Thursday, June 26, 2014

2028) TV3 13/6/2014 - Gaya Hidup Punca Individu Terjerat Ah Long


Gaya hidup yang melebihi kemampuan. 
Itu punca utama individu terjerumus dalam jerat ah long.
Dapatan itu hasil kajian oleh Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur, PKP.
Beliau ditemui selepas perbincangan antara NGO dan pihak berkuasa bagi mengatasi kes ah long dan pemberi pinjaman tidak berlesen di ibu negara.
Samsudin berkata, pinjaman yang dibuat selalunya tidak memikirkan kesan jangka panjang, termasuk tambahan beban yang menyebabkan bayaran balik menjadi tidak teratur.
Majoriti pengadu katanya tertipu dengan kaedah bayaran balik dan jumlah faedah yang dikenakan.
Sehingga mengundang ugutan dan ancaman kepada peminjam dan juga keluarga.
- See more at: http://www.tv3.com.my/beritatv3/tajuk_utama/Gaya_Hidup_Punca_Individu_Terjerat_Ah_Long.html#sthash.6hgh6VkP.dpuf

Monday, June 23, 2014

2027) PPIM 21/06/2014 - “Jalan Mudah Ke Taman Syurga”


 

21/6/2014 – Masjid Besi atau Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya telah berlangsungnya satu program “Jalan Mudah Ke Taman Syurga” dan pelancaran Aplikasi Raudhah.

Penceramah terdiri daripada Prof Dr Muhaya dan Ustaz Dr Zahazan dan pelancaran oleh Ustaz Hj Hazarudin bin Hj Baharudin imam besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Penceramah-penceramah yang berkaliber dan berpengalaman ini banyak memberi tip-tip yang sangat berguna kepada para ibu bapa. mereka memberi arah tuju yang lebih baik.

Sambil itu, aplikasi raudhah dilancarkan. Aplikasi ini boleh memberi informasi tentang aktiviti penceramah dan juga majlis-majlis yang bakal diadakan di masjid-masjid yang mempunyai event.

Dengan adanya aplikasi seperti ini, pengguna tidak terlepas untuk menyertai majlis-majlis ilmu yang dibuat oleh ustaz-ustaz yang diminati anda. Selain itu, pengguna boleh juga mengemaskini sendiri untuk majlis-majlis yang terdapat di masjid-masjid di daerah anda.











2026) sinar harian 23/06/2014 - Kalimah ALLAH: Mahkamah tolak rayuan gereja


PUTRAJAYA  - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran rayuan penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald.

Empat daripada tujuh panel hakim yang bersidang menolak permohonan gereja untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah ALLAH penerbitan The Herald dalam versi bahasa Melayunya.

Selain Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hakim-hakim lain yang membuat keputusan kes ini termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Turut serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Editor akhbar Katolik, The Herald, Lawrence Andrew berkata beliau “amat kecewa dengan keputusan” hari ini.
Sebelum ini, penerbitan itu berkata, pihaknya tidak akan berputus asa untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah ALLAH.

The Herald tahun lalu memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan melarang Gereja Katolik menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguannya.
Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, pengisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.
Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi Bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.
Terdahulu, pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

2025) SINAR HARIAN 23/06/2014 - Kalimah ALLAH: Mahkamah tolak rayuan gereja

Kalimah ALLAH: Mahkamah tolak rayuan gereja
PUTRAJAYA  - Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Katolik untuk mendapatkan kebenaran rayuan penggunaan kalimah ALLAH dalam The Herald.

Empat daripada tujuh panel hakim yang bersidang menolak permohonan gereja untuk membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah sebelum ini yang melarang penggunaan kalimah ALLAH penerbitan The Herald dalam versi bahasa Melayunya.

Selain Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria, hakim-hakim lain yang membuat keputusan kes ini termasuklah Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinuddin, Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum.

Turut serta Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Suriyadi Halim Omar, Datuk Zainun Ali dan Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha.

Editor akhbar Katolik, The Herald, Lawrence Andrew berkata beliau “amat kecewa dengan keputusan” hari ini.

Sebelum ini, penerbitan itu berkata, pihaknya tidak akan berputus asa untuk mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah ALLAH.

The Herald tahun lalu memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan susulan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan melarang Gereja Katolik menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguannya.

Pada 16 Februari 2010, Ketua Paderi Gereja Roman Katolik, Tan Sri Murphy Pakiam memfailkan permohonan semakan kehakiman menamakan Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan sebagai responden, menuntut antara lain, pengisytiharan bahawa keputusan kementerian melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan The Herald adalah tidak sah.

Penerbitan mingguan itu yang diterbitkan dalam empat bahasa menggunakan kalimah ALLAH untuk merujuk kepada “Tuhan” dalam edisi Bahasa Malaysia, khusus untuk penduduk di Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, pada 31 Disember 2009, Mahkamah Tinggi mengisytiharkan keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang The Herald menggunakan kalimah itu adalah salah di sisi undang-undang, tidak sah dan batal.

2024) SINAR - Wacana 29: Isu halal Apa Hak Pengguna


ISU halal bukanlah sesuatu yang boleh dipandang enteng oleh masyarakat pengguna terutamanya mereka yang beragama Islam.

