Saturday, September 30, 2017

4108) PPIM Gesa Pihak Berkuasa Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ - SiakapKeli - 30/9/2017

Snapshot(2)
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) untuk menyiasat sebuah viseo iklan bebaur lucah yang kini tular di media sosial.
Menurut Ketua Aktivis, Datuk Nadzim Johar, meskipun pada masa kini golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya yang boeh didapati di internet, tetapi ia seharusnya dipantau oleh pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.
“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.

“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya yang dipetik dari laporan  mStar Online.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai iklan yang mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki yang dilakonkan dua pelakon sebagai suami isteri.
Video iklan yang berdurasi 1 minit dan 22 saat itu dikatakan memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan lapisan umum.
Nadzim berkata, selain meneliti kesesuaian iklan tersebut oleh SKMM, satu garis panduan perlu diwujudkan berdasarkan sudut agama, budaya dan sosial
“Saya berpendapat perlu ada garis panduan dari sudut agama, sosial dan budaya mengenai apa-apa iklan yang hendak dibuat. Asasnya ia harus menepati jangkaan masyarakat secara baik dan tidak keterlaluan sehingga memberi kesan buruk,” katanya.

4107) PPIM Gesa SKMM Siasat Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ - Perak Today - 30/9/2017


PETALING JAYA: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat sebuah video iklan berbaur lucah yang kini tular di media sosial.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun golongan muda mungkin mudah terdedah terhadap bahan seumpamanya di Internet, tetapi ia sepatutnya dipantau pihak berkuasa sebagai langkah pencegahan.
“Zaman sekarang penerimaan mengenai produk atau iklan tersebut mungkin berbeza berbanding dulu. Tetapi sebagai menghormati budaya timur dan sensitiviti masyarakat Malaysia, ia tidak sesuai untuk dipaparkan secara umum kerana boleh ditonton oleh generasi muda.
“Sehubungan itu, kita minta SKMM siasat video ini, dan meneliti dari segi kesesuaiannya. Kita berharap SKMM dapat menangani perkara ini dengan segera,” katanya lapor mStar Online.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai iklan yang memaparkan dua pelakon sebagai suami isteri yang dikatakan mempromosikan produk yang kononnya dapat membantu membesarkan alat sulit lelaki.
ARTIKEL BERKAITAN: Iklan ‘Buah Jadi Pilihan Isteri’ Cetus Kontroversi
Selain dialog, menerusi video berdurasi 1 minit dan 22 saat itu turut memaparkan adegan dan audio yang membawa konotasi seks, yang tidak sesuai ditonton dan diperdengarkan untuk lapisan umum.
Nadzim berkata, selain meneliti kesesuaian iklan tersebut oleh SKMM, satu garis panduan perlu diwujudkan berdasarkan sudut agama, budaya dan sosial.
“Saya berpendapat perlu ada garis panduan dari sudut agama, sosial dan budaya mengenai apa-apa iklan yang hendak dibuat. Asasnya ia harus menepati jangkaan masyarakat secara baik dan tidak keterlaluan sehingga memberi kesan buruk,” katanya.
Sementara itu, penceramah terkenal, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani pula menjelaskan bahawa di dalam Islam mengatakan supaya menjauhkan diri daripada melakukan zina.
Biarpun produk ‘tenaga batin’ untuk kebaikan suami isteri, tetapi pendedahan iklan tersebut secara umum mengundang yang belum berkahwin kepada perbuatan zina.
“Sebaik-baiknya carilah jalan yang tidak terlalu memperincikan kegunaan, fungsi atau kesannya, di dalam konteks iklan ini melibatkan hal sulit rumahtangga,” katanya.
Menurut Ahmad Dusuki, jika tiada tapisan, ia akan memberi imaginasi kepada golongan muda dan seterusnya terjebak dalam gejala sosial.
“Video yang tersebar pastinya akan mengundang kata-kata negatif di laman sosial, sekali gus mengundang dosa buat mereka yang berkata-kata sedemikian,” katanya.
Bersetuju dengan pandangan Nadzim, beliau turut menyarankan supaya pengeluar produk perlu mendapatkan pandangan pakar terutama dari sudut agama bagi memastikan iklan yang dihasilkan bersesuaian untuk tontonan umum.

Friday, September 29, 2017

4106) Ditipu RM 52,000 gara-gara "Ah Long 2.0" - Malaysia Gazette - 29/9/17





4105) PPIM Gesa Pasukan Khas Banteras Penipuan Pinjaman Tidak Wujud - Bernama - 29/9/17



KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa menubuhkan satu pasukan khas untuk membanteras penipuan pinjaman wang tidak wujud melalui iklan di laman sosial.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata pasukan itu perlu disertai Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk bersama menyekat iklan di laman sosial dan menahan mereka yang terlibat dalam sindiket terbabit.

