Tuesday, January 20, 2015

2415) RAKYAT NEWS - 16/01/2015 - PPIM Minta Pengguna Tidak Terjebak Penipuan Pelaburan Emas

PPIM, penggiat seni, persatuan pengguna islam malaysia, agama, pas, dap, pkr, parti keadilan rakyat, anwar ibrahim, anwar liwat, kes liwat ii,
KUALA LUMPUR 16 Jan - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini menasihati orang ramai supaya berhati-hati sebelum terjebak dalam penipuan pelaburan emas yang semakin berleluasa hari ini, serta menyemak dengan pihak Bank Negara Malaysia (BNM) terlebih dulu.

Presidennya PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan daripada orang ramai selepas ditipu dalam skim itu kerana kecuaian tidak menyemak dengan pihak berwajib.

"Kebanyakan aduan yang kami terima memberitahu mereka tidak menerima bayaran daripada syarikat yang pelaburan emas walaupun dijanjikan sebelum ini," kata Nadzim pada sidang media di ibu pejabat mereka di Kuala Lumpur hari ini.

Nadzim berkata, skim pelaburan emas ini menjalankan modus operandi dengan menjanjikan pulangan yang lumayan sehingga memperdaya orang ramai yang mahu untung cepat.

"Jual beli emas ini akan menawarkan harga emas dengan kadar tertentu sama ada mahal atau murah daripada harga pasaran dan pelanggan dijanjikan keuntungan bulanan oleh penganjur atau agen," katanya.

Sebagai contoh, penganjur atau pengelola akan melantik agen di mana emas dijual lebih murah daripada harga pasaran dan kemudiannya dijanjikan dengan imbuhan bulanan.

Dalam aktiviti ini, pihak yang terdedah kepada risiko ialah agen kerana mereka yang menjalankan aktiviti perniagaan emas ini dengan pelabur.

"Penganjur guna agen dan agen pula kena ada syarikat. Pengelola akan selamat sebab berurusan perniagaan dengan agen.

"Agen akan buat jualan dan kumpul duit daripada pelanggan. Namun agen terdedah kepada bahaya sebab boleh dikenakan caj di bawah Akta Pengambilan Deposit Awam tanpa lesen," katanya.

Bagaimanapun, masalah timbul apabila imbuhan atau barang tidak diterima oleh pelanggan maka agen berdepan risiko besar.

"Sekiranya imbuhan atau barang tidak diterima pelanggan maka agen sebagai orang tengah yang berisiko sebab agen yang buat urusan dengan pelanggan," terangnya.

Apabila situasi ini berlaku, agen terpaksa berdepan dengan hutang kerana mereka mengambil wang daripada pelanggan tapi syarikat pelaburan emas yang tidak sah tersebut hilang tanpa dapat dikesan.

"Apa yang berlaku sekarang ialah agen dah kira berhutang dengan pelanggan sedangkan agen hanya orang tengah.

"Pengelola sudah sapu semua sama ada emas atau duit dan ini menyebabkan agen terbeban dengan hutang," katanya.

Menurut PPIM terdapat berpuluh-puluh syarikat pelaburan emas yang sudah disenaraihitamkan  BNM daripada senarai 182 keseluruhan syarikat atau perniagaan atas talian yang tidak sah.

Antara syarikat pelaburan emas yang tersenarai hitam dan dipantau PPIM sendiri ialah CGF Fine Metal Sdn Bhd, Darul Emas Perak Bhd, GGF Golden House Sdn Bhd.

Nadzim dalam pada itu menggesa supaya orang ramai berhati-hati dan menyemak terlebih dahulu dengan BNM sebelum membuat sebarang pelaburan yang kelak akan merugikan diri mereka sendiri.

"PPIM mengharapkan agar pengguna terus bijak dan tidak mudah tertipu dengan skim sebegini, berusaha dapatkan maklumat perniagaan daripada agensi yang diiktiraf sebelum membuat pelaburan dalam mana-mana syarikat.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...