Justeru itu, Sinar Harian selaku pelopor wacana ilmiah memilih tajuk yang begitu dekat dengan pengguna iaitu "Isu Halal: Apa Hak Pengguna" supaya sedikit sebanyak kekeliruan mengenai produk halal dapat dirungkai.

Wacana Sinar Harian Siri ke-29 bakal dihangatkan dengan hujah panel jemputan, Ahli akademik, Prof Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan; Ketua Laboratori Sains Halal, Institut Penyelidikan Produk Halal UPM, Prof Dr Jamilah Bakar dan Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Muhamad Naim Mohd Aziz.

video :



Friday, June 20, 2014

2023) Pengguna jalan raya.


Pengguna jalan raya.

Bertolak ansur adalah salah satu nilai yang diterapkan oleh Islam dalam kehidupan manusia. Konsep ini boleh boleh dijadikan amalan dalam kehidupan harian jika benar-benar kita menghayatinya. Contohnya ketika berada di jalan raya. Samada kita sebagai pemandu kenderaan, pembonceng motosikal dan pejalan kaki, semuanya mempunyai hak masing-masing dan kesemuanya menuntut agar mereka dihormati di jalan raya.

Malangnya dalam kehidupan masyarakat mereka hanya menuntut sikap dihormati tetapi meraka tidak memberi hormat kepada orang disekeliling.  Sikap tamak dan pentingkan diri sendiri menjadikan keadaan lalu lintas menjadi sesak. Sebagai contoh,  pemandu yang tidak memberi ruang kepada kenderaan lain untuk masuk ke simpang. Jika pemandu itu mempunyai sifat tolak ansur, ia mampu mengurangkan sedikit sebanyak kesesakan lalu lintas.

Selain itu sifat pentingkan diri sendiri ini terserlah apabila pemandu yang tidak behemah ini memotong giliran dengan menggunakan jalan kecemasan untuk berada dihadapan semasa di lampu isyarat. Sikap ini menyebabkan pemandu lain berasa marah.  Bukan itu sahaja, sikap itu mampu membunuh orang yang berada dalam kecemasan jika laluan tersebut digunakan untuk tujuan yang salah. Diingatkan di sini laluan kecemasan adalah untuk kecemasan sahaja  yang kebiasaannya digunakan oleh ambulans dan pihak bekuasa.

Pemandu hendaklah memberi sedikit ruang kepada penunggang motosikal. Sesetengah penunggang motosikal, mereka menunggang motosikal dengan cara yang berbahaya. Dengan menyelit ke kiri dan ke kanan, penunggang motosikal mendapat risiko kecederaan yang tinggi. Menjaga jarak antara kenderaan adalah salah satu solusi bagi mengelakkan situasi seperti dinyatakan tadi. Selain itu, penunggang motosikal perlu menggunakan laluan yang telah disediakan dari menggunakan laluan kenderaan berat. Penunggang motosikal hendaklah sedar akan peratus kemalangan yang mereka akan hadapi adalah sangat bahaya. Oleh itu sayangilah nyawa anda.


Masyarakat Malaysia terkenal dengan sifat lemah lembut dan beradap. Biarlah manusia mengenali Malaysia dengan sifat seperti itu dan bukan dengan sifat yang mampu merendahkan martabat masyarakat Malaysia sendiri. Oleh itu, jagalah adab kita didijalan raya. Bukan sekadar dijalan raya, dimana jua kita berada. Kerana diri merupakan imej kepada Negara.

Thursday, June 19, 2014

2022) Bukan Sekadar Resepi


Bukan Sekadar Resepi
19/6/2014 – Satu rancangan baru yang diberi nama “Bukan Sekadar Resepi” bakal disiarkan di TV Al-Hijrah pada 28/6/2014 sehari sebelum bulan puasa. Rancangan masakan yang berunsurkan agama ini dirasmikan oleh Ketau Pegawai Eksekutif TV Al-Hijrah Che Wan Alias Bin Che Wan Abdullah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Syarikat Adabi yang menaja rancangan ini. Penghargaan juga diberikan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut  menjayakan program ini.

Sementara itu Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, di dalam ucapannya menyentuh beberapa sifat negatif orang Melayu dewasa ini. Menurut beliau lagi, sebagai orang Melayu yang beragama Islam kita seharusnya memberi sokongan kepada pruduk keluaran Melayu Islam.

Beliau sempat memuji rancangan yang akan disiarkan oleh TV Al-Hijrah yang memberi satu nafas baru kepada industry islamik di Negara ini.




Tuesday, June 17, 2014

2021) NEWS STRAIT TIMES 17/6/2014 - State govt mum on issue



Headline: State govt mum on issue
Publication: NST
Date of publication: Jun 17, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 003
Byline / Author: By Nuradilla Noorazam
SHAH ALAM: THE deafening silence by the Selangor government and the Selangor Islamic Religious Council (Mais) following a hotly-anticipated closed-door meeting yesterday to discuss the seizure of 300 Malay and Iban-language Bibles has added even more intrigue to the issue.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yesterday chaired the meeting with Mais, Selangor Islamic Religious Department (Jais) and state executive councillors, to discuss follow-up action to the decision by Attorney-General Tan Sri Abdul Gani Patail to return the confiscated Bibles to its owner, the Bible Society of Malaysia (BSM).

