Saturday, May 23, 2026

IKTIRAF UEC KHIANAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, HIMPUNAN RAKYAT SELEPAS AIDILADHA - MALAYSIA GAZETTE TV - 20/05/2026

 

Gabungan 23 NGO Teras Melayu dan Islam yang mewakili lebih 1,000 pertubuhan seluruh negara mengumumkan bantahan keras terhadap keputusan kerajaan membenarkan lulusan UEC memasuki IPTA.

Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

IKTIRAF UEC KHIANAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN, HIMPUNAN RAKYAT SELEPAS AIDILADHA

https://www.youtube.com/watch?v=rlZihoetS5I

SAMPAI SAKIT JANTUNG PAK CIK SUHAIMI KENA 'SCAM' - MALAYSIAKINI - 20/05/2026

 

Kerana terpengaruh dua tahun tak perlu membayar bil telefon–yang nilaikan dikatakan mencecah RM6,000–seorang warga emas akhirnya terjebak menjadi mangsa penipuan.

Bukan saja hilang puluhan ribu ringgit, ia juga malah mengganggu kesihatannya.

“Asalnya saya tak ada sakit jantung, tapi disebabkan kes ini, (saya) dah mula ada sakit jantung,” kata Suhaimi Shuib, 68, dengan sayu.

Dalam kejadian pada Disember tahun lalu, Suhaimi kerugian RM21,000 setelah ditipu oleh sebuah kedai telefon yang mencuri kad bank dan kad kreditnya serta mendaftarkan 10 nombor telefon senyap-senyap atas namanya.

Pemeriksaan mendapati terdapat tujuh transaksi pengeluaran tunai kad kredit berjumlah RM10,000 dan lapan kali pengeluaran melalui kad debit mencecah RM11,000 dibuat tanpa kebenaran.

Suhaimi mengesyaki kedai menyalahgunakan salinan kad pengenalan yang diberikannya bagi tujuan pendaftaran dua nombor telefon.

Kedai itu juga menggunakan taktik licik dengan tablet percuma sebagai umpan, kononnya sebagai hadiah cabutan bertuah, untuk mengaburi matanya.

Susulan insiden itu, Suhaimi mengakui berdepan tekanan emosi sehingga mengalami gangguan tidur dan masalah kesihatan.

“(Saya) sukar tidur malam, susah hati fikir pasal kes ini," katanya.

Bebannya bertambah apabila terpaksa melunaskan bayaran tuntutan kepada pihak bank meskipun kesemua transaksi pengeluaran wang itu dilakukan di luar pengetahuannya.

Tiga laporan polis dibuat di ibu pejabat daerah (IPD) Ampang dan Dang Wangi, Kuala Lumpur.

Suhaimi berkongsi kisah sedihnya itu dalam sidang media bersama seorang lagi mangsa penipuan serta Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Kuala Lumpur semalam.

Kerugian hampir RM3 bilion

Sementara itu, PPIM mendedahkan jumlah kerugian akibat penipuan menunjukkan pertambahan saban tahun, dari RM1.28 bilion pada 2023 kepada RM1.57 (2024) dan RM2.77 bilion (2025).

Justeru, kata pengerusinya Nadzim Johan, orang ramai perlu lebih berhati-hati ketika menyerahkan dokumen peribadi, melakukan transaksi atas talian dan berurusan dengan individu tidak dikenali.

Dia juga menggesa kerajaan memperkukuh pencegahan awal, bukan menumpukan tindakan selepas jenayah berlaku kerana kesannya besar kepada mangsa.

Dalam kes Suhaimi, Nadzim mengingatkan bahawa penipuan berlaku membebankan kewangannya, lebih-lebih lagi sebagai pesakit serius.

“Harga rawatan sakit jantung ini berapa ringgit? RM10? RM100? 

“Ini baru seorang saja mangsa," kata Nadzim.

Menurutnya, antara aduan utama yang diterima PPIM melibatkan kebocoran data peribadi, penyamaran identiti, penggunaan akaun pihak ketiga dan pendaftaran kad sim tanpa kebenaran pengguna. 

Pada tahun 2025 saja, PPIM menerima lebih 4,000 aduan. 

PPIM turut mencadangkan kerjasama lebih rapat antara syarikat telekomunikasi, institusi perbankan dan pihak berkuasa selain penggunaan teknologi sekatan masa nyata bagi membendung aktiviti penipuan sebelum mangsa mengalami kerugian.

Jam RM70,000 lesap, ‘floating’ hilang

Sementara itu, seorang usahawan muda juga turut tampil berkongsi pengalamannya menjadi mangsa penipuan yang menyebabkannya rugi lebih RM70,000.

