Tuesday, September 19, 2017

4065) SIDANG MEDIA : SYARIKAT BUMIPUTERA MENGIMPORT DAGING BABI? - PPIM - 19/9/2017


Isu “daging babi” dimport membolosi pasaran Malaysia baru-baru ini telah memeranjatkan masyarakat Islam Malaysia. Sebuah syarikat milik bumiputera telah didakwa mengimport daging babi.
Isu CARTEL / monopoli dalam industri ini juga telah menimbulkan berbagai kesan negatif yang dikatakan menjadikan harga daging import tinggi sementara banyak syarikat kecil juga terpaksa tutup kesan daripada amalan negatif ini.
2 3
Mengulas kenyataan ini, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Toqqi berkata pihaknya berasa hairan mengapa negara kita masih mahu mengambil daging import dari luar negara sedangkan kita memliki ternakan daging keluaran negara kita tersendiri.
Toqqi turut menyatakan kekesalan beliau diatas sikap sesetengah agensi dan pegawai kerajaan yang tidak membantu pengusaha daging tempatan ketika mereka memerlukan bantuan dari segi kewangan.
4
Turut hadir bersama di dalam sedia media tersebut adalah President Persatuan Pengimport Daging Halal Muslim Malaysia (HALMIM), Dato’ Dr Mohd Noor Ali Akbar, Setiausaha Agung Persatuan Pengimport-Pengimport Daging Malaysia (MMIA), Dr. Santirakesu Rengasamy B.VSc dan Pengarah ZS Armin Sdn Bhd, Shamsuri Bin Mohd Yusof.
“Apabila kita mendapati ada berita mengenai daging babi di dalam kontena daging kambing di pelabuhan, kami di persatuan telah turun untuk menyiasat perkara tersebut dan mendapati maklumat tersebut adalah salah,”jelas Dato’ Dr Mohd Noor Ali Akbar.
Tambahan beliau lagi, kebanyakkan pengusaha daging tidak mencapai sasaran 30 peratus jualan daging yang ditetapkan oleh kerajaan adalah disebabkan harga daging di pasaran sangat mahal.
“Saya menyeru kepada institusi kewangan yang dimiliki oleh kerajaan mahupun swasta untuk bersama membantu pengusaha daging ini dengan menyumbangkan modal melalui persatuan pengimport daging,”katanya.
6
“Isu daging babi ini bermula apabila pihak Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menyita tiga kontena daging kambing beku yang dipercayai berisi daging babi bercampur daging kambing,” jelas Shamsuri Bin Mohd Yusof yang merupakan pengusaha dituduh mengimport daging babi bercampur daging kambing.
“Alhamdulilah apabila diperiksa, tiada daging babi yang bercampur, mungkin ada yang sabotaj" katanya di dalam sedia media tersebut. Beliau turut menyeru kepada pemborong-pemborong daging di setiap negeri untuk bekerjasama dengan mewujudkan sistem "mentor dan mentee"
7
Di akhir sedia media tersebut, Toqqi mengatakan pihaknya akan bekerjasama dengan dua persatuan pengimport daging halal ini untuk terus memantau isu daging halal.
“Kita harap dengan kerjasama ini dapat memastikan daging yang dijual dan diimport adalah halal, selain itu daging dapat dibeli oleh pengguna dengan harga yang murah”
Beliau menyatakan perkara ini amat diperlukan kerana pengguna sekarang ini dibebankan dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.
5 8

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...