Saturday, January 31, 2015

2449) AKTIVITI PPIM - 28/01/2015 - Ops BAH Bersama Datuk Seri Adnan Haji Md Ikshan Dan Badan-badan NGO

Bergerak ketempat operasi

 
Bersama salah seorang anggota polis bahagian nikotik Tuan Mansor membincangkan masalah warga asing.
 
 
 
Didalam premis rumah urut
 
 
  
 
 
 
 
 
Sesi akhir soal jawab bersama wartawan

2448) AKTIVITI PPIM - 27/01/2015 - Perbincangan bersama Ah Long

 
 



2447) RAKYAT NEWS - 29/01/2015 - Muflis : PPIM Syor Akta Baharu Bantu Individu Teraniaya

Rakyat News
KUALA LUMPUR 29 Jan - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) perlu lebih ‘berperikemanusiaan’ bagi membantu individu teraniaya yang diisytiharkan muflis.

Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, individu yang telah dimufliskan kini seakan menerima hukuman penjara seumur hidup berikutan akta sedia ada yang dilihat tidak berlaku adil terhadap mereka.

Justeru, katanya, akta baharu harus dirombak dan dinilai semula seberapa segera sesuai dengan keadaan semasa dengan menyediakan pelepasan secara automatik kepada penjamin sosial serta individu yang menjadi mangsa penipuan.

“Beberapa kelemahan di dalam akta sedia ada telah menyebabkan ramai menderita sehinggakan ada keluarga yang terus kehilangan tempat berteduh akibat rumah dilelong padahal mereka teraniaya. Ada juga yang dipenjara gara-gara hutang yang telah dibayar itu kurang RM50 sahaja. Takkan tidak ada langsung perikemanusiaan.

“Kita juga kesal apabila wujud situasi mahkamah tetap mengisytiharkan seseorang itu muflis tanpa merujuk siasatan polis terlebih dahulu dan adanya pihak ketiga yang ingin membantu membayarkan hutang individu muflis tetapi tidak dibenarkan Jabatan Insolvensi,” katanya kepada pemberita pada sidang media di sini semalam.

Turut bersama beliau Pegawai Kerja PPIM, Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pihaknya berhasrat mengadakan pertemuan segera dengan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Haslina Mansor bagi memperjelaskan keraguan mengenai beberapa isu kebankrapan yang semakin me­runcing.

“Kita berharap agar perjumpaan dapat dibuat untuk melihat semula inisiatif yang telah dijalankan bagi memastikan penimbangtara yang lebih relevan digunakan kepada lebih 300,000 individu muflis di negara ini,” katanya.

2446) MALAYSIA KINI - 29/01/2015 - 300,000 Muflis, Persatuan Gesa Akta Dipinda


Akta Kebankrapan 1967 perlu dirombak supaya lebih adil kepada mangsa muflis, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

“Akta Kebankrapan 1967  harus dirombak dan dinilai semula.

“Ia perlukan pembaharuan semasa dan sepatutnya lebih adil kepada mangsa bankrap,” kata Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.

Katanya lagi, langkah itu perlu diambil ketika jumlah mangsa bankrap kini mencecah 300,000 orang dan melibatkan pengguna berumur bawah 23 tahun.
Dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini, Nadzim berkata kenapa akta itu belum dipinda walaupun kerajaan sudah menjanjikan perkara itu empat tahun lalu.

“Jabatan Insolvensi Malaysia harus mengemaskini perkara yang ingin diubah kerana berkaitan dengan kehidupan seharian penghutang,” katanya yang mahu bertemu sendiri dengan ketua pengarah jabatan itu bagi membincangkannya.

Berdasarkan akta, seseorang itu diisytihar muflis jika menanggung hutang minimum RM30, 000 dan tidak mampu membayarnya.

Selepas diisytihar bankrap, mereka secara automatik disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen dan  dilarang ke luar negara.


Thursday, January 29, 2015

2445) UTUSAN - 29/01/2015 - Muflis : Akta Baharu Perlu Bantu Individu Teraniaya

KUALA LUMPUR 28 Jan. - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa agar akta baharu bagi menggantikan Akta Kebankrapan 1967 (Akta 360) perlu lebih ‘berperikemanusiaan’ bagi membantu individu teraniaya yang diisytiharkan muflis.

Menurut Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan, individu yang telah dimufliskan kini seakan menerima hukuman penjara seumur hidup berikutan akta sedia ada yang dilihat tidak berlaku adil terhadap mereka.

Justeru, katanya, akta baharu harus dirombak dan dinilai semula seberapa segera sesuai dengan keadaan semasa dengan menyediakan pelepasan secara automatik kepada penjamin sosial serta individu yang menjadi mangsa penipuan.

“Beberapa kelemahan di dalam akta sedia ada telah menyebabkan ramai menderita sehinggakan ada keluarga yang terus kehilangan tempat berteduh akibat rumah dilelong padahal mereka teraniaya. Ada juga yang dipenjara gara-gara hutang yang telah dibayar itu kurang RM50 sahaja. Takkan tidak ada langsung perikemanusiaan.

“Kita juga kesal apabila wujud situasi mahkamah tetap mengisytiharkan seseorang itu muflis tanpa merujuk siasatan polis terlebih dahulu dan adanya pihak ketiga yang ingin membantu membayarkan hutang individu muflis tetapi tidak dibenarkan Jabatan Insolvensi,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar yang turut dihadiri Pegawai Kerja PPIM, 
Datuk Mohd. Mustaffa Hamzah di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, pihaknya berhasrat mengadakan pertemuan segera dengan Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi, Haslina Mansor bagi memperjelaskan keraguan mengenai beberapa isu kebankrapan yang semakin me­runcing.

“Kita berharap agar perjumpaan dapat dibuat untuk melihat semula inisiatif yang telah dijalankan bagi memastikan penimbangtara yang lebih relevan digunakan kepada lebih 300,000 individu muflis di negara ini,” katanya.

2444) BERITA HARIAN - 29/01/2015 - 'Mdi Tak Beri Kerjasama Urus Individu Muflis'


Saturday, January 24, 2015

2442) VIDEO - Perbankan Islam : Fikir - Fikirkan


Former CEO of Bank Muamalat, Dato' Abdul Manap Abd Wahab exposes the deception and trickery of Islamic banking as observed first hand throughout his 20 years of experience in the banking industry.

Dato' Abdul Manap points out that usurious practices common in conventional banks are equally evident in so-called Islamic banks. Allah tells us in the Quran, he quotes, that trade is permitted while riba prohibited. On this basis, Islamic banks have adopted terminologies of Islamic trading although in practice it is merely a false illusion of trading under which usury is rampant.

He concludes that Islamic banking is not possible as it inevitably involves money creation. The solution to Islamic finance can only exist via trading without recourse to national banks and its institutions.

For further study, refer his powerpoint slide here: http://assultaniyya.com/datomanap_jua...

Additionally, read A Critique of Islamic Banks by Shaykh Umar Vadillo: http://www.wadiahnusantara.com/white-...

www.assultaniyya.com

Friday, January 23, 2015

2441) UTUSAN - 23/01/2015 - 60% Penjawat Awam Jadi Mangsa Penipuan?

KUALA LUMPUR 22 Jan. - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendedahkan lebih 60 peratus penjawat awam terutamanya melibatkan golongan muda di negara ini menjadi mang­sa penipuan pelbagai kes sejak beberapa tahun lalu.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata, antara kes penipuan tersebut termasuk pembe­lian rumah tidak siap, kad kredit, sindiket gores dan menang serta kegiatan perniagaan jualan langsung (MLM).

Menurutnya, faedah yang dimiliki oleh penjawat awam seperti kemudahan membuat pinjaman peribadi di bank dan urusan dokumentasi menyebabkan golongan tersebut sering menjadi sasaran penipuan.

“CUEPACS menerima banyak a­duan sejak beberapa tahun lalu berhubung penjawat awam yang menjadi mangsa penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Fenomena ini dilihat semakin ketara dari semasa ke semasa dan sudah tiba masanya satu tindakan tegas diambil terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab itu,” kata­nya dalam satu sidang akhbar bersama-sama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.


Yang turut hadir Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan; Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah dan Ketua Unit Tindakan Khas PPIM, Saharudin Bakar.

Sebagai contoh, Azih berkata, sebanyak 477 penjawat awam menjadi mangsa penipuan projek perumahan melibatkan sebuah syarikat hartanah pada 2011.

Katanya, sehingga kini rumah yang dijanjikan masih belum siap, namun kesemua penjawat awam tersebut sudah membayar hampir 90 peratus harga rumah yang ditetapkan.

“Pelbagai alasan diberikan oleh syarikat pemaju apabila ditanya tentang status pembinaan rumah yang dijanjikan, namun hasilnya masih kosong.

“Kita berharap kes-kes begini dapat diberi perhatian oleh kerajaan agar tiada pihak teraniaya dan tidak hanya tertumpu kepada penjawat awam semata-mata,” ujarnya.

Sementara itu, Nadzim berkata, dianggarkan secara purata seramai 78 pengguna menjadi mangsa penipuan pelbagai kes dalam sehari dan menjangkakan jumlah itu boleh terus meningkat pada masa hadapan jika tidak dibendung.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar pengguna sentiasa peka dengan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan.


2440) HARIAN METRO - 23/01/2015 - Kaji Semula Harga PR1MA


2439) KINI TV - 22/01/2015 - Cuepacs: Review PR1MA House Prices

2438) GUANGMING - 22/01/2015 - Loss of Fiscal Debt Falling Scam - Investigative Officer Disarm Bankruptcy

(吉隆坡22訊)全國公共及民事職工總會(Cuepacs)與大馬伊斯蘭消費人協會(PPIM)披露,容易獲得銀行貸款的公務員成為詐騙集團的目標,許多公務員陷入假房屋計劃及投機計劃而導致破產,某執法單位查案官更因破產而被迫繳械及調組。
全國公共及民事職工總會主席拿督阿茲慕達說,公務員最常陷入的騙局是假房屋計劃、多層次傳銷計劃、炒外匯及“刮刮樂”。
他強調,受騙的公務員不計其數,許多人投訴無門,詐騙集團十分狡滑,讓人防不勝防。
揭騙局籠罩大馬人生活
大馬伊斯蘭消費人協會總幹事拿督納晉佐漢聲稱,他接到投訴,許多公務員被斂財後,無力償還而被迫破產,兩名隸屬不同執法單位查案官也是受害者,一人被騙三十多萬令吉,另一人被騙走血汗錢後,宣告破產,必須繳械給部門。
他說,雖然大多數公務員收入低,但是容易申請到貸款,即使是月薪2000令吉也能申請到20萬令吉貸款來買屋及投資,因此欺詐集團或商業機構將公務員列為狩獵目標。
週四,全國公共及民事職工總會與大馬伊斯蘭消費人協會首度聯合召開記者會,揭露公務員受騙案件越來越嚴重。
納晉佐漢指出,騙局籠罩大馬人每一天的生活,無論是吃飯、搭公共交通、手提電話,騙案無處不在等。
揭兒子遭刮刮樂詐騙
阿茲慕達形容大馬為“滿是受騙者世界”,連他的孩子也上了“刮刮樂”的當,如果政府無法解決詐欺案件,國家沒有誠信,大馬將無法達致先進國宏願。
“我兒子上了刮刮樂集團的當,刮中大獎後,還被迫用1萬令吉購買價值1萬令吉的中國製造床褥和電能草席”
“先進國怎麼能有這麼多騙案?
大馬應該向日本、韓國及歐洲先進國學習誠信,政府必須成立反騙機構去防範,總檢察署、房屋及地方政府部、反貪污委員會各自為政,無法解決問題。
他解釋,公務員破產後,報窮局會管理有關公務員的薪水,每月扣除房貸之後,餘款將用來還債。
他說,職工總會將在今年舉行“反欺詐醒覺運動”。
一馬屋價15萬至30萬買不起
全國公共及民事職工總會要求政府檢討一個馬來西亞房屋計劃(PR1MA)的價格及地點。阿茲慕達說,許多公務員投訴一馬房屋價值15萬至30萬令吉,多數人買不起。
“大家認為隆市、吉打及柔佛的一馬房屋價格不應該劃一,獲得政府津貼的發展商的賺幅太高,沒有回饋給消費者。”
他說,全國200萬公務員,年輕人佔公務員人數的60%,三分之一工作10至20年也買不起屋子。
建幾根柱
房屋老千捲款4500萬
阿茲慕達指出,公務員被常被假房屋計劃給欺騙,例如2011年,詐騙集團冒充發展商,自稱獲得政府支持在吉蘭丹州興建“只供公務員購買”的477間廉價屋,詎料房子只建了幾根柱子,詐騙集團就捲走4500萬令吉。
他說,每個房屋單位7萬5000令吉,477名公務員繳付10%頭期後,獲得銀行90%房貸,每月通過戶頭自動扣薪方式攤還房貸,如今房子建不成,他們還得供屋及租屋。
他稱,經過調查,才發現發展商沒有執照,他們甚至聘用假律師、假買賣合約以及假工程師,銀行方面沒有調查清楚就發款給假發展商。
阿茲慕達說,人們常說“只有笨蛋才會受騙”,其實公務員、大學畢業生、企業家及專業人士都是被騙對象,我們尚不知道大馬還有多少假房屋計劃。
“國內有20萬個擱置房屋,從來沒有工程師、律師受到對付,因為銀行根據工程進度發款,需要工程師的簽名,連律師沒有發現文件是違造的。”
公務員最常遭遇的騙局
1. 假房屋計劃
2. 多層次傳銷計劃
3. 炒外匯
4. 刮刮樂
5. 合法借貸公司利息一年18%
6. 電話騙案
7. 手機通話及寬頻沒有清楚列明收費及計數方式
8. 信用卡忽然增加多項保險收費(光明日報)

2437) BERNAMA - 22/01/2015 - Penjawat Awam Jadi Sasaran Kes Penipuan - PPIM

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penjawat awam kini dilihat menjadi sasaran utama pihak tertentu dalam kes-kes penipuan melibatkan skim pinjaman perumahan dan perniagaan.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata berdasarkan laporan yang diterima pihaknya, sebanyak 60 peratus mereka yang menjadi mangsa dalam kes sedemikian melibatkan penjawat awam.

"Mereka yang tidak bertanggungjawab ini menjadikan penjawat awam sebagai sasaran kerana golongan ini dilihat mudah mendapatkan pinjaman kewangan," katanya kepada pemberita dalam sidang media Kempen Perangi Penipu di sini, pada Khamis.

Kempen Perangi Penipu yang akan berjalan sepanjang 2015 itu digerakkan oleh PPIM dengan kerjasama Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bertujuan menghakis gejala penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab terhadap pengguna.

Beliau berkata ramai penjawat awam yang terdiri daripada golongan muda turut menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.

"Kita sedia maklum ramai yang berkeinginan tinggi untuk memiliki aset persendirian seperti rumah, kereta dan memulakan perniagaan tetapi perlulah berhati-hati dan menyemak latar belakang pihak berkaitan (pihak pemaju, pinjaman kredit) agar tidak mudah diperdaya," katanya.

--BERNAMA


2436) FREE MALAYSIA TODAY - 22/01/2015 - Ramai Rakyat Ditipu

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini melancarkan bersama “Kempen Perangi Penipu Pengguna”.
Menurut, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perihal mereka ditipu, oleh itu sudah tiba masanya untuk ‘menyerang’ para penipu tersebut.
Katanya, perkembangan tidak sihat yang berlaku di luar sana telah mendatangkan kesusahan kepada rakyat khasnya.
“Kita telah terima banyak aduan dan penipu-penipu di luar sana suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.
“Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli CUEPACS yang ramai untuk kita hantar ‘signal’ yang jelas, kita tidak mahu lagi ditipu,” katanya, dalam satu sidang media “Tahun 2015: Tahun Perangi Penipu” di Kuala Lumpur.
Tambah beliau, PPIM juga telah mengadakan perbincangan dengan Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda, untuk melancarkan pengisytiharan tahun 2015 sebagai tahun perangi penipuan.
Jelasnya ‘penipu’ tersebut adalah merujuk kepada peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan, syarikat MLM dan banyak lagi yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.
Menurutnya, kebanyakan aduan yang terima olehnya adalah daripada pegawai kerajaan.
“Pegawai kerajaan mudah ditipu kerana mereka mudah dapat pinjaman ada gaji RM2,000 dapat pinjaman sampai RM200,000.
“Kita amat prihatin , dia tipu semua orang, tetapi tentang pegawai kerajaan ini, penipu mudah dapat sasarkan mereka kerana mereka mudah buat pinjaman… jadi tahun ini kita akan perangi mereka,” katanya.

2435) SINAR HARIAN - 22/01/2015 - Penjawat Awam Kena Tipu: Cuepacs Akan Temui PM

Azih (kiri) menunjukkan laporan yang diterima mengenai kes penipuan melibatkan kakitangan awam. - Foto Sinar Harian
Azih (kiri) menunjukkan laporan yang diterima mengenai kes penipuan melibatkan kakitangan awam. - Foto Sinar Harian


KUALA LUMPUR - Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Azih Muda  akan menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyelesaikan kes penipuan yang melibatkan kakitangan awam berjumlah RM45 juta.
Azih berkata, penipuan RM45 juta itu melibatkan pembelian rumah sebanyak 477 unit oleh kakitangan awam di Kelantan.
"Setiap  pengguna harus berhati-hati untuk mengelakkan diri daripada ditipu. Paling mengecewakan, penipuan melibatkan projek perumahan.
"Projek  ini ada 477 unit rumah yang dibina pada tahun 2011 di mana pembelinya 100 peratus kakitangan kerajaan. Tetapi hari ini (2015), baru nak naik tiang sedangkan pembeli sudah bayar 90 peratus.
"Apa akan berlaku kalau semua tempat sama seperti ini? Gaji dipotong tapi rumah tidak boleh duduk.
"RM45 juta sudah dibayar, syarikat entah ke mana,  dia bawa lari... Untuk itu,  In Sya ALLAH saya akan jumpa PM untuk bincang perkara ini.
"Perkara ini perlu diselesaikan dengan segera. Takkanlah hendak bayar sampai mati sedangkan rumah tidak boleh duduk," katanya ketika sidang media tahun 2015 "Tahun Perangi Penipuan" di Kuala Lumpur di sini, hari ini.
Jelas beliau unit yang terbengkalai itu melibatkan 12 lokasi di seluruh Kelantan. 
Oleh itu beliau berharap kerajaan mengambil perhatian mengenai perkara ini.
"Sepatutnya  kerajaan ambil peranan, takut masyarakat hilang keyakinan, kita minta bantulah mereka.
"Kalau tidak dibantu makin bermaharajalelalah 'penipu' itu," katanya.
Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya telah berjaya menyelesaikan satu kes rumah terbengkalai di Sarawak selepas campur tangan pihaknya dan kerajaan.
"Kita sudah selesaikan kes sama baru-baru ini di Sarawak. Alhamdulillah syarikat perumahan negara sudah siapkan," katanya lagi. 


2434) MALAYSIA KINI - 22/01/2015 - PPIM, Cuepacs Bersatu Kempen Perangi Penipu

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini melancarkan kempen memerangi penipuan dalam pelbagai bidang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata "Kempen 2015: Perangi Penipu Pengguna" itu dilancarkan sebagai "isyarat" untuk memerangi penipu yang mengambil kesempatan susulan aduan pengguna mengenainya.

Bercakap dalam sidang medianya di pejabat PPIM hari ini, beliau merujuk 'penipu' itu antaranya peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan dan syarikat jualan langsung (MLM).

"Jadi kita terima banyak aduan dan penipu-penipu di luar sana, suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya kita tidak mahu lagi ditipu. Cukup. Enough is enough,” katanya.

Menyuara rasa sedih dengan situasi itu, Nadzim berkata hasil perbincangan dengan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda, mereka bersetuju sebulat suara mengisytiharkan tahun ini sebagai "tahun memerangi penipu".

Nadzim berkata pihaknya mendapati pegawai kerajaan antara pihak yang menjadi sasaran untuk ditipu khusus dalam bentuk pinjaman kewangan.

"Ada gaji RM2,000, (tapi dijanjikan) dapat pinjaman sampai RM200,000. Janji pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda... Jadi tahun ini, kita akan perangi mereka," katanya.

Thursday, January 22, 2015

2433) HARIAN METRO - 22/01/2015 - CUEPACS Saran Komponen Khas

 
Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda bersama Ketua Aktivis PPIM dalam satu sidang akhbar, di sini, sebentar tadi. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25554#sthash.XIluFvSu.dpuf
Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda bersama Ketua Aktivis PPIM dalam satu sidang akhbar, di sini, sebentar tadi. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25554#sthash.XIluFvSu.dpuf
 Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda bersama Ketua Aktivis PPIM dalam satu sidang akhbar, di sini, sebentar tadi.
Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda bersama Ketua Aktivis PPIM dalam satu sidang akhbar, di sini, sebentar tadi. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25554#sthash.XIluFvSu.dpuf
Presiden CUEPACS Datuk Azih Muda bersama Ketua Aktivis PPIM dalam satu sidang akhbar, di sini, sebentar tadi. - See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25554#sthash.XIluFvSu.dpuf


Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan supaya mewujudkan satu komponen khusus bagi menangani masalah penipuan yang dilihat semakin berleluasa terutamanya membabitkan pemaju projek perumahan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, komponen itu penting untuk memikirkan langkah khusus yang boleh diambil dalam membanteras sindiket penipuan dan tidak bergantung kepada satu agensi saja.

“Jika kita lihat situasi terkini, kes penipuan ini umpama tiada penghujungnya. Tambah merumitkan, apabila ada agensi kerajaan yang saling menuding jari sesama sendiri.

“Masalah sindiket penipuan ini tidak akan ada kesudahannya jika semua pihak mengamalkan prinsip menuding jari. Langkah terbaik adalah kerajaan wajar mewujudkan komponen atau badan khusus untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.

Pada masa sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut senada apabila menggesa kerajaan untuk memandang serius perkara terbabit.

Menurutnya, masalah penipuan itu mampu mengakibatkan masyarakat awam terbeban dengan hutang sekali gus diisytiharkan muflis.


Sumber : http://www.hmetro.com.my/node/25554
Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan supaya mewujudkan satu komponen khusus bagi menangani masalah penipuan yang dilihat semakin berleluasa terutamanya membabitkan pemaju projek perumahan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, komponen itu penting untuk memikirkan langkah khusus yang boleh diambil dalam membanteras sindiket penipuan dan tidak bergantung kepada satu agensi saja.
“Jika kita lihat situasi terkini, kes penipuan ini umpama tiada penghujungnya. Tambah merumitkan, apabila ada agensi kerajaan yang saling menuding jari sesama sendiri.
“Masalah sindiket penipuan ini tidak akan ada kesudahannya jika semua pihak mengamalkan prinsip menuding jari. Langkah terbaik adalah kerajaan wajar mewujudkan komponen atau badan khusus untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
Pada masa sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut senada apabila menggesa kerajaan untuk memandang serius perkara terbabit.
Menurutnya, masalah penipuan itu mampu mengakibatkan masyarakat awam terbeban dengan hutang sekali gus diisytiharkan muflis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25554#sthash.XIluFvSu.dpuf
Kuala Lumpur: Kerajaan disarankan supaya mewujudkan satu komponen khusus bagi menangani masalah penipuan yang dilihat semakin berleluasa terutamanya membabitkan pemaju projek perumahan.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) Datuk Azih Muda berkata, komponen itu penting untuk memikirkan langkah khusus yang boleh diambil dalam membanteras sindiket penipuan dan tidak bergantung kepada satu agensi saja.
“Jika kita lihat situasi terkini, kes penipuan ini umpama tiada penghujungnya. Tambah merumitkan, apabila ada agensi kerajaan yang saling menuding jari sesama sendiri.
“Masalah sindiket penipuan ini tidak akan ada kesudahannya jika semua pihak mengamalkan prinsip menuding jari. Langkah terbaik adalah kerajaan wajar mewujudkan komponen atau badan khusus untuk melihat perkara ini dengan lebih mendalam,” katanya kepada pemberita, sebentar tadi.
Pada masa sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan turut senada apabila menggesa kerajaan untuk memandang serius perkara terbabit.
Menurutnya, masalah penipuan itu mampu mengakibatkan masyarakat awam terbeban dengan hutang sekali gus diisytiharkan muflis.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/25554#sthash.XIluFvSu.dpuf

2432) SINAR HARIAN - 22/01/2015 - PPIM, Cuepacs Gabung Perangi Penipuan

Nadzim Johan 
KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini bersama melancarkan "Kempen Perangi Penipu Pengguna".

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya telah menerima banyak aduan daripada pengguna mengenai perihal mereka ditipu oleh itu sudah tiba masanya mereka untuk 'menyerang' pihak penipu tersebut.

"Melihat perkembangan yang tidak sihat yang berlaku di luar sana yang telah  datangkan kesusahan yang sangat banyak kepada kita para pengguna, iaitu sebagai pengguna dan rakyat Malaysia.

"Baru-baru ini saya berbincang dengan Cuepacs kerana  melihat keadaan ini amat sedih pasal kita sejak daripada lahir sehinggalah  ke liang lahad memang ditipu, kita  sering kena  tipu.

"Jadi kita terima  banyak aduan dan penipu-penipu diluar sana, suka  menipu  pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya  kita tidak mahu lagi ditipu cukup, "enough is enough".

"Setelah  kita berbincang dengan Datuk Azih Muda (Presiden Cuepacs)  untuk merancang bagi mengistiharkan  tahun 2015 sebagai tahun perangi penipu," katanya ketika sidang media bersama PPIM dan Cuepacs di Ibu Pejabat PPIM Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Jelasnya 'penipu' tersebut adalah merujuk kepada peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan, syarikat MLM, dan banyak lagi yang cuba untuk mengambil kesempatan terhadap pengguna.

Jelasnya lagi kebanyakan aduan yang terima olehnya adalah daripada  pegawai kerajaan.

"Pegawai  kerajaan  mudah ditipu kerana  mereka mudah dapat pinjaman ada gaji RM2,000 dapat pinjaman sampai RM200,000  janji  pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda.

"Kita amat prihatin , dia tipu semua orang, tetapi tentang pegawai kerajaan ini, penipu mudah dapat sasarkan mereka kerana mereka mudah buat pinjaman... jadi tahun ini kita akan perangi mereka," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah Presiden Cuepacs Datuk Aziz Muda.


2431) ARKIB BERITA PPIM - UTUSAN MALAYSIA - 08/01/2015 - Guna Kuasa Pengguna Elak Eksploitasi Harga


2430) ARKIB BERITA PPIM - SINAR HARIAN - 07/01/2015 - Pengguna Ditipu Setiap Hari


KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa supaya memperketat penguatkuasaan Akta Persaingan 2010 bagi mengawal harga barangan yang dilihat naik mendadak di sebalik harga bahan api yang semakin menurun.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, harga barangan dilihat seolah-olah langsung tidak terkawal apabila peniaga sesuka hati menaikkan harga.

“Pengguna seolah-olah setiap hari ditipu, ditindas tanpa mengira keturunan, kaum, agama. Kita tengok amalan ini sangat tidak baik, peniaga tidak faham etika, jadi kerajaan perlu tegas ambil tindakan terutama kepada syarikat-syarikat yang besar.

“Sebelum ini harga naik sebab alasan minyak naik, tapi ada juga yang mengatakan harga naik sebab cukai barangan dan perkhidmatan (GST), padahal GST pun belum dilaksanakan lagi," katanya.

Menurutnya, persatuan itu kesal apabila peniaga dilihat menggunakan pelbagai alasan untuk menaikkan harga barang jualan mereka.

"Tapi bertambah kesal apabila (harga) minyak turun, tapi tiada apa pun barang yang turun harga,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Kata beliau, kerajaan akan dapat melihat sendiri kenaikan mendadak berlipat kali ganda daripada harga kebiasaan jika kerajaan memantau harga barang secara berterusan.

“Sebagai contoh, harga ayam (melalui maklumat) yang saya terima daripada sumber mengatakan ayam yang cukup cukup besar untuk dijual (daripada penternak) adalah berharga RM3 lebih sahaja. Tetapi harga ini akan naik bermula dari pemborong, mereka akan naikkan sesuka hati dan mereka berpakat-pakat. Ini masalahnya persatuan, mereka ini berpakat naikkan harga.

“Kita mahu pihak kerajaan melakukan pengawasan dengan menggunakan Akta Persaingan untuk mengkaji harga sesuatu barang sehingga menyebabkannya naik mendadak,” ujarnya.

Harga purata ayam di pasaran pada masa ini adalah antara RM6 dan RM8 sekilogram.

Beliau turut mengumpamakan sikap buruk pemborong sehingga menyebabkan harga barang naik mendadak seperti mencuri hak pengguna.

“Jadi kita minta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan supaya menggunakan Akta Persaingan ini untuk mengekang aktiviti tidak sihat oleh pemborong.

“Peniaga tidak boleh ambil kesempatan atas kesempitan pengguna. Kerajaan perlu memantau dengan mengambil langkah turun padang,” katanya.



2429) Aktiviti PPIM 220115 :Sidang Media PPIM dan CEUPACS 'Tahun 2015:Kempen Perangi Penipu'

Wednesday, January 21, 2015

2428) Video : Bersatulah Islam Di Malaysia


2427) HARIAN METRO - 21/01/2015 - Sokong Kenaikan Tarif Elektrik Ditangguh

Kuala Lumpur: Pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengenai langkah kerajaan untuk mengurangkan kos kendalian perniagaan menerusi penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik pada tahun ini disambut baik oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, langkah penangguhan kenaikan tarif elektrik itu mampu memberi impak besar kepada pengguna di negara ini.

Katanya, pihaknya mengalu-alukan usaha berkenaan memandangkan tahun 2015 tahun penyesuaian untuk orang ramai kerana Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan bermula April depan.

“FOMCA menyokong penuh usaha kerajaan untuk melaksanakan langkah penjimatan dalam menguruskan perbelanjaan termasuk penangguhan cadangan kenaikan tarif elektrik ini.

“Dengan penangguhan itu, secara tidak langsung kos operasi sesebuah syarikat juga akan berkurang berbanding jika harga tarif baru diperkenalkan.

“Kita harap, selepas ini tiada lagi alasan untuk peniaga menaikkan harga barang sesuka hati tanpa sebab yang wajar,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kenaikan tarif elektrik untuk industri sepatutnya tidak perlu dinaikkan langsung memandangkan harga minyak di pasaran dunia sudah pun menjunam.

Katanya, jika selepas tempoh penangguhan kerajaan mahu mengumumkan tarif baru, justifikasi perlu diberikan kepada orang ramai.



PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...