However, Khalid remained holed up in the meeting room and did not come out to meet reporters after the meeting ended.

It was reported that Khalid had earlier told the press of the meeting, scheduled to held at 4.30pm.

However, the media were left baffled when, at 6.30pm, the meeting room doors opened and officials, believed to be from Mais and Jais, stormed out and made a beeline for the elevators.

Mais chairman Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa was seen leaving the meeting room but evaded the media by using another elevator.

Jais officials, when pressed by reporters at the lobby for details, refused to comment on the meeting.

Selangor exco member and Pas assemblyman Dr Ahmad Yunus Hairi, when asked on the state government's position on the issue, refused to disclose any details.

He simply repeated "no comment" to the flood of questions and proceeded to the elevators.

The press waited for Khalid to come down to the lobby, but after an hour, decided to disperse when there were no signs of the menteri besar. It was learnt that Mais officials had met the Sultan of Selangor, Sultan Sharafuddin Idris, earlier yesterday to discuss the issue.

However, Mais representatives declined to confirm the claim.

Khalid, meanwhile, is slated to meet the sultan tomorrow to discuss the matter. It was understood that the menteri besar would not be issuing any statement on the issue until then.

The issue began on Jan 2, when Jais, employing a state law which prohibits non-Muslims from using the word "Allah" to refer to God, raided BSM's premises in Damansara and seized more than 300 copies of the Malay and Iban language Bibles.

However, the A-G later cleared BSM of any wrongdoing and concluded that the seized Bibles be returned to BSM.

The decision was challenged on Saturday by Mais, which claimed that the A-G's decision could cause confusion among Muslims. Mais had also claimed that the Selangor government had no authority to instruct Jais to return the Bibles.

Mais also expressed its belief that there was a case to be made against BSM under the Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988.

The A-G's decision was met with criticism by a group of non-governmental organisations, which comprised Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (Gabungan), Malay rights group Perkasa, Malaysia Muslim Consumer Association (PPIM) and Ikatan Kebajikan & Dakwah Selangor (IKDDAS).

Among others, they had accused the A-G of betraying the Muslim community through his inaction on the issue.


Monday, June 16, 2014

2020) SKMM tutup 500 laman web



SKMM tutup 500 laman web
Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menutup 500 laman web dalam tempoh suku pertama tahun ini, termasuk sebahagiannya yang menganjurkan perjudian internet. 

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata tindakan menutup laman itu diambil kerana menyalahi pelbagai undang-undang negara, termasuk perjudian internet. 

“Tahun lalu sahaja, sebanyak lebih 2,000 laman web ditutup kerana melanggar undang-undang negara walaupun ia bukan satu kesalahan di negara pengendali utama. 
“Isu judi sebenarnya di bawah kawalan polis, manakala SKMM berfungsi sebagai membantu siasatan. 

“Agak sukar nak menganggarkan jumlah tepat laman atau talian judi yang wujud kerana mereka boleh ‘muncul’ begitu saja. 

“Perlu ditekankan juga bukan semua talian yang betul-betul menyediakan khidmat judi, ada juga laman judi yang dikesan sebenarnya beroperasi untuk mencuri maklumat peribadi orang ramai,” katanya kepada BH. 
Mohamed Sharil berkata, SKMM menghadapi kesukaran membendung kegiatan perjudian internet jika pelayan utamanya berada di luar negara. 
“Masalah yang dihadapi adalah pengendali ini di luar negara dan ia di luar bidang kuasa Malaysia. 

“Pada pendapat saya tabiat judi internet bukan boleh diselesaikan menggunakan undang-undang saja. Kawalan terbaik adalah bermula dari diri sendiri. 

“Nasihat kami pada orang ramai, jangan melayari laman judi kerana bukan sahaja merugikan tetapi lebih bahaya lagi, ada sindiket yang mungkin mengumpul maklumat peribadi anda. 

“Lebih serius lagi, maklumat kewangan seperti kad kredit atau butiran perbankan jatuh ke tangan sindiket,” katanya. 

Tindakan undang-undang 

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan agar SKMM diberi mandat yang lebih luas untuk mengesan dan mengambil tindakan undang-undang secara terus terhadap pusat siber yang menganjurkan operasi perjudian internet ini. 

“Penguatkuasaan lebih mudah jika SKMM diberi kuasa untuk mengesan, menangkap pengguna siber, penganjur dan mana-mana individu yang menyalah guna talian untuk kegiatan seperti ini,” katanya.

2019) BERITA HARIAN 16/6/2014 - Pelbagai pihak bidas tindakan `Chow Jack'


Headline: Pelbagai pihak bidas tindakan `Chow Jack'
Publication: BH
Date of publication: Jun 16, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 014
Byline / Author: Oleh Safeek Affendy Razali

Kuala Lumpur: Pelbagai pihak membidas tindakan seorang lelaki yang dikenali sebagai `Chow Jack' memuat naik status berunsur penghinaan dalam Facebook terhadap Sultan, Perdana Menteri dan agama Islam.