"Jika dahulu, peminjam wang tidak berlesen (Ah long) harus membayar 'bunga' yang tinggi, tetapi kali ini mereka memperdaya mangsa untuk membayar puluhan ribu yang kononnya sebagai yuran proses pinjaman itu," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata walaupun mangsa telah membayar pelbagai caj yang diminta, namun pemohonan mereka masih tidak mendapat kelulusan dan disyaki tidak wujud.

Katanya, sindiket itu dipercayai memperdaya mangsa dengan memaparkan logo Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank menyebabkan mangsa yang terdesak memerlukan wang percaya dengan iklan yang dipaparkan.


http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/newsindex.php?id=1395507

4104) Ajaran Sesat : JAIS Perlu Bertindak Tegas – Utusan Malaysia – 29/9/17




Pengerusi Eksekutif Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim berkata, tindakan terhadap penyebaran ajaran sesat tidak boleh dilengahkan supaya tidak me­ng­ancam pegangan dan akidah penduduk di sekitar kawasan tersebut.
“Kita tidak mahu nanti Malaysia jadi se­perti negara jiran apabila kebebasan me­ng­a­­nut agama Islam ter­masuk ajaran sesat dibolehkan.
“Kebimbangan kita ada­lah apabila kita di Malaysia sudah meng­umumkan bahawa kita memartabatkan institu­si Ahli Sunnah Wal Ja­ma­ah tetapi ajaran sesat ini malah berani menubuhkan kompleks sendiri, jadi mungkin pihak berwajib perlu lihat masalah ini secara serius,” katanya kepada pembe­rita selepas menjadi panel dalam program Bicara Persada bertajuk Tragedi Keramat: Merungkai Per­tang­gungjawaban dekat sini hari ini.
Turut menjadi panel adalah Presiden Persa­tuan Institusi Tahfiz Al-Quran (Pinta) Selangor, Maulana Mohd. Dailami Che Age; Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam (PPIM), Datuk Ma’amor Osman dan Pengarah Pusat Kepemimpinan Wanita Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Datin Dr. Norizan Abdul Razak.
Katanya, memandangkan hal agama Islam tertakluk dalam bidang kuasa negeri, beliau berharap pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan segera bertindak.
“Seperti yang diketahui mereka ini sudah beroperasi lebih 40 tahun. Jadi mustahil pihak majlis agama tidak mengetahuinya tetapi persoalannya, mengapa begitu lambat untuk bertindak walhal mereka terang-terangan menjalankan aktiviti secara bebas.
“Ancaman keselamatan yang lain kita ambil serius sekarang ancaman akidah perlu dilihat sebagai ancaman yang serius dan membahayakan masyarakat dan kedudukan negara kita yang memegang agama Islam sebagai agama Persekutuan,” katanya.

4103) Pengeras Lulus Pinjaman Lesap – Harian Metro – 29/9/17




Kuala Lumpur: Sudahlah wang yang dipinjam tidak diterima, dia pula mengalami kerugian RM52,000 dan terpaksa berhutang dengan rakan kerana mahu memenuhi syarat ditetapkan pengurus kewangan yang kononnya menawarkan pembiayaan peribadi.

Itu nasib menimpa seorang peniaga yang mahu dikenali sebagai Siti Aminah, 30-an, selepas dia membayar jumlah itu kepada individu berkenaan yang mengiklankan perkhidmatan di laman Facebook.

Menurut Siti Aminah, pada mulanya dia meragui perkhidmatan lelaki berkenaan, namun selepas mendapatkan pandangan ahli keluarga, dia meneruskan permohonannya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia melalui panggilan telefon dan aplikasi WhatsApp, malah sebaik menghantar dokumen yang diperlukan, permohonan saya lulus tidak sampai 10 minit.

“Selepas itu, dia mula meminta bayaran kononnya sebagai kos pengurusan dan guaman yang mana saya bayar secara berperingkat antara RM3,000 hingga RM5,000 melalui lebih 10 transaksi.

“Malangnya, wang yang sepatutnya saya pinjam iaitu sebanyak RM50,000 itu tidak diterima sehingga ke hari ini, sebaliknya saya pula sudah kerugiaan RM52,000,” katanya ketika ditemui dalam sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam (PPIM), semalam.

Katanya, bagi memenuhi syarat individu itu, dia terpaksa meminjam daripada keluarga dan rakan.
“Saya mula menyedari tertipu selepas nombor telefon bimbit lelaki berkenaan gagal dihubungi dan kini sudah menghilangkan diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, sebanyak 12 aduan diterima sepanjang minggu lalu berhubung tawaran pembiayaan peribadi di media sosial.

Katanya, sindiket atau penipu berkenaan menggunakan logo bank atau agensi kerajaan untuk meyakinkan mangsa mengenai tawaran yang diberikan.


Beliau berkata, pihaknya menggesa agensi penguatkuasaan terbabit perlu berganding bahu untuk mengekang iklan berbentuk penipuan ini di laman sosial.



