Monday, January 19, 2015

2401) KOSMO - 19/01/2015 - NGO Minta Pengguna Bantu KPDNKK Tangkap Peniaga Tamak

KUALA LUMPUR – Pengguna diseru untuk membantu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDNKK) untuk menjayakan Ops Catut dengan memberikan maklumat mengenai peniaga-peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga barang.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, pengguna perlu memainkan peranan sebagai mata dan telinga pihak berkuasa supaya tindakan terhadap peniaga yang tamak dan tidak bertanggungjawab dapat dilaksanakan secara menyeluruh.
“Orang ramai tidak boleh menyerahkan semuanya kepada pihak berkuasa semata-mata tetapi dengan penglibatan daripada semua pihak, saya yakin Ops Catut pasti akan mencapai kejayaan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...