Monday, July 30, 2012

EMEL PILIHAN:Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..Insyallah..



Amalan Bagi Menajamkan Penglihatan Mata..Insyallah..

Assalamualaikum.. di sini sy ingin berkongsi satu ilmu dari tok guru saya dulu iaitu ilmu untuk menajamkan penglihatan mata dan mengurangkan rabun mata.. semua orang boleh amal terutamanya bagi yang rabun,, saya tengok kawan-kawan saya ramai jugak yang rabun dan tepaksa menambah power 'spec mata'.. jadi, saya tiba-tiba teringat ilmu yang ustaz saya ajar ni..

Jadi kawan-kawan, masa anda semua mnjawab azan, apabila terdengar laungan 
أشهد أن محمد رسول الله, maka hendaklah menjawabnya dan kemudiannya membaca ayat ini:

فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

(sila rujuk surah qaf (ق) ayat yg ke 22)

kemudian hembus dekat belakang ibu jari seperti dalam gambar, lepas tu, gosok belakang ibu jari tu kat kedua2 mata.. (jari kanan= mata kanan, jari kiri=mata kiri)..

InsyaAllah, sentiasa amalkan, akan dapat lihat perubahannya, yang penting kita sentiasa bersangka baik dengan Allah..

InsyaAllah, ni salah satu ikhtiar untuk kesihatan mata kita.

*لَّقَدۡ كُنتَ فِى غَفۡلَةٍ۬ مِّنۡ هَـٰذَا فَكَشَفۡنَا عَنكَ غِطَآءَكَ فَبَصَرُكَ ٱلۡيَوۡمَ حَدِيدٌ۬

Maksudnya :

(Serta dikatakan kepadanya): Demi sesungguhnya! Engkau di dunia dahulu berada dalam keadaan lalai tentang (perkara hari) ini, maka kami hapuskan kelalaian yang menyelubungimu itu, lalu pandanganmu pada hari ini menjadi tajam (dapat menyaksikan dengan jelasnya perkara-perkara hari akhirat). (22)

ARTIKEL PILIHAN:White Flour is Poison!



By Dr. Alicia Armitstead

Have you ever read the ingredients for certain food products and seen ‘bleached flour’? When flour is made it is actually not white and has a certain odor to it so it is bleached to make it whiter and take out the odor. Bleached flour also has a longer shelf life. The most common bleaching agent in flour is exactly the bleaching agent we use at home: chlorine. The chlorine used to make white bread is in the form of chlorine dioxide gas. Chlorine destroys the vitamin E and B vitamins of the flour, and reacts with certain proteins to form methionine sulfoxide which is known to cause central nervous system damage in humans.

Have you ever read the ingredients for certain foods and seen ‘enriched bleached flour’? Enriched flour is flour that has been sprayed with synthetic vitamins as an attempt to put back in the flour all that was taken out by its processing. Vitamin E and B vitamins are particularly sprayed on white flour. Total cereal has a total of synthetic vitamins sprayed on its flakes otherwise it’s like any other cereal flake.

Bleaching flour started in the early 1900s and was vehemently opposed. In 1906, government passed the Pure Food and Drug Act which prohibiting the interstate transportation and sale of adulterated food. The act defined adulterated food as that which is combined or packaged with another substance that adversely affects the quality or strength of the food; is substituted in whole or part by another substance; has had any essential component removed in whole or part; has been blended, coated, colored, or stained to conceal damage or inferiority; or has had poisonous or harmful additions made to it.

The legality of bleached flour went to the Supreme Court in 1910. At that time chlorine dioxide was not being used but nitrates. In 1914 “the Supreme Court rules in U.S. v. Lexington Mill & Elevator Company against USDA because the government has not shown a connection between nitrite residues in the bleached flour and the harm to humans that the residues were alleged to cause. While the Court is sympathetic to the Bureau of Chemistry's efforts to protect the public from nitrites, it nonetheless states that the government had to show some relationship between the nitrite residues left in the flour and the harm it is capable of producing in humans. The Court states that the mere presence of such an ingredient is not sufficient to make a food illegal. After the case is settled, bleached flour is allowed in interstate commerce as long as it does not conceal damaged flour and is clearly labeled as "bleached flour."” (http://ncseonline.org/nle/crsreports/pesticides/pest-5.cfm)

Since then approximately 60 different chemicals have been approved to bleach flour. Although no single mill uses all 60 additives, eight or more are common place.

Great Britain also started using bleached flour in the early 1900s but was smart enough to outlaw the use of chlorine dioxide in 1997 (Food Industries Manual, 24th Edition Ranken, M.D., Kill, R.C. and Baker, C.G.J. in collaboration with the Leatherhead Food Research Association London, UK 1997) and now all bleached flour is outlawed.

Bleached flour is all white flour and is found not only in white bread but also in cakes, cookies, bagels, muffins, pastas and cereals. So start reading ingredients and if you have a hard time finding them, can’t read them because the print is so small or can’t find them at all it’s because the manufacturer doesn’t want you to know what’s in the product!