4102) PPIM Gesa SKMM Pantau Iklan Pinjaman Peribadi – Utusan Malaysia – 29/9/17



KUALA LUMPUR 28 Sept. -Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) digesa memantau semua iklan pinjaman peribadi di laman media sosial yang menggunakan logo-logo badan dan bank rasmi seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai modus operandi untuk menipu pengguna sehingga menanggung kerugian berpuluh ribu ringgit.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sindiket penipuan tersebut bukan sahaja menggunakan logo rasmi malah menyamar sebagai wakil daripada pihak rasmi tersebut bagi meyakinkan mangsa untuk membayar duit kepada mereka.
“Mereka akan meyakinkan mangsa bahawa mangsa tidak akan berdepan masalah untuk menerima pinjaman tetapi sebelum itu mangsa perlu membayar wang pendahuluan terlebih dahulu seperti bayaran cukai, bayaran guaman, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan sebagainya sehingga mangsa berasa tertipu.
“Penipuan pinjaman kaedah baharu ini harus diberi perhatian yang serius oleh pihak berkuasa, ia sangat sukar ditangani ketika ini kerana mereka menggunakan alam  siber dan kes ini Sennakin lama semakin banyak, minggu lepas sahaja terdapat 12 kes seumpama ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Yang  turut hadir Pengerusi Biro Undang-undang PPIM, Datuk Hishamuddin Hashim dan Penasihat Kehormat PPIM, Brigedier Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim. Nadzim berkata demikian selepas seorang peniaga rugi RM52,OOO dalam tempoh dua minggu sahaja selepas terpedaya dengan iklan pinjaman peribadi di laman media sosial Facebook.
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah berharap sindiket itu diambil tindakan dengan segera supaya tidak ada lagi yang akan menjadi mangsa seperti dirinya pada masa akan datang.



Thursday, September 28, 2017

4101) AHLONG OH AHLONG, SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA - PPIM - 28/9/2017


Persatuan Pengguna Islam Malaysia telah menerima banyak aduan Ahlong tertentu yang telah menjalankan jenayah baru dengan menipu mereka yang terdesak untuk meminjam duit. Mangsa diperdaya untuk membayar berbagai bayaran seperti cukai jualan, GST dan yuran guaman dikenakan sehingga ada yang membayar puluhan ribu sebagai yuran proses dan akhirnya menghilangkan diri.
23
Mengulas lanjut kenyataan ini, Ketua Aktivis PPIM, Toqqi berkata pihaknya telah menerima banyak aduan yang melibatkan penipuan pinjaman wang versi baharu sejak kebelakangan ini. “Pemberi pinjaman wang sekarang ini menggunakan platform Facebook untuk mempromosikan iklan mereka dan mereka menipu para peminjam dengan menyuruh peminjam untuk memasukan sejumlah wang bagi memproses pinjaman yang dikehendaki”
“Mangsa telah ditipu dan telah membayar sebanyak RM 52 Ribu Ahlong dengan alasan caj proses dokumen, peguam dan lain-lain” tegasnya.
9
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishamuddin Hashim berkata ini merupakan Ahlong versi baharu iaitu mengenakan yuran pengurusan dahulu sebelum diberi pinjaman wang.
“Mereka akan bermula dengan mengatakan permohonan mereka untuk pinjaman duit tidak lulus tetapi boleh dibantu perunding mereka dengan syarat-syarat tertentu”kata beliau.
Tambahannya lagi, mangsa yang terdesak untuk memerlukan duit ini akan menggunakan perkhidmatan seperti ini setelah gagal dalam permohonan bank.
“Kita mintak kepada agensi yang berkaitan melihat semula perkara ini dan janganlah saling tunding jari antara satu sama lain”
10
Beliau turut menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk sentiasa memantau dan memerhatikan iklan seperti ini yang tular di laman sesawang Facebook dan menyekat akaun tersebut jika terdapat unsur curiga yang boleh membawa kepada penipuan.
“Jika pengguna hendak membuat sesuatu pinjaman dan orang tersebut meminta bayaran pendahuluan, pengguna bolehlah menghubungi kami untuk mendapatkan kepastian sebelum meneruskan apa-apa tranksaksi,”jelas Penasihat Kehormat PPIM, Brigadier Jeneral ( B) Dato’ Husainay Hashim.
5
Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu Siti Aminah (Mangsa, bukan nama sebenar).
“Memang silap saya ketika itu, sehingga tertarik pada iklan yang disiarkan pada FB terbabit dan saya mengharap sangat pihak berkenaan untuk memulangkan semula wang saya dan saya berharap pihak berwajib tutup teruslah pinjaman wang ini kerana saya tidak mahu orang lain turut ditipu seperti saya”
48

4100) PENDUDUK KAMPUNG NAHKODA BIMBANG AKTIVITI QADIANI – 28/9/17 – UTUSAN MALAYSIA



Kuala Lumpur 27 Sept. – Kira-kira 18,000 penduduk Kampung Nahkoda, Gombak dekat sini melahirkan kebimbangan dengan aktiviti kumpulan yang didakwa sebagai pengikut ajaran sesat Qadiani.

Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Nahkoda, Azmi Salleh mendakwa, pihaknya pernah membuat aduan berhubung kewujudan golongan ajaran sesat tersebut yang beroperasi sejak 2015 kepada pihak berwajib, namun aktiviti mereka masih berterusan.

“Sebelum ini mereka hanya menggunakan bangunan tiga tingkat untuk menjalankan aktiviti dan kini membina sebuah bangunan lima tingkat untuk dijadikan pusat tahfiz.

“Kami pernah membuat aduan kepada pelbagai pihak termasuk Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tetapi pengikut ajaran sesat itu tidak mengaku mereka beragama Islam. Walhal mereka mempamerkan dua kalimah syahadah dalam bangunan tersebut selain melaungkan azan setiap kali waktu solat,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.

Azmi bersama kira-kira 20 penduduk kampung tersebut mengemukakan aduan kepada PPIM selepas mendapati aktiviti golongan yang didakwa sebagai pengikut Qadiani itu masih berjalan dan pengaruhnya semakin meluas.

4099) Muslim consumers group plays down Johor laundrette controversy - Free Malaysia Today - 28/9/2017

Snapshot(3)
KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) today appeared to come to the defence of a laundrette in Muar that earned the wrath of Johor’s Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, saying the issue was blown out of proportion.
Instead, PPIM chief Nadzim Johan attempted to link the issue with complaints that some Chinese-owned companies refuse to hire non-Chinese.
“For example, some places employ only Chinese,” he told FMT.
Nadzim said the “Muslims only” policy adopted by Elit Laundry in Muar, Johor should be viewed with an open mind.
“I don’t believe the person did it to hurt anybody, because he understands Islam,” he said in defending the laundrette owner.
In an interview with The Star published today, Sultan Ibrahim lashed out at the action of the laundrette owner, and demanded that he apologise to the people of Johor.
He also ordered the owner to end the policy or risk closure.
The owner, who declined to be named, has since removed the sign and issued an apology.
The Johor sultan’s strong comments today followed praise for the laundrette from state Islamic leaders, including the Johor Islamic Council adviser Nooh Gadut and the mufti Mohd Tahrir Samsudin.
But Nadzim said the issue had been blown out of proportion.
“To me, there is no issue and it should be accepted in the right way,” he said, adding that consumers had the right to choose.
“We should be open-minded. If it were me, I would go to that shop because I want to be clean. If others choose not to go, that is their right,” he added.

4098) Bagi PPIM, kedai dobi ‘mesra Muslim’ bukan isu besar, ‘hak pengguna’ - Free Malaysia Today - 28/9/2017

Snapshot(2)
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar, sebaliknya membandingkan perkara itu kepada majikan yang tidak mengambil staf bukan Cina.
Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dasar kedai dobi Elit Laundry yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu seharusnya difikir dengan terbuka dan tidak perlu dianggap sensitif.
“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.
Nadzim sebaliknya beralih kepada isu diskriminasi di tempat kerja.
“Contoh tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan kedai dobi layan diri itu selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.
Dalam temubual bersama The Star hari ini, Sultan Ibrahim berkata ia amalan yang memalukan, dan mengarahkan pemilik dobi berkenaan memohon maaf kerana memalukan rakyat Johor.
Pemilik yang enggan memperkenalkan namanya ketika dihubungi berkata papan tanda itu sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan polisi tersebut.
Sebelum kenyataan Sultan Johor, langkah kedai dobi itu menerima pujian beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang menyifatkan ia “cantik” kerana menjamin kesucian.
Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan.
“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.
“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.
Nadzim berkata pengguna ada hak untuk memilih.
“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.
“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya.

4097) Sidang media PPIM sindiket jual beli kereta secara haram yang melibatkan JKDM dan JPJ - Malaysia Gazette - 28/9/2017

4096) Sidang media Unit Tindakan Khas PPIM berkenaan ajaran sesat Qadiani - Malaysia Gazette - 28/9/2017

4095) Johor cops to investigate claims of 'police protection' for illegal gambling - The Star Online - 27/9/2017

Snapshot
JOHOR BARU: Johor police will conduct an internal investigation into allegations that a district police chief was involved in illegal gambling.
State police chief Comm Datuk Mohd Khalil Kader Mohd said the investigation would be conducted after a video clip went viral on Tuesday.
In the four-minute video, Yusuf Azmi and Ustaz Abd Halim from the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) claimed that illegal gambling activities were rampant in Johor.
Yusuf alleged that illegal gambling outlets were mushrooming in the state because they have been "protected" by the police for many years.
He also alleged that in the Kluang district, illegal gambling outlets operated as cafes and were "untouchable" because of this "police protection".
"I immediately ordered an internal investigation after the video went viral last night," Comm Mohd Khalil told reporters on Wednesday.
He was speaking after attending a closed-door meeting with Malaysian Crime Prevention Foundation senior vice-chairman Tan Sri Lee Lam Thye at the Johor Police contingent headquarters here.
Read more at http://www.thestar.com.my/news/nation/2017/09/27/johor-cops-to-investigate-claims-of-police-protection-for-illegal-gambling/#z1ElJ89OJh1WH2FV.99

