kat China cuma RM300, habis kalau dah beli takkan nak hand-carry dan bawa balik jalan kaki dari China ke Malaysia ker? Kalau dah beli dgn jumlah yang banyak takkan nak simpan kat belakang rumah kot? Habis tu duit shipping, duti import, sewa gudang, sewa kilang, sewa showroom, transport dari kilang ke stokis, gaji staf Hai-O, pengiklanan dan lain-lain siapa yang nak bayar??? Mungkin sedara ni dari spesis lemah Maths & Account (bodoh tahap 3) kot? Kalau makan kat KFC mahal tak komplen pula! Contoh Coke kat KFC 1 cup RM2.70 tapi kalau beli kat hypermarket boleh dapat 1 botol besar (1.5 liter) kalau minum kat rumah campur ais boleh dapat berapa gelas? Tak ke harganya juga berganda tapi bersebab! Habis siapa yang nak bayar sewa premis KFC, yuran francais, gaji pekerja, bil api/air dan lain-lain tu. Kalau nak komplen kena guna akal kat kepala bukan kat kepala lutut cik ooiii!!! Habis kalau korang dok komplen Hai-O atau MLM lain tak betul atau penipu, dah berapa ramai orang melayu yang korang dah bantu sampai jadi jutawan atau sekurang-kurangnya menjana income 4 ke 5 angka sebulan? Ada ke? Kalau tak ada tu..jangan dok bising tapi habuk pun tarak.... haprak adalah... Tapi sekurang-kurangnya Hai-O atau MLM lain berjaya melatih dan melahirkan ramai usahawan melayu menjadi jutawan atau menjana income 4 ke 5 angka sebulan. Malah setiap tahun jumlah usahawan MLM melayu yg menjadi jutawan semakin bertambah tapi bukan semudah ABC kenalah berusaha bersungguh-sungguh tanpa erti jemu atau cepat mengalah. Mereka menjadi jutawan pun bukan dalam tempoh sehari atau semalaman tapi mengambil masa dan dengan usaha yang gigih baru boleh berjaya. Memang sifat orang melayu nak senang tapi tak nak berusaha. Kalau boleh bagi duit berpuluh ribu sehingga sanggup gadai rumah atau tanah kemudian tunggu duit keuntungan masuk ke akaun setiap bulan tanpa perlu buat apa-apa. Last sekali habuk yang dapat. Pasal tulah orang melayu tak boleh berjaya semua nak cari jalan mudah. Sebelum korang komplen orang tu tak betul orang ni tak betul, cuba perbetulkan diri sendiri tu dulu.... Lepas tu tubuh kompeni besar jenama sendiri dan bantulah orang melayu supaya menjadi usahawan berjaya .... Boleh kerrr....? Tapi aku tersangat yakin korang memang tak mampu nak buat camtu pasal modal pun tak ada harap cakap aje banyak!! Tapi habuk pun tarak dan cakap korang pun tarak serupa bikin!!!!

arina syahirah said...

saya sokong dgn sedara M.Fauzli M.Noor...Mungkin dia ada masalah peribadi dgn Hai-O atau Uplinenya sendiri. Sebab kalau dh sampai ke DSM baru nk sedar sedangkn sblom ni dh untung beribu ringgit x sedar pun.. Kalau nk berpetulkan org perbetulkan diri sendiri..Syarikat Hai-0 telah membayar income tax yg tinggi kpd kerajaan..Ia juga membantu ramai org melayu berjaya dalam perniagaan.. Mungkin penulis ini x pandai berniaga atau pun join Hai-O pastu dok umh tunggu duit masuk.. x pernah ikuti kelas atau majlis ilmu.. FIKIR DULU SEBELUM BERTINDAK....

Grabme09@gmail.com said...

Alaaa sekarang ni orang jual bio aura dalam forum-forum internet tu RM500 je paling mahal...bayangkanlah yang dah beli RM2100...lebih kurang RM1600 tu bezanya...jadilah pengguna bijak...hehehe

zaril said...

Terima kasihlah atas maklumat yang diberikan...boleh lah dijadikan pembakar semangat untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya....mungkin ade baik buruknya atas maklumat itu...so fikirlah kearah positif dan bukannya negatif...dan ambillah sebanyk mane iktibar yang boleh untuk memudahkan kan laluan untuk menjadi seorang manusia yang berguna....sye berharap agar penulis ini dapat membantu usahawan-usahawan melayu untuk berjaya....INSYAALLAH

dsmtaipan said...

ALAHAI TUAN PENULIS. .
BYK BTOL YG TUAN KAJI TTG MLM NI YER,.TAPI TUAN XPANDAI BUAT KAJIAN. .RAJIN TAK BERTEMPAT.KNAPA TAK KAJI MCMNA UPLINE TUAN BOLEH JADI JUTAWAN?
KATA KATA TUAN NI TAK LEBIH DARI CKP ORG YG DENGKI. . ORG BERNIAGA DIA PUN NAK BERNIAGA. .TAPI MALAS BUAT KERJA. .

Zainal Bajuri said...

Fikirkanlah kebajikan orang kemudian. Jangan sedap tembolok sendiri je...
Bukan masalah dengki tetapi ianya masalah kualiti.
Janganlah diperbodoh sampai mati oleh silahanat tu beb..
Siapa yang tak nak berniaga. Itu sunnah. Tapi yang ngajak tu., rupanya tolol jugak .. Akhirnya punah ranah jawabnya. Baca komentar di blog Aidid Muaddib. Adios amigos..

Anonymous said...

ramai yg back-up MLM. Tapi saya rasa MLM ni mmg bermasalah daripada cara perniagaan ni menjana keuntungan. Membentuk 'kuli' tanpa kerelaan, tak tau dia tu jadi kuli. (kalau yg menggaji pekerja, mmg pekerja tu redha nak jadi kuli). Sedangkan pemberian tu kena direstui/dihalalkan oleh orang yg beri. Kalau tak redha, sindiri fikir la apa hukumnya.

Apapun, tepuk dada tanya iman. Klau tak suka/yakin, jgn join. Kalau rasa benda tu tak salah, join. Semua orang ada otak. Manfaatkan le... Yg pnting hidup-mati kita kerana Allah. Bukan harta/duit.

anjang said...

Saya ada byk unit Penapis Air Bio Aura NEW nak jual murah.Stok saya dan member2 yg masuk bisnes MLM Hai-o tp tak dpt cari downline.skrg amat perlukan duit sbb dah berenti main MLM ni dan ingin buat bisnes lain

JUALAN RUGI BESAR...RUGI 21K!!!!!

NEW STOK DARI STOKIS HAI-O!!!!

Harga RM 500 shj

harga asal RM 2080

Berminat call/sms 019-4728996 (cikgu wan)

*Barang baru dari stokis full box dan original
*Warranty 1 tahun drp Hai-O marketing (ada warranty card)
*penghantaran dan pemasangan percuma utk lembah klang_luar pos laju
*saya agen dan pengedar berdaftar dgn hai-o

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...