Terbaru, lapan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam membuat laporan berhubung tindakan Chow Jack di Balai Polis Dang Wangi di sini, supaya tindakan tegas segera diambil terhadap individu terbabit.

Presiden Pertubuhan Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Abdul Rani Kulup Abdullah, berkata pihaknya bersama tujuh lagi pertubuhan lain memandang serius kejadian tindakan itu dan dikhuatiri boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan masyarakat berbilang bangsa dan agama.

"Individu ini didapati menghina Sultan Perak, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Nabi Muhammad SAW dan umat Islam yang menyambut Ramadan dan Aidilfitri, sekali gus menimbulkan kemarahan umat Islam di negara ini.

Ambil tindakan

"Saya meminta PDRM (Polis Diraja Malaysia), SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia), JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) dan KDN (Kementerian Dalam Negeri) ambil tindakan dengan membawa individu yang ini ke muka pengadilan segera," katanya kepada media di sini, semalam.

Katanya, laporan yang turut disokong oleh 300 NGO di seluruh Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, menyeru supaya semua rakyat Malaysia supaya mengelakkan sebarang tindakan seumpama itu kerana boleh mencetuskan ketegangan kaum.

NGO lain yang turut tampil, Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gerak Kerja Ayahanda Negeri Selangor (GEGAS), Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Majlis Ayahanda Malaysia (PERMAS), Pertubuhan Kebajikan Melayu Klang (PKMK) dan Persatuan Sosial Minda Pemikiran (PSNP).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan sudah menyerahkannya ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, untuk tindakan susulan selepas laporan yang sama sebelum ini turut dibuat di Wangsa Maju.

2018) HARIAN METRO 15/6/2014 - ANDA TANYA?


Headline: Kebelakangan ini banyak barang ... )
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Kebelakangan ini banyak barangan mengalami kenaikan harga. Apakah tip berbelanja bijak yang boleh dijadikan panduan bagi pengguna?

LINA, Alor Setar

! Sebagai pengguna bijak, antara perkara yang boleh dilakukan ialah membandingkan harga, melihat risalah, memilih jenama pasar raya bersesuaian, merancang pembelian, membeli-belah lebih awal atau bersendirian, mengamalkan makanan berkhasiat seperti buah dan sayuran, mengira kos seunit, gunakan bakul berbanding troli dan semak resit.



Headline: ( Ramai mencari rezeki menerusi ... )
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Ramai mencari rezeki menerusi perniagaan, tapi apakah ciri-ciri peniaga mengikut Islam?

RAZALI, Kota Bharu

! Tiada monopoli. Dalam sebuah persaingan sihat, peniaga akan saling membantu dan memanfaatkan satu sama lain. Perniagaan adalah perkongsian.

Apabila berkongsi, lebih banyak perkara dapat dibincang dan diperbaiki. Sikap menguasai tidak mendatangkan faedah jangka panjang kepada dua-dua pihak.

Kedua, mudah berurusan. Pengguna digalak berurusan dengan peniaga yang mudah memberi respons setiap kali pelanggan bertanya.

Seronok belanjakan wang kepada penjual yang baik hati dan sabar melayan pertanyaan pelanggan yang bermacam-macam.

Ketiga, jujur. Setiap urus niaga yang dibuat dinyatakan secara jelas. Peniaga tidak menipu atau menjual barang yang diketahui rosak kepada pelanggan.

Keempat, tidak pentingkan diri. Peniaga yang tidak bersandarkan keuntungan semata-mata, sebaliknya turut menekankan kesenangan bersama.

Kelima, jual barangan halal dan baik. Sebagai orang Islam, aspek halal hendaklah diutamakan. Halal dan baik. Ia bermakna barangan itu halal dan tidak memberi mudarat kepada orang yang mengguna atau memakannya.

Ia tidak hanya memberi kebaikan kepada orang Islam, tetapi barangan halal memanfaatkan semua golongan.


Headline: (Cukai Barangan dan Perkhidmatan ... )
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Datuk Nadzim Johan

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada April 2015. Adakah GST akan mengakibatkan kerugian pada peniaga?

AZMI, Kuala Kangsar

! Dalam konteks peniaga, apabila membeli barangan dan setengah barangan dibeli digunakan dalam proses pengeluaran, mereka hanya membayar cukai jualan.

Namun, mereka tidak dapat kutip balik cukai itu apabila ada GST. Apabila mengenakan GST kepada pembeli dan mengutip hasil, mereka boleh mengurangkan apa dibayar kepada kerajaan dan apa dibayar iaitu cukai input iaitu cukai tambah nilai dalam proses perkilangan.

Namun, tidak semua barangan boleh dikenakan GST terhadap pengguna seperti dijanjikan kerajaan.

2017)HARIAN METRO 15/6/2014 - Suami muflis, isteri disenarai hitam


Headline: Suami muflis, isteri disenarai hitam
Publication: MA
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 022
Byline / Author: Oleh Ikram Ismail

Kuala Lumpur: Malang bagi pasangan suami isteri ini apabila masing-masing berdepan masalah dengan institusi kewangan berikutan kesalahan individu lain.