Wednesday, September 27, 2017

4094) PPIM beri Respon Balas yang mengejutkan Selepas Sultan Johor Arahkan Dobi Mesra Muslim Ditutup! - Puteralzman.my - 27/9/2017

Snapshot(9)
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggap tindakan sebuah kedai dobi di Muar yang hanya mahu berurusan dengan pelanggan Islam adalah bukan isu besar, sebaliknya membandingkan perkara itu kepada majikan yang tidak mengambil staf bukan Cina.
Ketua PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata dasar kedai dobi Elit Laundry yang mengundang kemarahan Sultan Johor itu seharusnya difikir dengan terbuka dan tidak perlu dianggap sensitif.
“Saya tidak fikir orang buat ini untuk menyakitkan hati siapa-siapa. Sebab dia faham tentang Islam,” katanya mempertahankan pemilik dobi berkenaan, yang dibidas Sultan Ibrahim Sultan Iskandar kerana jahil agama dan bersikap pelampau.
Nadzim sebaliknya beralih kepada isu diskriminasi di tempat kerja.
“Contoh tempat kerja hanya untuk orang Cina sahaja,” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, pelbagai pihak mempersoalkan tindakan kedai dobi layan diri itu selepas tular gambar papan tanda “mesra Muslim” yang memaklumkan kedai itu hanya menerima pelanggan Islam atas “faktor kesucian”.
Dalam temubual bersama The Star hari ini, Sultan Ibrahim berkata ia amalan yang memalukan, dan mengarahkan pemilik dobi berkenaan memohon maaf kerana memalukan rakyat Johor.
 
Pemilik yang enggan memperkenalkan namanya ketika dihubungi berkata papan tanda itu sudah diturunkan dan memohon maaf kerana melaksanakan polisi tersebut.
Sebelum kenyataan Sultan Johor, langkah kedai dobi itu menerima pujian beberapa tokoh agama negeri, termasuk Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor Datuk Nooh Gadut dan Mufti Johor, Datuk Mohd Tahrir Samsudin yang menyifatkan ia “cantik” kerana menjamin kesucian.
Bagi Nadzim, isu kedai dobi itu terlalu diperbesar-besarkan.
“Pada saya tak ada isu, tidak seharusnya diambil sebagai isu. Diambil secara baik.
“Tetapi diperingkat orang ramai tak perlu dijadikan politik,” katanya.
Nadzim berkata pengguna ada hak untuk memilih.
“Bagi saya kita harus berlapang dada. Kita tidak harus jadikan isu,” katanya lagi.
“Macam saya, akan pergi kedai itu sebab saya nak bersih. Kalau orang lain tak nak itu hak dia,” katanya- Free Malaysia Today

4093) Ajaran sesat Qadiani bebas berkembang - Metro Online - 27/9/2017

Snapshot(7)
WALAUPUN difatwakan sesat sejak 1989, ajaran Qadiani dikesan terus aktif di sekitar Kampung Nakhoda, Gombak sehingga menimbulkan keresahan penduduk setempat.
Bukan itu saja, ajaran yang bertapak sejak lebih 40 tahun dulu semakin berkembang dengan wujudnya sebuah pusat pengajian tahfiz bersebelahan markas yang menjadi pusat operasi Qadiani selama ini.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia ( PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk kampung itu yang buntu kerana laporan mereka kepada pihak berkuasa sebelum ini tidak diambil tindakan.
"Kita tahu ajaran sudah difatwa sesat, tetapi mereka ini masih aktif menyebarkan ajaran itu. Saya fikir sesuatu perlu dilakukan kerana jika tidak, macam-macam boleh berlaku," katanya pada sidang media di Selayang, hari ini.
Nadzim berkata, PPIM meminta Majlis Perbandaran Selayang (MPS) supaya mengambil tindakan mengikut Garis Panduan Tatacara Penugatkuasaan ke atas rumah ibadat kerana timbul persoalan apakah ia mendapat kebenaran.
 
"Kita juga meminta JAIS untuk mengambil tindakan sewajarnya serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana penduduk mula bimbang dengan keselamatan mereka apatah lagi kawasan itu dikunjungi warga asing dipercayai pengikut ajaran Qadiani," katanya.
Pengasasnya Mirza Ghulam Ahmad mendakwa :
- sebagai Nabi menerima wahyu
- sebagai Imam Mahdi
- sebagai Isa al-Masih
- Mempunyai mukjizat
- malaikat sebagai pancaindera Tuhan
- Ibadah Haji di Qadiani, India
- Menafikan jihad
- Mengubah ayat-ayat al-Quran

4092) PPIM Bantah Ajaran Sesat - Malaysia Gazette - 27/9/2017

Snapshot(5)
Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan (tengah) bersama wakil penduduk Kampung Nakhuda, Batu Gaves menunjukkan poster bantahan berkaitan Ajaran Sesat Qadiani yang beroperasi dan aktif sekitar kawasan mereka pada sidang media di Our Private Place Villa Puteri Condominium, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 27 SEPTEMBER 2017.

