Monday, December 30, 2019

5609) “APA FAEDAH TAKSUB K-POP SEHINGGA BEGINI? - PPIM - 27/12/2019

Tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyanyi lelaki Korea (EXO) dikerumuni oleh peminat wanita ketika keluar dari lapangan terbang di Indonesia. Rakaman berdurasi 5 minit 9 saat itu memaparkan teriakan dan tangisan mereka yang menanti ketibaan kumpulan artis berkenaan mendapat perhatian PPIM akan keadaan yang dipaparkan.

(Sumber: Facebook Trans7)

PPIM melihat perkara ini mencerminkan kualiti generasi akan datang yang mana tidak sopan kepada hiburan dan tidak ada manfaat kepada jati diri dan pembangunan manusia. Masyarakat perlu berfikir adakah hiburan ini perlu diangkat darjatnya seperti itu?

“Selain dari hiburan semata-mata namun apa kebaikan yang dibawa oleh K-Pop ini? Menjerit, menangis dan bermalam disana itu bukan satu perkara yang normal,” kata Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor.

Menurutnya lagi, kerajaan sememangnya tidak mampu menghalang sekiranya ada permintaan, namun perkara ini secara tidak langsung membina masyarakat yang tidak berkualiti.

“Keutamaannya kepada hiburan berbanding kepada pembangunan. Kita hendak membina sebuah negara yang mahukan kejayaan yang boleh diukur dengan memberi manfaat kepada orang lain. Ketaksuban seperti ini dikhuatiri akan memberi impak negatif kepada generasi akan datang,” tambahnya.

PPIM menyeru masyarakat perlulah berpada-pada dan tidak memudaratkan diri dalam memilih hiburan. Apakah pendapat anda? Suarakan pandangan anda pada ruangan komen kami.

#PPIMprihatin #PPIM #viral #Negaraku #K-Pop #Trans7 #EXO


No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...