Si suami diisytihar bankrap kerana menjadi penama bagi pembelian kereta abangnya, manakala si isteri ditarik balik lesen sebagai ejen insurans selepas disenarai hitam apabila keretanya yang dijual tidak dijelaskan ansuran bulanan oleh pembeli baru.

Kedua-duanya yang ditemui Metro Ahad di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa menjadi mangsa keadaan tanpa diduga akibat terlalu percayakan orang lain.

Kamalruddin Drahman, 67, berkata pada 1997, dia yang bekerja sebagai pegawai keselamatan di sebuah hotel menjadi penjamin kepada abangnya.

"Saya bersetuju kerana mahu membantu abang saya yang bercadang memulakan perniagaan kereta sewa. Lagipun abang saya tiada lesen dan pekerjaan tetap, oleh itu saya ingin membantu," kata bapa kepada tiga anak ini.

Masalah bermula apabila abangnya tidak menjelaskan bayaran ansuran kereta itu selepas tiga tahun.

"Saya ingat lagi, ketika itu kami sekeluarga pulang ke kampung dan mahu mengeluarkan gaji.

"Ketika ingin pulang semula, saya berhajat mengeluarkan duit namun terperanjat mendapati tiada baki di dalam akaun," katanya yang terpaksa meminjam duit daripada saudaranya untuk pulang ke ibu kota.

Apabila pergi ke bank dan bertanya masalah itu, Kamalruddin diberitahu, dia diisytihar bankrap kerana tidak menjelaskan ansuran kereta RM24,000.

"Saya terperanjat dan tidak menyangka abang langsung tidak memberitahu saya. Malah, dia berdolak-dalik dan enggan menjelaskan bayaran tertunggak," katanya yang menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2012.

Sebelum itu, pada 2007, Jabatan Insolvensi Malaysia mengarahkan dia membuat pembayaran balik sebanyak RM50 sebulan.

"Saya bersetuju dengan pembayaran itu, tetapi sejak berhenti kerja pada 2008 selepas diserang penyakit jantung, saya tidak mampu membuat pembayaran," katanya.

Isterinya, Renawati Yahya, 38, pula membeli sebuah kereta pada 2007 dengan pembayaran RM864 sebulan.

Pada 2010, dia tidak mampu membayar ansuran bulanan kerana suaminya sakit.

"Saya menjual kereta terbabit dengan sebuah syarikat kereta terpakai tanpa menukar nama.

"Malah, saya diyakinkan dengan satu perjanjian antara saya dan penerima kereta yang dia akan membayar ansuran," katanya.

Malangnya, pembeli kereta Renawati tidak menjelaskan ansuran dan akhirnya kereta terbabit dilelong oleh bank sebanyak RM30,400 pada Januari lalu.

"Saya cuma tahu apabila menerima surat bahawa saya perlu menjelaskan lagi baki hutang sebanyak RM17,600," katanya.

Selepas gagal menjelaskan bayaran terbabit, Renawati terpaksa berhenti kerja sebagai ejen insurans kerana peraturan institusi kewangan tidak membenarkan kakitangan yang disenarai hitam bekerja.

"Kini saya dan suami bergantung kepada kerja mengandam dan berniaga kecil-kecilan," katanya yang mahu pelepasan senarai hitam untuknya dan muflis bagi suaminya daripada Jabatan Insolvensi Malaysia.

Kamalruddin berkata, kehidupan dia sekeluarga kini ibarat sudah jatuh ditimpa tangga berikutan isterinya juga bakal bankrap jika had hutang mencecah RM20,000.

"Saya bimbangkan anak saya yang masih bersekolah dan mungkin memberhentikan mereka daripada persekolahan kerana bantuan RM300 daripada Baitulmal tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga.

"Ketika ini pendapatan saya dan isteri juga tidak mencukupi untuk membayar hutang," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya kini berhubung dengan Jabatan Insolvensi Malaysia bagi permohonan pelepasan muflis untuk Kamalruddin.

2016) BERITA MINGGUAN 15/6/2014 -SKMM tutup 500 laman web


Headline: SKMM tutup 500 laman web
Publication: BM
Date of publication: Jun 15, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 016

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menutup 500 laman web dalam tempoh suku pertama tahun ini, termasuk sebahagiannya yang menganjurkan perjudian internet.

Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi, berkata tindakan menutup laman itu diambil kerana menyalahi pelbagai undang-undang negara, termasuk perjudian internet.

"Tahun lalu sahaja, sebanyak lebih 2,000 laman web ditutup kerana melanggar undang-undang negara walaupun ia bukan satu kesalahan di negara pengendali utama.

"Isu judi sebenarnya di bawah kawalan polis, manakala SKMM berfungsi sebagai membantu siasatan.

Curi maklumat

"Agak sukar nak menganggarkan jumlah tepat laman atau talian judi yang wujud kerana mereka boleh `muncul' begitu saja.

"Perlu ditekankan juga bukan semua talian yang betul-betul menyediakan khidmat judi, ada juga laman judi yang dikesan sebenarnya beroperasi untuk mencuri maklumat peribadi orang ramai," katanya kepada BH.

