Wednesday, January 21, 2015

2424) KOSMO - 19/01/2014 - Epal Beracun America Disita

KUCHING – Hampir 20,000 biji epal jenis Gala dan Granny Smith bernilai kira-kira RM82,000 yang disyaki tercemar dengan bakteria Listeria monocytegenes disita oleh Jabatan Kesihatan Sarawak dalam dua operasi berasingan di Sibu dan di sini semalam.
Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Zulkifli Jantan berkata, operasi berkenaan diadakan selepas mendapat arahan daripada Kementerian Kesihatan berikutan tindakan Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat mengeluarkan notis tentang pencemaran tersebut kelmarin.
Katanya, pihak pembekal juga sudah diarahkan menarik kembali epal berkenaan di seluruh negara bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...