Sunday, October 18, 2015

2894) #ForumPengguna2015: PPIM DESAK @SKMM_MCMC 'LENYAPKAN' JUDI ONLINE!


Forum Pengguna Ke-5 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) berjalan lancar dan mendapat sambutan diluar jangkaan.

Hampir 500 peserta yang hadir sejak awal pagi memenuhi dewan sepanjang forum berlangsung. Untuk pengetahuan, peserta forum terdiri daripada penuntut UNIRAZAK dan IPTA/IPTS tempatan serta orang ramai. 

SESI PERTAMA: MEDIA SOSIAL GUGAT KESEJAHTERAAN PENGGUNA. FAKTA ATAU AUTA?


Sesi pertama forum yang dijadualkan 10.30 pagi ini berjaya menjawab banyak persoalan dan kekeliruan pengguna berkenaan topik yang dibincangkan. Selain media sosial, bidang kuasa SKMM dan isu GST dalam transaksi tambah nilai prabayar juga turut diselitkan dalam sesi pertama ini.

Lebih 15 soalan dikemukakan oleh peserta dan ternyata ramai dari mereka yang sangat tidak senang dengan tindakan telco mengenakan cukai GST dalam transaksi prabayar telefon bimbit. Namun begitu, jawapan dari pihak SKMM mendapat penerimaan positif. 

Antara lain, Ketua Aktivis PPIM menyuarakan desakan terhadap SKMM untuk 'lenyapkan' SMS JUDI ONLINE dari telefon bimbit pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM telah berunding dengan lebih 300 pihak berkepentingan bagi...
Posted by Buletin TV3 on Saturday, October 17, 2015

SESI KE-2: "SEPETANG BERSAMA TOKOH - KONGSIKAN PENGALAMAN BERSAMA TOKOH"



Pada sebelah petang pula, forum dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Pertama Negara YB Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan YB Dato Hussamuddin Yaacub (CEO Kumpulan Karangkraf) sebagai panel bagi sesi kedua. 

Di akhir sesi, sesi serahan nombor plat PATRIOT juga turut dibuat. Plat ini disumbangkan oleh pihak YPNM yang bertujuan memberikan penghargaan diatas 'patriotisme' oleh kedua-dua tokoh yang dijemput.





Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan hari kedua 'Forum Pengguna V 2015' hari ini. Terdapat dua topik lebih hangat lagi akan dibincangkan dalam sesi 2 dan sesi 3 yang dijadualkan hari ini, iaitu "GST MEMBAWA KEMAKMURAN ATAU KESENGSARAAN" & "RASISMA MENGGUGAT PERPADUAN - API DALAM SEKAM, SALAH SIAPA?"

ALBUM GAMBAR HARI PERTAMA #ForumPengguna2015
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Saturday, October 17, 2015

1 comment:

Anonymous said...

TAHNIAH PPIM. SATU PROGRAM YG SGT BAGUS! cuma pada pandangan saya oleh kerana ramai peserta yang datang dari jauh, saya berharap cabutan bertuah dapat diagihkan dengan teratur supaya ramai yang boleh menikmatinya. agak kasihan bila banyak diperolehi oleh golongan muda apabila penganjur menyediakan soalan2 untuk dijawab yang mana pastinya golongan muda mendapat peluang besar utk mendapat hadiah sedangkan di dalam aturcara hanya disebutkan cabutan bertuah, tiada pula mengenai soalan kuiz dari penganjur. mungkin lepas ini boleh arrange lebih baik yang mana peluang sama rata dapat dinikmati oleh para peserta terutama golongan tua yang datang dari jauh semata-mata utk beri sokongan kpd PPIM, bolehlah mereka pulang dengan sedikit kegembiraan apabila mendapat cenderahati walaupun kecil. Satu lagi mengenai perjuangan boikot produk Israel, bagaimana Tesco boleh turut serta dalam program ini seolah terkeluar dari matlamat pula.

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...