Saturday, October 31, 2015

2919) PPIM SARAN KERAJAAN CARI KAEDAH BARU TANGANI "GEJALA JUDI ONLINE"


31 OKTOBER: Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyarankan agar pihak kerajaan mencari satu kaedah baru untuk menangani gejala judi online yang kembali berleluasa di negara ini selain serbuan yang dilakukan ketika ini.
Kaedah yang digunakan oleh pihak berkuasa ketika ini terbukti gagal menghapuskan dan mengerunkan sindiket judi online. Ini kerana hukuman yang dikenakan ke atas pesalah tidak berat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai.
Disebabkan hukuman yang terlalu ringan, sindiket perjudian terus bermaharajalela selama hampir 30 tahun. Kebanyakan yang terjebak dan ketagih berjudi terdiri daripada orang melayu dan lebih membimbangkan ia mempengaruhi golongan muda.

Diharap kerajaan melalui pihak berkuasa seperti PDRM, PBT dan Kementerian Wilayah Persekutuan dapat mengadakan perbincangan meja bulat bersama dengan pihak NGO dan masyarakat untuk memastikan aktiviti perjudian ini dapat dihapuskan sepenuhnya. - Admin 


2918) KERATAN AKHBAR HARIAN METRO, 30/10/15 - ALONG, JUDI & CAJ MELAMPAU

HARIAN METRO





2917) UTUSAN MALAYSIA, 30/10/2015 - BANTAH HARAM VAPE

UTUSAN MALAYSIA



Friday, October 30, 2015

2916) Bas Ekspress Dipindahkan, Pudu Sentral Lenggang Ratusan Peniaga Bakal Gulung Tikar


Tulisan rakan blogger Double Y di laman blog beliau mengenai nasib yang bakal menimpa para peniaga di Pudu Sentral membuka mata banyak pihak. 

Menurut penulis blog itu, pihak pengurusan Pudu Sentral iaitu Uda Mall Sdn. Bhd gagal memanfaatkan pelaburan kerajaan bagi pengubahsuaian bangunan tersebut.

Dalam artikel tersebut, penulis mendakwa para peniaga di Pudu Sentral mengalami kerugian teruk sejak Pudu Sentral dinaik taraf, malah kebanyakkan premis kedai dalam bangunan tersebut kosong dan tidak lagi dikunjungi orang ramai.

Ini kerana tindakan SPAD yang mahu memindahkan operasi bas ekpress jarak jauh ke terminal bas BTS menjelang November ini, sejak artikel tersebut disiarkan pagi tadi, pelbagai komen diterima dari orang ramai.

Rata-rata berpendapat, tindakan SPAD mahu memindahkan operasi bas ekspress jarak jauh hanya menyusahkan penumpang kerana lokasi BTS jauh dan tidak strategik seperti Pudu Sentral.





Berdasarkan pendedahan penulis tersebut, selain dipaksa mengosongkan premis peniaga di Pudu Sentral turut menanggung bebanan hutang dengan pihak UDA Mall. Selain itu, difahamkan ramai peniaga di Pudu Sentral terpaksa gulung tikar kerana pendapatan daripada hasil jualan harian tidak mampu untuk menampung harga sewa premis tinggi selain kos penyelenggaraan naik dua kali ganda selepas diubah suai.

"Kenapa begitu sukar untuk pihak UDA Mall bertolak ansur atau bertimbang rasa terhadap peniaga, sukarkah menyelami masalah yang dihadapi oleh mereka. Selain menghabiskan berjuta untuk pengubahsuian. Pihak UDA Mall turut gagal menguruskan Pudu Sentral dengan baik. 
Malah ruang premis perniagaan merosot berbanding sebelumnya kerana peniaga tidak mampu menyewa lot perniagaan ekoran sewa dinaikkan mendadak selain kos utiliti yang tinggi. Merujuk gambar di bawah, ruang yang berwarna adalah lot kedai yang masih menjalankan perniagaan mereka manakala selebihnya kosong."
Baca selanjutnya KLIK

Pihak Uda Mall dan SPAD harus tampil menyelesaikan masalah yang menimpa peniaga di Pudu Sentral. - admin

2915) OPS BAH 16 SASAR PREMIS PERJUDIAN DAN KELAB MALAM.