Muhammad Mirzan Johor, 28, yang menjalankan perniagaan barangan mewah terpakai seperti jam tangan dan beg tangan berkata, kejadian berlaku pada Februari tahun lalu apabila seorang individu menyatakan minat membeli seutas jam tangan mewah.

Mirzan Johor

Pada hari urusan jual beli berlangsung, ‘pembeli’ bagaimanapun menggunakan khidmat penghantar barang–yang didakwa sebagai kakitangannya–untuk mengambil jam tangan itu.

“Ketika transaksi dibuat, wang RM74,000 memang kelihatan masuk ke akaun bank saya.
“Memang tertera di dalam kenyataan bank itu,” katanya

Bagaimanapun, keesokan harinya dia mendapati wang itu hanya “floating” dan tidak lagi dipaparkan.

Pembeli kemudian tidak dapat lagi dihubungi, kata Mirzan.

Sementara itu, PPIM mengingatkan orang ramai supaya sentiasa membuat semakan terus dengan bank sekiranya menerima transaksi mencurigakan atau pembayaran yang masih berstatus “floating”.

“Ini antara benda yang paling bodoh yang kita gagal tangani. 

“Perkara ini akan (boleh) terjadi pada semua,” kata Nadzim.

Artikel oleh: MalaysiaKini

SAMPAI SAKIT JANTUNG PAK CIK SUHAIMI KENA 'SCAM'

https://www.malaysiakini.com/news/775683

Friday, May 22, 2026

HIMPUNAN AMAN BANTAH UEC KE IPTA AKAN DILAKSANA DALAM TEMPOH TERDEKAT - THE MALAYSIA PRESS - 20/05/2026

 

KUALA LUMPUR – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan mengadakan satu himpunan aman berskala besar dalam masa terdekat sebagai tanda bantahan terhadap keputusan eputusan kerajaan membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Jurucakapnya, Mohd Zai Mustafa berkata, sebanyak 23 gabungan NGO mewakili lebih 1,000 pertubuhan membantah keras keputusan tersebut yang menyifatkan sebagai bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan.

Menurut beliau, tarikh dan lokasi himpunan itu akan diumumkan kemudian selepas proses penyelarasan selesai dilakukan bersama pertubuhan yang terlibat

“Keputusan itu didakwa mampu menjejaskan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Ia merupakan satu pengkhianatan besar kepada dasar pendidikan kebangsaan yang akhirnya boleh menggagalkan agenda perpaduan nasional dan kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang media bantahan UEC ke IPTA, pada Rabu.

Terdahulu, Mohd Zai selaku Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH) mempengerusikan mesyuarat mengenai keputusan kerajaan berkenaan UEC bersama 23 NGO Melayu Islam.

Antaranya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Borhan Ahmad Zakaria dan Presiden Muslimin Malaysia (Isma), Suhaib Ar Rumy Selamat.

Hadir sama, aktivis dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee; aktivis Melayu, Syed Hassan Syed Ali; aktivis masyarakat, Chandrasegaran Subramaniam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis); Mohammad Azamuddin Sahar.

Dalam pada itu, Mohd Zai berkata, gabungan NGO itu turut menyeru parti-parti politik Melayu supaya menyatakan pendirian tegas berhubung isu berkenaan serta bersama-sama menyertai himpunan aman yang bakal diadakan.

Beliau menegaskan, pihaknya turut menggesa ahli akademik, pakar pendidikan, NGO bahasa dan pertubuhan masyarakat sivil tampil menyuarakan pandangan serta membantah langkah pengiktirafan UEC ke IPTA.

“Pendirian parti politik dalam isu UEC akan menjadi antara faktor penting yang dinilai oleh masyarakat Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16),” katanya.

“Isu pengiktirafan UEC sebelum ini sering menjadi perdebatan pelbagai pihak kerana melibatkan dasar pendidikan negara, identiti nasional serta kedudukan sistem pendidikan vernakular di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya turut membantah sebarang usaha menyamakan sekolah persendirian Cina yang menggunakan sistem UEC dengan institusi tahfiz di negara ini.

“Sekolah tahfiz di Malaysia kebanyakannya menggunakan kurikulum kebangsaan dan para pelajarnya turut menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Menyamakan UEC dengan sekolah tahfiz adalah satu kejahilan dalam sistem pendidikan negara kerana kedua-duanya mempunyai asas dan pendekatan pendidikan yang berbeza,” katanya.

