Friday, January 23, 2015

2434) MALAYSIA KINI - 22/01/2015 - PPIM, Cuepacs Bersatu Kempen Perangi Penipu

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini melancarkan kempen memerangi penipuan dalam pelbagai bidang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata "Kempen 2015: Perangi Penipu Pengguna" itu dilancarkan sebagai "isyarat" untuk memerangi penipu yang mengambil kesempatan susulan aduan pengguna mengenainya.

Bercakap dalam sidang medianya di pejabat PPIM hari ini, beliau merujuk 'penipu' itu antaranya peniaga, pemberi pinjaman, syarikat pelaburan, kontraktor perumahan dan syarikat jualan langsung (MLM).

"Jadi kita terima banyak aduan dan penipu-penipu di luar sana, suka menipu pegawai kerajaan dan rakyat Malaysia.

"Maka sudah sampai masanya buat kempen dengan ahli Cuepacs yang ramai untuk kita hantar 'signal' yang jelas supaya kita tidak mahu lagi ditipu. Cukup. Enough is enough,” katanya.

Menyuara rasa sedih dengan situasi itu, Nadzim berkata hasil perbincangan dengan Presiden Cuepacs Datuk Azih Muda, mereka bersetuju sebulat suara mengisytiharkan tahun ini sebagai "tahun memerangi penipu".

Nadzim berkata pihaknya mendapati pegawai kerajaan antara pihak yang menjadi sasaran untuk ditipu khusus dalam bentuk pinjaman kewangan.

"Ada gaji RM2,000, (tapi dijanjikan) dapat pinjaman sampai RM200,000. Janji pelaburan akhirnya tidak menjadi apa benda... Jadi tahun ini, kita akan perangi mereka," katanya.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...