Friday, April 20, 2012

MEMORANDUM MENGKAJI SEMULA SUBSIDI TEPUNG 25 KG





MEMORANDUM

DESAKAN KEPADA KERAJAAN AGAR MENGHAPUSKAN SUBSIDI BAGI
TEPUNG GANDUM KEGUNAAN AM BUNGKUSAN 25KG
YANG DIBERIKAN KEPADA PENGUSAHA & PENGIMPOT TEPUNG

KEPADA

YB DATO’ SRI ISMAIL SABRI BIN YAAKOB
MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

DARIPADA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA
(PPIM)
&
NGO-NGO BERSEKUTU



I)                    Tujuan
Sebagai menyatakan tanda bantahan serta mendesak Kerajaan membatalkan subsidi tepung gandum kegunaan am bungkusan 25 kilogram yang dilihat tidak relevan serta tidak memenuhi matlamat asal Kerajaan sebaliknya hanya memberikan keuntungan yang melampau melalui subsidi kepada pengusaha & pengimpot.  

Tuntutan ini adalah berdasarkan kepada beberapa asas pertimbangan:
  1. Sikap mengaut keuntungan yang keterlaluan oleh syarikat yang memonopoli industri tepung dalam negara serta tidak memberi manafaat kepada pengguna serta membebankan Kerajaan;

  1. Adalah tidak relavan Kerajaan memberikan subsidi bagi tepung gandum kegunaan am dalam bungkusan 25 kilogram yang matlamat asalnya meringankan beban pengguna secara langsung. Memandangkan tepung gandum dalam bungkusan 25 kilogram adalah jarang sekali dibeli oleh pengguna sebaliknya oleh pengusaha industri yang terlibat;

  1. Kerajaan kini menanggung subsidi tepung gandum kegunaan am yang bernilai ratusan juta ringgit setiap tahun namun ianya merupakan satu pembaziran memandangkan sebahagian subsidi ini tidak memberi penjimatan kepada pengguna sebaliknya dimanipulasi oleh pengusaha serta pengimpot;

  1. Impak dari pemberian subsidi oleh Kerajaan sepatutnya dirasai oleh pihak pengguna dengan mengekalkan harga yang munasabah dan bukannya membebankan pengguna dan Kerajaan dengan peningkatan harga serta tuntutan subsidi setiap tahun. Kerajaan dilihat “dipermainkan” oleh pengusaha dan pengimpot dengan tuntutan subsidi yang tidak munasabah;

  1. Kos pemberian subsidi oleh Kerajaan kepada pengimpot tepung amat tinggi dan merugikan Kerajaan sebaliknya ianya boleh dimanafaatkan dengan pemberian subsidi kepada sektor lain yang lebih menguntungkan para pengguna;

  1. Mengapa subsidi tepung bernilai ratusan juta ringgit diberikan kepada segelintir pengimpot dan pengusaha tepung sedangkan terdapat sebahagian pengimpot dan pengusaha yang menjual tepung pada harga yang sama tanpa mendapat subsidi yang Kerajaan berikan;

  1. Terdapat pengusaha dan pengimpot tepung yang memiliki kilang pengeluaran roti dan bakeri, yang diberitakan menyalahguna subsidi bagi penjimatan kos pengeluaran dan ini akan memberi persaingan yang tidak sihat kepada pengusaha kilang roti dan bakeri  pesaing.

II)         Rasional
1.      Ketegasan KPDNKK adalah amat penting bagi memastikan masyarakat  pengguna terbela dan peniaga tidak sewenang-wenangnya mempergunakan Kerajaan dengan mendapatkan subsidi untuk kepentingan perniagaan mereka dengan menjadikan keuntungan sebagai matlamat serta mengenepikan nilai etika serta hak pengguna untuk mendapatkan harga yang wajar untuk sesuatu produk.

2.      Memastikan agar pengusaha atau peniaga mengamalkan nilai serta etika yang tinggi dalam menjalankan usahaniaga serta menjadikan pengguna sebagai rakan niaga yang perlu dihormati dan dipandang tinggi dalam berurusan.

3.      Menjadi pengajaran kepada pengusaha industri lain agar tidak mengambil kesempatan di atas keramahan Kerajaan dalam memberikan subsidi serta sentiasa beretika dalam berniaga dan tidak menjadikan keuntungan semata-mata sebagai matlamat.

4.      Memastikan pengusaha dan pengimpot tepung sentiasa mengamalkan sikap mementingkan kualiti serta produk yang selamat kepada pengguna.

III)        Kesimpulan
Subsidi Tepung yang diberikan oleh Kerajaan tidak memberikan impak dan pulangan yang sewajarnya kepada pengguna dan Kerajaan secara keseluruhan dan ianya wajar dibatalkan serta merta.

 
IV)       Desakan Tuntutan
Kesimpulan dari intipati yang diberikan didalam memorandum ini kami dari Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta gabungan NGO-NGO yang bersama dengannya mewakili masyarakat pengguna mendesak agar Kerajaan melalui Menterinya di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan agar membatalkan subsidi tepung gandum bungkusan 25 kilogram yang diberikan kepada pengusaha dan pengimpot tepung dengan kadar segera sesuai dengan alasan yang diberikan didalam memorandum ini. Jika terdapat salah laku yang telah dikenal pasti, kami menyeru agar pihak Kerajaan menyemak kembali penyalahgunaan subsidi ini yang mungkin telah berlaku sejak tempoh tertentu.

Saturday, April 14, 2012

Emel pilihan : Some really useful ideas,pretty smart


Some really useful ideas in here - especially the first one since I always hit a finger!!
Now, why didn't I think of that?













PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...