Replace white bread with whole wheat products but read the ingredients because manufacturers like to advertise whole wheat products that have whole wheat flour but also bleached flour mixed in with it.

Author's Bio:
Dr. Alicia Armitstead is a licensed chiropractor in New York City. In her clinic, Healing Arts Chiropractor, she is dedicated to designing personal health improvement programs. Dr. Armitstead holds degrees from University of Bridgeport and the University of Bridgeport Chiropractic College in Connecticut. She is certified in Advanced Clinical Training of Nutrition Response TestingSM.

Saturday, July 28, 2012

BERITA PPIM: BERHATI-HATI DENGAN KESELAMATAN ANDA DAN KENDERAAN ANDA





SUMBER DARI FACEBOOK :



Jumaat, Julai 06, 2012


AWAS!!! TEKNIK TERBARU CURI KERETA

Minggu lalu, kereta seorang wanita telah dicuri di tempat yang sangat sibuk berhampiran Jaya Jusco di Mahkota Cheras, Kuala Lumpur . Kejadian ini adalah sesuatu yang sangat bernilai untuk dikongsi bersama supaya kita dapat mengurangkan peluang kepada pencuri kereta.

Selepas meletakkan keretanya di tepi jalan di luar Jusco, wanita tersebut mendapati bahawa dia tidak berjaya untuk mengunci keretanya dengan alat kawalan jauh (remote). Pada fikiran beliau alat kawalan jauh tersebut telah kehabisan bateri atau rosak, lalu beliau hanya menggunakan kunci biasa untuk mengunci keretanya secara manual.

Beliau kemudian pergi untuk membeli beberapa barangan runcit dan kira-kira 30 minit kemudian apabila dia kembali ke tempat di mana dia meletakkan kereta beliau, didapati keretanya telah hilang.

Kemudian di balai polis dan juga di agensi insurans, beliau telah diberitahu bahawa terdapat beberapa sindiket mencuri kereta yang menggunakan peranti elektronik 'klip'frekuensi alat kawalan jauh kereta (car remote's frequency clipping). Alat ini boleh mengesan frekuensi remote kereta semasa ia digunakan untuk mengunci kereta.

Kesan dari operasi 'clipping' oleh pencuri kereta ini akan menyebabkan pemilik kenderaan tersebut tidak dapat mengunci kereta dengan alat kawalan jauh.Jadi pemilik kereta akan menguncinya secara manual. Sebaik sahaja pencuri ini memperolehi frekuensi alat kawalan jauh kereta anda, mereka akan mencuri kereta apabila anda berada jauh dari kereta anda.

Pengajaran untuk masa depan apabila anda tidak dapat mengunci kereta anda dengan alat kawalan jauh, kemungkinan tinggi bahawa seseorang berdekatan telah mensasarkan kereta anda. Jadi anda dinasihatkan supaya tidak meletak kenderaan di tempat tersebut dan beredarlah dari situ.

LAIN-LAIN SUMBER :

Friday, July 27, 2012

EMEL PILIHAN-PETUA : Knees - a simple drink for healing

A Simple Drink for healing your knees!

No harm taking this concoction as it has all natural ingredients.   Many elderly folks are having this problem these days. After drinking,  knees will grow its own cartillage!!!   PLEASE NOTE...NOT FOR CHILDREN!   For adult's consumption only:-

 

- 5 stalks of lemon grass + 2 green apples (can cut it into pieces)
- Enough water to cover and boil till soft, then drink.
- No salt, sugar or msg please.

* make sure it's on slow fire (best use slow cooker).

You can drink this every day and see what happens.
  
Eat well, be well.

Monday, July 16, 2012

592) BERITA PPIM : Gundah diburu 20 ceti haram



Headline: Gundah diburu 20 ceti haram
Publication: Harian Metro
Date of publication: Jul 14, 2012
Section heading: Main Section
Page number: 058
Byline / Author: Oleh Yusmizal Dolah Aling


KUALA LUMPUR: Kerana tertarik dengan tawaran mendapatkan pakej sebuah Toyota Camry, Vios, Myvi, kerusi urut dan sistem teater rumah pada harga RM45,000 daripada peraduan gores dan menang, seorang pesara syarikat swasta bukan saja menipu keluarga untuk berhutang dengan along, malah dia juga berputih mata apabila diperdaya kononnya mendapat pulangan sehingga setengah juta ringgit.

Akibatnya, dia kini berdepan ancaman 20 ceti haram yang memburunya untuk mendapatkan jumlah pinjaman dibuat semata-mata membiayai pakej anjuran syarikat itu biarpun hakikatnya dia hanya memperoleh peralatan bernilai tidak sampai RM10,000.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Samad, 50-an berkata, dia terjebak dengan sindiket terbabit selepas mendapat panggilan telefon Mei lalu mengatakan dia terpilih memenangi pakej VIP terbabit menerusi cabutan bertuah satu peraduan.

Tertarik dengan keuntungan terbabit, dia bersetuju untuk memasukkan wang sebagai proses permulaan untuk mendapatkan kereta mewah berkenaan pada harga serendah RM20,000 dengan jaminan ia boleh dijual semula di pasaran dengan harga RM180,000.