Kuala Lumpur: Operasi Banteras Aktiviti Haram yang ke 16 (OPS BAH16) yang dijalankan malam kelmarin telah menahan 21 gadis melayu dan 12 lelaki kerana positif dadah dalam ujian saringan air kencing yang dijalankan oleh Agensi Dadah Kebangsaan (AADK).

Serbuan ini tumpu kepada aktiviti judi online, empat premis telah diperiksa dan pihak polis berjaya merampas empat mesin judi (multiple station machine) dan pelbagai lagi peralatan komputer yang digunakan untuk perjudian secara online.



OPS BAH yang dijalankan dari jam 11 malam dan berakhir 5 pagi itu turut menyaksikan tiga kelab malam di Jalan Doraisamy, dan Kuchai Entrepreneur Park diserbu.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah, Datuk Seri Adnan Md Ikhsan yang mengetuai operasi berkenaan, sebanyak 15 agensi penguatkuasaan dan beberapa NGO menyertai operasi pada malam tadi dengan sasaran utama adalag operasi membenteras aktiviti perjudian dan maksiat



Dalam operasi ini, Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI) turut mengeluarkan 153 notis perintah hadir di bawah kesalahan penyubahatan seksyen 43 ( Akta 559), Akta kesalahan Jenayah Syariah 1997 dan turut menahan dua lelaki kerana berpakaian perempuan mengikut seksyen 28 ( Akta 559).

Gambar sekitar serbuan.















Thursday, October 29, 2015

2914) [VIDEO] : Jangan Biarkan Gejala Judi Merosakkan Masyarakat - Ketua Aktivis PPIM


Operasi Ops Bah 14 yang dilakukan oleh DBKL bersama agensi kerajaan malam tadi mendapati 14 pusat snuker di sekitar Kuala Lumpur turut menawarkan khidmat perjudian online. Terbukti sindiket judi online kini kembali selepas operasi membanteras aktiviti tersebut dilakukan enam bulan lalu.

Ini menunjukkan sindiket perjudian online tidak takut dengan perundangan dan pemantauan berterusan perlu dilakukan bagi memastikan sindiket judi benar-benar dihapuskan.



Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menggesa pihak berkuasa melakukan serbuan dengan lebih kerap bagi memastikan budaya dan gejala negatif ini tidak menjadi barah dalam masyarakat kita hari ini.

Wednesday, October 28, 2015

2913) KUTIPAN GST LEBIH EFISYEN DARI SST JIKA PENIAGA TIDAK AMBIL KESEMPATAN



Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) menjadi punca utama peniaga menaikkan harga jualan sesuka hati.

Jika GST tidak dilaksanakan Malaysia akan mengalami defisit belanjawan yang ketara, kerana sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang tidak efisien serta kutipan cukai yang lemah. SST hanya mengutip RM 18Billion manakala GST pula mengutip RM 39Billion.

Ia jelas kerana Malaysia bergantung sepenuhnya kepada hasil minyak dan komoditi yang mengalami penurunan harga mendadak lebih 50 peratus daripada paras US$100 setong pada 2014.


“GST masih agak baru dan semua orang masih belajar mengenainya, tetapi kami melihat interaksi positif dengan Jabatan Kastam, kerana mereka menjadi lebih toleran dengan perniagaan yang cuba untuk berbuat demikian,” kata Pengarah GST Deloitte Malaysia, Senthuran Elalingam.

Beliau menjangkakan peniagaan mungkin mengambil masa enam bulan lagi untuk menyelaras sepenuhnya kepada GST dengan pengecualian kepada farmaseutikal, pembangunan hartanah dan industri insurans, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS), dengan perniagaan masih menghadapi beberapa komplikasi.

