Wednesday, January 7, 2015

2337) KOSMO - 07/01/2015 - Boikot Jika Gagal Kawal Harga

 NADZIM (empat dari kiri) bersama sukarelawan yang menyertai konvoi bantuan banjir di Masjid Abu Ubaidah Al-Jarrah, Setapak semalam.


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan menggunakan sepenuhnya Akta Persaingan 2010 bagi mengawal kenaikan harga barang atau satu gerakan boikot besar-besaran akan diadakan di seluruh negara.
 
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, rakyat negara ini sering ‘disembelih’ peniaga jahat yang memanipulasi harga barang khususnya dalam pakatan dan kerjasama sesama mereka untuk mengaut keuntungan mudah.
 
Menurutnya, pihak berwajib perlu bertindak dan tidak membiarkan rakyat ditindas budaya penipu dalam perniagaan.
 
“Bukti ada di depan mata dan banjir besar baru-baru ini mendedahkan kerjasama jahat golongan ini naikkan harga sama ada kita susah atau senang.
 
“Akta lain seperti Akta Anti Pencatutan dan Akta Kawalan Harga juga boleh digunakan. Jika pihak berwajib gagal laksanakan sepenuhnya kami bersedia menggerakkan aktiviti boikot bersama para pengguna,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.


Sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0107&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm 

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...