Artikel oleh: The Malaysia Press

HIMPUNAN AMAN BANTAH UEC KE IPTA AKAN DILAKSANA DALAM TEMPOH TERDEKAT

https://themalaysiapress.com/2026/05/20/himpunan-aman-bantah-uec-ke-ipta-akan-dilaksana-dalam-tempoh-terdekat/

1,000 NGO MELAYU-ISLAM BANTAH UEC KE IPTA, RANCANG HIMPUNAN MEGA - MALAYSIA GAZETTE - 20/05/2026

 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 23 gabungan NGO Melayu dan Islam mewakili lebih 1,000 pertubuhan membantah keras keputusan kerajaan membenarkan pemegang Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Jurucakapnya, Mohd Zai Mustafa berkata, pengiktirafan UEC oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) disifatkan sebagai bercanggah dengan dasar pendidikan kebangsaan.

“Keputusan itu didakwa mampu menjejaskan usaha memperkukuh perpaduan nasional serta keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

“Ia merupakan satu pengkhianatan besar kepada dasar pendidikan kebangsaan yang akhirnya boleh menggagalkan agenda perpaduan nasional dan kesejahteraan rakyat,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd Zai selaku Pengerusi Gerakan Pembela Ummah Malaysia (UMMAH) mempengerusikan mesyuarat mengenai keputusan kerajaan berkenaan UEC bersama 23 NGO Melayu Islam.

Antaranya Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; pemangku Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Borhan Ahmad Zakaria dan Presiden Muslimin Malaysia (Isma), Suhaib Ar Rumy Selamat.

Hadir sama aktivis dan pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee; aktivis Melayu, Syed Hassan Syed Ali; aktivis masyarakat, Chandrasegaran Subramaniam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis); Mohammad Azamuddin Sahar.

Menurut Mohd Zai, gabungan NGO itu turut membantah sebarang usaha menyamakan sekolah persendirian Cina yang menggunakan sistem UEC dengan institusi tahfiz di negara ini.

“Sekolah tahfiz di Malaysia kebanyakannya menggunakan kurikulum kebangsaan dan para pelajarnya turut menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Menyamakan UEC dengan sekolah tahfiz adalah satu kejahilan dalam sistem pendidikan negara kerana kedua-duanya mempunyai asas dan pendekatan pendidikan yang berbeza,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, gabungan NGO Melayu-Islam itu juga merancang mengadakan satu himpunan aman berskala besar dalam masa terdekat sebagai tanda bantahan terhadap keputusan tersebut.

“Bagaimanapun, tarikh dan lokasi himpunan itu akan diumumkan kemudian selepas proses penyelarasan selesai dilakukan bersama pertubuhan yang terlibat,” katanya.

Gabungan NGO itu turut menyeru parti-parti politik Melayu supaya menyatakan pendirian tegas berhubung isu berkenaan serta bersama-sama menyertai himpunan aman yang bakal diadakan.

“Pendirian parti politik dalam isu UEC akan menjadi antara faktor penting yang dinilai oleh masyarakat Melayu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16),” katanya.

Katanya lagi, pihaknya turut menggesa ahli akademik, pakar pendidikan, NGO bahasa dan pertubuhan masyarakat sivil tampil menyuarakan pandangan serta membantah langkah pengiktirafan UEC ke IPTA.

“Isu pengiktirafan UEC sebelum ini sering menjadi perdebatan pelbagai pihak kerana melibatkan dasar pendidikan negara, identiti nasional serta kedudukan sistem pendidikan vernakular di Malaysia,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

Artikel oleh: Malaysia Gazette

1,000 NGO MELAYU-ISLAM BANTAH UEC KE IPTA, RANCANG HIMPUNAN MEGA

https://malaysiagazette.com/2026/05/20/1000-ngo-melayu-islam-bantah-uec-ke-ipta-rancang-himpunan-mega/

NGO MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA ADAKAN PERHIMPUNAN RAKYAT, BANTAH UEC KE IPTA - BERITA HARIAN - 20/05/2026

 

KUALA LUMPUR: Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam Malaysia akan mengadakan perhimpunan rakyat berskala besar sebagai tanda protes terhadap isu lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) diberikan laluan masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustafa, berkata gabungan NGO Melayu dan Islam Malaysia sebulat suara membantah keputusan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengumumkan lulusan UEC dibenarkan memasuki IPTA.

"Ia dianggap sebagai pengkhianatan besar kepada dasar pendidikan kebangsaan selain pengkhianatan kepada asas perundangan dan Perlembagaan Persekutuan, iaitu Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan serta Seksyen 17(1) dan Seksyen 18(1) Akta Pendidikan 1996.