Mohamed Sharil berkata, SKMM menghadapi kesukaran membendung kegiatan perjudian internet jika pelayan utamanya berada di luar negara.

"Masalah yang dihadapi adalah pengendali ini di luar negara dan ia di luar bidang kuasa Malaysia.

"Pada pendapat saya tabiat judi internet bukan boleh diselesaikan menggunakan undang-undang saja. Kawalan terbaik adalah bermula dari diri sendiri.

"Nasihat kami pada orang ramai, jangan melayari laman judi kerana bukan sahaja merugikan tetapi lebih bahaya lagi, ada sindiket yang mungkin mengumpul maklumat peribadi anda.

"Lebih serius lagi, maklumat kewangan seperti kad kredit atau butiran perbankan jatuh ke tangan sindiket," katanya.

Tindakan undang-undang

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mencadangkan agar SKMM diberi mandat yang lebih luas untuk mengesan dan mengambil tindakan undang-undang secara terus terhadap pusat siber yang menganjurkan operasi perjudian internet ini.

"Penguatkuasaan lebih mudah jika SKMM diberi kuasa untuk mengesan, menangkap pengguna siber, penganjur dan mana-mana individu yang menyalah guna talian untuk kegiatan seperti ini," katanya.

2015) BERITA HARIAN 14/6/2014 - Tawar khidmat along, pikat kaki judi


Headline: Tawar khidmat along, pikat kaki judi
Publication: BH
Date of publication: Jun 14, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 008

Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan ada beberapa kafe siber di Lembah Klang yang menawarkan khidmat along untuk memikat pelanggan terus berjudi di premis mereka walaupun wang dibawa habis.

Khidmat along itu dikatakan ditawarkan khusus kepada golongan profesional dan penjawat awam yang dilihat lebih berpotensi untuk bayaran balik berbanding remaja dan pelajar.

Taktik kafe siber itu menyebabkan peminjam terikat dengan beban hutang dan terpaksa terus berjudi dengan harapan dia akan meraih kemenangan.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan (gambar), berkata ketagihan perjudian internet menyebabkan seorang pengadu kerugian lebih RM200,000 akibat meminjam dengan along yang disediakan kafe siber berkenaan.

Dibebani hutang

"Pengadu yang memiliki pendapatan lebih RM15,000 sebulan itu kini dibebani hutang yang banyak akibat terjebak dengan kegiatan haram berkenaan.

"Bergaji tinggi tetapi pengadu tetap gagal membayar balik pinjaman along yang dibuat sejak mula dengan perjudian internet dua tahun lalu," katanya.

Nadzim berkata, PPIM sehingga sekarang menerima 60 aduan individu yang mengalami kerugian besar akibat ketagihan judi di kafe siber.

"Kita juga ada kes di mana pengadu diceraikan isteri kerana tidak tahan sikapnya yang ketagih judi sehingga mengabaikan isteri dan anak-anak.

"Sewajarnya pihak berkuasa tempatan mendaftarkan setiap premis yang dijadikan kafe siber supaya tindakan tegas seperti sita atau batal permit boleh dilakukan sejurus maklumat diterima," katanya kepada BH.

Beliau mengulas isu lambakan kafe siber di negara ini sehingga menimbulkan masalah sosial.

Selain khidmat along, ada juga kafe siber yang menyediakan khidmat pelayan pelanggan dan seks bagi menarik pengunjung.

2014) BERITA HARIAN 14/6/2014 - Rugi RM300,000 kalah judi internet


Headline: Rugi RM300,000 kalah judi internet
Publication: BH
Date of publication: Jun 14, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 008
Byline / Author: Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Kuala Lumpur: Seorang ahli perniagaan yang mahu mendapatkan modal perniagaan, kerugian RM300,000 akibat kalah dalam perjudian internet.

Ali (bukan nama sebenar) berusia 40 tahun mula terjebak dengan kegiatan perjudian internet pada awal tahun ini akibat terdesak untuk mendapatkan modal perniagaan.

"Syarikat saya berjaya mendapatkan kontrak bernilai jutaan ringgit, namun modal untuk menjalankan perniagaan itu tidak mencukupi.

"Cara paling cepat dan mudah ialah dengan berjudi dan saya harap sangat menang pertaruhan sehingga ratusan ribu untuk menampung keperluan perniagaan saya itu nanti.

"Malangnya, selepas mula berjudi hampir setiap hari saya kerugian ribuan ringgit.

Teruskan berjudi

"Saya teruskan juga akibat pengaruh daripada pihak premis perjudian yang meyakinkan saya akan menang besar jika nilai wang pertaruhan besar.

"Saya kemudian ditawarkan khidmat ceti kafe siber dan mula meminjam bermula daripada RM50,000 hinggalah mencecah ratusan ribu.

"Saya gagal menjelaskan pinjaman dalam waktu ditetapkan menyebabkan hutang saya terus bertambah," katanya kepada BH.

Ali antara ratusan orang, termasuk golongan profesional dan kakitangan kerajaan yang dikatakan kerugian beratus ribu ringgit akibat gila judi internet yang disediakan kafe siber.