4091) SIDANG MEDIA : AJARAN SESAT QADIANI MASIH LAGI BERLELUASA, BERLAKON BUKAN ISLAM KE QADIANI NI? - PPIM - 27/9/2017


Umum diketahui oleh orang ramai mengenai ajaran sesat yang bertentangan dengan ajaran Islam, iaitu ajaran Qadiani yang sehingga ke hari ini, masih lagi beroperasi dan aktif di sekitar kawasan Kampung Nakhuda, Batu Caves, Selangor.
Banyak faktor mendorong kepada kesesatan ajaran ini dan salah satunya ialah pendokong ajaran ini mempercayai bahawa rasul utusan Allah yang terakhir selepas Nabi Muhammad s.w.t adalah seorang lelaki bernama Mirza Ghulam Ahmad yang mana terang dan jelas adalah suatu kefahaman agama yang sesat dan terpesong. Agama Islam hanya mengiktiraf Nabi Muhammad sebagai Rasulullah dan Nabi yang terakhir dan tidak ada yang lain selepasnya.
Kewujudan markas atau rumah ibadat ajaran ini di kawasan Kg. Nakhuda, Batu Caves telah mengundang kebimbangan penduduk setempat sejak tahun 2015 lagi. Ajaran ini berkembang di Kg. Nakhuda dan menyebarkan fahaman agama yang menyeleweng tanpa sebarang tindakan daripada Pihak Berkuasa Tempatan seperti Majlis Perbandaran Sepang dan juga Jabatan Agama Islam Selangor.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 15.43.36 (2)WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.53
Mengulas lanjut isu ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, berkata pihaknya menerima aduan dari penduduk Kg. Nakhuda mengenai ajaran sesat yang menganggu penduduk di kawasan tersebut.
“Perkara ini sudah tidak lagi terkawal, ajaran Qadiani ini harus dibanteras bagi menyelamatkan penduduk Kg. Nakhuda dan orang Islam.
Pengerusi Gerakan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Ustaz Masridzi Bin Sat berkata pihaknya telah menghubungi pihak Jais dan Unit Tindakan Khas Jais berkenaan perkara ini.
“Mereka (penganut ajaran Qadiani) apabila disoalkan agama mereka, mereka mengatakan mereka bukan Islam tetapi dalam ajaran mereka menggunakan mesej Islam,”jelasnya
Menurutnya lagi, penduduk sudah membuat aduan kepada Majlis Perbandaran Selayang mengenai ajaran sesat ini tetapi tidak dipandang serius mengenai perkara terbabit.
“MPS perlu bertindak dengan segera dan tidak boleh sembunyi apa-apa mengenai perkara ini, buatlah tindakan segera seperti mengangkut gerai perniaga yang menjual nasi lemak atau goring pisang,”tegasnya.
Tambahannya lagi, penduduk telah membuat laporan polis kerana ajaran ini seolah mengancam keselamatan penduduk setempat.
“Kita bagi tempoh seminggu untuk mereka (Jais,MPS, Polis) untuk bertindak sebelum kami dari NGO sendiri turun padang,”katanya.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.54WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.55
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato’ Hishamuddin hashim turut menyatakan pendapat beliau mengenai Garis Panduan Tatacara Penguatkuasaan ke atas Rumah Ibadat selain Islam yang dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.
“Setiap rumah ibadat selain Islam mesti mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada Pihak Berkuasa Tempatan sebelum boleh dibenarkan digunakan.”
“Persoalannya yang timbul sekarang ini adakah ajaran ini telah mendapat kebenaran untuk beroperasi dan menggunakan Rumah Ibadat?,”beliau mempersoalkan di dalam sidang media terbabit.
Beliau turut menambah lagi, penduduk telah membawa isu ini ke Jabatan Agama Islam Malaysia (JAIS), tetapi telah diberitahu bahawa ajaran tersebut bukan ajaran agama Islam dan lebih mengejutkan ajaran ini turut membina bangunan tahfiz bagi menarik dan menyebar agama terbabit.
“Kebal sangatkah ajaran ini?atau dilindungi oleh tangan-tangan ghaib?"
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) turut perlu memberi maklum balas, mengapa mereka ini di dalam kad pengenalan masih diletakkan sebagai Islam lagi,”jelasnya.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.56 (1)
PPIM, GBAH serta Penduduk Kg. Nakhuda menggesa dan menyokong tindakan kerajaan sekiranya dapat membanteras ajaran Qadiani dengan secepat mungkin bagi menghalang ajaran sesat ini berleluasa.
Turut hadir Bersama di dalam sidang media terbabit ialah Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM, En Yusuf Azmi, Ketua Unit Kawal Selia Umrah, Ustaz Abdul Halim, Penasihat PPIM, Dr Abdul Kadir Warsi Mohamed, Ketua Kg. Nakhuda, Tuan Haji Ustaz Muhammad Noor dan Setiausaha Penduduk Kg. Nakhuda, Azmi Bin Hj Salleh.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.19.56WhatsApp Image 2017-09-27 at 17.21.47