"Kami menganggap perkara ini adalah tidak wajar apabila UEC disamakan dengan sekolah-sekolah tahfiz," katanya ketika sidang media di Gawala Food, Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri 23 individu terdiri gabungan NGO Melayu dan Islam, aktivis gabungan di seluruh negara antaranya UMMAH, Gabungan NGO Selangor, pertubuhan Islam bukan kerajaan (NGI), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Pertubuhan Negarawati Tanahair dan lain-lain.

Mohd Zai berkata, gabungan NGO Melayu dan Islam Malaysia menyeru seluruh parti politik Melayu untuk bersama menyertai himpunan dan menyatakan pendirian tegas serta menyampaikan pandangan masing-masing terhadap isu terbabit.

"Kami juga menggesa tokoh akademik, pakar bahasa, persatuan bahasa serta pihak berkaitan untuk menyatakan pendirian dan hadir dalam himpunan berkenaan.

"Tarikh, waktu dan lokasi akan diperincikan dan diumumkan dalam sidang media akan datang. Untuk makluman, lokasi yang sedang dipertimbangkan termasuk Istana Negara, Dataran Merdeka dan Putrajaya.

"Perhimpunan ini akan berlangsung selepas waktu Zohor sehingga sekitar jam 6.30 petang atau selewat-lewatnya pada jam 6.45 petang," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

NGO MELAYU DAN ISLAM MALAYSIA ADAKAN PERHIMPUNAN RAKYAT, BANTAH UEC KE IPTA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1561409/ngo-melayu-dan-islam-malaysia-adakan-perhimpunan-rakyat-bantah-uec

AKTIVITI | JEMPUTAN SIDANG MEDIA GABUNGAN NGO MELAYU DAN ISLAM - PPIM - 20/05/2026

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menghadiri jemputan sidang media anjuran Gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam Malaysia berhubung isu bantahan terhadap pengiktirafan UEC ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Sidang media tersebut diadakan bagi menyuarakan kebimbangan serta pandangan pelbagai pihak berkenaan implikasi pengiktirafan UEC terhadap sistem pendidikan negara, bahasa kebangsaan serta dasar pendidikan nasional. Turut ditekankan kepentingan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan identiti pendidikan negara demi masa depan generasi akan datang.

AKTIVITI | SESI USRAH PPIM BERSAMA YM DS TUNKU FAIRUS - PPIM - 20/05/2026

PPIM berbesar hati menerima kunjungan dan sesi usrah bersama YBhg Dato’ Seri Utama Diraja Prof. Dr. Tunku Mohammad Fairus, Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Sesi yang berlangsung dalam suasana penuh harmoni dan ilmiah ini menjadi platform perkongsian pandangan, nasihat serta pengalaman berkaitan kepimpinan, pembangunan masyarakat dan isu-isu semasa demi memperkukuhkan perpaduan serta semangat perjuangan ummah.

Thursday, May 21, 2026

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PENIPUAN TELEKOMUNIKASI: TAHUN LEPAS KERUGIAN CECAH RM2.77 BILION - SIN CHEW DAILY - 20/05/2026



 

Artikel oleh: Sin Chew Daily

KERAJAAN PERLU BERTINDAK TEGAS TERHADAP PENIPUAN TELEKOMUNIKASI: TAHUN LEPAS KERUGIAN CECAH RM2.77 BILION

PESARA RUGI PULUHAN RIBU, DATA DISALAH GUNA - UTUSAN MALAYSIA - 20/05/2026

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PESARA RUGI PULUHAN RIBU, DATA DISALAH GUNA

PPIM SIFATKAN BUKAN LAGI KES TERPENCIL, TAKTIK KIAN CANGGIH - HARIAN METRO - 20/05/2026



 

Artikel oleh: Harian Metro

PPIM SIFATKAN BUKAN LAGI KES TERPENCIL, TAKTIK KIAN CANGGIH

PESARA RUGI PULUHAN RIBU, DATA DISALAH GUNA DAFTAR TALIAN - UTUSAN MALAYSIA - 20/05/2026

 

KUALA LUMPUR: Seorang pesara mendakwa kehidupannya terjejas selepas kerugian puluhan ribu ringgit apabila kad bank dan maklumat peribadinya disalah guna selepas membeli telefon bimbit di sebuah kedai di Kotaraya, Disember lalu.

Mangsa, Suhaimi Shuib, 68, berkata, kejadian itu bukan sahaja menyebabkan wang simpanannya lesap, malah identitinya turut digunakan untuk mendaftarkan beberapa talian telefon tanpa pengetahuan.

