Monday, June 2, 2014

1982) RAKYATNEWS.COM 2/6/2014 - JAKIM Sangkal Tuduhan Manipulasi Fakta


JAKIM Sangkal Tuduhan Manipulasi Fakta


KUALA LUMPUR 31 Mei - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) tidak pernah menyembunyi atau memanipulasi sesuatu fakta atau kebenaran bersangkutan dengan amanah yang dijalankannya.

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha berkata perkara itu ditegaskan dalam satu pertemuan khas dengan lapan wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam di sini hari ini.

"JAKIM mengambil keputusan untuk mengatur pertemuan ini kerana beranggapan pihak NGO yang memberikan pandangan dan kritikan melalui media massa perlu mendapat penjelasan dan maklumat terperinci daripada JAKIM," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

NGO terbabit ialah Persatuan Ulama' Malaysia (PUM), Jawatankuasa Penyelaras Bersekutu NGO Islam (ACCIN), Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (GEPIMA), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM).

Othman juga berkata tujuan pertemuan itu diadakan adalah bagi mendengar pandangan pihak NGO berhubung isu halal.

Pada pertemuan itu, JAKIM turut memaklumkan kedudukan isu penemuan DNA khinzir (Porsin) dalam coklat Cadbury dan memberi penjelasan berhubung isu halal.

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...