Tuesday, December 31, 2019

5614) TANGANI DAHULU KETIRISAN MINYAK SEBELUM LAKSANA PSP - SINAR HARIAN - 31/12/2019


SHAH ALAM - Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menggesa kerajaan menangani masalah ketirisan minyak bersubsidi terutama di kawasan sempadan negara terlebih dahulu sebelum melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) pada tahun 2020.

Timbalan Presidennya, Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, FOMCA menyambut baik keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan PSP yang sepatutnya dilaksanakan bermula 1 Januari 2020.

Bagaimanapun katanya persatuan itu melihat keperluan kerajaan mengkaji satu mekanisme baharu menampung beban sistem subsidi minyak secara pukal, lebih baik dan efektif berbanding mekanisme pelaksanaan PSP.

"Mekanisme pelaksanaan PSP itu tidak jelas dan seolah-olah hanya menumpukan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) semata-mata.

"Sedangkan apabila PSP dilaksanakan, harga minyak RON95 akan naik berterusan hingga mencapai harga pasaran dunia dan sekaligus memberi kesan besar kepada harga barang serta perkhidmatan.

"Sepatutnya masalah ketirisan minyak perlu diselesaikan kerajaan terlebih dahulu kerana jumlah kerugian subsidi ditanggung sebenarnya mencakupi nilai sangat besar yang sepatutnya mampu menampung kos subsidi pukal," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan PSP sehingga satu masa yang akan diumumkan kelak.

ARTIKEL BERKAITAN:
Kerajaan tangguh pelaksanaan Program Subsidi Petrol 

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, rakyat negara ini akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada sementara menunggu pengumuman pengesahan pelaksanaan PSP.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan menegaskan kerajaan perlu mengkaji semula mekanisme pelaksanaan PSP secara lebih teliti sebelum memberi tarikh baharu terhadap pelaksanaannya.

Menurutnya, langkah kerajaan menangguhkan pelaksanaan PSP sebenarnya memberi mesej tidak baik terhadap rakyat dan menunjukkan seolah-olah terdapat banyak kelemahan yang tidak dikaji lebih awal.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr Jacob George menggesa kerajaan memansuhkan terus pelaksanaan PSP demi kepentingan rakyat negara ini.

Menurutnya, pelaksanaan PSP dilihat seolah-olah menggunakan pendekatan 'try and error' dan rakyat dijadikan tikus makmal bagi mengenal pasti sama ada inisiatif itu mampu mengurangkan tanggungan subsidi minyak oleh kerajaan.

"Keadaan ekonomi lebih mencabar dan kuasa membeli pengguna semakin berkurangan pada tahun 2020, saya bimbang banyak perkara tidak baik akan berlaku jika PSP diteruskan.

"Mansuhkan sahaja PSP kerana pelaksanaan PSP sebenarnya meningkatkan lagi tahap kegusaran rakyat dalam mendepani suasana tidak menentu tahun hadapan," katanya.

Artikel oleh: Sinar Harian

TANGANI DAHULU KETIRISAN MINYAK SEBELUM LAKSANA PSP

https://www.sinarharian.com.my/article/63980/BERITA/Nasional/Tangani-dahulu-ketirisan-minyak-sebelum-laksana-PSP

5613) TANGANI KETIRISAN TERLEBIH DAHULU - SINAR HARIAN - 31/12/2019


Artikel oleh: Sinar Harian


TANGANI KETIRISAN TERLEBIH DAHULU

5612) KONVENSYEN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISLAM 2020

Berita baik buat para usahawan dan individu dari pelbagai sektor dan industri! Sertai Konvensyen Kewangan & Keusahawanan Islam 2020 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Januari ini.

Perkongsian menarik daripada 9 tokoh hebat yang mahir dalam bidang tersendiri. Anda juga berpeluang untuk mengetahui tiga fasa menuju gelaran usahawan berjaya.

30% dari yuran anda akan disumbangkan secara “LIVE” kepada NGO dan badan kebajikan yang terpilih semasa konvensyen.

Makan tengahari disediakan kepada para peserta.

Sebarang pendaftaran atau pertanyaan lanjut, klik di link https://tinyurl.com/KKKi2020.


#PPIM #BrainyBunch #UsahawanIslam #Wawasan2020


5611) AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE PEJABAT PENGARAH JPJ WPKL - PPIM - 31/122019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), YBhg Dato' Ismail Mohd Zawawi.