“Saya ke kedai berkenaan untuk membeli telefon bimbit Honor sebelum diminta menyerahkan kad pengenalan bagi urusan pendaftaran dan diarahkan mengeluarkan wang tunai kira-kira RM3,000 bagi bayaran peranti tersebut,” katanya dalam sidang akhbar bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung isu kebocoran data, penipuan digital dan sistem telekomunikasi, di sini semalam.

Suhaimi berkata, dua hari kemudian, beliau menerima panggilan memaklumkan kononnya memenangi tablet percuma dan diminta datang semula ke kawasan sama, sebelum menyedari kad banknya hilang pada malam kejadian.

“Malam itu saya baru sedar kad sudah tiada selepas menerima notifikasi daripada bank mengenai pengeluaran wang.

“Yang saya hairan, kenapa bank tidak hentikan sedangkan pengeluaran dibuat banyak kali dan saya tidak pernah buat cash on credit sebelum ini,” katanya.

Katanya, kerugian itu menyebabkan beliau tertekan sehingga sukar tidur dan mengalami masalah kesihatan, selain terpaksa membayar semula jumlah tertentu kepada bank walaupun transaksi tersebut dibuat tanpa pengetahuannya.

Beliau turut berkata keseluruhan kuota 18 nombor telefon atas namanya telah digunakan tanpa pengetahuan, namun hanya enam talian didaftarkan secara sah, manakala baki 12 lagi dipercayai menggunakan identitinya secara tidak sah.

Sementara itu, ahli perniagaan, Muhammad Mirzan Johor, 28, berkata, ancaman scam digital kini semakin sukar dikesan kerana sindiket berani menggunakan identiti orang lain untuk mengaburi siasatan.

Katanya, beliau sendiri pernah hampir menjadi mangsa sindiket yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kononnya mahu membuat tempahan lembu korban sebelum meminta bayaran hampir RM80,000 bagi pembelian cenderamata berupa keris melalui sebuah kedai hadiah.

“Helah itu hanya dikesan selepas suspek mendesak bayaran dibuat segera, selain nombor telefon yang digunakan bukan milik pegawai sebenar walaupun nama, jawatan dan maklumat individu berkenaan wujud dalam carian rasmi,” katanya.

Muhammad Mirzan berkata, pernah kerugian RM74,000 selepas menyerahkan jam mewah kepada pembeli yang menggunakan slip bayaran cek terapung, apabila paparan akaun menunjukkan wang seolah-olah sudah masuk sebelum jumlah itu ditarik semula selepas cek tidak dijelaskan.

Dalam perkembangan sama, Pengerusi PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, kes menimpa Suhaimi dan Mirzan membuktikan scam telefon dan penipuan digital bukan lagi kes terpencil, sebaliknya ancaman serius terhadap keselamatan data, kewangan dan kesejahteraan rakyat.

Katanya, trend kerugian rakyat akibat scam menunjukkan peningkatan ketara daripada RM1.28 bilion pada 2023 kepada RM1.57 bilion pada 2024 sebelum melonjak kepada RM2.77 bilion pada 2025.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia sudah menjadi penipuan berterusan yang mesti dihentikan,” katanya.

Nadzim berkata, PPIM mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi bergerak bersama bagi mengesan corak penipuan lebih awal serta menyekat transaksi mencurigakan secara masa nyata.

“Syarikat telekomunikasi perlu dikenakan penalti maksimum sekiranya gagal memastikan pendaftaran talian dibuat secara sah, selain menyediakan mekanisme pampasan kepada mangsa yang terkesan akibat kecuaian sistem,” katanya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

PESARA RUGI PULUHAN RIBU, DATA DISALAH GUNA DAFTAR TALIAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/pesara-rugi-puluhan-ribu-data-disalah-guna-daftar-talian/

SCAM LOSSES SURGE TO RM2.77B, PPIM WANTS TELCOS HELD ACCOUNTABLE - THE MALAYSIAN RESERVE - 19/05/2026

MALAYSIA recorded RM2.77 billion in scam-related losses nationwide in 2025, almost double from RM1.57 billion in 2024.

In response, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) chairman Datuk Nadzim Johan demanded tougher action against telecommunications companies over alleged security failures and unchecked fraud activities.

He claimed that weak telco policies and irresponsible SIM card registrations have enabled scammers to exploit consumers using fake identities and illegally registered phone lines.

He alleged some victims unknowingly had multiple phone lines registered under their names, with one case involving 18 lines linked to a single individual after a failed phone purchase scam.

One victim was retiree Suhaimi Shuib, 68, who was scammed for a total of RM21,000.