Samad berkata, dua individu dipercayai ejen syarikat berkenaan memaklumkan dia perlu melunaskan sebahagian daripada jumlah keseluruhan pakej bagi membolehkan kereta itu didaftarkan atas namanya namun disebabkan kekurangan wang dia meminjam ceti haram.

"Permulaannya saya menyerahkan geran tanah di Kampung Tawakal, Kempas Johor kepada along untuk mendapatkan sedikit wang dan saya serahkan kepada dua individu itu.

"Tidak lama kemudian, saya dimaklumkan perlu segerakan bayaran untuk membolehkan saya mendapat keseluruhan pakej pada harga istimewa dengan jaminan pulangan lumayan. Selepas itu, saya meminjam dan tanpa disedari saya berurusan dengan 20 along serentak," katanya ketika membuat kepada Pegawai Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yati Saharudin, baru-baru ini.

Menurutnya, dia menyembunyikan perkara itu daripada pengetahuan keluarga sehingga tidak dapat menguruskan hutang pinjaman RM152,000 menyebabkan dia menjual kereta, van dan barang kemas isterinya.

"Saya kini takut untuk keluar rumah kerana bimbang ancaman along, malah wang simpanan termasuk dokumen berkaitan seperti pengenalan diri disimpan ahli keluarga terdekat sebagai langkah pencegahan supaya saya tidak lagi terjebak" katanya.

Sementara itu, Yati berkata, PPIM menjalankan siasatan awal berdasarkan aduan terbabit dan mendapati alamat tertera di baucar hadiah itu sebuah kedai runcit yang beroperasi di Singapura.

Katanya, pihaknya juga mengadakan perbincangan dengan along terbabit bagi mendapatkan semula geran tanah dan rumah milik Samad hasil bantuan ahli keluarganya yang mengumpulkan wang untuk melunaskan pinjaman itu.

Wednesday, July 11, 2012

591) ARTIKEL : Produk luar memang meragukan



 | July 7, 2012

PETALING JAYA: Barangan termasuk makanan yang diimport ke negara ini terdedah kepada penipuan dan pihak berkuasa Islam tidak mampu mengatasinya.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa, pihak berkuasa Islam terutama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) gagal mengesahkan sama ada makanan halal atau tidak.

“Tidak cukup kakitangan, tidak cukup penguatkuasaan. Untuk mengesahkan makanan dalam negara tidak boleh, bagaimana hendak memastikan produk dari luar negara.

“Kalau cukup penguatkuasaan, mana mungkin ada promosi arak oleh sebuah pasar raya di Seri Petaling” kata Setiausaha Agung, Datuk Nadzim Johan.

PPIM mencadangkan Jakim menghantar kakitangan ke negara yang mahu mengeksport makanan halal untut umat Islam Malaysia.

Katanya, jabatan itu boleh berkerjasama dengan persatuan-persatuan Islam di negara berkenaan supaya proses pengeluaran secara halal dipatuhi.

Cop Sirim sendiri

“Yang pasti kita tidak dapat mengesahkan sama ada produk yang dibawa masuk untuk orang Islam negara ini halal atau tidak.

“Kemasukan produk makanan ini semakin banyak, bagaimanakah kita mahu mengawalnya.

“Bagaimana Jakim mahu mengesahkan produk makanan keluaran negara China halal jika mereka tidak pergi memerika sendiri di negara tersebut?.

“Setahu saya pegawai-pegawainya tidak pergi keluar negara, bagaimana hendak tahu produk itu halal atau tidak.

Di negara-negara luar mereka ada kumpulan sendiri yang membuat logo halal ini,” kata beliau lagi.

Sementara itu, Nadzim mendakwa, pihaknya mendapat aduan dari orang awam mengenai barangan elektrik luar negara yang diragui kualitinya.

Beliau berkata, cop kelulusan Sirim dipercayai dibuat sendiri berdasarkan penelitian yang dibuat hasil serbuan terhadap produk berkenaan.

“Maknanya, barangan yang tidak berkualiti dan diragui keasliannya berleluasa di pasaran tempatan dan ini membahayakan pengguna.

“Perkara ini mesti disekat segera,” tambah Nadzim.

(Sumber: FREE MALAYSIA TODAY )

Thursday, July 5, 2012

589) BERITA PPIM : THE STORE PROMOSI ARAK SEMPENA RAMADHAN

PPIM telah menerima aduan tentang salah laku The Store, Sri Petaling ini melalui Klinik Pengguna PPIM di Radio 24 siang tadi. Unit siasatan kami, telah ke sana untuk membuat tinjauan. 


Nampaknya, ini bukan 'TIDAK' disengajakan...memang SENGAJA ..bahkan promosi besar-besaran sedang diadakan...


Perbuatan melampau dan menyentuh sensitiviti umat Islam ini telah mengguris pengguna Islam tambahan lagi dengan kedatangan Ramadhan tidak lama lagi...apa tindakan anda? Hebahkan!


                                                  

                                                    






PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...