Keluarga porak-peranda

Berikutan kerugian yang dialami, akhirnya Ali terpaksa menjual perniagaannya, diisytihar bankrap dan keluarganya porak-peranda setelah dua bulan diabaikan selepas gian berjudi.

"Judi menyebabkan saya kehilangan segala-galanya dan saya percaya ramai lagi yang tertipu dengan pertaruhan merugikan ini seperti saya," katanya.

Ali adalah antara 60 orang yang meminta bantuan khidmat nasihat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bagi menyelesaikan masalah hutangnya dengan ceti kafe siber berkenaan pada Mac lalu.


Friday, June 13, 2014

2013) Berubahlah wahai orang melayu.


Berubahlah wahai orang melayu.

Orang melayu pada zaman sekarang makin hari makin pupus. Seperti mana  Tun Dr Mahathir pernah berkata “melayu mudah lupa”. Sekarang melayu sudah lupa akan adap dan adat yang menjadi kemegahan orang melayu.

Melayu akan dikaitkan dengan ajaran islam kerana dari sejak azali lagi orang melayu beragama islam. Perwatakan yang dibawa oleh orang melayu juga melambangkan agam islam. Islam adalah satu ajaran yang mengajar kita untuk bersatu dan berjuang menegakkan keadilan. Namun manusia sekarang tidak lagi berpegang kepada perkara ini.

Dalam satu perbincangan yang diketuai oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan meluahkan rasa sedih apabila satu video ditayangkan. Video ini menunjukkan bahawa betama lemahnya umat islam pada zaman ini sehingga mereka dibunuh dengan kejam di Central Africa.

Didalam video ini, kita dapat lihat bahawa umat islam itu sendiri merelakan diri mereka untuk disembelihkan. Mereka bangun dan menuju ke arah tempat pembunuhan dan baring menunggu masa untuk dibunuh. Beginikah martabat seorang islam?

Datuk Nadzim mengatakan bahawa “kita sepatutnya melengkapkan diri kita dengan ilmu-ilmu yang mampu mempertahankan diri kita dan agama kita”. Biarlah kita mati didalam keadaan berlawan dan bukan dalam keadaan bunuh diri. Jika dilihat dalam video itu, mereka seakan-akan merelakan diri untuk dibunuh. Inikah martabat seorang islam? Begitu murahnya nyawa orang islam zaman sekarang.

Dahulu islam digeruni oleh musuh, tetapi sekarang tidak lagi. Malah diperlakukan seperti binatang. Dengan itu kita umat islam harus bersatu dan bangkit untuk menentang musuh-musuh islam.















http://www.youtube.com/watch?v=6CxsFobMI9c

Thursday, June 12, 2014

2012) BERITA HARIAN 12/06/2014 - Larang guna lambang Islam





Larang guna lambang Islam

Elak pengeluar manipulasi jenama untuk kelirukan pengguna Islam

Kuala Lumpur: Penggunaan sesuatu lambang yang boleh mempengaruhi atau memperdaya pengguna terutama umat Islam, wajar dilarang penggunaannya di negara ini.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin, berkata berlaku manipulasi jenama atau lambang oleh sesetengah pengeluar dengan tujuan menarik pengguna Islam membeli produk mereka.

Berikutan itu katanya, pengguna perlu berhati-hati kerana tidak bermakna sesuatu produk yang menggunakan lambang berkaitan Islam, adalah suci dan halal. 

Tipu pengguna

“Sekiranya sesuatu lambang digunakan pada produk boleh mempengaruhi pengguna hingga mereka tertipu, maka ia wajar dilarang.”

“Barangan yang memiliki tanda halal diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sahaja yang boleh dipercayai halal,” katanya ketika dihubungi semalam. 
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata perbuatan ini jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam dan sewajarnya tindakan tegas diambil ke atas pengusaha terbabit. 

BERITA DARI :

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/LaranggunalambangIslam/Article/

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


2011) HARIAN METRO 12/6/2014 - 100 NGO cadang Akta Hasutan dipinda



Headline: 100 NGO cadang Akta Hasutan dipinda
Publication: HM
Date of publication: Jun 12, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 031


Kuala Lumpur: Lebih 100 gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam mencadangkan Akta Hasutan 1948 dipinda atau ditambah baik bagi mengekalkan keharmonian negara ini.

Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM) Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan (gambar) berkata, semua NGO Melayu dan Islam di negara ini sebulat suara membantah cadangan Majlis Peguam memansuhkan akta itu.

"Kita tidak setuju ia dimansuhkan, tetapi mungkin boleh diperbaharui mengikut keadaan semasa dan sekiranya ia semakin bertambah baik.

"Ingat jangan sampai peristiwa berdarah 13 Mei 1969 berulang apabila keharmonian tidak dijaga, setiap orang harus menghormati sensitiviti kaum lain.

"Ketidakfahaman yang jelas daripada masyarakat terhadap Perlembagaan Persekutuan akan membahayakan masa depan negara," katanya pada sidang akhbar di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru di sini, semalam.

Selain MPM, NGO lain yang membantah pemansuhan akta itu ialah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan Pembela-pembela Islam (PEMBELA).

Isu berkenaan dibangkitkan Ahli Parlimen Kuala Selangor (BN) Datuk Irmohizam Ibrahim di Dewan Rakyat Selasa lalu.