Suhaimi suspected that the phone seller was the one who took his personal information and filled up all his registered phone line quota, possibly to be used for online scams.

He was diagnosed with a heart disease, subsequently due to the stress caused by the incident, accumulating a total loss of RM40,000.

Nadzim said consumers are increasingly exposed to scam calls, hidden charges, unauthorised service subscriptions and insurance add-ons that continue billing users unless they manually opt out.

He urged the government and the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) to impose maximum penalties on telcos found negligent, including proposals for fines as high as RM1 billion per company.

“Telco must be made responsible. Where is humanity for this kind of case?” he said in a press conference today.

PPIM also proposed that part of the fines collected from telcos be channelled back to scam victims as reimbursement for financial losses suffered.

Meanwhile, businessman Muhammad Mirzan Johor shared how scammers posing as officers from the Selangor Islamic Religious Department (JAIS) attempted to deceive him through a fake cattle purchase order and gift procurement scheme that could have cost him RM18,000.

PPIM said it is compiling complaints from scam victims nationwide and plans to intensify pressure on telcos, regulators and enforcement agencies to strengthen consumer protection measures against increasingly sophisticated scams.

Article by: The Malaysian Reserve

SCAM LOSSES SURGE TO RM2.77B, PPIM WANTS TELCOS HELD ACCOUNTABLE

https://themalaysianreserve.com/2026/05/19/scam-losses-surge-to-rm2-77-billion-ppim-wants-telcos-held-accountable/

TREND MENINGKAT PENIPUAN DIGITAL, KEBOCORAN DATA CECAH RM2.77 BILION - SINAR HARIAN - 19/05/2026

 

KUALA LUMPUR – Kerugian melibatkan penipuan digital dan kebocoran data di negara ini merekodkan peningkatan membimbangkan apabila mencecah RM2.77 bilion tahun lalu berbanding RM1.57 bilion pada 2024.

Statistik itu turut menunjukkan peningkatan ketara berbanding RM1.28 bilion yang direkodkan pada 2023, sekali gus menggambarkan ancaman jenayah siber semakin serius dan berskala nasional.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, trend peningkatan berkenaan mencerminkan taktik sindiket penipuan yang semakin canggih selain mendedahkan kelemahan ketara dalam sistem telekomunikasi sedia ada.

Menurutnya, mangsa penipuan digital kini melibatkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang.

"Terdapat kes membabitkan kerugian individu mencecah ratusan ribu ringgit.

"Kesan penipuan ini bukan sekadar kehilangan wang ringgit semata-mata, tetapi turut memberi tekanan emosi yang berat serta menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Selasa.

Nadzim (dua dari kanan) ketika sidang akhbar pada Selasa menyarankan semua pihak berkepentingan perlu mengubah strategi dalam mendepani jenayah siber secara lebih agresif.

Beliau berkata, berdasarkan analisis aduan diterima daripada pengguna, PPIM mendapati kebocoran data peribadi seperti nombor telefon dan maklumat akaun kewangan antara isu utama yang dieksploitasi pihak tidak bertanggungjawab.

Katanya, sindiket kini menggunakan pelbagai modus operandi baharu termasuk penyamaran identiti, penggunaan akaun pihak ketiga atau keldai akaun serta taktik dikenali sebagai floating money scam.

"PPIM turut mengesan beberapa kelonggaran dalam sistem telekomunikasi negara yang perlu ditangani segera.

"Antaranya isu pendaftaran talian tanpa kebenaran, caj tersembunyi yang tidak telus, gangguan perkhidmatan serta mekanisme langganan yang mengelirukan pengguna," katanya.

Menurutnya, semua pihak berkepentingan perlu mengubah strategi dalam mendepani jenayah siber secara lebih agresif.

"Pendekatan pencegahan awal perlu diberi keutamaan berbanding tindakan selepas pengguna mengalami kerugian.

"Kita mahu aktiviti scam dihentikan sebelum ia sempat sampai kepada pengguna, bukannya bertindak selepas kerugian berlaku," katanya.

Jelasnya, bagi mencapai hasrat itu, penggunaan teknologi seperti pengesanan corak dan sekatan masa nyata perlu dimanfaatkan secara lebih meluas dalam sistem rangkaian negara.