Senthuran juga positif terhadap pengumuman Perdana Menteri, bahawa kerajaan tidak akan mengenakan GST ke atas beberapa barangan keperluan, termasuk ubat-ubatan dan makanan, dengan menyatakan hasratnya ialah untuk meminimumkan kesan ke atas isi rumah berpendapatan sederhana dan rendah.

“Saya menjangka lebih banyak pihak boleh meminta barang berkadar sifar, tetapi kerajaan perlu bersikap memilih dan menumpukan kepada siapa yang mereka mahu mendapat manfaat dan memberikan bantuan,” kata beliau.

Turut bersetuju dengan pandangan itu ialah Presiden Persatuan PKS Malaysia, Michael Kang yang menyokong pelepasan GST ke atas pengimportan semula barang yang dieksport secara sementara, bagi tujuan promosi, penyelidikan atau pameran.

“Kami berharap kerajaan akan menggalakkan lebih banyak transaksi perniagaan bagi merangsang ekonomi dan membantu PKS menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan menarik lebih banyak pelancong asing ke negara ini,” katanya.

Bagaimanapun, Kang berkata, langkah untuk menaikkan lingkungan pendapatan boleh cukai daripada 25 peratus kepada 26 peratus, bagi mereka yang mempunyai pendapatan antara RM600,000 dan RM1 juta, serta mereka yang berpendapatan melebihi RM1 juta kepada 28 peratus daripada 25 peratus, boleh menjejaskan tabiat perbelanjaan mereka.

“Oleh kerana GST berdasarkan penggunaan, ini mungkin mengurangkan aliran tunai ke dalam pasaran, kerana mereka akan berhati-hati dalam perbelanjaan, sekali gus mengurangkan kutipan GST dan hasil kerajaan,” kata Kang.

Di samping itu, beliau juga berharap kerajaan akan terus menyediakan bantuan perkakasan dan perisian untuk PKS, melanjutkan lagi tempoh pembelajaran dan penyerahan pemfailan GST.

sumber: THE RAKYAT POST

2919) KERATAN AKHBAR BERITA HARIAN, 28 OKTOBER 2015

BERITA HARIAN



2912) 3.6 JUTA AHLI RELA SEDIA DIGERAKKAN BANTU KPDNKK BANTERAS KENAIKAN HARGA BARANG

Dengan bantuan 3.6 juta ahli Rela dalam kerja pemantauan,
Diharap aktiviti menaikkan harga barang dapat dibendung
secara menyeluruh dan efektif.
Rela sedia menggerakkan 3.6 juta anggotanya bagi membantu membanteras segelintir peniaga yang tidak bertanggungjawab menaikkan harga barangan secara tidak terkawal.

Ketua Pengarahnya, Kamariah Mohd. Noah berkata, pihaknya sangat mengalu-alukan kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sekali gus dapat mengiktiraf keupayaan Rela.

“Saya sangat terharu apabila anggota Rela diberi kepercayaan oleh pihak kementerian untuk sama-sama turun padang bagi membasmi aktiviti penipuan yang dilakukan oleh segelintir peniaga.

“Walau bagaimanapun, pihak kami tidak dapat memberitahu secara terperinci berkenaan kerjasama tersebut sehingga mesyuarat diadakan oleh semua pihak yang terlibat terutamanya KPDNKK,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, anggota Rela akan membantu pegawai penguat kuasa KPDNKK dalam melakukan pemantauan dan operasi kawalan harga bagi memastikan penguatkuasaan dapat dijalankan dengan berkesan dan menyeluruh.

Tambah Kamariah, anggota Rela sedia berkhidmat dan tidak mempunyai halangan untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi.

Sementara itu, Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan secara menyeluruh bersama Rela dalam tempoh terdekat.

