Wednesday, September 27, 2017

4087) Pesta arak, gay: Gabungan NGO Islam serah memorandum kepada DBKL - Ismaweb - 27/9/2017


BANGI, 6 Muharram 1439H, Rabu – Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam hari ini menyerahkan memorandum sokongan berhubung pembatalan penganjuran Better Beer Festival 2017 (BBF17) kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Memorandum berkenaan diserahkan Pengerusi Gabungan Banteras Aktiviti Haram (GBAH), Masridzi Sat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Mhd Amin Nordin Abd Aziz di pejabatnya di Menara DBKL 1, hari ini.
Masridzi menerusi memorandum itu berkata, GBAH menyambut baik sikap ketegasan dan prihatin DBKL menolak permit penganjuran pesta arak yang sepatutnya diadakan di ibu negara awal Oktober ini.
Beliau bagaimanapun meminta supaya DBKL turut bertegas membatalkan penganjuran pesta gay, White Party yang dirancang diadakan juga di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini.
“Kami memohon agar pihak DBKL terus konsisten dan berani untuk bertindak tegas membatalkan mana-mana konsert, pesta dan aktiviti-aktiviti haram yang boleh merosakkan akhlak dan keharmonian masyarakat khususnya umat Islam di negara ini,” katanya.
GBAH turut meminta DBKL mengawal ketat pemberian lesen dan undang-undang pusat hiburan, premis judi, rumah urut dan penjualan arak secara terbuka.
“Ini kerana kami mendapati selepas 38 siri Ops BAH yang kami jalankan bersama gabungan agensi penguatkuasaan kerajaan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan, banyak premis yang diberi lesen ini disalah guna dengan kegiatan haram.
“Perkara ini gagal dihapuskan, bahkan semakin diserbu semakin membiak dan bertambah premis ini dari semasa ke semasa.
“Kami juga menuntut supaya peraturan yang membenarkan premis-premis hiburan diberi beroperasi hingga jam 3 atau 5 pagi dikaji dan ditarik balik. Ini memandangkan dari bukti Ops BAH yang telah dijalankan bukan pelancong luar yang berhibur dan mabuk tetapi majoritinya adalah umat Islam dan rakyat negara ini,” katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...