Artikel oleh: Sinar Harian

TREND MENINGKAT PENIPUAN DIGITAL, KEBOCORAN DATA CECAH RM2.77 BILION

https://www.sinarharian.com.my/article/780562/berita/semasa/trend-meningkat-penipuan-digital-kebocoran-data-cecah-rm277-bilion

Wednesday, May 20, 2026

PENIPUAN DIGITAL KINI ANCAMAN KRITIKAL NASIONAL - PPIM - HARIAN METRO - 19/05/2026

 

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan isu penipuan digital dan kebocoran data dalam negara kini bukan lagi kes terpencil, sebaliknya bertukar menjadi ancaman berskala nasional yang kritikal apabila nilai kerugian direkodkan melonjak mendadak kepada RM2.77 bilion tahun lalu.

Trend peningkatan itu dilihat amat membimbangkan berbanding kerugian sebanyak RM1.28 bilion yang dicatatkan pada 2023, sebelum terus meningkat kepada RM1.57 bilion pada 2024.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, statistik itu mencerminkan taktik sindiket penipuan yang semakin canggih, selain mendedahkan kelemahan ketara dalam sistem telekomunikasi sedia ada.

"Mangsa kini membabitkan semua lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang, dengan kes kerugian individu ada yang mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.

"Kesan penipuan ini bukan sekadar kehilangan wang ringgit semata-mata, tetapi turut memberi tekanan emosi yang amat berat dan menjejaskan kesejahteraan hidup rakyat secara menyeluruh," katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan analisis aduan yang diterima daripada pengguna, PPIM menggariskan beberapa dapatan utama termasuk kebocoran data peribadi seperti nombor telefon dan maklumat akaun kewangan yang dieksploitasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

"Antaranya ialah taktik penipuan kini dikesan semakin canggih melalui penyamaran identiti, penggunaan akaun pihak ketiga (keldai akaun), serta modus operandi baharu yang dikenali sebagai floating money scam (atau penipuan wang terapung, taktik penipuan memperdaya mangsa dengan memanipulasi sistem transaksi bank).

"PPIM turut mengesan beberapa kelonggaran dalam sistem telekomunikasi negara yang perlu diatasi segera, antaranya isu pendaftaran talian tanpa kebenaran, caj tersembunyi yang tidak telus, gangguan perkhidmatan, serta mekanisme langganan yang mengelirukan pengguna," katanya.

Mengulas lanjut, Nadzim berkata, PPIM menegaskan sudah tiba masanya untuk semua pihak berkepentingan mengubah strategi dalam mendepani jenayah siber ini secara lebih agresif.

"Fokus utama negara perlu beralih daripada pendekatan bersifat reaktif kepada pencegahan awal. Kita mahu aktiviti scam ini dihentikan sama sekali sebelum ia sempat sampai kepada pengguna, bukan bertindak selepas kerugian sudah berlaku.

"Bagi mencapai hasrat ini, keupayaan teknologi canggih seperti pengesanan corak (pattern recognition) dan sekatan masa nyata (real-time blocking) perlu dimanfaatkan secara lebih meluas dalam sistem rangkaian kita," katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

PENIPUAN DIGITAL KINI ANCAMAN KRITIKAL NASIONAL - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2026/05/1359749/penipuan-digital-kini-ancaman-kritikal-nasional-ppim

SCAM DIGITAL ANCAMAN NASIONAL, RUGI RM2.77 BILION - UTUSAN MALAYSIA - 19/05/2026

KUALA LUMPUR: Isu scam telefon dan penipuan digital bukan lagi kes terpencil, sebaliknya menjadi ancaman serius terhadap keselamatan data, kewangan dan kesejahteraan rakyat apabila kerugian dilaporkan meningkat kepada RM2.77 bilion tahun lalu.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, trend kerugian rakyat akibat scam menunjukkan peningkatan ketara daripada RM1.28 bilion pada 2023 kepada RM1.57 bilion pada 2024 sebelum melonjak kepada RM2.77 bilion pada 2025.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, angka itu membuktikan penipuan digital kini menjadi ancaman berskala nasional yang memerlukan tindakan lebih tegas, bukan sekadar respons selepas mangsa mengalami kerugian.

Katanya, mangsa bukan sahaja kehilangan wang, malah turut berdepan tekanan emosi, gangguan hidup dan risiko nama disalah guna untuk pendaftaran talian atau transaksi tanpa kebenaran.

“Perkara ini tidak boleh dibiarkan kerana ia sudah menjadi penipuan berterusan yang mesti dihentikan,” katanya dalam sidang media berhubung isu kebocoran data, penipuan digital dan sistem telekomunikasi.

Nadzim berkata, PPIM mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bank Negara Malaysia (BNM), institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi bergerak secara bersama bagi mengesan corak penipuan lebih awal serta menyekat transaksi mencurigakan secara masa nyata.