5610) *“GELOMBANG KEDUA SASAR LEBIH BANYAK SUMBANGAN”* - PPIM - 31/12/2019

Program kerjasama anjuran PPIM dan Lifeline Clothing Malaysia (LLCM) yang berlangsung pada November lepas mendapat sambutan yang memberangsangkan daripada rakyat Malaysia yang prihatin.

Program kesedaran ini membantu memperkasakan pusat kitar semula fabrik kepada pengguna agar tiada lagi barangan terpakai seperti baju, beg, kasut, dan lain-lain lagi yang masih boleh digunakan, dibuang ke dalam tong sampah.

Hasil kutipan sumbangan ini juga disalurkan kepada Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk diserahkan kepada pesakit-pesakit kanser yang memerlukan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pihak yang terlibat menjalankan usaha-usaha seperti ini. Usaha ini diharap dapat membantu sedikit sebanyak pesakit kanser. Jadi kita sama-sama perlu membuat sesuatu” kata Ketua Aktivis PPIM, Toqqi @ Nadzim Johan.


“Insha Allah kita akan adakan projek seterusnya. Kalau boleh, kita akan bekerjasama dengan LLCM untuk gelombang yang kedua kerana program ini dilihat sangat berjaya. PPIM juga akan mengadakan kolaborasi bersama MAKNA bagi menyebarkan kesedaran mengenai penyakit kanser dan cara pencegahannya” kata wakil Biro Aktiviti & Sukarelawan PPIM, Shazwani Saad.



Monday, December 30, 2019

5609) “APA FAEDAH TAKSUB K-POP SEHINGGA BEGINI? - PPIM - 27/12/2019

Tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyanyi lelaki Korea (EXO) dikerumuni oleh peminat wanita ketika keluar dari lapangan terbang di Indonesia. Rakaman berdurasi 5 minit 9 saat itu memaparkan teriakan dan tangisan mereka yang menanti ketibaan kumpulan artis berkenaan mendapat perhatian PPIM akan keadaan yang dipaparkan.

(Sumber: Facebook Trans7)

PPIM melihat perkara ini mencerminkan kualiti generasi akan datang yang mana tidak sopan kepada hiburan dan tidak ada manfaat kepada jati diri dan pembangunan manusia. Masyarakat perlu berfikir adakah hiburan ini perlu diangkat darjatnya seperti itu?

“Selain dari hiburan semata-mata namun apa kebaikan yang dibawa oleh K-Pop ini? Menjerit, menangis dan bermalam disana itu bukan satu perkara yang normal,” kata Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor.

Menurutnya lagi, kerajaan sememangnya tidak mampu menghalang sekiranya ada permintaan, namun perkara ini secara tidak langsung membina masyarakat yang tidak berkualiti.

“Keutamaannya kepada hiburan berbanding kepada pembangunan. Kita hendak membina sebuah negara yang mahukan kejayaan yang boleh diukur dengan memberi manfaat kepada orang lain. Ketaksuban seperti ini dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada generasi akan datang,” tambahnya.

PPIM menyeru masyarakat perlulah berpada-pada dan tidak memudaratkan diri dalam memilih hiburan. Apakah pendapat anda? Suarakan pandangan anda pada ruangan komen kami.