Bagaimanapun Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri mengesahkan akta itu masih sah dan tiada akta baru menggantikannya setakat ini.

Pada masa sama, beliau turut menerima tiga draf awal berkaitan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan akta sedia ada.

Mohd Zaman Khan berkata, empat elemen yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan perlu diberi pemahaman yang jelas bagi mengelakkan perpecahan kaum dan menggugat keamanan negara.
  
BERITA SELANJUTNYA
http://www.nib.com.my/archives/text/view/127036522?pos=1&hide_header=1&resultset=nstpec%3Awww/cross-search/search.php%3A_1402540474%3Aresultset

2010) UTUSAN ONLINE 12/06/2014 - Akta Hasutan tidak perlu dimansuh


Akta Hasutan tidak perlu dimansuh

KUALA LUMPUR 11 Jun - Kerajaan didesak tidak memansuhkan Akta Hasutan 1948 kerana tindakan itu hanya akan memenuhi kehendak pihak yang mempunyai agenda tertentu sehingga mampu mengancam ketenteraman negara.

Pengerusi Biro Integriti Majlis Perundingan Melayu (MPM), Tan Sri Mohd. Zaman Khan Rahim Khan berkata, tiada sebab untuk kerajaan memansuhkan akta berkenaan yang bukan sahaja memelihara orang Melayu bahkan kaum lain.

Katanya, sehubungan itu lebih 100 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan Islam akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat agar cadangan pemansuhan akta itu dikaji semula.

"Pemansuhan akta itu dan mewujudkan undang-undang baharu hanya membawa kepada perkara yang lebih buruk.

"Ini bukan sahaja membuka ruang kepada insiden seperti 13 Mei 1969 malah membolehkan empat perkara dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu hak keistimewaan orang Melayu, hak kedaulatan raja-raja, hak kewarganegaraan dan keistimewaan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dipertikaikan oleh semua pihak yang akan mencetuskan ketidakharmonian," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mewakili lebih 100 NGO Melayu dan Islam antaranya Pertubuhan Pembela-Pembela Islam (Pembela), Ikatan Muslim Malaysia (Isma) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang turut mendesak kerajaan tidak memansuhkan akta tersebut.

Kelmarin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, pemansuhan Akta Hasutan belum diputuskan kerana masih di peringkat penelitian dari pelbagai aspek.

Beliau dipetik berkata, akta berkenaan masih sah selagi tidak ada akta baharu menggantikannya selain turut mengesahkan telah menerima tiga draf awal berkaitan Akta Keharmonian Nasional bagi menggantikan Akta Hasutan.
Dalam pada itu, Pengerusi Biro Perundingan dan Perlembagaan MPM, Tan Sri Abd. Aziz Abd. Rahman berkata, tidak menjadi kesalahan jika akta itu dipinda pada masa-masa tertentu demi kebaikan bersama namun bukan memansuhkannya.

"Akta itu tidak memerlukan undang-undang baharu kerana ia cukup kuat untuk melindungi rakyat cuma rakyat perlu faham Perlembagaan dengan jelas agar tidak lagi timbul isu-isu sensitif.

"Apabila mereka faham apa itu Perlembagaan, tidak timbul cadangan untuk memansuhkan akta ini," jelasnya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140612/dn_09/Akta-Hasutan-tidak-perlu-dimansuh#ixzz34OC9Qt35
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, June 11, 2014

2009) HARIAN METRO 11/6/2014 - Nafi cedera aktivis

Headline: Nafi cedera aktivis
Publication: HM
Date of publication: Jun 11, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 012

Kuala Lumpur: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan seorang ahli persatuan itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas seorang aktivis pengguna, Mac lalu.

Nadzim, 54, dan Tengku Faezah Raja Fuad, 32, kedua-duanya orang kena saman (OKS) membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Azura Murah.

Mengikut pertuduhan, mereka yang diwakili peguam Hasnal Rezua Merican didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Adam Mikail, 43.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kondominium di Jalan Tun Ismail, dekat sini, pada jam 12 tengah hari, 28 Mac 2014.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara setahun atau denda RM2,000.


2008) NEWS STREATS TIMES 10/6/2014 - Consumer assoc chief activist claims trial to causing hurt


PUNITHA KUMAR
KUALA LUMPUR: Muslim Consumers Association of Malaysia (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan claimed trial at a magistrates' court here today for hurting a consumer activist in March.
According to the charge sheet, Nadzim,54, and PPIM member Tengku Faezah Raja Fuad, 32, had committed the offence upon one Adam Mikail, 43, at Villa Puteri condominium, Jalan Tun Ismail, here around noon on March 28.
During proceedings, Kuala Lumpur unit prosecution head Suhaimi Ibrahim said there was no need for bail as it was a summons served on both Nadzim and Faezah.
The duo were charged under Section 323 of the Penal Code, which if convicted, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to one year, or with fine which may extend to two thousand ringgit, or with both.
Magistrate Nur Azura Murah fixed June 26 for mention.
Counsel Hasnal Rezua Merican appeared for Nadzim and Faezah.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...