4090) SIDANG MEDIA :KERETA DIBELI DIRAMPAS KASTAM, PENJUAL PENIPU SENYUM BEBAS - PPIM - 27/9/2017





Penipuan yang melibatkan ramai pembeli kereta teraniaya dan ditipu oleh sindiket yang menjual kereta tanpa membayar cukai menggunakan dokumen palsu telah semakin menjadi-jadi.
Ramai mangsa yang mengadu bahawa mereka ditipu oleh syarikat penjual kereta walaupun proses pindah milik telah diluluskan melalui Puspakom dan pendaftaran biasa.
Mengulas kenyatan ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi, berkata pihaknya telah menerima lebih kurang 30 aduan berhubung isu ini.
Menurutnya, pengadu terbabit membeli sebuah kereta berjenama Toyata Camry terpakai. Namun, setelah 3 tahun kenderaan tersebut disita oleh pihak Kastam dengan alasan tidak membayar cukai kenderaan.
“Tidak masuk akal sekali sudah 3 tahun pakai tiba-tiba hendak sita sebab tidak membayar cukai,”katanya kepada pihak media.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.54
Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Dato Hishamuddin’ Hashim mendakwa bahawa kes ini merupakan kes yang tidak munasabah.
“Pengadu beli kereta dengan harga pasaran, loan dari bank lulus, pemeriksaan Puspakom dan JPJ lulus tiba-tiba kereta ditarik sebab tak bayar cukai?”beliau mempersoalkannya.
“Ini langsung tidak masuk akal dan tidak beperikemanusiaan” jelasnya lagi.
Turut hadir bersama di dalam sidang media terbabit iaitu mangsa penipuan, En Anuar Ahmad, yang mendakwa bahawa beliau terpaksa membayar sebanyak RM 46 ribu akibat dari tunggakan cukai.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 18.11.55
“Saya telah membuat 3 laporan kepada pihak polis tetapi tiada apa-apa tindakan dilakukan”
“Masa hari kejadian pegawai Kastam datang menyita kenderaan saya dan memberitahu saya ia adalah arahan dari Kastam dan JPJ wilayah,”katanya
Di akhir sidang media terbabit, Toqqi menyeru supaya pihak Kastam membuat sesuatu mengenai pemasalahan ini.
“Kita minta Timbalan Ketua Pengarah Kastam,Dato’ Zulkifli, Ketua Pengarah Kastam, Dato' Sri Subromaniam Tholasy, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani untuk memantau dan membantu,” ulasnya lagi.
WhatsApp Image 2017-09-27 at 15.43.36

4089) PPIM PUJI TINDAKAN KPKT - SINAR HARIAN - 27/9/17

Sinar (27.9.17)
SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik usaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat penipuan skim perumahan mampu milik.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman berkata, isu ini sudah lama timbul tetapi semakin hangat diperkatakan apabila melibatkan syarikats milik seorang artis tanah air.
“Setakat ini, ada lebih 100 aduan berserta dokumen sebagai bukti tapi saya percaya mungkin lebih ramai yang terlibat. Ada diantaranya dah bayar deposit hingga RM50,000.
“Bukan kes ini saja, ada macam-macam kes lagi. Ada kes didalangi oleh individu sama cuma bertukar-tukar syarikat dan nama dengan mengaitkan orang-orang kenamaan malah PPIM sendiri,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau turut memberi peringatan supaya pihak berkenaan tidak menggunakan populariti yang ada untuk menipu orang ramai. “Sebab tu saya kata seseorang yang dah ada nama dan pengikut jangan ambil kesempatan terhadap orang ramai memandangkan mereka lebih mudah percaya.
“Kami pun kecewa kerana kebanyakan yang ditipu itu memang orang berumur dan hanya itu saja simpanan yang mereka ada" katanya. Pada masa sama, beliau meminta orang ramai berhati-hati jika ditawarkan harga rumah mampu milik yang tidak masukakal dengan membuat rujukan terlebih dahulu.
“Tak mungkin harga ditawarkan begitu rendah kalau tak melibatkan penipuan. Jadi, pastikan pemaju berlesen, tengok rumah contoh dan lantik peguam bagi mengikut prosedur yang betul.
“Jangan mudah terpedaya. Kami sedia berikhidmat nasihat termasuk berkaitan pembelian rumah kerana kami kasihan melihat mereka yang ditipu," katanya.
Beliau turut meminta orang ramai yang terlibat segera membuat aduan kepada pihak berkuasa.