#PPIMprihatin #PPIM #viral #Negaraku #K-Pop #Trans7 #EXO


5608) TERGAMAK TIPU ASNAF - HARIAN METRO - 29/12/2019


Artikel oleh: Harian Metro

TERGAMAK TIPU ASNAF

5607) TERGAMAK MENIPU ASNAF [METROTV] - HARIAN METRO - 28/12/2019



BERSELINDUNG di sebalik bantuan kemanusiaan, sekumpulan lelaki memperdaya lebih 60 ibu tunggal, asnaf dan suri rumah di sekitar Lembah Klang dengan menawarkan mesin penapis air secara percuma membabitkan kerugian keseluruhan dianggarkan RM1.3 juta.
Kumpulan yang mendakwa mereka wakil sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berjanji memberikan mesin penapis air secara percuma kepada mangsa dengan dakwaan ia sebagai sebahagian aktiviti kemanusiaan anjuran mereka.
Mangsa yang bersetuju menerima mesin penapis air itu perlu menyerahkan butiran diri termasuk akaun bank selain menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat penapis air.
Mangsa juga dijanjikan bantuan kewangan yang akan disalurkan ke akaun bank masing-masing setiap bulan bergantung kepada model mesin penapis yang diterima.
Mangsa, Ratipah Adam, 61, berkata, dia bersama penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia didatangi kumpulan berkenaan pada Ogos lalu yang menawarkan bantuan kepada suri rumah serta asnaf mendapatkan produk percuma.
“Kami diberi taklimat mengenai misi kemanusiaan dan program bantuan mesin penapis itu sebanyak tiga kali. Memandangkan ramai antara kami yang berminat, maka kami bersetuju menyertainya.
“Pada bulan pertama, kami menerima pembiayaan sebanyak RM110 hingga RM120 bergantung kepada model mesin penapis itu. Tetapi selepas itu kami tidak menerima apa-apa bayaran malah wang di dalam akaun pula dipotong secara automatik. Bila disemak, kami dimaklumkan pembiayaan itu hanya akan tamat dalam tempoh lima tahun,” katanya ketika membuat aduan kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan.
Ratipah berkata, dia dan rakan tidak menyangka akan menjadi mangsa penipuan kerana rata-rata mereka adalah asnaf dan berpendapatan rendah serta terpaksa berjimat cermat untuk meneruskan hidup.
Katanya, pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan penjelasan daripada wakil kumpulan berkenaan serta syarikat penapis air terbabit namun gagal.
“Kami tidak tahu apa hendak dibuat sekarang ini. Sudahnya terpaksa menanggung potongan dari akaun selama lima tahun. Jumlah RM110 dan RM120 sebulan itu pula bukan sedikit, malah boleh menampung perbelanjaan harian.
“Kami juga pergi ke pejabat NGO itu untuk meminta penjelasan, tetapi sudah ditutup manakala usaha menghubungi wakil kumpulan itu juga gagal,” katanya yang membuat laporan di balai polis Setapak berhubung kejadian itu.
Sementara itu, Nadzim berkata, pihaknya akan merujuk kes berkenaan ke Bukit Aman minggu depan untuk membantu mangsa mendapat pembelaan sewajarnya.
Menurutnya, semakan awal PPIM mendapati, lelaki itu juga mempunyai kes di tempat lain sebelum ini dan menggunakan modus operandi sama untuk memerangkap mangsa.
“Jadi kita minta pihak berkuasa agar melakukan siasatan dan hadapkan penjenayah ke muka pengadilan kerana bukan saja menipu, malah mencemarkan imej NGO kemanusiaan secara umumnya.
“Orang susah sepatutnya dibantu, tetapi dia pula ambil kesempatan menipu. Saya minta agar masyarakat lebih berhati-hati dengan kewujudan sindiket seperti ini,” katanya.

Artikel oleh: Harian Metro

TERGAMAK MENIPU ASNAF [METROTV]

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/12/529879/tergamak-menipu-asnaf-metrotv

Friday, December 27, 2019

Wednesday, December 25, 2019

5605) DILEMA HARGA BARANGAN SEKOLAH - SINAR HARIAN - 25/12/2019


ISU kenaikan harga barangan tidak akan pernah terhenti. Saban tahun, saban musim, rakyat sentiasa berdepan dengan masalah kenaikan harga barang.

Menghampiri hujung tahun, golongan ibu bapa terkesan dan tertekan dengan harga barangan persekolahan anak-anak yang sentiasa meningkat.

Secara purata, ibu bapa membelanjakan sekurang-kurangnya RM300 untuk setiap seorang anak bagi menyediakan pakaian dan kelengkapan sekolah. Itu tidak termasuk keperluan buku aktiviti dan pembayaran yang dikenakan oleh sekolah agama.

Isu itu mendapat perhatian Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berpendapat, kerajaan perlu campur tangan dalam memastikan harga barangan persekolahan kekal relevan.

Beliau mencadangkan kerajaan membeli barangan persekolahan secara pukal dan kemudiannya mengagihkan kepada sekolah di seluruh Malaysia.

Cadangan itu diusul selepas pihaknya menerima pelbagai aduan daripada pengguna berkaitan masalah barangan dan peralatan sekolah anak-anak yang mahal.

Meskipun terdapat potongan harga yang ditawarkan, namun keadaan itu tetap tidak melegakan pengguna kerana terdapat harga diskaun yang diragui.

Isu berkaitan harga potongan selepas diskaun turut mendapat perhatian penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang melakukan pemeriksaan di premis menjual barangan sekolah di seluruh Malaysia.

Pengarah Bahagian Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, inisiatif tersebut bagi melindungi hak pengguna terutama ibu bapa agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Menyebut tentang isu harga barangan, semua pihak perlu mainkan peranan. Kerajaan perlu mengawal masalah yang sering membelenggu rakyat. Pihak berkuasa perlu memastikan peniaga tidak sewenang-wenangnya memperdaya pengguna dengan taktik-taktik jualan promosi atau harga runtuh.