KERATAN UTUSAN MALAYSIA, 27 OKTOBER 2015
“Mesyuarat akan tertumpu kepada penurunan kuasa yang melibatkan akta-akta KPDNKK. Hal ini bagi memastikan anggota Rela dapat memahami konsep Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011, penandaan harga barangan, produk tiruan dan sebagainya.

Mengulas lanjut katanya, isu elaun juga akan dibincangkan selain mengetahui kaedah sesuai membabitkan aspek pembayaran.

Langkah kerajaan menggerakkan 3.6 juta ahli Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) membantu pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melakukan pemantauan harga barangan disifatkan tepat pada masanya.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, dengan kehadiran ramai ahli Rela dalam kerja pemantauan, aktiviti menaikkan harga barang diharap dapat dibendung secara menyeluruh.

“Anggota Rela perlu melakukan pemantauan setiap hari supaya dapat menggerunkan peniaga yang sering mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barang sesuka hati sejak pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Mereka juga perlu menghadiri kursus asas untuk kerja pemantauan yang lebih berkesan supaya dapat mengetahui apa yang perlu dipantau,” katanya. - UTUSAN

Tuesday, October 27, 2015

2911) Jemputan Ke Majlis Zikir Perdana & Perasmian Pertubuhan Tarekat Mukatabar Malaysia



2910) SYARIKAT TELCO UMUM SECARA RASMI SEDIA MANSUHKAN GST PADA KAD PRABAYAR

Syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) utama negara menyokong pengumuman kerajaan untuk mengecualikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) terhadap perkhidmatan prabayar telefon mulai tahun depan.

Ketiga-tiga telco yang menawarkan perkhidmatan Celcom, Maxis dan Digi menyatakan sokongan terhadap pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2016 mengenai perkara itu dan memberi jaminan akan melaksanakannya selepas mendapat perincian daripada pihak berkuasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Bhd., Datuk Seri Shazalli Ramly berkata, Celcom sentiasa mendukung agenda transformasi negara bagi menyediakan perkhidmatan komunikasi yang lebih baik dan terjamin untuk pengguna.

“Celcom bersedia untuk mengem­balikan rebat prabayar kepada pengguna seperti mana kami mengutamakan keselesaan dan kepentingan untuk semua rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Digi Telecommunications Sdn. Bhd., Albern Murty pula berkata, pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2016 itu akan diteliti dan dilaksanakan sewajarnya.

“Digi komited untuk menyediakan perkhidmatan komunikasi terbaik kepada setiap pelanggan kami.

“Jika Perdana Menteri sudah umumkan begitu (rebat prabayar akan dikembalikan kepada pengguna), maka kami akan melaksanakannya dengan baik,” katanya dalam satu ke­nyataan.

Dalam pembentangan Bajet 2016 pada Jumaat lalu, Najib mengumumkan bahawa perkhidmatan prabayar telefon akan dike­cualikan GST dan pengguna akan menerima kembali rebat bersamaan dengan jumlah GST dibayar.

Mengulas lanjut, Albern menyatakan bahawa Digi akan meneliti kaedah terbaik untuk mengembalikan semula rebat kepada pengguna bagi memastikan pelaksanaannya adalah menyeluruh.

“Digi akan mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meneliti kaedah terbaik dan selepas keputusan diperoleh, kami akan maklumkan kepada pengguna,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad, Morten Lundal berkata, syarikatnya juga akan membincangkan mekanisme pelaksanaan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta SKMM dan akan membuat pengumuman sewajarnya. - UTUSAN ONLINE

Monday, October 26, 2015

2909) UTUSAN - 26/10/2015 - PELANGGAN DIGESA RUJUK BANK ATAU BANK NEGARA - AIBIM

KERATAN AKHBAR - 26 OKTOBER 2015, ISNIN

2908) UTUSAN MALAYSIA - 26/10/2015 - KUPON BR1M: NGO SETUJU CADANGAN PPIM

KERATAN AKHBAR - UTUSAN MALAYSIA, ISNIN, 26 OKTOBER 2015

Artikel berkaitan: #PPIM SARAN KERAJAAN TUKAR #BR1M KEPADA KUPON BELI BARANG ASAS

2907) #PPIM SARAN KERAJAAN TUKAR #BR1M KEPADA KUPON BELI BARANG ASAS


Kerajaan digesa menggalakkan penerima Ban­tuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) menggunakan dana itu untuk membeli barangan keperluan asas seperti makanan dan pakaian.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, antara kaedah yang boleh digunakan ialah pengeluaran kupon bagi membeli barangan keperluan hari­an itu bagi menggantikan pemberian wang tunai seperti sekarang.