4088) SIASAT DALANG RUMAH MURAH - HARIAN METRO - 27/9/17

HM (27.9.17) siasat dalang rumah murah
PPIM hantar memorandum kepada EAIC gesa isu penipuan tidak berleluasa.
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mahu isu penipuan rumah murah yang dijalankan pihak tidak bertanggungjawab disiasat sepenuhnya oleh pihak berkuasa.
Aktivis Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, berikutan itu pihaknya menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), semalam bagi memastikan isu berkenaan tidak diambil mudah oleh pihak tertentu.
“Kami membawa lebih 400 aduan daripada mangsa untuk membantu mencari punca modus operandi (MO) yang dilakukan dalang yang mengaku sebagai kontraktor syarikat perumahan.
“Selepas pertemuan dengan EAIC, mereka memberi jaminan untuk turut sama membantu dalam menyelesaikan masalah ini dengan menubuhkan satu pasukan khas dalam menyiasat perkara ini,”katanya ketika ditemui selepas menghantar memorandum di sini semalam.
Selain itu, PPIM turut mengadakan sesi perbincangan dengan EAIC yang berlangsung dua jam. Memorandum berkenaan diterima Timbalan Pengarah Operasi (Aduan) Bahagian Operasi EAIC Celemans Kasim. Yusof berkata, beberapa laporan polis sudah dibuat mangsa kerana mereka mengesyaki perkara terbabit adalah satu kes jenayah penipuan.
“Bagaimanapun, dalang kes penipuan ini masih melakukan promosi rumah murah, seolah-olah tiada tindakan siasatan diambil ke atas mereka.
Oleh itu kami nasihatkan kepada orang ramai yang terkena dengan penipuan rumah murah ini untuk tampil menghantar aduan kepada PPIM,” katanya.
Menurutnya, memorandum yang dihantar kepada EAIC itu adalah satu langkah supaya kes berkenaan mendapat lebih perhatian yang sepatutnya daripada pihak berkuasa.
Baru-baru ini, Unit Tindakan Khas PPIM membongkar kegiatan sindiket penipuan rumah murah yang dijalankan enam individu sehingga tular di media sosial tempatan.

4087) Pesta arak, gay: Gabungan NGO Islam serah memorandum kepada DBKL - Ismaweb - 27/9/2017


BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menyerahkan memorandum sokongan berhubung pembatalan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Memorandum berkenaan diserahkan Pengerusi Gabungan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Masridzi Sat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz di pejabatnya di Menara DBKL 1, hari ini.
Masridzi menerusi memorandum itu berkata, GBAH menyambut baik sikap ketegasan dan prihatin DBKL menolak permit penganjuran pesta arak yang sepatutnya diadakan di ibu negara awal Oktober ini.
Beliau bagaimanapun meminta supaya DBKL turut bertegas membatalkan penganjuran pesta gay, White Party yang dirancang diadakan juga di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.
“Kami memohon agar pihak DBKL terus konsisten dan berani untuk bertindak tegas membatalkan mana-mana konsert, pesta dan aktiviti-aktiviti haram yang boleh merosakkan akhlak dan keharmonian masyarakat khususnya umat Islam di negara ini,” katanya.
GBAH turut meminta DBKL mengawal ketat pemberian lesen dan undang-undang pusat hiburan, premis judi, rumah urut dan penjualan arak secara terbuka.
“Ini kerana kami mendapati selepas 38 siri Ops BAH yang kami jalankan bersama gabungan agensi penguatkuasaan kerajaan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan, banyak premis yang diberi lesen ini disalah guna dengan kegiatan haram.
“Perkara ini gagal dihapuskan, bahkan semakin diserbu semakin membiak dan bertambah premis ini dari semasa ke semasa.
“Kami juga menuntut supaya peraturan yang membenarkan premis-premis hiburan diberi beroperasi hingga jam 3 atau 5 pagi dikaji dan ditarik balik. Ini memandangkan dari bukti Ops BAH yang telah dijalankan bukan pelancong luar yang berhibur dan mabuk tetapi majoritinya adalah umat Islam dan rakyat negara ini,” katanya.

4086) UTK PPIM Serah Laporan Kepada Suruhanjaya Intergriti - Malaysia Gazette - 26/9/2017

Snapshot(3)

Wakil peguam Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Hishamuddin Hashim (empat kiri) menyerahkan laporan aduan berhubung kes penipuan oleh DBI Technology kepada Timbalan Pengarah Operasi (Aduan) Bahagian Operasi Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Celemans Kasim (kanan) turut serta Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi (tiga kiri) di Ibupejabat Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 26 SEPTEMBER 2017

Timbalan Pengarah Operasi (Aduan) Bahagian Operasi Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Celemans Kasim (kanan) memberi penerangan kepada Ketua Pengarah Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yusuf Azmi (tiga kiri) serta yang lain selepas menyerahkan laporan aduan berhubung kes penipuan oleh DBI Technology kepada di Ibupejabat Suruhanjaya Intergriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC), Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 26 SEPTEMBER 2017

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...