Pengguna pula perlu membuat kajian sebelum membeli barang dan berkongsi maklumat sekiranya tahu terdapat kedai menjual barangan persekolahan dengan harga berpatutan.


Artikel oleh: Sinar Harian

DILEMA HARGA BARANGAN SEKOLAH

https://www.sinarharian.com.my/article/63319/Lidah-Pengarang/Dilema-harga-barangan-sekolah

5604) KWSP PERLU PRIHATIN MASALAH PENCARUM: PPIM - SINAR HARIAN - 24/12/2019


SHAH ALAM - Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tidak prihatin dengan permasalahan yang dialami boleh pencarum sehingga membebankan mereka.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, sifat kemanusiaan yang kurang dalam diri sesetengah individu terutama menjadi punca kepada permasalahan tersebut.

"Semua ini melibatkan isu kemanusiaan yang perlu dititikberatkan dalam diri kerana KWSP merupakan agensi untuk membantu bukannya menyusahkan masyarakat," katanya.

Kelmarin, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) tampil memohon maaf kepada keluarga dan pesakit kanser yang terpaksa hadir ke KWSP di Johor Bharu dalam keadaan terlantar atas katil bagi mengeluarkan wang caruman.

Kisah berkenaan tular di media sosial selepas adik kepada pesakit kanser itu memuat naik pengalaman berurusan di KWSP itu di laman Facebook.

Mengulas tentang perkara tersebut, Nadzim berkata, sekiranya pihak KWSP mempunyai budi bicara yang sewajarnya permasalahan tersebut tidak akan berlaku.

"Para pegawai harus mempunyai budi bicara dalam mengendalikan kes-kes tertentu seperti ini supaya matlamat mereka seiring dengan perkhidmatan yang diberikan.

"Kalau doktor boleh datang ke rumah untuk merawat pesakit, jadi apa salahnya pihak KWSP turut bertimbang rasa untuk membuat perkara yang sama," katanya.

Sehubungan dengan itu, Nadzim berkata, pihak KWSP perlu peka terhadap permasalahan tersebut kerana ia boleh mencemarkan nama baik agensi itu.

"Saya berharap pihak KWSP memandang serius terhadap perkara ini dan sentiasa memantau setiap kerja yang dilakukan supaya kejadian ini tak berlaku lagi," ujarnya.


Artikel oleh: Sinar Harian

KWSP PERLU PRIHATIN MASALAH PENCARUM: PPIM

https://www.sinarharian.com.my/article/63173/BERITA/Nasional/KWSP-perlu-prihatin-masalah-pencarum-PPIM

5603) TOQQI PENYAMPAIAN SIJIL BODYGUARD - TVPPIM - 24/12/2019



Monday, December 23, 2019

5602) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL BAGI PROGRAM BUAL BICARA: SOAL SEMASA - PPIM - 23/12/2019

Telah berlangsung hari ini, Program Bual Bicara: Soal Semasa anjuran Bahagian Penyiaran, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam di Studio TV, UiTM Shah Alam.

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi telah dijemput sebagai panel bagi mengupas topik “Status Makanan Halal di Malaysia: Sejauh Mana Keprihatinan Pengguna?”.

5601) AKTIVITI | MAJLIS PENUTUP KURSUS SECURITY MANAGEMENT & CLOSE PROTECTION OPERATION COURSE (BODYGUARD) SIRI 4/2019 - PPIM - 22/12/2019


5600) AKTIVITI | JEMPUTAN PERASMIAN HARI KELUARGA BGDC - PPIM - 22/12/2019

22 Disember - Telah berlangsungnya, Hari Keluarga Bodyguard & Driver Community (BGDC) dan Kempen Kesedaran & Tanggungjawab Sosial  yang dirasmikan oleh Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Presiden BGDC, Tuan Jasrizal@Kun Haji Mustafa.

Ceramah yang bertajuk "Kesedaran" turut disampaikan oleh toqqi dalam majlis tersebut.

5599) AKTIVITI | JEMPUTAN SEBAGAI PANEL PENCERAMAH DI KARNIVAL PEMERKASAAN WANITA PKD SELANGOR 2019 - PPIM - 21/12/2019

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menyampaikan ceramah dalam Program Road To Hypermarket di Karnival Pemerkasaan Wanita Pusat Komuniti Desa (PKD) Selangor 2019 anjuran PKD Selangor, PKD Paya Jaras dan MPKK Paya Jaras Hilir. 

Perkongsian ilmu berkenaan Kempen Sokong Pembayar Zakat (SPPZ) dan peluang memasarkan produk ke hypermarket Malakat Malll telah disampaikan oleh toqqi.



PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...