Dalam kes terbaharu, pesara, Suhaimi Shuib, 68, mendakwa kerugian puluhan ribu ringgit selepas membeli telefon bimbit Honor di sebuah kedai di kotaraya sebelum kad bank dan maklumat peribadinya disalah guna.

Suhaimi berkata, beliau pada awalnya diminta menyerahkan kad pengenalan bagi tujuan pembelian telefon sebelum diarahkan membuat pengeluaran wang tunai kira-kira RM3,000 untuk bayaran peranti tersebut.

“Dua hari kemudian, saya menerima panggilan memaklumkan kononnya memenangi tablet percuma dan diminta datang semula ke kedai sama, sebelum menyedari kad banknya hilang pada malam kejadian.

Suhaimi mendakwa, kerugian itu menyebabkan beliau tertekan sehingga sukar tidur dan mengalami masalah kesihatan, selain terpaksa membayar semula jumlah tertentu kepada bank walaupun transaksi tersebut dibuat tanpa pengetahuannya.

Beliau berkata, keseluruhan kuota 18 nombor telefon atas namanya telah digunakan tanpa pengetahuan, namun hanya enam talian didaftarkan secara sah, manakala baki 12 lagi dipercayai menggunakan identitinya secara tidak sah.

Sementara itu, ahli perniagaan, Muhammad Mirzan Johor, 28, berkata, penipuan digital hari ini semakin licik apabila sindiket bukan sahaja menyamar sebagai pihak berautoriti, malah memanipulasi keyakinan mangsa melalui dokumen, nama pegawai dan maklumat rasmi yang kelihatan sah.

“Saya pernah hampir menjadi mangsa sindiket yang menyamar sebagai pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kononnya mahu membuat tempahan lembu korban sebelum meminta bayaran hampir RM80,000 bagi pembelian cenderamata berupa keris melalui sebuah kedai hadiah.

“Helah itu hanya dikesan selepas suspek mendesak bayaran dibuat segera, selain nombor telefon yang digunakan bukan milik pegawai sebenar walaupun nama, jawatan dan maklumat individu berkenaan wujud dalam carian rasmi,” katanya.

Muhammad Mirzan turut mendakwa pernah kerugian RM74,000 selepas menyerahkan jam mewah kepada pembeli yang menggunakan slip bayaran cek terapung, apabila paparan akaun menunjukkan wang seolah-olah sudah masuk sebelum jumlah itu ditarik semula selepas cek tidak dijelaskan.

“Syarikat telekomunikasi perlu dikenakan penalti maksimum sekiranya gagal memastikan pendaftaran talian dibuat secara sah, selain menyediakan mekanisme pampasan kepada mangsa yang terkesan akibat kecuaian sistem,” katanya. – UTUSAN

Artikel oleh: Utusan Malaysia

SCAM DIGITAL ANCAMAN NASIONAL, RUGI RM2.77 BILION

https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/scam-digital-ancaman-nasional-rugi-rm2-77-bilion/

“TELCO ATAU TALIAN SCAMMER?” DEDAH PENIPUAN BERSKALA BESAR, KEPENTINGAN AWAM TERANCAM! - SIDANG MEDIA PPIM - 19/05/2026

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima banyak aduan-aduan yang melibatkan syarikat telekomunikasi (telco) yang didakwa gagal bertanggungjawab dalam melindungi kepentingan awam, sekaligus membuka ruang kepada kegiatan scammer dan penipuan berskala besar yang semakin membimbangkan rakyat.

Pelbagai aduan diterima antaranya melibatkan:-

  1. Kebocoran dan penyalahgunaan data pengguna;
  2. Panggilan scam dan SMS penipuan yang berleluasa;
  3. Kegagalan sistem keselamatan telco;
  4. Tindakan lambat dan tidak efektif terhadap aduan pengguna;
  5. Rakyat terus menjadi mangsa kerugian jutaan ringgit.

PPIM mendesak agar pihak Kementerian Komunikasi dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak segera, tegas dan telus sebelum keadaan menjadi lebih parah dan mengancam keselamatan rakyat. “Jika telco gagal lindungi rakyat, siapa sebenarnya yang sedang mereka lindungi?”. Justeru itu, satu sidang media telah diadakan bagi mengetengahkan isu ini.

Tuesday, May 19, 2026

AKTIVITI | PROGRAM PENERANGAN PELAKSANAAN TARIF ELEKTRIK BAHARU - PPIM - 19/05/2026

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri program penerangan berkenaan pelaksanaan tarif elektrik baharu (Auto Fuel Adjustment Menggantikan ICPT) oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB).

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL