Wednesday, January 14, 2015

2357) MYNEWSHUB - 13/01/2015 - Senarai Penipuan Telco Yang Didedahkan PPIM

Rupa-rupanya banyak penipuan yang dilakukan syarikat telekomunikasi mudah alih (TELCO) kepada pengguna telefon bimbit.
Bermula dari khidmat perayauan antarabangsa, sehinggalah kepada kehilangan baki kredit tanpa sebab yang  munasabah, ia didedahkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam sidang media berkaitan isu caj-caj melampau di ibu negara hari ini.
Berikut antara penipuan syarikat TELCO yang didedahkan Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

MENARIK – Khidmat Data Internet Tak Telus, Syarikat Telco Penipu

MENARIK- Siapa Pantau Kesahihan Jumlah Penggunaan Pelan Data Telco?

  • Perayauan Antarabangsa (Roaming) - Caj sehingga mencecah RM80,000 selepas berada di luar negara tanpa mengetahui wujudnya perkhidmatan berkenaan, bila dibuat aduan kepada TELCO, pihak berkenaan kemudian mendakwa perkhidmatan itu memang sudah tersedia di dalam langganan.
  • Kehilangan Kredit Pra-Bayar -  TELCO mengambil sejumlah kredit daripada akaun pengguna atas sebab perkhidmatan data internet harian padahal, pelanggan itu sudahpun membuat langganan untuk data internet secara bulanan, selepas membuat aduan, barulah jumlah kredit berkenaan dikembalikan semula, jika tidak dibuat aduan, kredit berkenaan akan hilang. Bayangkan berapa banyak kes kehilangan kredit sebegitu tidak yang tidak dibuat aduan?
  • Pelan Data Internet – Pelanggan yang memohon langganan 3 Gigabyte (3GB) contohnya, tetapi hanya mendapat 1.5GB dan ada aduan yang diterima PPIM, tidak menerima apa-apa langsung langganan.
  • Kesahihan Baki Data Internet - Pakej data internet yang dilanggan 3GB didakwa sudah habis digunakan oleh  TELCO biarpun selepas hanya beberapa hari dilanggan, untuk terus menggunakan data internet.
  • Penalti Bayaran Lewat - Ada aduan diterima PPIM, pelanggan TELCO terpaksa membayar sehingga RM20,000 akibat penalti RM50 sebulan yang dikenakan syarikat TELCO bermula daripada jumlah RM200 yang tidak dibayar.
  • Panggilan Tidak Berjawab - Panggilan pelanggan  TELCO jika tidak dijawab, ia tetap akan dicaj biarpun tidak sampai satu saat.
  • Caj Melampau Tidak Munasabah TELCO - Caj untuk mendengar pesanan suara (voicemail), caj untuk menerima bil dicetak dan caj untuk mendapatkan bil terperinci.
Sudah terlalu lama, pengguna dan orang ramai ditipu hidup-hidup dengan caj-caj tidak masuk akal oleh TELCO serta bukan sedikit yang menjadi mangsa.
Itu baru sebahagian daripada penipuan Telco di negara ini. Penipuan seperti pakej data unlimited tetapi kemudiannya habis dan perlu beli kuota lain dan macam-macam lagi penipuan yang wujud.
Persoalan lebih besar, apa jadah kementerian berkaitan pengguna dan komunikasi buat kat negara ? Bertuah la kalau nak kata ‘kita tak tahu…kita tido je kat Putrajaya tu’. … Rasanya sudah beribu aduan mengenai perkara-perkara ini diketengahkan selama puluhan tahun.
MYNEWSHUB.CC

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...