Katanya, cara itu boleh mengelakkan penerima BR1M daripada membeli barang-barang yang tidak perlu sekali gus matlamat kerajaan untuk mengurangkan beban dan sara hidup rakyat dapat dicapai.

“Saya cadangkan BR1M tidak lagi diberi dalam bentuk wang tunai tetapi kupon yang boleh ditukarkan nilainya untuk membeli makanan seperti beras, tepung, gula, susu, pakaian sekolah anak-anak ataupun lampin bayi.

“Kita tidak mahu matlamat BR1M yang selama ini bertujuan membantu sara hidup bertukar menjadi gaya hidup kerana ada yang menggunakannya untuk membeli telefon bimbit atau kereta baharu,” katanya yang dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas kenaikan jumlah bayaran BR1M yang diumumkan kerajaan melalui pembentangan Bajet 2016 semalam yang bertemakan ‘Mensejahtera Kehidupan Rakyat’.

Kadar BR1M bagi isi rumah pendapatan bawah RM3,000 naik daripada RM950 kepada RM1,000, isi rumah pendapatan bawah RM3,000 hingga RM4,000 (naik daripada RM750 kepada RM800).

Individu bujang berusia 21 tahun ke atas pendapatan kurang RM2,000 pula menerima kenaikan BR1M daripada RM350 kepada RM400.

Sementara itu, kategori baharu dalam BR1M iaitu penerima e-kasih dengan pendapatan bawah RM1,000 layak menerima RM1,050, manakala Skim Khairat Kematian pula berjumlah RM1,000.

Sementara itu, Maamor berkata, PPIM turut menyambut baik langkah kerajaan menaikkan kadar gaji minimum mulai 1 Julai 2016 sebanyak RM1,000 di Semenanjung, RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) dan RM1,200 untuk penjawat awam.

“PPIM menyokong langkah itu kerana ia bersesuaian dengan kos sara hidup yang semakin mening­kat ketika ini tetapi pada masa sama tahap produktiviti pekerja juga haruslah seiring dengan gaji mereka,” katanya. - UTUSAN

2906) VIDEO & FOTO SEKITAR PERASMIAN HARI PENGGUNA 2015 DAN KEMPEN CINTAI BARANGAN BUATAN MELAYSIA (25/10/2015)


Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Barangan Buatan Malaysia telah berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur semalam.

Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan Malaysia anjuran Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) ini dilancarkan sejak 23 Oktober 2015 dan berakhir selepas perasmian, semalam.


Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid. Turut hadir adalah Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalannya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.

ALBUM GAMBAR
25 OKTOBER 2015, AHADFoto-foto pilihan semasa Perasmian Hari Pengguna Kebangsaan 2015 dan Kempen Cintai Buatan...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Sunday, October 25, 2015

2905) [VIDEO] : RAKAMAN SELAMAT PAGI MALAYSIA BERSAMA KETUA AKTIVIS PPIM


Rakaman temubual Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada sabtu, 24 Oktober 2015 di TV1 kelmarin. Topik yang dibincangkan adalah Cintai Barangan Buatan Malaysia

SILA TONTON VIDEO DIBAWAH UNTUK KUPASAN LANJUT:


2904) KERATAN AKHBAR : LAPORAN #FORUMPENGGUNA2015

BERITA HARIAN

KOSMO
HARIAN METRO

BERITA HARIAN

UTUSAN MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...